Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAFIZI DAN TONY PUA LETAK JAWATAN, TERIMA TAWARAN KERJA DI LUAR NEGARA ?

Posted: 08 Jan 2016 07:17 AM PST

Menurut sumber,yang rapat dengan Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR, YB Rafizi Ramli, menyebut bahawa beliau bakal dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman.

Katanya, 2 rakyat Malaysia tercalon untuk jawatan ini, seorang lagi ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tapi hanya Rafizi yang terpilih kerana beliau beragama Islam.

Perlantikan ini menurut sumber yang sama, akan berkuatkuasa selama 3 tahun dan tugas utama Rafizi ialah memastikan ekonomi Arab Saudi tidak terjejas di sebali kejatuhan harga minyak yang melanda dunia sekarang.

Arab Saudi seperti yang semua tahu sedang mengalami tekanan ekonomi yang hebat akibat kejatuhan harga minyak dunia sehingga terpaksa mengurangkan subsidi minyak dan memperkenalkan GST.  Semoga dengan perlantikan Rafizi, keputusan mengurangkan subsidi dan memperkenalkan GST, akan dibatalkan.

Sebagai rakyat dari negara yang merasai beban akibat perlaksanaan GST, Rafizi tahu akan keperitan yang perlu ditanggung dan tidak mahu rakyat Arab Saudi juga merasai keperitan yang sama.

Berita ini membuktikan bahawa negara luar memang menghargai kepakaran anak tempatan Malaysia yang anehnya, diketepikan negaranya sendiri.   Rafizi memang pakar ekonomi tersohor dan mempunyai banyak cara bagaimmana untuk memastikan ekonomi sesebuah negara kekal mampan disebalik kegawatan.

Najib dan pentadbirannya harus berasa malu dengan perlantikan ini.kerana gagal melihat potensi manusia hebat seperti Rafizi.

DIUCAPKAN SETINGGI TAHNIAH. MALAYSIA Bakal melalui tahun 2016 dengan aman damai.

Alfaizhamid

0

Posted by Unknown | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

Alfaizhamid


Bila Hero Menangis

Posted: 27 May 2013 09:50 PM PDT


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


KALAU SUKA SANGAT BERGURAU, BERHENTI SAJA JADI MENTERI!!

Posted: 08 Jan 2016 04:09 AM PST

Hamzah Zainuddin akhirnya mendapat "penangan pertama" media berikutan kenyataannya yang meminta rakyat membawa bekal ke pejabat sebagai salah satu cara untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Kebetulan beliau yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil alih tempat Hassan Malek yang digugurkan daripada kabinet, kenyataannya itu rata-rata membuatkan Hamzah mula dilihat sebagai mempunyai gaya pemikiran yang sama dengan pendahulunya itu.

Hasan Malek merupakan menteri yang paling banyak dipertikaikan umum berikutan kenyataan tidak cerdik yang dikeluarkannya yang antata, "jangan makan ayam jika harganya mahal" sehingga akhirnya digugurkan dalam rombakan kabinet Julai 2015 lalu.

Setelah beberapa hari menjadi mainan di media sosial, Hamzah kemudian tampil mengakui kenyataannya itu hanya gurauan sesama kakitangan di kementeriannya saja.

"Itu saya bergurau di perhimpunan bulanan kementerian, bukan ucapan yang ditujukan kepada rakyat.

"Saya tak suruh rakyat bawa bekal. Selepas ini saya tak boleh melawak lagi dengan media", kata Hamzah membetulkan salah tanggapan yang sudah tersebar luas mengenai kenyataannya itu.

Sebagai menteri, Hamzah sepatutnya sedar isu berkaitan kenaikan kos sara hidup bukanlah perkara yang boleh digurausendakan atas kapasitinya mengetuai kementerian yang bertanggungjawab secara langsung mengatasi masalah itu.

Beliau adalah penyelesai masalah dengan sepatutnya menunjukkan jalan keluar yang munasabah dan dapat diterima rakyat dalam isu kos sara hidup, bukannya dengan cuba meringankan beban mereka melalui ketawa dan lawak jenaka.

Kalau pun berucap di program bulanan kementerian dan di depan kakitangan, apakah perlu membuat lawak sedemikian rupa, apatah lagi bila mengetahui pihak media turut hadir sama?

Menyalahkan media yang membuat laporan terhadap ucapannya juga merupakan tindakan yang tidak betul kerana jika beliau tidak bercakap "mengarut" sedemikian rupa, sudah tentu tidak timbul sebarang masalah mengenainya.
Read More / Baca Lagi >>

GST selamatkan Najib atau Malaysia?

Posted: 08 Jan 2016 04:08 AM PST

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah menyelamatkan Malaysia dan Bajet 2016 akan disemak semula, dipersoalkan DAP dan kerajaan Pulau Pinang.
"Semua orang terduduk disebabkan GST dan mata wang kita susut nilai. Adakah ia berbaloi?"
"GST menyelamatkan Najib atau Malaysia?" Soal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada satu sidang akhbar selepas menghadiri acara di Sidang Kemuncak Hartanah Antarabangsa 2016 di Bayan Baru, Pinang 2016 hari ini.
Lim (foto) merujuk kenyataan Najib bahawa GST telah menyelamatkan Malaysia dalam berhadapan persekitaran ekonomi yang amat mencabar.
Menteri kewangan itu berkata demikian dalam satu perjumpaan khas dengan kakitangan kementerian di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata GST menyumbang kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran nilai bersih berjumlah RM27.126 bilion setakat Disember 2015.
Bagaimanapun Lim berkata Najib masih belum memulihkan reputasi negara apabila tidak menjelaskan percanggahan jualan tanah 1MDB di Bandar Malaysia kepada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.
Beliau merujuk pengumuman terdahulu 1MDB bahawa firma pelaburan milik negara itu akan menerima RM7.41 bilion bagi jualan itu.
Sebaliknya, Railway Group China mengumumkan kepada Hong Kong Exchange yang ia membayar hanya RM5.279 bilion - perbezaan RM2.13 bilion dibandingkan dengan harga diumumkan oleh 1MDB.
Lim berkata sekiranya Najib mahu mengembalikan semula keyakinan terhadap ekonomi negara, beliau tidak harus bergantung dalam penjualan hartanah kepada syarikat asing.
"Wang sepatutnya dibelanjakan untuk pendidikan, infrastruktur, inovasi dan pengangkutan awam seperti kita lakukan di Pulau Pinang," kata Lim.

Polis siasat individu aibkan Najib menyerupai Qu Puteh

Posted: 08 Jan 2016 04:00 AM PST

Gambar yang dimuat naik memaparkan Najib memakai tudung hijau dengan 'stail' popular Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida ketika mempromosikan produknya.
qu-puteh-najib
PETALING JAYA: Seorang pengguna internet bakal disiasat angkara memuat naik sekeping gambar yang mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter miliknya berkata Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) telah diarah supaya menyiasat penyiaran gambar yang 'mengaibkan' itu.
Gambar tersebut memaparkan wajah Najib yang telah dipakaikan tudung yang menyerupai gaya pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Vida.
Gambar itu juga memaparkan dialog "Qu Samun, Qu Samun, barulah penyamun", yang mengajuk ungkapan popular Hasmiza ketika mempormosikan barangannya yang berbunyi: "Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih".

Kerajaan belum insaf lakukan keborosan dan penyelewengan, bidas Mahfuz

Posted: 08 Jan 2016 03:59 AM PST


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz OmarAhli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz OmarAhli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini membidas kenyataan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah penyelamat kewangan kerajaan dan ekonomi negara.
Mahfuz berkata,sebagai seorang perdana menteri kenyataan sedemikian memberikan gambaran Najib dan kerajaan tidak insaf daripada melakukan segala keborosan dan penyelewengan.
"Pendapatan kerajaan yang terhasil daripada GST yang dipaksa ke atas rakyat dengan purata setahun rakyat terpaksa membayar RM7,000 hingga RM8,000 beserta pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,000 setahun adalah tidak setimpal.
"Ini kerana rakyat terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup membabitkan kenaikan kadar tol,tambang bas, teksi, ERL, LRT,monorel, bil utiliti, harga barang dan segala macam lagi.
"Semua kos ini dipaksa ke atas rakyat untuk menutup segala keborosan dan penyelewengan salah laku kerajaan dalam mengurus kewangan negara," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru kata Mahfuz lagi, kerajaan sudah ketandusan ide untu mencari jalan meringankan beban kos sara hidup rakyat sebaliknya memberikan ide jenaka membabitkn menterinya.
"Idea lawak jenaka buat dua kerja, masak di tempat kerja, ayam mahal jangan makan ayam dan macam-macam lagi ide yang menyakitkan hati rakyat.
"Sebelum keadaan negara lebih buruk atas ketidakupayaan kerajaan mengurus negara, sewajarnya Najib dan kerajaan memohon maaf kepada rakyat serta menyerahkan mandat secara terhormat kepada rakyat," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM buru dalang pengusaha bauksit haram

Posted: 08 Jan 2016 03:58 AM PST

Pegawai SPRM sedang mengesan individu lain termasuk orang tengah terlibat dengan rasuah aktiviti bauksit.
Pengarah-SPRM-negeri,-Datuk-Azam-BakiPETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan baharu dibuat berhubung aktiviti perlombongan haram bauksit di Pahang.
Ia susulan wujudnya individu yang disyaki menjadi dalang yang memberi perlindungan kepada aktiviti perlombongan haram bauksit berkenaan.
Pengarah SPRM negeri, Datuk Azam Baki, berkata pihaknya sedang giat mengesan individu terlibat dalam jenayah terbabit.
"Kita tidak menolak akan ada suspek lain yang akan ditahan untuk bantu siasatan selepas menerima maklumat baharu," katanya.
Mengulas lanjut, Azman berkata, pihaknya bergerak aktif menyiasat gejala rasuah membabitkan aktiviti perlombongan itu sebaik sahaja mendapat maklumat lengkap mengenainya.
Terdahulu, empat pegawai kanan dan anggota Pejabat Tanah Galian (PTG) Kuantan ditahan SPRM, Rabu lalu kerana dipercayai menerima suapan bagi membenarkan perlombongan bauksit haram.

Tiada guna semak bajet jika rakyat masih susah - Guan Eng

Posted: 08 Jan 2016 03:57 AM PST

GEORGETOWN - Kerajaan Pusat perlu mengamalkan pentadbiran bersih dan telus bagi memberi kesenangan kepada rakyat dalam keadaan ekonomi negara masa kini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, tiada keperluan untuk menyemak semula Bajet 2016 jika rakyat masih merana dalam menghadapi ekonomi yang amat teruk.
Lim Guan Eng "Pentadbiran yang bersih adalah kunci utama untuk memberi kesenangan kepada rakyat. Apa guna membuat semakan semula bajet jika rakyat masih terbeban dengan ekonomi negara yang semakin merosot?
"Apa yang dibimbangkan, ia (pengumuman) mungkin hanya indah khabar dari rupa. Jika nak semak semula, cara pentadbiran perlu diubah supaya lebih telus dan bersih," katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Hartanah Antarabangsa Pulau Pinang 2016, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akan membuat semakan semula terhadap Bajet 2016 bagi membantu rakyat berhadapan dengan kegawatan ekonomi tahun ini.
Menyedari rakyat dalam keadaan tertekan, Najib berkata, ia satu senario baru dan pengumumannya itu bukan sekadar menggula-gulakan rakyat namun ia menggambarkan kerajaan prihatin terhadap nasib mereka.
Sementara itu, ditanya berhubung kenyataan Najib berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan April lalu sebagai penyelamat ekonomi rakyat, Guan Eng berkata, GST hanya menyelamat Najib, bukannya rakyat.
Menurutnya, kenyataan Najib itu dilihat tidak relevan kerana ekonomi negara semakin merudum apabila kadar mata wang ringgit semakin jatuh.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah ada ‘lakonan’ di sebalik penguatkuasaan bauksit?

Posted: 08 Jan 2016 03:55 AM PST


MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob kelihatannya tidak begitu selesa dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengenakan moratorium selama tiga bulan ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang. Beliau memberi reaksi balas secara sinikal terhadap pihak yang mengajukan gesaan kepadanya, termasuk ketika menjawab pertanyaan media.

Ada nada keangkuhan tatkala dihadapkan ingatan kepadanya bahawa berlaku kematian dalam isu tersebut di mana mengaku beliau akan bertanggung jawab dan perlu mencontohi raja iaitu rapat dengan rakyat dan sekiranya tidak berbuat demikian tidak akan memenangi pilihan raya.

Malah, beliau mendakwa bahawa rakyat Pahang mahu perlombongan bauksit diteruskan dan seakan mengejek pihak tertentu apabila menyifatkan moratorium itu akan memberikan keuntungan yang lebih kepada syarikat perlombongan.

"Apabila bekalan berkurangan, barang akan naik. Ini satu rahmat kepada syarikat perlombongan dan kalau saya jadi mereka, saya akan 'nikmati' tempoh moratorium ini," katanya 6 Januari lalu.

Sedangkan, beliau menyatakan bahawa 34 Lesen Melombong Bijih yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibatalkan berkuatkuasa 31 Julai tahun lalu selain turut mengeluarkan penegasan keras ke atas pemilik Lesen Melombong Tuanpunya dan Lesen Melombong dikeluarkan Pengarah Tanah dan Galian Negeri.

Menurut Adnan, pada asalnya pihak beliau mahu membatalkan lesen-lesen berkenaan berkuatkuasa 31 Ogos tetapi dipercepatkan kerana wujud desakan.

"Saya beritahu mereka, kalau rakyat 'complaint', kalau orang hantar memorandum sebagainya, maka jangan terkejut kalau Kerajaan Persekutuan pula haramkan pengeksportan bauksit sebagaimana Kerajaan Indonesia haramkan.

"Saya dapat 'feedback', mereka nampaknya sedang berusaha untuk membersihkan jalan sebagainya. Sebab, lori yang keluar tu, macam lori tepung, menggangu orang lain, jalan semua merah," ujarnya merujuk pertemuan kali keempat bersama pengusaha-pengusaha bauksit 8 Julai di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur.Read More / Baca Lagi >>

Didakwa hina kesultanan Johor, Aduka Taruna ditahan lagi

Posted: 08 Jan 2016 03:55 AM PST

 Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Aduka Taruna ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung tulisan yang didakwa menghina dan menghasut institusi Kesultanan Johor melalui laman sosial Facebook (FB).
Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 pagi ini di kawasan perumahan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, yang mengesahkan perkara itu, berkata penahanan suspek adalah untuk membantu siasatan kes yang dilaporkan di Balai Polis Skudai, semalam.
Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan komputer riba daripada suspek berkenaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, perintah reman untuk lelaki tersebut akan dipohon daripada mahkamah dalam waktu terdekat.
Wan Ahmad Najmuddin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan laman sosial untuk menyebarkan kenyataan berbaur fitnah atau hasutan, yang boleh mencemarkan kredibiliti kerabat diraja atau mana-mana individu.

Pembahagian kerusi PBT di Selangor selesai – Azmin

Posted: 08 Jan 2016 03:54 AM PST

Ia diteliti oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan perbincangan berjalan dengan lancar.
azmin-ali_pakatan_pas_600PETALING JAYA: Pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor sudah selesai sepenuhnya.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sambil menyatakan pihaknya gembira kerana semua pihak boleh menerima formula yang diputuskan sebelum ini.
Malah, penelitian sudah dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan perbincangan yang diadakan berjalan dengan lancar.
"Saya gembira semua pihak menerima hakikat ini dan kita sudah membuat keputusan. Ini bukan soal kuasa… bukan soal jumlah kerusi tapi tanggungjawab besar semua yang berkaitan kepada pembayar cukai," katanya yang dipetik dari laman portal Sinar Harian Online.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita sama ada wujud ruang perbincangan ekoran Parti Amanah Negara (AMANAH) mahukan kerusi lebih, Azmin menjawab perbincangan sudah dilakukan dan pihaknya sudah membuat keputusan.
Beliau menjelaskan, tanggungjawab terhadap khidmat kepada rakyat perlu diberi tumpuan ketika ini.

Malaysia Boleh...Di Australia..!!!

Posted: 08 Jan 2016 03:52 AM PST

Belanja duit negara A$5,000 (RM14,000) naik helikopter urusan parti, Speaker Parlimen Australia letak jawatan. Kat sini shopping terbang ke luar negara pakai jet mewah VVIP KERAjaan.. OK jer !!!

Bezanya kalau di luar negara w'pon bukan beragama Islam. Tahu letak jawatan atau tindakan undang2 terhadapnya diambil KERANA MEREKA ADA MARUAH DIRI !!!

Berbanding di M'sia nama saja beragama Islam, tapi tiada maruah diri malah begitu rakus guna harta rakyat demi kerseronokan, kemegahan & kesenangan mereka..

Mahasiswa terasa tekanan kos sara hidup meningkat

Posted: 08 Jan 2016 03:47 AM PST

AMANAH tak gila kuasa - Khalid Samad

Posted: 08 Jan 2016 03:47 AM PST

Mahasiswa ikat perut

Posted: 08 Jan 2016 03:46 AM PST

Bawa bekal ke pejabat hanya guruan, kata menteri

Posted: 08 Jan 2016 03:45 AM PST

Gambar suntingan PM macam Qu Puteh disiasat

Posted: 08 Jan 2016 03:45 AM PST

Kenapa menteri melayu UMNO suka tipu ??!!

Posted: 08 Jan 2016 12:18 AM PST


Sasaran pembangunan RMK-11 sukar dicapai akibat salah unjuran, rasuah

Posted: 08 Jan 2016 12:16 AM PST


KUALA LUMPUR 8 JAN: Malaysia tidak akan mencapai tahap pembangunan yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) berikutan pendapatan negara merosot akibat salah unjuran, selain gejala rasuah serta amalan pentadbiran terus berleluasa.
RMK11Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, berkata Malaysia memperuntuk  sumber pendapatan yang cukup tinggi iaitu RM260 bilion bagi menjayakan RMK-11 tetapi suasana ekonomi negara sangat lemah.
Mengikut RMK-11, katanya, pertumbuhan ekonomi disasar antara lima hingga enam peratus setahun tetapi ia tidak mudah untuk dicapai berikutan kadarnya pada masa ini hanya 3.9 peratus setahun.
"Sasaran itu tidak mudah dicapai memandangkan ekonomi dunia tidak menentu, maka sukar untuk negara kita mencapai prestasi yang disasar," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Apatah lagi, Timbalan Pengerusi DAP Perak itu, berkata unjuran pendapatan dibuat berdasarkan andaian harga minyak mentah dunia AS$70 setong sedangkan harganya jauh lebih rendah pada masa ini.
"Malaysia sebagai pengeksport minyak engalami pengurangan pendapatan yang besar kerana kejatuhan harga. Kita juga tidak tahu sama ada harga itu akan menjunam lagi pada masa depan.
"Jika berterusan, sudah pasti ia memberi impak negatif terhadap makro ekonomi negara. Pembangunan negara juga akan terencat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng: Pemimpin UMNO yang mesra Israel, DAP pula difitnah

Posted: 08 Jan 2016 12:15 AM PST


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kesal berikutan DAP difitnah menerima sejumlah dana dari Israel sedangkan pemimpin UMNO sangat mesra dengan pimpinan Israel.
"Mengapa kami diserang walaupun kami tidak pernah bertemu dengan Israel. Ada pemimpin yang telah bertemu dan berjabat tangan dengan Israel, mengapa ia tak jadi masalah?" katanya dipetik Malaysiakini.
najin israelBeliau dipercayai merujuk kepada beberapa pimpinan UMNO BN yang terbukti mesra dengan pemimpin Israel, antaranya Datuk Seri Najib Razak bertemu dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu di Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu,  malah Perdana Menteri itu dipuji portal berita Israel, Times of Israel.
Selain,  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi bertemu Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barack di pertunjukan udara di Paris pada 2009, selain beberapa pimpinan UMNO BN lain.
Malaysia juga walaupun mendabik dada mengaku menyokong perjuangan Palestin, sebaliknya menjalin hubungan dagang dengan Israel yang nilainya berjumlah AS$1.529 bilion dolar pada 2013, peningkatan dua kali ganda berbanding 2012 berdasarkan perangkaan Israel Central Bureau of Statistic.
Justeru, Guan Eng menyifatkan serangan PAS yang akrab dengan pimpinan UMNO BN itu bersifat 'dwistandard dan kemunafikan' dengan disasar bagi merosakkan imej DAP dalam kalangan orang Melayu-Islam, selain mencipta kebencian terhadap pemimpin bukan Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan lapan tapi muktamad 10 kerusi Amanah untuk Ahli Majlis PBT

Posted: 08 Jan 2016 12:13 AM PST

Khalid berkata, keputusan kerajaan negeri menambahkan  dua lagi kuota menjadikan 10 kerusi sangat dihargai Amanah.Khalid berkata, keputusan kerajaan negeri menambahkan dua lagi kuota menjadikan 10 kerusi sangat dihargai Amanah.Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini muktamad memperoleh 10 kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) hasil rundingan PAS, PKR dan DAP.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad dipetik berkata,keputusan kerajaan negeri menambahkan dua lagi kuota tambahan berbanding hanya lapan kepada 10 kerusi dan peningkatan ini sangat dihargai Amanah.
"Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Selangor sebab memasukkan Amanah dalam pentadbiran negeri menerusi lantikan ini.
" Amanah sangat menghargai jasa baik Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana mengiktiraf Amanah meskipun masih baharu, kami yakin angka ini akan dipertingkatkan lagi tahun demi tahun," katanya ketika sidang media di pejabatnya di sini.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menjelaskan pembahagian kerusi ahli majlis PBT iaitu dua ahli majlis di Hulu Selangor, Sabak Bernam, Sepang, Kuala Langat manakala Kuala Selangor dan Subang masing- masing seorang wakil Amanah ditempatkan.
"Jumlah 10 ini pun kita dah puas hati memandangkan Adun Amanah hanya dua orang.
"Kami turut menghargai jasa baik PKR dan DAP yang mengorbankan dua kerusi PBT milik parti mereka kepada Amanah," katanya.
Ketika ditanya sama ada Amanah mengidamkan posisi Exco di Selangor, Khalid berkata, buat masa ini cukuplah dengan posisi sedia ada.
"Exco? Tak payahlah lagipun susah perlu libatkan istana. Tapi kalau nak bagi kita terimalah.
Semalam Pengerusi Amanah Negeri Selangor, Ir Izham Hashim menyambut baik dan berterimakasih dengan kesediaan Pakatan Harapan Negeri Selangor memberi ruang kepada Amanah Selangor berperanan dalam PBT negeri.
Read More / Baca Lagi >>

PH meterai perjanjian elak serang antara komponen

Posted: 08 Jan 2016 12:03 AM PST

Kerana tidak mahu mengulangi kesilapan Pakatan Rakyat
khalid-samad
SHAH ALAM: Perjanjian Pakatan Harapan (PH) yang bakal dimeterai esok dirangka untuk mengelakkan perang terbuka antara pemimpin PKR, DAP dan AMANAH.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata penetapan displin dilihat perlu kerana pakatan baharu itu tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan komponen Pakatan Rakyat (PR).
"Kita harap, PH lebih berdisiplin dan saling memahami perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Perjanjian ini akan mengawal dan mengurus tindakan kita dan hubungan kita antara satu sama lain," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.
Pakatan Harapan wujud setelah kerjasama diantara Pakatan Rakyat retak ekoran percanggahan pendapat diantara DAP dan PAS berhubung isu hudud.
Perjanjian Pakatan Harapan yang bakal ditandatangani ini mengandungi tujuh fasal utama yang disepakati DAP, PKR dan AMANAH.

Kuota PBT: AMANAH puas hati

Posted: 08 Jan 2016 12:02 AM PST

Kenyataan Pengerusi AMANAH Selangor kenyataan peribadi.
Khalid-Abdul-Samad
SHAH ALAM: AMANAH Nasional berkata parti itu berpuas hati kerana diberi kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ketika diminta menjelaskan kenyataan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim semalam, Khalid berkata ia kenyataan peribadi dan bukan pendirian AMANAH.
"AMANAH puas hati diterima dalam negeri Selangor," kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri Izham. Ketika ditanya sama ada AMANAH akan terima pelawaan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sekiranya ditawarkan jawatan EXCO, Khalid berkata tidak perlu.
"EXCO? Tidak payahlah. Kita cuma dua kerusi (ADUN). Parti baharu lagi, setakat ini kami gembira," ujarnya.
Sebelum ini, Izham dilaporkan tidak berpuas hati dengan pemberian lapan kerusi ahli majlis PBT. Izham sebaliknya meminta sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk AMANAH.

Kos sara hidup: Putrajaya cari formula pulih keyakinan rakyat

Posted: 07 Jan 2016 11:54 PM PST

Kerajaan perlu jadi lebih prihatin terhadap isu diperkatakan supaya rakyat yakin dan bersama menangani isu berkaitan kos sara hidup.
social
PUTRAJAYA: Mesyuarat pertama jawatankuasa tertinggi menangani kos sara hidup hari ini membincangkan isu mengurus persepsi negatif di media sosial bagi meraih keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Kenyataan media jawatankuasa itu yang diedar hari ini, menyebut kerajaan memandang serius setiap perkara, komited dan proaktif mencari langkah menangani kenaikan kos sara hidup rakyat.
"Kerajaan perlu jadi lebih prihatin terhadap isu diperkatakan supaya rakyat lebih yakin dan bersama menangani isu berkaitan kos sara hidup rakyat.
"Rakyat juga perlu menjadi pengguna lebih bijak dalam membuat pilihan ketika berbelanja bagi mengurangkan impak kos sara hidup," katanya.
Mesyuarat jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, mesyuarat jawatankuasa itu turut membincangkan kos sara hidup pelajar terutamanya cara untuk menaik taraf penggunaan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia.
Katanya, isu tersebut akan dibawa kepada Jawatankuasa Khas Kabinet menangani kenaikan kos sara hidup sebelum sebarang keputusan dibuat.

Mustapa: TPPA dimeterai Feb dengan atau tanpa M'sia

Posted: 07 Jan 2016 11:52 PM PST

 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dimeterai pada Februari, dengan atau tanpa Malaysia, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Kami menjangka perjanjian itu dimeterai pada Februari dan kami akan membentangkannya di Dewan Rakyat pada 27 Januari dan Dewan Negara pada 28 Januari bagi pengundian," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan sesi pendengaran awam bersama usahawan kecil dan sederhana di ibunegara hari ini.
Terdahulu, diumumkan New Zealand, satu dari 12 anggota TPPA, dijangka menjadi tuan rumah majlis menandatangani perjanjian utama itu.
Negara-negara TPPA membentuk hampir 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia dan satu pertiga daripada perdagangan global.

Standard Menteri Najiib: Saranan bawa bekal, hanya gurauan- Hamzah Zainuddin

Posted: 07 Jan 2016 11:45 PM PST

Hamzah berkata, media tidak sepatutnya mengangkat perkara itu sebagai satu isu besar kerana ia adalah cara beliau bermesra dengan pegawai-pegawai ketika perhimpunan bulanan kementeriannya.
hamzah
PUTRAJAYA: "Saya tak suruh rakyat (bawa bekal). Selepas ini saya tak boleh melawak lagi, kena jadi serius dengan kamu semua (media)."
Demikian kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin menjawab isu saranan 'bawa bekal' ke pejabat bagi menangani kos sara hidup yang didakwa diputar belit oleh media.
Katanya, beliau hanya bergurau sesama pegawai-pegawai di kementerianya pada perhimpunan bulanan.
Hamzah berkata, media tidak sepatutnya mengangkat perkara itu sebagai satu isu besar kerana ia adalah cara beliau bermesra dengan pegawai-pegawai ketika perhimpunan bulanan kementeriannya.
"Saya cuma kata, saya ini menteri, menteri mana boleh bawa bekal. Di pejabat ramai, takkan saya nak bawa bekal makan seorang-seorang.
"Itu, saya begurau dengan pegawai di perhimpunan bulanan dan bukan ucapan yang ditujukan kepada rakyat," katanya semasa sidang media Jawatankuasa Tertinggi bagi menangani kos sara hidup.
Terdahulu sebuah sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa Hamzah menggesa kakitangannya untuk membawa bekal ke pejabat untuk menangani kos sara hidup yang kian meningkat.
Hamzah dipetik sebagai berkata, tahun 2016 akan menjadi tahun yang mencabar ekoran kelembapan ekonomi global di samping peruntukan bajet yang dikurangkan di semua kementerian dan agensi.
"Saya berbincang dengan Setiausaha Agung untuk mengambil beberapa langkah di jabatan kami. Kami memutuskan untuk tidak lagi menghidang makanan semasa mesyuarat dan semua kakitangan digalakkan membawa makan tengah hari mereka sendiri [ke pejabat].
"Bermula esok, saya juga akan membawa beras saya sendiri untuk memasak di pejabat. Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai saya pada waktu makan tengah hari, " katanya secara berseloroh.

Najib bakal kembungkan poket orang ramai..??

Posted: 07 Jan 2016 11:15 PM PST

Ubahsuai bajet oleh PM perlu susulan pendapatan majoriti rakyat menguncup akibat harga minyak global jatuh.
najib-bajet2016-revised
Akhirnya Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pindaan bagi Bajet 2016 dalam tempoh terdekat dalam satu majlis di Putrajaya pada 8 Januari 2016.
Kita sangat mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri itu kerana semua orang bimbang dengan keadaan ekonomi domestik.
Sana sini orang mengeluh mengenai saiz poket mereka yang dirasakan semakin mengecut akibat ketidaktentuan ekonomi ini.
Biasalah, apabila berlaku keadaan ini, anak dan menantu kepada arwah Tun Abdul Razak Hussein yang akan menjadi sasaran orang poket mengecil ini.
Kita harap Presiden UMNO ini janganlah marah kerana kejatuhan harga minyak dunia mendatangkan implikasi amat besar kepada pendapatan ramai orang, dan tentu mereka mencari tempat untuk meluahkan rasa.
Perkembangan itu diburukkan lagi dengan kejatuhan harga komoditi lain serta pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat.
Sudah tentu, orang marah, resah dan gelisah kerana bab duit adalah perkara yang amat sensitif kepada semua dan mahu kerajaan campur tangan selesaikannya.
Kita tengok, orang jadi takut untuk berbelanja lalu menjadikan mereka berhemah, sama seperti saranan Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet pertama tahun 2016.
Apabila orang belanja berhemah, perbelanjaan domestik jadi lemah dan perkara itu tidak bagus untuk kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Semua tahu bahawa kutipan GST sangat bergantung kepada aliran tunai yang dijana menerusi perbelanjaan domestik negara.
Justeru, pindaan Bajet 2016 daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Pertama diharap dapat memulihkan keyakinan orang untuk berbelanja, dan kerajaan dapat hasil, dan boleh dibelanjakan semula untuk manfaat orang ramai.
Pada masa sama, kita amatlah yakin orang yang poket makin mengecil ini ada peluang untuk mengembungkan poket mereka semula.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:12 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PAKATAN HARAPAN TANDATANGANI PERJANJIAN BERSEJARAH ESOK – SAIFUDDIN

Posted: 08 Jan 2016 04:37 AM PST

AMANAH TAK REBUT JAWATAN, PUAS HATI DAPAT 8 KERUSI – KHALID

Posted: 08 Jan 2016 04:36 AM PST

TWEET NAJIB ARAH KABINET BELANJA BERHEMAH DIHENTAM NITIZEN

Posted: 08 Jan 2016 04:34 AM PST

PAS TIDAK BOLEH BERSENDIRIAN, WAJAR KERJASAMA DENGAN PH – NIK OMAR

Posted: 08 Jan 2016 04:32 AM PST