Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG ARAH SEMUA PEMIMPIN DAP KUNCI MULUT PASAL RASUAH ADUN DAP! SPRM BAGAIMANA?

Posted: 15 Jan 2016 08:28 PM PST


lim1
Selepas seminggu pendedahan ahli perniagaan Datuk Chan Swee Teik berkenaan salah laku seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang, semua pimpinan parti menutup mulut daripada membicarakan isu itu lagi.

Pada 9 Januari lalu, Chan yang dikenali sebagai Jackie mengadakan sidang media mendedahkan ADUN PAP Pengkalan Kota Pulau Pinang, YB Lau Keng Ee gagal membayar balik hutang melebihi RM200,000 yang dipinjam daripadanya sejak daripada Mei 2013.

"Selepas sidang media oleh Jackie Chan seminggu lepas, tiada apa-apa (respon), tiada satu perkataan daripada DAP terutamanya dari kumpulan rasis di Pulau Pinang. Semua tutup mulut.

"Portal-portal (pembangkang) Malaysiakini, Malaysian Insider dan Malaysia Chronicle menggelapkan (tidak menyiarkan sidang media Jackie itu). Dapat tawaran projek baharu ?, "kata Tan Khai Beng dalam Facebooknya
chan
Dalam sidang media Jackie itu beliau turut menunjukkan gambarnya bersama YB Lau dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membuktikan beliau merupakan penyokong DAP.

"Saya pernah jumpa dengan pihak atasan DAP Pulau Pinang, minta mereka tolong kejar YB Lau pulangkan duit saya itu, tetapi gagal.

"Maka saya pun minta pekerja saya cari YB Lau, akhirnya YB Lau pula buat laporan polis, mendakwa keselamatannya terancam.

"Saya hendak selesaikan masalah ini dalam cara yang mudah, asalkan beliau pulangkan amaun itu, di mana saya telah memberi diskaun kepadanya, tapi beliau enggan berbuat demikian.

"Sekarang beliau tidak mahu menjawab telefon saya, dan cara beliau melayan saya tidak seperti dulu, semasa beliau ingin pinjam duit daripada saya. Masa itu, tiap-tiap hari boleh jumpanya.

"Tambahan lagi, saya penyokong DAP, sering kali pinjam duit dan tolong DAP, YB Lau tahu semua ini,"kata Jackie.

Beliau turut berharap agar penasihat DAP, Lim Kit Siang campur tangan untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Saya berharap dengan adanya sidang akhbar ini, pemimpin DAP di peringkat nasional seperti Lim Kit Siang boleh bantu saya mengendalikan masalah ini,"katanya lagi.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Snapshot2016: Demi populariti, akhirnya berhutang USD15 billion

Posted: 15 Jan 2016 07:00 PM PST



Baca kisahnya di Snapshot2016 SINI

Snapshot2016: Guru dan PIBG SJKC Pai Chee bakal dihalau keluar Johor?

Posted: 15 Jan 2016 12:30 AM PST






Baca analisa di Snapshot2016 di SINI.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BAEEKK PUNYA KOMPROMI!!

Posted: 15 Jan 2016 09:01 PM PST

Kenapa Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha susah sangat mahu mengulas mengenai pertandingan Miss Tourism  Antarabangsa 2015 di Melaka yang keputusannya akan diketahui hari ini?

Komen sekadar "yang itu biarlah" sama sekali tidak mencerminkan nilai yang baik dari segi hukum agama. Kalau haram, katalah haram dan kalau halal pula, katalah halal.

Kalau dalam isu vape begitu pantas pemimpin agama mengatakannya haram, kenapa jadi berat mulut berkenaan ratu cantik?

Apakah  dengan mengatakan "yang itu biarlah" bermakna pertandingan ratu cantik bukan saja boleh diadakan di Melaka, bahkan juga sudah bebas di mana-mana di negara kita selepas ini?

Adakah sekarang antara halal dan haram sudah ada komprominya?

Selamat Tahun (Gaji) Baru YB!

Posted: 15 Jan 2016 08:50 PM PST

Untuk mereka kenaikan ini amat wajar kerana beban tugas yang semakin banyak dan rakyat pula selalu meminta sumbangan kewangan daripada mereka.
sugar
Oleh Ronasina
Kita sudah melangkah ke tahun 2016 dan seawal minggu pertama kita sudah menerima berbagai beban perbelanjaan khususnya keperluan persekolahan anak-anak. Harga barangan keperluan semakin naik menjadikan kos kehidupan meningkat. Jurang di antara pendapatan (gaji) dan perbelanjaan semakin tipis. Kesuraman ekonomi dengan rancak-jana perniagaan yang lemah membuatkan majikan tidak berani menaikkan gaji atau upah pekerja.
Perdana Menteri juga menteri-menteri berkaitan telah menyedari hal ini dan berkali-kali menasihatkan rakyat agar sentiasa kreatif menggunakan imaginasi untuk menambah pendapatan. Seorang timbalan menteri menyarankan kepada rakyat supaya membuat lebih dari satu pekerjaan. Rakyat juga disarankan agar mengamalkan hidup sederhana. Bagi menteri, inilah cara terbaik menghadapi cabaran hidup selain disuruh rakyat bercucuk tanam, jangan makan ayam dan lain-lain lagi.
Anehnya ketika rakyat disuruh itu dan ini, menteri-menteri dan wakil rakyat Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan BEBAS mempunyai formula menangani beban tugas mereka iaitu menaikkan gaji serta elaun mereka sendiri sehingga melebihi 40%.
Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan diluluskan di Parlimen pada April 2015 yang lalu selepas ke semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong sebulat suara.
Bermakna berkuatkuasa tahun lepas, 1 Januari 2015 (maknanya telah tertunggak empat bulan dari tarikh kelulusan itu dan sudah pastinya ada bayaran tunggakan) semua Ahli Parlimen menerima kenaikan sebanyak RM5,000 iaitu dari RM11,000 sebelum ini menjadi RM16,000.
Ini tidak termasuk elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan. Ahli Dewan Negara menerima kenaikan sebanyak RM4,000 menjadikannya RM11,000 .
Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula menerima kenaikan sebanyak RM11,000 dari RM20,000 menjadikan RM31,000 sementara Timbalan Speaker pula menerima kenaikan dari RM16,000 kepada RM20,000.
Untuk mereka kenaikan ini amat wajar kerana beban tugas yang semakin banyak dan rakyat pula selalu meminta sumbangan kewangan daripada mereka. Tidak pula mereka berfikir yang mereka perlu hidup sederhana atau cari bilik sewa yang murah untuk pusat khidmat.
Sayugia diberitahu kenaikan ini melibatkan semua ahli parlimen kerajaan dan juga pembangkang. Ya, termasuklah ahli parlimen (dengan tidak perlu menyebut namanya) yang apabila dikritik mengapa senyap sahaja ketika sidang dewan dia menjawab diam dia adalah diam seorang pemerhati dan pelajar. Gaji serta elaun ahli parlimen yang kerap ponteng, kerap buat bising tidak tentu fasal, juga tidak terkecuali naik.
Sukacita juga dimaklumkan bahawa kenaikan gaji dan elaun ini menjadikan pertambahan Belanjawan Negara meningkat kepada RM17.2 juta setiap tahun.
Sangat pedih lagi apabila gaji serta elaun Ahli Dewan Undangan Negeri juga naik. Kedah, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Perak antara kerajaan negeri yang menaikkan gaji ADUN dengan kenaikan yang cukup tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

.Pas bersama Umno bukan dominan tapi survival politik - Dr Mohamed Mustafa

Posted: 15 Jan 2016 08:48 PM PST

Umno-Pas
SHAH ALAM – Majlis Syura Ulamak Pas setuju berkerjasama dengan Umno bukan kerana mahu menjadi sebuah parti dominan sebaliknya parti Islam itu melihat ruang dan peluang untuk menjayakan agenda serta perjuangan Islamnya dengan lebih berkesan.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, keterbukaan pemimpin Umno terhadap dasar Islam yang diperjuangkan Pas itu membolehkan parti Islam itu mudah untuk bekerjasama.
"Saya tidak fikir Pas cuba jadi dominan kerana Pas tahu macam mana dia nak jadi dominan, sebab Umno yang membentuk tulang belakang kerajaan, kerana kerusi Umno jauh lebih besar berbanding Pas
"Pas setuju bekerjasama dengan Umno kerana Umno dilihat sedia bersetuju dengan perjuangan Pas seperti Kanun Jenayah Syariah Kelantan di Kelantan dan tidak menghalang Pas membawa Rang Undang-Undang Persendiriannya ke Parlimen," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad pada Rabu mendakwa Pas mahu kekal mendominasi pengundi Melayu Islam dengan cara 'mendampingi' Umno selepas hasrat menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat tidak kesampaian.
Khalid berkata, Pas terpaksa mencari kaedah lain dan Umno adalah rakan politik terbaik kerana parti Islam itu sendiri mahu menjadi dominan seperti Umno dalam BN.
Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa juga berkata, Pas hanya boleh menjadi parti dominan jika berjaya membentuk kerajaan Persekutuan atau menyertai BN.
"Belum masanya Pas mengambil langkah lebih jauh untuk melakukan kerjasama politik ke arah itu kerana pelbagai faktor," ujarnya.
Ditanya tentang langkah Pas itu juga didakwa mahu mendominasi undi pengundi Melayu pada PRU14, Mohamed Mustafa berkata dilihat hanya mahu mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU12 dan PRU13 lalu sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Pas mampu jadi lebih kuat jika tidak bergabung - Dr Ahmad Atory

Posted: 15 Jan 2016 08:45 PM PST

SHAH ALAM - Pas akan jadi lebih kuat berbanding parti lain di negara ini sekiranya tidak bekerjasama dengan Umno dan Pakatan Harapan.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Pas bersendirian kini selepas Pakatan Rakyat (PR) dibubarkan.
"Namun begitu, tidak mustahil penyokong Umno yang kecewa dengan parti itu akan beralih arah menyokong Pas jika Pas tidak bergabung dengan Pakatan Harapan.
Pas "Saya yakin Pas akan jadi lebih kuat berbanding Umno dan Pakatan Harapan kerana kekuatan Pas sudah berjaya dibuktikan sebelum ini di mana Pas pernah menawan Perak, Terengganu, Kedah dan masih mentadbir Kelantan hingga kini," katanya.
Beliau yang juga bekas pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, Amanah tidak mampu menyaingi Pas kerana kedudukan Pas lebih kukuh dan persembahannya juga sudah diketahui umum.
"Walaupun Amanah diberi peluang dalam pentadbiran Kerajaan Selangor, ia tak mampu menjejaskan Pas yang ternyata masih utuh.
"Amanah parti yang baru nak bergerak, orang belum yakin dengan Amanah sebab belum tahu dia punya gaya persembahannya," katanya.
Menurutnya, selagi Pas bersendirian dan tidak bergabung dengan mana-mana parti, pihaknya yakin Pas boleh menambah bilangan kerusi pada PRU14 termasuk mengekalkan kerusi yang dimenangi mereka.
"Pas dilihat mempunyai pendirian kukuh apabila berkali-kali menyatakan pendirian bahawa mereka akan mempertahankan kerusi mereka daripada Amanah.
"Saya juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 nanti antara Pas, Umno dan juga Pakatan Harapan.
"Pertandingan tiga penjuru ini nyata akan memberi peluang besar kepada Pas," katanya.

“Menteri makan sampai perut pecah. Mana lapar!”

Posted: 15 Jan 2016 08:42 PM PST

Bekas pemimpin pelajar selar sikap menteri Kabinet saran mahasiswa bekerja bagi menanggung kehidupan.
Fahmi-ZainolPETALING JAYA: Bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya (UM) menyindir menteri Kabinet yang menyarankan pelajar universiti bekerja untuk menampung kehidupan.
Fahmi Zainol berkata, saranan menteri Kabinet itu adalah tidak masuk akal berbanding teguran yang pernah dibuat suatu ketika dahulu, yang mengatakan tugas mahasiswa adalah untuk belajar sahaja.
"Dahulu apabila mahasiswa berdemonstrasi, dikatakan tugas mahasiswa hanya untuk belajar. Sekarang? Suruh bekerja? Kenapa tak cakap peranan mahasiswa hanya fokus belajar dan mana boleh bekerja?
"Dilema mahasiswa sekarang ini, kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab asas mereka iaitu menyediakan pendidikan, kebajikan, keselamatan dan kesihatan buat rakyat. Akhirnya mahasiswa dipersalahkan," katanya menerusi akaun Facebook beliau, semalam.
Fahmi berkata, menteri Kabinet bersikap tidak adil terhadap pelajar universiti termasuk yang menerima biasiswa.
Katanya, biasiswa seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pernah naik sejak 10 tahun lalu sedangkan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen menerima kenaikan baru-baru ini.
"Korang (Kamu) menteri tak apalah, makan sampai perut pecah. Mana pernah rasa lapar. Aku bagi analogi mudah saja, biasiswa JPA hampir 10 tahun tak pernah naik-naik, tapi harga teh ais , nasi lemak, teh oh ais dan maggi naik dalam tempoh 10 tahun.
"Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pun gaji ahli Parlimen dan ADUN naik. Malah belanjawan pendidikan 2016 pula dipotong? Di mana kesaksamaannya?" katanya.

Ucapan Dr Mariah dalam Persidangan Pakatan Harapan

Posted: 15 Jan 2016 07:58 PM PST

Ucapan Presiden Amanah di Persidangan Pakatan Harapan

Posted: 15 Jan 2016 07:57 PM PST

Amanah berharat letak calon di PRN Sarawak

Posted: 15 Jan 2016 07:55 PM PST

Polisi ekonomi Najib jauh beza berbanding ayahnya, kata Pemuda Amanah

Posted: 15 Jan 2016 04:39 PM PST


Tun Abdul Razak dan keluarga
Tun Abdul Razak dan keluarga
Ketika kempen sempena memperingati ulang tahun ke-40 pemergian Tun Abdul Razak dilihat rancak di TV dan akhbar, pencapaian tokoh digelar Bapa Pembangunan itu daripada segi dasar ekonomi dilihat jauh berbeza berbanding pentadbiran anaknya, Datuk Seri Najib yang mula menjadi Perdana Menteri sejak 2009 lalu.
Mohd Ammar AtanMohd Ammar AtanTimbalan Exco Pembangunan Kepimpinan Pemuda Amanah Nasional, Mohd Ammar Atan berkata, polisi pentadbiran Tun Razak yang bersifat merakyat dan bertujuan merapatkan jurang sosio-ekonomi dalam masyarakat majmuk di negara ini akan sentiasa dihargai rakyat termasuk generasi muda hari ini.
"Jasa baktinya sebagai arkitek kemajuan negara dengan tumpuan besarnya melalui pelaksanaan pendidikan kebangsaan dan pengagihan ekonomi secara lebih menyeluruh dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar sentiasa dikenang.
"Gagasan besar arwah Tun Razak melalui DEB (Dasar Ekonomi Baru) bermula tahun 1970 bermatlamat untuk memulihkan ekonomi orang Melayu pada masa sama membolehkan kaum bukan Melayu meraih manfaat bersama.
"Sayangnya, kontradik dengan Najib, polisi ekonomi Presiden Umno itu lebih memihak kepada kepentingan korporat, kroni dan survival parti Umno-BN. Tun Razak seorang negarawan tetapi maaf, ciri itu tiada pada Najib. Itu bezanya," ujarnya ketika diwawancara Malaysia Dateline di Kuala Lumpur, malam tadi.
Menurut Ammar yang juga mahasiswa di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya (UM), implementasi DEB atas kesedaran mengenai keperluan dan kemanusiaan sesuai dengan kedudukan kritikal dan kesenjangan ekonomi rakyat ketika itu.
Berbeza dengan pendekatan ekonomi di bawah kepimpinan Najib, katanya, beberapa isu asas berkaitan survival ekonomi rakyat seperti trend kenaikan mendadak harga barang dan kos sara hidup gagal ditangani sepanjang enam tahun pentadbirannya.
"Lihat saja pada polisi ekonomi Najib melalui Model Ekonomi Baru (MEB) yang tidak menyentuh secara langsung perkara asas berkaitan kepentingan rakyat termasuklah soal kelangsungan ekonomi Melayu Islam tiada diberi penekanan.
"Dalam projek rumah PR1MA di bawah MEB contohnya, harga rumah yang ditawarkan di luar kemampuan majoriti rakyat bahkan PR1MA diswastakan pula.
"Akhirnya terpaksa bersaing dengan pihak swasta lain. Polisi berkaitan rumah mampu milik ada lompang kelemahannya sehingga menjadi ruang untuk meraih keuntungan berlipat ganda sekaligus menyanggahi matlamat asal kewujudannya," jelasnya.

Menangani ekstremis: Dua wajah pemerintah dibidas

Posted: 15 Jan 2016 04:36 PM PST

Ahli Parlimen Raja Bahrin Shah menyeru kerajaan supaya menangani ekstremis dalam kalangan kita
isis
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin Shah dalam satu kenyataan malam ini menyeru pentadbiran Datuk Seri Najib Razak supaya menangani ekstremisme yang marak di negara ini.
Beliau menegaskan pemerintah perlu bertanggungjawab di atas penularan pemikiran pelampau, yang menurutnya tercetus daripada permainan politik yang merbahaya.
"Saya serta rakan-rakan pimpinan dalam AMANAH telah berkali-kali mengingatkan kerajaan agar tindakan tegas diambil terhadap corak pemikiran dan ideologi sesetengah pihak di Malaysia yang mirip IS.
Menekankan lagi hujahnya, Raja Bahrin melakar dua wajah pemerintah yang berbeza, seperti memperkenalkan undang-undang seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), tetapi membenarkan Himpunan Baju Merah berlaku, dan membenarkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bergerak bebas.
Bahkan, beliau mendakwa sesetengah tokoh-tokoh agama terus bebas melancarkan kempen kepada pengikutnya untuk "menghapuskan pengkhianat", malah ada yang sehingga ke tahap "menghalalkan darah pengkhianat".
"Pada hakikatnya, semua ini hanyalah sandiwara pemimpin untuk mengekalkan kuasa mereka.
"Ini kerana mereka sedar bahawa jika masyarakat pelbagai kaum di Malaysia hari ini dapat bersatu-padu, kerajaan rasis berasaskan perkauman seperti UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi tidak relevan lagi," tegas Raja Bahrin.
Bagi AMANAH, sudah tiba masanya untuk Malaysia menghentikan ekstremisme agama dan perkauman, tambah beliau.

Rasuah Di Malaysia Bila Lagi..???

Posted: 15 Jan 2016 04:20 PM PST


Di Thailand, walaupun negara mereka 'KAPIR', pemerintah yg bersalah & tidak jujur akan tetap didakwa dan tidak kebal drpd undang2..

Sebab tu matawang mereka stabil.. mengukuh dari ringgit..

Di Malaysia, walaupun 'negara Islam', ada PM begitu banyak dgn skandal, rasuah, salahlaku dan sebagainya. Dia BERAGAMA ISLAM.

Namun sehingga kini, sebarang pendakwaan terhadap beliau GAGAL... KERANA APA ???

HIDUP UMNO !!! HIDUP MAKSIAT !!!

Posted: 15 Jan 2016 04:17 PM PST

Bila...Kepala besar UMNO Melaka berkata..
"mempromosi pelancongan negeri menerusi pertandingan ratu cantik itu satu PENDEKATAN BIJAK"..

Lalu golongan2 agama MELAYU-umno berkata..
"YANG ITU BIARLAH !!!"..

Apa korang rasa bila gaji korang dipotong (tax payer) utk bayar gaji seperti mereka ini..

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Posted: 15 Jan 2016 04:16 PM PST

Inilah pe'el UMNO.. Bila senang & selamat dok dlm SPR tak pernah plok nak hentam & kritik kerajaan.. Tetapi setelah bersara tau plok berani nak kritik Najib & kerajaan jangan menipu rakyat..
Siapa sebenarnya tali barut KERAjaan ??

Dia tidak menangis malah begitu riak & bangga mengaku dgn GST lah ekonomi negara selamat..

Posted: 15 Jan 2016 04:14 PM PST

Pernahkah dia menangis memikirkan kesusahan rakyat yg menanggung segala derita kos sara hidup yg tinggi angkara GST Najib yg memerintah ???

TPPA dan impak ke atas gaji pekerja

Posted: 15 Jan 2016 04:12 PM PST

Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat dan gaji ibarat "kais pagi makan pagi", 95 peratus rakyat Malaysia buat masa sekarang ini lebih mementingkan isu di bawah:

Berapa banyak gaji mereka akan meningkat?
Berapa banyak pendapatan isi rumah akan meningkat?
Adakah mereka mampu untuk mengekalkan pekerjaan mereka pada tahun-tahun yang akan datang?
Adakah pekerjaan baru yang akan diwujudkan memberikan pendapatan yang lebih baik dan tinggi?
Adakah kos sara hidup secara relatif akan menjadi lebih rendah berbanding dengan pendapatan mereka?

Adalah sangat menyedihkan apabila jumlah KDNK (GDP) dan pelaburan sering diketengahkan tetapi bukanlah keuntungan bagi rakyat jelata – terutamanya isirumah dan pekerja.

Berdasarkan Analisis Kos Faedah yang dilakukan oleh PriceWaterhouseCoopers' mengenai gaji, kami dapati bahawa jika kerajaan menandatangani TPPA, kenaikan gaji bulanan melebihi garis dasar hanyalah RM25 pada tahun 2027. Terdapat juga pengurangan dalam pendapatan isi rumah secara purata sepanjang 2018-2027 sebanyak RM117.

Adalah sangat menghairankan bahawa satu perjanjian yang disebut sebagai "perjanjian abad ke-21 yang berkualiti tinggi, mempunyai standard emas (sebanyak 6,200 mukasurat secara keseluruhannya) – yang akan memberi impak kepada hampir semua dasar-dasar yang sedia ada dan akan menjejaskan kehidupan setiap rakyat dan generasi masa hadapan untuk 100 tahun yang akan datang, termasuk membelakangi RMK-11 – hanya akan menghasilkan kenaikan RM25 kepada gaji bulanan pekerja sebulan pada tahun 2027.

Apabila TPPA berkuat kuasa ia tidak akan membolehkan kita untuk meningkatkan gaji minima yang kini ditetapkan sebanyak RM1,000. Dasar gaji minima adalah penting untuk meningkatkan tahap umum gaji terutama di kalangan mereka yang berpendapatan lebih rendah. Peruntukan dalam bab pelaburan seperti klausa-klausa "fair and equitable treatment (FET)"atau "layanan yang adil dan saksama" serta "expropriation" atau "rampasan" bermakna Malaysia tidak boleh menukar mana-mana parameter ekonomi yang akan mengurangkan keuntungan semasa dan masa depan pelabur. Lihat sahaja kes Veolia vs Mesir di mana Mesir telah didakwa di atas hasrat kerajaannya untuk melaksanakan gaji minima walaupun polisi ini dianggap "non-discriminatory" atau "tanpa diskriminasi".
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama Umno-PAS ke arah transformasi hadapi cabaran

Posted: 15 Jan 2016 04:03 PM PST

Ong Kian Ming: Pemimpin-Pemimpin DAP Mesti Mengubah Cara Komunikasi Mesej DAP Kepada Orang Melayu

Posted: 15 Jan 2016 04:03 PM PST

Saifuddin Abdullah: Cara Yang Terbaik Ialah Menunjukkan Trek Rekod

Posted: 15 Jan 2016 04:02 PM PST

Saifuddin Abdullah: Anak Muda Melayu Ramai Tidak Mendaftar Adalah Kejayaan UMNO BN

Posted: 15 Jan 2016 04:02 PM PST

Jangan terpedaya dengan serangan Umno - Dr Rani

Posted: 15 Jan 2016 06:50 AM PST

ARiF Malaysia bantu Pemuda Amanah bina Rumah Peduli Rakyat

Posted: 15 Jan 2016 06:46 AM PST

Projek Rumah Peduli RakyatProjek Rumah Peduli Rakyat
ARiF Malaysia akan membantu Pemuda Amanah Nasional menjayakan projek perumahan untuk rakyat miskin.
Projek perintis yang diberi nama Rumah Peduli Rakyat ini akan dilancarkan di Kampung Baru Seri Dacing, Sik Kedah pada 16 Januari ini jam 11 pagi.
Hadir sama para pemimpin Amanah peringkat nasional dan negeri.
Projek Rumah Peduli Rakyat ini dilaksanakan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan berkata, Pemuda Amanah mahu memastikan kualiti kehidupan rakyat di kawasan kampung diperkasakan dan dibela.
"Ini merupakan projek pertama rumah rakyat dengan modal yang amat sederhana di negara ini.
"Sebagai entiti yang serius dalam usaha membela rakyat susah dan terpinggir Pemuda Amanah berpendapat mereka perlu mendapat pembelaan daripada segenap lapisan masyarakat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tandas sekolah dicaj 30 sen, menteri arah hentikan serta-merta

Posted: 15 Jan 2016 06:22 AM PST

AufsShQoJoRU8kkKoKpRS9_geJe_ClRaPKpa9W2yKvzt
Isu tandas di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George, Macalister Road, Pulau Pinang yang dikatakan akan dikenakan caj sebanyak 30 yang viral di media sosial sehingga mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah diselesaikan.
KUALA LUMPUR, 15 Januari:
Isu tandas di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George, Macalister Road, Pulau Pinang yang dikatakan akan dikenakan caj sebanyak 30 yang viral di media sosial sehingga mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah diselesaikan.
Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPPP), Shaari Osman, tandas yang dikenakan caj di sekolah tersebut hanya melibatkan beberapa buah sahaja.
Jelasnya, tandas yang selebihnya masih boleh digunakan secara percuma oleh para pelajar sekolah berkenaaan.
"Walau apa pun saya telah meminta amalan mengenakan bayaran itu diberhentikan serta merta.
"Sekolah juga telah akur dan mulai hari ini ianya tidak lagi dikenakan bayaran untuk semua tandas," katanya dalam akaun Facebooknya hari ini.
Isu tandas berkenaan mula mendapat perhatian netizen selepas ia dimuatnaik laman Penang Kini dan Mahdzir meminta JPPP untuk mengambil maklum berhubung isu berkenaan.
Berdasarkan kenyataan di laman berkenaan, pejabat sekolah berkenaan telah memaklumkan bahawa ia merupakan keputusan Persatuan Ibubapa dan Guru dan alumni pelajar sekolah berkenaan.
Laman tersebut juga mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut dilakukan kerana semua sekolah sudah mempunyai kontrak pencucian kawasan termasuk tandas yang dibayar Kerajaan Pusat kepada kontraktor.

TPPA: Gaji dijangka naik RM25 pada 2027 – NGO

Posted: 15 Jan 2016 06:21 AM PST

TRP_TPPA-5
Rakyat Malaysia hanya akan menikmati kenaikan gaji sebanyak RM25 pada 2027 sekiranya bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada bulan depan.
KUALA LUMPUR, 15 Januari:
Rakyat Malaysia hanya akan menikmati kenaikan gaji sebanyak RM25 pada 2027 sekiranya bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada bulan depan.
Timbalan Pengerusi Bantah TPPA, Azlan Awang menjelaskan jumlah tersebut adalah berdasarkan Analisis Kos Faedah yang dilakukan oleh PriceWaterhouseCoopers berhubung gaji sekiranya kerajaan kerajaan menandatangani TPPA.
Menurutnya, rakyat bukan sahaja akan menikmati kenaikan yang minimum tersebut tetapi berlakunya pengurangan dalam pendapatan isi rumah secara purata sepanjang 2018-2027 sebanyak RM117.
"Adalah sangat menghairankan bahawa satu perjanjian yang disebut sebagai perjanjian abad ke-21 yang berkualiti tinggi, mempunyai standard emas (sebanyak 6,200 mukasurat secara keseluruhannya) yang akan memberi impak kepada hampir semua dasar-dasar yang sedia ada hanya akan menghasilkan kenaikan RM25 kepada gaji bulanan pekerja sebulan pada tahun 2027," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Azlan lagi, apabila TPPA berkuat kuasa ia tidak akan membolehkan kita untuk meningkatkan gaji minima yang kini ditetapkan sebanyak RM1,000 sedangkan ia adalah penting untuk meningkatkan tahap umum gaji terutama di kalangan mereka yang berpendapatan lebih rendah.
Ujarnya, peruntukan dalam bab pelaburan seperti klausa-klausa 'fair and equitable treatment (FET)'atau layanan yang adil dan saksama serta 'expropriation' atau rampasan bermakna Malaysia tidak boleh menukar mana-mana parameter ekonomi yang akan mengurangkan keuntungan semasa dan masa depan pelabur.
"Lihat sahaja kes Veolia vs Mesir di mana Mesir telah didakwa di atas hasrat kerajaannya untuk melaksanakan gaji minima walaupun polisi ini dianggap 'non-discriminatory' atau tanpa diskriminasi.
Read More / Baca Lagi >>

Sarawak sokong TPPA, kata Adenan

Posted: 15 Jan 2016 06:19 AM PST

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata TPPA mempunyai lebih banyak kebaikan daripada keburukan dalam masyarakat terbuka yang ada kelebihan daya saing terhadap ekonomi negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Januari, 2016.  
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata TPPA mempunyai lebih banyak kebaikan daripada keburukan dalam masyarakat terbuka yang ada kelebihan daya saing terhadap ekonomi negara. 

Ketua Menteri  Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata kerajaan negeri Sarawak menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Beliau berkata setiap negara di dunia kini bertanya mengenai sistem penarafan global dan tidak lagi boleh mengasingkan diri atau akan menjadi seperti Korea Utara.
"Saya bersetuju dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed (menteri perdagangan antarabangsa dan industri) mengenai TPPA.

"Dalam masyarakat terbuka yang membuka pasarannya dan mempunyai kelebihan daya saing terhadap ekonomi negara, kita tidak mempunyai pilihan dan saya rasa ini (TPPA) adalah pilihan terbaik, lebih banyak kebaikan daripada keburukan," katanya. Adenan berkata demikian selepas mendengar taklimat mengenai TPPA yang disampaikan Mustapa, turut dihadiri Kabinet Sarawak dan Anggota Dewan Undangan Negeri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching.
Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
Read More / Baca Lagi >>

Agak2 apa kesudahannya siasatan derma RM2.6 billion & SRC International nanti ???

Posted: 15 Jan 2016 06:01 AM PST

Najib rela disiasat SPRM,
SPRM di bawah Jabatan Perdana Menteri..

SPRM kata hasil siasatan diserah kpd Peguam Negara,
Peguam Negara dilantik 'atas nasihat' Najib...

KALAU CAMNI elok saja serah sisatan tu 'DIRECT' kat Najib, NAJIB sendiri JADI HAKIM !!!.. lagi senang jimat kos. takyah nak perabih wang rakyat.

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:28 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Pakatan Harapan hanya sekadar kosmetik

Posted: 15 Jan 2016 03:51 AM PST

PAKATAN Harapan, yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah), perlu membuktikan bahawa ia mempunyai kekuatan tersendiri, sekali gus berupaya mengubah landskap politik Malaysia, demikian menurut penganalisis politik.

Tekad memeterai perjanjian kerjasama pada 9 Januari lepas, ketiga-tiga parti perlu membuktikan dan tidak mengulangi kesilapan lampau ketika bersama-sama dalam PR melalui gerak kerja dan keputusan kolektif sebagai satu gabungan politik mantap.

Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini pastinya ditunggu-tunggu oleh banyak pihak untuk melihat sejauh mana kemampuan ketiga-tiga parti itu bekerjasama dan memberi impak kepada dunia politik tanah air.

Bertambah kukuhkah Pakatan Harapan selepas termeterainya perjanjian baharu itu?

Kekal formula lama
Penganalisis politik bagaimanapun melihat perjanjian pakatan kali ini masih menggunakan model serupa dengan PR yang mengamalkan politik berasaskan kepada hubungan berasaskan kepentingan tertentu.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, perjanjian yang ditandatangani ketiga-tiga parti itu masih mengekalkan prinsip sama seperti ketika PR diwujudkan dahulu.

Perbezaannya cuma pada nama dan tanpa penglibatan Pas, yang kedudukannya kini diambil alih Amanah.

"Pembangkang telah pun kehilangan aset yang besar apabila Pas keluar daripada pakatan… mereka (pakatan) mengalami kemerosotan sokongan khususnya orang Melayu apabila Pas tidak menyertai mereka dan inilah realitinya," katanya kepada Bernama.

Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Amini Amir, yang bersependapat dengan Samsul Adabi, berpandangan bahawa perjanjian itu sekadar kosmetik dan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat keseluruhannya.

Beliau berkata, apa yang terjadi ketika PR boleh terjadi di dalam pakatan PKR, DAP dan Amanah.

"Apabila Pas keluar, sudah pasti Pakatan Harapan tidak kukuh dan kuat kerana yang menguatkan PR sebelum ini ialah Pas yang memiliki jentera yang besar. Amanah tidak setanding Pas meskipun parti itu diberikan peranan menggantikan Pas," katanya.

Retorik
Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib melihat tindakan mengadakan perjanjian itu hanyalah satu retorik politik.

"Apa yang berlaku dalam pembangkang sebelum ini (PKR, Pas dan DAP) menyebabkan gabungan pakatan baharu ini (PKR, DAP dan Amanah) kononnya mahu lebih berwaspada sehingga membawa kepada perjanjian ini," katanya.

Md Shukri berkata pembangkang ketika ini sedang berusaha keras sehingga menuntut mereka mengadakan perjanjian berkenaan bagi mengikat ketiga-tiga parti, selain cuba menonjolkan kepada rakyat bahawa mereka juga mampu bertahan dan mencapai kesepaduan seperti BN.

"Persoalannya, jika sudah wujud pakatan yang baharu dengan perjanjian bersama maka apa akan jadi dengan pakatan sebelum ini yang melibatkan Pas terutamanya dalam hal pentadbiran kerajaan Selangor?

"Kerajaan Selangor nampaknya perlu membuang anggota Exco Pas dan menggantikannya dengan seseorang daripada Parti Amanah, itupun atas persetujuan dan perjanjian baharu yang dimeterai oleh ketiga-tiga parti. Tetapi, bersediakah Pakatan Harapan menguatkuasakan perkara itu atau adakah ini satu 'siri drama' pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14?," katanya.

Gimik politik
Merujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 9 Januari lepas yang dilapor sebagai berkata perjanjian itu menunjukkan komitmen serius Pakatan Harapan untuk menjadi 'government-in-waiting', penganalisis politik berkenaan berpendapat bahawa ia adalah sekadar gimik politik.

"Realitinya, mereka dah kemerosotan sokongan selepas PAS tidak lagi bersama mereka… ini hakikat yang mereka tidak boleh nafikan dan mereka juga tidak mampu menggantikan BN.

"Kenyataan ini dibuat sekadar untuk menunjukkan kepada umum bahawa pakatan masih lagi kuat meskipun tanpa Pas," kata Samsul Adabi.

Amini pula berkata: "Ia sekadar untuk mempengaruhi rakyat bahawa mereka semakin matang dan kukuh walaupun realiti adalah sebaliknya."

Perjanjian Pakatan Harapan antara lain berkenaan hala tuju pakatan termasuk proses dalam membuat keputusan membabitkan gabungan itu, calon pilihan raya dan kesetiaan terhadap kerjasama itu.

Perjanjian itu juga turut menggariskan langkah tegas termasuk memecat keanggotaan parti tidak sehaluan.

Sokongan Melayu pecah
Natijahnya, ke arah mana sokongan orang Melayu selepas penubuhan Amanah, yang berteraskan orang Melayu?

Melihat senario politik semasa ini, kedua-dua penganalisis politik ini berpendapat penubuhan parti Amanah akan membawa kepada perpecahan undi khususnya di kawasan majoriti Melayu.

Mereka juga yakin pertandingan tiga penjuru antara – Pas, Umno, Amanah – pasti tidak dapat dielakkan pada pilihan raya umum akan datang.

Amini berkata, dalam konteks Pakatan Harapan, Pas pastinya tidak akan mendapat sokongan padu daripada penyokong tegar pakatan itu sekiranya bertanding di kawasan majoriti Melayu yang turut ditandingi Umno dan Amanah.

"DAP dan PKR pastinya berhabis-habisan berjuang memastikan rakan sekutu mereka menang manakala Pas bukan lagi rakan sekutu mereka," katanya.

Samsul Adabi berpandangan ekoran pergolakan politik semasa khususnya melibatkan parti berteraskan orang Melayu akan menjadikan kumpulan atas pagar lebih ramai pada pilihan raya umum ke-14.

"Ini akan menyebabkan perpecahan di kalangan orang Melayu," katanya. – Bernama

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MAKIN TUN RAZAK DIINGATI, MAKIN NAJIB DILIHAT "TAK BERGUNA"

Posted: 15 Jan 2016 03:23 PM PST






MAKIN TUN RAZAK DIINGATI, MAKIN NAJIB DILIHAT "TAK BERGUNA"


Hari ini genap 40 tahun Tun Razak Hussein, bekas Perdana Menteri kedua Malaysia meninggal dunia. Pemergiannya secara mengejut pada 14 Januari 1976 kerana derita leukemia, terus dirasai berikutan rakyat dan negara rasa amat terhutang budi dengan segala jasa dan sumbangannya.

Tiada ada sesiapa yang dapat menafikan sumbangan Tun Razak untuk negara ini. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan kerana banyak idea, dasar dan pemikirannnya menjadi asas kepada pembagunan negara sehingga kini.

Meskipun demikian, sebagai manusia biasa, Tun Razak bukanlah pula tidak ada dosa dan kelemahannya. Tetapi, oleh sebab jasa dan sumbangannya terlalu besar, maka kelemahannya tersimpan tidak disebut orang.

Dalam hal ini, saya ada bercakap dengan beberapa bekas pemimpin yang pernah mengenali dan hidup sezaman dengan Tun Razak. Mereka mengatakan, jasa dan sumbangan Tun Razak sering dan lebih banyak dijadikan sebutan bukanlah bermakna beliau tidak ada cacat cela dan kelemahan sama sekali.

Sebaliknya, kata mereka, disebabkan jasa dan sumbangannya terlalu besar kepada rakyat dan negara, ia menjadikan ramai yang malu untuk menyebut tentang kelemahannya.

Itulah Tun Razak. Sempena 40 tahun pemergiannya, bukan saja jasa, sumbangan dan pemikirannya terus dikenang, malah hari ini satu seminar khas memperingati Bapa Pembangunan itu turut diadakan.

Sama ada kita mengenalinya atau tidak,  pernah hidup di zamannya atau sebaliknya, namun memperingati dan mengenang jasa serta sumbangan Tun Razak tetap dikira wajar kerana nilai peninggalannya yang tak ternilai untuk rakyat dan negara.

Selain itu, Tun Razak juga dikenali sebagai pemimpin yang sederhana dan berjimat cermat. Beliau bersih daripada segala dakwaan rasuah, menyalahgunakan kuasa atau hidup bermewah.

Di ketika namanya masih diingati dan diadakan pula seminar khas mengenai watak kepimpinannya, secara kebetulannya negara sedang dipimpin oleh Najib,  anak sulung Tun Razak sendiri.

Najib yang turut hadir dalam seminar itu bersama beberapa bekas pemimpin yang pernah bekerja dengan bapanya seperti Tun Abdullah Badawi dan Rafidah Aziz, tentu saja mengharapkan sedikit sebanyak limpahan imej baik memihak kepada dirinya daripada seminar tersebut.
Sebagai anak sulung dan menjejaki pula jawatan Perdana Menteri yang pernah disandang oleh bapanya, hanya seorang "anak yang perasan"  akan menganggap pujian kepada arwah orang tuanya adalah juga untuk dirinya.

Itulah yang seting dilakukan oleh Najib selama ini. Di sebalik kedudukannya  semakin jauh daripada hati rakyat berikutan pelbagai isu, kelemahan dan kesilapan sepanjang mentadbir negara sejak 2009 lalu, sering pula nama Tun Razak digunakan untuk melonjakkan imej dirinya.

Lantaran itu, mengadakan seminar khas untuk memperingati jasa dan sumbangan Tun Razak, di sebalik nama anaknya makin membusuk, lebih menjadikan Najib subjek perbandingan dengan bapanya.

Tun Razak akan terus diingati dan dikenang, tetapi menjadikan Najib kian jauh dari keperluan untuk terus memimpin negara. Tidak ada perbandingan itu yang memberi kelebihan kepada Najib.

Dalam semua segi, bukan saja tidak mungkin ada yang mengatakan Najib lebih baik atau menyamai bapanya, bahkan untuk menyatakan 50 peratus atau 30 peratus warisan pemikiran dan karektor kepimpinan Tun Razak ada padanya pun barangkali ramai yang ragu-ragu untuk menganggukkan kepala.

Najib dilihat terlalu jauh berbeza dengan Tun Razak. Tidak saja pemikiran, idea, gaya kepimpinan, gaya hidup, bahkan hampir segala-galanya berbeza.

Yang paling membezakan anak dengan bapa itu ialah kehidupan mewah, boros berbelanja, mengamalkan pemikiran "cash is king" dan sehingga membenarkan di akaun peribadinya berlabuh wang sebanyak RM2,600 juta.

Kemudian, demi untuk melindungi dan mengekalkan kuasanya, sanggup pula memperkenalkan beberapa akta, selain memecat Peguam Negara dan melakukan beberapa kacau ganggu yang lain dalam pasukan yang terlibat dalam penguatkuasaan.

Ia merupakan perkara yang tidak pernah dilakukan, bukan saja oleh Tun Razak, malah sesiapa juga Perdana Menteri sebelum Najib. Selemah-lemah dan segagal-gagal Tun Abdullah Badawi pun tidak sampai ke tahap itu kelakuannya.

Oleh kerana kontranya yang terlalu ketara, semakin Tun Razak dikenang dan diingati jasa serta sumbangannya, dalam masa yang sama ia secara tidak langsung menjadikan kepimpinan Najib kian tidak bernilai dan "kosong markahnya".

Tidak kedapatan sama sekali ciri-ciri Tun Razak pada Najib. Perbezaan dan jurang yang dalam itu sehingga membuatkan Nazir Razak beberapa kali tidak bersetuju dan menyanggah gaya kepimpinan abangnya.

Maka itu, apabila Najib turut mengatakan dalam seminar khas tersebut bahawa beliau sentiasa bekerja untuk mengikut jejak bapanya, orang-orang yang lebih mengenali Tun Razak pasti akan tersenyum-senyum saja dibuatnya. (SH 14/01/2016).

MPT jual gerai kepada swasta, 30 peniaga Melayu dan Cina dalam kebimbangan

Posted: 15 Jan 2016 03:22 PM PST


IMG-20160114-WA0032
MENTAKAB 15 JAN: Kira-kira 30 peniaga kecil, sebahagiannya orang Melayu di gerai Stesen Bas Mentakab dihimpit kebimbangan berikutan menerima notis penamatan sewaan secara mengejut dari Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).
Notis bertarikh 16 Disember 2015 yang ditandatangani Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh menyatakan status gerai itu kini tertakluk kepada syarat 'pemilik baharu'.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menulis surat rasmi kepada MPT dengan mencadangkan pertemuan antara majlis perbandaran itu, pemilik baharu dan peniaga.
"MPT tidak beritahu peniaga awal-awal, tak buat perbincangan. Tiba-tiba hantar notis penamatan sewa. Peniaga pun terkejut. Jadi, kita tunggu jawapan MPT untuk adakan pertemuan," kata Timbalan Pengerusi DAP Pahang itu.IMG-20160114-WA0025
Melalui semakan tidak rasmi, Tengku Zulpuri berkata, gerai itu dijual kepada sebuah syarikat swasta pada 2014.
Beliau percaya masalah seumpama itu dapat dielak jika salah satu cabang amalan demokrasi iaitu Pilihanraya Kerajaan Tempatan dikembalikan sekaligus kebajikan rakyat lebih diutamakan berbanding pihak lain.
"Bila diadakan pilihan raya itu, kes seperti ini mampu ditangani dengan lebih baik, elak salah guna kuasa, dan kurangkan birokrasi.IMG-20160114-WA0035
"Jika ada bantahan dari peniaga setempat, proses bantahan atau apa saja isu dapat diatasi kerana ruang berbincang sebarang masalah lebih luas," katanya.

PRN SARAWAK: PAKATAN HARAPAN BERI AUTONOMI RUNDING KERUSI

Posted: 15 Jan 2016 02:13 PM PST

KETUANAN MELAYU ADALAH KHURAFAT, UMNO BN PERLU DIGANTI – FAIZ

Posted: 15 Jan 2016 02:11 PM PST

PH PERLU KEMUKA DASAR EKONOMI GANTI DEB UNTUK TARIK UNDI MELAYU

Posted: 15 Jan 2016 02:08 PM PST