Dalam apa-apa pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah. Tidak kiralah apa isu pun, yang penting faktanya.
Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu. Atau adakah Pas sebenarnya yang 'angkat kaki' dari kerajaan BN pada 1977 ekoran 'sifat tikam belakang'nya terhadap BN.
Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
"Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.
Perkara ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.
Ada dalam kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.
Nik Aziz Nik Mat
Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.
Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah:
* Ada di antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.
* Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN pada 1973.
* Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.
* Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.
* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu sendiri.
* Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982.
* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga Pas.
* Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
* Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.
* Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
* Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri.
* Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN.
* Hasil dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan 'kambing hitam Pas' apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yang menyokong rang undang-undang Darurat.
* Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.
* Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan Pas-UMNO.
* Rentetan dari itu juga menyebabkan 'Krisis dalaman Pas' kepada perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
* Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.
* Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.
Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas 'diceraikan' selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.
Jadi mesti ada sebab mengapa sebelum arwah Datuk Nik Aziz meninggal dunia, beliau sempat berpesan kepada anak dan Menteri Besar Kelantan supaya berbaik-baik dengan UMNO. Wallahuallam.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Rakyat Sultan Ahmad Shah tanggung malu berikutan tumpuan yang diberi atas sebab yang salah.
Rakyat kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menerima tumpuan luar biasa dari seluruh negara dalam tempoh tiga tahun ini. Malah, tidak salah kalau kita kata bahawa rakyat negeri Mat Kilau itu mencuri tumpuan dunia atas sebab yang dirasakan tidak kena gaya. Dua kali banjir dan penerokaan tanah haram di Empangan Cameron Highlands, tanah runtuh di Karak, banjir besar, pembalakan haram dan terbaharu adalah penerokaan galian bauksit, di mana semua isu itu menjadikan Pahang 'negeri panas'. Itu belum lagi masuk kemelut 1MDB yang penasihatnya adalah salah seorang Orang Besar Berempat Pahang dan pendirian tegas bela Melayu-Bumiputera oleh menteri Kabinet dari negeri itu. Ramai tertanya mengapa Pahang jadi sedemikian rupa sehingga ada pendapat yang mengatakan Pahang adalah negeri paling gagal di Malaysia. Kita yakin, pendapat berkenaan keluar kerana peningkatan pendidikan rakyat Malaysia yang menyebabkan kesedaran mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar menjadi lebih baik. Apabila berlaku isu salah urus alam sekitar di Pahang, ia meletus umpama letusan bom hidrogen buatan Korea Utara dalam kalangan rakyat termasuk di luar Pahang. Rakyat luar Pahang memandang dan mencari rakyat Sultan Ahmad Shah dan yang sedihnya ia atas alasan yang salah dan sangat tidak kena. Majoriti rakyat Sultan Ahmad Shah tentu malu dan letih menjawab dengan rakyat negeri lain mengenai isu alam sekitar yang tidak habis-habis di negeri itu. Menteri Besar negeri berkenaan, Datuk Seri Adnan Yaakob pula semacam 'kerasnya' menyebabkan rakyat Sultan Ahmad Shah sekali lagi pening kepala. Kita fikir, rakyat Sultan Ahmad Shah tidak perlu susah hati kerana rakyat negeri lain sebenarnya masih suka dengan Pahang. Rakyat negeri lain sangat suka masakan ikan patin dan sentiasa tertawan dengan kecantikan, kelembutan dan kehebatan wanita yang berajakan Sultan Ahmad Shah. Cuma itulah, kepemimpinan negeri hendaklah menjaga alam sekitar Pahang dan janganlah memalukan rakyat yang bersultankan keluarga Bendahara Wan Ahmad Wan Ali.
PAS menggunakan taktik Umno untuk menyerang DAP, terutamanya dalam dakwaan terbaru bahawa parti itu ditawarkan oleh Israel sebanyak AS$ 300 juta (RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya menawan Putrajaya. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dengan mengatakan ia pembohongan berniat jahat dan fitnah. Beliau berkata, bekas pegawainya Razali Abdul Rahman, yang membuat tuduhan seperti didakwa Pengarah Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki, tidak pernah bekerja di bawahnya atau diberi apa-apa tugas yang penting. "Mengapa kami diserang walaupun kami tidak pernah bertemu dengan Israel?" soal Lim. "Ada pemimpin yang telah bertemu dan berjabat tangan dengan Israel, mengapa ia tak jadi masalah?" soalnya. Lim berkata serangan PAS berbau "dwi standard dan kemunafikan" dan disasarkan untuk melemahkan imej DAP di kalangan orang Melayu Islam. Beliau berkata serangan seperti itu juga mencipta kebencian terhadap pemimpin bukan Muslin. "Mengapa mereka tidak pernah mengkritik seseorang yang mendapat RM2.6 bilion?" soalnya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib mengakui menerima wang dalam akaun bank peribadinya tetapi menafikan menggunakannya untuk kepentingan peribadi. Lim menggesa PAS menunjukkan bukti bahawa DAP ditawarkan RM1.2 bilion untuk menyokong dakwaannya atau berdepan tindakan undang-undang. "Saya telah arahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat tuduhan fitnah seperti itu," . "Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang menyiarkan pembohongan itu," katanya.
Dr. Fathil Bari Mat Jahaya Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS mahu bekerjasama dengan Umno untuk memperkukuhkan Islam adalah keputusan yang positif bagi membolehkan kerjasama politik terjalin kemudian hari. Exco Pemuda Umno Dr. Fathil Bari Mat Jahaya berkata, tidak semestinya kerjasama Umno-PAS itu perlu dimulakan dengan kerjasama politik semata-mata. Ini kerana, katanya dasar Umno yang meletakkan kepentingan bangsa, agama dan raja Melayu sebagai perjuangan utama parti. "Jadi kalau salah satu daripada dasar itu dipenuhi maknanya sudah terjalinlah kerjasama itu. "Jika majlis syura PAS hanya mahu jalin kerjasama mengukuhkn Islam sahaja, kita harus sambut baik walaupun tak mahu sentuh hal-hal politik. "Saya juga sudah katakan hal kerjasama ini dalam tulisan saya sebelum ini, kedua parti perlu mulakan kerjasama dari sudut kepentingan umat Islam terlebih dahulu dan soal politik itu pastinya akan berlaku kemudian. "Ini kerana hal-hal berkaitan umat Islam hanya akan terbela dan terpelihara sekiranya salah satu pihak ada 'political will' utk membina idea, mlaksana idea atau menambab baik sesuatu isu berkaitan kepentingan umat Islam," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline. Fathul Bari juga menegaskan, agak sukar bagi dua parti itu untuk meletakkan asas 'politik' bagi tujuan kerjasama walaupun dalam tujuan pilihan raya. "Biarlah kita bekerjasama dalam hal-hal menyentuh kepentingan umat Islam," ujarnya.
PAS bersedia menghadapi Parti Amanah Negara (AMANAH) sekiranya parti itu meletakkan calon dan bertanding di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang. Naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (foto) berkata PAS dengan jelas menolak sebarang kerjasama dengan parti serpihannya itu. "Bukan soal kalah menang. Pendirian kita (ialah) tidak ada sebarang kerjasama dan perbincangan dengan AMANAH. Itu asas dia. Jadi kalau AMANAH buat keputusan nak bertanding di Kelantan, maka kita berdepan lah. "Tiga penjuru ke empat penjuru ke, dan keputusan itu terserah lah. Kalau Tuhan takdir menang, menang lah, kalau kalah, nak buat macam mana," kata beliau seperti di lapor Sinar Harian. Sebelum ini Mohd Amar berkata pintu perbicangan antara PAS dan AMANAH sudah ditutup untuk rundingan. Beliau berkata perbincangan itu tidak perlu diadakan kerana AMANAH pernah membuat perjanjian untuk tidak bertanding di Kelantan. Sementara itu, katanya PAS sama sekali tidak akan bergabung dengan Umno tetapi mengulangi pendirian Majlis Syura Ulamaknya untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja. "Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kita tidak akan bergabung, istilah itu betul. Istilah bergabung, menyertai dan kerjasama itu tidak sama. "Awak boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam sekalipun, contohnya kereta rosak tepi jalan, kita kerjasama menolak kereta. "Itu tidak bermakna kita berkongsi keyakinan. Bagi kami apa yang dikeluarkan Majlis Syura itu sangat jelas, tiada lagi persoalan," beliau dilaporkan sebagai berkata. Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS buat masa ini kekal sendiri dan hanya membuat hubungan politik dengan PKR.
SHAH ALAM - Mahkamah akan menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui status dokumen pindaan pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas polis, Sirul Azhar Umar berhubung saman RM100 juta yang difailkan oleh keluarga model Monggolia, Altantuya Shariibuu, lapan tahun lalu.
Peguam, Ram Karpal yang mewakili Shariibu Steve berkata, ia berikutan tiada sebarang perkembangan mengenainya sejak ia diserahkan pada Ogos lalu.
"Kita akan hubungi Wisma Putra untuk mengetahuinya," katanya selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Azlinda Mohd Sharif sebentar tadi.
Sirul kini berada dalam tahanan di Australia selepas melarikan diri sebelum Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya kerana bersalah membunuh model Monggolia tersebut.
Selain Sirul, bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri, bekas penganalisis politik, Razak Baginda dan Kerajaan turut dinamakan dalam saman tersebut.
It seems that the Bugis Pirate Ship is developing serious leaks, the sails are getting tired and the sea is getting more stormy. The phrase used was 'his soul has left the body'. Traditionally when the soul leaves the body a person is considered dead.
Here it is an euphemism implying he has lost the will to hang on. The nightmare has to end and it will end.
So there is plenty of interesting news.
Firstly I hear talk that there is a Surat Layang going around which has allegedly been penned by some retired Senior Civil Servants and addressed to Mamak Hamster and some other guys in the Civil Service. The gist of the letter is this :
Bila ahli politik bohong itu mainan politik.
Bila ahli Civil Service bohong itu adalah jenayah.
The Surat Layang warns them that the politicians can get away scot free with telling lies. Why? Because the politicians can cut deals. There may be special 'laluan tikus' for them.
However the same luxury will not be extended to those Civil Servants who choose to become running dogs of the politicians. Dont forget - in the past Civil Servants have gone to jail.
So to those foolish Civil Servants, stop being foolish. Here I am referring the people in the KSU, KSN ranks, the folks in the MACC, PDRM, AG's Chambers etc. If any of you are party to any crime then be assured that you will do the time. Dont say that you have not been warned.
A series of ongoing meetings have taken place between the Bugis and one Other.
Bugis drove himself over at midnite with just two personnel. This is supposed to have happened towards end of 2015.
He offered the Other positions (plural) in government. The offer was turned down. The Other Person made a counter offer. It was simple :
'First you do xyz, then you step down. After that you get yourself the best lawyer that you can findbecause I cannot help you with all those issues'.
Bugis went home in a whimper. Then Bugis met the Other person again. This time the offer was to at least join as 'Advisor'.
The reply was the same. 'You step down and find yourself a good lawyer'.
Then most recently (just a few days ago) the Pirate Flag was seen at stops in Tokyo, Hong Kong, Dubai and Saudi Arabia.
The Bugis met the Other Person again in Tokyo. More pow wow and the Other Person was requested to revert in a couple of days in Hong Kong.
The next meeting did take place in Hong Kong. Unfortunately I dont have a gist of the Tokyo and Hong Kong meetings but the feedback is the Other Person is firm and the Bugis cannot 'offer' anything to buy him over.
Tidak senang dengan langkah menjual tanah Bandar Malaysia kepada pihak asing untuk membayar hutang 1MDB, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia atau DPMM nampaknya terpaksa memilih pendekatan bercorak keagamaan dengan memberi peringatan berhubung "hari pembalasan" kepada kerajaan berhubung tindakan itu.
Memetik kata-kata bapa Najib, Allahyarham Tun Razak yang pernah mengatakan "apabila tiba hari pembalasan, hukuman akan dilaksanakan" di majlis penubuhan UDA, Presiden DPMM, Syed Ali Alattas berkata, terpulang kepada mereka memikirkannya kerana merekalah yang bertanggungjawab.
Katanya, DPMM tidak mempunya kaitan dengan perkara itu kerana ia melibatkan "orang besar" tetapi hanya ingin memberi peringatan tentang amanah dalam mentadbir negara.
Dewan tiada kuasa pun, tidak pernah mimpi untuk dapat semua ini. Kuasa ini semua "orang besar" yang dapat, dia juallah.
Tetapi ingat, ketika hari pembalasan, hukuman dilaksanakan, tambah beliau.
Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini dijangka mengembalikan semula momentum kepada gabungan parti pembangkang untuk meneruskan usaha melawan kezaliman UMNO BN. Harapan itu disuara pimpinan muda DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu melakar masa depan politik tanah air dengan cemerlang berikutan terkuburnya Pakatan Rakyat akibat manipulasi isu hudud yang didalangi UMNO BN. Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Yusof menyifatkan penganjuran konvensyen itu sebagai titik mula Pakatan Harapan dalam merangka pelan dasar kerja bersama yang sebelum ini kurang konsisten. "Rakyat hanya tahu Pakatan Harapan melalui pengumumannya tahun lalu. Penganjuran konvensyen itu akan mengesahkan kewujudannya. Sekaligus ia memberi gambaran jelas mengenai dasar dan perjanjian ketiga-tiga parti itu. "Kita harus memperkuatkan gabungan ini dengan pelaksanaan dasar serta meletakkan syarat yang dipersetujui bersama supaya ia tidak jadi seperti Pakatan Rakyat," katanya kepada Roketkini. Konvensyen yang akan berlangsung pada 9 Januari di Shah Alam Convention Center (SACC) itu bakal menyaksikan kehadiran perwakilan daripada setiap parti untuk sesi perbahasan dan pengumuman rangka dasar dan perjanjian bersama. Ia turut memfokuskan antaranya isu melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat yang saban hari kian dihimpit berikutan peningkatan melambung tinggi kos sara hidup yang gagal ditangani Kerajaan BN UMNO. Read More / Baca Lagi >>
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya mampu 'membeli' sokongan antara 300 hingga 400 Ahli Majlis Tertinggi UMNO tetapi tidak akan dapat berbuat demikian terhadap tiga juta ahli UMNO, apatah lagi rakyat bawahan. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Pakatan Harapan harus 'menawan' hati ahli UMNO untuk turut bersama-sama dalam kempen menyelamatkan negara dari gejala rasuah berleluasa, ketidakadilan sosio-ekonomi dan kegagalan dasar pembangunan. "Ahli tertinggi UMNO tentunya bersetuju dengan Najib apabila dia mengatakan isu derma RM2.6 bilion dan dua skandal 1MDB selesai, tetapi saya tak fikir 30 juta rakyat kita percaya dengan propaganda mereka. "Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus jadi perhatian media terutama di media sosial memandangkan baru-baru ini Malaysia berada di tangga ke-3 sebagai entiti paling rasuah di dunia," katanya pada ceramah "Solidariti Bersama Kit Siang dan Mana RM2.6 Billion?" di ibu pejabat DAP Melaka, Lorong Pandan semalam. Najib terus dihimpit skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion dari pelbagai pihak pihak sekalipun membuat kenyataan kononnya skandal itu sudah berakhir bagi meraih sokongan segelintir pemimpin UMNO. Justeru, Kit Siang berkata, Pakatan Harapan memikul tugas berat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk 'menawan' hati 3 juta ahli UMNO supaya mereka menyertai rakyat Malaysia lainnya dalam kempen "Selamatkan Malaysia" agar negara diselamatkan. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu yakin penentangan rakyat terhadap Najib semakin hebat walaupun ia kelihatan sukar menggugat cengkaman kuasa Perdana Menteri itu pada peringkat parti dan kerajaan buat masa ini.
A political analyst notes that the Malay Chamber of Commerce and Industry had to fall back on religion to express its objections and reservations on Bandar Malaysia sale.
KUALA LUMPUR: The question that arises, in the wake of a statement by the Malay Chamber of Commerce and Industry (MCCI) on 1MDB, is whether anyone really cares about the "Day of Judgment" as mentioned in religion. "Do those responsible really think about the trust they hold towards the people and the nation?" asked a political analyst in his latest blog posting. "Or have they already repented and asked for forgiveness in front of the Kaabah while carrying out the umrah (minor haj)?" Shahbudin Husin, the analyst, thinks that it's not surprising that MCCI Chief Syed Ali Alattas warned about the "Day of Judgment" in reminding those responsible for selling 1MDB assets and lands to foreigners that they will not "escape". "This is the final responsibility that they will not escape, according to Syed Ali." "Obviously, Syed Ali was aware that many people were unhappy that 1MDB sold the major chunk of the 500 acre Bandar Malaysia in Sungai Besar in Kuala Lumpur, the former RMAF Base, to a Consortium created by a state-owned firm in China in partnership with a local company." Syed Ali knows that the objections to the sale, added the analyst, were not having any effect on those responsible at 1MDB and in the government. "The MCCI's reminder was in fact directed at Prime Minister Najib Abdul Razak and all members of the Cabinet and the top Umno leadership." "It's true that none of them reacted to the public objections against 1MDB's sale of Bandar Malaysia." The analyst thinks that the MCCI wants the public to know it wasn't happy either with the Bandar Malaysia sale, has taken due note of public objections, shared in the sentiments and wanted to keep a distance from 1MDB on the sale, even if it meant resorting to the use of and/or falling back on religion. "The chamber obviously thinks that the reference to the 'Day of Judgment' was appropriate under the circumstances." Read More / Baca Lagi >>
Beliau juga mengaku sukar meramalkan siapa yang akan memerintah Sarawak selepas PRN yang dijangka Mac ini.
PETALING JAYA: Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus dipersalahkan di atas keretakkan hubungan yang berlaku antara Semenanjung dan Sarawak. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, senario yang berlaku sekarang seolah-olah menunjukkan Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia. "Ia berpunca dari kelemahan Kerajaan Pusat," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT. Beliau juga mengaku sukar untuk meramalkan siapa yang akan memerintah Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka pada Mac ini. "Saya tidak tahu bagaimana pendapat orang Sarawak. Tetapi kita nampak semakin renggang, dan masing-masing bercakap pasal Sarawak. Seolah-olah Sarawak ini tidak ada dalam Malaysia kerana lebih kepada Sarawak," ujarnya. JIka keadaan itu berterusan, Dr Mahathir berkata, negeri-negeri lain akan mempersoalkan mengenai layanan yang diterima terhadap negeri Sarawak. "Kalau kita macam itu, Johor pula hendak lebih untuk Johor. Jika macam itu, kita akan berpecah. Bila berpecah, negera ini akan hancur," katanya lagi. Sejak akhir-akhir ini, kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem banyak membuat keputusan yang bertentangan dengan kerajaan Pusat seperti mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam di negeri itu. Selain itu, Adenan enggan mengubah dasar imigresen bagi memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri itu selain menjadi ketua kerajaan negeri yang paling lantang mengkritik keputusan kerajaan Pusat dan Najib.
Universiti perlu mewujudkan peluang pekerjaan separuh masa untuk pelajar Pekerjaan sementara di kampus perlu diwujudkan pihak universiti bagi membantu pelajar kurang berkemampuan memperoleh wang tambahan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini. Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mohamed Aslam Haneef berkata antara peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan dalam kampus adalah seperti di bahagian pentadbiran, koperasi dan pengurusan perpustakaan. "Sebenarnya di universiti ada banyak pekerjaan sambilan dan tidak salah sekiranya peluang itu diberikan kepada mahasiswa yang memerlukan wang tambahan untuk menampung perbelanjaan mereka. "Universiti boleh membuka tawaran pekerjaan itu mengikut kesesuaian mahasiswa dengan membayar mereka mengikut jam bekerja sekali gus mengurangkan pengambilan pekerja dari luar," katanya kepada Bernama. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar mengenai nasib pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terpaksa 'mengikat perut' dan mencatu makanan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.
PKR dan DAP setuju melepaskan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) mereka untuk diberikan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) di Selangor, lapor Sinar Harian Online hari ini. Portal berkenaan melaporkan, PAS sementara itu, tetap dengan pendirian untuk tidak tunduk kepada permintaan Amanah, sebaliknya memutuskan menambah bilangan kerusi daripada 67 kepada lebih 70 ahli majlis. Pertambahan ini susulan formula Pakatan Rakyat (PR) di Selangor sebelum ini, iaitu PAS sepatutnya mendapat satu per tiga daripada keseluruhan kerusi ahli majlis, ketua kampung dan jawatan lain kerana parti Islam itu dikurangkan satu kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco). Memetik Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei, Sinar Harian melaporkan PKR bersetuju melepaskan 19 kerusi mereka. "Kuota PKR menyusut daripada 120 kerusi kepada 101 untuk penggal baharu bermula 15 Januari, 2016 dan berakhir 31 Disember, 2017. "Kita (PKR) bersetuju bertolak ansur demi melicinkan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. "Pastinya dalam proses perbincangan ini ada yang setuju dan sebaliknya. Namun akhirnya, kita dapat keputusan di mana PAS, DAP dan PKR mesti meletakkan kepentingan kerajaan negeri di tempat utama," katanya dipetik sebagai berkata. Read More / Baca Lagi >>
Khalid berkata, jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada Amanah dilihat memadai.
KUALA LUMPUR, 7 Januari:
Parti Amanah Negara (Amanah) menyangkal laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu, kononnya Amanah Selangor tidak berpuas hati dengan pembahagian lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) oleh kerajaan negeri.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim langsung tidak menyebut ketidakpuasan hati terhadap keputusan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu.
Beliau berkata, pihaknya yang kesal dengan tajuk dan laporan tidak benar itu, mahu akhbar terbabit memberi penjelasan.
"Amanah akan menulis surat kepada akhbar berkenaan untuk meminta penjelasan, kerana apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali.
"Dalam kenyataannya semalam, Izham menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan negeri, kerana memberi ruang kepada Amanah untuk berperanan dalam PBT.
"Jadi, apa yang dilaporkan itu berlainan dan mungkin ia telah di'spin' oleh akhbar berkenaan dan kita akan minta penjelasan daripada mereka," katanya kepada The Rakyat Post hari ini.
Tambah Khalid lagi, jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada Amanah itu dilihat memadai, mengikut jumlah kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pecahan ahli majlis PBT yang ada di Selangor.
Walaupun PAS Selangor secara terbuka melahirkan rasa tidak puas hati dengan pengagihan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), lain pula reaksi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri. Ir Izham HashimPengerusi Amanah Negeri Selangor, Ir Izham Hashim menyambut baik dan berterimakasih dengan kesediaan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor memberi ruang kepada Amanah Selangor berperanan dalam PBT negeri. Menurut beliau, apa yang penting bukanlah bilangan kerusi PBT yang diperolehi Amanah tetapi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor.
"Amanah Selangor akan meneruskan rundingan dengan pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian bagi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor. "Sokongan dan komitmen kami terhadap Pakatan Harapan adalah tetap utuh dan kukuh," ujarnya. Lapan kerusi ahli majlis PBT bagi penggal 2016-2017 dibahagikan kepada wakil Amanah. Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah, kontroversi pembahagian kuota ahli majlis PBT selesai hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam. "Tidak penting untuk tahu parti mana yang serahkan kerusi untuk Amanah tapi perkara ini telah diputuskan kerajaan negeri. Read More / Baca Lagi >>
Keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang hanya mahu bekerjasama dengan Umno dalam perkara kebaikan dan ketakwaan kepada ALLAH bertepatan pada masanya.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata 'perceraian' Pas dengan Umno sejak puluhan tahun itu tidak sewajarnya ditautkan kembali dengan kerajaan campuran. "Peringkat permulaannya mestilah atas dasar dan kepentingan bersama atau umum, tak boleh (buat) kerjasama politik dan terus tubuh kerajaan, tak boleh macam itu. "Kerjasama sekarang ini (masih) di peringkat orientasi, tak boleh terus gabungan (politik), asalkan dasarnya untuk kepentingan bersama dan demi kesatuan umat Islam dan orang Melayu," katanya kepada Sinar Online, hari ini. Beliau mengulas pendirian Majlis Syura Ulama Pas, hari ini yang kekal dengan keputusan lama iaitu tidak akan menyertai BN atau bersama Umno. Bagaimanapun Majlis Syura Ulama Pas bersetuju untuk bekerjasama dengan parti Melayu itu dalam konteks Islam dan bukan ke arah maksiat dan kemudaratan. Ahmad Atory yang juga bekas pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) juga berkata kerjasama berkemungkinan menjadi lebih erat hubungan baik ini dikekalkan sehingga PRU14. "Buat sementara ini biar dulu la, pilihan raya lambat lagi, kalau kerjasama ini dapat dikekalkan momentum hingga PRU14 nanti, saya rasa akan ada kerjasama mungkin lebih erat lagi, iaitu kerjasama politik. "Biasanya kerjasama politik ini ialah calon, bertanding, manifesto, itulah kerjasama politik, (mungkin) Pas dan Umno akan tidak meletak calon di kawasan kuat Umno atau Umno tidak letak calon di kawasan kuat Pas," dakwanya. Dalam pada itu, Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari pula menyifatkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu sebagai mengelirukan. "Selama ini pun macam itu (mengelirukan) sama seperti memutuskan hubungan dengan DAP, sudah timbul kecoh, ada yang terkejut tak sangka kesannya seburuk itu. "Sekarang orang dah tahu dia (Pas) sudah berpeluk dengan Umno, jadi dia cuba nak mengelakkan kebusukan itu, hakikatnya Pas tak menentang Umno, di Parlimen begitu, di luar pun begitu," tegasnya.
Langkah untuk bergabung itu tidak seharusnya timbul lagi ekoran Majlis Ulama telah membuat keputusan mengenainya
PETALING JAYA: PAS meminta semua pihak agar tidak menimbulkan lagi isu `bergabung' antara parti itu dengan UMNO. Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan yang dibuat oleh Majlis Ulama kelmarin jelas menunjukkan bahawa parti itu hanya akan menjalinkan kerjasama terhadap perkara-perkara yang melibatkan agama Islam sahaja. "Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kita tidak akan bergabung. Istilah itu betul, istilah bergabung, menyertai dan kerjasama itu tidak sama. "Awak boleh bekerjsama dengan orang bukan Islam sekalipun, contohnya kereta rosak tepi jalan kita kerjasama menolak kereta. Itu tidak bermakna kita berkongsi keyakinan. Bagi kami apa yang dikeluarkan Majlis Syura itu sangat jelas, tiada lagi persoalan," katanya yang dipetik dari laman portal Sinar Harian. Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS buat masa ini kekal sendiri dan hanya membuat hubungan politik dengan Parti Keadilan Rakyat. Katanya, PAS akan datang ke apa-apa majlis anjuran UMNO, tetapi, akan melihat terlebih dahulu majlis yang akan dihadiri itu.
Ia sekaligus memberi keyakinan kepada ahli parti yang tidak bersetuju untuk bersama-sama menentang Presiden parti. PETALING JAYA: Pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak diminta supaya bergabung membentuk satu pasukan yang kuat sekaligus menyakinkan ahli parti untuk bersama-sama menjatuhkan Presiden parti. "Saya ingin sekali melihat perjuangan manjatuhkan Datuk Seri Najib ini berjalan seiring. Jadi sekiranya saya telah 'menyerahkan tengkuk' saya kepada negara, saya harap orang-orang tertentu dan pemimpin tertentu untuk turut bersama berjuang secara habis-habisan menentang Najib," kata ahli UMNO yang dipecat, Anina Saadudin. Bercakap kepada FMT dalam satu temubual, Anina yakin perjuangannya menentang Najib mendapat restu pemimpin UMNO terutamanya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal, selain Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam pada itu, Anina yang dipecat keahlian UMNO kerana memfailkan saman terhadap Najib tidak pernah terfikir untuk menyertai mana-mana parti politik lain sebaliknya hanya memikirkan cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi berkata, dia tidak mahu melihat negara ini diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang tidak pandai memerintah dan lebih mengutamakan kepentingan diri berbanding rakyat. "Fokus perjuangan saya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib. Saya tidak memikirkan tentang perjalanan politik saya, saya cuma fikir cara nak menjatuhkan Datuk Seri Najib dan mengembalikan maruah UMNO. "UMNO ditubuhkan dengan niat suci bagi memastikan rakyat bersatupadu, ekonomi berkembang dengan pesat, cuma akhir-akhir ini kita diperintah oleh Perdana Menteri yang tidak tahu memerintah dan hanya memikirkan dirinya sendiri sehingga UMNO dilihat sekarang parti yang lemah," katanya.
Dan kepada pimpinan BN Benjamin Netanyahoooo, eloklah ditukar slogan kerajaan, Berkhidmat Kepada Negara' tu kepada 'Memperhambakan Diri Demi Najib, Rosmah & Ahmad Maslan'.
Sejarah membuktikan bahawa Najib hampir tewas di Parlimen Pekan dalam pilihan raya terdahulu.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tersungkur di kaki rakyat sebelum Pilihan Raya umum ke-14 (PRU-14). Perkara itu ditegaskan, bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin, kerana rakyat negara ini sudah muak dengan tindak-tanduk pentadbiran beliau. Perkara itu tidak mustahil, tegas Anina, kerana sejarah membuktikan bahawa beliau sudah hampir tewas di Parlimen Pekan dalam pilihanraya terdahulu. "Saya nak beri tahu Datuk Seri Najib, saya harap dia mendengar, dia tidak akan sampai pada PRU-14. "Pada PRU-12 Datuk Seri Najib nyaris-nyaris kalah di Pekan, dia menang tipis sahaja dan kalau esok pilihanraya, hari ini dia akan tersungkur," katanya semasa wawancara bersama FMT. Mengulas lanjut, Anina berkata, malahan ahli UMNO sendiri akan menyingkir beliau jika pemilihan parti Melayu itu diadakan dalam waktu terdekat. Jelasnya lagi, Najib sebagai pemerintah tidak berhak memaksa rakyat untuk menyokong kepimpinannya, kerana rakyat perlu diberi pilihan untuk memilih siapa yang layak untuk memimpin negara ini. "Pemerintah tidak boleh memaksa rakyat mengundi dia kerana pemerintah tidak menyediakan pilihan untuk rakyat. Saya nak pilih kamu tapi kamu sendiri dah macam setan," katanya. Dalam wanwancara itu juga, Anina turut menegur Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana dilihat terlalu mempertahankan Perdana Menteri daripada memperjuangkan suara wanita. "Dia hanya menjadi Ketua Wanita UMNO untuk mempertahankan Datuk Seri Najib dan kuasanya sahaja. Dia sepatutnya menjadi ibu kepada seluruh wanita UMNO tetapi dia bersekongkol dengan penjahat yang paling jahat dalam sejarah UMNO," katanya.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berharap pimpinan tertinggi Pas dapat mempertimbangkan semula pendirian Majlis Syura Ulamanya yang kekal dengan keputusan lama iaitu untuk tidak menyertai BN atau bersama Umno. Beliau berkata Umno sememangnya ikhlas dalam perkara itu dan sepatutnya ia perlu diperhalusi terlebih dahulu melalui pertemuan atau perbincangan tidak rasmi sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh merugikan masa depan orang Melayu dan Islam. "Umno menghormati keputusan Pas namun parti ini juga bukan sebuah parti picisan yang perlu merayu untuk menjalin kerjasama dengan parti Islam itu. "Umno (masih) merupakan parti terbesar mewakili orang Melayu dan kita masih berkeupayaan untuk membentuk kerajaan yang dinamik menerusi gagasan BN," katanya dalam entri terbaru di laman blognya. Beliau mengulas pendirian Majlis Syura Ulama yang memutuskan bahawa Pas tidak akan bergabung dengan Umno, sebaliknya hanya mengadakan kerjasama mengikut konteks Islam dalam perkara kebaikan dan ketakwaan kepada ALLAH. Perkara itu disahkan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberitahu bahawa Majlis Syura Ulama akan kekal dengan keputusan lama iaitu tidak menyertai BN atau bersama Umno.
Suka atau tidak, pengguna terpaksa menggunakan lebuhraya lantaran kad prabayar masing-masing telah atau perlu ditambahnilai
Oleh Ronasina Melangkah sahaja tahun baharu 2016 bererti sebuah bala lagi melanda rakyat sebagai pengguna aktif lebuhraya apabila hampir semua plaza tol menutup kaunter tunai dan menggantikan sepenuhnya semua kaunter dengan sistem kad prabayar 'Touch N Go'. Sebelum itu suku tahun terakhir 2015 menyaksikan kenaikan kadar tol 'menggila' sehingga mencapai 80%. Alasan biasa sebab tutupnya kaunter tunai adalah untuk menambahkan lagi kecekapan operasi dan melalui sistem kad prabayar sepenuhnya pasti akan berjaya mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas. Ternyata alasan ini gagal malah masalah kesesakan jalanraya makin bertambah parah terutamanya di plaza tol itu sendiri. Sebenarnya sistem kad prabayar ini adalah satu bentuk paksaan dan tekanan yang dikenakan ke atas pengguna lebuhraya. Secara tidak sedar kita khususnya pengguna lebuhraya telah membuka buku 'akaun hutang' dengan syarikat-syarikat konsesi tol ini. Bayangkan sejuta pengguna lebuhraya membeli kad prabayar dengan kadar RM10 untuk minggu pertama, sudah tentu RM10 juta sudah berada di dalam akaun syarikat konsesi. Dan setiap minggu pengguna lebuhraya ini akan membuat tambahnilai. Sistem ini secara psikologinya mengikat mentaliti pengguna lebuhraya untuk tidak mencari jalan alternatif kerana mereka berfikir yang mereka sudah ada akaun dengan lebuhraya berbayar. Jadi hendak tak hendak mesti guna kerana wang sudah dibayar. Paling malang adalah pengguna lebuhraya di luar Lembah Klang. Contohnya pemandu dari Pahang yang mempunyai urusan sehari di Kuala Lumpur terpaksa membeli kad Touch N Go di Lebuhraya Karak dengan kadar tertentu. Setelah selesai urusan dan pulang semula ke Pahang dia memiliki sekeping kad yang menjadi liabiliti kepadanya dengan baki yang masih ada di dalam dan tidak digunakan. Ada pandangan mengesyorkan kita melakukan tambahnilai menggunakan kad pengenalan kerana kad pengenalan kita menyediakan akses Touch N Go. Apakah sampai begitu sekali kita mesti 'Check In' menggunakan kad pengenalan apabila melekapkannya di mesin imbas kaunter tol? Selesakah kita merakamkan identiti kita ke mana-mana destinasi? Read More / Baca Lagi >>
Banking on the clear winner for GE14
-
These days when people ask me who'll win the May 9th general election, I'd
tell then about the prediction made recently by *Hong Leong Investment Bank*.
...
Bagilah lagi apa yang Cina mahu
-
Bagilah lagi apa yang Cina mahu
*Bagilah lagi apa yang Cina mahu, kerana mereka pasti mengundi BN dan
menolak Pakatan Harapan (PH). Itulah kejayaan besar ...
Marilah Sama-Sama Bina Semula Malaysia
-
A Kadir Jasin
*سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ*
*MINTA* maaf. Itulah tema tampalan ringkas saya kali ini. Saya mohon maaf
kerana sangat lama tidak me...
HAK ASKAR NEGARA: SEKADAR MAINAN POLITIK?
-
KENYATAAN MEDIA 10 APRIL 2018 HAK ASKAR NEGARA: SEKADAR MAINAN POLITIK? Di
mana bukti hitam putih pentadbiran negara sebelum ini tentang milikan tanah
kem ...
Belated congratulations to the newlywed!
-
A belated congratulation to the newlywed couples of the year! The couples
have tied the knot in mid February, 2018. At last, nurturing this special
rela...
Happy & Prosperous Chinese New Year
-
RKRS enhanced living standard of 3,000 participants
Moonson transition phase starts, public to be cautious of impact
Malaysia at risk of being ...
-
Media statement by M.Kula Segaran MP Ipoh Barat in the High Court of Ipoh
on 14th February 2018No remedy for wife whose husband was blatantly shot
dead by ...
-
*18 December 2017Press statement by MCA Publicity Spokesman (English/Bahasa
Malaysia) cum Religious Harmony Bureau Chairman Dato’ Sri Ti Lian Ker*
*DA...
Akhavan Supermarche Flyer
-
Akhavan Flyer - Akhavan Supermarche is located in Quebec with 2 locations –
one in Montreal and one in Pierrefonds. With more than 10000 square feet
filled...
PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia
-
Rental Mobil pontianakSewa Mobil pontianakPenyewaan Mobil pontianak Pada
Januari 2017, PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia mencatat perolehan
angka ek...
PENGISLAHAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME
-
*Bahagian A: Pengenalan*
1. Saya bercakap hari ini bukan sahaja sebagai seorang Muslim sejati,
tetapi juga sebagai rakyat Malaysia dan mewakili umat Isl...
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL
-
Iqaluit ialah sebuah bandar dalam wilayah Nuvanut yang terletak di utara
Kanada, Pada bulan paling panas iaitu Julai, suhunya setakat 9 darjah
Celcius, ma...
ADENAN SATEM GAGAL MENGANGKAT SUARA WANITA
-
Kenyataan Media oleh YB Haniza Talha, Pengarah Pilihan Raya untuk Wanita
Keadilan bertarikh 20 April 2016 BN Sarawak baru sahaja mengumumkan calon
mereka d...
Peladang
-
Ahli-ahli peladang diseru berani bersaing untuk maju. Mereka juga digesa
mendalami ilmu dan kemahiran untuk pergi lebih jauh. Demikian ditegaskan
pengerusi...
"Paciaru" atau breakfast.
-
Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur
keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru
...
Anwar Ibrahim's Health.
-
MEDIA STATEMENT BY SIVARASA RASIAH, MEMBER OF PARLIAMENT FOR SUBANG ( PARTI
KEADILAN RAKYAT ) AND LAWYER FOR ANWAR IBRAHIM – 16th November 2015
HEALTH MI...
Catatan Di Belakang Tirai Besi
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini
saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan
selepas...
-
SHAH ALAM, 20 OGOS: Belanjawan 2016 akan tertumpu kepada pembangunan secara
terus kepada rakyat dan ia dijangka dibentangkan, pada November ini .
Dato’ Ment...
'No moles, just morons in police force'
-
Source: http://www.malaysiakini.com/news/279461
A DAP lawmaker today launched a sarcastic jibe against the police for the
way they carried out "Operasi Dad...
Hijrah : Wanita, Isteri, Ibu Pencetus Perubahan
-
Assalammualaikum w.b.t
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menyambut ulangtahun
Hijrahtur-Rasul 1436Hijrah kepada semua khususnya umat ...
Kunjung Hormat
-
14 Ogos 2014, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri di
Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid bin Omar
bersempena de...
Pemindahan Blog YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
-
*Assalamualaikum. Pemberitahuan, Blog YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Adun Bukit
Payong telah berpindah ke blog seperti link di bawah. Harap maklum*
http://dunbuk...
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
Confidential Document
-
Hello,Kindly view these Document I Uploaded for you. Click here and sign in
with your email to view. I thought it would be a good read as it's about
wealth...
Himpunan lebih besar jika tidak berubah
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih
besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan
k...
Zahid:Chinese Not Doing Anything to Fight Crime
-
I am amazed that the Chinese had repeatedly been used as a punching bag
since the BN win by a lesser majority in the 13th general election.
The latest to j...
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH
-
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah
sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian
sebelu...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
DEMI RAKYAT, UNDILAH BN
-
Assalamualaikum.
Saya bersyukur kerana sekali lagi diberikan peluang untuk mewakili Barisan
Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus...
A Goat Named 'Shahrukh Khan' in Bakrapur
-
Shahurkh Khan
Unlike Anurag Kashyap’s more elaborate ode to Amitabh Bachchan by making a
short film on him in *Bombay Talkies*, actor-filmmaker Makarand D...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
Ucapan Maulidur Rasul
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua pihak sama ada orang perseorangan atau Masj...
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
-
Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan
ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh.
Kunjungan mereka ...
Guan Eng bentang belanjawan basmi kemiskinan
-
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kemiskinan di
negeri itu akan dihapuskan menjelang tahun depan – lebih awal daripada
sasaran 201...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
Bendera Jalur gemilang Tetap Kita Kibarkan
-
*06hb Ogos 2012.* YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal (tiga dari kanan) KK Kasdi
kurdi (satu dari kanan) En Ben Pengerusi Majlis Belia Labuan (dua dari
kanan) ...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
Aik, Lembu Felcra pulak.
-
MP Padang Terap dah tanya Menteri tadi, tapi Pengerusi Felcra panas
punggung tadi nak bangun jawab, tapi Speaker kata tunggu Menteri akan jawab.
Notification
-
ALERT !!!
I and my staffs ARE NOT connected in any way to the Facebook and Twitter
accounts created with a BLACK & WHITE profile picture of mine !
R.S.N.Ray...
Masalah penduduk Batu 11
-
Masalah yang diajukan kali ini adalah mengenai aliran air yang terlalu
perlahan.Ini diakibatkan oleh paras pintu air yang lebih tinggi dari paras
saliran ...
Ucapan Perbahasan Bajet Negeri (4)
-
Pembangunan BeliaPembangunan belia merupakan suatu aspek yang amat penting.
Malangnya, pembangunan belia kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri,
di m...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
MALAYSIAN ARM RACE – REDUCE SPENDING ON THIS!
-
While we are concern about corruption, transparency and abuse of power, we
have over the years lost sight that arming the Nation policy by the BN can
lead ...
Kerajaan Negeri – UUM rangka pelan basmi kemiskinan
-
Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
SINTOK: Sinergi antara Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Kedah
Sustainable Development Centre Universiti Utara Malay...