Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Sepatutnya saman bekas penasihat ketua menteri?

Posted: 10 Jan 2016 08:18 AM PST


Pemimpin DAP Lim Kit Siang sepatutnya menyaman bekas penasihat khas ketua menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman berhubung dakwaan DAP ditawarkan RM1.2 juta bilion dengan syarat pangkalan tentera Israel dibina di negara ini jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Presiden Pakatan NGO Pro BN (Pakatan NGO Pro-BN) Zulkarnain Mahdar berkata DAP tidak sepatutnya menyaman Pengarah Penyelidikan Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki kerana dakwaannya itu merujuk kepada kenyataan Mohamed Razali terhadap DAP empat tahun lalu.


Sepatutnya Lim Kit Siang dan DAP menyaman Mohamed Razali serta membuat laporan polis kerana memfitnah dan bukannya meminta bukti daripada Pro-BN termasuk Dr Zuhdi.

"Pro-BN membuat laporan polis sebelum ini terhadap DAP selepas terbaca pendedahan dibuat Dr Mohd Zuhdi mengenai tawaran RM1.2 bilion dan pembinaan kem tentera Israel sekiranya DAP menawan Putrajaya pada PRU13 yang lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Zulkarnain, beliau yakin Mohamed Razali tentunya mempunyai asas untuk menyokong tuduhannya terhadap DAP berhubung tawaran RM1.2 bilion berkenaan serta pembinaan kem tentera Israel itu.\

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata beliau akan mengemukakan saman terhadap "seorang pemimpin kanan politik" yang mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion dan sebagai imbalannya membina sebuah pangkalan tentera Israel di negara ini sekiranya memenangi PRU13.

Walaupun Lim tidak menyebut nama pemimpin kanan politik berkenaan, namun portal berita berkenaan menyebut bahawa pemimpin politik kanan yang dimaksudkan ialah Dr Mohd Zuhdi.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SETIAUSAHA AGONG: AHLI-AHLI PAS DIHARAMKAN BERHUBUNG DENGAN DAP DAN PAN !

Posted: 10 Jan 2016 06:20 PM PST

    

TPPA: PAS BUKAN BUTA NAK IKUT PAN PIN PUN

Posted: 10 Jan 2016 04:50 PM PST

PAS bukan pak turut suka-suka hati ajak bersatu semata-mata bantah TPPA

Pakatan Harapan tidak boleh menyatakan yang gabungan mereka adalah platform terbaik bagi membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali.

Ini kerana sehingga kini parti sekutunya, DAP belum menyatakan pendirian secara jelas tentang perkara tersebut.

Oleh hal demikian, tegas beliau, tidak ada gunanya jika PAS bersama Pakatan Harapan untuk membantah TPPA kerana parti Islam itu tidak nampak akan kesatuan gabungan tersebut menyatakan pendirian dalam hal TPPA.

"PAS bekerjasama dengan semua pihak dalam menangani apa sahaja isu rakyat, tapi rakan politik dalam PH sendiri iaitu DAP masih belum membuat pendirian yang jelas sama ada menyokong atau menolak TPPA.

"Jadi bagaimana PH boleh menjadi platform untuk membantah TPPA?" soalnya menerusi Whatsapp kepada BNBBC.my.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua semalam yang dikatakan akan memujuk PAS untuk bersama dengan Pakatan Harapan untuk membantah TPPA.

Jelas Tian Chua dalam ucapan persidangan pimpinan Pakatan Harapan itu lagi, PKR tidak akan menyokong TPPA dan perkara itu akan dibincang dengan Amanah.

Sementara DAP pula dikatakan akan turut menyatakan komitmen yang sama dalam hal itu.

Mengulas lanjut tentang deklarasi Pakatan Harapan yang mengikat semua ahlinya pada satu dasar bersama, Khairuddin berkata ia jelas memperlihat yang PAS memang tidak boleh bekerjasama, apatah lagi menyertai Pakatan Harapan.

"Tiada keperluan untuk menyertai PH hanya kerana TPPA, apatah lagi dalam deklarasi PH semalam mengikat semua ahli PH dengan satu dasar.

"Tentunya dasar-dasar Islam tidak boleh dipraktikkan menerusi PH kerana DAP tentu antara pembangkang utama untuk dasar-dasar Islam.

"PAS tak akan biarkan parti lain bertindak seperti beri arahan dan kita hanya akur pada parti itu," ujarnya.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Snapshot2016 bermula: http://snapshot2016.blogspot.my/

Posted: 10 Jan 2016 08:32 PM PST


Blog baru Snapshot2016 bermula penerbitan di SINI. Posting pertama, 1MDB jual negara?

Mohon pautan.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Najib hina kepintaran Melayu dengan 'ancaman DAP'

Posted: 10 Jan 2016 09:26 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penyebar propaganda Umno menghina orang Melayu dengan menndakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata ini jelas menunjukkan Najib dan kumpulannya meragui kebijaksanaan dan keupayaan orang Melayu.
Kerajaan, kata Lim cuba mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib dan skandal 1MDB yang sarat hutang.
"Kempen melulu dan tidak berasas digunakan untuk memburukkan DAP sebagai anti Melayu dan anti Islam dan amaran bahawa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menjadi satu pertempuran antara Umno dan DAP untuk menentukan survival kuasa politik orang Melayu.
"Terdapat rancangan besar untuk meningkatkan kempen dalam dua setengah tahun akan datang, sebelum pilihan raya umum akan datang," kata Lim pada majlis makan malam 'Mana RM2.6 bilion/' di Senawang, Negeri Sembilan, malam semalam.
"Najib dan propaganda Umno menganggap orang Melayu seperti memiliki darjah kecerdasan (IQ) yang sangat rendah, tidak mempunyai kebijaksanaan dan kemampuan untuk membezakan fakta daripada fiksyen, kebenaran dengan penipuan, dan boleh dengan mudah tertipu untuk mempercayai desas-desus itu," kata Lim.
Read More / Baca Lagi >>

Hamidah sepentas dengan PAS untuk 'Selamatkan Malaysia'

Posted: 10 Jan 2016 09:25 PM PST

 Selepas dipecat daripada Umno, bekas ketua Wanita Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Othman bakal berkongsi pentas bersama Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam satu wacana perdana 'Selamatkan Malaysia' pada 17 Januari ini.
Hamidah ketika dihubungi berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk berada sepentas bersama pemimpin PAS memandangkan beliau kini tidak memiliki parti dan bergerak bebas.
"Isu saya di pentas mana pun tidak ada masalah sebab saya tidak di parti mana-mana," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Hamidah, wacana anjuran pelbagai NGO itu bertujuan untuk mengupas pelbagai isu semasa yang melanda negara pada hari ini.
Ia katanya akan diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh bermula jam 9 malam dan turut terbuka kepada orang ramai.
"Mungkin pada sesi soal jawab, kita akan buka soal jawab dan kita kongsikan bersama sebab kita nak dengar pandangan rakyat di bawah.
"Saya rasa sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia memikirkan secara serius, apakah langkah yang perlu kita ambil untuk selamatkan Malaysia hari ini," katanya yang menjangkakan kehadiran melebih 500 orang.
Read More / Baca Lagi >>

Siswa lapar, jangan harap kerajaan Umno@Bn suap

Posted: 10 Jan 2016 08:49 PM PST

Oleh Haris Zuan
Tiba-tiba kita dihadapkan dengan kisah kelaparan dan kemelaratan di negara ini.Tambah mengganggu, rupa-rupanya, kelaparan dan kemelaratan bukanlah berlaku kerana musibah banjir kemarau atau wabak penyakit, melainkan kerana mereka memilih untuk belajar di universiti awam di Malaysia, negara yang sentiasa digambarkan sebagai bumi bertuah – hatta warga Bangladesh yang terjun dari tongkang, berenang di pantai negara ini pun, mampu hidup senang, sehingga dapat membuka kedai di tengah-tengah Kuala Lumpur.
(Jangan-jangan juga sebahagian kisah-kisah kemelaratan ini — sehingga "terkoyak usus" — sebagaimana kisah warga Bangladesh yang senang-lenang meskipun masuk secara haram di negara ini, sengaja dilebih-lebihkan atas niat yang Tuhan sahaja mengetahuinya.) Akan demikian, harus juga kita insafi, kisah kemelaratan ini punya asas yang nyata – yang tidak boleh ditolak-tolak begitu sahaja.
Yuran pengajian sejak beberapa tahun lepas telah meningkat, tambah-tambah lagi di universiti ternama bertaraf Apex dan Penyelidikan.
Begitu juga dengan sewa kediaman yang bukan sahaja tidak pernah turun biar seposen, malah meningkat saban tahun.
Ketika seluruh negara sedang merasa beban kemerosotan ringgit, pengenalan cukai GST dan pengurangan subsisdi kerajaan, kita terlepas pandang betapa mahasiswa kita rupa-rupanya antara yang paling sengsara – tolak ketepi mereka yang sengsara kerana membeli iPhone 6 pada awal semester.
Inisiatif kerajaan
Maka ramailah yang memberikan cadangan (diselang-seli dengan cemuhan dan umpatan). Ada yang mahukan kerajaan meningkatkan jumlah pinjaman PTPTN yang kini tidak lagi sepadan dengan kos sara hidup, ada juga yang mahu pihak universiti lebih proaktif mengesan mahasiswa yang sedang kelaparan, malah mahu universiti memberikan bantuan modal serta ruang untuk mahasiswa berniaga bagi menambah pendapatan.
Hakikatnya, kerajaan telah banyak menyediakan inisiatif bagi membantu mahasiswa menangani kos sara hidup ini — kad siswa (dengan pelbagai diskaun khas untuk pengangkutan awam dan pelbagai barangan serta perkhidmatan lain), mewujudkan tabung zakat, tabung khairat, tabung kebajikan, sehinggalah kepada pengenalan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).
Demikian juga dengan pentadbiran universiti yang sentiasa cakna dengan kebajikan mahasiswa, yang mengadakan pelbagai program keusahawanan untuk mahasiswa, khasnya melalui Hal Ehwal Pelajar (HEP). Universiti bukan sahaja memberikan latihan dan pembangunan keusahawanan, malahan juga menyediakan ruang berniaga yang selesa kepada mahasiswa yang berminat.
Pada masa yang sama, tidak kurang juga mereka yang mahu mahasiswa lebih proaktif untuk menambah pendapatan. Ada yang mencadangkan mahasiswa agar bekerja sambilan di kedai makan, berniaga tudung dalam talian, menjual nota kuliah, sehinggalah kepada menyediakan khidmat fotokopi.
Tiada salahnya cadangan-cadangan ini, malah, mahasiswa sebenarnya telah lama mengamalkan semua "ikhtiar hidup" ini di kampus.
Bukan itu sahaja, ada juga mahasiswa yang memulakan inisiatif makanan percuma untuk rakan-rakan mereka di banyak universiti — tidak perlu disuruh-suruh.
Cadangan meningkatkan bantuan serta menambah pendapatan ini bukan perkara baru. Bahkan, timbalan menteri Ahmad Maslan sendiri telah mengulanginya banyak kali, #TambahPendapatan.
Namun, cadangan seumpama ini bukan sahaja gagal menangani masalah ini secara struktural, tetapi juga hanya meningkatkan kebergantungan mahasiswa kepada kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Melaka perlu mohon maaf anjur Miss Tourism World

Posted: 10 Jan 2016 08:47 PM PST


Angkatan Wanita Parti Amanah Negara Negeri Melaka (AWAN Melaka) amat kesal dengan penganjuran pertandingan Miss Tourism 2015/2016 World di Melaka baru-baru ini.
Penganjuran pertandingan ini jelas bertentangan dengan syariat Islam dan adab ketimuran kerana ianya mendedahkan aurat, tidak memberikan manfaat, mengeksploitasi wanita sebagai bahan hiburan dan sebagainya.
Jelas sekali pertandingan Miss Tourism ini haram di sisi Islam kerana pakaian yang menjolok mata, tidak sopan dan hadirin pula terdiri dari kaum lelaki dan wanita.

Lebih malang lagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri turut hadir memeriahkan acara tersebut. Sebelum ini, Melaka dilihat banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti agama seperti Melaka Berselawat dan sebagainya, tetapi nampaknya ia tidak memberi keinsafan kepada pimpinan kerajaan negeri sehingga sanggup membenarkan program maksiat seperti ini diadakan di Melaka.
Malah mereka sendiri hadir memberikan sokongan padu kepada program maksiat sebegini.
Kami sebagai kaum wanita berasa terhina kerana jelas sekali program ini mengeksploitasi wanita dengan mempamerkan bentuk badan dan aurat mereka kepada kaum lelaki.
Walau apa pun alasannya unsur-unsur eksploitasi wanita tetap berlaku kerana program seperti ini jelas sekali menjadikan wanita sebagai bahan hiburan.
Sepatutnya kerajaan negeri Melaka berusaha mengadakan program untuk memartabatkan wanita dan bukan sebaliknya.
AWAN Melaka mendesak kerajaan negeri memohon maaf kepada semua kaum wanita di Melaka khasnya kerana menggalakkan program eksloitasi wanita seperti ini diadakan di negeri Melaka.
Kami tidak rela anak-anak muda di negeri ini terjebak dengan program-program lalai dan tidak bermanfaat malah haram di sisi Islam.
Apa perasaan kita jika anak-anak kita sendiri mendedahkan sebahagian badan mereka kepada kaum lelaki seperti yang berlaku dalam program ini?
Read More / Baca Lagi >>

Perjanjian Pakatan Harapan fajar baru untuk Malaysia

Posted: 10 Jan 2016 08:45 PM PST

Apakah peristiwa pemateraian Perjanjian Pakatan Harapan 2016 pagi 9 Januari 2016 yang berlangsung di Shah Alam menandakan fajar baru dan seterusnya sejarah politik baru akan tercipta di Malaysia.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan menghuraikan prinsip-prinsip utama kepada perjanjian tersebut dalam beberapa fasa yang kemudian diedarkan di media sosial.
Juga dijelaskan beberapa prinsip penting dalan perjanjian tersebut yang ditandatangani bersama.

Meninggalkan mimpi ngeri lampau, perjanjian ini jelas menyatakan keputusan tertinggi Pakatan Harapan adalah daripada Majlis Presiden, sekali gus memberi amaran tidak ada parti boleh berunding secara sendirian dengan parti lain yang tidak berada dalam Pakatan Harapan kecuali dimaklumkan kepada Majlis Presiden. Jika ada parti secara jelas melanggar perjanjian, kesemua parti lain dalam Pakatan Harapan berhak membuat keputusan menggugurkan keanggotaan parti tersebut.
Dan kali ini tiada lagi prinsip "agree to disagree" yang mengelirukan yang pernah membayangi keluarga Pakatan Rakyat sebelum ini.
Begitu juga kenyataan YB Anthony Loke Siew Fook selaku salah seorang setiausaha organisasi Parti Harapan memetik Fasa 4 Perjanjian antara lain mengakui Islam adalah agama Persekutuan, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan, memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu, dan memperakui dan mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Kepada sesetengah orang, kenyataan ini adalah biasa malahan itulah sepatutnya pendirian setiap rakyat Malaysia terhadap Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial.
Namun tatkala DAP dimomok pihak lawan untuk mengenepikan Melayu jika memerintah, perakuan seperti ini  ternyata amat relevan malahan ia akan memperbanyakkan lagi titik-titik pertemuan dalam pakatan tersebut dan menguntungkan negara.
Demikian antara intisari perjanjian.
Namun, gagasan dan kesepakatan yang dicapai 3 parti utama dalam Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara ini dilihat mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
Apakah kekuatan ini mampu menjadi arus dan gelombang yang akan merobah landskap politik negara?

Kekuatan gelombang baru ini sebenarnya mulai dirasai rakyat tatkala mereka melihat pemerintah sedang bergelumang dengan kemelut yang tidak berkesudahan sedang hidup mereka semakin hari semakin terhimpit.
Memandang kecil gelombang baru ini yang dicetuskan rakyat biasanya akan menghukum pemain politik itu sendiri.
Keinginan rakyat untuk satu era politik baru di luar badi perkauman dan sebaliknya mengambil politik rahmah untuk semua mula menular di kalangan rakyat.

Sebelum kita menganalisis lebih lanjut, cuba kita rumus senario umum hari ini. Dari segi ekonomi, jika kita menyingkap media sosial atau tanyakan keliling, umumnya mengakui akan kesempitan hidup rakyat kerana kos hidup yang meningkat di luar kemampuan rakyat.
Rakyat juga melihat jurang agihan ekonomi yang semakin besar antara golongan kaya dengan golongan miskin.

Tatkala tulisan ini dibuat, universiti awam diarah menterinya untuk mengenalpasti pelajar mereka yang menghadapi masalah kewangan untuk dilaporkan segera kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.
Tetapi bagaimana pula pelajar rakyat Malaysia di universiti dan kolej swasta yang rata-rata hanya tinggal baki antara RM100 hingga RM200 sahaja untuk belanja makan dan minum selama satu semester 14 minggu setelah wang pinjaman PTPTN mereka dipotong untuk yuran pengajian?
Adakah Kementerian Pendidikan Tinggi berlepas tangan dengan mereka setelah PTPTN mengurangkan amaun pinjaman kepada pelajar?

Dari segi politik, rakyat menyaksikan kepimpinan negara yang tidak kompeten dan tidak berintegriti.
Kita juga melihat budaya politik kerajaan Barisan Nasional yang mengamalkan politik pincang, politik yang tidak inklusif, politik tidak terbuka dan tidak mengutamakan rakyat terbanyak kecuali sedikit.
Sebaliknya, parti pemerintah masih mengamal politik kumpulan dan memberikan keistimewaan hanya kepada kumpulan pilihan mereka.

Aspek sosial lebih parah dan dapat dilihat dengan mudah. Perhubungan antara etnik dan agama di kalangan rakyat amat rapuh.
Isu agama dan perkauman sentiasa dimainkan dan menjadi pilihan ahli politik untuk mengekalkan kuasa kerana ia kaedah paling cepat meninggalkan kesan emosi.
Rosaknya tidak hanya menyuntik jarum kebencian antara kaum tetapi apinya boleh membinasakan sebuah negara.

Selain itu, kita menyaksikan kadar jenayah semakin meningkat. Berita jenayah yang dilapor media menyeramkan sekali, layak cerita di panggung.
Akhlak masyarakat menurun dan pendidikan yang dilaung-laungkan berkos paling besar dalam setiap pembentangan bajet negara, tidak berkesan melahirkan generasi bermaruah tinggi dan berjati diri.

Dalam krisis ini, rakyat tidak dapat membuat kesimpulan lain melainkan prestasi kerajaan merudum dalam bidang utama iaitu politik, ekonomi dan sosial dan mencari nilai baru dalam politik dan pemerintahan.

Dalam kegawatan seperti ini, sebuah pakatan baru muncul memberi harapan kepada rakyat dengan gagasan politik nilai baru yang mengutamakan wasasan dan cita-cita bersama, politik rahmah untuk semua etnik, politik yang tidak berasaskan pertimbangan kaum yang sempit, igauan selama ini.

Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2016, apa yang berani Najib ‘ubah suai’?

Posted: 10 Jan 2016 08:43 PM PST

Pada 30 Disember 2015, Bernama melaporkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani menyatakan kerajaan tidak akan membuat apa jua 'ubah suai' atau 'revisions' kepada Bajet 2016.
Beliau mengakui meskipun harga minyak mentah ketika Bajet 2016 adalah AS$48 satu tong dan pada ketika itu turun ke paras AS$36 kerajaan masih mampu menangani impak kejatuhan ini. Kalau pun jatuh sehingga AS$30 beliau tegaskan, kerajaan masih boleh membuat beberapa "tweaking" atau "suntingan" tanpa semakan.
Penulis pada 5 Disember mengeluarkan kenyataan menggesa Datuk Seri Najib Razak menimbangkan "revision" dan mengulangi sekali untuk perdana menteri segera bertindak (Berita Daily).

Berkebetulan semalam Najib juga membuat kenyataan akhbar beliau akan membuat "pengubahsuaian" kepada Bajet 2016. Tidak perlu ditekankan faktor yang membawa lambakan bekalan minyak mentah dunia. Umum sudah tahu. Goldman Sachs, sebuah bank pelaburan global meramalkan minyak mentah akan turun ke paras AS$20 setong. Sumbangan daripada pendapatan minyak dan gas kira-kira 30% (Royalti, cukai PITS, dividen).
Rakyat jelata tidak faham semua impak penurunan ini. Bagi mereka apakah kesan terhadap kos kehidupan dan barang keperluan seharian setelah pelbagai tambang pengangkutan awam dan tol naik, di samping GST dan penyusutan nilai ringgit menghimpit kehidupan sejak hujung tahun lalu. Manfaat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sudah tidak bererti.
Persoalan penting sekarang ialah "Apa yang kritikal dan munasabah untuk diubah suai oleh Najib?". Ini tahun kedua berturut-turut Najib perlu lakukan "ubah suai" kepada Bajetnya.
Tahun lalu setelah Najib lakukan ubah suai, pelbagai pihak termasuk para penganalisis dan pakar ekonomi, menyindir Najib lebih baik tak payah "ubah suai". Apakah akan diulang kesilapan lama?
Daripada segi pendapatan, apakah langkah konkrit Najib untuk kekalkan anggaran pendapatan RM225 bilion dalam bajet 2016 itu?
Sudah kita dengari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang menyelongkar pengamal perubatan swasta.
Read More / Baca Lagi >>

Ekonomi merudum: Bukan silap, kelemahan negara, sembang Najib

Posted: 10 Jan 2016 08:32 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, faktor-faktor luaran yang di luar kawalan akan mempengaruhi ekonomi negara dan ia bukan kesilapan atau kelemahan negara.
 Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata faktor-faktor itu adalah seperti harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China.
"Kita sekarang berdepan dengan keadaan mencabar. Soal ekonomi berlegar sebagai soal utama dalam kalangan rakyat.
"Semua kena faham ia bukan kesilapan kita, bukan kelemahan kita tetapi faktor-faktor di luar kawalan kita. Sebab itu, apabila kita memasuki tahun 2016 ini, kita mesti beri tumpuan kepada apa yang kita boleh lakukan sebagai sebuah negara, kerajaan dan pentadbiran," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang pertama bagi tahun ini, di Putrajaya hari ini.
Hadir sama barisan menteri dan timbalan menteri di JPM, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Pada perhimpunan itu, Najib menjelaskan, kesan penyusutan ketara harga minyak mentah Brent yang menjunam daripada kira-kira AS$100 setong kepada antara AS$32 dan AS$33 setong ketika ini.
"Sudah tentu sebagai sebuah negara pengeluar minyak, ia memberi kesan kepada kita. Saya telah umumkan kesannya dalam RM30 bilion kekurangan hasil negara.
Read More / Baca Lagi >>

Asal kita semua dari keluarga sama

Posted: 10 Jan 2016 08:29 PM PST

Oleh Zin Mahmud
Asalnya kita semua pakat-pakat dan tubuhkan UMNO. Tapi kerana masalah bendera, ada antara kita iaitu dari PKMM dan beberapa sekutunya keluar. British tangkap pemimpin-pemimpin PKMM dan parti itu terbubar. Kemudian apabila pengasas UMNO mahu jadikan ia parti Malaya dan bukannya parti Melayu, beliau ditolak, beliau pun keluar tubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya. Pada waktu sama biro agama UMNO keluar untuk tubuhkan PAS.

Selepas bekas pemimpin PKMM dibebaskan, ada antara mereka tubuhkan Parti Rakyat Malaya. Sementara bekas ketuanya dijemput untuk ketuai PAS. Ini kerana ada pemimpin PAS ikut sertai Parti Kemerdekaan Malaya menjelang pilihan raya. Rakyat tolak Parti Kemerdekaan Malaya dan memilih UMNO. Parti Kemerdekaan Malaya dibubarkan dan digantikan dengan Parti Negara. Parti Negara pun gagal mendapat sambutan dan pemuka-pemukanya kembali pada UMNO.
Apabila seorang menteri enggan menggunakan baja dari Britain, beliau dipecat dan keluar tubuhkan Parti Konvensyen Malaya. Parti ini bersama dengan Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya tubuhkan Front Sosialis.
Selepas 13 Mei, UMNO dan PAS bersatu dalam Barisan Nasional. Parti Rakyat Malaya pula berpecah, satu jadi Parti Sosialis Rakyat Malaya, satu lagi tubuhkan Parti Marhaen.
Tidak lama kemudian, PAS dipecat dan berpecah dengan tertubuhnya Berjasa yang menyertai Barisan Nasional. PAS kalah di Kelantan dan ketuanya kemudian keluar parti dan tubuhkan Hamim, yang ikut masuk Barisan Nasional. Kemudian ketuanya disingkirkan dan akhirnya dia sertai UMNO.
Ketua Parti Sosialis Rakyat Malaya kemudian keluar parti dan sertai UMNO. Ketua Parti Marhaen kemudian menyertai Parti Keadilan Masyarakat sebelum kembali pada Parti Rakyat Malaya. Pemimpin Parti Marhaen pula sertai PAS sebelum ia dibubarkan. Ketua Parti Konvensyen Malaya juga menyertai PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Bauksit: Perosak alam sekitar wajar dihukum

Posted: 10 Jan 2016 07:55 PM PST

bauksit L
Sahabat Alam Malaysia (SAM) mencadangkan bahawa hukuman berat dikenakan bagi menghentikan perlombongan haram bauksit yang beroperasi di Kuantan sehingga menyebabkan berlaku pencemaran alam.
KUALA LUMPUR, 11 Januari:
Sahabat Alam Malaysia (SAM) mencadangkan bahawa hukuman berat dikenakan bagi menghentikan perlombongan haram bauksit yang beroperasi di Kuantan sehingga menyebabkan berlaku pencemaran alam.
Kerajaan juga perlu mengenakan hukuman berat ke atas syarikat perlombongan bauksit serta pemilik tanah berkenaan yang telah mengabaikan undang-undang alam sekitar.
Timbalan Presidennya, Azman Yaacob berkata hukuman yang sangat berat atau rampasan tanah, harus dikenakan ke atas syarikat-syarikat perlombongan bauksit.
"Jika tidak, syarikat-syarikat perlombongan dan pemilik tanah ini  akan kekal selesa dengan pencemaran alam sekitar yang berlaku daripada melabur dalam kaedah pengurusan yang betul," katanya kepada The Rakyat Post.
Beliau berkata syarikat-syarikat perlombongan dan pemilik tanah juga perlu dipaksa untuk meletakkan deposit kerosakan sebagai kos pembayaran awal untuk pembersihan, yang meliputi kos pembersihan dan pembaikan untuk mengelakkan Kuantan menjadi sebagai tempat pembuangan sampah.
Dengan menjadikan langkah itu sebagai syarat bagi syarikat-syarikat perlombongan serta pemilik tanah mendapatkan permit mereka adalah merupakan 'win win situation', perbincangan akan bergantung kepada bagaimana mereka membayarnya, bukan sama ada mereka perlu membayar atau tidak," kata Yaakob.
debu bauksit
Komen beliau turut disertai dengan bantahan oleh penduduk di Kuantan bahawa syarikat-syarikat perlombongan bauksit telah mencemarkan alam sekitar dengan debu merah dari lori mengangkut bijih mineral dari lombong ke pelabuhan Kuantan.
Kegiatan perlombongan juga turut mencemarkan kawasan sungai yang disediakan untuk kegunaan penduduk setempat, malah laut berhampiran Balok juga bertukar menjadi warna merah, dipercayai disebabkan oleh aktiviti-aktiviti perlombongan.
Read More / Baca Lagi >>

PM ingatkan penjawat awam 'berfikir di luar kotak'

Posted: 10 Jan 2016 07:53 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa kakitangan awam supaya "berfikir di luar kotak" untuk membantu meningkatkan produktiviti dalam kerajaan.
 Menurut akhbar New Straits Times (NST) hari ini, Najib semasa mesyuarat perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, menggesa penjawat awam untuk mengoptimumkan perbelanjaan mereka di tengah-tengah cabaran akibat kejatuhan harga minyak dunia.
Pada majlis itu, perdana menteri turut mengumumkan bahawa beliau akan mengetuai satu kumpulan kecil untuk memantau pengoptimum projek-projek kerajaan dan projek-projek yang tertangguh.
Objektifnya adalah untuk mengoptimumkan perbelanjaan projek-projek berkenaan.
Ini berikutan semakan semula Belanjawan 2016 yang diumumkan Sabtu lalu kerana ekonomi negara dilaporkan merudum.
"Saya juga telah meminta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk membentuk sekretariat untuk tujuan ini," katanya.

Rasuah bauksit: SPRM tahan enam lagi anggota Pejabat Tanah

Posted: 10 Jan 2016 07:52 PM PST


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lagi anggota Pejabat Tanah dan Galian, Pahang semalam untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah yang membabitkan perlombongan bauksit secara haram di negeri itu.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dipetik akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 42 dan 57 tahun itu ditahan semalam mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM.
Mereka yang ditangkap itu adalah pegawai Pejabat Tanah dan Galian yang terlibat dalam pengeluaran dokumen pemindahan mineral (Borang 13D) untuk perlombongan bauksit haram di negeri itu.
Ini menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini adalah 13 orang, di mana 10 daripada mereka adalah kakitangan Pejabat Tanah dan Galian.
Empat daripada mereka ditahan Khamis lalu dan kes itu melibatkan nilai dakwaan rasuah lebih RM100,000, manakala tiga lagi ditahan dua hari kemudian.
Semua mereka kini diambil keterangan dan penentuan sama ada pihak SPRM akan mendapat perintah reman terhadap mereka akan diputuskan hari ini.
Suruhanjaya itu sedang menjalankan siasatan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam rasuah aktiviti perlombongan bauksit haram yang telah menyebabkan jumlah anggaran RM187 juta royalti hilang tahun lalu.

Pas Jangan Terlalu Optimis Untuk Menang

Posted: 10 Jan 2016 07:43 PM PST

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Saya membuat tinjauan di beberapa kawasan yang lebih kurang 55-60% melayu dan 35-40% Cina dan peratusan kecil kaum selainnya mendapati ada sesuatu yang tidak kena mengenai daftar undi.

2) Tinjauan atau culaan persendirian yang mengambil masa hampir 4 bulan mendapati di kawasan-kawasan tersebut, kuasa mengundi Melayu adalah sangat rendah berbanding peratusan kuantiti taburan kewujudan mereka.

3) Hanya tidak sampai 55% daripada kaum melayu yang berdaftar sebagai pengundi. Manakala kaum Cina, pendaftaran pnegundi barunya sangat giat berjalan. Kira-kira lebih 90% daripada kaum Cina sudah berdaftar.

4) Bermaksud walaupun kawasan bermajoriti Melayu, peratusan untuk pengundi Cina menjadi dominan dan menjadi faktor kemenangan adalah tidak mustahil. Andaikata DAP melawan Umno, tak mustahil DAP boleh menang. Andai DAP melawan PAS, tak mustahil DAP boleh jga menang.

5) Abaikan Umno. Lihat kepada PAS, sebagai tunjang kepada orang Melayu/Muslim. Apakah dengan mengishtiharkan DAP dan PAN sebagai musuh, bermakna PAS sudah bersedia untuk bersendirian?

6) Selama ini saya mengandaikan PAS sememangnya sudah kuat dari segi kekuatan undi Melayu. PAS hanya kuat sokongan orang Melayu, belum tentu kuat dari segi undi, kerana perihal daftar pemilih. Ahli-ahli bawahan tidak mempunyai kesedaran untuk merancakkan pendaftaran pemilih anak-anak muda yang layak mengundi, sedangkan parti musuh mereka berbuat demikian.

7) Tidak hairan DAP tidak gentar dengan kehilangan PAS dalam pakatan pembangkang. Tidak gentar pun dengan kehilangan bantuan jentera PAS yang hebat dan istiqamah. Kerana mereka pasti, jentera yang kuat belum tentu menang jika jumlah pengundi berdaftar kecil.

8 ) PAS mesti sedar perkara ini. PAS Kawasan dan Cawangan tidak boleh bermalas-malas mendaftar ahli-ahli dan anak-anak ahli yang layak mengundi kepada SPR. Lebih-lebih lagi undi melayu yag sedikit itu pun bakal terpecah kepada Umno, PAS dan PAN atau DAP.

9) Jika pimpinan tidak menyedari hal ini, bermakna keputusan berpisah dengan DAP dan mahu bersendirian adalah keputusan sentimen pimpinan atasan semata-mata. Jika pimpinan atasan sebenarnya menyedari hal ini, bermakna pimpinan akar umbi terleka menjalankan tugas.

Sekian

SIAPA MUSUH SEBENAR PAS DALAM PRU 14 NANTI?

Posted: 10 Jan 2016 07:42 PM PST

Pas sudah secara rasmi menolak kerjasama politik dengan UMNO dan dalam masa sama, parti itu juga tidak menganggotai Pakatan Harapan atau PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Asas penolakan Pas menolak menyertai PH ialah kerana tidak mahu sekelambu dengan DAP dan Amanah. Pas juga mahu kekal bermusuh dengan UMNO. Bagaimanapun, Pas masih menjalin kerjasama politik dengan PKR, salah satu parti komponen dalam PH.

Baru-baru ini, PH menandatangani kod etika bersama yang antaranya tidak menggunapakai lagi amalan "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam kesepakatan gabungan baru itu untuk berhadapan dengan UMNO dan BN.

Dengan itu, antara lain perkara yang paling bermakna di sebalik persetujuan itu ialah pembahagian kerusi dalam PH nanti akan dilakukan secara konsensus dan persetujuan bersama secara mutlak antara ketiga-tiga partinya.

Kalau bersetuju, mesti setuju dengan sejujurnya dan jika tidak bersetuju, mesti juga tidak setuju sepenuhnya.

Tiada lagi kemungkinan berlakunya persetujuan dimungkiri atau terjadinya pertandingan sesama sendiri yang semata-mata berdasarkan andaian atau syak wasangka calon parti rakan itu tidak boleh dipercayai, disyaki berfahaman sosialis, terlibat dengan pil kuda atau sebagainya.

Melalui persefahaman yang sudah dicapai dalam PH itu, secara tidak langsung bermakna pembahagian kerusi antara PKR, DAP dan Amanah sudah boleh dilaksanakan mulai sekarang agar tempoh masa tidak sampai tiga tahun menjelang PRU 14 akan datang, gerak kerja yang lebih mantap dapat dilaksanakan ke arah mencapai kemenangan.

Secara teorinya, oleh kerana Pas tidak termasuk dalam gabungan PH, kerusi-kerusi yang yang ditandingi oleh parti itu dalam PRU 13 lalu sudah boleh diambilalih oleh Amanah untuk PRU 14 akan datang.

Jika ada pun sebahagian kerusi itu yang tidak sesuai ditandingi oleh Amanah, ia mungkin boleh diserahkan secara sukarela sama ada kepada PKR dan DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan, tolonglah jangan kecewakan rakyat !

Posted: 10 Jan 2016 07:40 PM PST

Oleh Mazlan Aliman


Sewaktu pemimpin tertinggi Pakatan Harapan menandatangani Perjanjian PH, disusuli sesi bergambar beramai ramai; saya kekal memerhati dari tempat duduk saya.

Kenangan ketika Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat tiba tiba menjadikan saya beremosi. Kenangan masa lalu mengusik kalbu.

Pakatan Harapan, tolonglah jangan kecewakan rakyat. Jangan di persia siakan harapan dan sokongan rakyat.

Anggaplah kata nesta dan fitnah sebagai ujian yang membakar semangat untuk terus berjuang demi rakyat yang tercinta. Musuh sebenar kita adalah pemimpin yang menzalimi rakyat!

Moga usaha kita di berkati Allah. Kepada Mu Ya Allah, hamba Mu berserah diri...

Tinggalkan politik Pas yang sentiasa membingungkan rakyat..

Posted: 10 Jan 2016 07:40 PM PST

PEKELILING PEJABAT AGUNG PAS

Menghadiri majlis UMNO, MCA, MIC atau mana-mana majlis komponen Barisan Nasional tidak menjadi halangan. Kini, yang menjadi halangan hanyalah menyertai majlis anjuran Amanah dan DAP.

Pas harus sedar apabila bermusuh dengan Amanah dan DAP bukan bermakna hanya nermusuh dengan dua parti itu sahaja malah melibatkan PKR yang kini telah memetrai Perjanjian Pakatan Harapan(PH) untuk bekerjasama.

Maknanya semua kerjasama politik PH kini menyeluruh termasuk menyediakan kerjasama yang lebih kukuh menghadapi serta mempertahan kekuatan politik komponen PH dari sebarang serangan BN atau mana-mana jua parti politik yang tidak mempunyai ikatan kekeluargaan termasuk Pas.

Pas seharusnya sedar Pakatan Umno-Pas  akan bertembung secara berhadapan dengan PH di dalam pilihanraya umum ke-14 nanti. Tiada lagi masa menoleh kebelakang agar bersama politik Pas yang kurang matang akibat dari sikap mereka yang tidak pernah mantap ketika membuat keputusan bersama. 

U Turn(pusingan kembali), mengkhianati keputusan antara parti, membuat kenyataan yang mengelirukan, meletakkan calun bertindih ketika PRU dan berbaik dengan Umno adalah di antara elemen politik Pas yang sentiasa memeningkan kepala rakan dan penyokong sendiri.

Bagi membulatkan tekad serta azam agar dapat menumbangkan Umno-BN, PH kini memperkukuhkan pemuafakatan untuk mengembeling tenaga secara bersama sebagai persediaan menghadapi PRU-14. Bersama Pas hanya akan menimbulkan kecelaruan. Politik mereka yang berkecamuk secara tidak konsisten telah bermula semenjak 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Tarik diri lepas tandatangan TPPA tunjuk kebodohan Malaysia, kata MTEM

Posted: 10 Jan 2016 07:39 PM PST

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Mashar berkata sekiranya Malaysia menarik diri daripada TPPA selepas menandatanganinya, negara luar akan hilang kepercayaan kepada negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016. 
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Mashar berkata sekiranya Malaysia menarik diri daripada TPPA selepas menandatanganinya, negara luar akan hilang kepercayaan kepada negara.

 Tarik diri selepas menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) belum pernah terjadi, kerana ia akan menyebabkan implikasi yang besar kepada negara, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Mashar, penarikan diri itu akan menghilangkan rasa percaya negara luar terhadap Malaysia kerana dilihat seolah-olah tidak mampu membuat keputusan yang muktamad.
"Tidak pernah terjadi dalam sejarah. Ia (tarik diri) menunjukkan kebodohan kita. Siapa suruh tandatangan kalau hendak keluar?

"Implikasinya akan menyebabkan pasaran tidak percaya kepada kita kerana kita tidak mampu membuat keputusan," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian mengulas dakwaan Malaysia diberi klausa pilih keluar dari perjanjian TPP. Sebelum ini, Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank Jayant Menon berkata Malaysia satu-satunya negara yang diberi klausa memilih keluar dalam satu surat sampingan kepada perjanjian TPP yang membolehkan negara menarik diri walaupun tanpa cuba meratifikasikannya di Parlimen.
Bagaimanapun, Nizam yang juga Pengerusi Bantah TPPA berkata, jika mahu menarik diri, ia perlu dilakukan pada awal rundingan sebelum menandatanganinya.
Pada masa sama, Nizam turut memberi contoh terdapat negara yang memilih keluar daripada rundingan kerana perjanjian itu tidak menguntungkan mereka sejak awal lagi.
"Termasuk Thailand sendiri. Sebelum tandatangan sudah keluar. Selepas tandatangan tidak (boleh keluar)," katanya seperti dilaporkan akhbar berbahasa Melayu itu.

Dana rakyat tak diguna untuk selesai isu 1MDB sembang Najib

Posted: 10 Jan 2016 07:33 PM PST

Dana rakyat tidak digunakan untuk menyelesaian isu dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Isu 1MDB yang saya janjikan pada rakyat tempoh enam bulan sudah pun nampak penyelesaian," katanya, lapor Bernama.
 "Yang kita banggakan penyelesaiannya dalam bentuk bukan MoU (Memorandum Persefahaman) tetapi dalam 'agreement' (persetujuan) yang ditandatangani dan lebih mustahak ia tidak guna dana rakyat sama sekali.
"Ini perlu saya jelaskan," katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Pada 23 November lalu, Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1MDB menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion.
1MDB, Edra dan anak syarikatnya memeterai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).
Transaksi berkenaan dijangka selesai pada Februari tahun ini.
Pada 31 Disember lalu, 1MDB menandatangani perjanjian jual beli saham untuk menjual 60 peratus pegangan Bandar Malaysia Sdn Bhd pada RM7.41 bilion kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd.
Konsortium itu adalah usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holdings IWH dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd.
Najib dalam perutusan tahun baru 2016 berkata paras hutang 1MDB telah berkurangan sebanyak RM40.4 bilion berikutan pemeteraian beberapa perjanjian oleh syarikat itu setakat ini.
Laporan sebelum ini menyatakan paras hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion, berdasarkan akaun kewangan yang diaudit setakat 31 Mac 2014.

Pimpinan Pakatan Harapan elak polemik politik & tumpu isu rakyat

Posted: 10 Jan 2016 05:38 PM PST

PH logos 2
KUALA LUMPUR 11 JAN: Majlis Setiausaha Pakatan Harapan meminta semua pimpinan Pakatan Harapan tidak terjebak dalam polemik politik yang tidak berkesudahan kerana ia hanya akan mengalihkan perhatian dari isu pemborosan UMNO BN dan kesusahan hidup rakyat.
Mengikut kenyataan media, Majlis Setiausaha itu bimbang polemik politik berlebihan tidak disenangi rakyat u sekaligus memberi kelebihan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk kekal berkuasa.
Ia dibuat susulan beberapa kenyataan PAS sejurus berlangsungnya Ijtima' Pilihan raya PAS Selangor semalam yang didapati menjurus kepada parti gabungan Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, Majlis Setiausaha berpendapat misi paling utama ialah menumpu perhatian terhadap isu kebajikan rakyat yang tertekan dengan segala tindakan dan dasar pentadbiran Najib.
"Perkara paling penting dalam negara ini ialah menghentikan kemudaratan kepada rakyat akibat dari pentadbiran Najib, bagi meringankan beban rakyat," katanya kenyataan yang ditandatangani Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung Amanah, Mohamad Anuar Tahir.
Apatah lagi, beberapa peristiwa penting yang membawa kesan besar kepada rakyat bakal berlaku iaitu proses semakan semula Bajet Kerajaan Persekutuan yang terpaksa dibentang semula berikutan unjuran pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan.
Satu lagi peristiwa penting ialah sidang khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini untuk membahaskan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang dijangka membawa kesan besar kepada rakyat.

Buat 2 kerja tapi belum mampu tampung kos sara hidup

Posted: 10 Jan 2016 05:13 PM PST

 Kebanyakan rakyat Malaysia yang melakukan 2 atau lebih pekerjaan masih lagi menghadapi kesukaran menampung kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016. 
Kebanyakan rakyat Malaysia yang melakukan 2 atau lebih pekerjaan masih lagi menghadapi kesukaran menampung kos sara hidup.

 Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah, tiada apa yang boleh dilakukan melainkan membuat pekerjaan lain untuk menambah pendapatan bagi menyara hidup dan keluarga.
Tetapi dengan kelembapan ekonomi semasa, semakin ramai terhimpit akibat peningkatan kos sara hidup biarpun ada yang melakukan pekerjaan sampingan.
Bagi mereka, cadangan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini supaya melakukan 2 pekerjaan bukan menunjukkan tanda simpati, malah memaparkan realiti sebenar yang perlu ditanggung kebanyakan rakyat.

Kerani siang hari, pemandu waktu malam Amiruddin Man, seorang kerani di institusi pendidikan tinggi di Pulau Pinang, mula melakukan pekerjaan kedua sejak 2 tahun lalu dengan membawa teksi selepas menghabiskan kerjanya.
Tetapi pemilik teksi sudah mengambil semula kenderaan dan Amiruddin kini perlu menggunakan keretanya sendiri untuk membawa pelanggan.
"Jika saya menyewa teksi, saya perlu membayar RM40 sehari, tidak berbaloi kerana saya hanya boleh melakukannya selepas jam 6 petang, dan perniagaan perlahan pada hari bekerja," kata lelaki berusia 31 tahun itu kepada The Malaysian Insider.
Dengan menggunakan kereta peribadinya, Amiruddin tahu apa yang dilakukannya tidak sah kerana tidak mempunyai permit, tetapi terpaksa menanggung risiko itu.
Amiruddin juga berkata beliau bukan pemandu Uber berdaftar kerana tidak mampu memenuhi syarat dan kehendak yang diperlukan syarikat itu.
"Ini kerja 'teksi sapu' (teksi haram), tetapi itu sahaja yang boleh saya lakukan sekarang. Saya hanya berdoa tidak ditangkap. Saya bernasib baik setakat ini.
"Saya tidak menjadi kaya dengan pekerjaan ini. Saya hanya berkhidmat sepenuh masa kepada pelanggan yang menghubungi saya jika mereka perlukan. Jika tiada panggilan, maka saya tinggal sahaja di rumah. Saya hanya mendapat purata RM200 hingga RM300 sebulan, yang hanya cukup untuk menampung perbelanjaan petrol bulanan.
"Saya dapat pulangan yang lebih baik pada hujung minggu dan cuti umum. Kadang-kadang kawan saya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan, menghubungi apabila mereka perlu bantuan untuk menghantar produk mereka seperti hadiah dan kek kepada pelanggan. Saya terima apa yang mereka mampu bayar. Saya tidak menetapkan kadar," katanya.
Melakukan dua pekerjaan selepas habis waktu kerja tetap memakan masa bersama keluarga bagi Amiruddin Man yang memandu 'teksi sapu' untuk menampung kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016. 
Melakukan dua pekerjaan selepas habis waktu kerja tetap memakan masa bersama keluarga bagi Amiruddin Man yang memandu 'teksi sapu' untuk menampung kos sara hidup.

 Amiruddin mengakui tidak dibenarkan melakukan pekerjaan kedua tanpa kebenaran daripada majikannya.
"Saya mempunyai rakan-rakan yang juga melakukan pekerjaan kedua, tetapi kami pastikan pekerjaan kami yang lain itu tidak memberi kesan kepada pekerjaan sebenar. Kami hanya melakukannya selepas waktu bekerja.
"Ini bermakna kami perlu mengorbankan masa dengan keluarga, malam dan bekerja pada hujung minggu. Kadang-kadang saya mempunyai pelanggan dan hanya pulang ke rumah selepas tengah malam ketika semua orang sudah tidur."
Bersama-sama isterinya yang juga kerani di institusi sama, pendapatan bulanan isi rumah mereka kurang RM4,000, manakala perbelanjaan mereka mencecah sehingga RM1,800.
Katanya, mereka membelanjakan kira-kira RM400 untuk barangan runcit, RM400 bagi makanan di tempat kerja, RM250 untuk petrol dan RM250 lagi kelengkapan sekolah anak yang kini di darjah 3.
"Kami ketepikan RM60 sebulan untuk wang saku anak, dan sekitar RM185 untuk kemudahan kami, Astro dan bil telefon. Kami juga membayar yuran penyelenggaraan RM80 untuk rumah.
"Kami masih cuba mengurangkan perbelanjaan supaya boleh menyimpan lebih banyak. Makan di luar semakin mahal, jadi kami memasak dan makan di rumah. Kadang-kadang, kami hanya makan roti sebagai hidangan makan malam," katanya.
Amiruddin dan isterinya juga memperuntukkan sejumlah RM500 sebulan sebagai bayaran pinjaman perumahan.
"Kami tinggal di rumah ayah saya di Bukit Jambul, yang tidak jauh dari tempat kerja dan sekolah anak. Dengan cara ini kita dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan petrol.
"Saya dan isteri mempunyai sebuah rumah yang kami sewakan RM400 sebulan. Ia tidak cukup untuk menampung pinjaman bank, tetapi sekurang-kurangnya adalah sikit."
Amiruddin tidak menyalahkan memperoleh pendapatan rendah begitu dengan keadaan ekonomi serta cukai barangan dan perkhidmatan, yang menyebabkan harga barangan naik.
"Walaupun jika gaji saya meningkat, saya tidak fikir ia akan membantu jika barang terus mahal. Kami memperoleh beberapa bantuan kerajaan, tetapi ia tidak mampu bertahan lama.
"Adalah sukar bagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Yuran sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain semakin mahal," katanya sambil menambah tidak mampu membawa anaknya bercuti di luar Pulau Pinang.
Suri rumah, kanak-kanak, dan 2 perniagaan
Read More / Baca Lagi >>

Sampai bila pelajar mesti jadi tikus makmal?

Posted: 10 Jan 2016 05:09 PM PST

Sesi baru persekolahan 2016 yang telah memasuki minggu kedua kembali memeningkan para pelajar, kalangan pendidik dan ibu bapa, apabila pihak kerajaan Umno-BN menerusi Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pula satu program baru yang dinamakan Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) yang mula dilaksanakan sejak 1 Januari lalu.

Sebelum ini, pelbagai pihak telah pening apabila Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan dasar baru untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah yang dinamakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang bermula tahun 2003 tetapi telah dimansuhkan sejak 2009.
Setelah PPSMI terbukti gagal, kini DLP pula yang dijadikan gantinya kerana kedua-duanya tetap kelihatan sama. Bezanya, PPSMI diakui oleh pihak Kementerian Pendidikan sebagai dasar, manakala DLP pula dikatakan hanya sebagai program, bukan dasar. Sungguhpun begitu, bagi kalangan pendidik, kedua-duanya adalah sama kerana masingmasing melibatkan langkah mengagungkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing bagi menggantikan Bahasa Melayu selaku bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bagi subjek Matematik, Sains. Malah menerusi DLP, turut membabitkan subjek-subjek lain termasuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi.
Bezanya lagi lalu disabitkan DLP hanya dikategori sebagai program kerana DLP tidak dipaksakan kepada kesemua sekolah, tetapi diberi pilihan sama ada hendak memilih Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjeksubjek terbabit. Akhirnya bermula 1 Januari lalu hanya 300 buah sekolah di seluruh negara terbabit dengan DLP sebagai sekolah perintis atas kesanggupan sekolah berkenaan melaksanakannya.
Walaupun hanya 300 buah sekolah terbabit, tetapi ia tetap memberikan kesan besar kepada para pelajar di sekolahsekolah berkenaan. Lebih-lebih lagi para pelajar yang terbabit adalah kalangan bumiputera sendiri. Ini juga turut membawa maksud, para pelajar kembali menjadi bahan uji kaji pihak terbabit seperti tikus-tikus yang dijadikan bahan uji kaji di makmalmakmal dalam bidang perubatan.
Read More / Baca Lagi >>

Disiplinkan Azmin juga, kata Chegu Bard selepas dipanggil lembaga disiplin PKR

Posted: 10 Jan 2016 04:46 PM PST


Pengasas SAMM Badrul Hisham Shaharin Pengasas SAMM Badrul Hisham Shaharin Ketika dipanggil oleh Lembaga Disiplin PKR, Badrul Hisham Shahrin mahu lembaga itu dapat juga mengambil tindakan sewajarnya ke atas musuh pribadinya dalam parti itu, Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali supaya PKR tidak berterusan diketawakan.
Bekas Ketua Cabang Rembau yang lebih dikenali Chegubard itu berkata, gejala rasuah, pembaziran, salah atau lemah urus tadbir tanpa mengira pihak mana harus dilawan memandangkan negara mahu perubahan iltizam politik bukan sekadar menukar individu atau parti politik semata-mata.
"Harapan saya Lembaga Disiplin boleh disiplinkan Azmin. Jika tidak, PKR akan terus menjadi bahan tawa," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Chegubard berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya di Facebook yang dipanggil untuk menemui pihak lembaga disiplin PKR petang ini.
Semalam di akaun media sosial miliknya itu, beliau menulis, "Alhamdulillah. Baru mendapat mesej dari Jawatankuasa Disiplin (JKD), Parti Keadilan Rakyat memaklumkan 11 Januari (Isnin) jam 3.30 petang saya dipangggil mengadap ke satu sesi pendengaran dan siasatan yang akan diadakan di Ibu Pejabat PKR.
Teks Chegubard yang dipaparkan di laman facebooknya semalam.Teks Chegubard yang dipaparkan di laman facebooknya semalam."Sekurang-kurangnya suara dan desakan didengar. Saya setakat ini meletakkan harapan tinggi ke atas Pengerusi Disiplin PKR Datuk Jeneral (B) Hj Hadi mampu bertindak adil. Terima kasih."
Berbisik tidak diendah
Ditanya mengenai pertemuan atau perbincangan secara tertutup antara beliau dengan Menteri Besar Selangor itu yang mungkin diadakan sebelum ini sama ada melibatkan inisiatif individu atau pun melalui saluran parti, Chegubard menjawab tidak ada usaha seperti itu.
"Sebelum saya dedah, saya buat aduan dalaman tapi bila 'berbisik' tidak diendah, saya bercakap lantang," jelasnya yang mula mendedahkan kononnya projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan mencecah hampir RM10 juta dalam blog beliau, chegubard.blogspot.com pada November tahun lalu.
Ekoran pendedahan itu berlaku pertelagahan terbuka antara kedua-dua pemimpin berkenaan termasuk reaksi Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa menyerang Chugubard sebagai 'macai Umno'.
Selanjutnya, kenyataan Timbalan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha bahawa projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan itu diluluskan oleh menteri besar sebelum ini iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim, dianggap Chegubard sebagai tiada beza dengan cara pentadbiran rejim BN yang akan menuduh kesalahan menteri sebelumnya jika timbul sesuatu isu.
Read More / Baca Lagi >>

Jom ubah, seru pemimpin DAP lawan persepsi buruk pengundi Melayu

Posted: 10 Jan 2016 04:43 PM PST

Serangan anti-DAP mewujudkan sentimen kemarahan serta ragu-ragu daripada kaum Melayu terhadap parti itu yang memerlukan pengundi Melayu untuk memenangi Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016. 
Serangan anti-DAP mewujudkan sentimen kemarahan serta ragu-ragu daripada kaum Melayu terhadap parti itu yang memerlukan pengundi Melayu untuk memenangi Putrajaya. 

DAP perlu berubah dan tidak lagi mengharap pihak lain mendekati Melayu, termasuk rakannya dalam Pakatan Harapan, kata pemimpin parti itu ketika menghadapi sentimen kemarahan daripada kaum terbesar di negara ini. Mereka berkata DAP serta rakannya PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah), perlukan sokongan separuh komuniti Melayu, yang membentuk 60% pengundi, bagi memenangi Putrajaya.
Ia perlu mewujudkan sebuah naratif baru politik yang bersifat inklusif, merangkumi semua komuniti, dan menghapuskan keraguan orang Melayu Islam jika ia benar-benar mahu menjadi parti arus perdana.

Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong berkata pihaknya mengambil kajian yang mengatakan ramai Melayu tidak senang dengan parti itu secara positif dan serius. "Ini masalah yang serius," kata ahli Parlimen Kluang itu kepada The Malaysian Insider.
"DAP perlu terlibat sendiri dalam mendekati orang Melayu, jadi dengan itu naratif baru akan terhasil, dan DAP boleh diterima," katanya yang mahu naratif baru itu membolehkan semua pihak merasai ekonomi yang baik ketika negara dalam krisis.
Naratif baru ini juga, katanya, perlu melibatkan semua pihak, bukan sekadar Melayu sahaja tetapi kaum Cina, India, rakyat Sabah dan juga Sarawak.
"Kita perlukan naratif besar meleraikan ketakutan mereka dan menggabungkan semua mereka di bawah satu misi nasional mengalahkan Umno yang menjadi punca masalah selama ini," katanya.
Liew mengulas kajian Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan di bawah kerajaan negeri Selangor, yang menyatakan kira-kira 70% Melayu tidak senang dengan DAP.
"Kemarahan dan kebencian ini kami kesan di kalangan Melayu luar bandar terutamanya, termasuk di kalangan ahli dan penyokong PAS.
"Hanya di kawasan yang dimenangi DAP sahaja menunjukkan peratusan kecil kemarahan itu," kata Timbalan Pengerusi IDE Profesor Datuk Dr Redzuan Othman kepada The Malaysian Insider.
Pandangan Liew selari dengan pandangan ketua Parlimen parti Lim Kit Siang yang berpendapat DAP perlu berkomunikasi lebih baik bagi menampakkan parti itu beraspirasikan pelbagai kaum.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berpendapat sentimen negatif terhadap parti daripada golongan Melayu luar bandar adalah berpunca dari kekurangan maklumat tentang parti serta propaganda Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berpendapat sentimen negatif terhadap parti daripada golongan Melayu luar bandar adalah berpunca dari kekurangan maklumat tentang parti serta propaganda Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016.Manakala setiausaha agung Lim Guan Eng pula berpandangan, sokongan kepada DAP berkurangan di kalangan Melayu luar bandar kerana kurang mendapat maklumat yang tepat dan terpengaruh dengan propaganda Umno.
Untuk itu, kedua-duanya mengesa agar DAP bekerja keras memberikan penerangan kepada orang Melayu kerana terbukti selepas menerima penjelasan, mereka akan memberi sokongan sebagaimana berlaku di kawasan yang diwakili parti itu.
Pemimpin DAP juga berpendapat sentimen orang Melayu luar bandar menjadi negatif kerana kebanyakan maklumat di kawasan itu diperolehi daripada media pro-Umno.
Menurut Liew, kerjasama antara Umno dan PAS menggunakan kaum, agama dan Raja-raja, satu formula yang terbukti berkesan.
Read More / Baca Lagi >>

Naib Presiden PKR kata Pas berhak pertahan kerusi mereka

Posted: 10 Jan 2016 04:39 PM PST

Shamsul Iskandar Mohd Akin
SHAH ALAM – Pas berhak untuk mempertahankan setiap kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Namun begitu, Shamsul menegaskan masih terlalu awal bagi setiap pihak untuk membincangkan pertembungan tiga penjuru memandangkan PRU14 akan berlangsung menjelang 2018 nanti.
"Pas berhak mempertahankan kerusi yang mereka menangi memandangkan itu hak mereka (Pas).
"Pada saya, terlalu awal untuk simpulkan pertembungan tiga penjuru. Sebelum ini, beberapa pemimpin Pas lain turut menyuarakan mengenai isu pembahagian kerusi, namun itu bukanlah merupakan pendirian rasmi Pas," katanya.
Shamsul mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memaklumkan parti berkenaan tidak akan menyerahkan satu pun kerusi yang ditandinginya kepada parti pembangkang lain dalam  PRU akan datang.
Selain itu, Tuan Ibrahim beranggapan tindakan berkenaan bagi mempertahankan maruah memandangkan sebelum ini, parti itu berkali-kali menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada parti rakan setiap kali melakukan tahaluf siyasi (kerjasama politik).
Shamsul memaklumkan kenyataan-kenyataan dikeluarkan beberapa pimpinan Pas sebelum ini berhubung isu tersebut hanyalah cakap-cakap politik yang tidak sihat.
Read More / Baca Lagi >>

Pas persiap jentera hadapi PRU14

Posted: 10 Jan 2016 04:38 PM PST

KUALA SELANGOR – Jentera Pilihanraya Pas Selangor perlu bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan menjelang PRU yang diramalkan akan diadakan Mac tahun depan.
Pengarah Pilihanraya Pas Selangor, Ir Mohd Haslin Hassan berkata, persiapan diri dan kemahiran jentera perlu ditingkatkan dari peringkat akar umbi bagi berdepan kemungkinan pertembungan sengit parti lawan.
Pas "Kita tak boleh duduk diam lagi dan sibukkan hal lain…kena fikirkan gerak kerja pilihan raya bermula dari sekarang kerana dijangka PRU akan berlaku tak sampai tempoh dua tahun lagi.
"Tujuan himpunan ini pun mahu kumpulkan seramai mungkin jentera Pas untuk bersiap sedia dengan semua aspek bermula dari peringkat akar umbi dan pimpinan kampung.
"Kita mahu melihat jentera pilihan raya mahir untuk meramaikan 'rakan' dan bukannya cari musuh," katanya pada ucapan awalan sempena Ijtima' Pilihan Raya Pas Selangor di Stadium Tertutup, semalam.
Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Sepang itu menyarankan, semua jentera menarik seramai mungkin pengundi baru memandangkan rekod menunjukkan lebih 1.8 juta penduduk Melayu masih belum mendaftar sebagai pengundi.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan lebih empat juta penduduk negara ini masih belum berdaftar sebagai pengundi dan inilah peluang jentera untuk menarik pengundi baru.
"Sudah pastinya kita mahu kerja jentera pilihan raya lebih tersusun dan mampu mempertahankan kerusi di Dun dan Parlimen selain melebarkan kemenangan di Selangor," katanya.

Pakatan finally puts its right foot forward

Posted: 10 Jan 2016 04:36 PM PST

The decision to junk the 'agree to disagree' policy is the first positive step for the opposition in a long time.
pakatan
True to its name, Pakatan Harapan has so far offered us only hope. Until last Saturday, it was a pale, wavering hope, not enough to give us a reason to vote for it.
It is easy to trumpet slogans about hope and change, but as Barack Obama has found out, talk is cheap and change takes a lot more than just wishful thinking. And soon Pakatan will face an election that is sure to be the most hotly contested of all time. Already, it faces an increasingly polarised society, it faces political chicanery, and it faces its own internal conflicts.
But truly, the root of the problem was that Pakatan Rakyat, its predecessor never really stood on a unified platform with one message and one agenda. It was a marriage of convenience that offered the possibility of more political power than an individual party could have garnered on its own, and like all such marriages, it fell apart due to the lack of a unified front.
For all its unpopularity, Barisan Nasional has not yet failed to present a united front on most things. But with Pakatan, its "agree to disagree" policy always meant that there was going to be friction as the ideological opposites within the coalition collide.
If it doesn't address the lack of a unified, thoroughly vetted direction for the coalition, Pakatan Harapan will end up dead like its predecessor. The infighting within Pakatan Rakyat soured many voters on the coalition itself, not just PAS.
That's why the agreement reached last Saturday between the three parties of the coalition is a huge step forward. Knowing that the new coalition is handling the situation in a mature manner is a reassuring factor for beleaguered opposition supporters who saw former establishment figures like Mahathir Mohamad come to represent the unhappiness of the people as Pakatan fought with itself.
Read More / Baca Lagi >>