Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM KIT SIANG: KENAPA SAMAN DR ZUHDI, KALAU ADA TELOR SAMAN RAZALI !

Posted: 04 Jan 2016 08:00 PM PST



Pemimpin DAP Lim Kit Siang sepatutnya menyaman bekas penasihat khas ketua menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman berhubung dakwaan DAP ditawarkan RM1.2 juta bilion dengan syarat pangkalan tentera Israel dibina di negara ini jika memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Presiden Pakatan NGO Pro Barisan Nasional (Pakatan NGO Pro-BN) Zulkarnain Mahdar berkata DAP tidak sepatutnya menyaman Pengarah Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki kerana dakwaannya itu merujuk kepada kenyataan Mohamed Razali terhadap DAP empat tahun lalu.

"Sepatutnya Lim Kit Siang dan DAP menyaman Mohamed Razali serta membuat laporan polis kerana memfitnah dan bukannya meminta bukti daripada Pro-BN termasuk Dr Zuhdi.

"Pro-BN membuat laporan polis sebelum ini terhadap DAP selepas terbaca pendedahan dibuat Dr Mohd Zuhdi mengenai tawaran RM1.2 bilion dan pembinaan kem tentera Israel sekiranya DAP menawan Putrajaya pada PRU13 yang lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkarnain, beliau yakin Mohamed Razali tentunya mempunyai asas untuk menyokong tuduhannya terhadap DAP berhubung tawaran RM1.2 bilion berkenaan serta pembinaan kem tentera Israel itu.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Lim yang juga Anggota Parlimen Gelang Patah berkata beliau akan mengemukakan saman terhadap "seorang pemimpin kanan politik" yang mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion dan sebagai imbalannya membina sebuah pangkalan tentera Israel di negara ini sekiranya memenangi PRU13.

Walaupun Lim tidak menyebut nama pemimpin kanan politik berkenaan, namun portal berita berkenaan menyebut bahawa pemimpin politik kanan yang dimaksudkan ialah Dr Mohd Zuhdi  (B)

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Ni apa cerita ? Yang mana satu ni ?..

Posted: 04 Jan 2016 05:29 AM PST

Dalam minggu-minggu kebelakangan ni suasana agak panas,, macam-macam cerita... 

Banyak perkara kalau nak aku komen, cuma sekarang aku duk cari isu sendiri-sendiri pula.. ha ha ha ..


Sebelum ni seminggu dua yang lepas... 



Tetapi hari ni terjumpa keratan ni pulak.. apa cerita ?
 


 Jangan salah faham... tak mau bagi kat Amanah.. kalau Umno yang minta rasanya boleh kut,, kalau tidak macam mana nak nasihat dan kerjasama.. tak gitu..
 







 

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Fakta Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Posted: 04 Jan 2016 06:50 PM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Duhai NAJIB, UMNO, SPRM serta BANK NEGARA.. mana RM2.6 BILION?

Posted: 04 Jan 2016 08:49 PM PST

Pada 3 Ogos 2015, SPRM mengesahkan bahawa wang RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. SPRM juga mengesahkan bahawa wang RM2.6 bilion tersebut bukan dari wang 1MDB sebaliknya adalah dari "penderma" yang ketika itu masih tidak diketahui latarbelakangnya.
Dari tarikh tersebut sehingga Disember 2015, SPRM meneruskan siasatannya sehinggalah pada 31 Disember 2015 Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan bahawa kertas siasatan RM2.6 bilion telah diserahkan kepada Peguam Negara tetapi masih belum lengkap.
Sehingga hari ini, seluruh Malaysia masih tidak mengetahui apa sebenarnya status RM2.6 bilion tersebut. Sebelum ini kita dengar pelbagai komen daripada badut-badut Perdana Menteri mempertahankan penerimaan derma tersebut. Ada mengatakan ianya derma kerana Malaysia memperjuangkan fahaman Ahli Sunnah wal jamaah. Ada mengatakan derma tersebut kerana Malaysia menentang keganasan. Ada mengatakan derma tersebut kerana hendak menentang fahaman zionis yang meresap melalui DAP.

Kita tertanya-tanya tujuan sebenar derma tersebut dan kenapa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib? Kenapa tidak melalui akaun amanah? Najib sendiri akhirnya mengakui bahawa beliau menerima derma tersebut dari penderma dari Timur Tengah. Najib mengakui bahawa penderma tersebut yang bersungguh-sungguh mahukan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau. Najib juga akui bahawa Bank Negara maklum berkaitan kewujudan akaun dan RM2.6 bilion.
Walau pun SPRM telah menyiasat dan telah menyerahkan siasatan kepada Peguam Negara, kita dimaklumkan siasatan masih belum lengkap.
Selagi itu kita masih tidak tahu apa sebenarnya status RM2.6 bilion tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Harga minyak jatuh: Amanah gesa semak Bajet 2016

Posted: 04 Jan 2016 08:41 PM PST


Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa kerajaan segera melakukan persediaan bagi tujuan semakan semula Bajet 2016 yang dilihat lari jauh daripada sasaran pendapatan sebenar ekoran situasi semasa kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hal itu perlu dilakukan jika harga minyak mentah global yang rendah itu berlarutan atau menjunam seperti diramalkan pihak kewangan antarabangsa baru-baru ini.
"Harga minyak mentah Brent sedang diniagakan pada paras AS$32 hingga AS$36 setong diramalkan akan terus turun ke paras AS$20 setong oleh bank pelaburan global, Goldman Sachs dan IMF (Dana Kewangan Antarabangsa).
"Andainya minyak mentah turun ke paras AS$20 setong maka pendapatan kerajaan dari bayaran dividen Petronas akan terjejas teruk, sekaligus menyebabkan defisit fiskal kerajaan yang sedang diturunkan ke paras 3.0 daripada 3.2 peratus KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) pada tahun 2015, akan melonjak dua kali ganda ke 6.7 peratus KNDK.
"Ini adalah sangat munasabah sebab anggaran pendapatan dividen dari Petronas dibuat dalam Bajet 2016 adalah pada harga AS$48 satu tong! Itu pun kalau mengandaikan tidak ada Bajet Tambahan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata, ekonomi negara pula dijangka berdepan dengan kemelesetan pada suku ketiga tahun ini dengan berlakunya penurunan nilai ringgit berbanding dolar Amerika impak kejatuhan harga mintah mentah global.
"Ini telah kami ramalkan, justeru kami mahu kerajaan pertingkat kecekapan perbelanjaan dan tentukan keutamaan belanjawaan kepada sektor penting dan kurangkan kos pengurusan seperti peruntukan di JPM (Jabatan Perdana Menteri) yang diberi RM14 bilion.
"Ramalan dan prospek ekonomi sangat suram dan masalah persepsi pelabur terhadap Malaysia masih gagal ditangani kerana isu RM2.6 bilion dan RM43 juta masih belum digarap secara tuntas dan muktamad," tegasnya.
golongan B40 sengsara
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim wajar dicalon Tokoh Nobel Keamanan Dunia

Posted: 04 Jan 2016 08:37 PM PST

Aktivis Reformasi Malaysia bersama 10 NGO lain menyokong usaha mencalonkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Tokoh Nobel Keamanan Dunia.
Jurucakapnya, Saari Sungib, berkata pemenang dua kali anugerah Nobel, Amnesty International sekali lagi mengisyitiharkan Anwar sebagai 'Prisoner of Conscience'.
"Status 'Prisoner of Conscience' diberikan kepada tokoh yang berjuang di atas keyakinan dan keikhlasan mendukung cita-cita yang berakar umbi daripada aspirasi rakyat.
Anwar Nobel"Paling penting, perjuangan ini dilakukan secara aman tanpa menyeru atau menggunakan kekerasan," katanya dalam sidang media di Bilik Syarahan MBPJ.
Jelas Saari, sokongan diberikan kepada mantan Ketua Pembangkang itu kerana memainkan peranan menyuburkan proses dan amalan demokrasi serta menguatkan barusan pembangkang.
Mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga memainkan peranan menerajui reformasi sama ada di dalam atau luar penjara dengan permuafakatan pembangkang secara aman.
Selain itu, Anwar terlibat meningkatkan kesesaran orang awam dan anak muda untuk bersama-sama dalam agenda Reformasi serta menyertai himpunan jalanan aman.
"Beliau berperanan dalam meluaskan perkongsian rakyat terhadap prinsip dan nilai murni seperti keadilan untuk semua, tatakelola yang baik, telus, bebas dari rasuah serta penyelewengan," katanya.
Anwar Ibrahim sekali lagi dipenjarakan buat kali ketiga dalam sejarah hidupnya sejak selepas gagal mengenepikan kes Fitnah 2 pada Febuari 2015.
Beliau kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
Dalam perkembangan sama, Aktivis Reformis bakal menganjurkan Konvensyen Reformasi Rakyat di Sha Alam pada 2 April 2016 dan Himpunan Selamatkan Malaysia – Bebas Anwar – Bebas Rakyat pada 3 April, jam 2 petang di Dataran Merdeka.

MKN lebih `kuat’ daripada ISA – Tun M

Posted: 04 Jan 2016 08:28 PM PST

Ia merupakan satu akta yang menidakkan peranan Seri Paduka
majlis-keselamatan-negara
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan dua akta yang mempunyai banyak perbezaan.
Menurut, ISA hanyalah suatu akta yang akan digunakan jika sesuatu perkara itu benar-benar mengancam keselamatan negara manakala, MKN pula memberi lebih kuasa hingga Perdana Menteri boleh menidakkan peranan Yang di-Pertuan Agong.
"Kalau ISA, kita mempunyai hak dalam keadaan darurat. Tetapi MKN pihak Perdana Menteri boleh isytihar kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dan sudah boleh ambil tindakan," ujarnya dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT.
Mengulas lanjut, bekas Presiden UMNO itu juga melihat Najib tidak pernah memberi jaminan untuk tidak menyalahgunakan undang-undang berkenaan memandangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA telah disalahgunakan.
"Jadi, apa dia (Najib) jaminan salah guna undang-undang tidak akan berlaku memandangkan apa yang sudah dilakukan di bawah SOSMA," ujarnya lagi.
Tambah Dr Mahathir lagi, sewaktu beliau menggalas tugas sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, tindakan pertama yang beliau lakukan adalah melepaskan 21 tahanan yang ditahan bawah ISA kerana politik.
"Berkenaan dengan ISA juga, saya bila jadi Perdana Menteri pada tahun 1981, tindakan pertama saya adalah melepaskan 21 orang yang ditahan bawah ISA kerana politik. Yang ditahan kerana jenayah itu saya tidak lepaslah," tegasnya.

Apa khabar Tan Sri Muhyiddin?

Posted: 04 Jan 2016 08:26 PM PST

Ke hadapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihormati.
Apa khabar Tan Sri sekarang? Lama benar kami tidak mendengar sebarang khabar daripada Tan Sri - atau lebih tepat - sejak berakhirnya Perhimpunan Agung Umno lalu dan Tan Sri diumpat secara berdepan-depan.
Walaupun begitu kemelut yang sering Tan Sri perkatakan dulu tetaplah berterusan.
 Misteri 1MDB belum terungkai. Misalnya ke mana (atau di mana) wang yang diuruskan syarikat tajaan kerajaan itu. Pegawai atasan firma berkenaan tetap juga orang sama seperti ketika Tan Sri menegur mereka secara tertutup dan terbuka.
Begitu juga tanda tanya tentang derma RM2.6 bilion daripada luar negara itu. Siapakah penderma yang sangat pemurah dan ke mana wang berkenaan dibelanjakan sebenarnya tetap menjadi persoalan. Ia kira-kira sama macam teka silang kata yang mengasyikkan.
Ketika isu berkenaan masih jadi tanda tanya, kesunyian daripada Tan Sri amat terasa. Lebih malang, kesepian itu bukan datang daripada tubuh Tan Sri semata-mata, malah beberapa pemimpin lain yang sebelum ini lantang bersuara. Tun Dr Mahathir Mohamad, misalnya.
Kemudian yang bersuara adalah Datuk Ahmad Maslan.
Dalam kesunyian suara Tan Sri kami disibukkan dengan isu kenaikan tambang sistem pengangkutan awam, tol lebuh raya, pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam dan telefon genggam di Plaza Low Yat, Kompleks Kota Raya dan Digital Mall Mara.
Oh ya, tidak ketinggalan ialah tentang masalah tanah merah. Bukan Tanah Merah, tetapi tanah merah - yang ditulis dengan huruf "t" dan "m" tanpa huruf besar - di Kuantan, Pahang.
Tidak ketinggalan, kesibukan kita mahu membuktikan kecintaan kita kepada Islam dengan berpolemik tentang reka bentuk atap rumah di Langkawi, Kedah.
Tidak dilupakan, betapa mesra dan ikhlasnya persahabatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di majlis Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Yang dimuliakan Tan Sri,
Sebagai anak seorang ulama tentu Tan Sri faham benar akan kepentingan perpaduan umat Melayu - Islam di negara ini. Mungkin Tan Sri sendiri bangga dengan persefahaman ditunjukkan kedua-dua tokoh berkenaan.
Memanglah pakaian yang sedondon itu tidak begitu penting untuk diperhatikan tetapi meletakkan Tan Sri seolah-olah diketepikan dalam isu sepenting itu tentulah tidak wajar.
Selepas dilayan dengan agak dingin di Perhimpunan Agung Umno antara 8 hingga 12 Disember lalu, tindakan perdana menteri bermesra dengan pemimpin parti pembangkang boleh ditafsir sebagai suatu sindiran untuk pihak tertentu dalam parti Tan Sri.
Alangkah manisnya jika Tan Sri juga diletakkan bersebelahan perdana menteri dan Presiden PAS di atas pentas. Bayangkan Najib berada di kerusi paling tengah dan Tan Sri serta Abdul Hadi menjadi pengapitnya.
Tan Sri yang dihormati,
Read More / Baca Lagi >>

Kalau minta syarat pelik, saya pindah tajaan – Dr Vida

Posted: 04 Jan 2016 08:24 PM PST

vida
Dr Vida masih tunggu 'pinangan' KAFA.

KUALA LUMPUR, 5 Januari:

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berharap skuad Kelantan tidak akan membuat permintaan pelik atau beliau akan memindah tajaan kepada pasukan lain.
"Kalau Kelantan minta syarat pelik-pelik sangat, saya pindah (tajaan) kepada pasukan lain macam Selangor, JDT (Johor Darul Ta'zim) atau Kedah," katanya yang lebih dikenali sebagai Dr Vida kepada akhbar Utusan Malaysia secara berseloroh, semalam.
Jelasnya, beliau memilih Kelantan, kerana skuad itu tergolong dalam pasukan hebat yang disifatkannya seperti artis gred A.
Bagaimanapun, beliau sehingga kini masih menunggu keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk penajaan The Red Warriors (TRW) musim ini.
Namun, beliau dilaporkan meletakkan dua syarat, iaitu Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu serta nama baru skuad Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh TRW, untuk tajaan itu.
"Saya masih tunggu 'pinangan' KAFA. Presidennya (Tan Sri Annuar Musa) menunaikan umrah di Makkah, mungkin selepas beliau kembali, ada pengumuman akan dilakukan mereka. Biarlah KAFA sendiri umumkan.
Read More / Baca Lagi >>

SUDAH TERBUKTI - #CARIDERMA LEBIH MUDAH UNTUK #TAMBAHPENDAPATAN

Posted: 04 Jan 2016 07:27 PM PST

Selepas menimbulkan kontroversi dan kemudian mendapat perlekehan ramai berhubung kenyataannya menggalakkan rakyat melakukan dua kerja, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahmad Maslan kini cuba mempromosi #tambahpendapatan pula.

Katanya, #tambahpendapatan dilihat merupakan pendekatan yang lebih positif dalam usaha membantu rakyat menangani beban kos sara hidup yang kian meningkat.

Saya sendiri ingin membantu rakyat menambah pendapatan dengan menggunakan tagline #tambahpendapatan dalam Twitter saya dan bagaimana agensi-agensi di bawah MITI boleh melaksanakan idea tersebut, kata Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO.

Barangkali Ahmad Maslan berniat baik mahu membantu rakyat dalam menambah pendapatan, tetapi tentunya ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk mengorak langkah ke arah itu di ketika ekonomi begitu lembab, wang dalam poket semakin berkurang, peluang niaga terhad dan aset serta tanah negara satu persatu mulai dijual kepada negara asing?

Apa lagi yang boleh dilakukan oleh rakyat biasa untuk menambah pendapatan mereka? Apa lagi yang masih ada dalam negara untuk dikembangkan?

Dalam hal ini, apa kata Ahmad Maslan memperkenalkan program menggalakkan rakyat mencari dan mengutip derma dengan lebih agresif lagi?

Berdasarkan kejayaan Najib memperolehi derma sehingga RM2,600 juta, ia secara tidak langsung menunjukkan rakyat Malaysia berpotensi besar dalam mendapat kepercayaan mereka yang mahu memberikan derma.
Tidak pernah sesiapa dalam dunia ini yang mampu mendapat kepercayaan begitu tinggi sehingga ada yang sedia memberikan derma sebanyak itu dan ini memperlihatkan ia boleh dikembangkan sebagai sumber baru bagi rakyat menambahkan pendapatan.

Program ini boleh diperhebatkan dengan menggalakkan lagi rakyat mencari derma bukan saja di dalam negara, tetapi mesti berani melangkah sehingga di luar negara. Bermakna bukan saja glokal, tetapi juga global.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M ramal Peguam Negara tolak kes SRC dan RM2.6 bilion

Posted: 04 Jan 2016 07:13 PM PST

Bekas Perdana Menteri yakin Peguam Negara ketepikan kes dikemukakan SPRM berhubung isu 1MDB selepas perkara sama dilakukan terhadap Bank Negara.
mahathir
PUTRAJAYA: Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi yang menolak laporan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung isu 1MDB telah menghilangkan kepercayaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perkara sama juga akan berlaku mengenai laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu SRC International dan kontroversi wang derma RM2.6 bilion ringgit.
"Saya percaya dulu Bank Negara Malaysia (BNM) juga hantar laporan. BNM ini bukanlah satu badan yang tiada peraturan. Mereka buat penyelidikan secara terperinci dan mempunyai bukti-bukti yang mana kes ini perlu dibawa ke Mahkamah. Tetapi peguam negara tolak (ketepikan kes) bulat-bulat.
"Jadi, saya tidak akan berasa pelik kalau peguam negara tidak tolak. Saya ingat dia (Peguam Negara) akan menolak (laporan SPRM mengenai siasatan SRC International dan juga RM2.6 bilion)," katanya .
Bagaimanapun, dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT di sini, bekas Perdana Menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu menegaskan bahawa itu hanyalah satu ramalan beliau.
"Ini ramalan saya sahajalah. Saya fikir dia tidak akan bawa ke mahkamah kerana sebab-sebab tertentu," ujarnya.
Pada 31 Disember, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, badan itu turut mengemukakan beberapa cadangan dan tindakan bagi kedua-dua kes yang melibatkan tiga kertas siasatan untuk tindakan Peguam Negara.

Nanti saya umumkan kerusi Amanah, kata Azmin Ali

Posted: 04 Jan 2016 06:48 PM PST

KAJANG - "Saya akan umumkan...," itu jawapan ringkas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ketika ditanya pemberita sama ada Parti Amanah Negara (Amanah), akan diberi ruang dalam pembahagian pelantikan kerusi ahli majlis, di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Azmin sebelum itu berkata, adalah adil pihaknya memberi ruang kepada Amanah untuk bersama-sama menyumbang khidmat di peringkat PBT.
Mohamed Azmin Ali Beliau berkata, perbincangan juga berjalan dengan baik dan lancar di peringkat parti serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini.
"Tak habis-habis lagi ke isu ahli majlis ni...tiada masalah yang timbul, ketika mesyuarat baru-baru ini, cuma kita tetapkan tidak ada penangguhan, pada 16 Januari kita akan umumkan ahli majlis baru," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Bas Smart Selangor dan Aplikasi i-Kajang, di Kompleks Hentian Kajang, Jalan Reko, hari ini.
Ketika ditanya reaksi berhubung kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad yang menyatakan Pas tidak mahu memberi laluan kepada Amanah untuk kerusi ahli majlis PBT,  Mohamed Azmin menjawab itu hanya andaian pihak media.
"Tidak ada masalah, saya cukup gembira kerana proses perbincangan sebelum ini berjalan baik dan lancar. Sudah pastinya kita mengalu-alukan kehadiran sahabat baru kita Amanah dalam gerakan reformasi ini," katanya.

Veteran Umno: Kaji selidik IDE berat sebelah

Posted: 04 Jan 2016 06:41 PM PST

Veteran Umno: Kaji selidik IDE berat sebelah
SHAH ALAM - Veteran Umno menyangkal kaji selidik dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mengenai kerjasama Pas dan Umno yang didakwa tidak membawa sebarang faedah malah, akan lebih memecahbelahkan orang Melayu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata,  kaji selidik yang dibuat di Selangor itu berat sebelah dan ia menampakkan IDE sebagai agen PKR yang cuba menghalang kerjasama itu.
"Veteran berharap IDE jangan menjadi ejen yang akan menghalang perpaduan Melayu. IDE tidak sewajarnya mengheret orang Melayu ke dalam lubang perpecahan yang tidak ada kesudahannya. Orang Melayu sudah lama berpecah. Jangan pula IDE cuba menjadi batu api untuk melihat Melayu terus berpecah.
"Kalau benar IDE ikhlas untuk mendapat pandangan orang Melayu, maka kaji selidik itu mesti dibuat secara menyeluruh di semua negeri," katanya.
Menurutnya, hanya mereka yang tidak yakin dan percaya kepada ketentuan dan suruhan ALLAH sahaja yang berpendapat kerjasama Umno dan Pas tidak akan mengubah nasib bangsa Melayu.
"Ayat 103 Surat Al-Imran jelas membuktikan bahawa ALLAH memberi amaran keras supaya umatnya tidak berpecah belah dan mesti bersatu padu," katanya.
Sementara itu, katanya, penyatuan yang bakal di capai antara Umno dan Pas bakal menjadi kemenangan besar buat orang Melayu di negara ini.
"Kerjasama yang dicadangkan jangan dilihat dalam konteks siapa rugi siapa untung, siapa kalah siapa menang. Ianya adalah kerjasama atas dasar 'menang menang'. Dalam hal penyatuan, Melayu kalau kalah Melayu dan kalau menang Melayu. Penyatuan itu satu kemenangan bagi orang Melayu," katanya.
Namun, katanya, veteran menyedari kerjasama itu bukan senang untuk diterima oleh ahli Pas dan Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Isu ahli majlis: Kami serah kepada MB kata DAP Selangor

Posted: 04 Jan 2016 06:39 PM PST

Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim
SHAH ALAM - DAP Selangor meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyelesaikan masalah berhubung pembahagian kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, mereka percaya Azmin mampu menangani perkara ini dengan baik.
"Saya yakin MB mempunyai acuan tersendiri bagi menangani isu pembahagian kuota ahli majlis kepada Amanah.
"Kami meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan beliau untuk menyelesaikan masalah ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau yang juga Adun Sekinchan berkata, kuota hanya akan diagihkan selepas semua pihak bersetuju dengan keputusan MB.
"DAP telah dimaklumkan tentang kuota yang akan diberikan dan jumlahnya juga telah diputuskan.
"Kami hanya menunggu keputusan daripada MB sahaja untuk mengagihkan kuota tersebut kepada Amanah," katanya.
Sementara itu, Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran yang dihubungi enggan mengulas mengenai isu pembahagian kuota ahli majlis PBT.
Katanya, beliau tidak terlibat dalam perbincangan ini.

Kuota ahli majlis: DAP patut beri laluan, bukan Pas - Abd Rani

Posted: 04 Jan 2016 06:36 PM PST

SHAH ALAM - Bukan Pas tetapi DAP yang sepatutnya memberikan laluan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Adun Meru, Dr Abd Rani Osman berkata, DAP perlu memberikan kuota kepada Amanah kerana mereka mempunyai kerjasama di dalam politik.
"Kalau ikutkan pada kerjasama, DAP sepatutnya memberikan kuota mereka dan bukan Pas yang tak ada kena mengena dengan Amanah.
Adun Meru, Dr Abd Rani Osman "Itu baru dinamakan kerjasama sekiranya mereka memang benar-benar berada di dalam Pakatan Harapan," katanya, semalam.
Menurutnya, Pas hanya akan memberikan laluan kepada Amanah sekiranya pimpinan tertinggi parti memutuskan berbuat demikian.
"Saya sebagai Adun dan beberapa kawan lain yang tak memegang jawatan dalam parti hanya akan menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan parti.
"Kalau kata bagi laluan, maka kita akan bagi laluan. Tapi, kalau apa yang berlaku adalah sebaliknya, maka kita semua akan akur," katanya.
Beliau berkata, keputusan mengenai hal berkenaan hanya akan diketahui selepas pimpinan tertinggi parti mengumumkannya kelak.
Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali pula berkata, dia menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang enggan memberi laluan kuota kepada Amanah.
Katanya, perkiraan kerajaan negeri Selangor hanya melibatkan tiga parti  yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
"Yang relevan dalam pembentukan kerajaan negeri adalah parti-parti yang bertanding di dalam pilihan raya lalu sahaja," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pas Selayang, Mohd Zaidy Abdul Talib berkata, setiap parti yang terlibat iaitu Pas, DAP dan PKR telah melantik wakil masing-masing untuk perbincangan.
Katanya, ahli dan pimpinan parti akan menghormati keputusan yang bakal diambil hasil daripada perbincangan yang dijangka selesai minggu ini.

Beza RM2 bilion harga Bandar Malaysia, DAP gesa 1MDB dedah perjanjian

Posted: 04 Jan 2016 06:33 PM PST

Lakaran artis projek Bandar Malaysia, yang dilaporkan di jual kepada sebuah usaha sama China-Malaysia dengan harga kurang RM2 bilion daripada yang didakwa sebelum ini.  – Gambar ihsan 1MDB, 5 Januari, 2016. 
Lakaran artis projek Bandar Malaysia, yang dilaporkan di jual kepada sebuah usaha sama China-Malaysia dengan harga kurang RM2 bilion daripada yang didakwa sebelum ini.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mendedahkan perjanjian jual beli di antara pelabur negara itu dan usahasama China-Malaysia untuk kepentingan 60% di Bandar Malaysia, kata DAP, selepas usahasama itu semalam mendedahkan ia membayar kurang RM2.13 bilion daripada harga yang didakwa penjual kepada 1MDB.
Dalam makluman kepada Bursa Saham Hong Kong, China Railway Group Limited berkata, usahasamanya dengan Iskandar Waterfront Holdings Berhad (IWH) mempunyai saham bernilai RM5.28 bilion.
Tetapi 1MDB mengumumkan pada 31 Disember, tawaran itu berharga RM7.41 bilion dan usahasama itu membayar 10% wang pendahuluan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua mempersoalkan sekiranya 1MDB membuat "kesilapan budak sekolah" dalam mengira harga transaksi sebenar. Beliau juga bertanya jika harga itu dinaikkan bagi memberi gambaran baik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Mungkin 1MDB tidak menjangka China Railway akan membuat pengumuman di Hong Kong Exchange, atau ada pihak yang benar-benar akan membaca pengumuman itu.
"Bagaimanapun, kita tahu, berdasarkan sejarah, penyata 1MDB mesti sentiasa diteliti dengan penuh keraguan kerana ia sering tidak mencerminkan kebenaran yang sepenuhnya.
"Kenyataan mereka sering dibuat supaya sesuai dengan apa yang mereka mahu anda tahu atau fikir, bukan untuk memberikan anda pemahaman sebenar tentang keadaan itu," Pua berkata dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

20,000 hilang kerja tahun lepas, kumpulan majikan ramal 2016 lebih perit

Posted: 04 Jan 2016 06:32 PM PST


Lebih 20,000 pekerja pelbagai sektor diambil secara berlebihan setakat September tahun lalu, kata Persekutuan Pekerja Malaysia (MEF), petanda cabaran bagi syarikat besar pada tahun ini. Tanpa petanda peningkatan ramalan ekonomi suram, Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata, trend itu menunjukkan ia akan berterusan sehingga 2016, dengan lebih banyak pekerja diberhentikan dan syarikat gulung tikar.
Sebagai perspektif, dilaporkan lebih 10,000 pekerja diberhentikan pada 2014.

Pada masa sama, Shamsuddin berkata pengambilan tahun ini perlahan dengan hanya jawatan yang benar-benar perlu diisi saja dibuka. Shamsuddin memberitahu The Malaysian Insider, angka itu, yang diperoleh daripada Kementerian Sumber Manusia, meliputi pekerja pelbagai sektor utama termasuk syarikat minyak dan gas, perbankan, jualan dan pembuatan.
Bagaimanapun, MEF tidak mempunyai butiran jumlah syarikat yang terbabit dalam pelaksanaan pemberhentian pekerja untuk 2015, katanya.
"Dalam konteks Malaysia, meskipun ekonomi dijangka tumbuh 4.7% KDNK, ramalan di kebanyakan sektor ekonomi tidak begitu menggalakkan, dan amat mencabar (bagi 2015).
"Sebanyak 6,000 (pekerja diberhentikan) kesan penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS) juga menyumbang kepada peratusan besar jumlah keseluruhan pemberhentian pada tahun ini.
"Menjelang penghujung 2015, kita jangka ia mencecah 25,000 (jumlah keseluruhan pemberhentian pekerja). Jumlah itu dijangka bertambah pada 2016 kerana ia tidak dilihat sebagai tahun yang positif," katanya.
Pemberhentian 6,000 pekerja MAS adalah sebahagian rancangan Khazanah Nasional Berhad menyusun semula syarikat penerbangan negara yang mengalami kerugian itu.
The Edge Weekly juga melaporkan, Shell Malaysia akan membuang 1,300 pekerja dalam tempoh 2 tahun, mempercepatkan pengurangan kerja dalam industri minyak dan gas kerana kejatuhan harga minyak.
Pemberhentian pekerja pada 2015 juga menyaksikan sektor perbankan mengurangkan tenaga kerjanya, bermula dengan bank Standard Chartered melepaskan 11% stafnya di Malaysia, diikuti CIMB Group Holdings Bhd 3,599 pekerja atau 11% daripada keseluruhan staf, dan RHB Capital Bhd 2,700 pekerja atau 15% staf.
Turut dilaporkan pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd memberhentikan 255 pekerja di kilangnya di Gurun, Kedah dan CCM Fertilisers Sdn Bhd, anak syarikat Chemical Company of Malaysia Bhd, mengumumkan pelepasan 232 kakitangan sebagai rancangan penutupan salah satu kilangnya pada Jun tahun ini.
Di samping pemberhentian pekerja swasta, Shamsuddin berkata sektor awam juga perlahan dalam pengambilan pekerja dan hanya membuka beberapa jawatan yang benar-benar perlu.
Read More / Baca Lagi >>

Gantung operasi bauksit tiga bulan tidak cukup, kata MP Kuantan

Posted: 04 Jan 2016 06:26 PM PST

Fuziah SallehFuziah Salleh
Tempoh gantung selama tiga bulan ke atas aktiviti melombong bauksit di Kuantan seperti ditetapkan Kabinet dibimbangi tidak mencukupi untuk melakukan semakan dari segi peraturan dan penguatkuasaan undang-undang, kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Menurut Pengerusi Gabungan Menentang Pencemaran Bauksit itu, lebih banyak masa diperlukan bagi tujuan berkenaan memandangkan kemusnahan alam sekitar di daerah itu yang terlalu teruk akibat kelemahan kerajaan negeri daripada segi kawalan dan pemantauan.
 "Gantung (operasi) itu bukan gantung begitu saja. Paling penting kenapa banyak sangat pelombong haram. Itu sebab kena tengok kenapa selama ini aspek penguatkuasaan gagal.
"Kalau gantung setakat nak bagi rakyat diam, tidak guna. Mesti segera disusuli dengan pemuliharaan alam sekitar. Akibat terlalu banyak tanah dikorek sampai jadi botak, tindakan memulihara satu hal paling kritikal mesti dilakukan sekarang," katanya ketika dihubungiMalaysia Dateline.
Mengakui kesal dengan situasi luar kawalan di pihak Menteri Besar dalam menangani isu yang berlarutan sehingga sudah memakan korban pada 21 Disember lalu, beliau menyifatkan kerajaan negeri seolah-olah hilang upaya untuk melaksanakan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.
"Bebas untuk semua dari A hingga Z, daripada melombong, mengorek, mengangkut sehinggalah mengurus 'stockpile' dan mengalih ke atas kapal untuk dieksport," katanya mengakui perlombongan bauksit boleh dilaksanakan secara lestari jika aspek peraturan dan penguatkuasaan dipatuhi semua pihak.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tiada hak halang Amanah duduki kerusi PBT

Posted: 04 Jan 2016 06:23 PM PST

Ir Izham HashimIr Izham Hashim

PAS tiada hak menghalang Parti Amanah Negara (Amanah) daripada menduduki kerusi ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor kerana Amanah mempunyai wakil di negeri itu.

Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim berkata, keputusan mengenai kerusi PBT terletak di tangan kerajaan negeri yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

"Bukan hak PAS untuk menghalang Amanah sebab keputusan nak bagi kerusi PBT ini adalah keputuan bersama Pakatan Harapan. 

"Kuota itu hendaklah dibincang bersama dalam Pakatan Harapan kerana kerajaan negeri merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan di Selangor," kata beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Izham mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad semalam bahawa PAS Selangor tidak akan memberi  laluan kepada Amanah untuk mendapatkan kuota ahli majlis PBT di negeri itu.

Menurut Izham, pihaknya hanya memohon bilangan kerusi yang minimum iaitu dua bagi setiap kawasan.

"Kita tidak minta kuota yang melampau paling maksimum dua sahaja setiap PBT. Takkan sorang-sorang satu PBT, macam mana nak buat kerja. Kita bukan nak jawatan pun tapi nak berkhidmat kepada masyarakat," katanya lagi.

Read More / Baca Lagi >>

NAJIB'S CHINA SHOCKER: MORE MISSING BILLIONS - NO WAY OUT NOW BUT MASSIVE CAPITAL BAILOUT FOR 1MDB

Posted: 04 Jan 2016 06:08 PM PST

NAJIB'S CHINA SHOCKER: MORE MISSING BILLIONS - NO WAY OUT NOW BUT MASSIVE CAPITAL BAILOUT FOR 1MDB

The following has gone viral:
houdini said...

All this to divert attention....Around Xmas his jet was in Hong Kong....then he runs off to the Mid-east and plays holy.

Another SCANDAL here? This news in Hong Kong... :

On 31/12/15, 1MDB signed agreement Bandar Malaysia land in Sg Besi for JV with China Railway and Iskandar Waterfront for RM7.41B.
But China Railway announced in HK Stock Exchange that amount is RM5.279 B.

Where is the balance RM2.161B?


"On 31 December 2015, the Joint Venture entered into the Share Sale Agreement with 1MDBRE, pursuant to which the Joint Venture will purchase 60% of the equity interest in BMSB held by 1MDBRE at a price of MYR5.279 billion, among which CRECM will pay MYR2.639 billion (equivalent to approximately to RMB3.995 billion) of the share purchase price. This transaction has been examined and approved in the Company's Seventeenth Meeting of the Third Session of the Board of Directors on 31 December 2015.
Monday, January 04, 2016 12:17:00 PM
My comments :  This one really sucks.

No 1.  Yes they said they sold the 60% stake for RM7.41 Billion.
However the Hong Kong Stock Exchange announcement says the deal is only RM5.279 Billion.

So what happened to the balance RM2.161 Billion?
No 2.  Even the RM5.279 Billion will not be paid fully in cash. The Chinese say they will only pay RM2.639 Billion in cash. When will the Chinese pay the balance RM2.640 Billion?

No. 3  If CREC is only paying RM2.639 Billion cash, how the hell is 1MDB going to 'settle RM40 Billion' worth of debt with a cash inflow of only RM2.639 Billion from CREC?
Folks, this is 2016. Watch out. They are going to increase the Paid Up Capital of 1MDB from its present level of RM2.0 Billion (its no more RM1.0 Million ok) to something like RM40 Billion.
Then they will use the new paid Up Capital (that is our money) and use it to pay off the remaining debt.

Media folks, ask 1MDB what is the paid Up Capital now.

TPPA: Rakyat diminta berlaku adil..Tapi kerajaan membelakangi rakyat..??

Posted: 04 Jan 2016 04:08 PM PST

Kerajaan akui TPPA mempunyai cabaran tersendiri namun ianya tidak akan sampai memberi kesan buruk kepada negara
Mustapa_Mohamed
PETALING JAYA: Rakyat diminta supaya bersikap adil terhadap kerajaan berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang bakal dimeterai.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Dr Mustapa Mohamed berkata demikian berikutan kritikan ramai pihak terhadap TPPA, walaupun mereka itu masih belum memahami tindakan kerajaan sepenuhnya.
Katanya, pengkritik perlu banyak membaca dan menghadiri sesi penerangan yang dibuat oleh kerajaan untuk memahami kebaikan TPPA dengan lebih jelas.
"Kita diperingkat kerajaan mahu masyarakat bersikap adil kerana sesetengah yang melontarkan pandangan mengenai TPPA seolah-olahnya buruk belaka.
"Kerajaan akui bahawa ada cabaran dan ada pihak-pihak yang terkesan. Namun secara keseluruhannya kita juga berpendapat ia menguntungkan kerajaan Malaysia.
"Apa yang perlu dilakukan adalah rakyat perlu baca dan kena adil. Kita yakin kebaikan TPPA melebihi cabaran yang dihadapi," katanya dalam satu temubual khas mengenai TPPA yang disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (TV1).
Mengulas lanjut, Mustapa berkata rakyat seharusnya lebih berani menerima perubahan yang ingin dilakukan oleh kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

APA MAKNA BERITA INI?

Posted: 04 Jan 2016 04:05 PM PST

Mengikut laporan yang memetik kenyataan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan, parti itu akan mengadakan taklimat khas Sabtu ini bagi menerangkan isu kerjasama dengan UMNO kepada para pemimpinnya.

Menurut beliau, taklimat itu akan disampaikan sendiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang tetapi enggan mendedahkan lokasi dan waktu ia akan diadakan.

Katanya lagi, taklimat itu akan dihadiri pimpinan pusat, negeri dan wakil-wakil rakyat Pas serta memberi peluang kepada mereka yang keliru atau kurang jelas mengenai kerjasama dengan UMNO untuk bertanyakan soalan mengenainya.

Apakah makna berita ini?

Melalui berita ini pasti sukar untuk menafikan hakikat bahawa Pas, terutamanya Hadi Awang begitu teringin untuk menjalin hubungan dengan UMNO dan menyambut huluran tangan kerjasama yang dimulakan oleh Najib Razak.

Jika tidak ingin bekerjasama, sudah tentu Pas tidak akan mengadakan taklimatnya Sabtu ini dan memadai dengan mengeluarkan kenyataan media saja menolak pelawaan  untuk menjalinkan hubungan itu.

Maka, dengan sendirinya tutup bukulah isu kerjasama yang digembar-gemburkan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Hadapi 2016, Pasca 2015 Disalah Pimpin

Posted: 04 Jan 2016 04:04 PM PST

Oleh YB Ustaz Marzuk Shaary
Ramai dikalangan kita menghadapi 2016 dengan kehilangan pekerjaan.Ramai pula dijangka akan kehilangan kerja pada sepanjang 12 bulan akan datang ditahun 2016. Pekerja-pekerja kontrak yang disambung tahun ke tahun, paling terkesan akibat perubahan angka 2015 kepada 2016.
Jun 2015 seramai 6,000 pekerja MAS hilang kerja. Menjelang tahun baru, 250 pilot MAS diberhentikan.

Manakala pekerjaan para pesawah, petani, penternak dan nelayan pula kehilangan sebahagian besar pendapatan mereka akibat pemotongan subsidi dalam Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Ini tidak dibantu dengan dasar pertanian sedia ada yang lemah. Tahun 2015 jumlah pengangguran lebih daripada 400,000 , 161,000 adalah siswazah muda, dan dijangka meningkat lebih 22% pada tahun 2016. Negara juga semakin hilang kekuatan mata Wang. 3 tahun lalu berbanding US Dolar nilainya RM3.0615, 2 tahun lalu RM 3.2878, setahun lalu 3.4970, sebulan lalu RM4.2600 dan kini RM 4.3020.
Angka dan fakta di atas hanyalah menunjukkan negara ini salah pimpin. Ini bersamaan dengan ungkapan Abdullah Munsyi, ratusan tahun lalu, yang telah membuat pemerhatian kesengsaraan hidup dihadapi oleh rakyat dek kerana salah pimpin.
Justeru saya mencadangkan supaya:
1) Kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP bagi pekerja pekerja yang kehilangan pekerjaan.
2) Kerajaan hendaklah membuat dasar khusus berkenaan Pertanian Organik bagi membolehkan para pesawah, petani, nelayan dan penternak lebih dapat mengurangkan kos, berdikari dan menguntungkan.
3) Kerajaan perlu melaksanakan langkah berjimat yang lebih komprehensif terutamanya kos melibatkan Perdana Menteri dan Menteri Menteri.
4) Kerajaan perlu memperkasakan Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar sebarang ketirisan dana awam dapat dielakkan.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa perlukan perubahan di tahun baru

Posted: 04 Jan 2016 04:02 PM PST

Oleh Marwan Abdullah
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1. Negara kita telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang mencabar pada tahun lepas. Isu tadbir urus Kerajaaan terus menjadi perbincangan hangat rakyat dan media. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada 1MDB sehingga kini seolah-olah seperti ingin cuba dilupakan tanpa ada jawapan. Belum pun selesai satu isu yang besar, datang pula isu dakwaan penyalahgunaan wang oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Benar, ia baru dakwaan, namun sebagai sebuah Kerajaan yang cekap dan berintegriti tinggi, pasti rakyat mahukan jawapan yang lebih baik.

2. Suka atau tidak, rakyat perlu menerima hakikat bahawa kos sara hidup nampaknya seperti tidak akan turun dalam tahun-tahun yang terdekat ini. Penguatkuasaan GST bukanlah permulaan kerana isu peningkatan kos sara hidup sudah lama dibangkitkan rakyat sebelum penguatkuasaan GST itu lagi. Dengan berkuatkuasanya GST, berlakulah episod peningkatan kos sara hidup sekali lagi walaupun iklan-iklan yang ditayangkan sebelum ini memberikan gambaran bahawa penguatkuasaan GST sebenarnya tidak akan membebankan rakyat. Benar yang Kerajaan memang tidak akan menguatkuasakannya sesuka hati kerana isyaratnya sangat jelas bahawa Negara amat memerlukan dana tambahan bagi menampung perbelanjaan Negara. Namun yang ironinya, mengapa cerita-cerita perbelanjaan luar biasa pemimpin-pemimpin dan institusi-institusi Kerajaan berkumandang juga pada waktu yang sama? 3. Bagaimana pula dengan Perjanjian Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA) yang sedang dipertimbangkan Negara untuk menandatanganinya? Adakah ianya juga akan mendatangkan kesan yang sama kepada peningkatan kos sara hidup? Atau mungkin peningkatan kos sara hidup merupakan isu yang minor jika ingin dibandingkan dengan keuntungan yang bakal diperoleh Negara jika TPPA benar-benar dilaksanakan di Malaysia?
4. Beberapa peristiwa ini sudah cukup untuk menyesakkan dada rakyat yang terpinga-pinga dan kadang-kadang keliru dengan tahun 2015 yang mencabar ini. Adakah ada lagi harapan bagi rakyat untuk melihat tahun 2016 yang lebih baik?
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa perlu memeluk Islam dalam sembunyi?

Posted: 04 Jan 2016 04:01 PM PST

Mengapa perlu sembunyikan niat mereka yang murni itu daripada pengetahuan isteri?
muslim
Semenjak kebelakangan ini agak rancak diperbualkan kisah perebutan anak di antara ibu dan bapa berlainan agama. Kes terbaru ini melibatkan M Indira yang beragama Hindu dan bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, seorang muallaf, kedua-duanya berebutkan hak penjagaan ke atas ketiga-tiga anak mereka.
Mengikut bibit-bibit kisah mereka seperti yang tertera di dada akhbar serta portal media, Muhammad Riduan telah menukar status agama ketiga-tiga orang anaknya serta memohon hak penjagaan ke atas mereka. Kisah M Indira dan Muhammad Riduan ini tidak ubah seperti kisah-kisah lain yang pernah kita baca, contohnya kes antara S Shamala dan Dr Muhammad Ridwan, R Subashini dan Muhammad Shafi serta S Deepa dan Izwan Abdullah.
Namun apa yang menarik perhatian saya adalah persamaan antara kes-kes tersebut di mana kesemua suami mendalami ajaran agama, memeluk Islam serta menukar agama anak-anak mereka tanpa pengetahuan isteri. Persoalan saya di sini adalah : Mengapa perlu sembunyikan niat mereka yang murni itu daripada pengetahuan isteri?
Sesungguhnya perkahwinan adalah satu institusi di mana dua individu bukan sahaja berkongsi katil, malah juga berkongsi segala-galanya dalam hidup. Setiap hari, pasti banyak cerita serta pengalaman yang di kongsi bersama – cerita suami di pejabat, cerita isteri melayan anak serta cerita ahli keluarga dan sahabat handai. Selain itu, minat, hobi serta pendapat masing-masing turut sama di kongsi.
Jika kita fikirkan dengan teliti, apabila seorang suami mendapat hidayah dan terbit keinginan di dalam hati untuk mendekati Islam, bukankah Isteri akan menjadi antara orang pertama yang di carinya untuk meluahkan isi hati serta menjadi teman berbincang?
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia hanyut dalam kepura-puraan

Posted: 04 Jan 2016 04:00 PM PST

Oleh RAHMAT HARON
Dalam wacana anti-Israel dan pro-Palestin di Malaysia ini, kita boleh dapati bahawa isu berkaitan dengannya seringkali diadun untuk tujuan meraih sokongan politik umat Melayu Islam.Tujuannya pastilah untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa, lebih daripada menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Malahan di sini, isu-isu kezaliman negara Israel terhadap warga Palestin sering dibincangkan dalam kerangka perang agama serta bukannya sebagai isu hak asasi manusia.

Mungkin inilah janji setia cinta perpaduan Umno-PAS yang dicanang selama ini. Barangkali inilah hasil nasihat pimpinan PAS terhadap Umno.Maka, sekali lagi DAP dibingaikan Umno (yang kini disokong pimpinan tertinggi dan ulama PAS atas prinsip kerjasama) sebagai musuh nombor wahid umat Melayu Islam Malaysia.
Pembingkaian itu dibuat melalui isu kononnya DAP menyokong Israel disebabkan kenyataan pemimpin peringkat negeri Perak yang menyebut, sukan perlu melangkaui politik.
Polemik ini timbul berikutan tindakan kerajaan menyekat dua peserta luncur angin dari Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan daripada mengambil bahagian dalam Kejohanan Layar Belia Dunia anjuran Persekutuan Pelayar Antarabangsa (Isaf), di Langkawi, minggu lalu.
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memuji tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin, dengan menyebut bahawa sukan tidak boleh dipisahkan daripada kemanusiaan.
Pesta menghentam DAP ini dimeriahkan lagi oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki, yang mereka-reka cerita tidak masuk akal kononnya Israel akan membuat pengkalan tentera jika DAP menguasai Putrajaya.
Faktanya, Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel, namun kita hanyut di lautan kepura-puraan, menyarung bermacam topeng untuk tujuan akhirnya – menunjukkan kepada umat Melayu Islam Malaysia bahawa para pemimpinnya ialah golongan paling mulia, berperangai muluk-mulus dan berwajah suci tulus murni.
Kehadiran PAS sebagai penasihat Umno – mahupun sebagai parti yang mungkin bertanding tiga, empat penjuru pada pilihan raya akan datang, seperti kes DUN Kota Damansara pada pilihan raya lalu – akan memperkuat imej suci pembela kepentingan Melayu Islam yang dipakai Perdana Menteri Najib Razak.
Di sinilah isu Palestin dimunculkan sebagai lambang perpaduan umat Melayu Islam dalam Umno dan PAS. Kononnya umat Melayu Islam Malaysia bersimpati dengan perjuangan hak rakyat Palestin dan sedang ikut berjuang melawan kezaliman pendudukan Israel.
Barangkali saya salah, namun berdasarkan pengamatan saya, sebahagian besar simpati rakyat Malaysia yang ditunjukkan selama ini nampaknya bermusim akibat histeria yang diciptakan media.
Saya menulis perkara ini tanpa melupakan insan Islami para pejuang sejati hak rakyat Palestin seperti pemimpin PAS, Mahfuz Omar, pemimpin kanan AMANAH, Sallehuddin Ayub dan aktivis akar umbi Pak Amjal yang pernah merengkok di penjara gara-gara membantah kedatangan pasukan kriket Israel di Malaysia pada penghujung tahun 1990an dahulu.
Pada tahun 2011, Ilya Grad menjadi peninju Israel pertama yang dibenarkan masuk ke Malaysia secara sah atas undangan rancangan realiti TV sukan AXN, The Challenger Muay Thai.
Saya harap Melayu belum lagi lupa; bukankah agak menyalahi adat diplomatik apabila Menteri Pertahanan Malaysia bertemu dengan Menteri Perang Israel pada Julai 2009 di Paris?
Read More / Baca Lagi >>

Insaf bertambah usia, Zahid ikrar bertindak lebih matang..!!

Posted: 04 Jan 2016 03:58 PM PST


Sempena hari lahir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berikrar akan bercakap dan bertindak dengan lebih matang pada tahun ini.
Beliau, yang berusia 63 tahun hari ini, bagaimanapun mengakui tidak dapat menggembirakan semua pihak sepanjang perkhidmatannya.
"Saya merasakan keinsafan kerana saya sentiasa bertambah usia. Saya mengharapkan tiap-tiap patah perkataan dan tindakan (saya) mesti berlandaskan kepada kematangan.
"Walaupun saya tahu saya tidak dapat memuaskan hati semua orang tetapi saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk semua kumpulan dan golongan masyarakat di negara kita," katanya kepada media pada Majlis Apresiasi Tokoh Sarjana: Penerima Anugerah Buku Negara 2015 di Kuala Lumpur, hari ini sebelum berlepas ke Sarawak.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu-isu lain.
Penganjur majlis, Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) juga mengadakan acara memotong kek. Hadir sama adalah isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis, anaknya Nurul Hidayah dan cucu mereka.
Zahid kemudiannya mengedarkan kek dan pulut kuning kepada semua tetamu yang hadir.

Wujudkan badan pemantau produk patuh syariah, gesa Pemuda Amanah

Posted: 04 Jan 2016 03:51 PM PST

Syed Marwan MujahidSyed Marwan Mujahid
Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional menggesa supaya satu badan pemantau produk dan perkhidmatan yang didakwa sebagai patuh syariah diwujudkan bagi mengelak berlakunya eksploitasi.
Pengarah Hal Ehwal Ekonominya, Syed Marwan Mujahid berkata, langkah tersebut perlu diadakan pada kadar segera memandangkan wujud lambakan produk di pasaran yang dikatakan syarikat terbabit sebagai mematuhi prinsip syarak.
"Apa sebenarnya definisi patuh syariah? Hal itu perlu kerajaan perincikan termasuklah siapa yang bertanggungjawab mengesahkan (produk) mereka patuh syariah? Ada badan pensijilan?" soalnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas kelahiran Rayani Air yang dikatakan sebagai syarikat penerbangan pertama di negara ini beroperasi berlandaskan patuh syariah, beliau berkata, usaha tersebut termasuk mewajibkan anak kapal beragama Islam untuk menutup aurat adalah dihargai.
Walau bagaimanapun, dalam masa sama, ujarnya, beberapa aspek penting berkaitan operasi Rayani Air perlu diteliti supaya benar-benar berpandukan  peruntukan syarak seperti diuar-uarkan.
"Sejauh mana Rayani Air patuh syariah? Apa definisi patuh syariah? Siapa yang mengesahkan mereka patuh syariah? Adakah cukup pramugari pakai tudung, dan tidak hidang arak boleh dipromosikan sebagai patuh syariah?
"Berita terbaru, Datuk Dr Haron Din (Mursyidul Am PAS) nak dilantik sebagai penasihat syariah. Jadi, adakah sebelum ini tiada panel penasihat syariah atau ahli lembaga syariah?" soal calon PhD di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.
Selain itu, Syed Marwan turut mengingatkan tentang kepentingan mana-mana syarikat sekalipun untuk memastikan aktiviti perniagaan mereka yang didakwa sebagai patuh syariah harus bebas daripada sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, pelaburan dan sebagainya.
"Dari sudut pengurusan kewangannya pula, adakah Rayani Air tidak terlibat dengan riba dan menggunakan khidmat bank patuh syariah sepenuhnya?" soalnya lagi.
Rayani Air tampung permintaan pengguna
Mengulas lanjut tentang operasi Rayani Air yang juga akan membuat bacaan doa sebelum memulakan penerbangan, Syed Marwan menyifatkan syarikat itu mengisi permintaan pengguna yang mahukan produk patuh syariah.
Read More / Baca Lagi >>