Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Snapshot2016: Apakah itu Tabayyun?

Posted: 16 Jan 2016 07:30 PM PST



Sila ke Snspshot2016 di SINI

Snapshot2016: Buat yang tertipu DAP

Posted: 16 Jan 2016 05:30 AM PST


Baca luahan Facebooker di Snapshot2016 SINI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Selamat Tahun (Gaji) Baru Yang Berhormat!- OLEH RONASINA

Posted: 16 Jan 2016 07:03 PM PST

Selamat Tahun (Gaji) Baru Yang Berhormat!

Anehnya ketika rakyat disuruh itu dan ini, menteri-menteri dan wakil rakyat Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan BEBAS mempunyai formula menangani beban tugas mereka iaitu menaikkan gaji serta elaun mereka sendiri sehingga melebihi 40%.
Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan diluluskan di Parlimen pada April 2015 yang lalu selepas ke semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong sebulat suara.

Mengapa kita kena semak kembali wakil rakyat yang kita undi? Baca tulisan saya selanjutnya di sini


http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/01/16/selamat-tahun-gaji-baru-yb/




Selamat Tahun (Gaji) Baru YB!

 | January 16, 2016
Untuk mereka kenaikan ini amat wajar kerana beban tugas yang semakin banyak dan rakyat pula selalu meminta sumbangan kewangan daripada mereka.
COMMENT
sugar
Oleh Ronasina
Kita sudah melangkah ke tahun 2016 dan seawal minggu pertama kita sudah menerima berbagai beban perbelanjaan khususnya keperluan persekolahan anak-anak. Harga barangan keperluan semakin naik menjadikan kos kehidupan meningkat. Jurang di antara pendapatan (gaji) dan perbelanjaan semakin tipis. Kesuraman ekonomi dengan rancak-jana perniagaan yang lemah membuatkan majikan tidak berani menaikkan gaji atau upah pekerja.
Perdana Menteri juga menteri-menteri berkaitan telah menyedari hal ini dan berkali-kali menasihatkan rakyat agar sentiasa kreatif menggunakan imaginasi untuk menambah pendapatan. Seorang timbalan menteri menyarankan kepada rakyat supaya membuat lebih dari satu pekerjaan. Rakyat juga disarankan agar mengamalkan hidup sederhana. Bagi menteri, inilah cara terbaik menghadapi cabaran hidup selain disuruh rakyat bercucuk tanam, jangan makan ayam dan lain-lain lagi.
Anehnya ketika rakyat disuruh itu dan ini, menteri-menteri dan wakil rakyat Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan BEBAS mempunyai formula menangani beban tugas mereka iaitu menaikkan gaji serta elaun mereka sendiri sehingga melebihi 40%.
Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan diluluskan di Parlimen pada April 2015 yang lalu selepas ke semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong sebulat suara.
Bermakna berkuatkuasa tahun lepas, 1 Januari 2015 (maknanya telah tertunggak empat bulan dari tarikh kelulusan itu dan sudah pastinya ada bayaran tunggakan) semua Ahli Parlimen menerima kenaikan sebanyak RM5,000 iaitu dari RM11,000 sebelum ini menjadi RM16,000.
Ini tidak termasuk elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan. Ahli Dewan Negara menerima kenaikan sebanyak RM4,000 menjadikannya RM11,000 .
Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula menerima kenaikan sebanyak RM11,000 dari RM20,000 menjadikan RM31,000 sementara Timbalan Speaker pula menerima kenaikan dari RM16,000 kepada RM20,000.
Untuk mereka kenaikan ini amat wajar kerana beban tugas yang semakin banyak dan rakyat pula selalu meminta sumbangan kewangan daripada mereka. Tidak pula mereka berfikir yang mereka perlu hidup sederhana atau cari bilik sewa yang murah untuk pusat khidmat.
Sayugia diberitahu kenaikan ini melibatkan semua ahli parlimen kerajaan dan juga pembangkang. Ya, termasuklah ahli parlimen (dengan tidak perlu menyebut namanya) yang apabila dikritik mengapa senyap sahaja ketika sidang dewan dia menjawab diam dia adalah diam seorang pemerhati dan pelajar. Gaji serta elaun ahli parlimen yang kerap ponteng, kerap buat bising tidak tentu fasal, juga tidak terkecuali naik.
Sukacita juga dimaklumkan bahawa kenaikan gaji dan elaun ini menjadikan pertambahan Belanjawan Negara meningkat kepada RM17.2 juta setiap tahun.
Sangat pedih lagi apabila gaji serta elaun Ahli Dewan Undangan Negeri juga naik. Kedah, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Perak antara kerajaan negeri yang menaikkan gaji ADUN dengan kenaikan yang cukup tinggi.
Rakyat harus menilai semula dengan bijak prestasi serta komitmen wakil rakyat yang mereka pilih dalam menyampaikan suara rakyat apakah benar-benar tinggi atau hanya lebih menumpukan isu-isu politikal berkitar tentang diri mereka sahaja. Isu-isu remeh seperti rasisme, cauvinisme, kod etika berpakaian termasuk membela hanya sosok tertentu sahaja patut dijadikan agenda nombor sepuluh sebaliknya wakil rakyat yang telah menerima gaji besar ini sewajarnya lebih giat mengangkat isu rakyat terbanyak seperti isu pekerja, gaji minimum, beban sara hidup serta cukai dan sebagainya dengan penuh bersungguh. Masalah tol, pembuangan pekerja tempatan dan digantikan dengan pekerja asing, masalah kemiskinan, masalah Orang Kelainan Upaya (OKU) perlu diselami sedalamnya untuk diperjuangkan dan bukan sekadar bercakap sambil lewa supaya dilihat konon bercakap. Terlalu banyak masalah di bawah ini yang berkait dengan pelan dan penggubalan sesuatu dasar.
Rakyat jangan mudah ternganga apabila mendengar ceramah wakil rakyat mereka yang selalu menyebut-nyebut tentang perjuangan membela rakyat, mengaitkannya dengan kesederhanaan khalifah Umar Abdul Aziz atau mengulang petikan Saidina Abu Bakar As Siddiq "Orang yang lemah di sisi kamu adalah yang paling hampir denganku sehingga aku kembalikan hak-haknya". Jangan mudah mengangguk apabila menteri menggunakan istilah indah-indah tetapi apabila ada kesempatan, yang didahulukan adalah keuntungan mereka sendiri.
Sumber kekayaan negara wajar diagihkan sebaiknya kepada semua warganegara tidak kira apa juga kaum. Bukan menyalurkannya ke akaun bank wakil rakyat, menamakannya sebagai 'gaji dan elaun' dan melalui poket Yang Berhormat rakyat menadah tangan menagih bantuan. Rakyat tidak boleh membiarkan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" atau "Kepedulian Rakyat" dan "Negara Berkebajikan" menjadi mainan dan kemudiannya busuk di lidah politikus.
Sementara masih di dalam bulan Januari, diucapkan 'Selamat Tahun (gaji) Baru YB!'
@ronasina merupakan pelukis/ penulis/ aktivis dan pengasas kempen Hope2Walk kesedaran tentang Cerebral Palsy.
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT



Kawan BN musuh Amanah, kata Mat Sabu

Posted: 16 Jan 2016 06:58 PM PST


OLEH MOHD FARHAN DARWIS 
Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermusuhan dengan sesiapa sahaja yang bersahabat dengan musuh mereka, Barisan Nasional (BN), kata presidennya Mohamad Sabu.

 "Kita musuh BN sekarang. Kita musuh dan sesiapa sahaja yang kawan dengan BN," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam retreat kepimpinan DAP kebangsaan 2016 di Subang Jaya, Selangor hari ini.

 Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berkata, Amanah menjadi musuh baharu PAS selepas Umno.

 Amanah sebelum ini dilaporkan akan bertanding 8 kerusi di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). ~ sumber

Komen al-Husseyn : 
Sila klik VDO di sini
Eloklah PAS bergabung sahaja dengan Umno supaya boleh berdepan satu lawan satu dengan AMANAH, musuh barunya. 

Buat apa PAS nak bergabung dengan Umno hanya bila selepas PRU14 nanti? 

Pas akan sorong tarik sebagai parti penentu pemerintah. Kehendak di dalam pemikiran mereka, " Jika kami menyertai BN atau PH berapa jumlah kerusi Menteri atau Timbalan yang boleh di berikan?"

Bukankah langkah tersebut hanya akan mengecewakan para pengundi yang mengundi PAS tapi kemudiannya PAS akan bergabung dengan musuh untuk mendapat ghanimah?

PASARAN LEMAH, PETANDA KEGAWATAN EKONOMI SEMAKIN JELAS

Posted: 16 Jan 2016 06:54 PM PST

SYARAT TPPA: WARGA ASING BOLEH PIMPIN KESATUAN SEKERJA

Posted: 16 Jan 2016 06:53 PM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MAKIN DICARI PERSAMAAN, MAKIN KETARA PERBEZAAN

Posted: 16 Jan 2016 04:49 PM PST

Semakin Najib cuba mencairkan hati rakyat dengan menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai persamaan dengan Tun Razak, yang menyerlah sebenarnya hanyalah jurang perbezaan antara kedua-duanya.

Selain banyak aspek perbezaan antara "anak dengan bapa" yang disingkap dalam seminar sempena 40 tahun pemergian Bapa Pembangunan itu baru-baru ini, mereka yang pernah bekerja dan mengenali Tun Razak lagi banyak ceritanya.

Berbual-bual dengan mereka, tanpa ragu-ragu, terbuka dan lantang pasti akan terpacul suara, "langsung tak sama."

Antara DEB dan 1MDB saja sudah cukup menunjukkan bezanya bagaikan langit dengan bumi antara Tun Razak dengan Najib.

Maka, sebagaimana yang diakui sendiri oleh Najib, patutlah Tun Razak tidak menggalakkan beliau menceburi politik, sebaliknya hanya mahukannya menjadi akauntan saja.

Selama ini, cakap-cakap bahawa Tun Razak dikatakan lebih mahukan Ahmad Johari menceburi politik dan bukannya Najib sudah pun lama diperbualkan, tetapi tidak ada yang dapat mengesahkannya secara pasti.

Ini kerana ia mungkin hanya diperbualkan antara Tun Razak dengan orang-orang tertentu atau kenalan rapatnya saja. Kemungkinan lain ialah mereka yang mengetahuinya tidak mahu mengungkit lagi hal itu berikutan kedudukan Najib sudah menjadi Perdana Menteri sekarang ini.

Menyebutnya lagi hanya seolah-olah mencalarkan nama baik Tun Razak serta menunjukkan tidak semua perkara yang dimahukannya adalah betul. Hakikatnya walaupun tidak digalakkan tetapi Najib berjaya menjadi Perdana Menteri.
Tuah menyebelahi Najib sebagai anak sulung dan bukan Ahmad Johari yang merupakan anak kedua hanyalah kerana Tun Razak meninggal dunia lebih awal dan secara mengejut disebabkan penyakit leukemia yang dideritanya.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA NAJIB PERLU BOHONG ??!!

Posted: 16 Jan 2016 04:26 PM PST

Najib Razak kata 1MDB tidak guna dana rakyat.

Tetapi Ketua Audit Negara telah menyatakan bhw 1MDB telah menerima geran pembangunan berjumlah RM1.09 bilion.

KENAPA NAJIB PERLU BOHONG ??!!

Nampaknya skandal sukuk RM2.4 bilion dah menjadi skandal RM3.5 bilion yg lebih besar dari derma RM2.6 bilion.

Bezanya anak & bapak..

Posted: 16 Jan 2016 04:23 PM PST


Tun Razak..
Tak bazir wang utk isteri
Tak boros beli panda
Suruh Rahah beli tiket sendiri jika mahu ikutnya

Najib..
Bazir wang utk isteri
Boros beli panda
Selamba muka tebal guna jet mewah kerajaan

TPPA: Should Malaysia sign?

Posted: 16 Jan 2016 04:13 PM PST

Anwar Ibrahim: Islam Ini Dihormati Kerana Kita Dapat Menunjukkan, Melaksanakan Keadilan

Posted: 16 Jan 2016 04:10 PM PST

Itu pandangan peribadi Zuhdi, tidak wakili parti - Mahfodz

Posted: 16 Jan 2016 04:09 PM PST

PAS kaji semula kerjasama jika PKR bersekongkol dengan DAP, PAN serangnya

Posted: 16 Jan 2016 04:08 PM PST

PAS nekad letak calon di kerusi DAP dan PAN, kata Mahfodz

Posted: 16 Jan 2016 04:08 PM PST

NAMPAK TAK !!!.. klu camtu suruh jer pak2 lebai ularmak UMNO minum air seteguk yg dicampurkan dgn setitik arak.. Ada berani ka !!!

Posted: 16 Jan 2016 07:39 AM PST

KWSP adalah antara pemegang saham besar dlm Berjaya Sports Toto....

Alhamdulilah.. Syukur & tahniah para penguasa agama dan pihak berkuasa di Malaysia...

Bertungguh sungguh rakyat M'sia yg halal HARAM sama-sama bantai sekali..

Apa nak heran.. Pada tahun 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan pernah kata.. "Unsur HARAM sedikit tak mengapa berbanding halal menjadikan pelaburan dibenarkan"..

"Kewajipan Taat Kepada DS Najib Sebagai Ulil Amri Dan Perdana Menteri" - Ustaz Fathul Bari

Posted: 16 Jan 2016 07:37 AM PST

Biar rakyat rasa perit bayar tol, tanggung kos sara hidup yg tinggi.. asalkan puok2 'mereka' itu hidup bersenang lenang penuh kemewahan dgn keperitan kehidupan rakyat..

Pakatan Harapan sokong titah Sultan Johor tolak unsur perkauman kes pergaduhan sekolah

Posted: 16 Jan 2016 07:26 AM PST


pakatan-harapan
KUALA LUMPUR 16 JAN: Pakatan Harapan menyifatkan tindakan pihak tertentu mengaitkan kejadian pergaduhan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pai Chee, Mersing, Johor dengan sentimen perkauman, hanya mengeruhkan keadaan.
Pada kenyataan media bersama Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Gan Peck Cheng; Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim, mereka menganggap perbuatan mengaitkan sentimen itu sebagai pra-matang dan bersifat simplistik.
Sultan Johor"Ia akan mengeruhkan lagi keadaan sebelum punca sebenar dari hasil siasatan lengkap dapat diperoleh," kata kenyataan berkenaan, hari ini.
Kenyataan itu menyebut, Pakatan Harapan juga menyokong penuh titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar  yang menolak unsur perkauman dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencetuskan ketegangan antara kaum tanpa pilih kasih.
"Sebelum sebarang tindakan atau kenyataan dikeluarkan mana-mana pihak, maklumat tepat mesti diperoleh terlebih dahulu," kata kenyataan itu yang turut menegaskan Pakatan Harapan mengambil berat kejadian itu.
"Saya tidak mahu mendengar apa-apa masalah mengenai perkauman di negeri ini. Setiap kaum seperti Cina, India adalah Bangsa Johor. Kita perlu menghormati satu sama lain," titah baginda, dipetik.
Kenyataan sama juga menyatakan Pakatan Harapan Johor bersetuju supaya Pasukan Khas yang ditubuh Kementerian Pelajaran diberi masa untuk melengkapkan siasatan, selain memberi ruang sama kepada polis untuk menjalankan tugasnya.
"Hasil siasatan kedua-dua pihak itu diharap dapat mengenal pasti secara tepat punca kejadian dan tindakan tegas di sisi undang-undang diambil terhadap mereka yang didapati bersalah," kata kenyataan berkenaan.

Mat Sabu: Guna pendidikan kekang keganasan agama, bukan 'akta-akta mengarut'

Posted: 16 Jan 2016 07:04 AM PST

Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata Kerajaan Persekutuan perlu menerapkan nilai pendidikan bagi mengekang keganasan agama dan bukannya dengan memperkenalkan 'akta-akta mengarut'.
Presidennya Mohamad Sabu berkata, 'akta-akta mengarut' yang diperkenalkan kerajaan tidak boleh mengatasi masalah keganasan pelampau agama seperti Islamic State (IS).
 "Kekang keganasan dengan pendidikan dan demokrasi dan sebagainya.
"Tidak perlu akta-akta baru. Akta lama pun mengarut," katanya kepada pemberita di Retreat Kepimpinan DAP di Subang Jaya hari ini.
Katanya, AMANAH secara jelas menolak apa-apa juga bentuk keganasan yang berlaku di mana-mana negara.
"Apa yang melibatkan orang awam kita tidak setuju. Jakarta, Paris kita tidak setuju.
"Kita tidak setuju konsep IS. Negara Islam kita terima, tetapi konsep dia (IS) kita tidak terima. Kami memilih demokrasi dan pilihan raya," katanya.
Khamis lalu kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab dalam kejadian pengeboman di Jakarta yang mengakibatkan tujuh maut dan 20 cedera.
Bagi mengekangnya di Malaysia, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan beberapa akta baru seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Pencegahan Jenayah (POCA), Akta Pencegahan Keganasan (POTA), dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

PAS berhak jalin kerjasama demi syiar Islam, kata Hadi

Posted: 16 Jan 2016 07:01 AM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu berhak menjalin kerjasama dengan Umno selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi syiar Islam dan bukan kepentingan politik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2016. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu berhak menjalin kerjasama dengan Umno selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi syiar Islam dan bukan kepentingan politik.

PAS tidak akan berhenti bekerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik demi menegakkan syiar Islam dan kepentingan umat Islam di negara ini.
Malah, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu juga berhak menjalin kerjasama dengan Umno selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi membangunkan syiar Islam dan bukan atas kepentingan politik.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam program Nadwah Ulama 2016 bertajuk "Politik Terkini & Hala Tuju PAS" di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) di Batu Enam di Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Datuk Hussin Awang, dan Ketua Penerangan PAS Negeri Mohd Nor Hamzah. Kata Hadi, beliau sendiri pernah mewakili umat Islam di negara ini suatu ketika dahulu untuk menjadi orang tengah dalam usaha menyelesaikan konflik di Yaman.
"Pada waktu itu kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra mengarahkan pihak kedutaan kita di sana (Yaman) membantu saya secara diplomatik untuk menjadi pendamai dalam konflik tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Kawan BN musuh Amanah, kata Mat Sabu

Posted: 16 Jan 2016 06:58 AM PST

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menegaskan tidak akan berbaik-baik dengan mana-mana pihak yang bersahabat dengan Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2016. 
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menegaskan tidak akan berbaik-baik dengan mana-mana pihak yang bersahabat dengan Barisan Nasional. 

Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermusuhan dengan sesiapa sahaja yang bersahabat dengan musuh mereka, Barisan Nasional (BN), kata presidennya Mohamad Sabu. "Kita musuh BN sekarang. Kita musuh dan sesiapa sahaja yang kawan dengan BN," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam retreat kepimpinan DAP kebangsaan 2016 di Subang Jaya, Selangor hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berkata, Amanah menjadi musuh baharu PAS selepas Umno.

Amanah sebelum ini dilaporkan akan bertanding 8 kerusi di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). "Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baharu. Mereka akan bertanding 8 kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di 8 kawasan mereka akan rampas.
"Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman. Kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.
"Kalau kita tidak ada dalam kerajaan, siapa yang nak pertahankan Islam?" kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtimak Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor, minggu lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin disarankan kurang berpolitik - Iskandar

Posted: 16 Jan 2016 05:09 AM PST

PUTRAJAYA – Pemimpin di negara ini disarankan supaya mengurangkan aktiviti berpolitik dan perlu fokus dalam membantu dan membela nasib rakyat.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tinjauan daripada akar umbi mendapati mereka melihat pemimpin lebih banyak berpolitik daripada membantu rakyat.
Katanya, ianya merupakan satu perkembangan kurang sihat di mana pada ketika ini rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Iskandar Abdul Samad "Kita perlu kurangkan berpolitik. Bukan tidak penting (politik) tetapi kita kena fokus perkara lain yang dapat membangunkan rakyat.
"Begitu juga dengan parti, ahli akar umbi mahu lihat usaha daripada pemimpin untuk membela nasib mereka ," katanya ketika merasmikan Konvensyen Usahawan Haraki, hari ini.
Konvensyen itu bertujuan memperkukuhkan jaringan perniagaan di kalangan usahawan Pas dan melakar agenda bertindak untuk pengukuhan ekonomi Pas.
Program itu menampilkan empat ahli panel iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pembahas ekonomi, Datuk Raja Idris Raja Kamaruddin, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Zaharuddin Muhammad.
Mengulas konvensyen tersebut, Iskandar berkata, usahawan Pas mampu meraih pulangan yang lumayan andai menjadikan ahli daripada parti itu sebagai sasaran perniagaan.
"Kita ambil contoh Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti). Mereka mempunyai 108,000 murid dan daripada situ, mereka meraih keuntungan lebih kurang RM60 juta setahun.
"Jadi di sini bermakna, jika usahawan memberi fokus kepada ahli Pas itu sendiri, mereka mampu untuk meraih keuntungan yang besar. Pasaran dalam Pas itu cukup besar," katanya.

Hadi; 'Saya pernah kemuka pandangan kepada Najib, Tun M'

Posted: 16 Jan 2016 05:04 AM PST

Abdul Hadi Awang
KUALA NERUS – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkata, beliau pernah mengemukakan pandangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu berkaitan Islam di peringkat antarabangsa.
"Saya telah beri pandangan dan nasihat kepada Datuk Seri Najib supaya meminta kerajaan Bangladesh membebaskan tokoh-tokoh negara Islam itu daripada tahanan. Saya juga ada jumpa Tun Dr  Mahathir dan kami berbincang mengenai perkara yang sama.
"Kita juga sedang berbincang dengan pucuk pimpinan negara bagaimana untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Inilah bentuk kerjasama yang kita jalinkan..takkan tidak boleh..takkan nak bersalam pegang tangan pun tidak boleh," katanya ketika pada Nadwah Ulama 2016: Politik Terkini dan Halatuju Pas di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, di sini, hari ini.
Abdul Hadi menambah, Pas tidak bergabung dengan Umno, sebaliknya hanya bekerjasama dalam perkara untuk menegakkan syiar Islam.
Jelasnya lagi, adalah tidak salah sekiranya Pas mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan parti lawan asalkan pihak berkenaan bersedia untuk menerima pandangan bagi kepentingan rakyat serta umat Islam di negara ini.
"Pas mempunyai hak untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik termasuk Umno kerana apa yang jelas kerjasama yang ingin dilakukan itu memberi faedah kepada seluruh umat Islam di negara ini dan jalinan bukan atas kepentingan politik.
"Pas melakukan lonjakan paradigm itu (jalin kerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan umat Islam) untuk mendapatkan sokongan yang lebih ramai..takkan kita hendak tumpu pada sokongan yang sedia ada semata-mata..kita perlu tambahkan lagi (peroleh lebih banyak sokongan)," katanya.

1MDB berniaga dgn 'bijaknya..

Posted: 16 Jan 2016 04:09 AM PST

Beli Aset Guna Hutang..
Bayar Hutang Jual Aset Balik

Apa persamaan Ahmad Maslan & Najib ??

Bila masuk umno, ciri2 bohong, putar belit & bodoh wajib dpertahankan utk kekal lama dlm Kabinet Najib..

Fuziah: Kenapa guna wang rakyat..?

Posted: 16 Jan 2016 04:00 AM PST

KUANTAN - "Jangan guna duit rakyat untuk kerja-kerja pembersihan sisa bauksit, sebaliknya arahkan pengusaha jalankan kerja sebagai tanggungjawab sosial mereka."
Itu reaksi Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit, Fuziah Salleh apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mencuci pencemaran bauksit.
Fuziah Salleh Menurutnya, tindakan itu (menggunakan wang rakyat) boleh dipertikai kerana selama ini penduduk sudah cukup sengsara dengan pencemaran alam sekitar.
"Kenapa perlu guna wang rakyat? Dan tindakan perdana menteri seolah-olah menyalahgunakan wang rakyat.
"Sedangkan kerja-kerja pembersihan ini perlu dilakukan oleh pengusaha yang begitu rakus melombong sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran," katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Fuziah berkata, rakyat sudah cukup menderita dengan pencemaran ini, sebaiknya jangan menambah kemarahan rakyat dengan menggunakan duit mereka untuk mencuci pencemaran ini.
"Rakyat dalam kesusahan akibat kenaikan kos sara hidup dan cukai barangan dan perkhidmatan  (GST).
"Tindakan menggunakan duit rakyat untuk mencuci kekotoran bauksit ini ibarat mencurah garam kepada luka rakyat.
"Ia menambahkan kepedihan dan lebih baik peruntukan tersebut digunakan untuk bantu rakyat yang susah," katanya.
Dalam pada itu, Fuziah berkata, perdana menteri sepatutnya mengarahkan semua syarikat pemilik konsesi melombong, syarikat pemilik lori yang mengangkut bauksit dan syarikat yang mempunyai lesen import (AP) mengeksport  bauksit melakukan tugas mencuci.
Read More / Baca Lagi >>

Pulau Pinang perlu sokong TPPA, kata timbalan menteri Umno

Posted: 16 Jan 2016 03:59 AM PST

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sektor pembuatan antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada TPPA dan Pulau Pinang merupakan negeri yang kaya dengan sektor pembuatan. – Gambar fail, The Malaysian Insider, 16 Januari 2016. 
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sektor pembuatan antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada TPPA dan Pulau Pinang merupakan negeri yang kaya dengan sektor pembuatan. 

Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menyatakan pendirian sama ada menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) atau sebaliknya kerana negeri itu dilihat bakal menerima keuntungan daripada perjanjian itu.
          
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata laporan PricewaterhouseCoopers Malaysia (PwC) menyatakan sektor pembuatan antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada TPPA dan Pulau Pinang merupakan negeri yang kaya dengan sektor pembuatan terutamanya elektrik dan elektronik.
      
Read More / Baca Lagi >>

Khalid Ibrahim Berjiwa Pas - Dr Mohd Khairuddin

Posted: 16 Jan 2016 03:52 AM PST

Sarawak mohon kuasa dikembalikan oleh Putrajaya

Posted: 16 Jan 2016 03:51 AM PST

PAS mungkin akan bergabung dengan parti lain lepas PRU14 - Dr Zuhdi

Posted: 16 Jan 2016 03:15 AM PST

Dewan Ulamak : Kerjasama putus jika PKR khianati Pas..!!

Posted: 16 Jan 2016 03:11 AM PST

PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas.
"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa.
"(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 khususnya di Selangor.
Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin juga berkata, Pas tidak mahu 'diperkuda' oleh PKR seperti mana yang dilakukan DAP bagi memenangi pilihan raya lalu.
"PKR (mahu) guna tenaga kita untuk pilihan raya (PRU14), lepas pilihan raya pula, ia mempergunakan kita ini bukan untuk prinsip Islam," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Turun kuasa: Adenan jumpa Najib Rabu depan

Posted: 16 Jan 2016 03:09 AM PST

SIBU - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem akan berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu depan bagi menyelesaikan perkara berkaitan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak.
Turun kuasa: Adenan jumpa Najib Rabu depan Semasa berucap merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Bahagian Sibu di sini, hari ini, Adenan berkata Sarawak mahu agar dikembalikan kuasa pentadbiran yang pernah dimilikinya dan diambil kerajaan pusat memandangkan ia penting bagi pembangunan negeri itu khasnya kepada penduduk di luar bandar.
Katanya dalam perjumpaan itu juga, beliau akan membangkitkan lagi mengenai peningkatan royalti minyak kepada Sarawak memandangkan kadar lima peratus sekarang terlalu kecil.
Menurut beliau perbincangan mengenai perkara terbabit akan memakan masa namun percaya ia akhirnya akan dipersetujui kerajaan pusat.
Justeru, beliau mahu rakyat memberi tempoh lima tahun lagi kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin Sarawak agar perkara itu dapat dicapai bagi kepentingan semua.
Sehingga kini, kata Adenan, kerajaan pusat telah bersetuju untuk tidak mengeluarkan lesen perikanan laut dalam di kawasan perairan Sarawak tanpa merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.
Katanya kerajaan pusat juga telah bersetuju supaya dalam masa tiga tahun lagi 90 peratus daripada tenaga guru di negeri itu adalah rakyat negeri itu sendiri selain peruntukan kontrak tahunan bernilai RM2.1 bilion Petronas kepada syarikat-syarikat dari negeri Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Tangani isu keganasan secara menyeluruh, bersepadu

Posted: 16 Jan 2016 03:04 AM PST


Dr Muhammad Nur ManutyDr Muhammad Nur ManutyIsu keganasan perlu ditangani secara komprehensif, menyeluruh dan bersepadu dan tidak mungkin diselesaikan melalui pendekatan jangka pendek, 'adhoc' dan bersifat reaktif semata-mata, kata Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agma (BiPPA) PKR, Senator Dr Muhammad Nur Manuty.
Menurut beliau, dunia antarabangsa perlu mencari prinsip dan kaedah imperatif untuk membanteras keganasan seperti disarankan ulamak terkemuka, Syeikh Yusuf al-Qaradawi.
Dr Muhammad merujuk siri tragedi pengemboman di beberapa kota dunia seperti Istambul, Paris dan yang terbaru Jakarta pada 14 Januari lalu.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai amat mendukacitakan dan dikesali, beliau berkata tindakan ganas itu amat tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan tatasusila semua agama.
"Justeru kami ingin mengangkat pandangan Syeikh Yusuf al-Qaradawi, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, yang telah mengemukakan langkah-langkah yang praktis (dalam tulisannya) Menelaah Realiti Umat Dalam Waktu Mutakhir.
"Menurut beliau, untuk membanteras ekstremisme, hendaklah bermula dengan kajian mendalam ke atas diri dan peribadi pengganas. Lazimnya mereka ini terlalu taksub dengan sesuatu ideologi yang dianuti. Ia juga berlaku akibat dari kefahaman yang janggal dan tercemar mengenai agama Islam," jelasnya.
Syeikh Yusuf juga, tambah beliau menjelaskan bahawa ekstremisme berlaku akibat daripada penindasan, ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku di beberapa negara Islam tertentu terutama di Timur Tengah.
Kesemua faktor seperti inilah, katanya yang melahirkan kelompok ekstremis yang sangat tegar berpegang dengan prinsip kekerasan (al-'unuf).

Read More / Baca Lagi >>