Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


NO MORE HUDUD KATA AMANAH

Posted: 09 Jan 2016 06:34 PM PST


ph
Tiada lagi isu hudud dalam Pakatan Harapan yang dipegang secara 'agree to disagree' (setuju untuk tidak bersetuju) dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
Konsep 'agree to disagree' merujuk kepada satu keadaan di mana pihak bertelagah bersetuju untuk menghormati perbezaan pendirian masing-masing dalam sesuatu prinsip, demi untuk bergabung atas sesuatu matlamat, sekalipun ia tidak akan menyelesaikan pertikaian yang berpunca daripada perbezaan tersebut.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ketika membacakan kandungan perjanjian Pakatan Harapan berkata prinsip 'agree to disagree'bukan lagi menjadi asas kepada gabungan pembangkang baharu Pakatan Harapan, sebaliknya ketiga-tiga parti perlu berpegang teguh kepada konsensus yang dipersetujui secara bersama.
rafizi-ph
"Fasal pertama, segala keputusan bersama mestilah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu.
"Agree to disagree (setuju untuk tidak bersetuju) bukan lagi prinsip Pakatan Harapan," kata Rafizi semasa Persidangan Pertama yang diadakan di Shah Alam, Selangor pagi ini.
Rafizi berkata keputusan konsensus itu akan mengikat PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan.
"Jika keputusan bersama secara konsensus sudah dicapai, keputusan itu dikira mengikat ketiga-tiga parti," katanya.
Konsep 'agree to disagree' diperkenalkan PR pada 8 Februari 2015 berkaitan dengan isu hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan.
Ia sebagai rentetan daripada Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 28 September 2011 yang berbunyi ;
"Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini."
Walaupun menghormati prinsip itu, namun pendirian DAP dalam isu hudud amat konsisteniaitu DAP tidak akan menyokong pelaksanaan hukum hudud di mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama masyarakat majmuk di Malaysia.
ph3
ph2

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Kisah Hari Ini .... Adoi.. apa nak jadi ni..

Posted: 09 Jan 2016 07:18 AM PST

Rasa-rasa macam mals nak ambik pot bab parti piltik ni,, tapi entahlah,, bila duk terbaca kisah-kisah yang berlaku hari ini,, adoi.. sakit mata nak bacanya,, walaupun hanya sepintas lalu..

Mula-mula aku terjumpa keratan ni....


Kenyataa Ust Deris, Ok lah.. sekadar nak maklum tak nak ikut sekail,, bagi aku tak palah... no komen.. walau pun aku ada benda nak komen..

 Tapi yang yang ini,, dah kira lain macam dah...

Mungkin beliau seorang pakar strategic.... ha ha ha,, jadi mungkin ada ilmu kasyaf ni.... boleh tahu perkara yang akan datang....

 Tetapi yang ini punya statement paling best...
 
 Macam macam kan... ini lah yang ada lagi dalam Pas... tak ada dalam mana-mana parti bani melayu lain...


Cuma aku duk tertanya-tanya... sekarang ni dan masa yang akan datang, siapakah musuh politik utama kepada Pas, parti Umno seperti yang duk dilaung-laungkan atau Pakatan Harapan yang terang dan jelas nak lawan Umno?...


 










 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRU14: Lapan kerusi Pas di Selangor mungkin terancam

Posted: 09 Jan 2016 07:49 PM PST

Lapan kerusi Pas di Selangor mungkin terancam
KUALA SELANGOR - Lapan kerusi Pas di Selangor mungkin terancam apabila bukan sahaja terpaksa berdepan Umno malah DAP selepas parti itu mengumumkan akan meletakkan calon pada pilihan raya akan datang.
Naib Presiden Pas, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad menegaskan, Pas bakal berdepan musuh baru namun pihaknya mahu jentera pilihan raya Pas terus utuh mempertahankan kerusi sedia ada dan mempertimbangkan lima lagi kerusi baharu.
"Kita baru kesan dua dan DAP pun dah umum melalui senarai nama ahli majlis yang akan jadi calon mereka nanti.
"Kita juga pertimbangkan lima kerusi baru sebab kajian yang dibuat,  Pas boleh menang," kata Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor dalam ucapan sempena Ijtima' Pilihan Raya Pas Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

Keluar TPP selepas tandatangan, tak pernah berlaku - Mohd Nizam

Posted: 09 Jan 2016 07:48 PM PST

SHAH ALAM - "Tidak pernah terjadi dalam sejarah," demikian reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (Mtem), Mohd Nizam Mashar berhubung dakwaan Malaysia diberi klausa pilih keluar dari perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Jelasnya, mana-mana negara yang telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas itu tidak akan keluar dari perjanjian tersebut.
"Ia (keluar) menunjukkan kebodohan kita. 'Siapa suruh tandatangan kalau nak keluar?'
 Mohd Nizam Mashar "Implikasinya akan menyebabkan pasaran tidak percaya kepada kita kerana kita tidak mampu membuat keputusan," katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak TPPA 2016, di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank, Jayant Menon dilaporkan berkata bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diberi klausa pilih keluar dalam satu surat sampingan kepada perjanjian TPP yang membolehkan Malaysia menarik diri daripada TPP walaupun tanpa cuba untuk meratifikasikannya di Parlimen
Menurut Nizam yang juga Pengerusi Bantah TPP, jika mahu menarik diri, ia perlu dilakukan pada awal rundingan sebelum menandatanganinya.
Malah beliau turut memberi contoh bahawa ada negara yang memilih keluar dari rundingan kerana perjanjian itu tidak menguntungkan mereka sejak awal lagi.
"Termasuk Thailand sendiri. Sebelum tandatangan dah keluar. Selepas tandatangan tidak (boleh keluar)," katanya.
Tambahnya, Malaysia pernah membuat keputusan bijak untuk tidak menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat (AS) pada 2007.
Read More / Baca Lagi >>

MTEM saran MP jalani ujian kefahaman TPP

Posted: 09 Jan 2016 07:46 PM PST

TPP
SHAH ALAM - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyarankan kesemua ahli Parlimen menjalani ujian kefahaman perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sebelum dokumen tersebut dibentangkan di Parlimen, hujung bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mashar berkata, perkara itu bagi memastikan ahli-ahli Parlimen yang bakal memutuskan nasib negara itu benar-benar faham tentang TPP.
"Masalah utama yang saya tekankan, rakyat hanya diberi dua bulan untuk putuskan padahal ramai yang saya kira tak faham, termasuk ahli-ahli Parlimen.
"Mungkin kita patut buat ujian kefahaman kepada ahli-ahli Parlimen sebab mereka ini yang akan memutuskan masa depan negara yang cukup panjang.
"Sekurang-kurangnya, kalau 50% gagal...xfaham, kita tak payah bawa ke Parlimenlah. Saya rasa begitu," katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak TPPA 2016, di sini, semalam.
Isu penyertaan Malaysia dalam perjanjian TPP bakal dibahaskan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat 26 dan 27 Januari ini yang disusuli dengan mesyuarat khas Dewan Negara pada 28 Januari ini.
Dalam pada itu, Nizam yang juga Pengerusi Bantah TPP itu berkata, dokumen setebal 6,000 muka surat itu bukan dokumen biasa yang mudah difahami.
"Ia melibatkan undang-undang dan kita tak boleh baca 'straight foward' begitu. Kita kena rujuk satu bab ini dengan bab seterusnya. Sangat rumit," katanya.
Ketika ditanya soal manfaat TPP yang dapat dilihat, Nizam menyifatkan manfaat itu umpama aising kek yang kelihatan cantik tetapi apabila dimakan menyebabkan kita sakit diabetes.
Read More / Baca Lagi >>

'Tergesa-gesa' tandatangan TPP seperti tidak hormat rakyat

Posted: 09 Jan 2016 07:45 PM PST

SHAH ALAM - NGO yang menggelar diri Bantah TPPA menyifatkan tindakan kerajaan yang 'tergesa-gesa' menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak menghormati pandangan rakyat.
Pengerusinya, Mohd Nizam Mashar mendakwa, keadaan terlalu suntuk untuk semua pihak memahami terma terkandung dalam teks penuh perjanjian itu dan ruang mendapatkan maklumat lanjut juga terhad.
TPP "Kita telah beri pandangan tentang isu ini sejak dua tiga tahun lalu lagi, tapi akhirnya kerajaan tetap memasukkan perkara-perkara yang kita bangkitkan sebelum ini. Kita sudah tidak boleh ubah apa-apa lagi. Sama ada kita terima semuanya atau tolak sahaja.
"Bantah TPPA minta isu ini dibahas di Parlimen sejak dua tahun lepas supaya maklumat sampai kepada semua ahli Parlimen dan mereka sedar apa yang sedang berlaku dan rakyat boleh bincang dan akhirnya jadi isu nasional. Bukan sekarang nak bahas apabila dua bulan lagi kita sudah nak tanda tangan," kataya ketika berucap dalam Sidang Kemuncak TPPA 2016, di sini, hari ini.
Nizam yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis TindakanEkonomi Melayu (MTEM) mengulangi kenyataannya bahawa manfaat yang diterima kerajaan dalam perjanjian itu sangat sedikit berbanding risiko yang bakal diterima.

"Rakyat semua dapat CGPA 3.85", selar Pengerusi Bantah TPPA

Posted: 09 Jan 2016 07:44 PM PST


Pengerusi Bantah TPPA Mohd Nizam MasharPengerusi Bantah TPPA Mohd Nizam MasharMembandingkan pemahaman majoriti rakyat terhadap kandungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan pencapaian akademik seorang menteri, Pengerusi Bantah TPPA, Mohd Nizam Mahshar mencuit hati hadirin Sidang Kemuncak TPPA 2016 pagi ini.
"Rakyat negara ini semuanya dapat CGPA 3.85 (sebab hanya) perlu dua bulan sahaja untuk memahami TPPA). Kita sudah dua tahun lepas minta (TPPA) debat di parlimen supaya maklumat sampai pada MP (Ahli Parlimen) dan rakyat boleh berbincang.
"Bukan sekarang baru nak bahas di parlimen. Ini sudah menghina kepandaian rakyat Malaysia. Kita (sekarang) tidak boleh buat perubahan," ujarnya merujuk kepada teks perjanjian penuh rahsia itu yang hanya didedahkan kepada umum Oktober lalu.
Mengakui banyak jargon teknikal berkaitan istilah perundangan dalam butiran perjanjian yang turut melibatkan 11 lagi negara lain, beliau berkata, model ekonomi sedia ada juga masih belum dapat memastikan kualiti hidup rakyat terjamin.
"Bila kita dicubit dengan kemeseletan ekonomi, kesan kos sara hidup dapat dirasakan. Di bawah MTEM (Majlis Tindakan Ekonomi Melayu), ada 60 badan ekonomi Melayu yang juga mengakui nak dapat projek daripada kerajaan pun semakin susah, peluang kepada usahawan semakin sukar. Ini sebelum TPPA (ditandatangani)," dedahnya.
Beliau berkata, TPPA yang merangkumi perdagangan bebas membabitkan 40 peratus ekonomi dunia itu paling dibimbangi memberi kesan dari segi perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

“Menatang apa TPPA itu?,” soal orang kampung

Posted: 09 Jan 2016 07:43 PM PST


Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkongsikan kemusykilan besar masyarakat luar bandar pada sidang kemuncak TPPA pagi tadi.Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkongsikan kemusykilan besar masyarakat luar bandar pada sidang kemuncak TPPA pagi tadi.

Sukar untuk memahami pengisian dan kesan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diterajui kuasa Amerika Syarikat (AS), Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkongsikan kemusykilan besar masyarakat luar bandar.
"Cikgu, 'menatang' (binatang) apa TPPA ini. Saya kata, tak payah faham setuju saja. Sebut dua kali (TPPA). Sebut takpa-takpa," ujarnya secara sinis ketika menjadi salah seorang panel dalam Sidang Kemuncak TPPA 2016 di Shah Alam hari ini.
Mesra dipanggil 'cikgu', beliau sendiri mengakui tidak memahami kandungan dokumen perjanjian perdagangan bebas setebal 6,000 halaman itu.
"Saya masuk wad 9 hari baca (dokumen) TPPA. Mula-mula (saya baca) faham, esoknya baca tidak faham. Setiap hari kena banyak 19 muka surat.
"YB (Datuk Mahfuz Omar) pun kena baca 411 mukasurat sehari (teks TPPA)," ujarnya merujuk kepada Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang turut hadir dalam program anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkenaan.
Turut melontarkan pertanyaan paling asas, Mohd Azmi berkata, Malaysia sebelum ini tidak mempunyai masalah serius dengan aktiviti perdagangan antarabangsa dengan negara lain.
"Saya ingin bertanya soalan paling fundamental. Adakah kita bermasalah berdagang dengan Singapura, Australia, Kanada, Brunei? Kalau tiada masalah, kenapa perlu TPPA?" soalnya diikuti tepukan gemuruh hadirin.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu tetap berkuasa walaupun Umno tewas – Kit Siang

Posted: 09 Jan 2016 07:42 PM PST

Negara tetap dipegang dan dipunyai orang Melayu meskipun UMNO tewas dalam pilihan raya
lim-kit-siang,malaysia
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menyifatkan orang Melayu tetap kekal berkuasa di negara ini dan sama sekali tidak akan kehilangannya.
Katanya, perkara itu jelas berdasarkan bilangan kerusi Parlimen, yang mana 114 kerusi adalah majoriti Melayu daripada 162 kerusi di Semenanjung.
Kit Siang berkata, kerusi Parlimen yang didominasi kaum Cina hanya sebanyak 22 sahaja dan 29 kerusi lagi adalah bercampur dan tiada kerusi Parlimen didominasi komuniti India.5c794702-7c7a-44cb-9115-dcd2d71a76d1
"Statistik menunjukkan Malaysia adalah negara yang didominasi populasi Melayu. Lebih 50% penduduk adalah Melayu dan Cina kurang daripada 30%. Kaum lain hanya menyumbang sedikit peratus," katanya ketika majlis makan malam DAP di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, demografi Malaysia membuktikan Melayu kekal berkuasa dan menjadi suara dominan di negara ini.
"Tumbangnya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan UMNO dalam pilihan raya tidak akan menjejaskan apa-apa. Negara ini tetap dipunyai dan dipegang orang Melayu," katanya.
Kit Siang berkata, beliau menjangkakan serangan persepsi bahawa DAP anti Islam dan anti Melayu diperhebatkan menjelang pilihan raya akan datang.

Rakyat tidak rasa terkongkong pada zaman Mahathir – Mat Taib

Posted: 09 Jan 2016 07:40 PM PST

Sekarang ini bunyi sahaja yang banyak. Janji itu dan ini.
Tan-Sri-Mohamad-Mohamad-Taib,mahathir
SHAH ALAM: Rakyat tidak rasa terkongkong pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mantan Perdana Menteri itu menunjukkan hasil dan pembangunan yang cemerlang sewaktu memerintah.
Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad Mohamad Taib berkata, apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih, rakyat bukan sahaja dibebankan dengan akta yang mengongkong, tetapi juga tidak melihat sebarang pembangunan di negara.
"Zaman Mahathir, kita nampak result apabila Putrajaya dibina, lebuh raya dibina dan perindustrian dibangunkan. Disebabkan kita nampak kejayaan itu, kita tidak berapa terasa kongkongan zaman dulu.
"Sekarang ini bunyi sahaja yang banyak. Janji itu dan ini. Mungkin ada kejayaan, tetapi tidak nampak. Oleh kerana itu, rakyat mula bersuara. Tetapi jika kejayaan itu lebih hebat dari zaman Mahathir, orang akan senyap," katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di kediamannya.
Mengulas lanjut, Mohamad yang kini telah menyertai PKR menyatakan sistem pemerintahan yang digunapakai di sesebuah negara tidak menghalang kejayaan negara tersebut jika pemimpin yang memimpin bijak menguruskan negara.
"Apa bezanya perbezaan diantara monarki, demokrasi. China tidak ada demokrasi, maju juga. Brunei pula guna sistem monarki, maju juga dan pada zaman nabi Muhammad, tidak ada sistem demokrasi.
"Sistem itu satu hal, tetapi orang yang memerintah lebih penting. Apabila tidak nampak kejayaan, orang mula mempersoalkan. Ia bukannya orang lain, tetapi bekas Perdana Menteri sendiri yang komen," ujarnya.
Bagi Mohamad, Kerajaan Persekutuan kini perlu mengkaji kesilapan yang dilakukan dan apa yang diperlukan rakyat pada masa ini.
"Kita harus mengkaji, adakah perlu apa yang kita perlu sekarang ini. Kalau kita buat silap, jangan ulangi kesilapan itu. Sepatutnya lebih banyak berjimat dan jangan berhutang," jelasnya.

Bermewah Dan Boros: Arab Saudi mungkin muflis lima tahun lagi, lapor IMF

Posted: 09 Jan 2016 07:38 PM PST


Arab Saudi menjana  90 peratus daripada pendapatan negara  melalui pasaran minyak dunia.Arab Saudi menjana 90 peratus daripada pendapatan negara melalui pasaran minyak dunia.
 Kejatuhan harga minyak dunia memberi kesan kepada rizab tunai negara Arab Saudi yang hanya mempunyai sumber kewangan untuk tempoh lima tahun lagi, sebagaimana dilaporkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Memetik laporan portal Independent yang berpusat di United Kingdom, dalam kajian yang dilakukan oleh World Economic Financial Survey yang dikeluarkan setiap bulan Oktober, menunjukkan kerajaan Arab Saudi akan mengalami penurunan fiskal 21.6 peratus pada 2015 dan berbaki negatif 19.4 peratus pada 2016 iaitu peningkatan hanya negatif 3.4 peratus pada 2014.
Arab Saudi kini memiliki AS$654.5 bilion rizab asing dengan aliran tunai menyusut dengan cepat.
Sebuah agensi kewangan negara itu, telah menarik semula dana sejumlah AS$70 bilion yang diuruskan oleh institusi kewangan luar negara kerana kehilangan hampir AS$73bilion sejak harga pasaran minyak jatuh merudum.
Arab Saudi menjana 90 peratus daripada pendapatan negara melalui pasaran minyak dunia.
Pada awal tahun 2015 kerajaan Saudi telah berbelanja secara besar-besaran sebanyak AS$32 bilion yang diagihkan kepada rakyat untuk meraikan pertabalan Raja Salman Abdul Aziz Al Saud.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan disaran tidak keluarkan kenyataan terbuka parti rakan

Posted: 09 Jan 2016 07:21 PM PST


Perjanjian membabitkan tujuh fasal yang harus dipatuhi oleh parti gabungan dalam Pakatan Harapan telah dimeterai hari ini.Perjanjian membabitkan tujuh fasal yang harus dipatuhi oleh parti gabungan dalam Pakatan Harapan telah dimeterai hari ini.
Pemimpin Pakatan Harapan diingatkan tidak perlu lagi mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai parti-parti rakan yang boleh disalahtafsir sebagai berlakunya pergolakan dalam gabungan tiga parti itu demikian pandangan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Justeru pemimpin Pakatan Harapan diingatkan agar kembali kepada prinsip dan kaedah dalam Perjanjian Pakatan Harapan yang dimeterai hari ini jika berlaku sebarang pertikaian dalam Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
"Setiap gerak geri kita diperhatikan. Kajiselidik terkini secara umumnya sepakat bahawa rakyat sedang menolak Umno- Barisan Nasional (BN) tetapi mereka juga kurang selesa dengan kejituan Pakatan Harapan sebagai pengganti Umno-BN kerana disifatkan sering bergolak," kata Wan Azizah  ketika berucap di Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
Fasal 3 Perjanjian Pakatan Harapan menghuraikan prinsip tolak ansur antara ketiga-tiga parti dan prinsip tiada campur tangan dalam urusan parti masing-masing yang diguna pakai untuk menetapkan kaedah-kaedah menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul dalam Pakatan Harapan.
Wan Azizah juga berkata, Perjanjian Pakatan Harapan hari ini akan memberi laluan kepada Pakatan Harapan untuk menumpukan usaha membangunkan satu kerangka dasar-dasar bersama yang lebih jitu, realistik dan radikal sebagai alternatif kepada pelbagai kerosakan yang dimulakan oleh Umno-BN.
Beliau berkata, Pakatan Harapan akan mula membentangkan program-program politik, ekonomi dan sosialnya bermula Mac secara berperingkat sehingga kemuncaknya yang dijangkakan pada Jun depan dengan pelancaran Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan semasa Konvensyen Pakatan Harapan 2016.
Read More / Baca Lagi >>

Janji dan masalah kod tingkah laku baharu Pakatan Harapan

Posted: 09 Jan 2016 07:20 PM PST

Kod tingkah laku baharu yang dilancarkan Pakatan Harapan mencerminkan janji dan masalah gabungan pembangkang itu, memandangkan mereka cuba mendapatkan semula sokongan pengundi yang sudah berputus asa dengan pertelingkahan mereka.
Bagi aktivis seperti Affendi Hasni, janji yang dapat ditawarkan kepada rakyat ialah mereka akhirnya boleh menjelaskan kepada penyokong gabungan baharu ini, tidak seperti Pakatan Rakyat, di mana kali ini mereka terikat dengan matlamat dan polisi yang sama.
Dengan kod baharu ini, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan PKR tidak lagi boleh mengatakan mereka "tidur atas bantal sama tetapi mimpi berlainan", kata Affendi yang juga ketua biro mahasiswa PKR.

Namun, bekas pemimpin DAP, Norman Fernandez berkata kod itu hanya berjaya jika semua parti dalam Pakatan Harapan mematuhi perjanjian. "Ada seorang individu semasa berbahas berkata, DAP tidak perlu bertanding di kerusi majoriti pengundi Melayu di Johor. Jika mahu bertanding juga, mereka perlu guna logo Amanah atau PKR," kata Fernandez yang juga berasal dari Johor.
Kenyataan itu, menurut Fernandez, tidak wajar dibuat secara terbuka tetapi sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu, apatah lagi parti komponen Pakatan Harapan baru sahaja menandatangani perjanjian baharu.
"Jika sekarang pun sudah melanggar peraturan, apa janji ia tidak berulang lagi pada masa depan," kata bekas timbalan pengerusi DAP Johor itu.
Semua perlu bersetuju
Di atas kertas, 7 klausa kod itu sepatutnya menamatkan semua pertikaian berhubung isu undang-undang Syariah yang menjadi punca keretakan sesama parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sehingga ia hancur.
"Ia suatu yang baik kita tidak lagi berasaskan 'setuju untuk tidak bersetuju' kerana pengundi keliru dengan maksudnya," kata Setiausaha PKR Sabah Datuk Maijol Mahap kepada The Malaysian Insider semasa ditemui di konvensyen pertama Pakatan Harapan.
Bagi Fernandez, garis panduan baharu itu akan menghalang sebuah parti daripada mengeksploitasi sentimen sebuah komuniti dan bercakap berlainan kepada komuniti yang lain.
Sebagai contoh, dalam isu hudud, PAS memberitahu penganut Islam mereka serius untuk melaksanakannya, tetapi rakan mereka DAP dan PKR berkata suatu yang berlainan kepada komuniti bukan Islam.
Bagi Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, langkah baharu ini akan menyekat mana-mana parti daripada membuat pendirian berbeza dengan yang sudah dipersetujui dalam Majlis Presiden – badan tertinggi dalam Pakatan Harapan.
Malah, rakan parti boleh membuat keputusan majoriti untuk menyingkirkan mana-mana parti yang melanggar perjanjian bersama.
Penganalisis politik, Dr Lim Teck Ghee menyifatkan kod itu mampu menghasilkan gabungan yang lebih kohesif dan bersatu di samping mendapatkan semula sokongan pengundi yang kecewa dengan mereka sebelum ini.
Gabungan pembangkang lebih kukuh berbanding PR mampu menjadi penentu dalam pilihan raya depan dan mengembalikan sokongan yang mereka hilang akibat krisis sebelum ini.
Tunaikan janji
Fernandez berkata kod itu sama dengan polisi dan rangka bersama dalam buku jingga – 2 dokumen utama yang menjadi matlamat dan misi PR.
"Sebelum ini ada buku suci PR, tetapi ke mana ia hilang sekarang? Jika tiada orang mengikut perjanjian itu, tidak kisahlah siapa yang tandatanganinya," kata Fernandez.
Lim senada apabila mengatakan kod itu hanya sebuah kertas perjanjian dan berjaya atau tidakn ia bergantung kepada kepimpinan untuk menghargainya.
Dalam isu berlainan, pimpinan atasan Pakatan Harapan berkata keputusan muktamad berhubung pembahagian kerusi hanya akan diputuskan dalam Majlis Presiden dan tidak akan dibincang secara terbuka.
Read More / Baca Lagi >>

Sentimen anti DAP Umno-PAS kekalkan kuasa Najib, tapi bahayakan Malaysia

Posted: 09 Jan 2016 07:16 PM PST

Jika strategi Umno-PAS menggunakan sentimen perkauman menentang pihak pembangkang berjaya, nasib negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak akan stabil dan menyukarkan pembentukan bangsa yang kuat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2016. 
Jika strategi Umno-PAS menggunakan sentimen perkauman menentang pihak pembangkang berjaya, nasib negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak akan stabil dan menyukarkan pembentukan bangsa yang kuat. 

Kerjasama antara Umno dan PAS dalam mengambil pendekatan politik perkauman dan agama menyerang DAP akan membolehkan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai perdana menteri sekurang-kurangnya satu penggal lagi, tetapi mempertaruhkan kestabilan Malaysia, kata penganalisis. Menurut penganalisis, keadaan ini sebenarnya mempertaruhkan nasib Malaysia, kerana kerjasama Umno-PAS walaupun akan membentuk kerajaan Melayu yang kuat, pada masa sama menyebabkan pembangkang dikuasai Cina.
Bayangkan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum tetapi pemerintahnya terdiri daripada Melayu, manakala pembangkang pula kaum lain iaitu Cina dan India, kata Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

"Orang Melayu akan menguasai kerajaan, manakala orang Cina yang menguasai ekonomi menjadi pembangkang yang kuat. "Hasilnya, nasib negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak akan stabil dan menyukarkan pembentukan negara bangsa yang kuat," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu berkata, melalui pendekatan ini, pilihan raya terdekat atau jangka pendeknya, Umno dan PAS boleh menang.
"Namun dari segi jangka panjangnya tidak menguntungkan negara," katanya.
Menurut Redzuan, serangan yang mengatakan "orang Cina pendatang" dan mereka harus pulang ke negara asal, sudah tidak sesuai lagi untuk dibicarakan dalam sebuah negara merdeka seperti Malaysia.
"Ia sudah sepatutnya tidak berada lagi dalam kamus. Itu sejarah yang sudah berlalu. Itu pandangan yang sesuai sebelum merdeka lalu.
"Anehnya, selepas 50 tahun merdeka, orang masih memainkan isu itu," kata Redzuan menolak pendekatan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Suri rumah menyampah isu bauksit, sertai gabungan bantah

Posted: 09 Jan 2016 07:14 PM PST

Seorang kanak-kanak berdiri dekat beberapa peralatan rumah yang terlekat dengan habuk kesan perlombongan bauksit di Kuantan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Januari, 2016.Seorang kanak-kanak berdiri dekat beberapa peralatan rumah yang terlekat dengan habuk kesan perlombongan bauksit di Kuantan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Januari, 2016.Sekumpulan suri rumah ialah antara kumpulan pembangkang yang lantang membantah perlombongan bauksit berleluasa di Kuantan, disebabkan kelembapan pihak berkuasa menangani isu yang mereka percaya mencemarkan makanan dan bekalan air.
Bosan apabila respons terhadap rayuan mereka dilengahkan, kumpulan suri rumah berkenaan yang menyertai Gabungan Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit diketuai Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, dengan sukarela melakukan beberapa kerja seperti mengambil sampel air dari sungai dan mengedarkan makanan.
Wan Zurina Wan Ali, 32, ibu kepada seorang anak berkata dia berasakan "sesuatu" perlu dilakukan.

"(Orang dari negeri lain) mungkin tidak faham apa rasanya seperti kami yang bernafas dalam udara tercemar. Kami alaminya setiap hari. Jadi, saya buat keputusan jumpa Fuziah dan beritahunya saya mahu menyumbang," katanya. Sebagai suri rumah, Zurina berkata dia hanya boleh memberi bantuan ketika waktu tidak sibuk.
"Saya menyertainya baru bulan lepas. Saya baru bermula sama seperti suri rumah lain yang juga antara 100 sukarelawan dalam gabungan longgar diketuai Fuziah."
Satu daripada aktiviti awalnya ialah mengedarkan daging lembu dan kambing yang disumbangkan sebuah organisasi kepada rumah di kawasan Balok.
Penderma itu menyediakan daging kerana bimbang ikan dari sungai di kawasan itu mungkin tercemar dengan bahan merkuri.
Hujan lebat penghujung Disember lalu menyebabkan sungai di Kuantan dan pinggir pantai bertukar menjadi warna merah, mencetuskan ketakutan air tercemar akibat aktiviti perlombongan bauksit mula melimpah dan mencemari bekalan air lain. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Januari, 2016.Hujan lebat penghujung Disember lalu menyebabkan sungai di Kuantan dan pinggir pantai bertukar menjadi warna merah, mencetuskan ketakutan air tercemar akibat aktiviti perlombongan bauksit mula melimpah dan mencemari bekalan air lain. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Januari, 2016.Bauksit dibasuh selepas dilombong dari tanah dan airnya disimpan seperti tasik. Tetapi hujan lebat penghujung Disember lalu menyebabkan sungai di Kuantan dan pinggir pantai bertukar menjadi warna merah, mencetuskan ketakutan air tercemar mula melimpah dan mencemari bekalan air lain.
"Saya pandu sekeliling untuk hantar stok itu dari rumah ke rumah. Pada masa sama saya selitkan risalah mengenai bauksit dan bagaimana logam berat menjejaskan kesihatan kita," kata Zurina.
Read More / Baca Lagi >>

Potong yuran untuk kurangkan sengsara mahasiswa

Posted: 09 Jan 2016 07:12 PM PST

Masyarakat digesa ambil serius kesusahan pelajar universiti akibat kenaikan kos sara hidup.
Azzan,kpt
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu memberikan potongan yuran sebanyak 80% hingga 100% kepada mahasiswa daripada golongan berpendapatan rendah.
Saranan itu dibuat oleh Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) berikutan pelbagai laporan mengenai kesusahan hidup mahasiswa di kampus yang diuar-uarkan sejak kebelakangan ini.
Pengerusinya, Azzan Aznan Abdul Rahim, berkata KPT juga harus menyenaraikan jumlah mahasiswa seluruh negara yang datang daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah di bawah RM3,000.
"Kategorikan mereka mengikut universiti dan tujuan penggumpulan data ini adalah untuk memudahkan proses bantuan dan penyampaian inisiatif.
"Selain itu, pentadbiran universiti juga diminta membuka peluang pekerjaan kepada mereka ketika kumpulan pelajar ini belajar di universiti berkenaan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Azzan Aznan berkata, mahasiswa tidak berkemampuan perlu tampil memberitahu masalah kepada pentadbiran universiti atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Beliau berkata, masyarakat digesa mengambil serius akan kesusahan mahasiswa akibat kenaikan kos sara hidup yang membelenggu negara.
Baru-baru ini, sebuah akhbar harian tempatan melaporkan bahawa seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pengsan di dalam kelas akibat tidak makan selama dua hari kerana tidak berduit.

Mahasiswa lapar : Kerajaan perlu bertanggungjawab

Posted: 09 Jan 2016 07:11 PM PST

Keratan akhbar yang memaparkan keperitan mahasiswa yang terpaksa berlapar kerana tidak cukup wang perbelanjaan.Keratan akhbar yang memaparkan keperitan mahasiswa yang terpaksa berlapar kerana tidak cukup wang perbelanjaan.Masalah siswa dan siswi di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini, tidak cukup makan perlu dipandang serius oleh kerajaan bagi memastikan IPT di negara ini melahirkan siswazah berkualiti dan berdaya maju.
Pengarah Komunikasi dan Media Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Sofi Abd. Wahab berkata, kajian yang menyatakan ramai pelajar makan mee segera lantaran kerana tidak cukup wang, menggambarkan betapa tenatnya masalah kewangan mereka.
"Sudah pasti perkara ini juga mengganggu pembelajaran mereka kerana tidak cukup makan.
"Oleh kerana itu kerajaan khususnya kementerian yang terbabit dan universiti dapat mencari sebab musabab mengapa perkara ini terjadi.
"Adakah disebabkan pinjaman mereka tidak mencukupi atau siswa tersebut boros berbelanja atau mereka menyimpan wang untuk kegunaan lain seperti telefon dan lain-lain.
"Setelah sebab musabab itu diperolehi maka ambillah langkah pembetulan (correction dan corrective action) bagi menyelesaikan masalah ini. Jangan biarkan masalah ini berterusan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Saran beliau mungkin kementerian boleh menggunakan kaedah bayaran bulanan kepada kafeteria atau kantin asrama untuk makanan harian mahasiswa yang mana peruntukan perlu dissediakan kerajaan dalam menyelesaikan masalah itu.
Read More / Baca Lagi >>

Batalkan saja DLP kerana ekonomi meleset, tegas GAPENA

Posted: 09 Jan 2016 07:11 PM PST

Zainal Abidin berpandangan  DLP sesuai dibatalkan DLP  ketika rakyat berdepan dengan kenaikan mendadak kos sara hidup.Zainal Abidin berpandangan DLP sesuai dibatalkan DLP ketika rakyat berdepan dengan kenaikan mendadak kos sara hidup.
Ketua II Gabungan Penulis Malaysia (GAPENA), Datuk Zainal Abidin Borhan sekali lagi mendesak kerajaan membatalkan pelaksanaan program dwibahasa (DLP) sesuai dengan situasi semasa ekonomi yang tidak menentu.
Beliau berkata, langkah tersebut wajar memandangkan kerajaan perlu memberi keutamaan untuk menangani bebanan peningkatan kos sara hidup ditanggung rakyat.
"Lupakan saja DLP. Saya berharap kerajaan berhentikan keputusan itu sesuai dengan langkah berjimat-cermat duit rakyat. Fokus kepada keperluan-keperluan ekonomi yang dikehendaki rakyat.
"DLP bukan keutamaan buat masa ini ketika rakyat berdepan dengan kenaikan mendadak harga barangan makanan dan perkhidmatan termasuk pengangkutan," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline, semalam di pejabatnya di ibu negara.
Menurut bekas ahli akademik dari Universiti Malaya (UM) ini, penurunan harga minyak mentah dunia yang turut menjejaskan hasil pendapatan negara sepatutnya diambil kira dalam sebarang keputusan kerajaan termasuk pelaksanaan DLP.
"Harga barang meningkat, harga minyak jatuh. Sudah tentu pendapatan kerajaan merosot. Apalagi pada masa ini kerajaan perlu mengubahsuai Bajet 2016. Jadi, hentikanlah DLP kerana kerajaan terpaksa berbelanja besar. Kelengkapan berkaitan dan buku pun belum siap lagi," ujarnya.
Untuk rekod, sebanyak RM38.5 juta diperuntukkan untuk melaksanakan program DLP dan Program Imersif Tinggi (HIP) seperti terkandung dalam Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Oktober tahun lalu.
Gapena berpendapat DLP jelas menafikan peranan bahasa Melayu dalam bidang sains,matematik dan teknologi seperti dapat dilihat pada senarai dibentangkan pihak kerajaan.Gapena berpendapat DLP jelas menafikan peranan bahasa Melayu dalam bidang sains,matematik dan teknologi seperti dapat dilihat pada senarai dibentangkan pihak kerajaan.
DLP di luar sistem pendidikan kebangsaan
Read More / Baca Lagi >>

Bauksit: Tangan Adnan Yaakob terikat..!!

Posted: 09 Jan 2016 07:08 PM PST

Adnan terpaksa memikul beban berat di bahunya dengan keterbatasan yang dihadapi untuk bertindak.
Adnan,bauksit
PETALING JAYA : Wajarkah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menanggung segala masalah disebabkan perlombongan bauksit di negeri itu yang menimbulkan pencemaran alam sekitar yang teruk?
Persoalan itu dibangkitkan kolumnis Awang Selamat menerusi akhbar Mingguan Malaysia, hari ini.
Ini kerana, menurut kolumnis itu, secara realitinya ramai tahu pihak mana yang berkepentingan dalam perlombongan bauksit tersebut.
Awang Selamat berkata, sebagai Menteri Besar, Adnan terpaksa memikul beban berat di bahunya dengan keterbatasan yang dihadapi untuk bertindak.
"Tangannya agak terikat. Bukan semua perkara boleh didedahkan kerana tahap sensitiviti yang terlalu tinggi. Inilah dugaan sebagai pemimpin di negeri itu.
"Apa pun, Awang yakin, Adnan mampu menanganinya. Beliau nampak bersungguh-sungguh dan tentu mahu mendahulukan kepentingan rakyat, biar apa pun cabaran dan kompleksiti isu tersebut," katanya
Kolumnis itu mendesak kerajaan menghentikan terus perlombongan bauksit bukannya menghentikan sementara selama tiga bulan.
Katanya, peraturan baharu yang lebih ketat belum tentu dapat selesaikan semua masalah.
"Pokoknya, aktiviti perlombongan dan pergerakan lori tetap berlaku di kawasan terbuka dan awam. Tentu ada cara dan formula perlombongan boleh dihentikan terus.
" Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Awang percaya akhirnya semua pihak Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan pihak istana akan meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya.
"Cukuplah, jangan biar rakyat meluat dan melara," tulisnya.

Bauksit: Lepas tiga bulan, apa cerita?

Posted: 09 Jan 2016 07:07 PM PST

Semoga pemberhentian operasi perlombongan bauksit selama tiga bulan akan digunakan sebaiknya oleh kerajaan dalam mencari penyelesaian.
bauksit
Apa tujuan perlombongan bauksit dihentikan operasinya selama tiga bulan? Apa yang akan dilakukan dalam tempoh itu? Mungkin itu yang bermain-main dalam fikiran orang Kuantan.
Saya sangat menghargai langkah pihak berkuasa dan kerajaan yang mengambil pendirian tegas dengan menghentikan (walaupun) 'sementara' operasi perlombongan bauksit mulai 15 Januari akan datang. Ia didakwa untuk membolehkan pelan tindakan penyelesaian pencemaran dilaksana.  Hakikatnya, semua maklum betapa isu ini dari semasa ke semasa berkembang seperti penyakit kanser tahap satu, dua, tiga dan kini empat. Tahap empat, yakni tahap parah.
Sepanjang tahap satu hingga tiga, isu ini banyak diselindung. Samalah seperti pesakit kanser yang sebenar, pesakit tidak mahu menerima hakikat penyakit itu sebenarnya boleh membunuh. Sedangkan kalau dikesan pada dua tahap terawal mungkin banyak yang boleh dilakukan, mungkin boleh diselamatkan sepenuhnya.
Tetapi kini, ia berada di tahap di mana semua kementerian mengeluarkan kenyataan negatif. Bauksit menyebabkan pencemaran alam yang serius, kata menteri alam sekitar; bauksit boleh menyebabkan penyakit yang merbahaya kata menteri kesihatan; bauksit boleh membawa kesusahan yang berpanjangan kepada rakyat kata menteri, ops ahli Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

SEKALI LAGI.. Ahmad Maslan BUKA MULUT bgtau idea2nya yg paling bernas dlm dunia ini...

Posted: 09 Jan 2016 07:06 PM PST

Tiada siapa menteri2 dlm kabinet dapur Najib Razak dpt mengatasi 'kebijaksanaan' yg luar biasa pada Ahmad Maslan..

Agaknya kalau tak ubah suai Bajet 2016 nnti pendapatan rakyat akan berkurangan..

Alif.. Mim.. Nun.. Wau.. apa bunyinya ??

PRU14: PAS Kelantan tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan Umno - Mohd Amar

Posted: 09 Jan 2016 07:05 PM PST


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik AbdullahTimbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik AbdullahPAS Kelantan tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan Umno untuk menentang Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pilihan raya Umum ke-14 nanti walaupun Majlis Syura Ulama menegaskan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan sehingga kini tidak ada perbincangan dibuat dengan Umno untuk mewujudkan kerjasama itu.
"Kita tidak pernah bincang sampai ke situ lagi tetapi dalam dunia ini semua perkara boleh berlaku.Kalau nak kata tak mungkin kita tidak tahu sebab benda ini mungkin berlaku tapi tidak pernah bincang lagilah," ujarnya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan PAS Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim pada Rabu lalu.
Beliau dipetik sebagai berkata kerjasama PAS dan Umno lebih kepada isu melibatkan kepentingan agama umat Islam dan negara.
Dalam perkembangan sama semalam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dipetik berkata tindakan PAS menolak kerjasama politik dengan BN tidak bermakna perpaduan tidak boleh dicapai dalam kalangan orang Melayu di Kelantan demi kepentingan Islam dan pembangunan negeri.
Beliau berkata UMNO Kelantan menghormati pendirian PAS itu namun berharap pada masa depan parti itu boleh mengadakan kerjasama politik dengan BN.

Pas akan keluar gabungan jika dasar terjejas - Takiyuddin

Posted: 09 Jan 2016 07:00 PM PST

GOMBAK - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ‎berkata, Pas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingin menyentuh dasar Islam yang diperjuangkan parti itu.
Oleh itu, katanya Pas tidak teragak-agak untuk keluar daripada sesebuah gabungan parti politik sekiranya dasar parti itu 'disentuh'.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan "Saya rasa begini, Pas menegaskan soal dasar tiada kompromi di mana dasar kita berteraskan Islam tetapi dari strategi, taktik dan pelan tindakan  itu boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan.
"Itu yang kita pegang, tetapi apa-apa strategi dan taktik ini mestilah berteraskan kepada dasar Islam.‎Sebagai contoh ketika kita dalam PR dahulu yang mana kita masuk atas dasar kefahaman bahawa kedudukan dasar kita tetap tidak akan terjejas, sekali dasar kita terjejas Pas akan pergi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di‎ Taman Melewar bersempena mesyuarat khas Pas di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) di Gombak hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menggulas, adakah tujuan Pas mengadakan mesyuarat khas kerana berasa terancam dengan pengaruh politik luar ketika ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hasil perbincangan mesyuarat khas Pas hari ini, Takiyuddin berkata ‎pemerkasaan parti antara topik perbincangan dalam mesyuarat itu.
"Pemerkasaan parti yang mana kita perlu selaraskan pemikiran dan pemahaman dalam satu-satu pendirian parti.
Read More / Baca Lagi >>

Bauksit:Tak endah tawaran RM1 juta tapi ramai peneroka yang gelap mata..!!

Posted: 09 Jan 2016 06:59 PM PST


Seorang peneroka Felda Bukit Goh nekad untuk tidak memajak ladang sawitnya bagi dijadikan kawasan perlombongan bijih bauksit walaupun menerima tawaran mencecah RM1 juta.
Salwani Tajuddin, 37, berkata biarpun ramai peneroka yang menjadi jutawan segera kerana memajak tanah mereka, namun kini terdapat sebilangan mereka hidup seolah-olah merempat.
"Memang dulu ada yang hidup mewah kerana menerima deposit yang tinggi daripada pengusaha bauksit, tapi duit yang banyak itu hanya dapat bertahan untuk sementara waktu dan mereka harus menunggu pula tempoh yang lama untuk menerima pulangan hasil perlombongan bauksit.
"Ada peneroka yang kini terpaksa jadi jaga kerana wang sudah habis. Tanah ladang sawit pun habis digondol untuk mendapatkan bauksit," katanya kepada Bernama.
Salwani berkata pada awal 2015, beliau didatangi seorang lelaki yang menawarkan deposit RM500,000 untuk mengorek bauksit di ladang sawitnya seluas empat hektar.
Beliau berkata selepas tawaran itu ditolak, lelaki itu kembali semula beberapa hari kemudian dengan menjanjikan tawaran lebih tinggi yang mencecah RM1 juta.
"Selepas saya turut menolak tawaran RM1 juta itu, lelaki itu menjadi berang dan berkata saya bodoh kerana menolak wang sebanyak itu.
Lama-lama kena korek
"Namun bagi saya, mereka yang memajak tanah sawit kepada pengusaha bauksit, itulah yang sebenarnya rugi kerana gelap mata dengan duit yang hanya dapat bertahan untuk beberapa ketika, tetapi tanah mereka tidak akan kembali seperti dahulu," katanya.
Salwani yang telah 18 tahun menjadi peneroka berkata beliau tidak mahu ladang sawitnya menjadi seperti padang jarak padang tekukur akibat digondol dengan rakus.
Menurutnya, individu yang sanggup memberi wang RM1 juta tersebut tidak mudah berputus asa kerana beberapa bulan kemudian beliau didatangi lelaki sama memohon supaya tanahnya dijadikan pula kawasan menyimpan lori dan bijih bauksit dengan bayaran RM5,000 sebulan, namun beliau tetap menolak tawaran itu.
"Untuk menjadikan tanah saya sebagai tempat simpanan pun saya tidak mahu. Memang pada mulanya mereka (pengusaha bauksit) hanya mahu meletak barang mereka, namun lama kelamaan mereka mahu pula mengorek tanah kita," kata Salwani.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat susah: Adakah susah PM, kabinet berkorban?

Posted: 09 Jan 2016 06:54 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa GST telah menyelamatkan ekonomi negara dengan menampung hasil kerajaan daripada pengurangan hasil cukai petroleum.

Apakah PM sedang memberikan bayangan bahawa kadar GST akan dinaikkan, atau GST bakal dilebarkan untuk meliputi lebih banyak jumlah barangan dan perkhidmatan termasuklah RON95 dan bayaran tol bagi terus menampung hasil negara memandangkan harga minyak sedunia dijangka mengambil masa yang lama untuk pulih?

Perkara ini tidak mustahil. Atas alasan 'menyelamatkan negara', kini GST digelar sebagai penyelamat. Atas alasan 'menyelamatkan negara' juga, kadar GST boleh dinaikkan.

Dan jika kadar GST dinaikkan, ini bukan kali pertama PM dan kerajaan BN membelakangkan kesusahan rakyat.

Sepatutnya, PM patut melaksanakan nasihatnya kepada kabinet agar mereka bijak dan berhemah dalam membelanjakan peruntukan kerajaan pada dirinya dahulu.

Tunjukkan kerajaan menjimatkan belanja dengan mengurangkan anggota kabinet dan gaji sendiri. Kalau boleh dapat derma RM2.6 bilion, apa salahnya berhenti mengambil gaji selama setahun? Laksanakan konsep ketelusan dalam perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri untuk menunjukkan diri seorang kakitangan kerajaan yang hemah berbelanja.

Tunjukkan Jabatan Perdana Menteri dapat melakukan penjimatan dengan menggunakan veteran-veteran kakitangan awam dan para pensara daripada kakitangan kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Perbandingan Urusniaga Kjaan P.Pinang VS 1MDB.

Posted: 09 Jan 2016 02:25 PM PST

FAKTA.. Kerajaan P.Pinang jual tanah bawa pelaburan RM1 bilion & buka 2,500 peluang pekerjaan.. berbanding 1MDB JUAL TANAH KERANA NAK BAYAR HUTANG !!!

Dah terkena jangkitan virus Ahmadmaslan ka !!

Posted: 09 Jan 2016 02:23 PM PST

Slps Najib kuar kenyataan di Twitternya, Pengarah Kesihatan M'sia pon cepat2 gelabah respon kononnya kerja2 penilaian & anggaran kos pembaikan kerosakan pendingin hawa di HTAA melibatkan JKR juga..

TETAPI JKR pantas cepat hidu 'pembohongan' kenyataan Pengarah Kesihatan tersebut dgn menyangkal bhw JKR Pahang TIDAK TERLIBAT LANGSUNG !!!

Kononnya nak tunjuk buat kerja ler tu.. rupa2nya tak tahu tapi buat2 tahu.. Kah!! Kah!! Kah!!