Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Snapshot2016: Kata-kata Forum G25 biadap dan menghina

Posted: 13 Jan 2016 06:11 PM PST






Sila ke Snapshot2016 di SINI

Snapshot2016: Undang-undang harus ketepikan Islam?

Posted: 13 Jan 2016 06:05 AM PST


Apa isunya? Bukti? Sila ke Snapshot2016 di SINI.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Majlis Fatwa : Kutipan GST Diharuskan

Posted: 13 Jan 2016 06:14 PM PST

Bantuan Yang Telah Diberi Pada Mahasiswa

Posted: 13 Jan 2016 07:27 AM PST

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Parti DAP umpama Air Nira/Air Tapai .........!

Posted: 13 Jan 2016 05:28 AM PST

Duk pening 2-3 hari ni,,, selepas terbaca satu kenyataan dari Naib Presiden parti aku... adoi.. nak jadi apa ni... nak kata pelik bin ajaib,, rasanta tak bertepatan.. jadi aku nak kata apa...


Macam ni pun ada.. 


 Aku nak tanya,, hangpa tau dak air tuak...rasanya generasi tak berapa nak tau, air tuak ni kalau disebelah pantai barat, adalah sejenik arak minuman kaum orang India, kalau orang Cina pula dipanggil samsu... 

Air Tuak diperbuat dari Nira kelapa, manakala samsu dibuat dari beras pulut, guna ragi lebih kurang macam orang buat tapai..

Air Nira kelapa boleh di minum, halal...tetapi kalau diperam mengikut kaedah tertentu ia akan jadi tuak (arak) dan haram hukumnya dalam islam jika kita meminumnya,,, 

begitu juga tapai pulut, boleh dimakan,, sedap bagi peminat tapai,, tetapi jika terlebih had diperam, tapai akan berubah menjadi samsu... maka haram dimunim...

Apakah Parti Dap pun dianggap sedemikian... adoi,, macam kaedah tuak atau samsu... 

Ha ha ha,, ataupun ikut kaedah kahwin mutaah, ada jangka masa tertentu,dah puas pakai lepas tu cerai,, woi jangan buat pasai... malu la...







RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kuantan lubuk wang buat pemandu lori bauksit

Posted: 13 Jan 2016 08:56 PM PST

bauksit
Kesesakan berlaku hampir sejam setengah di persimpangan Jalan Jabor Lama, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Semambu, pada 1 petang semalam, apabila laluan di kawasan itu menjadi sempit, disebabkan kenderaan orang ramai yang ingin menjemput anak-anak pulang dari sekolah terpaksa 'bertembung' dengan puluhan lori membawa bauksit.
Sikap pemandu lori bauksit yang memandu secara merbahaya, dipercayai berpunca daripada sikap mereka yang mahu mengejar wang daripada aktiviti perlombongan bahan mineral itu.
Berikutan upah lumayan yang bakal diterima, ramai pemandu luar bertumpu di Pahang, walaupun mereka tidak mempunyai permit untuk mengangkut.
Yang menyedihkan, terdapat penduduk tempatan yang turut maut akibat digilis lori bauksit, misalnya nasib yang menimpa seorang guru, Nohaili Ahmad Zabidi, 40, apabila keretanya berlanggar dengan lori bauksit.
Namun, seorang pemandu tempatan yang dikenali sebagai Wan Rosli Wan Muda, 43, memberi alasan bahawa pemandu yang memandu secara merbahaya merupakan pemandu luar.
"Mereka beroperasi tanpa permit, sehingga menyusahkan pemandu tempatan yang mempunyai permit. Disebabkan mereka, kami pun terpaksa berhadapan dengan pemeriksaan pihak penguat kuasa," katanya.
Wan Rosli berkata, beliau memperoleh upah sehingga RM180 sehari, RM60 untuk setiap perjalanan dan beliau tidak menolak kemungkinan, pemandu lori tanpa permit memperoleh upah lebih lumayan, bagi menampung risiko dikenakan tindakan penguat kuasa.
"Disebabkan faktor ini juga, pemandu luar sanggup memandu laju di jalan raya bagi mengejar trip sehingga tengah malam, kerana lebih banyak perjalanan dilakukan, maka lebih lumayan upah yang bakal diperoleh mereka.
"Pemandu lori yang mempunyai permit hanya beroperasi sehingga pukul 4 petang, berdasarkan syarat permit. Tetapi, mereka (pemandu lori haram) kebanyakannya tidak memperdulikan soal tersebut," katanya.
Wan Rosli berkata, selepas pengumuman moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan, bermula esok (15 Januari), hampir 90 peratus pemandu lori luar sudah kembali ke negeri masing-masing.
"Terlampau banyak lori di atas jalan raya menyebabkan wujud lebih banyak debu. Namun, sekarang keadaan bertambah baik, ia tidak teruk seperti sebelum ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen Kuantan tidak berhenti berjuang selagi isu bauksit belum selesai

Posted: 13 Jan 2016 08:55 PM PST

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mengakui tidak menentang perlombongan bauksit sekiranya aspek pencemaran kepada alam sekitar terpelihara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Januari, 2016. 
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mengakui tidak menentang perlombongan bauksit sekiranya aspek pencemaran kepada alam sekitar terpelihara. 

Sejak dipilih menjadi ahli Parlimen Kuantan pada 2008, Fuziah Salleh, seorang pemimpin PKR dikenali sebagai individu lantang bersuara menentang pencemaran alam sekitar di Pahang. Sebaik sahaja dipilih 7 tahun lalu, beliau turut dikenali sebagai pejuang alam sekitar menentang operasi perlombongan nadir bumi, Lynas di Gebeng, Kuantan.
Beliau juga kini menjadi kuasa mendesak operasi perlombongan haram bauksit di Pahang dihentikan.

Sebagai pengerusi Gabungan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit sejak Oktober lalu, wanita berusia 56 tahun itu aktif mendesak kerajaan negeri dan Pusat menangani isu kesihatan dengan menguatkuasakan undang-undang lebih tegas bagi menangani kesan kepada alam sekitar dan pencemaran laut dan sungai. Walaupun pentadbiran negeri Pahang, di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Adanan Yaakob menolak cubaannya membangkitkan isu berkenaan, Fuziah yang didiagnos menghidap kanser 2 tahun lalu meneruskan kempen kesedarannya di Parlimen sejak November 2015.
Usahanya akhirnya berbaloi apabila Putrajaya mengumumkan tempoh 3 bulan pemberhentian operasi perlombongan bauksit di Pahang bermula 15 Januari untuk menangani isu pencemaran alam sekitar yang dihasilkan industri tersebut.
Pengumuman itu dianggap sebahagian daripada kejayaan dalam usaha gabungan itu untuk menentang pencemaran alam sekitar.
"Sekarang kita akan bergerak ke hadapan untuk fasa seterusnya, untuk memastikan kerajaan mematuhi rancangan dan masalah tidak akan kembali berulang.
"Juga terdapat banyak tugas yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran antara penduduk Kuantan yang masih tidak mengetahui kesan bauksit ke atas air bagi kawasan mereka yang tidak diselaputi debu merah sehingga Kuantan digelar sebagai 'Marikh'," katanya kepada The Malaysian Insider.
Pada masa sama Fuziah berkata, gabungan yang mengandungi 20 pertubuhan bukan kerajaan seperti Sahabat Alam Malaysia, Himpunan Hijau dan Malaysian Nature Society, akan mencari lebih banyak bukti sehingga kesan negatif bagi mencari langkah-langkah pencegahan untuk menangani isu berkenaan.
Sejak beberapa bulan lalu, anggota gabungan itu dan penyokong mereka mengutip sampel, gambar dan rakaman video termasuk memanggil pemberita tempatan dan antarabangsa ke kawasan terlibat.
"Kebanyakan sukarelawan merupakan penduduk tempatan yang mana kediaman mereka turut terjejas.
"Mereka sangat proaktif dan sering kali berkumpul secara mengejut dan melaksanakan tugas dengan sukarela apabila diperlukan," kata Fuziah.
Aktivis mengutip sampel ikan mati yang ditemui di pesisir Sungai Balok dan Sungai Tonggak untuk mencari mendapan bauksit dalam badan ikan yang mungkin mengakibatkan kematian. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Januari, 2016. 
Aktivis mengutip sampel ikan mati yang ditemui di pesisir Sungai Balok dan Sungai Tonggak untuk mencari mendapan bauksit dalam badan ikan yang mungkin mengakibatkan kematian. 
Tambahnya, NGO berkenaan juga menggunakan dana mereka untuk ujian kimia makmal yang mencecah sehingga RM5,000.
Read More / Baca Lagi >>

PKR dakwa 1MDB guna RM3.48 bilion dana awam naik taraf pangkalan tentera udara

Posted: 13 Jan 2016 08:52 PM PST

Skandal pembiayaan kerja-kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan udara yang melibatkan 1MDB kini menjadi lebih rumit dan Datuk Seri Najib Razak digesa menjelaskannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Januari, 2016. 
Skandal pembiayaan kerja-kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan udara yang melibatkan 1MDB kini menjadi lebih rumit dan Datuk Seri Najib Razak digesa menjelaskannya. 

PKR hari ini mendakwa syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggunakan dana awam dalam bentuk geran sebanyak RM3.48 bilion daripada Putrajaya untuk membiayai kos kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan tentera udara. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, jumlah keseluruhan dana yang diambil 1MDB dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM2.4 bilion dan geran kerajaan persekutuan sebanyak RM1.0865 bilion.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jumlah tersebut jauh melebihi kos keseluruhan projek diumumkan 1MDB sebanyak RM2.7 bilion.

"Malangnya, 1MDB sendiri mengakui hanya RM800 juta yang sudah dibayar setakat ini dan RM1.9 bilion masih berbaki. "Maka, skandal pembiayaan kerja-kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan udara yang melibatkan 1MDB kini menjadi lebih rumit dan Datuk Seri Najib Razak sendiri perlu menjelaskan perkara-perkara tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Rafizi, perdana menteri perlu menjelaskan tindakan kerajaan meluluskan geran kepada 1MDB sebanyak RM1.0865 bilion untuk membiayai sebahagian kerja-kerja tersebut.
Katanya, tindakan itu membangkitkan persoalan kerana kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan tentera udara merupakan tanggungjawab kewangan 1MDB.
"Ia mengikut perjanjian dengan kerajaan sebagai pertukaran syarikat sarat hutang itu mendapat tanah di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi pada harga yang rendah," katanya.
Rafizi juga turut mempersoalkan di mana baki geran sebanyak RM286.5 juta sekiranya benar dakwaan 1MDB mereka hanya membayar RM800 juta kepada kontraktor daripada jumlah keseluruhan dana awam diterima sebanyak RM1.0865 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

DAP: Rakyat berhak lantik datuk bandar

Posted: 13 Jan 2016 08:49 PM PST

 Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dibidas kerana menyangkal pilihan raya kerajaan tempatan dengan mengatakan ia akan mendorong pembangkang menguasai pejabat datuk bandar.
"Tidak diragukan lagi kenyataan Amin adalah satu pencabulan kepada semangat demokratik.
"Jika terdapat pilihan raya datuk bandar kemudian sesiapa sahaja mendapat mandat rakyat, sama ada daripada parti pemerintah atau pembangkang atau bebas, mereka tidak patut dinafikan daripada memegang jawatan datuk bandar,"
"Di bawah sistem demokratik, hak mengundi ialah hak asasi rakyat yang asas," kata Ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Alice Tan dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kenyataan Amin dalam satu tembual dengan Radio BFM yang mendakwa pilihan raya tempatan di ibu negara akan mewujudkan perbezaan dengan kerajaan pusat.
"Kuala Lumpur sebagai bandar utama Malayisa perlu ditadbir secara terus oleh kerajaan kerana ia mudah untuk melaksanakan dasar dan projek yang diperlukan di KL.
"Jika anda mempunyai seorang datuk bandar dilantik, saya rasa ia berada di bawah pembangkang kerana kebanyakan daripada kawasan itu dimenangi oleh pembangkang jadi akan ada perbezaan antara persekutuan dan peringkat negeri," kata Amin semasa temubual itu.
Dalam dua pilihan raya terakhir ahli-ahli parlimen pembangkang memenangi majoriti kerusi parlimen Kuala Lumpur. Bagaimanapun, bandar raya terus untuk ditadbir kerajaan pusat melalui datuk bandar dilantik BN.

BTN alat BN realisasikan agenda kekal kuasa, kata DAP

Posted: 13 Jan 2016 08:49 PM PST


Penolong Setiausaha DAP Johor Sheikh Omar  AliPenolong Setiausaha DAP Johor Sheikh Omar AliPemuda DAP Johor mendakwa Biro Tatanegara (BTN) sejak ditubuhkan menjadi instrumen Umno merealisasikan agenda pengekalan kuasa parti itu untuk menyerang pemimpin dan individu tertentu dalam negara.
Keadaan ini merisaukan Pemuda DAP kerana matlamat BTN telah dimanipulasi oleh UMNO untuk menyemai kebencian, bukan mengukuhkan jatidiri peserta sebagai warganegara dalam membina Malaysia.
"BTN jelas menyimpang dan bias untuk menjayakan serakah UMNO bagi mengekalkan kuasa.
"Setelah pelbagai skandal dipalitkan keatas Perdana Menteri ditambah dengan saiz XXXL kabinet di Jabatan Perdana Menteri, kita khuatir penjenamaan BTN ini bakal menyaksikan satu lagi pembaziran dan penyalahgunaan dana awam," ujar Penolong Setiausaha Publisi DAP Johor, Sheikh Omar Ali dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia berkata kerisauannya itu berasas kerana menghadapi pengalaman sendiei ketika mengikuti BTN semasas bergelar mahasiswa 15 tahun lalu.
"Kerisauan saya amat berasas. Jujurnya, saya sendiri pernah mengikuti BTN sewaktu bergelar mahasiswa sekitar awal tahun 2000. Pengalaman menarik saya ketika itu ialah, saya dan beberapa rakan lain telah lakukan protes dalam salah satu slot yang amat jelas menyimpang dari semangat untuk membina seorang warganegara yang patriotik. Kesannya, slot tersebut tidak berakhir seperti apa yang urusetia BTN hasratkan.
"Selepas beberapa tahun meninggalkan alam universiti pula, saya sendiri telah mendapat laporan oleh rakan peserta BTN ketika itu yang memberitahu bahawa foto saya dan beberapa rakan aktivis Persatuan Mahasiswa Islam ( PMIUM) ketika zaman saya aktif dalam PMI dahulu dipaparkan dan diburuk-burukkan dalam slot tertentu yang mereka sertai.
" Saya juga yakin kemungkinan besar projek penjenamaan semula BTN ini adalah untuk 'realignment' skrip baru yang bakal memberikan bantuan hayat kepada UMNO setelah 52 peratus rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Razak mahu memerintah secara demokrasi, bukan darurat' - Pak Lah

Posted: 13 Jan 2016 08:48 PM PST


Bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein adalah seorang yang mempercayai demokrasi, kata Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah yang adalah bekas perdana menteri kelima menceritakan berikutan peristiwa berdarah 13 Mei 1969, Abdul Razak ingin mengembalikan kuasa kepada Parlimen walaupun beliau masih boleh terus mentadbir negara melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran).
"Dia adalah seorang yang sangat mempercayai demokrasi. Dia mahu mewujudkan semula demokrasi kerana beliau percaya melalui Parlimen Malaysia yang kukuh mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dan dengan itu boleh mencapai kejayaan.
'Dia percayakan Parlimen, bukan Mageran.
"Selepas penubuhan Mageran, proses untuk mengembalikan kuasa kembali kepada Parlimen adalah dasar terbaik Tun Razak," kata Abdullah semasa berucap dalam seminar khas bagi memperingati Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur hari ini.
Mageran ditubuhkan setelah kerajaan Perikatan mengisytiharkan darurat berikutan peristiwa 13 Mei dan ia diketuai oleh Abdul Razak.
Majlis itu diberikan kuasa penuh mentadbir negara untuk sementara dan bertanggungjawab membuat penyiasatan serta mengambil tindakan bagi mengatasi permasalahan yang timbul sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan kaum.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang berpecah bukan bererti lemah - Shafie Apdal

Posted: 13 Jan 2016 08:47 PM PST

Mohd Shafie Apdal SEMPORNA - Pemimpin dan ahli Umno diingatkan supaya tidak terpedaya dengan sandiwara parti pembangkang yang dilihat sering bergolak sesama sendiri.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun Pakatan Rakyat sudah berpecah, namun ia tidak bermakna parti pembangkang itu lemah untuk menghadapi PRU14.
"Jangan anggap pembangkang itu berbalah dan berpecah, kerana kemungkinan itu kita (Umno) boleh menang dengan mudah.
"Kita perlu ambil iktibar bahawa tidak bererti kelemahan parti pembangkang itu menjadi kelebihan (Umno), kita juga perlu perkuatkan perjuangkan kita," katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat kepada Ketua-Ketua Umno Cawangan Semporna serta menyerahkan bantuan dan sumbangan kelengkapan persekolahan, hari ini.
Isnin lalu, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, mengisytiharkan bahawa Pas sebagai musuh utama parti itu.
Kata Chang Kim, ia susulan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, pada Ahad lepas yang menganggap DAP sebagai musuh parti berkenaan.
Dalam pada itu, Mohd Shafie juga mengingatkan wakil rakyat Umno supaya melaksanakan tugas dan amanah kepada rakyat jika tidak mahu hilang sokongan pada PRU14.
"Jangan hanya mengejar projek, mengejar naik pangkat, mengejar naik jawatan.
"Kalau kita tidak melaksanakan amanah ini dengan baik, sudah pasti ianya akan mengubah sokongan (PRU14)," katanya lagi.

Rafidah: Tun Razak akan 'kecewa' dengan situasi semasa negara

Posted: 13 Jan 2016 08:46 PM PST


Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pasti akan kecewa dengan situasi semasa negara, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz hari ini.
"Saya selalu kata, Tun Razak benar-benar akan kecewa jika beliau tahu apa yang berlaku kepada negara pada masa ini," kata Rafidah pada Seminar Khas Memperingati Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua 1970-1976), di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, budaya politik yang membolehkan negara menjadi kuat dan dihormati semakin terhakis hari ini dan tumpuan juga tidak lagi diberikan kepada pembangunan negara.

Kerana dominan, Pas berdamping dengan Umno

Posted: 13 Jan 2016 08:45 PM PST

PETALING JAYA – Pas didakwa mahu kekal mendominasi pengundi Melayu Islam dengan cara 'mendampingi' Umno selepas hasrat menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat tidak kesampaian.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, Pas terpaksa mencari kaedah lain dan Umno adalah rakan politik terbaik kerana parti Islam itu sendiri mahu menjadi dominan seperti Umno dalam BN.
Muzakarah "Antara dilema yang dihadapi Pas ialah mereka menginginkan satu keadaan seperti mana dalam BN, di mana Umno mendominasi BN. Bila Pas dapati itu tidak mungkin berlaku kerana kita bercakap soal kepimpinan melalui konsensus, kepimpinan kolektif, atas prinsip keadilan, pembelaan untuk semua dan sebagainya.
"Oleh kerana itu Pas mencari kaedah lain untuk mengekalkan dominasi Melayu Islam dalam kerangka BN dan mungkin itu antara caranya dengan berdamping dengan Umno menjadi penasihat atau rakan," katanya pada Forum bertajuk 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' di sini, malam semalam.
Minggu lalu, Majlis Syura Ulamak Pas memutuskan bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat Islam dan ia merangkumi semua aspek demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu.
Sebelum ini juga, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi dilaporkan sebuah portal bahawa Pas pernah bercita-cita menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat apabila menyatakan hasrat untuk bertanding lebih satu pertiga daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU13 lalu.
PRU13 lalu menyaksikan Pas mengalami kemerosotan berbanding 2008 apabila parti Islam itu kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya dengan hanya peroleh 21 kerusi Parlimen.
Manakala pada 2008, Pas kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen ditandinginya dan memperoleh 23 kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

Petisyen bauksit sepatutnya dibahas di Parlimen

Posted: 13 Jan 2016 08:44 PM PST

Petisyen itu ditolak untuk dibahaskan di Dewan Rakyat walaupun isu tersebut dibangkitkan oleh lebih daripada seorang ahli Parlimen.
Lee-Chean-Chung,bauksit
KUALA LUMPUR: Petisyen berhubung perlombongan bauksit yang dibawa oleh orang ramai sepatutnya dibahaskan di Parlimen kerana ia mewakili suara rakyat.
Pengerusi PKR Biro Alam Sekitar, Lee Chean Chung menyelar tindakan kerajaan sebelum ini yang enggan meluluskan petisyen yang diterima PKR, ditandatangani oleh 2,400 penduduk Kuantan untuk menghentikan perlombongan bauksit.
"Petisyen itu penting. Ia menggambarkan suara rakyat, tetapi ditolak atas sebab-sebab yang meragukan," katanya sewaktu berucap dalam forum, 'Di bawah lautan merah: Krisis Bauksit Kuantan'.
Mengulas lanjut, Lee menyatakan petisyen itu ditolak untuk dibahaskan di Dewan Rakyat walaupun isu tersebut dibangkitkan oleh lebih daripada seorang ahli Parlimen.
"Kami juga diberitahu, oleh kerana kerajaan sedang mengkaji isu tersebut, maka ia tidak perlu dibahaskan. Penggubal undang-undang tidak boleh berkata demikian, " katanya dalam nada kesal.
Lee merujuk kepada petisyen yang dikemukakan pada November tahun lepas oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di bawah Peraturan Mesyuarat 19 (1), tetapi telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pada waku itu, Fuziah dihalang membaca petisyen itu di lobi Parlimen oleh Timbalan Speaker Ismail Mohamed Said.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi : Anggap Melayu hanya undi kerana kaum, agama satu penghinaan

Posted: 13 Jan 2016 08:43 PM PST

PETALING JAYA - Tindakan menganggap pengundi Melayu hanya akan mengundi sesebuah parti atas faktor perkauman dan agama dilihat perbuatan menghina orang Melayu sendiri.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata ia tidak berasas kerana sehingga kini tiada penilaian objektif dibuat mengenai keperluan, kemahuan, kecenderungan dan sokongan kaum itu sekarang.

"Saya tidak bersetuju bahawa orang Melayu hanya akan mengundi sentimen itu, ia sebenarnya menghina orang Melayu, kita tak bodoh.
Rafizi Ramli "Itu juga yang perlu diterima dan dihalusi oleh parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan, jangan melihat orang Melayu bodoh yang terima saja naratif bangsa dan agama," katanya Pada Forum bertajuk 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' di sini, malam semalam.
Ahli Parlimen Pandan itu juga berkata, jika andaian itu diguna pakai Pakatan Harapan, maka langkah untuk mendekati isu orang Melayu juga akan menjadi salah.
"Pandangan bahawa sokongan Melayu ini tetap dengan parti-parti Melayu, pertimbangan orang Melayu itu 100 peratus hanya mengenai perkauman dan agama, itu tak betul," ujarnya.
Rafizi berkata lagi, 40 peratus pengundi Melayu atas pagar kini sedang menilai parti-parti politik di negara ini sebelum membuat keputusan pada PRU14 nanti.

"Sebab itu kita tak boleh melihat isu Melayu ini dari perspektif tradisional parti-parti pembangkang.

"Ini kerana pengundi Melayu yang 40 peratus ini memerlukan naratif baharu, dia ada kecenderungan dan kebimbangan baharu," ujarnya.

Rafizi juga tidak menolak ia menjadi satu peluang besar bagi Pakatan Harapan untuk mencorak kembali arena politik dan tahap sokongan orang Melayu di negara ini.

Mahasiswa belanja RM5 sehari, kerajaan patut cari penyelesaian

Posted: 13 Jan 2016 08:42 PM PST

suspended-mealKerajaan perlu mengambil serius isu kesengsaraan pelajar universiti apabila ada yang berbekalkan RM5 sehari dengan memastikan mereka disediakan makanan secukupnya.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, berkata beliau musykil apabila Khairy Jamaluddin membuat kesimpulan daripada isu kelaparan ini bahawa "pelajar tidak pandai mengurus kewangan mereka".
Katanya, Khairy sebagai graduan Oxford, mana mungkin beliau boleh memahami penderitaan dihadapi pelajar universiti tempatan.
"Kita seharusnya mengambil langkah penjagaan baik terhadap pelajar ini dan tidak boleh membiarkan mereka kebuluran serta perlu ada penyediaan makanan seimbang buat mereka.
"Tidak boleh sama sekali membiarkan mereka bergantung hidup hanya makan mee segera dan roti sebagai makanan harian yang tidak memberikan nutrien mencukupi," kata Zuraidah dalam kenyataan media.
Beliau berkata Khairy mengatakan seolah-olah itu perkara baru baginya sedangkan permasalahan kemiskinan pelajar sudah lama berlaku dan bertambah buruk sekarang.
"Berapa ramai pelajar kita yang dapat menampung kos kehidupan mereka dengan kenaikan harga barang dilaksanakan kerajaan?.
"Pada ketika rakyat bergelut dengan kos kehidupan semakin menekan dengan perlaksanaan GST khususnya, maka tidak hairan pelajar menjadi mangsa golongan paling menderita," katanya.
Beliau berkata kerajaan digesa komited dan serius menangani masalah itu dengan membantu pelajar memerlukan supaya generasi muda masa akan datang dijaga dengan baik.

Isu bauksit, pertarungan kuasa antara pusat dan negeri?

Posted: 13 Jan 2016 08:41 PM PST


Seorang penyelidik dasar alam sekitar, Chung Yi Fan mendakwa bahawa isu perlombongan bauksit di Kuantan merupakan satu pertarungan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang.
Chung mengambil laporan New Straits Times dalam isu bauksit sebagai contoh, di mana media yang dikawal Umno itu hanya menyebut kerajaan negeri Pahang dalam kebanyakan laporannya.
Katanya, laporan media itu dalam isu bauksit langsung tidak menyentuh kerajaan pusat, seolah-olah menolak segala tanggungjawab ke atas bahu kerajaan negeri Pahang.
Beliau malah mempersoalkan sama ada kerajaan pusat ingin memberi amaran kepada kuasa besar yang telah lama berada di Pahang itu melalui isu bauksit ini.
"Kita kena lihat perkara yang tidak ditulis oleh New Straits Times itu, mereka langsung tidak menyebut kerajaan pusat.
"Keseluruhan laporan mereka seolah-olahnya menolak tanggungjawab kepada kerajaan negeri, kerajaan pusat macam tak perlu bertanggungjawab langsung," tambahnya.
"Inilah pertarungan kuasa, adakah kerajaan pusat ingin memberi amaran kepada kuasa besar yang telah lama berpangkalan di negeri itu," kata Chung dalam forum "Di sebalik Laut Merah: Krisis Bauksit Kuantan" anjuran Dewan Perhimpunan China KL & Selangor semalam.
Sebaliknya, Chung berkata kerajaan pusat perlulah bertanggungjawab kerana ia mempunyai kuasa sebenar untuk menghentikan perlombongan bauksit.
"Agensi-agensi bawah kerajaan pusat mempunyai kuasa, jika agensi-agensi itu tidak membenarkan proses perlombongan bauksit tidak akan lancar sebegitu..." jelasnnya.
Katanya lagi, walaupun perkara berkaitan perlombongan bauksit tertakluk kepada undang-undang negeri, namun lesen export dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar.
"Jika kerajaan pusat tidak bersetuju, tiada kapal yang dibenarkan mengangkut bauksit ke luar negara," katanya.
Selain Kementerian Alam Sekitar, katanya, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Pelabuhan Kuantan, Kementerian Kesihatan, JPJ, SPAD dan Kementerian Kerja Raya juga tidak dapat melepaskan tanggungjawab terhadap isu ini.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan benarkan orang ‘bodoh’ jadi menteri – Rafizi

Posted: 13 Jan 2016 08:40 PM PST

Orang Melayu perlu memastikan orang "bodoh" tidak patut dibenarkan menjadi menteri, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, mereka perlu menjadikan ia satu budaya untuk menggalakkan individu "terbaik dan paling bijak".
MOKH0748 L"Tetapi, untuk bertahun-tahun lamanya, kita hidup dalam budaya di mana hanya yang bodoh menjadi menteri," katanya dalam forum bertajuk "Mampukah parti pembangkang meraih undi Melayu pada PRU14", semalam.
Kenyataan Rafizi itu berpunca daripada pandangan beliau mengenai ketidakseimbangan kawalan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.
Ketika diminta mengulas mengenai isu dan dasar-dasar yang boleh merapatkan jurang ekonomi itu, Rafizi berkata, ketidakseimbangan dan jurang itu adalah "warisan" yang ditinggalkan penjajah Malaya, sejak zaman pra-kemerdekaan.
Ketika itu, merujuk 1920-an dan 1930-an, Rafizi mendakwa penjajah mencipta jurang itu, apabila mereka menempatkan orang Melayu di kampung, orang Cina di bandar dan kaum India di ladang, selain menyediakan pendidikan yang lebih baik untuk orang Cina berbanding kaum Melayu.
"Jadi, ia bermula daripada dasar penjajah kita, tetapi selepas 60 tahun, kita gagal memperbaiki perbezaan yang ditinggalkan mereka. Wujud jurang yang hampir sama hari ini.
"Soal ekonomi, bagi saya, akhirnya akan kembali kepada pendidikan, akses kepada pendidikan, kualiti pendidikan dan jenis pelajar yang kita lahirkan.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan ikrar telus ketengah isu Melayu-Islam menjelang PRU14

Posted: 13 Jan 2016 08:39 PM PST

 Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bercakap pada forum 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' anjuran Mahasiswa PKR di Petaling Jaya, Selangor malam tadi. Beliau berkata, sudah sampai masanya pembangkang lebih berterus-terang dalam memperkatakan isu Melayu dan Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 14 Januari, 2016. 
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bercakap pada forum 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' anjuran Mahasiswa PKR di Petaling Jaya, Selangor malam tadi. Beliau berkata, sudah sampai masanya pembangkang lebih berterus-terang dalam memperkatakan isu Melayu dan Islam. 
 Pakatan Harapan berikrar berterus-terang mengetengahkan isu berkaitan kedudukan orang Melayu dan agama Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, 2 isu tersebut dekat dengan jiwa sebahagian besar Melayu yang undinya tidak berjaya diperoleh pembangkang semasa PRU13.
Katanya, mereka ini adalah golongan yang tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap Umno tetapi pada masa sama khuatir kedudukan Islam dan Melayu akan terjejas jika mengundi pembangkang.

"Sekarang kita perlu mendepani isu sebenar jiwa (psyche), iaitu kita perlu jelaskan kerisauan Melayu tadi –sama ada ia isu propaganda mainan dalam kepala – kita kena yakinkan kalau Pakatan Harapan menang, kedudukan dan kebajikan Melayu yang majoriti secara keseluruhannya itu (akan menjadi) lebih baik. "Sebelum ini kita tidak begitu berterus-terang apabila kita menjawab isu-isu Melayu. Kita begitu berhati-hati bercakap soal pentadbiran dan ekonomi dan kita tak sentuh terus-terang isu Melayu.
"Kita tak boleh begitu lagi. Mereka mahu jawapan terus-terang dan kita perlu bagi jawapan terus-terang pun," katanya pada forum "Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14" anjuran Mahasiswa PKR di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.
Rafizi yang juga naib presiden PKR mengaku isu berkaitan Melayu Islam kurang diberikan tumpuan utama semasa PRU13 kerana Pakatan Rakyat (PR) pada masa itu menumpukan isu pendapatan serta sara hidup.
Namun katanya, strategi pada ketika itu menjadi kerana mereka berjaya menawan undi disasarkan.
"Saya ada pengalaman kerana dalam pilihan raya lepas saya adalah salah seorang daripada yang mendrafkan manifesto PR.
"Pendekatannya, kita memfokuskan isu 'bread and butter' (pendapatan), kerana jangkaan kita pada masa itu adalah dengan isu bread and butter, anda akan dapat undi kritikal mencukupi daripada Melayu yang cakna dengan isu pendapatan.
"Hasilnya mereka setuju dengan kita. Sebab itu kita menang di bandar-bandar dan juga Melayu profesional yang muda kerana bread and butter cukup penting dan apabila kita jelaskan (articulate) dan ofensif dengan Barisan Nasional dalam isu itu, kita menang undi.
"Tetapi kita tak menang cukup undi untuk menang Putrajaya," katanya.
Katanya, isu itu akan dijelaskan Pakatan Harapan secara bersama tanpa mengagih-agihkannya kepada parti-parti komponennya seperti dilakukan Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mengakui DAP juga menghadapi sedikit tentangan dari luar parti dengan usahanya menambah keahlian bukan Cina sekali gus mengikis persepsi cauvinis itu.. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 14 Januari, 2016. 
Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mengakui DAP juga menghadapi sedikit tentangan dari luar parti dengan usahanya menambah keahlian bukan Cina sekali gus mengikis persepsi cauvinis itu..
"Sebab itu cara kita mengetengahkan isu dan tawaran ini secara bersatu dan bersama melalui Pakatan Harapan adalah sangat penting.
"Kita tak boleh menggunakan kaedah sama seperti Umno-BN untuk menumpaskan permainan perkauman Umno BN. Kita tak boleh serahkan Melayu Islam kepada Amanah (Parti Amanah Negara), Cina kepada DAP, PKR, kamu carilah bandar-bandar – dia tak boleh begitu," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dari DAP mengaku partinya berdepan dilema dalam meningkatkan keahlian Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA - Imbangan dagangan M'sia NEGATIF ???

Posted: 13 Jan 2016 06:55 PM PST

Adakah fakta ini ada di dlm buku ringkasan TPPA dari MITI yg baru dilancarkan oleh Tok Pa baru2 ini ???

Angkara #1MDB.. Kem tentera dah tergadai utk komunis-China

Angkara #TPPA.. apa plok yg bakal tergadai ??

Akibat menipu, BN kekal jadi kerajaan...

Posted: 13 Jan 2016 06:54 PM PST

Bila BN kekal jadi KERAjaan..

RASUAH, TIRIS, BOROS, SKANDAL
DAN sewaktu dengannya.. terus gah & kebal..

Maka negara dalam bahaya...
Maka rakyat terbeban kos sara hidup tinggi..

NAMPAK TAK !!! atau terus jadi buta, bisu, pekak makan dedak...

TPM kata sistem pendidikan M'sia LEBIH BAIK berbanding negara maju.. LEBIH BAIK tang mana tu.. !!

Posted: 13 Jan 2016 06:51 PM PST

Patut ler bajet utk pendidikan terus merosot & dipotong. Biar rakyat jadi bodoh agar mudah KERAjaan perbodohkan rakyat jelata..

YANG PENTING peruntukan Najib JPM TERUS MENINGKAT.. Peruntukan UKM juga meningkat kerana kat dlmnya ada Kompleks PERMATA !! PERMATA SIAPA PUNYA ???

Gaji yang diberi kepada Penasihat dan Duta Khas sebahagiannya ada yg lebih lumayan daripada gaji Menteri atau Timbalan Menteri...

Posted: 13 Jan 2016 07:14 AM PST

PERLUKAH Najib Razak ada 9 orang menteri khas untuk jadi perunding dan penasihat dia disaat kewangan negara pun terpaksa bergantung hasil dari keringat rakyat yang diperas melalui GST..??

Penasihat-penasihat Najib adalah 'menteri pintu belakang' yang tidak perlu..

JEMAAH Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dipenuhi dengan ramai pak menteri, salah satu jemaah yang paling besar dalam sejarah Malaysia.. DAN MENTERI PALING RAMAI DI DUNIA !!!

RM15.2 juta tabungan kebajikan mahasiswa tidak mungkinkan mereka berlapar, kata Idris

Posted: 13 Jan 2016 06:20 AM PST

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusuh menunjukkan aliran tunai dari tabung kebajikan mahasiswa bagi tahun 2015 di pejabatnya petang tadi. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusuh menunjukkan aliran tunai dari tabung kebajikan mahasiswa bagi tahun 2015 di pejabatnya petang tadi.
Tabung Kebajikan Mahasiswa berjumlah RM15.2 juta yang diperoleh daripada Program Kebajikan Mahasiswa di semua universiti awam negara ini tidak memungkinkan mahasiswa terpaksa berlapar, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusuh.
Sejak Januari hingga Disember 2015 melalui Program Kebajikan Mahasiswa jumlah bantuan yang disalurkan daripada tabung itu hanya berjumlah RM5,228,353.50 membabitkan bantuan kepada 31,776 mahasiswa.
Manakala seramai 6,813 mahasiswa diberi peluang bekerja di kampus bagi menampung keperluan kewangan mereka.
Idris berkata, isu mahasiswa tiada duit untuk membeli makanan hingga terpaksa berlapar tidak pernah timbul di universiti awam  seperti digembar-gemburkan sebuah NGO dan media massa sejak beberapa hari lalu.
"Tidak ada sebab mereka berlapar. Seramai 31,776 mahasiswa menerima bantuan kebajikan termasuk bantuan kewangan pelajar miskin, khairat, bayaran yuran pengajian, yuran hospital dan perubatan serta bantuan kewangan bagi ahli keluarga yang meninggal dunia.
"Selain kakitangan universiti pula turut menyumbang gaji mereka untuk kebajikan mahasiswa melalui potongan gaji atau derma kebajikan.
"Malah program amal seperti makanan percuma, 'suspended meals' dan lain-lain dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Kediaman dan Persatuan Pelajar turut disediakan di universiti," ujarnya dalam sidang media tergempar diadakan di Putrajaya petang tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli AMANAH berpada-padalah dalam berkomentar ..

Posted: 13 Jan 2016 06:19 AM PST

Oleh Aris Awang

Pandangan anak muda Malaysia perbalahan ahli-ahli parti politik di Facebook, whatsApp dan

sebagainya.

Terlalu ramai diluar sana memerhati tingkah laku saya dan anda.... oleh itu kepada Ahli AMANAH berpada-padalah dalam berkomentar dalam apa situasi sekalipun agar tidak dibenci oleh khalayak dan akhirnya tidak mendatangkan apa-apa manfaat melain kebencian antara satu sama lain.

Bukankah kita membawa obor Islam Rahmatan Lil 'Alameen dengan pendekatan bukan melalui "Islam marah-marah" tetapi melalui "Islam ramah-tamah dan kasih sayang"?

Seruan ku: Janganlah kita menyertai parti baru, tetapi masih berperangai cara lama.

Komen antara ahli Pas dan Amanah ...

Posted: 13 Jan 2016 06:19 AM PST

Oleh Asmawi Ahmad

Lama dah duk perhati komen komen antara ahli Pas dan Amanah ni..yang ni kata yang ni..yang tu

kutuk yang ni..kerja tak jalan..

kalau amanah duk kata Pas ni parti lebai nak begabung dengan umno.kalau Pas duk kata amanah ni parti kafir kuda tunggangan dap..ni nak bagitahu orang politik..rakyat ni dia tak mau tahu angpa ni kafir ka apa..depa ikut agama masing masing..

depa nak apa yang angpa boleh buat kerja untuk rakyat..buktikan lah dengan gerak kerja..turun ke tempat tempat jumpa rakyat selami masalah rakyat..

benda ni pun tak leh nak pikiaq ada hati tu nak perintah malaysia..ada hati nak jatuhkan umno pru14..huhuhu..duk lawan maki la angpa sampai sudah..

20 timbalan naib canselor universiti persoal kajian pelajar kebuluran

Posted: 13 Jan 2016 06:13 AM PST

Dapatan kajian yang menyatakan 75% pelajar di universiti menghadapi kebuluran dinafikan kesahihannya 20 timbalan naib canselor daripada universiti awam dan menyifatkannya sebagai keterlaluan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2016. 
Dapatan kajian yang menyatakan 75% pelajar di universiti menghadapi kebuluran dinafikan kesahihannya 20 timbalan naib canselor daripada universiti awam dan menyifatkannya sebagai keterlaluan. 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hepa) daripada 20 universiti awam mempersoalkan kebolehpercayaan kajian berhubung penuntut universiti yang tidak cukup makan atau kebuluran dalam kampus. Selain menyifatkan tujuannya mencurigakan, mereka juga mempertikaikan kesahihan kajian Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) itu kerana senario sebenar di universiti tidak menjustifikasikan dapatan yang dilaporkan.
Mewakili Sekretariat Hepa universiti awam, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata kajian yang merumuskan 3 daripada 4 pelajar mengalami kebuluran itu juga dijalankan tanpa melalui bahagian hal ehwal pelajar universiti berkenaan.

"Kami juga ingin tahu dan persoalkan metodologi, bentuk dan jenis soalan yang digunakan semasa kajian kerana jika sekadar memerlukan jawapan ya atau tidak, dapatan tersebut tidak boleh dijadikan sebagai rumusan yang tepat. "Hari ini, kami juga dengan tegas menjelaskan laporan itu adalah sama sekali menyimpang daripada senario sebenar di universiti," katanya pada sidang media di Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya hari ini.
Sidang media itu turut disertai Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Rohana Yusof dari Universiti Malaya (UM) dan Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Bagi Fadzil, hasil kajian yang menyatakan 3 daripada 4 pelajar mengalami masalah tidak cukup makan juga boleh disimpulkan 75% pelajar di universiti menghadapi kebuluran dan jika bermaksud demikian, dapatan itu adalah keterlaluan.
Beliau tidak menolak kemungkinan kajian itu dijalankan dengan tujuan tersembunyi.
Aziah pula menyatakan rasa dukacita dengan laporan tersebut kerana yakin setiap universiti sentiasa meletakkan kebajikan pelajar sebagai keutamaan.
"Sebab itu kami yakin kajian itu langsung tidak punyai kebolehpercayaan apabila melihat aspek bagaimana ia dijalankan," katanya, sambil menambah sehingga kini UKM tidak menerima sebarang aduan berhubung masalah seperti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Zaid terus kritik hakim: Lihatlah betapa angkuhnya mereka

Posted: 13 Jan 2016 06:10 AM PST

Walaupun berdepan siasatan bawah Akta Hasutan 1948, bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim hari ini terus menyentuh isu berkaitan badan kehakiman negara.
 Bekas menteri undang-undang itu berkata telah dinasihati oleh anggota keluarga supaya berhenti menulis berkaitan perkara itu dan menghabiskan masa dengan cucunya.
"Dia (saudara perempuan saya) bimbang saya akan masuk penjara," katanya di blog.
Zaid bagaimanapun enggan mengalah dan berkata hakim-hakim kini begitu sensitif seperti seorang ahli politik.
"Saya beritahu dia, hakim sepatutnya menjadi kubu terakhir daripada kezaliman," katanya.
"Hakim-hakim adalah individu istimewa yang dapat memberikan keadilan ketika ahli politik dan pihak berkepentingan lain gagal berbuat demikian."
Merujuk kes M Indira Gandhi, beliau berkata, apabila hakim hilang kapasiti mereka untuk menjatuhkan hukuman yang benar dan adil kepada seorang ibu, "kita akan ada masalah".
Mengulas siasatan polis terhadapnya semalam, Zaid berkata: "Sudah tentu ada hakim yang sedih apabila saya panggil mereka tiada hati perut".
"Mereka jadi terlalu sensitif, seperti pemimpin politik yang tidak boleh bertolak ansur dengan kartunis," katanya.
Zaid juga menyindir dengan berkata perasaan mereka lebih penting berbanding perasaan seorang ibu (Indira), sehingga terpaksa mendapatkan perlindungan daripada Akta Hasutan.
"Lihatlah betapa angkuhnya mereka sudah jadi – kamu tidak boleh sentuh sama sekali," katanya.
Zaid semalam hadir bersama tiga peguam ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi untuk disoal-siasat kira-kira dua jam bermula jam 2.30 petang.
Read More / Baca Lagi >>

Sarawak Medan Ujian PRU-14?

Posted: 13 Jan 2016 06:08 AM PST

Oleh SOHAIMI SHAHADAN
KETIKA ini gendang pilihan raya negeri Sarawak mula dipalu. Pilihan raya negeri (PRN) ke-11 ini amat signifikan bukan sahaja dari aspek menguji survival Barisan Nasional (BN) tetapi mampu menjadi indikator dalam perancangan strategi BN Pusat mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Walaupun Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem begitu disenangi rakyat Sarawak ekoran tindakan berkepentingan rakyat beliau menutup plaza tol terakhir Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Mohammad Salahuddin pada 1 Januari lalu, namun dugaan dan cabaran yang bakal ditempuh BN Pusat dalam setahun dua ini, cukup getir.

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta jemaah menterinya, tanggungjawab untuk rakyat sedang ditunaikan. Kini terpulang kepada anggota parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk memberikan sesuatu yang berharga kepada rakyat demi menjamin kemenangan parti.Secara keseluruhan, pilihan raya Sarawak mampu menjadi platform paling bernilai untuk BN menguji daya ketahanannya. Ini meliputi pelbagai sudut. Antaranya, aspek pergerakan kempen yang menempuh halangan luar biasa bentuk muka bumi di negeri itu dan usaha mendorong rakyat melaksanakan tanggungjawab mengundi mereka.
Walaupun didiami 37 etnik berbilang budaya, namun penduduk Bumi Kenyalang mampu hidup aman dan harmoni tanpa sebarang konflik perkauman yang serius. Amat sukar mencari sebuah kedai makan milik kaum Cina yang tidak disinggahi pelbagai kaum lain untuk makan dan minum di premis berkenaan. Demikianlah juga kedai makan yang diusahakan oleh kaum Melayu mahupun Iban.
Keluasan Sarawak dengan 124,449.51 kilometer persegi hampir menyamai Semenanjung, negeri itu adalah yang terbesar dari segi pembahagian kawasan pilihan raya iaitu 31 kerusi Parlimen dan 82 Dewan Undangan Negeri. Jika diambil angka pengundi berdaftar setakat suku tahun ketiga (Julai, Ogos dan September) 2015, Sarawak kini mempunyai 1,131,956 pemilih.
Justeru, input yang akan dikumpulkan oleh rakan-rakan komponen BN di Sarawak kelak, menjadi sesuatu yang berharga untuk dikongsi bersama dengan BN di Semenanjung.
Dari segi pertambahan 11 kerusi, menjadikan 82 kerusi DUN kesemuanya telah mencatat angka terbesar berbanding persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak 1985, 1995 dan 2005.
Perbezaannya, persempadanan 2015 tidak melibatkan perubahan dan penambahan kawasan pilihan raya Parlimen. Keanehan ini iaitu tanpa penglibatan kerusi Parlimen ada rasionalnya.
Perubahan fizikal serta pertumbuhan demografi menuntut perkhidmatan wakil rakyat yang lebih cekap dan komited kepada tugasan. Wakil rakyat mewakili DUN lebih banyak tugasan dengan pengundi, kerana keperluan pengundi lebih banyak di bahu wakil rakyat DUN berbanding wakil rakyat Parlimen.
Keperluan kepada kemudahan asas seperti sistem perparitan, jalan raya, bekalan air, pengangkutan awam, serta keperluan kebajikan sosial seperti bantuan persekolahan, bantuan untuk golongan kurang bernasib baik adalah tanggungjawab wakil rakyat DUN.
Wakil rakyat Parlimen dipertanggungjawabkan menggubal dasar negara, untuk kebajikan rakyat dan kemajuan negara, yang tidak memerlukan mereka mendekati pengundi di medan atau peringkat akar umbi. Justeru, tuntutan menambah bilangan wakil rakyat DUN lebih utama berbanding dengan pertambahan wakil rakyat Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Komentar Kini

0

Posted by Unknown | Posted on 7:08 PTG | Posted in

sumber :-

Komentar Kini


Perjuanagna Amanah berdasarkan habuan

Posted: 13 Jan 2016 04:29 AM PST



Tuntutan  kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.Sah itulah dasar  perjuangan parti Amanah yang diterajui Mohammad Bin Sabu.
Pendapat itu diutarakan,Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang mengatakan masih terlalu awal untuk berikan kerusi ahli majlis PBT kepada parti itu dalilnya.

Bukan atas sebab masih terlalu awal akan tetapi belum apa apa lagi dalam kerajaan sudah tuntut kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT Selangor begitu banyak taka munasabah.

Sudah diberi tetapi masih tidak puashati dengan apa yang ia dapat, tanda mereka tamak dan haloba dengan jawatan dalam kerajaan Selangor.

Barangkali, dua tiga hari lagi akan dituntut pula jawatan senator pula diberi kepada  Amanah kerana tak kan tidak ada peruntukan dengan parti yang sangat berjasa pada DAP yang berpengaruh itu.

Sebelum Amanah tuntut jawatan senator pun dah dapat kita andaikan bahawa parti amanah (presidennya) bukan  benar benar amanah kepada rakyat jelata sepertimana didakwa dan dicanang canangkan sedemikian rupa.

Lebih lebih lagi, Para pemimpin Amanah terdiri darpada tokoh tokoh yang gilakan pangkat dan mengejar habuan.termasuk Mat Sabu yang dapat habuan RM 15,000 dari DAP tergamak buat apa sahaja.

Buktinya, mereka apabila kalah dalam Muktamar agung Pas tempoh hari dan tak puas sanggup lari dan menubuh parti baru.

Ini menunjukkan mereka lebih utamakan pangkat dan habuan berbanding dasar yang diperjuangkan PAS untuk mendaulatkan undang undang islam.

Bukti kedua, Presiden amanah Mohammad Bin Sabu pernah berkata, agama boleh kompromi.(iaitu boleh apa sahaja) sepertimana fahaman Anwar Ibrahim yang menyokong SIS (Sister in Islam).

Bukti ketiga, beliau (Mat Sabu) mengaku yang beliau tidak berjiwa islam, termasuk Dr Mujahid Yusof yang ada PHD Alquran tergamak bersetuju dengan G25 menuntut kes kahlwat dimansuhkan atas sebab intip mengintip dilarang.
.