Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Bongkak...!!! Pas Selangor tetap pendirian, enggan kerjasama Umno?

Posted: 05 Jan 2016 10:48 AM PST


Pas Selangor hari ini sekali lagi menyatakan pendirian tegas bahawa tidak akan berlaku sebarang gabungan antara parti itu dengan Umno.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata demikian ketika diminta mengulas terhadap kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE).

"Pas Selangor akan terus menjaga kebajikan semua rakyat yang mana Umno telah gagal melaksanakannya," katanya melalui aplikasi WhatsApp disini hari ini.

Semalam lapuran kaji selidik IDE mendapati kerjasama Umno-Pas tidak akan memberi sebarang manfaat kepada nasib orang Melayu di negara ini.

Malah dikhuatiri juga kerjasama itu menyebabkan perpecahan susulan kemarahan penyokong Pas terhadap Umno masih menebal.

Cakap-cakap tentang kerjasama Umno-Pas hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Tun Najib Razak menghulurkan tali silaturahim kepada Pas di hadapan ribuan penyokongnya pada Perhimpunan Agung Umno, bulan lalu.

Kelmarin, Pas mengesahkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan satu taklimat khas Sabtu ini bagi menerangkan isu kerjasama dengan Umno kepada pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


YB LAU KENG EE (DAP) TERIMA SUAPAN RM200,000, LIM GUAN ENG CUBA SEMBUNYIKAN , SPRM ?

Posted: 05 Jan 2016 09:46 PM PST


lau2Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Pengkalan Kota, Pulau Pinang, YB Lau Keng Ee membuat laporan polis mendakwa keselamatannya diancam oleh seorang lelaki bernama 'Jackie' terbongkar pula kisah sebenar di antara mereka berdua itu.
YB Lau dan 'Jackie' saling mengenali antara satu sama lain kerana 'Jackie' atau nama sebenarnya Chan Swee Teik merupakan aktivis parti di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili ADUN DAP itu.
'Jackie' disebut sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan C.Y.Choy.
Laman berbahasa Cina, penangheadline.com mendedahkan Lau mengambil rasuah sebanyak RM200,000 daripada Jackie untuk melobi mendapatkan projek perumahan di negeri itu.
Namun, Lau gagal mendapatkan projek itu sedangkan duit rasuah sudah diambil.
lau-penang
Lau marah dengan dakwaan laman itu dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang jika penangheadline.com gagal mengemukakan bukti.
lau

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Iktibar Dari 18 Negara Arab, Moga Malaysia Dilindungi Allah

Posted: 04 Jan 2016 11:30 PM PST


331,000 nyawa menjadi korban, hampir berjuta orang menjadi pelarian. Hilang tempat tinggal dan hilang mata pencarian. Kanak kanak yang belum faham erti politik dan perang turut menjadi mangsa. Ianya berlaku di Timur Tengah.

Majoritinya adalah negara negara Islam. Moga rakyat Malaysia mengambil iktibar dan pengajaran daripada 18 negara ini. Usahlah bersengketa hingga hancurkan negara.

49% Saham Dijual Kepada Temasek, Kenapa DAP Diam Tentang Ini?

Posted: 04 Jan 2016 10:17 PM PST


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:23 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Idris saran ‘Sultan Melaka’ sertai Maharaja Lawak

Posted: 05 Jan 2016 09:17 PM PST

Beliau menganggap Noor Jan dan kumpulan yang menerima darjah kebesaran baru-baru ini sebagai kumpulan lawak yang patut mengadakan persembahan teater bergerak di seluruh negara
sultan-melaka
PETALING JAYA : Datuk Seri Idris Haron menyarankan individu yag mengaku dirinya sebagai 'Sultan Melaka' supaya menyertai program Maharaja Lawak kerana sering kali membuat perkara-perkara berunsur jenaka.
Ketua Menteri Melaka itu berkata, individu yang mengaku dirinya Sultan Melaka, Noor Jan Tuah, 58, bersama rakan-rakannya yang menerima pingat baru-baru ini juga boleh dianggap sebagai kumpulan lawak jenaka.
"Apa yang dilakukan sebenarnya sesuatu yang memalukan dan lebih baik 'Sultan Melaka' ini dan rakan-rakannya menyertai Raja Lawak.
"Jika dia berminat untuk meneruskannya, saya cadangkan supaya beliau dan rakan-rakannya menubuhkan satu kumpulan teater bergerak dan membuat persembahan di setiap negeri," katanya, lapor Sinar Harian.
Idris menambah, Noor Jan tidak sepatutnya menjadikan negara atau Melaka sebagai pentas jenaka hingga boleh menimbulkan pandangan tidak baik daripada pihak lain.
"Negara kita adalah sebuah negara yang berdaulat, merdeka dan sudah diiktiraf di dunia malah mempunyai Perlembagaan yang perlu didokong oleh setiap rakyat di negeri ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pemerhati harap calon gabenor ganti Zeti bukan ahli politik, berwibawa

Posted: 05 Jan 2016 09:16 PM PST

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dijangka tamat kontrak April ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016. 
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dijangka tamat kontrak April ini. 

Calon gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hendaklah dilantik dari kalangan tokoh yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan berwibawa tinggi dalam sektor perbankan negara, kata pegawai kanan sebuah bank pelaburan tempatan dipetik Utusan Malaysia hari ini. Datuk Dr Nazri Khan, naib presiden Affin Hwang Investment Bank dan ketua penyelidikan runcit bank itu, berkata pengganti Zeti juga tidak sepatutnya seorang ahli politik kerana adalah lebih baik sekiranya calon itu tidak dipengaruhi sentimen politik.
Calon akan datang sebaliknya perlu bebas dan profesional menjalankan tanggungjawabnya sebagai gabenor BNM bagi mengelakkan ia memberi kesan kepada keyakinan pelabur, katanya.

"Bagi saya, beliau (Zeti) menjalankan tugasnya dengan baik dan pastinya jika ditanya kepada orang industri dan keadaan ekonomi sekarang, jawatan berkenaan harus dikekalkan. "Tetapi, saya yakin kita mempunyai ramai calon yang bersesuaian," katanya kepada akhbar milik Umno itu, mengulas desas-desus pengganti Zeti selepas kontrak beliau dijangka tamat April ini.
Sementara itu, Dr Azmi Hassan, geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berpendapat, secara dasarnya negara tidak ketandusan calon bagi memegang jawatan penting tersebut.
Namun, bakal calon itu perlu berwibawa dan berkebolehan meneruskan dasar kewangan negara sedia ada.
"Saya berharap dalam isu pelantikan gabenor BNM ini, tiada sebarang elemen 'kejutan', kerana tidak mahu ia memberi kesan mendadak kepada ekonomi negara memandangkan sebarang keputusan yang dibuat gabenor adalah penting.
"Dan untuk itu, kita tidak perlukan perubahan drastik," Azmi dipetik berkata.
Sementara itu, pasaran terus dijangka kekal lemah pada separuh pertama tahun ini ekoran beberapa faktor yang turut dipengaruhi berita tentang pengganti gabenor BNM.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa perlu daftar undi ‘ajar’ BN

Posted: 05 Jan 2016 09:12 PM PST

ekosiswaekosiswa
Pemuda Amanah Nasional menyeru golongan mahasiswa mendaftar sebagai pemilih bagi mengundi pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti ekoran kegagalan kerajaan Umno-BN memelihara kebajikan dan memastikan kualiti hidup rakyat yang sejahtera.
Pengarah Hal Ehwal Mahasiswanya, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, langkah tersebut perlu memandangkan kenaikan kos sara hidup yang mendadak sejak beberapa tahun lalu turut menghimpit penuntut universiti terutama dari keluarga miskin.
Ahmad Fadhli Umar AminolhudaAhmad Fadhli Umar Aminolhuda"Silalah pergi mendaftar undi. Kita pakat-pakat ubah 'mereka' itu nanti dengan kuasa undi kita. Itu usaha paling minimum kita setakat ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Menurut bekas Presiden Persatuan Pelajar Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini, mahasiswa pada masa sama perlu melibatkan diri dalam persatuan bagi tujuan membantu rakan sepengajian selain mengambil bahagian dalam siri demonstrasi yang memperjuangan keadilan buat rakyat.
"Sementara tunggu pilihanraya, apa perlu mahasiswa lakukan? Sertai program membantu pelajar yang memerlukan dan berilah idea sebanyak-banyaknya kepada pelbagai persatuan pelajar serta jika berani, sertailah demonstrasi 'menasihati' kerajaan seperti demo hapuskan GST, turun harga tol, turun tambang pengangkutan awam dan pelbagai gerakan rakyat lagi di luar sana," katanya.
Mahasiswa pengsan berlapar
Mengulas pendedahan muka depan akhbar Harian Metro semalam tentang adanya pelajar miskin di UIAM pengsan di dalam kampus akibat berlapar, beliau berkata, kerajaan patut dipertanggungjawabkan ekoran salah tadbir urus dan penarikan subsidi bagi banyak barangan makanan selain meluluskan kenaikan kos pengangkutan.
"Siapa yang laksanakan GST? Siapa yang naikkan harga tol? Siapa yang naikkan harga tambang? Siapa yang hilangkan RM2.6 billion duit negara? Siapa yang mudah-mudah cadangkan #2Kerja tapi nafikan pendidikan percuma?
"Siapa yang menarik segala subsidi termasuklah subsidi minyak, beras dan terkini tarif elektrik dari rakyat yang akhirnya beri kesan pada keluarga pendapatan rendah dan miskin? Sudah tahu siapa? Mereka inilah yang kita patut dipertanggungjawabkan!," tegasnya lagi.
Fadhli Umar berkata, realiti yang tidak harus dinafikan ialah bukan sedikit mahasiswa di UIAM terhimpit dengan cabaran ekonomi semasa walaupun pihak majlis perwakilan pelajar dan pentadbiran universiti melakukan pelbagai inisiatif seperti bantuan makanan secara terus melalui projek 'Suspended Meal'.
Read More / Baca Lagi >>

Tony: 1MDB cuba tunjuk Najib bagus dengan jualan Bandar Malaysia

Posted: 05 Jan 2016 09:10 PM PST

1MDB cuba untuk menipu orang ramai berhubung jualan kepentingan 60 peratusnya di Bandar Malaysia Sdn Bhd pada harga RM7.41 bilion bagi menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kelihatan bagus.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengulas kenyataan terbaru 1MDB semalam bahawa harga RM7.41 bilion adalah semata-mata "penilaian jualan tanah".
"Penilaian tanah oleh Bandar Malaysia adalah tidak relevan, kerana 1MDB hanya akan dibayar RM5.279 bilion untuk peratus 60 kepentingan di Bandar Malaysia Sdn Bhd," Pua kata dalam satu kenyataan hari ini.
"Maka, 1MDB dengan jelas cuba untuk menipu orang awam dengan peratus 60 'penilaian jualan tanah', di mana 1MDB akan mengumpulkan RM7.41 bilion, kerana ia semata-mata bukan transaksi jualan tanah!
"Sama ada dengan sengaja atau sebaliknya, 1MDB telah melakukan satu kesilapan yang besar dalam cubaan bermegah dengan angka yang lebih besar untuk membuatkan perdana menteri kelihatan bagus," kata Pua.
1MDB mengumumkan ia menjual kepentingan 60 peratus di Bandar Malaysia, bernilai RM7.41 bilion, kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings and China Railway Engineering Corporation (CREC) Khamis lepas.
Ini berdasarkan penilaian CREC yang keseluruhan tanah untuk Bandar Malaysia bernilai RM12.35 bilion. Oleh itu, 60 peratus tanahnya akan menelan belanja RM7.41 bilion.
Sebaliknya, Railway Group China mengumumkan kepada Hong Kong Exchange yang ia membayar hanya RM5.279 bilion - perbezaan RM2.13 bilion dibandingkan dengan harga diumumkan oleh 1MDB.
Dana milik negara itu kemudian menjelaskan bahawa RM7.41 bilion ialah penilaian jualan tanah, bukan nilai ekuiti bersih projek Bandar Malaysia.

Selepas taklimat khas, PAS mahu jelajah seluruh negara

Posted: 05 Jan 2016 09:08 PM PST

PAS akan membuat siri jelajah bagi memberi penerangan kepada ahlinya di seluruh negara selepas program taklimat khas oleh Presiden parti Islam itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Sabtu ini.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan (Foto) berkata, ia bertujuan bagi memberi penerangan tentang isu-isu semasa oleh presiden parti kepada akar umbi parti tersebut.
"Lajnah Penerangan PAS telah diamanahkan untuk mengendalikan majlis taklimat khas presiden PAS dan ia diadakan sebagai aktiviti rutin PAS selain konvensyen, muktamar, mesyuarat bulanan dan sebagainya untuk memberi pengarahan semasa dan pencerahan kepada pimpinan serta ahlinya terhadap sesuatu isu besar yang dihadapi.
"Insha Allah, Lajnah Penerangan akan turun ke seluruh negara sekali lagi untuk turun beri pengarahan, amanah dan pencerahan isu oleh presiden ke negeri-negeri selepas selesai taklimat khas presiden peringkat pusat," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada semua ahli PAS supaya jangan mudah terpedaya dengan persepsi yang disebarkan pihak tertentu tetapi sebaliknya merujuk kepada sumber parti dengan menghadiri taklimat yang akan diadakan.
Sebelum ini media melaporkan PAS akan mengadakan satu taklimat khas bersama Hadi.
Bagaimanapun, lokasi dan waktu taklimat itu tidak didedahkan.
PAS pula telah menyatakan pendiriannya tidak akan menyertai BN tetapi akan meneruskan kerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan agama Islam.
Keputusan itu dibuat oleh Majlis Syura Ulamak Pas dalam mesyuarat Sabtu lalu di tengah-tengah kontroversi kerjasama antara Umno dan PAS.
"Majlis Syura Ulamak juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional," kata Setiausahanya, Dr Nik Mohd Zawawi Salleh.

Husam Musa - Ucapan Penuh Majlis Makan Malam Amanah Kelantan [1.1.2016]

Posted: 05 Jan 2016 07:11 PM PST

Terdedah debu bauksit boleh sebabkan Alzheimer

Posted: 05 Jan 2016 07:08 PM PST

Lori Bauksit
Lori-lori dilihat masih mengangkut bauksit di Pelabuhan Kuantan hari ini meskipun akhbar melaporkan perlombongan bauksit perlu dihentikan sementara waktu bagi mengkaji semula risiko pencemaran alam sekitar serta bantahan penduduk. 
 
KUANTAN - Mereka yang terdedah dengan debu bauksit dalam tempoh yang panjang terutama pekerja di kawasan perlombongan dan penduduk yang berada di sepanjang laluan pengangkutan bauksit berisiko menghidap penyakit Alzheimer.
Felo Penyelidik Kualiti Udara Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Dr Azman Azid berkata bauksit mengandungi aluminium hidroksida dan debu bahan itu yang terbebas ke udara apabila dihidu dalam tempoh yang lama boleh menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekali gus ke sistem saraf.
"Apabila otak kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko untuk menghidap penyakit Azheimer atau penyakit lupa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya hasil kajian yang dijalankan institut berkenaan di beberapa lokasi terjejas dengan keadaan itu beberapa bulan lepas termasuk di Sekolah Tahfiz Bukit Goh, antara laluan utama kenderaan bauskit mendapati indeks pencemaran udaranya melebihi tahap berbahaya iaitu mencecah sehingga 468.
Azman menyifatkan pencemaran udara di kawasan yang terlibat dengan aktiviti itu sebagai serius dan menganggarkan zarah terampai bawah 10 mikron (PM10) berada di tahap lebih 200µg/m3, melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Udara Ambien Malaysia, iaitu 150 µg/m3.
Azman bimbang sikap sesetengah penduduk dan pekerja yang tidak mengendahkan kesihatan mereka kerana tidak memakai topeng keselamatan apabila berada di kawasan tercemar dengan aktiviti itu kerana mereka berdepan masalah pernafasan, batuk, alahan radang paru-paru serta gatal-gatal pada bahagian mata selain masalah kepada hati.
Read More / Baca Lagi >>

Taawun ya, tahaluf tidak, kata veteran PAS

Posted: 05 Jan 2016 07:06 PM PST

Datuk Mustafa Ali berkata kerjasama Umno-PAS bukan dalam bentuk kerjasama politik, atau tahaluf, seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat dulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016. 
Datuk Mustafa Ali berkata kerjasama Umno-PAS bukan dalam bentuk kerjasama politik, atau tahaluf, seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat dulu. 

Kerjasama Umno-PAS adalah dalam bentuk "taawun", bukannya "tahaluf", kata pengarah pilihan raya parti Islam itu, Datuk Mustafa Ali, menjelaskan keputusan Majlis Syura Ulama. Dengan bertaawun, kata veteran PAS itu, parti itu boleh bekerjasama untuk kebaikan dengan Umno, tetapi mereka tidak akan bertahaluf, iaitu kerjasama politik seperti yang pernah dijalinkan dengan DAP sebelum ini.
"Taawun ok, tahaluf 'no'," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider bagi memberikan tafsiran terhadap keputusan Majlis Syura pada mesyuaratnya Sabtu lalu dan diumumkan dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata PAS hanya akan bertahaluf dengan PKR dan parti kecil yang lain, serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, tetapi tidak dengan Umno, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan. "Kita akan bertaawun dengan Umno untuk perkara kebaikan. Misalnya untuk memajukan ekonomi Bumiputera, untuk memajukan lagi penggunaan Bahasa Malaysia dan seumpamanya.
"Tetapi tidak bertahaluf atau bekerjasama dari segi politik," tegasnya.
Keputusan Majlis Syura itu, seperti diumumkan setiausahanya Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh, ialah bekerjasama dengan semua pihak demi kebaikan.
Badan tertinggi PAS itu "bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.
"Majlis Syura Ulama juga menegaskan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional," katanya  dalam satu kenyataan.

Terus Terang , 'Hear Say' , Perbincangan Atau Saraf

Posted: 05 Jan 2016 07:00 PM PST

Tahniah! Buat Timbalan Ketua Pemuda Pas kerana berani berterus terang. Sekurang-kurangnya beliau telah menyatakan hasrat yang terpendam di hatinya yang mungkin juga 'hear say' atau telah ada perbincangan di peringkat tertinggi ke arah itu.

Atau mungkin juga hanya perang saraf bagi tujuan untuk menakut-nakutkan Amanah, DAP dan PKR supaya lebih tunduk dan akur dengan pelbagai kerenah serta tekanan dari pihak Pas terutama dalam menghadapi isu Ahli Majlis Selangor.

Nampaknya Pas telah mengorak langkah yang lebih drastik kearah yang lebih jelas. Pas sama sekali tidak menghormati PKR yang di katakan rakan kongsi yang masih kekal. Mungkin kerana sudah dapat gading bertuah(Umno) maka tanduk(PKR) tidak berguna lagi.

Sepatutnya pihak PKR terutamanya Azmin sudah mula memikirkan hala tuju yang lebih jelas bersama Pakatan Harapan(PH) daripada menunggu Pas yang bagaikan menanti buah yang tidak tahu bila akan gugur.

Rakyat sudah sinonim dengan sistem dua parti di dalam menghadapi PRU. Biarlah berlaku 15 penjuru sekali pun tetapi tumpuan rakyat hanyalah kepada dua ikatan parti yang terbesar iaitu BN dan PH.

Sejarah telah membuktikan bagaimana PRK DUN Bukit Selambau 2009 ditandingi oleh 15 orang calon tetapi yang menjadi tumpuan ketika itu ialah BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Begitu juga dengan pertandingan 3 penjuru PRU-13 di DUN Sg Acheh yang melibatkan BN, Pas(Yusni Mat Piah) dan PKR (Chegu Bard). Kesudahannya pihak Pas hanya mampu meraih 600 undi.
Read More / Baca Lagi >>

Najib akan ‘rentung’ dibakar api kemarahan rakyat – Anina

Posted: 05 Jan 2016 06:57 PM PST

Kegagalan Perdana Menteri mentadbir dan menyelesaikan masalah di samping menjual aset negara untuk menyelamatkan 1MDB telah membangkitkan kemarahan rakyat.


anina_najib_1mdb_600_1PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan 'rentung dibakar' dengan api kemarahan rakyat susulan kegagalan beliau mentadbir negara ini dengan baik dan menyelesaikan masalah-masalah negara.
Perkara itu ditegaskan bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin apabila Perdana Menteri dilihat cuba mengelirukan rakyat dengan mengumumkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkurangan sebanyak RM40.4 bilion hasil penjualan Bandar Malaysia dan Edra Global Energy kepada negara luar.
Katanya, pengumuman yang dibuat Najib itu sedikitpun tidak menenangkan hati rakyat sebaliknya menambahkan lagi kemarahan mereka apabila harta negara dijual.
"Apa rasionalnya kalau kamu jual harta negara dengan harga yang merugikan, contoh kamu jual Edra rugi, lepas itu jual pula tanah-tanah yang sepatutnya menjadi hak kerajaan dan kamu jual kepada kuasa asing apa rasionalnya? Itu gila namanya.
"Api kemarahan rakyat (kepada Najib) sedang membara di tanah Malaysia, sedarlah Datuk Seri Najib akan rentung kerana api kemarahan rakyat ini terlalu kuat.
"Kalau harta-harta kita sekarang ini sudah terlelong, lepas ini dah habis harta negara di lelong rakyat pula akan di lelong," katanya dalam wawancara bersama FMT.
Read More / Baca Lagi >>

Perbezaan nilai urus niaga Bandar Malaysia hangatkan 1MDB

Posted: 05 Jan 2016 06:55 PM PST


Pangkalan Tentera Udara Malaysia Sungai BesiPangkalan Tentera Udara Malaysia Sungai Besi
Perbezaan nilai urusniaga melibatkan penjualan Bandar Malaysia oleh 1MDB kepada konsortium membabitkan syarikat milik Kerajaan China mencetuskan pelbagai persoalan dan menambahkan lagi misteri yang menyelubungi syarikat kedua pelaburan negara itu.
Setelah imejnya tercalar dengan pelbagai urus niaga yang meragukan dan kemampuannya untuk membayar kembali bebanan hutang berjumlah lebih RM42 bilion, 1MDB kini berhadapan masalah baru apabila nilai jualan tanah Bandar Malaysia, salah satu tanah berharga dimiliki syarikat itu di Kuala Lumpur mencatatkan perbezaan RM2.13 bilion lebih rendah berbanding nilai yang difailkan di Bursa Hong Kong oleh China Railway Group Limited iaitu syarikat induk kepada China Railway Engineering Corp.
Perkara ini pertama kali dibangkitkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang juga ahli Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Dewan Rakyat.

Presiden/CEO 1MDB, Arulkanda Abdullah dalam penjelasannya yang disiarkan media semalam berkata, perbezaan sebanyak RM2.13 bilion itu melibatkan beberapa liabiliti dan kos pemindahan kemudahan sedia ada yang perlu dirundingkan oleh 1MDB dan konsortium pembeli yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China.
Rundingan itu, kata Arulkanda akan dimuktamadkan menjelang Jun 2016.

Rafizi RamliRafizi RamliPengakuan Arulkanda itu bagaimanapun tudak dapat diterima Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
"Saya pasti ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami betapa mengejutkan pengesahan yang dibuat oleh Arulkanda Abdullah hari ini (semalam)," ujar beliau.

Menurut Rafizi, tanah Bandar Malaysia yang dianugerahkan kepada 1MDB oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Razak itu menempatkan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi.
Jelas beliau, 1MDB bersetuju untuk memindahkan kemudahan Kem TUDM itu serta menaiktarafkan enam pangkalan TUDM yang lain dan satu kem polis udara sebagai pertukaran bagi mendapatkan tanah tersebut.
"Saya dimaklumkan kem-kem tersebut antara lainnya ialah Kem TUDM Kuantan, Kem TUDM Gong Kedak, Kem TUDM Senawang, Kem TUDM Butterworth dan Kem Polis Udara Ipoh.

Read More / Baca Lagi >>

3 mil Umno members must be convinced to ‘Save M’sia’

Posted: 05 Jan 2016 06:54 PM PST

DAP supremo Lim Kit Siang believes Umno President Najib Razak has not fooled ordinary members of his party that scandals have been resolved.

PETALING JAYA: The greatest challenge for Pakatan Harapan come the 14th General Election will be convincing three million Umno members to join Lim Kit Siang's "Save Malaysia" campaign.
In a statement, the DAP supremo said while Umno president Najib Razak could "buy the support" of the "hulubalangs" or warlords and the various levels of divisional leadership, he would not be able to do so with the members.
The 300-400 Umno chieftains in the Prime Minister's pockets, Lim said, would agree with Najib when he claimed the RM2.6 billion donation and RM55 billion 1MDB were resolved.
"But I do not think the 30 million Malaysians, the three million Umno members or 21,000 Umno branches are so gullible as to believe such empty propaganda."
This is why opposition and disaffection against Najib, the Gelang Patah lawmaker opined, would intensify in the coming months and years, although they may not threaten Najib's stranglehold on the levers of power in Umno, both in party and government.
Lim had earlier revealed that an Umno Minister he had met claimed the premier's popularity among Umno members and the Malays in general were "not so sure and secure."
Last year, Lim proposed the "Save Malaysia" coalition, comprising politicians from both sides and NGOs, to defend the Federal Constitution and rule of law.

BE VERY AFRAID: A NEW BRAND OF MALAY POWER LED BY ZAHID IS TAKING OVER

Posted: 05 Jan 2016 06:54 PM PST


The neo-Malays are the "new Malays". They are younger than me and the members of G25, and some are seriously wealthy, although we don't know how they earned their money or whether it was inherited. They also have a serious mission in mind, which is to change the world and to do it as Muslim warriors. But to do that, they first have to take power.
This past New Year's Eve some 50,000 of them gathered at Dataran Merdeka. Led by Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and other well-known personalities including Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, they held what I believe was a prayer session and sang praises to God Almighty and the Prophet Muhammad.
My liberal (and religious) Malay friend sent me a photograph of the event. The men were dressed in robes, serban and skull caps, and they were all doing a salute with their clenched fists, not unlike how the Nazis used to salute their Fuhrer, Adolf Hitler.
Now that was something else, and it worries me. Is this a new brand of Malay power? It certainly is different from Dato' Seri Najib Razak's brand. Najib loves to celebrate New Year , just like you and me , except that he does it in his inimitable style ( he is after all seriously wealthy).
I guess the Dataran celebration by Zahid marks a new path for the country. It shows that when he comes to power, most probably our politics and our New Year celebrations will drastically change as well. The very idea of it should send a chill through all our spines.
Read More / Baca Lagi >>

Caj urusan pejabat tanah di Pahang didakwa naik 200%

Posted: 05 Jan 2016 06:52 PM PST

Selepas isu bauksit, Kerajaan Pahang sekali lagi dikecam atas kenaikan caj pejabat tanah secara keterlaluan.
Salkukhairi_ringgit_600
PETALING JAYA: Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) mendedahkan beberapa caj urusan di pejabat tanah seluruh Pahang mengalami kenaikan sebanyak 200%.
Presidennya, Salkukhairi Abd Sukor, berkata caj membabitkan urusan seperti carian rasmi, pendaftaran milik dan pendaftaran pindah milik hartanah dinaikkan sejak 4 Januari lalu.
Katanya, caj baharu carian rasmi adalah RM30 untuk setiap carian berbanding kadar lama sebanyak RM10, urusan carian persendirian naik daripada RM20 kepada RM50 dan urusan salinan sah hak milik dokumen naik daripada RM30 kepada RM50.
"Kenaikan juga berlaku pada bayaran urusan pendaftaran pindah milik tanah, di mana hartanah bernilai RM100,001 hingga RM250,000 kadar bayaran ditetapkan adalah RM400, berbanding RM250 sebelum ini.
"Hartanah bernilai RM250,001 hingga RM500,000 bayaran pendaftaran pindah milik adalah sebanyak RM800 berbanding kadar terdahulu sebanyak RM500," katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.
Salkukhairi berkata, kadar bayaran baharu pendaftaran pindah milik hartanah bernilai RM500,000 ke atas dinaikkan daripada RM550 kepada RM1,200.
Mengulas lanjut, katanya, kenaikan bayaran untuk urusan berkenaan adalah tidak munasabah dan amat membebankan rakyat negeri terbabit.
"Sudahlah rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga barang dan perkhidmatan lain. Kini terpaksa pula membayar kos berlipat kali ganda untuk urusan di pejabat tanah" katanya.

Pas seharusnya mendahului usaha wahdah

Posted: 05 Jan 2016 06:50 PM PST

Oleh Tok'ki
NAMPAKNYA sejak Multaqa Alumni Al-Azhar berlangsung, pandangan dalam kalangan kepemimpinan Pas semakin sinis dan bercelaru terutama dalam kalangan timbalan dan naib-naib presidennya. Pas seharusnya mendahului usaha wahdah ini bukannya prasangka yang mendalam dan tidak melihat kepentingan umat sesuatu yang paling utama.
Sebagai badan siasah Islam, kepemimpinan Pas harus lebih peka dengan isu kesatuan ummah kerana dalam konteks Malaysia, kita tidak mahu mengulangi krisis yang berlaku di Asia Barat. Tanggapan penulis seolah-olah UMNO ini berada dalam ungkapan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.


Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dalam kenyataannya baru-baru ini menyatakan sekiranya Parti Amanah Negara (PAN) bertanding di semua kerusi di Kelantan, Pas akan menghadapi masalah. Penulis pernah menulis dalam ruangan ini meramalkan sekiranya pertandingan berlaku di tiga penjuru harapan UMNO untuk menang adalah tinggi kerana undi PAN diambil daripada undi Pas dan penyokongnya juga. Ini congak politik yang paling mudah.
Pas adalah sebuah parti politik. Pertimbangan untuk Pas bekerjasama dengan UMNO adalah pertimbangan politik di samping kerjasama biasa. Pas bukan badan dakwah begitu saja. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) malah menjadi partisan politik Amanah. Kerjasama politik bagi UMNO dan Pas adalah sesuatu yang logik kerana ini bakal menggubal dasar dan melaksana dasar bukan hanya selama ini menerima manfaat dari pelaksanaan dasar.
Walaupun kerjasama politik UMNO–Pas bergantung kepada syura Pas tetapi niat untuk bekerjasama bukanlah sesuatu yang jelik dan tidak syarie. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sangat memahami ini. Malangnya, timbalan presiden dan naib-naib presidennya ternyata mempunyai pandangan yang berbeza dan sinis sekali.
Read More / Baca Lagi >>

SUA: AMANAH tiada kaitan dengan akhbar 'Harapan Baru'

Posted: 05 Jan 2016 06:47 PM PST

Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan sebarang kaitan dengan kewujudan sebuah akhbar dengan nama "Harapan Baru" yang sedang tersebar di laman sosial dan melalui aplikasi Whatsapp yang menggunakan logo parti.
"Ia bukan dikeluarkan oleh AMANAH dan kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan yang timbul dari penerbitan akhbar tersebut," kata setiausaha agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir.
Dalam satu kenyataan, beliau sebaliknya berkata, AMANAH sedang berusaha ke arah menerbitkan akhbarnya sendiri.
Menurutnya, ia kini di fasa akhir menyiapkan segala dokumen diperlukan untuk dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memohon permit penerbitan.
"Bagaimanapun AMANAH tetap menghargai sebarang usaha daripada ahli, penyokong atau mana-mana pihak yang bersemangat untuk mempromosikan parti yang baru berusia hampir lima bulan ini.
"Jika akhbar seperti yang gambarnya sedang tersebar itu benar-benar wujud, AMANAH mempelawa pihak terbabit untuk datang berbincang langkah-langkah yang boleh diambil ke arah mempromosikan AMANAH secara strategik dan mengikut saluran yang betul," tambahnya.
Beliau menegaskan bahawa penerbitan akhbar rasmi parti AMANAH akan dibuat mengikut prosedur dan proses undang-undang yang telah ditetapkan.
"Sehubungan itu, AMANAH menasihatkan semua pihak bersabar dan menunggu akhbar rasmi yang akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi selepas permit penerbitan diluluskan oleh KDN," tegasnya.

Syura PAS beri lampu hijau kerjasama, asal tidak masuk BN

Posted: 05 Jan 2016 06:46 PM PST

 
Majlis Syura Ulama PAS bersetuju parti Islam itu boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak atas nama Islam, tetapi tidak akan membenarkan ia menyertai parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Badan tertinggi parti itu membuat keputusan itu pada mesyuaratnya Sabtu lalu selepas mengambil kira pandangan Islam mengenai kerjasama dan membantu orang lain.
Ia memetik ayat 2 dari Surah Al-Maidah yang menganjurkan kerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, serta hadis Rasul mengingatkan umat Islam membantu saudaranya yang zalim dan yang dizalimi.

"Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, maka Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 21 Rabiul Awwal 1437H bersamaan 2 Januari 2016M bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya. "Majlis Syura Ulama juga menegaskan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional," kata setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh dalam satu kenyataan.
Sementara itu, mengesahkan keputusan Majlis Syura itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar, kiri) berkata PAS akan kekal dengan keputusan lama, iaitu tidak menyertai BN atau Umno.
Beliau menerangkan kepada Sinar Harian, kerjasama dengan Umno hanya akan dibuat dalam konteks Islam yang diperintah Allah, iaitu dalam hal kebaikan.
"Bagi PAS, jika kami dijemput Umno untuk sampaikan mesej, kami akan hadir.
"Dalam mesyuarat (Majlis Syura) itu, turut dibincangkan, kita tidak boleh kerjasama (dengan Umno) dalam perkara melibatkan dosa dan melanggar syarak," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pas tak pernah hukum pimpinan Umno termasuk Najib

Posted: 05 Jan 2016 06:45 PM PST

SHAH ALAM - Pas tidak pernah menghukum pimpinan Umno sama ada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun pemimpin terdahulu.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan berkata, kerjasama antara dua parti Melayu Islam itu perlu berlandaskan kepada Islam dan bukannya perkauman.
"Masalahnya bukan nak hukum sesiapa, soal hukum itu tak berbangkit, kerjasama itu mesti dibina atas dasar yang betul, kebaikan dan kebajikan rakyat.
Nasrudin Hasan Tantawi "Bukannya atas dasar perkauman, permusuhan dan perkara-perkara yang boleh mencetuskan dosa (kerana) setiap seruan bekerjasama itu mesti hanya untuk Islam," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya pada Ahad lepas bahawa tidak adil untuk menghukum pentadbiran Najib kerana dosa pemimpin terdahulu kerana kegagalan kerjasama Umno-Pas.
Fathul Bari berkata sekalipun tidak bersetuju dengan kerjasama itu, pemimpin Pas tidak sewajarnya menghalang usaha ke arah kebaikan itu demi kepentingan umat Islam di negara ini.
Nasrudin juga berkata, jika kerjasama itu demi atas kepentingan politik dan kebendaan, kelak umat Islam akan bergaduhan antara satu sama lain.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Syura benar kerjasama demi Islam -Nik Zawawi

Posted: 05 Jan 2016 06:44 PM PST

Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
SHAH ALAM - ‎Majlis Syura Ulamak Pas memutuskan bahawa badan itu telah bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana  pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.
Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan Nas al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W.
Namun katanya, ‎Majlis Syura Ulamak Pas juga memutuskan bahawa Pas tidak akan menyertai BN.
"Salah satu daripada dasar Islam yang dipegang oleh Pas ialah bekerjasama dan tolong -menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan. Hal ini berasaskan kepada firman ALLAH SWT di dalam Al-Qur‎an.
"Sementara itu hadis Nabi riwayat Imam Bukhari juga ada menyatakan bahawa ‎"Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya Rasulullah S.A.W  kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana pula kami akan menolong orang yang zalim, Baginda menjawab , elak dan cegah mereka dari melakukan kezaliman itulah erti menolong mereka.
"Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, keputusan ini dibuat," katanya menerusi satu kenyataan medianya hari ini.

Kerjasama Pas-Umno hanya dalam konteks Islam

Posted: 05 Jan 2016 06:43 PM PST

Majlis Syura Ulamak Pas memutuskan untuk tidak akan bergabung dengan Umno sebaliknya hanya mengadakan kerjasama yang akan dibuat dalam konteks Islam seperti diperintah ALLAH‎.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, kerjasama itu hanya dalam perkara kebaikan dan ketakwaan kepada ALLAH.
"Dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas baru-baru ini telah dibuat keputusan untuk kekal dengan keputusan lama iaitu tidak menyertai BN atau bersama Umno," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulamak dalam masa terdekat.
"Bagi Pas, jika kami dijemput oleh Umno untuk sampaikan mesej, kita akan hadir. Dalam mesyuarat itu turut dibincangkan perkara yang kita tidak boleh kerjasama (dengan Umno) iaitu perkara melibatkan dosa dan melanggar hukum syarak," katanya.
Isu kerjasama antara Pas dan Umno kembali mencuri perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno menghulurkan 'tali silaturahim' kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara  mengikut syariat Islam sebenarnya .
Najib sekali lagi menyatakan hasratnya itu di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kedua-duanya berkongsi pentas di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar hujung bulan lalu.

Namun, Abdul Hadi dalam kenyataan balas meminta Umno untuk kembali dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik, sosial mahu pun ekonomi sebelum memikirkan mengenai kerjasama tersebut.Read More / Baca Lagi >>

Bila golongan bangsawan & bangsatan urus tadbir negara, INILAH HASILNYA !!

Posted: 05 Jan 2016 05:04 PM PST

MASIH INGAT bagaimana syarikat MAS dahulu terpaksa jual aset pesawat MAS, jual bangunan HQ MAS di Jalan Sultan Ismail, jual Kompleks Pejabat MAS di Subang dan Kompleks MAS di Sepang.. SEBABNYA NAK BAYAR HUTANG..

AKHIRNYA syarikat MAS skrg dah bungkus muflis, diganti pula dgn MAB !!!

Inilah pertama kali admin dengar penasihat sebuah syarikat Najib bangga bila syarikatnya terpaksa jual aset bagi mengurangkan hutangnya..

Sireh Punca Pantai Sekitar Kuantan Bertukar Menjadi Warna Merah Dedah Hasil Siasatan !!!

Posted: 05 Jan 2016 05:03 PM PST



Asal aja keluar dari mulut UMNO pasti BOHONG.. kenapa???

Posted: 05 Jan 2016 05:01 PM PST

Suka ckp bohong, buta fakta atau dah nyanyuk ???

HAKIKATNYA... Royal Brunei Airlines (RBA), Saudi Arabian Airlines dan Iran Air juga syarikat penerbangan patuh syariah !!!

Siapa pegang 'remote' TPPA tu ??!!

Posted: 05 Jan 2016 05:00 PM PST

Beginilah modus operandi siri 'penjajahan' sebelum UMNO wujud di muka bumi dan slps UMNO DIHARAMKAN...

'Kenapa Tun M hentam Rayani Air?' - Daud Che Ngah

Posted: 05 Jan 2016 04:55 PM PST

'Kenapa Tun M hentam Rayani Air?' - Daud Che NgahKUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyokong operasi syarikat penerbangan baharu, Rayani Air yang memberi perkhidmatan dengan konsep patuh syariah walaupun pemiliknya jelas bukan beragama Islam.

Pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah berkata, bukan sahaja Rayani Air malah usaha murni mana-mana syarikat bukan Islam yang beroperasi dengan berlandaskan syiar tidak boleh disalah erti dengan dakwaan mencari keuntungan dengan nama agama.

"Tun M tidak boleh mendakwa konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.

"Jika dakwaan Rayani Air mencari keuntungan dari Islam menjadi alasan, Tun M perlu faham dia sendiri tidak boleh menghentam operasi syarikat itu yang jelas menyokong ajaran Islam.

"Tidak kira apa agama atau siapa pemilik Rayani Air, usahanya itu harus diberi pujian dan bukan sebaliknya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Md Daud mengulas kenyataan Dr Mahathir di sebuah portal yang mendakwa, konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.

Tegas Tun Mahathir, syarikat penerbangan Malaysian Airline System Bhd (MAS) juga tidak perlu mengikut jejak langkah penerbangan itu yang memperkenalkan konsep tersebut.

Dalam pada itu kata Md Daud, Dr Mahathir perlu merujuk kisah sedih luahan hati pramugari MAS yang terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung seperti yang dimaklumkan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>