Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BOM MELETUP DI JAKARTA, MALAYSIA BERSEDIA AWAL DENGAN RANG UNDANG-UNDANG MKN

Posted: 14 Jan 2016 06:35 AM PST


    
    
   
   
   
   
    

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Snapshot2016: PAN kata DAP tak rasis?

Posted: 14 Jan 2016 05:30 PM PST


Pengaruh rasisma DAP berleluasa di sekolah Cina. Baca kisah terbaru di SJKC Mersing di Snapshot2016 di SINI.

Snapshot2016: Kata-kata Razali "Redrock" untuk dihayati PAN

Posted: 14 Jan 2016 03:30 AM PST






Sila ke Snapshot2016 di SINI.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Implikasi TPPA terhadap budaya sangat bahaya

Posted: 14 Jan 2016 04:42 PM PST

Kongres Rakyat mengingatkan kerajaan dan rakyat Malaysia, TPPA mempunyai implikasi berat terhadap budaya tempatan.
Selama ini, untuk menyokong kesinambungan budaya rakyat Malaysia, dalam cabaran menghadapi asakkan program TV dan industri filem luar, terutama dari USA yang murah seperti negara-negara lain, Malaysia mensyaratkan semua program TV mempunyai kandungan tempatan.
Dalam pengiklanan, kandungan luar dalam siaran media untuk tujuan iklan komersial dihadkan kepada 20%.

Dalam audio-visual dan penyiaran, kerajaan menghadkan kouta kandungan siaran dalam TV dan radio. 80% rancangan TV mesti diperuntukkan kepada kandungan yang dikeluarkan syarikat tempatan yang dimiliki Bumiputera dan 60% dalam program radio perlu berasal dari kandungan tempatan.
Pelaburan asing dalam penyiaran tidak dibenarkan dan dihadkan kepada ekuiti 20% sahaja dalam operasi siaran radio dan TV kabel, mahupun satelit.
Sebagai syarat memperolehi lesen untuk beroperasi, sewaan video diperlukan memilikki 30% kandungan tempatan dalam inventorinya.
Malaysia mengguna syarat kandungan lokal untuk menyokong budaya lokal melalui industri radio dan television.
Jika Malaysia mengguna layanan nasional dan akses kepada pasaran tempatan oleh pelaburan asing dalam komitmennya dalam TPPA tanpa pengeculian yang sesuai, maka syarat kandungan tempatan tidak lagi boleh dibenarkan.
Liberalisasi perkhidmatan dan pelaburan dalam TPPA berasaskan" senarai negatif".
Contohnya, Malaysia membuat komitmen dalam semua sektor untuk memberi layanan nasional dan akses kedalam pasaran Malaysia kecuali sektor yang ia memperolehi pengecualian, itu pun yang perlu dipersetujui semua negara TPPA ('non-conforming measure') dalam  Annex I dan II.
Kerajaan New Zealand menghadapi masalah mengenakan syarat kandungan tempatan dalam penyiarannya kerana membuat komitmen yang sama dalam Perjanjian Am Untuk Perdagangan dan Perkhidmatan (General Agreement on Trade in Services (GATS) di bawah Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).
Isu kandungan tempatan menjadi isu yang sangat politikal dalam beberapa negara.
Contohnya di New Zealand, ia menjadi janji dalam kempen pilihan raya, namun bila parti yang berjanji itu menang, ternyata ia tidak boleh dilaksanakan kerana negara terikat dengan perjanjian dalam perkhdimatan  perjanjian perdagangan seperti GATS.
Ini menunjukkan walaupun hanya percubaan yang kecil untuk menyokong kandungan tempatan, boleh ditafsir sebagai melanggar peraturan TPPA mengenai sektor perkhidmatan.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah mahasiswa kita kelaparan? – MPUK

Posted: 14 Jan 2016 04:39 PM PST

Baru-baru ini sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), Muslim Volunteer Malaysia (MVM) mengeluarkan hasil kaji selidik mereka bertajuk "Mahasiswa & Cabaran Ekonomi".
Infografik daripada laman Facebook MVM.Infografik daripada laman Facebook MVM.
Mereka mendapati hakikatnya, mahasiswa menghadapi kesukaran menampung kos sara hidup yang tinggi, terutamanya mereka yang menuntut di sekitar Lembah Klang. Apakah purata pendapatan seorang mahasiswa?

Sebuah kajian mendapati mahasiswa di sebuah cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpendapatan antara RM100 hingga RM2,000 sebulan dan secara purata, pendapatan mereka adalah sebanyak RM530.30 sebulan. Angka ini merupakan indikator pendapatan purata mahasiswa di kawasan bandar. Secara umum, selain membayar yuran, seorang pelajar perlu menggunakan pendapatan mereka untuk kos penginapan, utiliti, pengangkutan, makan, dan pembelian barang harian.
Kos menyara hidup ini tidak termasuk kos berkaitan pembelajaran seperti kos pembelian buku, alat tulis dan kos fotokopi.
Selain itu, seorang mahasiswa juga berbelanja untuk kos hiburan (seperti menonton wayang, dan bermain futsal) dan kos perkhidmatan (seperti menggunting rambut atau kos dobi), dan juga tambang pulang ke kampung.
Walaupun mempunyai pilihan untuk melakukan kerja sambilan, tidak ramai mahasiswa mampu mengorbankan masa dan tenaga untuk bekerja, lebih-lebih lagi pada musim peperiksaan.
Tambahan pula, jika seseorang mahasiswa itu bekerja, dia hanya mendapat gaji yang rendah berbanding seorang graduan, dan juga terpaksa menampung kos pengangkutan untuk ke tempat kerja dan kerana tidak merasakan pengorbanan ini berbaloi, mungkin ramai mahasiswa rela berlapar.
Kenyataan menteri tidak sensitif keadaan rakyat
Mengulas isu mahasiswa kelaparan, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan berkata, tidak mungkin mahasiswa kelaparan, bahkan golongan gelandangan juga mempunyai sumber makanan.
Tanpa menafikan kemungkinan ada segelintir mahasiswa mungkin menghadapi kesempitan hidup, beliau menyarankan jika seseorang mahasiswa memang kelaparan, tidak sewajarnya berdiam diri.
Beliau dikecam kerana kenyataannya itu. Fahmi Zainol, seorang bekas pimpinan pelajar Universiti Malaya berkata  kenyataan Khairy itu tidak sensitif kerana beliau langsung tidak pernah melalui kesusahan ketika zamannya di universiti.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan cuma mahasiswa yang lapar

Posted: 14 Jan 2016 04:38 PM PST

Saya tidak sangka akan tiba satu hari di mana masyarakat akan mengambil sikap 'tidak apa' terhadap isu kelaparan anak mahasiswa.
Malah lebih teruk lagi, masyarakat boleh pula menyarankan supaya mahasiswa bekerja demi menampung perbelanjaan pendidikan mereka.
Hujah masyarakat mudah: 'Kami dulu pun bekerja untuk menampung belanja pendidikan'. Masyarakat sewajarnya malu dengan reaksi mereka ini.

Tidak jauh beza pendirian mereka dengan pendirian Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang menyarankan supaya orang ramai melakukan 2 kerja untuk menyara kehidupan yang dibebani kenaikan kos sara diri. Tidak sedikit juga anak mahasiswa yang lama terpaksa mengorbankan waktu belajar dan menelaah untuk membuat kerja rencam demi mendapatkan wang saku.
Ramai daripada kalangan mereka, yang mempunyai keluarga miskin susah terutamanya yang sudah sekian lama bekerja sebagai tukang cuci, pelayan restoran, pembantu kedai dan sebagainya.
Tidak kurang juga mahasiswi yang mengorbankan kehormatan dengan menyediakan khidmat hubungan intim secara fizikal atau atas talian, sesuai dengan saranan masyarakat supaya mereka bekerja demi menampung perbelanjaan pendidikan.
Agaknya kalau negara ini menghalalkan kelab tarian tiang, akan bersepahlah anak-anak bangsa mencari wang saku demi mendana pendidikan mereka seperti mana kelazimannya di Barat.
Saya tidak pasti bila masyarakat negara ini menjadi begitu tidak berhati perut dan merasakan anak bangsa yang menimba ilmu patut hidup susah, lapar dan membuat kerja sampingan kerana kata mereka 'kami dulu pun begitu'.
Sepatutnya bukankah kita sebagai sebuah bangsa berusaha supaya kesusahan masa lampau tidak dijadikan warisan?
Bukankah lebih baik sekiranya kita berpendirian 'jika aku dulu susah, anak bangsa sekarang tidak seharusnya susah seperti aku'?
Soal mahasiswa lapar bukan persoalan baru. Mahasiswa memang sudah 'sejak dulu' sentiasa lapar dan mengikat perut, seperti yang disebut ramai orang.
Read More / Baca Lagi >>

Henti tuduhan, pelan rasionalisasi 1MDB berjaya, ampu menteri Umno

Posted: 14 Jan 2016 04:31 PM PST

Parti pembangkang perlu berhenti daripada bermain politik sebaliknya, menerima hakikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjaya dalam usaha rasionalisasinya, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Sambil menggesa mereka supaya berhenti membuat tuduhan itu, beliau mendakwa Ahli Parlimen DAP Tony Pua melancarkan satu lagi tuduhan kitar semula, yang kali ini melalui serangan peribadi dan memfitnah Presiden dan Pengarah Ekskutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda dengan mendakwa Arul menyembunyikan kerugian berjumlah berbilion ringgit.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli turut mengulangi berita dan maklumat basi, kata Rahman yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan.

"Pertunjukan nyanyian dan tarian ini merupakan suatu usaha terdesak pembangkang untuk menjadikan isu 1MDB sentiasa hidup sedangkan pada hakikatnya, ia sudah tidak lagi merupakan isu kritikal," katanya dalam kenyataan hari ini. Rahman berkata Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, nampaknya tetap dengan pendiriannya yang berbilion ringgit dicuri daripada 1MDB walaupun hakikatnya, siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan audit khas ketua audit negara terhadap 1MDB sudah semakin siap.
"Siasatan PAC dan laporan audit AG (ketua audit) dibuat berdasarkan bukti dan keterangan,  ia perlu dihormati sebagai sumber yang benar untuk menentukan sama ada berbilion ringgit dicuri," katanya.
Rahman berkata beliau selalu mengesyaki pembangkang tidak pernah mahu pelan rasionalisasi 1MDB berjaya dan sanggup bersusah payah untuk melemparkan tuduhan secara berterusan sejak tahun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Kita semua Bangsa Johor – Sultan Ibrahim

Posted: 14 Jan 2016 04:27 PM PST

Pemerintah Johor itu bertitah semua ketua agama bukan Islam di negeri berkenaan perlu membantu usaha menyatukan rakyat
Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan semua ketua agama bukan Islam di negeri ini supaya melaksanakan tanggungjawab mereka membantu menyatupadukan rakyat.
Baginda yang menerima kunjungan hormat 16 ketua-ketua agama bukan Islam di Istana Bukit Serene hari ini, bertitah tanggungjawab seseorang ketua agama adalah menyatupadukan rakyat dan memastikan mereka sentiasa hormat-menghormati, meskipun berlainan latar belakang.
"Saya tidak mahu mendengar apa-apa masalah mengenai perkauman di negeri ini. Setiap kaum seperti Cina, India adalah Bangsa Johor. Kita perlu menghormati satu sama lain.
"Jika ada masalah, berjumpalah dengan saya. Saya sentiasa di sini untuk anda (ketua agama)," titah baginda ketika menerima kunjungan hampir sejam rombongan itu di sini.
Terdahulu, rombongan itu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong turut dipelawa menghadiri majlis santapan tengah hari bersama baginda di istana berkenaan.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Siew Kiong berkata, pertemuan itu merupakan detik bersejarah kepada rakyat negeri ini.
Beliau berkata, walaupun Sultan Ibrahim merupakan ketua agama Islam negeri, baginda mengamalkan sikap terbuka dan mahu berinteraksi dengan pemimpin agama lain.
"Usaha dilakukan ini seiring dengan konsep Bangsa Johor yang menekankan permuafakatan, kesepakatan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam apa jua bidang bagi mencapai sesuatu impak yang positif dan besar kepada pembangunan.
"Semangat inilah yang memainkan peranan penting, lebih-lebih lagi apabila berkaitan pembangunan inklusif seperti politik, sosial dan ekonomi yang secara umum memanfaatkan masyarakat," katanya.

Kaji selidik politik: Redzuan nafi terima tekanan

Posted: 14 Jan 2016 04:25 PM PST

Kaji selidik politik: Redzuan nafi terima tekanan
Mohammad Redzuan Othman (tengah) menyerahkan sijil penghargaan Universiti Selangor (Unisel) kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub di lobi Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam. 
 
SHAH ALAM - Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menafikan beliau menerima tekanan politik khususnya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada memenuhi undangan mana-mana pihak khususnya mengenai hasil kaji selidik politik.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan keputusannya sendiri kerana ingin mengekalkan kredibilitnya sebagai ahli akademik dan enggan menjejaskan nama baik pusat pengajian tinggi yang diwakilinya itu sejak awal tahun ini.
"Saya harus dilihat mempunyai suasana atau kedudukan yang neutral. Tiada siapa beri arahan kepada saya pun, saya fikir sendiri, itu lebih baik bagi saya, walaupun orang kenal sebagai bekas Pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang dipecat.
"Walaupun komen saya agak akademik, tapi bila pegang jawatan ini, keadaan sudah berubah. Saya pernah dijemput DAP untuk menyampaikan satu pembentangan, (tapi) saya sebut bahawa majlis itu tak berapa sesuai dengan saya," katanya kepada Sinar Online selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, di sini, hari ini.
Mohammad Redzuan juga berkata, dalam mengendalikan sebuah universiti swasta, isu pembangunan dan pendidikan mestilah mendahului kepentingan politik.
"Bila saya masuk (Unisel), saya tak nampak itu menjadi masalah sebab misi kita tak mengira siapa yang masuk, bukan nak tanya kamu parti mana..kamu orang mana.
"Mereka masuk (Unisel) untuk anak-anak, kita pula beri (pendidikan) sebaik-baiknya. Namun saya tak menjangka akan ada satu tekanan, lebih-lebih lagi masyarakat mengetahui bahawa kita melalui pendekatan neutral," jelasnya..

Lantikan ahli majlis PBT bukan ganjaran politik - Azmin

Posted: 14 Jan 2016 04:24 PM PST

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan 288 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bakal mengangkat sumpah minggu depan supaya tidak menganggap lantikan itu sekadar ganjaran politik sebaliknya tanggungjawab kepada pembayar cukai.
Azmin Ali Beliau menyatakan penghargaan kepada semua parti iaitu Pas, DAP, PKR termasuk juga Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mengambil sikap matang dalam proses pengagihan 288 kerusi ahli majlis berkenaan.
"Pecahan PKR sebanyak 101, 96 untuk DAP dan Pas kekal 67 manakala Amanah pula 10 kerusi selebihnya lima NGO serta sembilan wakil istana itu sudah muktamad dan kesemua ahli majlis berkenaan akan angkat sumpah minggu depan.
"Semua parti termasuk Amanah telah melalui proses perbincangan dan bersetuju dengan pengagihan tersebut. Hal demikian, saya berterima kasih kepada semua parti termasuk DAP, Pas dan juga Amanah yang mengambil sikap yang matang kerana melihat jawatan ahli majlis ini bukan sebagai ganjaran politik.
"Tapi satu tangggung jawab yang perlu dipikul untuk memastikan masalah pembayar cukai dapat diselesaikan segera," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, Pas tidak meneruskan hasrat mereka menambah jumlah bilangan kerusi ahli majlis mereka daripada 67 kepada 70 kerana mahu mengekalkan bilangan ketua kampung sedia ada.
"Tidak ada tambahan untuk ahli majlis Pas walaupun peringkat awal nak tambah, PKR dah setuju nak serah sikit tapi mereka ubah fikiran untuk kekalkan jumlah ketua kampung pada pemilihan hujung tahun ini.
"Permintaan Pas itu kita ambil maklum, akan nilai semula hujung tahun ini selepas tamat tempoh perkhidmatan," katanya.

PAS bantah PKR hadiri majlis Amanah di Kelantan

Posted: 14 Jan 2016 04:04 PM PST


Surat PAS Kelantan kepada Setiausaha Agung PKRSurat PAS Kelantan kepada Setiausaha Agung PKRPerbalahan yang wujud antara PAS dan parti baru Amanah kini mengheret sama parti sekutu dua parti Islam itu iaitu PKR.
Dalam satu perkembangan terbaharu, PAS Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran para pemimpin PKR negeri di majlis-majlis anjuran Amanah.
Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Berdasarkan salinan surat tersebut yang disebarkan di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran PAN (Amanah) di Kelantan.
"Ekoran daripada itu, ia mencetusskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Che Abdullah Mat Nawi itu dipetik.
Penglibatan para pemimpin PKR dalam program Amanah di Kelantan, ujar Che Abdullah bertentangan dengan semangat parti itu yang ingin mengekalakan hubungan baik dengan PAS Kelantan sebagaimana diharapkan Naib Presiden PKR, Dr Shahruddin Badaruddin semasa bertemu Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakub, baru-baru ini.
"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ianya tidak diteruskan demi kebaikan bersama.
"Sesitiviti pihak akar umbi penyokong PAS di Kelantan tidak seharusnya dipandang ringan oleh PKR kiranya kita merasakan hubungan harmoni antara kedua pihak perlu diteruskan di negeri ini," kandungan surat itu dipetik.
PAS Kelantan, ujar Che Abdullah mengharapkan hubungan baik dengan PKR dapat diteruskan demi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan dan menjayakan misi menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kami akan sentiasa memaklumkan kepada PAS Pusat mengenai perkembangan semasa politik di Kelantan khususnya mengenai hubungan PAS-PKR untuk pertimbangan dan tindakan badan tertinggi PAS seterusnya," ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber PKR mengesahkan menerima surat PAS Kelantan itu semalam namun enggan mengulas lanjut.

ADUHAI...TUN RAZAK TAK SAYANG BINI RUPANYA

Posted: 14 Jan 2016 03:54 PM PST

Di sebalik pelbagai pujian dan sanjungan yang berterusan terhadap Tun Razak Hussein, meskipun sudah 40 tahun meninggal dunia, kelemahan paling ketara Bapa Pembangunan itu ialah beliau "tidak cukup sayang"  kepada isterinya, Tun Rahah Noah.

Sebagaimana yang diceritakan oleh anak kepada kawan Tun Razak, Taib Andak iaitu Kalsom Taib, Bapa Pembangunan itu pernah tidak membenarkan isterinya menyertai lawatan rasminya kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Sebaliknya, Kata Kalsom, Tun Razak meminta isterinya, Tun Rahah menggunakan duit sendiri untuk membeli tiket kapalterbang jika ingin mengikuti lawatan itu.

Perkara yang sama juga berlaku ketika Tun Razak melakukan lawatan rasmi ke Burma (Myanmar) apabila Tun Rahah turut diminta membeli tiket sendiri untuk lawatan itu, ujar Kalsom lagi.

Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara yang pernah menjadi setiausaha sulit Tun Razak pula berkata, bapa Najib itu bukan saja seorang yang berjimat cermat, tetapi juga tidak akan berbelanja sewenang-wenang untuk isterinya.

Tun Razak, menurut Tun Hanif, suatu ketika cuba untuk membeli perhiasan intan replika untuk Tun Rahah, tetapi apabila dibawa oleh seseorang ke kedai yang asli, beliau lantas tidak jadi membelinya atas alasan, "saya tidak sekaya kamu" untuk berbuat demikian.
Aduhai...kesian Tun Rahah, rupa-rupanya Tun Razak tidak cukup "sayang bini"  seperti anak sulungnya sendiri, Najib yang kini juga menjadi Perdana Menteri. 

Berbeza dengan Najib yang bukan saja sentiasa membawa Rosmah Mansor untuk ke mana-mana bersama dengannya, bahkan kadang-kadang memberikan terus jet eksekutif dan kapalterbang untuk kegunaan isterinya itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ini Rosmah Mansor..

Posted: 14 Jan 2016 07:00 AM PST


DAHULU.. Allahyarham Tun Abdul Razak suruh isterinya Tun Rahah beli tiket sendiri jika mahu ikutnya kerana tidak mahu membazir wang rakyat..
SEKARANG.. apa dah jadi pd anaknya si Najib & bininya si Rosmah ??.. Malah Rosmah Mansor terus guna secara ekslusif jet mewah VVIP kerajaan terbang ke sana ke mari.. Apatahlagi setiap kali tahun baru Rosmah lesap sukar dikesan terbang ke luar negara..

Tun Razak tidak selesa pegang jawatan PM, Menteri Kewangan serentak

Posted: 14 Jan 2016 06:52 AM PST

Bapa Pembangunan merasakan ia bertentangan dengan prinsip sekat dan imbang
tun rzak
KUALA LUMPUR: Tun Razak tidak pernah selesa menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam pada masa yang sama kerana beliau percaya ia bertentangan dengan prinsip sekat dan imbang.
Bercakap di Majlis Memperingati Tun Abdul Razak, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Lin See Yan berkata Perdana Menteri yang kedua itu memberitahu kakitangan Bank Negara bahawa beliau tidak berasa aman memegang portfolio kewangan.
Tun Razak menjelaskan kerana tindakan itu mencabuli prinsip sekat dan imbang.
"Beliau keberatan mengambil-alih portfolio itu selepas menteri Tan Siew Sin meletak jawatan."
See berkata Tun Razak melepaskan amanah itu kepada Tun Hussein seberapa segera yang mungkin.
"Hari ini, orang ramai mengambil mudah apabila Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan. Itu salah," katanya.
See turut memuji sikap Tun Razak yang rendah hati dan mendukung prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.
"Beliau sama-sekali tidak akan bertolak-ansur dengan penyelewengan."
See menambah Tun Razak menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin dan bukan seorang ahli politik kerana ahli politik sering bertolak-ansur.
See menambah Tun Razak tidak suka dikelilingi "yes men" dan kumpulan teras menteri beliau tidak pernah gentar menegur kesalahan beliau.
Beliau menambah Tun Razak mengambil-berat pandangan kumpulan teras itu kerana mereka merupakan pakar dalam bidang masing-masing, dan ketika merumuskan dasar beliau akan mengimbangi pandangan mereka dengan apa yang berlaku di lapangan.
Hari ini merupakan ulangtahuan pemergian Tun Razak yang ke-40.

Anina jual baju kurung lepas gagal saman PM

Posted: 14 Jan 2016 06:40 AM PST

Setiap baju kurung Kedah rekaan beliau mengambarkan semangat perjuangannya menentang Najib.
aninaPETALING JAYA: Selepas berhenti menjadi pensyarah, Anina Saadudin beralih arah untuk berdikari dengan menceburi bidang perniagaan bagi menyara kehidupan dan keluarga.
Bekas pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) itu berkata, beliau kini sedang bertukus lumus memastikan rekaan baju kurung Kedah oleh beliau ke pasaran tempatan bulan depan.
"Sebagai seorang ibu, saya bertanggungjawab untuk memastikan kehidupan keluarga saya tidak terganggu atau terbeban dengan keputusan saya melepaskan jawatan hakiki (pensyarah).
"Saya sendiri yang memilih fabrik, corak, rekaan, pemilihan tukang jahit, perincian dan gaya. Saya curahkan rasa cinta saya pada tradisi wanita Kedah sejak dahulu kala pada rekaan ini.
"Saya mahu pastikan wanita yang memakai kurung Kedah label saya akan merasai sentuhan peribadi saya yang mengutamakan jiwa "ethnicity and authenticity" dengan aksesori tradisional Melayu seperti dokoh serta manik dari hutan Borneo. Rekaan saya adalah peribadi saya. Ianya rekaan berjiwa semangat perjuangan saya," tulisnya menerusi akaun Facebooknya.
Bekas ahli wanita UMNO Langkawi itu berkata, beliau akan terus mencurah bakti sebagai pensyarah separuh masa di universiti swasta, di samping menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang keusahawanan pasaran.
Mengulas lanjut, Anina terus mencabar Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri sekiranya Presiden UMNO itu bertanggungjawab atas skandal yang dilemparkan.
"Jika saya mampu menjaga diri sendiri dan berusaha berniaga dengan titik peluh sendiri, kenapa Perdana Menteri mahu 30 juta rakyat berkorban untuk dirinya hanya kerana beliau anak kepada Tun Abdul Razak?," katanya.

Rakyat susah kerana pemerintah, kata Mat Sabu

Posted: 14 Jan 2016 06:35 AM PST

Mohamad Sabu SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa ketidaktentuan ekonomi negara sebenarnya akibat amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan ketirisan pentadbiran Umno-BN.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata perkara itu perlu didedahkan kepada masyarakat agar rakyat tidak terus menanggung kesan besarnya dalam kehidupan rakyat.
"Akibat daripada pemerintahan yang bobrok ini, rakyat berada di tahap yang paling susah, risau dan kerunsingan.
"Golongan pertengahan dan bawahan amat merasai tekanan ekonomi yang berlaku sekarang ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau juga berkata, Biro Kebajikan Amanah akan menggerakkan usaha tersebut untuk membantu rakyat yang tertindas akibat salah laku itu.
"Merekalah menjadi mata dan telinga rakyat bersama Pakatan Harapan serta berusaha membantu mereka yang miskin, tertindas dan menderita akibat daripada penyelewengan itu.
"Lebih penting, kita bersama-sama NGO perlu berterusan memerangi rasuah dan penyelewengan sama ada dilakukan oleh BN atau sesiapa sahaja," ujarnya.
Mohamad juga tidak menolak kejatuhan harga minyak dunia turut memberi kesan besar kepada pendapatan negara.
"Kemiskinan melampau, catuan makan yang dibuat oleh sebahagian mahasiswa dan juga penduduk-penduduk pedalaman khususnya di Sik, Baling, Grik dan Larut perlu dibantu segera," katanya lagi.

Umno tak layak cakap mengenai perjuangkan kedudukan Melayu – Khalid Samad

Posted: 14 Jan 2016 06:25 AM PST

khalid samad
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata Umno telah diberi peluang untuk memerintah Malaysia selama hampir 60 tahun dan kini terbukti parti tersebut telah gagal dan tak mampu untuk membina kekuatan orang Melayu.
KUALA LUMPUR, 14 Januari:
"Kalau ada pihak yang tidak layak bercakap mengenai memperjuangkan orang Melayu dan Islam, ia adalah Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad.
Khalid berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang mengatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah tidak mampu untuk memperjuangkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam di negara ini.
Jelas Khalid, Umno telah diberi peluang untuk memerintah Malaysia selama hampir 60 tahun dan kini terbukti parti tersebut telah gagal dan tak mampu untuk membina kekuatan orang Melayu.
"Orang Melayu terus dikekalkan kepada budaya menerima bantuan dan itulah kehendak Umno kerana kalau tidak ia tidak mahu hilang relevannya serta enggan melihat orang Melayu berdikari dan menjadi bangsa bermaruah dan bermartabat.
"Dari sudut ini mereka telah berjaya kerana orang Melayu merupakan penerima BR1M dan bantuan paling ramai dan perkara inilah yang ingin kita pecahkan.
"Cara nak pecahkan ialah dengan tamatkan budaya pergantungan itu kerana ia datang dengan sistemnya tersendiri iaitu orang-orang tertentu dipilih sebagai kroni dan kontraktor lain bergantung kepada kroni tersebut sekaligus membantutkan kemerdekaan dan kemampuan berdikari orang Melayu," katanya kepada The Rakyat Post.
Tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, Umno bukan sahaja tidak mampu menjaga kedudukan orang Melayu malah menjadi punca utama kepada perpecahan Melayu di Malaysia.
Ujarnya, Pas, PKR, Parti Negara dan Semangat 46 merupakan parti-parti pecahan daripada Umno yang disebabkan hasil daripada kepimpinan yang tidak amanah.
"Orang Melayu berpecah disebabkan banyak penyelewengan, salah guna kuasa, gunakan kedudukan untuk kepentingan diri dalam Umno sehinggakan orang Melayu tidak boleh bersatu.
"Oleh itu yang mana yang menentang bertindak keluar daripada Umno sebagai tanda tidak bersetuju," tegasnya.

Kuota PBT : Mengapa jumlah PAS tak berubah?

Posted: 14 Jan 2016 06:21 AM PST

PAS sepatutnya mendapat tambahan tiga kerusi kerana mengorbankan satu kerusi EXCO, menurut Setiausaha Politik MB Selangor
Shuhaimi Shafiei
PETALING JAYA: Kemuncak rundingan pengagihan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) menyaksikan jumlah kerusi PAS tidak berubah, berbeza dengan apa yang dijanjikan kepada parti itu sebelum ini.
Berdasarkan kepada senarai jumlah kerusi bagi tahun 2016 yang dipamerkan di laman web Selangorkini edisi bahasa Cina, FMT mendapati perkembangan itu berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei, 6 Januari lalu.
Dalam laporan sebelum ini, Shuhaimi menyatakan PAS akan mendapat tambahan tiga kerusi sebagai balasan kerana mengorbankan satu kerusi EXCO Selangor, disamping penambahan kerusi ketua kampung.
Perkembangan ini menyusuli rundingan membincangkan permohonan 24 hingga 34 kerusi ahli majlis PBT daripada AMANAH kepada Kerajaan Selangor, yang dibentuk oleh PKR, DAP dan PAS.
AMANAH merupakan komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP yang dibentuk baru-baru ini.
Dalam senarai itu, AMANAH mendapat 10 kerusi PBT. Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim dilantik ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Turut tidak terkecuali adalah Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Lapan yang lain ialah Nor Mohd. Zulkarnain Abd. Yazid (Majlis Perbandaran Sepang) ; Pushpa Nagiah Vengadesan (Majlis Daerah Kuala Selangor); dan Mohd. Safiee Harun, Dr. Rosdi Meor Endut (Majlis Daerah Kuala Langat);
Tiga lagi ialah Mohd. Amran Sakir dan Rajakumar Batumalai (Majlis Daerah Hulu Selangor); Mohd. Nasir Mohammed Yunus dan Siti Maimun Jurini (Majlis Daerah Sabak Bernam).
Sementara itu, PKR juga mengalami pengurangan sebanyak 15 kerusi iaitu daripada 120 kepada 105 dan DAP hanya mengalami pengurangan sebanyak dua kerusi iaitu dari 98 kepada 96.

Buang khurafat hanya Umno bela Melayu, kata Pemuda Amanah

Posted: 14 Jan 2016 06:18 AM PST


Faiz FadzilFaiz FadzilPemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru supaya umat Islam tidak terperangkap dengan dakyah perkauman dengan membuang khurafat kononnya hanya Umno membela Melayu.
Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, fahaman dan ideologi sempit perkauman demi survival kekuasaan politik pemerintah menyekat kebebasan rakyat dalam mengamalkan hak demokrasi selain peruntukan drakonian seperti Akta Hasutan, Sosma dan terkini undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Rakyat kini ditakutkan dengan dogma ketuanan Melayu akan terhakis sekiranya Umno hilang kuasa. Jika Melayu hilang kuasanya, kedudukan agama Islam kononnya akan terancam.
"Hegemoni ini sesungguhnya merugikan dan menganiaya rakyat terutamanya orang Melayu. Umat Islam tidak seharusnya terperangkap dengan dakyah ini. Khurafat yang Umno sahaja yang mampu membela nasib Melayu dan kesucian Islam harus dibuang masyarakat Melayu," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, masyarakat Melayu harus lebih bijak dan berani menentukan kualiti kehidupan yang lebih baik dan terjamin memandangkan kedudukan Islam dan keistimewaan Melayu sudah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan diubah kerana ia adalah struktur asas Perlembagaan negara.
"Sesungguhnya, kerakusan pemerintahan Umno dan BN ini tidak boleh sekadar dinasihati, tetapi perlu dijatuhkan. Reformasi dan transformasi perlu dilakukan rakyat.
"Keharmonian dan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum pasti akan lebih terjamin dan terjaga sekiranya politik nilai diberikan keutamaan dalam amalan demokrasi. Tsunami politik Melayu pada 1999 berjaya menggoncang keangkuhan pemerintahan Umno dan BN," jelasnya.
Sehubungan itu, Faiz berkata, rakyat pada masa ini perlu dididik dengan politik nilai yang berasaskan prinsip syarie dan sejagat iaitu keadilan, kebebasan, kesamarataan, urus tadbir yang baik, integriti, ketelusan dan amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia, tiada kepimpinan yang layak!

Posted: 14 Jan 2016 05:57 AM PST

Kedudukan semasa politik Malaysia, sangat mendukacitakan apabila tiada pihak yang benar-benar boleh diyakini (oleh rakyat) untuk memimpin dan memacu semula ekonomi negara.
leader
Pemimpin yang ada sekarang hanya pandai berkata-kata, ada yang katanya berbunga-bunga, ada yang katanya berharapan, ada yang katanya berkeyakinan tetapi kebanyakannya, hanya berbuih dan berbau.
Tak kiralah, yang memerintah atau yang membangkang, rata-rata ahli politik hanya mahu menjaga kepentingan peribadi. Kalau lebih daripada itu pun, kepentingan parti, itu sahaja.
Saya merasakan, kita tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar layak untuk memacu semula sosio-ekonomi negara yang semakin suram ini.
Sekarang, kita sibuk menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, anak kepada bekas Perdana Menteri kedua Malaysia, yang terpalit pelbagai skandal politik dan kewangan.
Dan saya tahu, selagi tidak dibuktikan, tiada yang bersalah, jadi saya tidak mahu bersikap judgemental di sini.
Bagaimana pula dengan pakatan politik alternatif? Selepas berjaya merampas kerajaan di dua negeri penyumbang ekonomi utama, Selangor dan Pulau Pinang, serta Kelantan, apa halatuju kepimpinan yang ditunjukkan oleh mereka?
Saya akui kebanyakan pemimpin kecuali beberapa kerat, mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi dan niat yang baik. Namun persoalan saya ialah sejauh mana parti-parti ini efisien, selaras dan padu dalam membawa perubahan kepada negara?
Melihat kedudukan semasa, sememangnya pihak pembangkang (sepatutnya) mempunyai peluang yang cerah bersaing secara sihat dan mungkin menang dalam pilihan raya. Tetapi, memandangkan pergolakkan politik dalaman pembangkang itu sendiri, saya khuatir tentang ketahanan mereka sebagai satu pakatan politik.
Read More / Baca Lagi >>

Meritokrasi tentukan turun naik ahli politik Melayu DAP

Posted: 14 Jan 2016 05:53 AM PST



SYED Ali Alhabshee berbunyi lagi.
Kali ini, beliau memberi amaran kepada orang Melayu yang ingin menceburi politik supaya tidak menjadi 'pak sanggup' DAP dan memecahkan undi Melayu.
rara sekdemKononnya, Melayu yang dalam DAP 'kemaruk' menjadi wakil rakyat pada pilihan raya umum akan datang sehingga mengetepikan usaha perpaduan Melayu.
Kasihan Syed Ali Alhabshee. Setiap kali beliau berbunyi, ia tidak menunjukkan kecerdikan pemikiran, sebaliknya bersandar kepada hujah dangkal, tidak matang, dan penuh prejudis perkauman melampau.
Mungkin bagi individu seperti Syed Ali apabila terjun ke dunia politik, ia hanya berkisar soal laba dan gila untuk menjadi wakil rakyat – sekadar mengulangi ayat yang digunakannya.
Tetapi, tidak semua orang seperti anda, wahai Syed Ali.
Bagi orang Melayu yang merdeka dan punyai jatidiri tinggi, mereka tidak masuk politik untuk mencari laba dan gila untuk menjadi wakil rakyat. Sebaliknya, mahu menyumbang sesuatu dan bersama-sama berusaha dalam membina negara.
Memilih parti politik yang bukan majoriti Melayu sebagai wadah perjuangan seperti DAP bukan tiket percuma untuk menjadi wakil rakyat. Perkiraan berasaskan warna kulit bukanlah perkara yang menentukan turun naik karier politik dalam DAP. Tetapi, ia soal kemampuan, kebolehan dan keupayaan. Bahasa mudahnya meritokrasi.
Berada dalam DAP, tidak bermaksud untuk memecahbelahkan Melayu. Apa salahnya menjadi minoriti walaupun berada di bumi Malaysia? Bersendirian dalam menentukan jatuh bangun dalam politik. Kesukaran adalah satu kebenaran dan kemestian.
Mungkin Syed Ali lebih senang naik lif daripada naik tangga. Tetapi, bukankah respect is to be earned, not demanded. Buka mata hati dan minda. Penilaian baik berasaskan kemampuan, kebolehan dan keupayaan, bukan berasaskan warna kulit.
Soal perpecahan, soal perbedaan idealisme politik, ia bukanlah sesuatu perkara baru. Sebelum merdeka, Melayu terpecah menganut beberapa mazhab politik. Ia sesuatu yang normal bahawa manusia dicipta dengan kepelbagaian fikrah dan minat.
Hanya manusia yang berminda terjajah seperti Syed Ali sahaja berasa setiap manusia boleh diikat dalam satu jalur pemikiran sama. Manusia yang gila kuasa sahaja akan bersikap seperti diktator dengan menentukan tingkah laku dan pemikiran orang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Penjenamaan BTN untuk cipta propaganda baru semai perkauman

Posted: 14 Jan 2016 05:51 AM PST


KUALA LUMPUR 14 JAN: Penjenamaan semula Biro Tata Negera (BTN) hanya untuk penyusunan semula skrip baru bagi memberi bantuan hayat kepada UMNO yang semakin ditolak segenap lapisan rakyat.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata ia berikutan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu menyaksikan 52 peratus pengundi menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
1545594_981629748520630_2553065453424156309_nKatanya, BTN dimanipulasi UMNO untuk menyemai kebencian, bukan mengukuhkan jati diri sebagai warganegara bermaruah, sekaligus menyimpang dan bias demi menjayakan serakah UMNO bagi mengekalkan kuasa.
Beliau berkata, BTN terbukti menjadi alat UMNO dalam merealisasi agenda pengekalan kuasa atas nama patriotisme, sedangkan hakikatnya untuk menjadi alat menyerang pemimpin pembangkang.
"UMNO terdesak untuk mencipta propaganda baru setelah landskap politik negara berubah dengan kemunculan pakatan baru pembangkang selepas gagal menangani skandal besar yang meletakkan Malaysia negara ketiga paling korup di dunia.
"Setelah pelbagai skandal dipalitkan ke atas Najib, kita khuatir penjenamaan BTN bakal menyaksikan satu lagi pembaziran dan penyalahgunaan dana awam," katanya kepada Roketkini.
Jika penjenamaan BTN diteruskan, Sheikh Omar berkata, ia tidak lebih sekadar menjadi wadah yang mendedahkan wajah sebenar UMNO yang gagal mengurus tadbir negara.
"Malaysia perlu diselamatkan dengan perpaduan rakyat yang utuh tanpa mengira kaum, bukan menyemarak lagi kebencian sesama rakyat atas nama perkauman sempit," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemegang tampuk kuasa perlu ikhlas pertahan kebebasan institusi - Tuanku Muhriz

Posted: 14 Jan 2016 05:50 AM PST

Pemegang tampuk kuasa perlu ikhlas pertahan kebebasan institusi  - Tuanku Muhriz
KUALA PILAH: Pemegang tampuk kuasa perlu jujur dan ikhlas mempertahan, melindungi serta memastikan kebebasan institusi-institusi perundangan dan kehakiman serta  institusi penguatkuasaan daripada sebarang campur tangan, tegas Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baginda juga percaya Rukun Negara adalah penyelesaian holistik terhadap masalah yang dihadapi ketika ini dan menitahkan agar rakyat dan pemimpin berpegang teguh kepada prinsip tersebut.

"Sebagai pemimpin, sudah pasti kewajipan untuk menjiwai dan menjunjung tinggi prinsip-prinsip ini perlu diperlihatkan dalam setiap tindakan serta perilaku untuk dicontohi oleh mereka yang dipimpin," titah Tuanku Muhriz pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan  Ke-68 baginda di Balai Rong Seri, Istana Besar Seri Menanti dekat sini, hari ini.

Baginda bertitah, penegasan ini pernah dititahkan oleh Almarhum nenda Banginda, yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad semasa Istiadat Perasmian Persidangan Parlimen yang Pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka pada 12 September 1959.

"Baginda menitahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah pelindung, penjaga kepada Rule of Law (kedaulatan undang-undang) dan ianya melindungi integriti, tidak terikat dengan sebarang pengaruh serta melindungi kebebasan Mahkamah, para Hakim dan Pegawai Undang-Undang serta Ahli-ahli Suruhanjaya yang bertanggungjawab ke atas sebarang pelantikan dan penguatkuasaan," titah baginda lagi.

"Ia juga menjamin keselamatan dan integriti Perkhidmatan Awam untuk bersikap saksama dan tidak berpihak."
Jelas Baginda, Almarhum juga pernah bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah milik setiap rakyat yang menjadi punca kepada kuasa pemerintahan yang ada.

ASAL AJA keluar dari mulut UMNO PASTI BOHONG. KENAPA ??!!

Posted: 14 Jan 2016 05:40 AM PST

DAHULU.. sblom #GST dilaksanakan punyala kemaruk bgtau GST semuanya indah2 belaka.. last2 slps GST terlaksana 'SEMUANYA NAIK' bebankan rakyat kecuali Rosmah Najib jer NAIK JET MEWAH KERAjaan terbang ke sana ke mari.. last2 Menteri yg kuat jilat Najib dulu pon dah kena tendang keluar dari kabinet Najib...

SEKARANG.. dok merapu plok jaja kebaikan TPPA itu bagus utk negara, rakyat dan bla.. bla.. blaaaa..

JILATLAH AMERIKA SAMPAI mereput mati...

Tun Razak tidak bazir wang untuk isteri

Posted: 14 Jan 2016 05:35 AM PST

Bapa kepada Najib sangat berhemah dalam menguruskan perbelanjaan termasuk mengendalikan kewangan negara.
tun-hanif,tun-razak
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar menyifatkan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein seorang yang cermat dalam berbelanja.
Menurutnya, Abdul Razak sentiasa berhati-hati menguruskan wang negara, selain tidak berbelanja mewah untuk isterinya, Tun Rahah Noah.
"Beliau sangat berhati-hati tentang wang. Beliau mahu membeli intan replika murah sebagai hadiah kepada Rahah, tetapi orang membawanya ke kedai intan asli dan beliau beritahu orang itu yang beliau tidak mampu membelinya," katanya ketika ditemui FMT di sini, hari ini.
Mengimbau kenangan bersama negarawan itu, Hanif yang juga bekas setiausaha sulit Abdul Razak berkata, Perdana Menteri itu juga sangat bencikan aktiviti judi.
"Beliau pernah mengarahkan aktiviti perjudian di istana di beberapa negeri dihentikan, malah mengarahkan pihak berkuasa supaya menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu," katanya.
Sementara itu, anak perempuan kepada rakan rapat Abdul Razak, Tan Sri Taib Andak iaitu Datin Kalsom Taib pula menceritakan, Abdul Razak pernah menyuruh Rahah membayar sendiri tiket penerbangan sehala kerana mengikuti beliau dalam urusan rasmi kerajaan.
"Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah," katanya.

Altantuya: Azilah fail permohonan pengampunan Sultan Selangor

Posted: 14 Jan 2016 05:33 AM PST

Hukuman Mati Terhadap Sirul, Azilah Kekal
SERI KEMBANGAN - Bekas Cif Inspektor, Azilah Hadri yang dihukum mati selepas disabitkan dengan tuduhan membunuh model Monggolia, Altantuya Shariibuu 10 tahun lalu bakal memfailkan permohonan pengampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.
Peguamnya, Datuk Hazman mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, pihaknya akan menghantar permohonan tersebut di Pejabat Sultan Selangor, di Istana Negeri jam 10 pagi.
"Saya tidak dapat jelaskan mengenai alasan yang dikemukakan di dalam permohonan tersebut kerana ianya sulit," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Selain Azilah, bekas anggota Unit Tindakan Khas polis, Sirul Azhar Umar turut disabitkan dengan kesalahan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015.
Perbuatan itu dilakukan di kawasan hutan, Puncak Alam antara jam 10 malam dan 1 pagi pada 18 dan 19 Julai 2006.
Azilah kini berada di penjara Sungai Buloh manakala Sirul berada di dalam tahanan imigresen Villawood di Sydney selepas melarikan diri sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

MAKIN TUN RAZAK DIINGATI, MAKIN NAJIB DILIHAT "TAK BERGUNA"

Posted: 14 Jan 2016 03:19 AM PST

Hari ini genap 40 tahun Tun Razak Hussein, bekas Perdana Menteri kedua Malaysia meninggal dunia. Pemergiannya secara mengejut pada 14 Januari 1976 kerana derita leukemia, terus dirasai berikutan rakyat dan negara rasa amat terhutang budi dengan segala jasa dan sumbangannya.

Tiada ada sesiapa yang dapat menafikan sumbangan Tun Razak untuk negara ini. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan kerana banyak idea, dasar dan pemikirannnya menjadi asas kepada pembagunan negara sehingga kini.

Meskipun demikian, sebagai manusia biasa, Tun Razak bukanlah pula tidak ada dosa dan kelemahannya. Tetapi, oleh sebab jasa dan sumbangannya terlalu besar, maka kelemahannya tersimpan tidak disebut orang.

Dalam hal ini, saya ada bercakap dengan beberapa bekas pemimpin yang pernah mengenali dan hidup sezaman dengan Tun Razak. Mereka mengatakan, jasa dan sumbangan Tun Razak sering dan lebih banyak dijadikan sebutan bukanlah bermakna beliau tidak ada cacat cela dan kelemahan sama sekali.

Sebaliknya, kata mereka, disebabkan jasa dan sumbangannya terlalu besar kepada rakyat dan negara, ia menjadikan ramai yang malu untuk menyebut tentang kelemahannya.

Itulah Tun Razak. Sempena 40 tahun pemergiannya, bukan saja jasa, sumbangan dan pemikirannya terus dikenang, malah hari ini satu seminar khas memperingati Bapa Pembangunan itu turut diadakan.

Sama ada kita mengenalinya atau tidak,  pernah hidup di zamannya atau sebaliknya, namun memperingati dan mengenang jasa serta sumbangan Tun Razak tetap dikira wajar kerana nilai peninggalannya yang tak ternilai untuk rakyat dan negara.

Selain itu, Tun Razak juga dikenali sebagai pemimpin yang sederhana dan berjimat cermat. Beliau bersih daripada segala dakwaan rasuah, menyalahgunakan kuasa atau hidup bermewah.

Di ketika namanya masih diingati dan diadakan pula seminar khas mengenai watak kepimpinannya, secara kebetulannya negara sedang dipimpin oleh Najib,  anak sulung Tun Razak sendiri.

Najib yang turut hadir dalam seminar itu bersama beberapa bekas pemimpin yang pernah bekerja dengan bapanya seperti Tun Abdullah Badawi dan Rafidah Aziz, tentu saja mengharapkan sedikit sebanyak limpahan imej baik memihak kepada dirinya daripada seminar tersebut.
Sebagai anak sulung dan menjejaki pula jawatan Perdana Menteri yang pernah disandang oleh bapanya, hanya seorang "anak yang perasan"  akan menganggap pujian kepada arwah orang tuanya adalah juga untuk dirinya.

Read More / Baca Lagi >>

‘Razak suruh Rahah beli tiket sendiri jika mahu ikutnya’

Posted: 14 Jan 2016 03:17 AM PST

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar menceritakan bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ketika menjadi perdana menteri kedua negara tegas membenteras kegiatan perjudian.
Malah katanya, beliau juga mengarahkan supaya polis membuat tangkapan terhadap aktiviti perjudian yang berlaku di istana.
"Beliau arahkan supaya aktiviti perjudian di istana dihentikan malah mengarahkan menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu.
"Apabila sultan datang dan berkata mahu meneruskan aktiviti perjudian, beliau tidak bersetuju," kata Hanif semasa Seminar Khas Memperingati Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga memuji perdana menteri itu sebagai seorang yang berjimat-cermat dalam berbelanja.
Katanya, Razak juga tidak boros berbelanja untuk isterinya, Tun Rahah Omar.
Menceritakan peristiwa semasa beliau menjadi setiausaha sulit kepada Abdul Razak, Hanif berkata perdana menteri kedua itu pernah membatalkan hasratnya untuk membelikan cenderahati kepada Rahah semasa di Mesir.
"Beliau sangat berhati-hati tentang wang.
Beliau mahu membeli replika berlian (paste diamond) yang murah tetapi orang membawanya ke kedai berlian yang asli dan beliau beritahu orang itu (yang membawa ke kedai tersebut) beliau tidak mampu membelinya kerana tidak sekaya mereka," katanya.
Sementara itu, anak perempuan kepada kawan Razak, Tan Sri Taib Andak - Datin Kalsom Taib pula menceritakan disebabkan sifat berjimat cermatnya, perdana menteri kedua itu pernah meminta supaya Rahah membayar tiket penerbangan sehala kerana mengikutnya dalam urusan rasmi kerajaan.
"Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah," kata Kalsom.
Malah, Kalsom turut menceritakan satu peristiwa apabila Razak tidak membenarkan isterinya untuk menyertai lawatan rasmi yang dihadirinya kerana tidak mahu membazir wang rakyat.
"Beliau juga tidak mengizinkan Rahah ikut ke Kelantan dan menyuruhnya beli tiket sendiri kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat.
"Perkara sama juga berlaku semasa lawatan rasmi ke Burma (Myanmar) apabila Razak menyuruh Rahah membeli tiket penerbangannya sendiri," kata Kalsom.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:43 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


MAKIN TUN RAZAK DIINGATI, MAKIN NAJIB DILIHAT "TAK BERGUNA"

Posted: 14 Jan 2016 03:27 AM PST

shahbudindotcom


Hari ini genap 40 tahun Tun Razak Hussein, bekas Perdana Menteri kedua Malaysia meninggal dunia. Pemergiannya secara mengejut pada 14 Januari 1976 kerana derita leukemia, terus dirasai berikutan rakyat dan negara rasa amat terhutang budi dengan segala jasa dan sumbangannya.

Tiada ada sesiapa yang dapat menafikan sumbangan Tun Razak untuk negara ini. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan kerana banyak idea, dasar dan pemikirannnya menjadi asas kepada pembagunan negara sehingga kini.

Meskipun demikian, sebagai manusia biasa, Tun Razak bukanlah pula tidak ada dosa dan kelemahannya. Tetapi, oleh sebab jasa dan sumbangannya terlalu besar, maka kelemahannya tersimpan tidak disebut orang.

Dalam hal ini, saya ada bercakap dengan beberapa bekas pemimpin yang pernah mengenali dan hidup sezaman dengan Tun Razak. Mereka mengatakan, jasa dan sumbangan Tun Razak sering dan lebih banyak dijadikan sebutan bukanlah bermakna beliau tidak ada cacat cela dan kelemahan sama sekali.

Sebaliknya, kata mereka, disebabkan jasa dan sumbangannya terlalu besar kepada rakyat dan negara, ia menjadikan ramai yang malu untuk menyebut tentang kelemahannya.

Itulah Tun Razak. Sempena 40 tahun pemergiannya, bukan saja jasa, sumbangan dan pemikirannya terus dikenang, malah hari ini satu seminar khas memperingati Bapa Pembangunan itu turut diadakan.

Sama ada kita mengenalinya atau tidak,  pernah hidup di zamannya atau sebaliknya, namun memperingati dan mengenang jasa serta sumbangan Tun Razak tetap dikira wajar kerana nilai peninggalannya yang tak ternilai untuk rakyat dan negara.

Selain itu, Tun Razak juga dikenali sebagai pemimpin yang sederhana dan berjimat cermat. Beliau bersih daripada segala dakwaan rasuah, menyalahgunakan kuasa atau hidup bermewah.

Di ketika namanya masih diingati dan diadakan pula seminar khas mengenai watak kepimpinannya, secara kebetulannya negara sedang dipimpin oleh Najib,  anak sulung Tun Razak sendiri.

Najib yang turut hadir dalam seminar itu bersama beberapa bekas pemimpin yang pernah bekerja dengan bapanya seperti Tun Abdullah Badawi dan Rafidah Aziz, tentu saja mengharapkan sedikit sebanyak limpahan imej baik memihak kepada dirinya daripada seminar tersebut.
 
 
 
 
 
Sebagai anak sulung dan menjejaki pula jawatan Perdana Menteri yang pernah disandang oleh bapanya, hanya seorang "anak yang perasan"  akan menganggap pujian kepada arwah orang tuanya adalah juga untuk dirinya.

Itulah yang seting dilakukan oleh Najib selama ini. Di sebalik kedudukannya  semakin jauh daripada hati rakyat berikutan pelbagai isu, kelemahan dan kesilapan sepanjang mentadbir negara sejak 2009 lalu, sering pula nama Tun Razak digunakan untuk melonjakkan imej dirinya.

Lantaran itu, mengadakan seminar khas untuk memperingati jasa dan sumbangan Tun Razak, di sebalik nama anaknya makin membusuk, lebih menjadikan Najib subjek perbandingan dengan bapanya.

Tun Razak akan terus diingati dan dikenang, tetapi menjadikan Najib kian jauh dari keperluan untuk terus memimpin negara. Tidak ada perbandingan itu yang memberi kelebihan kepada Najib.

Dalam semua segi, bukan saja tidak mungkin ada yang mengatakan Najib lebih baik atau menyamai bapanya, bahkan untuk menyatakan 50 peratus atau 30 peratus warisan pemikiran dan karektor kepimpinan Tun Razak ada padanya pun barangkali ramai yang ragu-ragu untuk menganggukkan kepala.

Najib dilihat terlalu jauh berbeza dengan Tun Razak. Tidak saja pemikiran, idea, gaya kepimpinan, gaya hidup, bahkan hampir segala-galanya berbeza.

Yang paling membezakan anak dengan bapa itu ialah kehidupan mewah, boros berbelanja, mengamalkan pemikiran "cash is king" dan sehingga membenarkan di akaun peribadinya berlabuh wang sebanyak RM2,600 juta.

Kemudian, demi untuk melindungi dan mengekalkan kuasanya, sanggup pula memperkenalkan beberapa akta, selain memecat Peguam Negara dan melakukan beberapa kacau ganggu yang lain dalam pasukan yang terlibat dalam penguatkuasaan.

Ia merupakan perkara yang tidak pernah dilakukan, bukan saja oleh Tun Razak, malah sesiapa juga Perdana Menteri sebelum Najib. Selemah-lemah dan segagal-gagal Tun Abdullah Badawi pun tidak sampai ke tahap itu kelakuannya.

Oleh kerana kontranya yang terlalu ketara, semakin Tun Razak dikenang dan diingati jasa serta sumbangannya, dalam masa yang sama ia secara tidak langsung menjadikan kepimpinan Najib kian tidak bernilai dan "kosong markahnya".

Tidak kedapatan sama sekali ciri-ciri Tun Razak pada Najib. Perbezaan dan jurang yang dalam itu sehingga membuatkan Nazir Razak beberapa kali tidak bersetuju dan menyanggah gaya kepimpinan abangnya.

Maka itu, apabila Najib turut mengatakan dalam seminar khas tersebut bahawa beliau sentiasa bekerja untuk mengikut jejak bapanya, orang-orang yang lebih mengenali Tun Razak pasti akan tersenyum-senyum saja dibuatnya.


Lori hantu terbabas, 2 maut libat 18 kenderaan

Posted: 14 Jan 2016 03:21 AM PST

SELANGOR KINI


KAJANG : Dua pelajar maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori hantu terbabas melanggar 18 buah kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras, hari ini.

Kedua-dua mangsa yang maut itu adalah pelajar perempuan sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.11 petang itu, lori tersebut dipercayai hilang kawalan kerana masalah brek dan melanggar motosikal yang diparkir di hadapan sekolah serta dua kenderaan jenis Toyota Avanza dan Proton Wira sebelum merempuh sebuah van Nissan Vannet.

KemalanganPenolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, sebuah jentera dari Kajang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

"Kejadian berlaku ketika pelajar daripada sekolah terbabit pulang daripada waktu persekolahan. Terdapat dua orang mangsa tersepit di di bawah van terbabit," katanya dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Wong Siow Xuen dan Lau Zi Xin, kedua-dua berusia 13 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah.

Anggota membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah van sementara seorang lagi mangsa tercampak akibat pelanggaran itu.

Kata, dua wanita yang cedera adalah peniaga di kaki lima sekolah dan pemandu Proton Wira di hantar ke Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menerima rawatan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku akibat brek yang tidak berfungsi ketika menuruni kawasan berbukit di hadapan sekolah sebelum merempuh semua kenderaan. Kenderaan berkenaan kemudiannya tersangkut pada sebatang pokok di kaki lima sekolah.

Pemandu lori ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan.
Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

GAMBAR: Sumber Facebook  EZY


Tawan semula Perak untuk kembalikan hak rakyat

Posted: 14 Jan 2016 03:10 AM PST

rampasan kuasa perak

Oleh Fatih Hassan Nordin


PERAK : Pakatan Harapan perlu menawan semula Perak dari tangan UMNO BN pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 bagi untuk mengembalikan semula hak rakyat negeri itu yang dua kali dinafikan akibat amalan tidak demokratik pemerintah.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata kali pertama hak rakyat dirampas berlaku pada 2009 melalui rampasan kuasa secara tidak sah yang didalangi Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Kali kedua, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata pada PRU 13 apabila gabungan parti pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat memenangi 55 peratus undi tetapi dinafikan hak memerintah semula ekoran sistem pilihan raya yang pincang.

"Pakatan harapan harus segera merangka pelan memenangi semula Perak dan memastikan rakyat negeri itu tidak dinafikan hak buat kali ketiga, untuk memilih kerajaan yang mereka mahu," katanya pada kenyataan media, semalam.

Kit Siang berkata, Pakatan Harapan berpotensi berbuat demikian pada PRU 14 berikutan sokongan yang ditunjukkan rakyat negeri itu pada pilihan raya terdahulu walaupun terpaksa berdepan sentimen perkauman sebagai modal politik UMNO BN.

Malah, beliau berkata, undi majoriti di empat kawasan yang dimenangi UMNO pada PRU 13 kurang 500 undi iaitu di Lubok Mebau dengan 53 undi majoritii, Manjoi (132), Manong (231) dan Pasir Panjang (304).

"Cabaran utama bagi Pakatan Harapan di Perak dan Malaysia untuk menangkis segala penipuan dan fitnah serta mainan politik kebencian dan ketakutan yang dilakukan pasukan propaganda Najib," katanya.

Justeru, pemimpin veteran DAP itu berkata, rekod cemerlang pakatan pembangkang pada pilihan raya lalu harus dijadikan sandaran Pakatan Harapan untuk mengembeling tenaga untuk memenangi hati hati. -Roketkini.com


Selangor Tidak Haramkan Vape

Posted: 14 Jan 2016 03:06 AM PST

Oleh: MSTAR
 
 
 
 
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor tidak akan menguatkuasakan larangan vape di negeri ni sehingga Kerajaan Persekutuan membuat keputusan muktamat mengenai isu berkenaan.

Menerusi kenyataan media pada Rabu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata satu bengkel bagi membincangkan mengenai vape di negeri ini telah diadakan baru-baru ini.

Katanya, rumusan bengkel yang turut dihadiri wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), NGO dan pengusaha vape dibentangkan dalam mesyuarat exco pada Rabu.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor memberi pertimbangan agar isu vape ini ditangani dengan penuh tanggungjawab," katanya.

Selain itu Dr Daroyah berkata kerajaan negeri juga bersetuju supaya sebarang keputusan berkaitan penggunaan Vape adalah tertakluk kepada arahan dan dasar semasa KKM.

"Oleh itu kerajaan negeri mendesak KKM agar menggubal, mengkaji dan menyemak akta dan undang-undang yang diperuntukkan agar penguatkuasaan sepenuhnya terhadap akta-akta tersebut mampu dilaksanakan dengan berkesan.

"Kesemua akta yang terlibat dalam pelaksanaan isu Vape ini seperti Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 adalah dibawah bidang kuasa KKM, ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri," katanya.

Tambah Dr Daroyah lagi, selaras dengan surat KKM bertarikh 9 Disember lalu, kerajaan negeri bersetuju agar tiada lesen baharu akan diberikan kepada pengusaha Vape.

"Oleh itu tiada lagi sebarang kelulusan dan pembaharuan lesen akan diberikan oleh PBT untuk tujuan ini sehingga satu keputusan dikeluarkan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Sehingga kini kira-kira 69 lesen telah dikeluarkan untuk tujuan tersebut dan 30 daripadanya merupakan lesen sementara.

Bisnes 'Kencang' Di Sebalik Kereta Mewah 'Luput Usia'

Posted: 14 Jan 2016 03:01 AM PST

Oleh: KATHLEEN ANN KILI
 
 
 
 
 
EKSKLUSIF  JOHOR BAHRU: Kereta yang sudah berusia 10 tahun dianggap tidak selamat dan tidak layak dipandu di Singapura.

Dan, dengan cukai yang perlu dibayar selepas separuh jangka hayatnya, adalah sesuatu yang masuk akal untuk kereta-kereta yang sudah melepasi usia lima tahun dan dianggap 'luput usia' di jalan raya di negara itu diganti baharu.

Bagi orang perantaraan di Malaysia, itu adalah satu peluang keemasan.

Mereka yang bertindak sebagai orang tengah ini membeli kereta-kereta mewah tersebut pada nilai rendah di republik itu, membawanya ke Malaysia, menghasilkan dokumen palsu - dikatakan dengan bantuan pegawai yang mengambil suapan dan menjual kereta pada harga yang menarik perhatian pembeli di sini.

Terdapat pembeli Malaysia yang sanggup mengambil risiko membeli kereta mewah itu, kerana harganya masih jauh lebih murah berbanding harga yang ditawarkan oleh penjual kereta berdaftar.

Kereta-kereta tersebut rata-ratanya berharga hampir 10 kali lebih rendah dari harga pasaran untuk model yang sama di Malaysia.

Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mike berkata pembeli sanggup mengambil risiko membeli kereta itu walaupun mengetahui mereka boleh berdepan masalah berkaitan undang-undang.

"Ia lebih murah daripada membeli sebuah kereta terpakai di Malaysia. Kereta-kereta Singapura biasanya berusia lebih lima tahun dan ia masih dalam keadaan baik," katanya.

Sebagai contoh, dia berkata kereta Mercedes-Benz terpakai yang berharga kira-kira RM80,000 di sini hanya berharga RM10,000 jika dibawa masuk secara haram dari negara itu.
"Kami berhubung dengan kenalan di Singapura dan pemandu akan dihantar ke sana untuk memandu keluar kereta, melalui dua pintu masuk, imigresen di republik itu dan juga di Johor Baru," katanya.

Kemudian, terpulang kepada pembeli jika dia mahu membuat salinan nombor pendaftaran kereta sedia ada atau melakukan pendaftaran 'di bawah meja' dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Walau bagaimanapun, kedua-duanya tetap mempunyai risiko tersendiri, dakwanya.

Mike berkata walaupun 'pengklonan' nombor pendaftaran dengan kereta lain adalah jauh lebih murah berbanding mendaftar kereta dengan JPJ, risikonya adalah lebih tinggi.

"Biasanya, mereka akan mencari model dan warna kereta yang seakan-akan sama, sebaik-baiknya dari negeri berbeza, sebelum membuat plat pendua. Dengan bantuan 'dalaman', penjual boleh mendapatkan cetakan salinan asal cukai jalan.

"Bagaimanapun, kereta itu tiada insurans yang sah. Jika JPJ menjalankan pemeriksaan terhadap nombor casis kenderaan, pemandu akan berdepan masalah," katanya.

Bagi yang mendaftar dengan JPJ, dia berkata pembeli terpaksa membelanjakan kira-kira RM15,000 sebagai pengimport kereta berlesen supaya permit boleh dikeluarkan untuk mengimport kereta.

Pegawai JPJ kemudiannya boleh membantu mendaftar kereta tersebut dan mewujudkan geran baharu. Pelanggan juga diberi pilihan untuk mendaftar kereta di bawah nombor pendaftaran yang sedang berjalan atau nombor pilihan sendiri.

Pelanggan kemudiannya boleh memohon insurans dan dengan mudah memperbaharui cukai jalan setiap tahun.

Mike berkata jika pendaftaran diklon, pembeli perlu menunggu sehingga pemilik asal memperbaharui cukai jalan sebelum ia boleh dicetak semula.

Dia mendakwa menerima purata tiga hingga lima pelanggan setiap bulan, kebanyakan daripada mereka sanggup menghabiskan purata RM25,000 untuk pelbagai kereta mewah, terutama Mercedes-Benz dan BMW.

Seorang pemandu yang membawa masuk kereta luput usia dari Singapura ke Malaysia berkata beberapa kereta mewah boleh dijual pada harga sehingga RM40,000 bersama-sama dengan geran asal kenderaan.

Proses pengklonan sahaja menelan kos kira-kira RM5,000 ke RM6,000.

Beliau berkata pembeli boleh memilih untuk mengklon pendaftaran kereta Malaysia model atau buatan sama yang telah dimansuhkan atau dari kereta lain yang sedia ada di jalan raya.

Dia mendakwa terdapat juga cara-cara untuk mengubah nombor casis kereta bagi menjadikan ia sepadan dengan geran daripada kereta Malaysia yang dimansuhkan.

Sultan Johor Mahu Ketua Agama Bukan Islam Bantu Satukan Rakyat

Posted: 14 Jan 2016 02:59 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
 
 
JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu semua ketua agama bukan Islam di negeri ini melaksanakan tanggungjawab mereka membantu menyatupadukan rakyat.

Beliau yang menerima kunjungan hormat 16 ketua-ketua agama bukan Islam di Istana Bukit Serene pada Khamis, bertitah tanggungjawab seseorang ketua agama adalah menyatupadukan rakyat dan memastikan mereka sentiasa hormat-menghormati, meskipun berlainan latar belakang.

"Saya tidak mahu mendengar apa-apa masalah mengenai perkauman di negeri ini. Setiap kaum seperti Cina, India adalah Bangsa Johor. Kita perlu menghormati satu sama lain.

"Jika ada masalah, berjumpalah dengan saya. Saya sentiasa di sini untuk anda (ketua agama)," titah baginda ketika menerima kunjungan hampir sejam rombongan itu di sini.

Terdahulu, rombongan itu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong turut dipelawa menghadiri majlis santapan tengah hari bersama baginda di istana berkenaan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Tee berkata pertemuan itu merupakan detik bersejarah kepada rakyat negeri ini.

Beliau berkata walaupun Sultan Ibrahim merupakan Ketua Agama Islam, baginda  mengamalkan sikap terbuka dan mahu berinteraksi dengan pemimpin agama lain.

"Usaha dilakukan ini seiring dengan konsep Bangsa Johor yang menekankan permuafakatan, kesepakatan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam apa jua bidang bagi mencapai sesuatu impak yang positif dan besar kepada pembangunan.

"Semangat inilah yang memainkan peranan penting, lebih-lebih lagi apabila berkaitan pembangunan inklusif seperti politik, sosial dan ekonomi yang secara umum memanfaatkan masyarakat," katanya. - BERNAMA

TPPA persediaan menuju perang ekonomi

Posted: 14 Jan 2016 01:11 AM PST

Oleh Amirrul Jeffery Igai


Usah diharapkan kemakmuran menjelma di kala 2015 melabuhkan tirai dan 2016 datang menyambut.Zaman kemakmuran kita sudah lama berlalu.

Jangan dikenang soal kemakmuran.Kemakmuran cuma tinggal kenangan dan nostalgia indah yang hanya sesuai kita imbas kembali semasa bersembang dan berbicara dengan rakan taulan dan saudara mara di kedai kopi.


Zaman indah yang lama berlalu. Tahun 2015 hanya merupakan latihan dan "warming up" bagi keperihan dan keperitan untuk 2016 dan tahun mendatang yang entah sampai bila akan menitikkan noktah.

Maka, bersedia untuk kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang akan semakin menekan pengguna.

Bersedia untuk konflik sosial yang semakin mencanak naik. Bersedia untuk pertempuran politik yang semakin mengganas. Serta bersedia juga untuk keruntuhan dan kemuraman ekonomi tempatan dan dunia yang semakin hari semakin menunjukkan perangai gila. Semua ini kerana disebabkan sistem ekonomi kapitalis yang semakin nazak.

Jangan disalah tafsir mukadimah saya. Tiada niat untuk menakut-nakutkan kalian. Bukan hajat untuk mencipta kisah songsang lagi gelap bagi menimbulkan suasana panik. Ini bukan cerita menjual segala "haru bin segala hara".

Tetapi ingin membawa pembaca kepada pencerahan agar kita tidak sentiasa berkhayal den berdengung. Agar tidak meraba-raba mencari kemakmuran yang lama hilang.

Saya mendengar kisah tentang bagaimana menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) bersurah tentang Malaysia boleh menarik diri pada bila-bila masa daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selepas pelaksanaannya jika berasa kurang selesa tanpa sebarang penalti.

Tanpa sebarang penalti? Ini sesuatu yang gila. Bagi saya ia tidak semudah itu. Ia tidak sesenang menabung dari kecil untuk menyimpan duit RM24 juta untuk membeli sebentuk cincin berlian. Tidak semudah seperti memasukkan segerombolan lembu ke dalam kondominium mewah.

Jika perjanjian TPPA sudah dimerterai dan ditandatangani, bermakna kita sudah bersetuju untuk bersengkongkol dengan Amerika Syarikat dan salah satu pihak yang berkolaborasi bagi melihat TPPA sebagai suatu langkah untuk mengatasi China sebagai kuasa perdagangan di rantau Asia.

Jangan mudah terbuai cerita dongeng berikan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan Malaysia – matlamatnya adalah untuk mempelbagaikan perdagangan, menjalin hubungan baik dengan semua negara dan meningkatkan jumlah perdagangan, pelaburan dan pendapatan negara, mahupun ayat yang mengkhayalkan seperti matlamat Malaysia menyertai TPPA ini (bagi Malaysia) adalah untuk menjalin hubungan dengan negara-negara yang masih belum mempunyai perjanjian perdagangan bebas (FTA).

Pada mata kasar ada benarnya. Saya tidak menafikan. Ia tidaklah sampai ke tahap yang terlalu besar.
Tetapi perlu diperhalusi dan dikaji sebijak mungkin bagi mengelakkan kita terjerat di tengah-tengah pergaduhan 2 blok negara ekonomi besar Amerika dan China. Jangan dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran.

Kalau kita tidak bersetuju dengan TPPA maka ia harus dinyatakan terlebih awal. Bukan sudah sampai ke peringkat "final lap" atau pusingan terakhir. Apabila sudah bersetuju untuk berada dalam satu tongkang dengan kapitalis Amerika, maka jalan untuk keluar dan menarik diri daripada perjanjian mungkin ada – dengan syarat kita bersedia menanggung segala yang hitam, putih dan akibatnya.

Kita tidak dilepaskan bebas sebegitu sahaja. Kita tersepit ditengah-tengah perang ekonomi global bagi percaturan mewujudkan dan membuka kepada perang besar sesudah Perang Dunia Pertama (WW1) dan ke-2 (WW2).

Kira adanya perlu bagi saya membawa pembaca ke tahun 1922 sehingga 1925. Di mana pada 1922–1925 merupakan percubaan dan eksperimen dengan taktik dan modus operandi yang sangat tradisional.

Para pemilik modal antarabangsa yang berkiblatkan dan menyembah sistem ekonomi kapitalis membanjiri pasaran modal negara-negara yang memenangi peperangan dan beberapa negara-negara neutral dengan saham dan kredit serta pelaburan secara besar-besaran – sehinggakan mencetuskan kenaikan harga barangan serta meningkatkan produksi dan kegiatan perniagaan.

Selepas itu, segala dana, pelbagai saham dan pelaburan sedia ada dalam bursa saham antarabangsa secara tiba-tiba ditarik balik.

Sehinggakan meledakkan krisis ekonomi yang drastik dan dahsyat pada 1925. Nilai mata wang merosot buat sementara waktu. Selanjutnya, keadaan mencengkam seperti itu menyebabkan lembaga kewangan serta perniagaan yang kecil terpaksa gulung tikar – di samping mengakibatkan timbulnya rusuhan dan keruntuhan moral di setiap rakyat negara-negara yang runtuh ekonominya.

Selepas itu, saham ditarik balik tadi dicampakkan semula ke pasaran modal dalam bentuk pinjaman dan transaksi dan keadaan nilai mata wang kembali pulih. Kaum pemilik modal antarabangsa meraih dan mendapat pulangan yang lumayan. Keuntungan dan hasil daripada eksperimen ini tadi menyebabkan kaum pemodal antarabangsa mengaut keuntungan yang maha besar. Bijak bukan?

Atas dasar itu, para pemilik modal antarabangsa merasa puas dan yakin akan keberhasilan percubaan atau eksperimen perang ekonomi tersebut. Ini adalah langkah awal dalam mewujudkan langkah penting bagi mencetuskan perang ekonomi besar pada 1930 – yang mengakibatkan krisis ekonomi maha besar melanda hampir seluruh dunia seperti kita baca dalam buku sejarah di sekolah yang dikenali sebagai Krisis Ekonomi Dunia.

Krisis besar ini kelihatan mula mereda menjelang 1931 sehingga 1932. Tapi malangnya ia muncul lagi pada 1933. Ini adalah disebabkan kaum pemodal antarabangsa mencampakkan modalnya secara besar-besaran ke pasaran antarabangsa yang bakal mencetuskan akan kelahiran transaksi-transaksi baharu.

Pasaran diborong penyembah ekonomi kapitalis ini dengan harga sangat murah. Berita sangat malang pada masa itu ialah, dunia tidak menyedari akan hakikat dan realiti krisis ekonomi seperti itu akan melapangkan dan membuka jalan kepada perancangan bagi membawa dunia ke arah WW2.

Kenyataan di atas sengaja saya garap bagi renungan dan pemahaman pembaca. Sengaja saya lukiskan kisah bagi memahami betapa kaum pemilik modal antarabangsa merupakan pihak yang kejam.

Jika kaum pemodal antarabangsa mampu menghuru-harakan ekonomi dunia – maka tiada masalah bagi kaum pemodal antarabangsa yang berpusat di Amerika mengatur negara seperti Malaysia. Sebab itu kerja main tarik tali.

Sekejap mahu sekejap tidak ini bukan sesuatu kerja mudah. Sesudah memeterai dan bersetuju menyertai TPPA maka kita bukan boleh keluar sewenang-wenangnya atau sesuka hati keluar dan hidup bebas serta mengatur nasib sendiri. Mengatur nasib sendiri paling dibenci kaum pemodal antarabangsa.

PKR dakwa 1MDB guna RM3.48 bilion dana awam naik taraf pangkalan tentera udara

Posted: 14 Jan 2016 12:14 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Skandal pembiayaan kerja-kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan udara yang melibatkan 1MDB kini menjadi lebih rumit dan Datuk Seri Najib Razak digesa menjelaskannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Januari, 2016.Skandal pembiayaan kerja-kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan udara yang melibatkan 1MDB kini menjadi lebih rumit dan Datuk Seri Najib Razak digesa menjelaskannya. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
PKR hari ini mendakwa syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggunakan dana awam dalam bentuk geran sebanyak RM3.48 bilion daripada Putrajaya untuk membiayai kos kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan tentera udara. 
 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, jumlah keseluruhan dana yang diambil 1MDB dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM2.4 bilion dan geran kerajaan persekutuan sebanyak RM1.0865 bilion.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jumlah tersebut jauh melebihi kos keseluruhan projek diumumkan 1MDB sebanyak RM2.7 bilion.

"Malangnya, 1MDB sendiri mengakui hanya RM800 juta yang sudah dibayar setakat ini dan RM1.9 bilion masih berbaki. 
 
 "Maka, skandal pembiayaan kerja-kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan udara yang melibatkan 1MDB kini menjadi lebih rumit dan Datuk Seri Najib Razak sendiri perlu menjelaskan perkara-perkara tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, perdana menteri perlu menjelaskan tindakan kerajaan meluluskan geran kepada 1MDB sebanyak RM1.0865 bilion untuk membiayai sebahagian kerja-kerja tersebut.

Katanya, tindakan itu membangkitkan persoalan kerana kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan tentera udara merupakan tanggungjawab kewangan 1MDB.

"Ia mengikut perjanjian dengan kerajaan sebagai pertukaran syarikat sarat hutang itu mendapat tanah di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi pada harga yang rendah," katanya.

Rafizi juga turut mempersoalkan di mana baki geran sebanyak RM286.5 juta sekiranya benar dakwaan 1MDB mereka hanya membayar RM800 juta kepada kontraktor daripada jumlah keseluruhan dana awam diterima sebanyak RM1.0865 bilion.

"Jika keseluruhan bayaran kepada kontraktor sebanyak RM800 juta kini ditanggung kerajaan persekutuan melalui geran ini, ke mana pula keseluruhan dana RM2.4 bilion daripada terbitan sukuk yang sepatutnya digunakan bagi menanggung kos projek ini?

"Jumlah RM3.4865 bilion yang terbabit di dalam skandal ini melebihi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib.

"Beliau wajar meminta maaf kepada rakyat kerana mengumumkan dengan bongkaknya masalah kewangan 1MDB diselesaikan tanpa melibatkan dana rakyat.

"Sedangkan Ketua Audit Negara sendiri mengesahkan RM1.0865 bilion dana rakyat disalurkan kepada 1MDB bagi menanggung kos yang sepatutnya dibayar 1MDB," katanya.


DAP berdepan dilema raih sokongan Melayu

Posted: 13 Jan 2016 11:49 PM PST

RAJINA DHILLON

 

ongkianming
Ong berpendapat, cabaran DAP adalah mengubah imej dan persepsi masyarakat terhadapnya, namun ada beberapa "syarat" perlu dipatuhi. - Foto arkib TRP/ Wan Kah Hoong 


PETALING JAYA,  DAP dalam dilema, apabila ahlinya sendiri tidak selesa dengan cadangan 50 peratus ahli baru terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera dari Sabah serta Sarawak.

 

Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, cadangan sedemikian adalah strategi baik bagi mengurangkan "pandangan cauvinis" yang dipaparkan parti itu, namun beliau mengakui berdepan masalah tentangan dalaman.

"Apabila niat seperti ini dibentangkan dalam parti, ada ahli yang tidak selesa dengan cadangan ia (parti) mahu mencapai sasaran keahlian 50 peratus orang Melayu dan bumiputera.

"Kami mahu mengurangkan persepsi di kalangan pengundi Melayu, supaya kami boleh meraih lebih banyak undi Melayu melalui penambahan keahlian Melayu, tetapi mendapat tentangan dalaman," katanya pada forum "Mampukah parti pembangkang meraih undi Melayu pada PRU14?", semalam.

Bagaimanapun, jelasnya, selain tentangan dalaman, DAP juga berdepan rintangan luaran, kerana orang luar juga mungkin tidak selesa dengan cadangan itu.

Ong memberi contoh apa yang berlaku semasa konvensyen kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang diadakan baru-baru ini, di mana ahli Parti Amanah Negara (Amanah), Zulkefly Ahmad berkata, DAP tidak patut meletak calon Melayu di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri Johor.

"Itulah dilema luar yang perlu diatasi, jika DAP dan pembangkang mahu memenangi lebih banyak undi Melayu pada PRU14," katanya.

Beliau menyuarakan sentimen-sentimen itu, ketika ditanya pandangan mengenai DAP perlu memperbaiki imejnya.

Ong bersetuju bahawa persepsi seperti DAP adalah anti-Melayu, anti-Islam dan pejuang hak orang Cina bukanlah sesuatu yang baru dan parti itu juga mempunyai sejarah dilabelkan sebagai "momok".

Merujuk kajian yang dijalankan pemikir Institut Darul Ehsan (IDE), 64 peratus daripada 1,716 responden Melayu di Selangor bersetuju bahawa DAP adalah sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam.

Ong berkata, angka itu membimbangkan dan beliau bersetuju persepsi itu perlu ditangani.

Menurutnya, cabaran parti itu adalah mengubah imej dan persepsi berkenaan, namun ada beberapa "syarat".

"Salah satu syarat ialah kita tidak boleh menembak diri di kaki. Ini termasuk pemimpin DAP yang telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan melukakan hati orang Melayu secara tidak sengaja.

"Kebanyakannya ada kaitan dengan kesedaran pemimpin DAP terhadap isu-isu sensitif di kalangan pengundi Melayu," katanya.

Jangan benarkan orang ‘bodoh’ jadi menteri – Rafizi

Posted: 13 Jan 2016 11:46 PM PST

RAJINA DHILLON

 

MOKH0748 L
Rafizi berkata, ketidakseimbangan dan jurang ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu adalah "warisan" tinggalan penjajah Malaya, sejak zaman pra-kemerdekaan. - Foto arkib TRP/ Mokhsin Zamani


PETALING JAYA,  Orang Melayu perlu memastikan orang "bodoh" tidak patut dibenarkan menjadi menteri, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.


Sebaliknya, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, mereka perlu menjadikan ia satu budaya untuk menggalakkan individu "terbaik dan paling bijak".

"Tetapi, untuk bertahun-tahun lamanya, kita hidup dalam budaya di mana hanya yang bodoh menjadi menteri," katanya dalam forum bertajuk "Mampukah parti pembangkang meraih undi Melayu pada PRU14", semalam.

Kenyataan Rafizi itu berpunca daripada pandangan beliau mengenai ketidakseimbangan kawalan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Ketika diminta mengulas mengenai isu dan dasar-dasar yang boleh merapatkan jurang ekonomi itu, Rafizi berkata, ketidakseimbangan dan jurang itu adalah "warisan" yang ditinggalkan penjajah Malaya, sejak zaman pra-kemerdekaan.

Ketika itu, merujuk 1920-an dan 1930-an, Rafizi mendakwa penjajah mencipta jurang itu, apabila mereka menempatkan orang Melayu di kampung, orang Cina di bandar dan kaum India di ladang, selain menyediakan pendidikan yang lebih baik untuk orang Cina berbanding kaum Melayu.

"Jadi, ia bermula daripada dasar penjajah kita, tetapi selepas 60 tahun, kita gagal memperbaiki perbezaan yang ditinggalkan mereka. Wujud jurang yang hampir sama hari ini.

"Soal ekonomi, bagi saya, akhirnya akan kembali kepada pendidikan, akses kepada pendidikan, kualiti pendidikan dan jenis pelajar yang kita lahirkan.

"Sekarang, sistem kita melahirkan pelajar yang kurang yakin, serta mempunyai budaya atau mentaliti mereka perlu bergantung kepada kuasa dan sebagainya. 

"Tidak ada campur tangan dasar ekonomi yang dapat menutup perbezaan itu," katanya sambil menambah, orang Melayu muda yang mempunyai merit, perlu dibiasakan untuk membina diri mereka. 

Beliau berkata, bagi Pakatan Harapan, isu itu perlu ditangani dengan memfokuskan cara-cara bagi memastikan usahawan Melayu yang layak dan mempunyai merit, diberi akses kepada modal, aset dan tenaga kerja. 

"Ini adalah gambaran lebih besar. Kerana, jika tiada akses, orang Melayu muda yang pintar tidak akan ada peluang," katanya.

Letupan bom, tembakan gegar pusat bandar Jakarta

Posted: 13 Jan 2016 11:42 PM PST

THE RAKYAT POST




000_Hkg10245545
Satu daripada mayat mangsa berada di tengah sebuah jalan utama di pusat bandar Jakarta. - Foto AFP


JAKARTA,  Satu siri letupan yang menggegarkan ibu negara Indonesia, hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya empat terbunuh.

Letupan itu berlaku berhampiran Pusat Beli-belah Sarinah, di Jalan MH Thamrin, di mana mayat mangsa kelihatan bergelimpangan di jalan raya.

Tembakan juga berlaku di luar kafe Starbucks yang terletak di seberang Pusat Beli-belah Sarinah, ketika polis menghampiri tempat kejadian.

Sekurang-kurangnya enam letupan kedengaran dan sebuah pondok polis di hadapan pusat beli-belah itu turut mengalami kerosakan.

"Empat maut, iaitu seorang anggota polis dan tiga orang awam.

"Buat masa ini, insiden tembak-menembak telah berhenti, tetapi mereka (suspek) berjaya melarikan diri dan kami bimbang akan berlaku tembakan lagi," kata jurucakap polis Indonesia, Anton Charliyan kepada AFP.

Beliau turut memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi tempat kejadian, kerana polis khuatir ada lebih banyak di kawasan berkenaan.

Setakat ini, tidak diketahui dalang di seballik serangan itu.

Sementara itu, agensi berita Bernama memetik seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Fandi memberitahu, dia berada tidak jauh dari tempat kejadian dan ternampak beberapa lelaki menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah polis di dalam pondok polis berkenaan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, insiden berbalas tembakan berlaku antara polis dan lelaki tidak dikenali itu, disusuli letupan di pondok polis dan di luar pusat beli-belah itu.

Serangan itu berlaku beberapa minggu selepas Jakarta diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, susulan pendedahan polis anti-keganasan mengenai beberapa rancangan serangan berani mati di ibu negara Indonesia itu, sempena ketibaan tahun baru.

Akhir bulan lalu, polis memaklumkan dua lelaki ditahan, termasuk seorang ahli minoriti puak Uighur dari China, yang didakwa terbabit dalam rancangan melancarkan serangan nekad itu.

Selepas satu siri serangan ke atas warga asing pada dekad lalu, ekstremis Indonesia telah mengalih sasaran kepada "musuh Islam" domestik, kebanyakan polis.

Tiada serangan menyasarkan warga asing sejak dua letupan hotel di Jakarta, pada 2009 yang meragut tujuh nyawa.

Nicol gagal rampas takhta pemain nombor satu dunia

Posted: 13 Jan 2016 11:38 PM PST

BERNAMA

 

skuasy

Nicol tewas kepada pemain Mesir, Nour El Sherbini 8-11, 5-11 dan 6-11 dalam masa 26 minit. - Foto www.tocsquash.com


KUALA LUMPUR,  Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David terlepas peluang untuk merampas kembali takhta pemain nombor satu dunia, selepas tewas pada saingan separuh akhir Kejohanan Juara-juara di New York, Amerika Syarikat, pagi ini.


Nicol yang kini berada di ranking ketiga dunia, juga pilihan kedua kejohanan itu, tewas kepada pemain pilihan ketujuh dari Mesir, Nour El Sherbini 8-11, 5-11 dan 6-11 dalam masa 26 minit.

Nicol boleh merampas kembali kedudukan pemain nombor satu dunia yang kini dipegang Laura Massaro dari England, jika menjuarai kejohanan itu.

Menurut laman web rasmi kejohanan, www.tocsquash.com, Nicol bermula cemerlang, apabila menewaskan Victoria Lust dari England 11-2, 11-3 dan 11-2 pada pusingan pertama, diikuti kemenangan ke atas Annie Au dari Hong Kong 11-2, 11-5 dan 11-7 pada pusingan kedua.

Dalam saingan suku akhir pula, Nicol bertungkus-lumus menundukkan pemain dari Mesir, Omneya Abdel Kawy 11-6, 10-12, 10-12, 11-3 dan 11-5 dalam masa 56 minit.

Pada final kejohanan itu, El Sherbini dijadualkan bertemu Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat.

Harga kereta Proton dijangka naik selepas Tahun Baru Cina

Posted: 13 Jan 2016 11:36 PM PST

BERNAMA

 

TRP040315-4
Menurut Proton, 20 hingga 30 peratus daripada komponen dalam kenderaannya diimport. - Foto arkib TRP/ Daniel Chan


PETALING JAYA,  Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd mungkin perlu menaikkan harga keretanya selepas Tahun Baru Cina, pada Februari ini, memandangkan kos mengimport komponen meningkat, disebabkan penyusutan ringgit.


"Ringgit kini lebih rendah berbanding setahun lalu, yang mempengaruhi harga komponen import kami," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Harith Abdullah selepas pelantikan pengedar baru hari ini.

Pada jam 9 pagi tadi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.3930/4000 berbanding dolar AS, jauh berbeza daripada paras 3.57 semasa didagangkan pada masa sama tahun lalu.

Harith berkata, Proton berusaha sedaya upaya untuk tidak menaikkan harga sehingga Tahun Baru Cina, bagi membolehkan pelanggannya menikmati kereta baru pada harga semasa.

Menurut Proton, 20 hingga 30 peratus daripada komponen dalam kenderaannya diimport.

Honda Malaysia menaikkan harga kereta keluarannya sebanyak 2 hingga 3 peratus tahun ini, manakala UMW Toyota Motor telah mengumumkan kenaikan harga sebanyak 4 hingga 16 peratus, mulai bulan ini.
 
Mitsubishi Motors Malaysia juga telah membayangkan akan mengambil langkah sama.

Tiada rakyat Malaysia terbabit serangan di Jakarta

Posted: 13 Jan 2016 11:34 PM PST

SM AMIN

 

000_Hkg10245563
Polis berpakaian biasa menyasarkan pistol mereka ke arah suspek-suspek di luar kafe Starbucks, di pusat bandar Jakarta, hari ini. - Foto AFP


KUALA LUMPUR,  Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian letupan dan tembakan di pusat bandar Jakarta, hari ini.


Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan di negara jiran itu dan menasihatkan rakyat Malaysia supaya mematuhi arahan pihak berkuasa.

"Situasi sedang dipantau rapi oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Warganegara Malaysia yang bermastautin ataupun yang melawat Jakarta dinasihatkan lebih berhati-hati dan mematuhi sebarang arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan," demikian menurut kenyataan tersebut.

Kerajaan Malaysia turut merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan serta rakyat Republik Indonesia di atas kejadian tragis itu.

Kedutaan Malaysia di Jakarta boleh dihubungi menerusi talian 0062215224947, emel mwjakarta@kln.gov.my atau ke Jalan H.R. Rasuna Said, Kav. X/6, No 1-3 Kuningan, Jakarta Selatan 12950, Republik Indonesia.

Beberapa siri letupan dan insiden berbalas tembakan tercetus dekat Pusat Beli-belah Sarinah, di Jalan MH Thamrin, sebuah pondok polis berhampiran serta kafe Starbucks yang terletak di seberang pusat beli-belah terbabit.

Menurut laporan, sehingga kini, tujuh terbunuh, termasuk empat penyerang.

Sebelum Jakarta, ini senarai insiden serangan pengganas di Indonesia

Posted: 13 Jan 2016 11:08 PM PST

Kohilah Sekaran, Astro Awan
 
Sebelum Jakarta, ini senarai insiden serangan pengganas di Indonesia
Ini bukan kali pertama Indonesia mengalami serangan bom. Berikut adalah senarai pengeboman yang berlaku di Indonesia sejak tahun 2000.
 
 
KUALA LUMPUR : Sekurang-kurangnya enam maut dalam siri kejadian enam letupan di sekitar kawasan Sarinah, Jalan MH Thamrin, Jakarta hari ini.

Menurut laporan media tempatan, letupan pertama berlaku pukul 10 pagi waktu tempatan dan letupan kedua berlaku pada jam 10.50 pagi manakala ketiga berlaku enam minit kemudian.

Letupan keempat terjadi pada jam 11 pagi, diikuti dengan ledakan kelima dan keenam tidak lama kemudian.

Ketua Bahagian Perhubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia (Polri) Inspektor Jeneral Anton Charliyan meminta masyarakat untuk menghindari sekitar lokasi kejadian.

Pihak polis pada peringkat awal mengkategorikan insiden itu sebagai serangan pengebom berani mati.

Ini bukan kali pertama Indonesia mengalami serangam bom. Berikut adalah senarai insiden pengeboman yang berlaku di Indonesia sejak tahun 2000.

13 September 2000

Sebuah letupan bom berlaku di di Bursa Efek, Jakarta pada 13 September 2000 dan meragut kira-kira 15 nyawa.

Menurut Wikipedia, pihak polis mengaitkan insiden ini dengan Gerakan Aceh Merdeka, GAM.

24 Disember 2000

Pada malam sambutan Krismas pada tahun 2000, satu siri letupan berlaku di Indonesia, yang merupakan sebahagian daripada serangan pengganas Al Qaeda dan Jemaah Islamiyah.

Pengeboman berlaku di 15 gereja di Medan, Jakarta, Bandung, Sukabumi dan Mojokerto, dan meragut kira-kira 18 nyawa.

12 Oktober 2002

Pengeboman Bali 2002 berlaku pada 12 Oktober 2002 di daerah pelancongan Kuta di Pulau Bali.

Serangan itu membunuh 202 orang (termasuk 88 warga Australia, 38 warga Indonesia, dan pelancong dari 20 negara lain). Sebanyak 209 orang mengalami kecederaan.

5 Ogos 2003

Pengeboman Marriott Hotel berlaku pada 5 Ogos 2003 di Mega Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia.

Seorang pengebom berani mati meletupkan bom kereta di luar lobi Hotel JW Marriott Hotel, membunuh 12 nyawa dan mencederakan 150 orang.

Mereka yang terbunuh kebanyakannya terdiri dari warga Indonesia, kecuali seorang lelaki Belanda.

31 Disember 2003

Aceh dikejutkan dengan satu insiden letupan bom pada malam sambutan tahun baharu pada 31 Disember 2003 di Peureulak.

Pengeboman yang berlaku di sebuah konsert membunuh sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk tiga kanak-kanak, dan mencederakan 45 orang.

9 September 2004

Satu letupan bom berlaku di Kedutaan Australia pada 9 September 2004 di Jakarta, Indonesia.

Sebuah bom yang dibungkus di dalam sebuah van penghantaran Daihatsu, meletup di luar Kedutaan Australia di Daerah Kuningan, Jakarta Selatan.

Insiden ini meragut meragut 9 nyawa dan kira-kira 150 orang mengalami kecederaan.

13 November 2004

Enam orang terbunuh dan tiga cedera apabila bahan letupan yang ditanam dalam sebuah meletup di Poso, Sulawesi Tengah.

28 Mei 2005

Pengeboman pasar Tentena berlaku pada 28 Mei 2005 di Tentena, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Dua alat letupan, yang ditetapkan untuk meletup 15 minit, diletupkan pada waktu pagi di sebuah pasar di Pusat Tentenam, meragut 22 nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 40 orang.

1 Oktober 2005

Satu siri bom bunuh diri pengganas dan siri bom kereta  berlaku di Bali, Indonesia pada 1 Oktober 2005.

Bom meletup di dua tempat, iaitu di Jimbaran Beach Resort dan di Kuta. Serangan pengganas itu meragut 20 nyawa dan mencederakan lebih 100 orang.

Tiga pengebom juga meninggal dunia dalam serangan itu.
31 Disember 2005

Satu letupan berlaku di sebuah pasar di Palu, Sulawesi Tengah, membunuh lapan orang serta mencederakan 53 orang.

17 July 2009

JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta mengalami satu serangan berani mati. Tiga daripada tujuh mangsa yang terbunuh ialah warga Australia, Belanda,New Zealand dan Indonesia.

Lebih daripada 50 orang mengalami kecederaan dalam letupan tersebut.

15 April 2011

Seorang pengebom berani mati meletupkan bahan letupan di sebuah masjid di kompaun polis di bandar Cirebonan, di Jawa Barat, semasa solat Jumaat.

Pengebom terbunuh dan sekurang-kurangnya 28 orang mengalami kecederaan.

25 September 2011

Bom berani mati meletup di Gereja Full Gospel Betel di Kepunton, Solo, Jawa Tengah.

Pengebom terbunuh dalam serangan itu serta mencederakan 14 orang. 
 
 

Media sosial boleh jadi medium penyumbang kes cerai

Posted: 13 Jan 2016 11:06 PM PST

BERNAMA


Media sosial boleh jadi medium penyumbang kes cerai
Media sosial boleh menjejas komunikasi positif antara pasangan suami isteri lebih-lebih lagi apabila saling menghantar mesej untuk meluah perasaan marah. - Gambar hiasan
 
 
KUALA LUMPUR: Trend penggunaan gajet elektronik dan media sosial didapati mampu menjadi penyebab penceraian, kata seorang pakar keluarga.

Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata aplikasi seperti WhatsApp boleh menjadi platform untuk pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan konflik rumah tangga.

"Apabila masing-masing merasa marah, lalu menghantar mesej dalam WhatsApp misalnya. Ia boleh menimbulkan intonasi suara dan hasrat yang berbeza, disusuli persepsi negatif si penerima yang berlawanan dengan niat sebenar si penghantar mesej," katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa kadar perceraian masyarakat Islam di Malaysia semakin membimbangkan dengan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh enam tahun lalu.

Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga menunjukkan 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu yang secara purata terdapat 156 pasangan Islam bercerai setiap hari.

Mariani berkata pada zaman canggih ini, penggunaan WhatsApp juga boleh mendorong kepada perbuatan curang yang mana perkenalan biasa antara lelaki dan wanita menerusi aplikasi media sosial boleh membawa kepada perhubungan mesra hingga melupakan batas pergaulan.

"Penggunaaan media sosial seperti Facebook dan Instagram juga boleh membawa kepada hubungan yang tidak baik antara suami isteri kerana masing-masing mungkin tidak menjaga sensitiviti perhubungan mereka dengan memuat naik status dan gambar masing-masing yang tidak bersesuaian, untuk tatapan orang lain," katanya.

Menjaga keharmonian

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din menyifatkan perceraian yang melibatkan 156 kes setiap hari adalah sangat tinggi dan wajib menyedarkan semua pihak terutama bagi pasangan yang mahu berkahwin mengenai kepentingan menjaga keharmonian rumah tangga.

Beliau berkata pasangan seharusnya tahu dan faham bahawa setiap perceraian akan memberi gangguan kepada sistem diri anak-anak dan keluarga mereka termasuk soal kerjaya masing-masing.

"Pasangan sebaiknya mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang komunikasi berkesan iaitu cara pengurusan konflik, pengendalian krisis, psikologi keluarga dan pengurusan persepsi yang berkesan," katanya.
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani berkata kursus praperkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan yang akan bernikah perlu disusun semula mengikut kesesuaian gaya hidup golongan muda yang semakin berubah.

"Pengisian dan intipati kursus perlu menitikberatkan pelbagai aspek berkaitan psikologi perkahwinan, kanak-kanak dan remaja selain kemahiran menangani konflik rumah tangga," katanya.

Beliau mencadangkan universiti turut menyediakan program pengajian berkaitan kaunseling keluarga dan perkahwinan kepada pelajar. 
 
 

Sebelum persoal pelajar, soalkan ke mana wang universiti

Posted: 13 Jan 2016 11:01 PM PST

Oleh Ashraff Nazrin


Sampai bila ingin menghabiskan dana untuk projek meratakan tanah sahaja?
 
 
 
uni-bahasa



Beberapa kes yang melibatkan kesempitan hidup mahasiswa telah mendapat tempat dalam beberapa media utama negara yang telah memfokuskan masalah kewangan mahasiswa sehingga menyebabkan beberapa kes kronik mahasiswa mengikat perut telah berlaku dan menjadi topik hangat.

Kenyataan-kenyataan berbentuk sokongan mahupun bidasan terhadap isu tersebut boleh didapati di laman sosial mahupun kenyataan rasmi Universiti. Beberapa menteri turut tidak ketinggalan dalam memberi komen sekitar isu ini.

KENYATAAN YANG MENGELAK ISU SEBENAR.

Malangnya kenyataan menteri yang sepatutnya menjaga rakyat, komen Universiti yang sepatutnya menyebelahi mahasiswa adalah kenyataan yang langsung tidak berpijak di alam mahasiswa yang nyata sekarang. Kenyataan-kenyataan mereka hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan mengelak dipersalahkan. Memetik laporan The Malaysian Insider bertarikh 11 Januari 2016 bertajuk "Khairy tidak mahu isu mahasiswa kebuluran disensasikan, pastikan kesahihannya"

Sementara itu, bagi pihak Universiti yang mengeluarkan kenyataan melalui sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) pula mengatakan tidak ada sebarang laporan kebuluran di Universiti memetik dari laporan The Malaysian Insider bertarikh 12 Januari bertajuk "Laporan pelajar kelaparan tidak pernah disahkan"

Kesemua kenyataan ini tidak langsung melambangkan usaha untuk memfokuskan terhadap penyelesaian isu yang sedang dibangkitkan tetapi hanyalah sebagai kenyataan yang mengelak daripada realiti.

Sedangkan mereka tidak faham bahawa bantuan-bantuan yang sepatutnya disediakan oleh Universiti terlalu banyak proses birokrasi yang meremehkan menyebabkan mahasiswa yang terdesak gagal mendapat solusi segera. Akhirnya peruntukan untuk bantuan kebajikan setiap tahun yang tidak dimohon ini hilang entah kemana.

Sudahlah bantuan sangat ketat, persoal pula sikap berbelanja sekumpulan mahasiswa.

Mahasiswa persoal belanjawan universiti dan Kementerian Pelajaran Tinggi

Dalam keadaan birokrasi proses permohonan bantuan untuk mahasiswa yang menyulitkan mahasiswa yang betul-betul susah, bagaimana pula proses perbelanjaan Universiti dan Kementerian Pelajaran Tinggi sendiri?

Mengambil contoh Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang telah mengumumkan untuk membina sebuah Dewan Kuliah dan perpustakaan pada tahun 2011 yang lalu sehingga kini masih tidak disiapkan. Sedangkan menurut sumber Utusan Online yang bertajuk "UMS-KAL bina dua projek besar" mengatakan bahawa projek tersebut termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10).

Sehingga ke hari ini, sudah dua kali projek meratakan tanah dilakukan tetapi tidak ada sebarang bentuk pembangunan yang berlaku. Tanah yang diratakan dua kali itu juga telah mengalami kerosakan apabila terlalu lama dibiarkan tanpa sebarang kemajuan dalam projek. Sampai bila ingin menghabiskan dana untuk projek meratakan tanah sahaja?

Tiang-tiang buruk yang sepatutnya menjadi pengukuh Dewan Kuliah baru itu juga sekarang hanya menjadi tempat mahasiswa berekspresi dengan lukisan-lukisan kreatif sahaja.

Ke mana dana Universiti?

Adakah dana Universiti dan Kementerian ataupun Kerajaan yang diperuntukan untuk projek RMK-10 ini tidak cukup bagi menyiapkan projek ini? Jika tidak cukup, kenapa tidak cari bantuan seperti mana gesaan-gesaan sebelum ini terhadap mahasiswa yang kebuluran tidak mencari bantuan.

Ketika mahasiswa menjawab soal kesempitan hidup dengan mengatakan bahawa bantuan dan peruntukan yang diberi tidak cukup bagi menampung keperluan ekonomi semasa dan dilabel manja, adakah Kerajaan dan Universiti juga mahu menggunakan alasan sama?

(*)  Ashraff Nazrin merupakan aktivis Pro Mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Ada ahli DAP tak senang ramai Melayu masuk DAP

Posted: 13 Jan 2016 10:55 PM PST

 
Sesetengah ahli dan pemimpin DAP tidak senang dengan usaha menarik Bumiputera menyertai parti itu.


malay-dap


PETALING JAYA: Usaha DAP menarik lebih ramai orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai DAP tidak disenangi segelintir pemimpin dan ahli parti sendiri, kata Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata, kebanyakan pemimpin DAP mahu lebih banyak orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak menyertai parti itu.

"Tetapi apabila cadangan untuk menambah ahli Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sehingga 50 peratus keahlian parti dibentangkan di peringkat dalaman, ada pemimpin dan ahli sendiri yang mungkin tidak begitu senang dengannya.

"Dan jika kami berjaya tambah keanggotaan, mungkin ada juga pihak di luar yang tidak merasa tidak senang," katanya lagi dalam forum bertajuk 'Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14′ di sini malam tadi.

Beliau merujuk cadangan Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zulkefly Ahmad agar DAP tidak meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau menyifatkan perkara ini sebagai 'dilema dalaman dan luaran' yang dihadapi DAP dalam usaha mengurangkan persepsi negatif dalam kalangan pengundi Melayu.

"Dan ini mesti ditangani sebagai satu cabaran jika DAP dan rakan dalam Pakatan Harapan mahu memenangi lebih banyak undi Melayu pada PRU akan datang," katanya lagi.

Jangan layan ‘Say No To DASH’

Posted: 13 Jan 2016 10:48 PM PST

 
Gerakan Sokongan DASH mendakwa hanya dua peratus penduduk yang bantah manakala 98 peratus menyokong pembinaan lebuh raya itu


Adlan-Abdul-Razak-,no-dash


PETALING JAYA: Kerajaan Selangor diminta supaya bertegas dan tidak melayan karenah kumpulan yang membantah pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang menggelarkan kumpulan mereka Say No To DASH.

Timbalan Pengerusi Gerakan Sokong DASH, Adlan Abdul Razak berkata, kumpulan itu hanya mewakili majoriti kecil yang menentang manakala majoriti mahukan lebuh raya itu dibina bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

"Hanya dua peratus penduduk yang bantah dan 98 peratus lagi sokong, kerajaan negeri jangan terlalu melayan bantahan itu, fikirlah majoriti yang menyokong. Kerajaan jangan takut mereka, kena fikir 98 peratus yang menyokong itu melibatkan banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Apabila bantahan dilayan semua akan mula bantah dan projek tidak dapat dijalankan. Ia menjejaskan pelaburan Negeri Selangor. Bila tangguh kos pembinaan akan meningkat dan memberi kesan besar kepada rakyat, " katanya kepada FMT.

Terdahulu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 'Say No To DASH',mendakwa Barisan Nasional (BN) lebih baik membuat perancangan struktur pembangunan di Selangor berbanding kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana gagal membela nasib mereka.

Kumpulan itu mendakwa kerajaan Selangor tidak mempedulikan bantahan pembinaan DASH dan surat-surat bantahan yang dihantar sejak beberapa tahun lalu tidak dibalas oleh kerajaan negeri.

Adlan, yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UITM) berkata, kerajaan negeri telah mematuhi segala ketetapan yang dibuat sebelum pembinaan dijalankan.

"Bantahan yang dibuat 'Say No To DASH' amat tidak berasas, mereka dakwa jarak pembinaan 11 meter dari penempatan mereka, sebenarnya 13 meter. Semua ini telah dipatuhi kerajaan negeri," katanya.

Dia berkata, DASH dapat menyelesaikan masalah lalulintas, bukan sahaja di Shah Alam tetapi juga di Persiaran Surian, Kampung Melayu Subang, Subang Bestari, Subang Perdana dan Jalan Lapangan Terbang Subang.

"Bila DASH dibina dia tidak akan bawa trafik turun ke lebuhraya SPRINT tetapi akan bawa ke Pencala Link sekaligus mengurangkan kesesakan yang berlaku dikawasan berkenaan," katanya.

TERKINI: Empat maut dalam insiden pengeboman Jakarta

Posted: 13 Jan 2016 10:46 PM PST

Sebanyak enam letupan berlaku dalam tempoh 30 minit di ibu negara Indonesia.
letupan-kajarta


JAKARTA: Jurucakap polis republik itu, Anton Charliyan mengesahkan sekurang-kurang empat terbunuh dalam insiden pengeboman di sini, hari ini.

Bercakap kepada AFP, Anton berkata, letupan yang kuat itu berlaku berhampiran sebuah pusat beli belah popular, Sarinah di Jl Thamrin.

Katanya, pusat beli belah terbabit ditutup serta merta atas tujuan keselamatan.

Terdahulu, wartawan AFP melaporkan, terdapat tiga mayat dilihat berada di atas jalan selepas letupan berkenaan.

Tembakan turut kedengaran selepas letupan di kawasan terletaknya beberapa hotel mewah, bangunan kedutaan dan pejabat di ibu negara itu.

Punca letupan belum diketahui dan sehingga kini pihak polis sedang giat menjalankan siasatan di kawasan kejadian.

Antara News turut melaporkan sebanyak enam letupan berlaku sekitar jam 11.03 waktu tempatan. Letupan terbabit berlaku dalam tempoh 30 minit.

Katanya, letupan pertama kedengaran pada jam 10.40 pagi, disusuli letupan kedua pada jam 10.50 pagi, letupan ketiga dan keempat pada jam 10.56 pagi, letupan kelima pada jam 11.00 pagi dan letupan terakhir kira-kira jam 11.03 pagi.

Orang ramai diarahkan meningalkan kawasan berkenaan bagi mengelak letupan terbaharu berlaku.

LIHAT VIDEO DI SINI

Harga Rumah Mahal di Malaysia dan Mewah oleh Pemaju Hartanah, Kami Menteri Kerajaan Tiada Kuasa!

Posted: 13 Jan 2016 04:20 PM PST

Harga Rumah Mahal di Malaysia dan Mewah oleh Pemaju Hartanah, Kami Menteri Kerajaan Tiada Kuasa!


harga rumah


Tiada apa yang pelik dengan kata menteri rumah Malaysia. Dan tidak memeranjatkan. Ini kerana beliau pernah mengungkapnya.

Jika anda tidak pernah ketinggalan mengikuti laporan Berita Semasa sebelum-sebelum ini pastinya anda masih ingat lagi laporan berita yang bertajuk seperti di bawah ini :
KLIK SINI : Trend Kenaikan Harga Rumah di Malaysia Berjaya Menewaskan Negara Maju Lain (UK, Singapura & UK)! Pemaju Hartanah di Malaysia Paling Beruntung!

Terbaru, Ahmad Dahlan memberikan pendangannya sekali lagi yang hampir sama. Di mana beliau, kerajaan tiada kuasa untuk mengawalnya dan memaksa pemaju untuk tidak bina rumah dan perumahan mahal dan mewah di Malaysia. Patutlah.

Bagi Berita Semasa sendiri, ya benar, tidak boleh paksa. Dalam agama pun haram paksaan tetapi kerajaan boleh mengetatkan undang-undang dan tawarkan insentif di atas kuasa yang telah rakyat amanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat marhaen.

Harga Rumah Mahal di Malaysia dan Mewah : Pemaju VS Menteri?

 

  1. Untuk apa ada kerajaan dan jawatan menteri jikalau kuasa yang telah diberikan tidak digunakan sebaiknya untuk menjadi benteng kepada rakyat Malaysia secara majoritinya?
  2. Undang-undang anda pegang, tetapi mengatakan tiada kuasa?
  3. Lesen pemaju Kementerian anda yang berikan
    kelulusan PBT untuk buat projek pun Kementerian anda boleh kawal
  4. Boleh letak syarat kalau mahu lulus
Bukanlah kita mahu pemaju swasta dinyahkan terus dalam industri hartanah di Malaysia. Tetapi kerajaan perlu masuk campur supaya, projek perumahan di Malaysia tidak terus menekan rakyat Malaysia yang terus tercari-cari apa erti kata sebenar ruamh mampu milik di Malaysia. Harga RM600 ribu, RM700 ribu, RM800 ribu, RM900,000 ribu, RM1 juta untuk satu unit rumah kondominium bagi Berita Semasa sangat-sangat mengarut.

P/S : Sudah elok-elok ada tanah milik kerajaan dijual pula kepada pemaju atas nama projek mewah dan mega untuk pelabur hartanah elit. Kemudian mengadu tiada kuasa. Errmmmm….Ada ungkapan seperti, "Lebih baik diam daripada berkata-kata"

PP/S: Datuk Johari Abdul Ghani pernah bangkitkan usul dan cadangan beliau dalam Dewan Rakyat supaya lebih banyak rumah-rumah mampu milik dibina di sekitar MRT dan LRT sekaligus meningkatkan perbelanjaan boleh guna rakyat marhaen di kawasan bandar. Ini kerana kata beliau, orang kaya tidak naik pengangkutan awam dan ada kereta mewah mereka sendiri. Mana Rahman Dahlan pada ketika itu sebagai menteri yang berkuasa di atas perumahan di Malaysia?

PPP/S : Malaysia boleh belajar sesuatu dengan kerajaan kafir yang menjadi ketakutan sesetengah kelompok Melayu hari ini bagaimana mereka merancang projek rumah HDB untuk rakyat mereka di atas tanah sekangkang kera. Butirannya pada gambar di bawah ini…



1MDB nafi dakwaan Rafizi mengenai sukuk bandar Malaysia

Posted: 13 Jan 2016 04:17 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd pada Selasa menafikan dakwaan berkaitan program Sukuk Bandar Malaysia dan menyifatkannya sebagai 'tidak bertanggungjawab' kerana hasil daripada bon Islam telah digunakan dengan baik.
 
1MDB merujuk kepada kenyataan oleh Rafizi Ramli, Anggota Parlimen Pandan, yang mendakwa hasil daripada Sukuk Bandar Malaysia Sdn Bhd (Sukuk BMSB) mungkin tidak digunakan dengan baik.
 
"1MDB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan malah, mengesahkan hasil yang diraih oleh BMSB telah digunakan sejajar dengan terma Perjanjian Program Sukuk," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
 
Hasil itu digunakan untuk membiayai sebahagian kos projek pemindahan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL), fi pra-pembiayaan dan perbelanjaan untuk Program Sukuk, pembiayaan akaun rizab pembiayaan prasyarat dan sebagai modal kerja oleh 1MDB Real Estate Sdn Bhd, yang kini dikenali sebagai TRX City Sdn Bhd.
 
Rafizi Ramli dengan sengaja telah mengabaikan kenyataan terperinci yang dikeluarkan 1MDB pada 6 Januari, yang mana tanpa ragu-ragu, menyatakan dengan jelas bahawa ini tidak akan menjadi isu apabila beliau membangkitkan kebimbangan mengenai sebuah syarikat asing yang mungkin terlibat dalam projek pemindahan semula PUKL, menurut kenyataan itu.
 
Sambil mengulangi pendiriannya, 1MDB berkata Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), anak syarikat 100 peratus Lembaga Tabung Angkatan Tentera, adalah dan akan terus menjadi, kontraktor siap guna untuk projek Pemindahan Semula PUKL.
 
PPHM telah melantik lebih 50 kontraktor Bumiputera yang berkelayakan sebagai sub-kontraktor untuk melaksanakan pelbagai aspek pembinaan dan mereka akan mengekalkan kontraktor yang ditetapkan dan melaksanakan peranan mereka secara eksklusif.
 
Kontraktor ini telah mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan dan pembinaan akan diselia oleh pegawai berkaitan daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
 
"Memandangkan pembinaan akan terus dijalankan oleh kontraktor semasa yang diluluskan, oleh itu, tiada persoalan mengenai sebarang kesan kepada keselamatan negara daripada penjualan oleh 1MDB bagi 60 peratus kepentingannya dalam projek Bandar Malaysia," kata 1MDB.
 
 

Razali: Perbahasan TPPA boleh diteruskan selepas tandatangan

Posted: 13 Jan 2016 04:16 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Parlimen boleh terus membahaskan mengenai penambahbaikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selepas perjanjian itu telah ditandatangani, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Razali Ibrahim.
 
Razali berkata demikian ketika ditanya malam tadi sama ada sesi khas parlimen selama dua hari mengenai TPPA pada 26 dan 27 Januari ini mencukupi.
 
"Kita kalau nak tandatangan pun, (ia akan) dilaksanakan sepenuhnya pada 2018. Sudah tentu perbahasan tu boleh diteruskan.
 
"Yang penting dua hari ini ialah (untuk mengundi) sama ada nak tandatangan ke tidak.
 
"Cukuplah. Biasanya orang tandatangan (perjanjian) satu dua hari saja kan, sama sajalah," kata Razali.
 
"Setiap keputusan perlu diikuti dengan beberapa dasar dan peraturan yang mungin dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan ia tidak jejaskan apa yang kita lakukan sekarang," tambahnya.
 
Sementara itu, Bernama melaporkan Razali berkata kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat terhadap perkara itu sehingga ia benar-benar dapat diterima demi kepentingan negara secara keseluruhan.
 
Malaysia, katanya, masih mempunyai banyak masa untuk mendengar pandangan rakyat sebelum ia ditandatangani pada 2018, namun persidangan khas Dewan Rakyat selama dua hari mengenai TPPA adalah amat penting.
 
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan mengenai penambahbaikan TPPA bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) di ibunegara semalam.
 
"Kita ada masa dua hari, iaitu pada 26 dan 27 Januari depan untuk bahaskan perkara ini (di Dewan Rakyat) sebelum muktamadkan perjanjian ini.
 
"Kalau dua hari itu kita benar-benar terbuka melihat kepentingan TPPA, ia memadai untuk memberi persetujuan sama ada meneruskannya atau tidak," katanya.
 
"Yang penting dua hari ni nak tandatangan atau tidak... selepas itu perbahasan masih boleh diteruskan," katanya.
 
Mengenai program malam ini, Razali berkata ia bertujuan membincangkan bagaimana mereka (NGO) boleh memberi pandangan untuk menerangkan kepada rakyat bukan dalam konteks kerajaan tetapi sebagai NGO.
 
"Kita hendak cari jalan bagaimana kita dapat berikan penerangan dalam konteks yang mudah dan segar supaya rakyat boleh faham mengenai perjanjian ini," katanya.
 
Turut hadir Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.
 
Rundingan TPPA yang dimuktamadkan pada 5 Oktober lepas, melibatkan Malaysia dan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
 
 

D'Herbs, Selangor mula bincang tajaan

Posted: 13 Jan 2016 04:14 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemilik syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman hampir pasti mengikut jejak seorang lagi usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk menjadi penaja pasukan Liga Malaysia. 
 
Sebentar tadi, Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan juara Piala Malaysia musim lalu, Selangor berkenaan bentuk penajaan itu. 
 
Bagaimanapun, usahawan produk kesihatan dan kosmetik kecantikan itu mengakui belum membuat sebarang keputusan berhubung perbincangan terbabit. 
 
"Ya, memang saya ada berbincang dengan pengurusan pasukan Selangor tetapi ia hanya perbincangan awal. Ia masih belum mencapai tahap kepada membuat keputusan muktamad. 
 
"Saya pun perlu memikirkan apa yang terbaik untuk saya dan juga pasukan yang bakal ditaja nanti. Tunggu saja, bila sudah ada keputusan nanti saya akan maklumkan kepada media. 
 
"Kalau boleh saya tidak mahu isu penajaan ini terlalu dihebohkan kerana jika tidak jadi nanti, saya yang malu," katanya ketika dihubungi Bh Sukan sebentar tadi. 
 
Sebelum ini, Dr Hasmiza atau Dr Vida yang juga pengasas produk kecantikan Qu Puteh sah bakal menjadi penaja utama Kelantan dengan nilai tajaan didakwa mencecah RM20 juta bagi tempoh dua musim.
 
 

DAP akan paksa Azmin gugurkan prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju' ?

Posted: 13 Jan 2016 04:12 PM PST

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic


SHAH ALAM: Prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju yang tidak lagi digunapakai dalam Pakatan Harapan secara langsung memberi 'manfaat' kepada DAP, demikian menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehin Mukhyi.

Beliau berpendapat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal ditekan oleh DAP supaya tidak menggunapakai prinsip itu di dalam pentadbiran kerajaan negeri yang turut dianggotai oleh PAS.
 
Sallehin yang juga bekas exco kerajaan negeri berkata demikian sebagai mengambil kira pengalaman yang terpaksa dilalui PAS di dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.
 
"Saya boleh agak... Dalam soal mendesak pun, sebelum ini DAP pun pernah mendesak keluarkan PAS daripada pentadbiran kerajaan negeri, sebagaimana Lim Guan Eng minta suatu ketika dahulu. Namun atas keprihatinan MB terhadap keperluan mempertahankan legasi Pakatan Rakyat dahulu yang tidak ada apa-apa masalah. 
 
"Saya percaya bahawa MB kemungkinannya menerima tekanan dalam hal itu. Dan PAS bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku di Selangor," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Mahu Azmin tegas dalam pentadbiran kerajaan negeri tanpa mencampuri perihal perjanjian itu, Sallehin turut mengingatkan pendirian menteri besar yang sebelum ini tidak mengisytiharkan Pakatan Harapan di Selangor.
 
"Sebagaimana kenyataan Azmin bahawa tiada tempat PH di Selangor, sebaliknya PR sebagaimana parti-parti yang menang pada PRU-13, pada saya tidak timbul soal PH dalam konteks pentadbiran negeri," ujarnya. 
 
Sallehin berkata demikian sebagai mengulas perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani pada Sabtu lalu di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
 
Merangkumi tujuh fasal utama, perjanjian tersebut menyentuh prinsip keputusan bersama; pembinaan kesatuan politik; penyelesaian pertikaian; dasar-dasar bersama; perjalanan pilihan raya; perjalanan kerajaan dan pembangkang dan keabsahan pakatan.
 
Pakatan itu juga bersetuju mengenai prosedur membuat keputusan membabitkan gabungan itu, termasuk calon pilihan raya dan meletakkan Majlis Presiden sebagai badan pembuat keputusan tertinggi gabungan itu dengan segala keputusan bersama adalah berasaskan kepada prinsip konsensus. 
 
Selain itu sebarang perbezaan pendapat, percanggahan, ketidakpuasan hati atau bantahan dari satu parti terhadap parti sekutu perlu disuarakan mengikut saluran dalaman untuk diselesaikan secara bersama. 
 
Merujuk prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju yang tidak lagi diamalkan di dalam PH, Sallehin berpendapat akan timbul lebih banyak pertembungan antara PKR-DAP-PAN dalam pelbagai isu memandangkan setiap parti membawa agenda politik yang berbeza.
 
"Ia satu keputusan yang selepas ini menyaksikan lebih banyak pertembungan sebab tiada penghormatan terhadap prinsip-prinsip yang dibawa oleh parti-parti lain di dalam PH. 
 
"Dalam kenyataan-kenyataan PH juga kita nampak DAP cuba menjadi 'king maker' dalam keputusan yang akan dibuat, walaupun ia memerlukan kebersamaan," kata ADUN Sabak itu lagi.
 
Menerusi perjanjian itu juga, tiga parti berkenaan sepakat bahawa parti majoriti berhak menyingkirkan parti minoriti jika mereka melanggar perjanjian.