Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAFIZI GADUH DENGAN LIM GUAN ENG ISU JUAL TANAH NEGARA

Posted: 03 Jan 2016 10:31 AM PST

    
    

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Najib, Rosmah tunai ibadah umrah!

Posted: 03 Jan 2016 10:50 PM PST

Najib Tun Razak, Rosmah Mansor dan rombongan sempat menunaikan ibadah umrah lewat malam tadi dalam sesi lawatan singkatnya ke Arab Saudi. Turut mengiringi beliau ialah Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Dr. Irwani Abdullah. Rombongan itu turut disertai oleh Abdul Azeez Abdul Rahim, pemimpin pelajar Malaysia di Universiti Ummul Qura Mekah, Muhammad Syaharuddin Shaari (kanan) dan Annuar Musa. Perdana Menteri dijangka tiba di Madinah untuk menziarahi makam Nabi Muhammad SAW di samping bertemu dengan lebih 200 orang pelajar Universiti Madinah sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Arab Saudi mengambil peluang mengerjakan ibadah umrah sambil ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Masjidil Haram, Mekah, semalam.

Turut mengiringi beliau menunaikan ibadah itu adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan isteri, Datin Dr. Irwani Abdullah; Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengerusi Majlis Ama­nah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu hari ini, Najib sempat meluangkan masa bersama rakyat Malaysia di negara itu menikmati masakan tempatan yang dihidangkan oleh restoran Felda D'Saji Malaysian & Cuisine Restaurant di Jeddah.

Perdana Menteri yang berkongsi gambar tersebut di laman Facebook berkata, kegemaran terhadap masakan Malaysia membuatkan beliau memilih untuk menjamu selera di restoran berkenaan.

"Makan tengah hari bersama rakyat Malaysia di restoran Felda D'Saji di Jeddah. Walau di mana kita berada, makanan Malaysia tetap di hati," katanya di laman tersebut.

Felda D'Saji Malaysian & Cuisine Restaurant yang diuruskan Felda D'Saji Sdn. Bhd. (D'Saji) terletak di Jalan Tahlia dan merupakan restoran Malaysia pertama yang dibuka di Jeddah.

Restoran berkenaan mengete­ngahkan konsep dapur terbuka untuk melahirkan suasana budaya Malaysia sambil menikmati aroma rempah-ratus Asia bagi melihat seni masakan itu sendiri.

Pembukaannya pada Februari tahun lalu juga sebagai simbolik dalam memperkukuhkan hubu­ngan perdagangan antara Malaysia dan Arab Saudi.-UMO

Suara Politik
Belantan

Di manakah ruginya 1MDB?

Posted: 03 Jan 2016 08:07 AM PST


1MDB adalah sebuah syarikat kerajaan yang menyasarkan perolehan berganda daripada aset yang tidak nampak boleh dikomersialkan oleh pihak swasta.

Seperti lima janakuasa IPP yg dibeli oleh 1MDB adalah legasi Tun Mahathir yang hampir tamat tempoh lesen operasinya. Namun kerajaan melalui 1MDB telah membelinya agar dapat mengurangkan tarif letrik bagi semenanjung serta menstabilkan GRID KEBANGSAAN.

Oleh kerana 1MDB adalah milik penuh kerajaan melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan, maka jika tempoh lesen operasi TAMAT sekalipun, ia akan diperbaharui.

Ia tidak sama dgn 2 janakuasa YTL yg tidak disambungkan lesen operasinya. Itu hak kerajaan utk sambung atau tidak, kerana ia adalah milik swasta. Tambahan pula YTL adalah kroni Tun Mahatihir yang selalu mempertikaikan pentadbiran kerajaan DS Najib.

Maka lima buah janakuasa di bawah 1MDB yang dikenali sebagai EDRA itu mempunyai nilai yang tinggi, walaupun Tun Mahathir pernah melabelkan sebagai "membeli besi buruk".Saya diberitahu bahawa pembelian IPP tesebut melibatkan wang sejumlah RM12 billion.

Dari manakah 1MDB boleh memperolehi wang yang sebanyak itu utk membeli IPP sedangkan ia adalah sebuah syarikat bermodalkan RM1 juta serta jaminan kerajaan sejumlah RM970 juta.

Maka 1MDB terpaksa meminjam wang dari dalam dan luar negara bagi membeli aset IPP. Manakala pihak kerajaan menjadi "penjamin" terhadap pinjaman itu.

Sebab itulah 1MDB lebih mudah memperolehi pinjaman sama ada secara bersidiket atau kepada satu-satu institusi kewangan antarabangsa.

Inilah permulaan HUTANG yang dipegang oleh 1MDB. Ia adalah suatu urusan perniagaan, tidak ada kaitan langsung dengan WANG RAKYAT atau WANG NEGARA.

Ia adalah sama kaedahnya dengan mana-mana syarikat yang membuat pinjaman dari institusi kewangan dalam dan luar negara.

Yang berbeza ialah 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.Maka setiap pinjaman harus dibayar hutangnya.

Inilah yang dilakukan oleh 1MDB dengan membayar balik HUTANGnya, ia tidak melibatkan wang kerajaan.

Apakah pemilikan lima IPP dalam negara serta beberapa IPP di luar negara seperti Mesir, Bangladesh dan Pakistan yg dikenali sebagai EDRA ini mendatangkan keuntungan kepada 1MDB ?

Cuba lihat perbandingan ini :

Jualan Edra kepada syarikat Cina berjumlah RM9.83 bilion

Jumlah liability yang diambil oleh syarikat Cina ialah RM8 bilion

Dalam tempoh pemilikan 1MDB, ia memperolehi RM2 bilion dari segi dividen (rujuk temubual Arul Kanda)

Maka dalam tempoh pemilikan 1MDB terhadap EDRA, ia memperolehi (RM9.83 + RM8 + RM2) billion = RM19.83 bilion.

Setelah ditolak kos belian sejumlah RM12 billion, (RM19.83 – RM12) billion = RM7.83 bilion

Ini bermakna dalam tempoh yg singkat, 1MDB telah memperolehi KEUNTUNGAN RM7.83 bilion

Wang sebanyak RM7.83 bilion ini digunakan pula untuk mengurangkan HUTANG yang lain pula.

Setelah proses rasionalisasi 1MDB yg terbahagi kpd 3 bahagian :

Bahagian Pertama : Penjualan Edra sebannyak RM9.83 bilion dalam bentuk tunai dan saham serta RM8 bilion dalam bentuk liability

Bahagian kedua : Pertukaran aset dengan IPIC dan 1MDB dapat mengurangkan hutang sebanyak 16 bilion

Bahagian ketiga : Penjualan 60% kepentingan dalam Bandar Malaysia kepada Konsortium Inskandar Water Front dgn Syarikat Cina.

Kesemua rasionalisasi ini melibatkan pemansuhan HUTANG sebangayk RM40 bilion.

Kini 1MDB hanya menanggung RM2 bilion HUTANG

Apa yang tinggal pada 1MDB ?

Ia masih memiliki 40% kepentingkan dalam Bandar Malaysia

Memiliki aset di Tun Razak Excahange (TRX)

Masih memiliki aset tanah di Pualau Pinang dan di Pulau Indah

Sudah sah sekarang, ASET 1MDB adalah lebih besar daripada hutang RM2 bilion

Maka selepas ini, sudah tentu 1MDB akan membangunkan lagi tanah-tanah di TRX dan Bandar Malaysia serta menjana lebih banyak keuntungan.

Jadi dI manakah RUGInya 1MDB ?

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


"SENTUHAN GHAIB"

Posted: 03 Jan 2016 08:06 PM PST

SEKALI LAGI.. Laporan yg berkaitan dgn Najib Razak 'DIGHAIBKAN'. Kali ini turn Astro AWANI pula ghaibkan laporan "FBI siasat kemungkinan kaitan filem The Wolf of Wall Street dengan 1MDB"..

'Berita Hairan' juga dah ghaibkan berita "PM beri jaminan isu 1mdb akan selesai sebelum akhir 2015"..

Sengal.. Astro AWANI & Berita Harian Online xder telor.

Anda boleh check di sini.. http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fbi-siasat-kemungkinan-kaitan-filem-wolf-wall-street-dengan-1mdb-87857

Laporan Berita Harian yg dighaibkan: https://goo.gl/ljlFlq
. Kali ini turn Astro AWANI pula ghaibkan laporan "FBI siasat kemungkinan kaitan filem The Wolf of Wall Street dengan 1MDB"..

Terlalu banyak yang Hillary Clinton perlu belajar untuk memahirkan lagi diri dalam keberkesanan dapat derma..

Posted: 03 Jan 2016 08:00 PM PST

RM230 juta tu terlalu sedikit kalau nak dibandingkan RM2.6 billion yang dah diperolehi oleh Najib Razak..

Beliau sepatutnya menuntut ilmu 'dapat derma' dari abam Jibby BUKANNYA kumpul derma..

FAKTA ATAU AUTA?

Posted: 03 Jan 2016 07:58 PM PST

Inikah sebenarnya hakikat mengenai 1MDB?

Selain itu benarkah harga 60 peratus Bandar Malaysia yang dijual kepada konsortium China dengan Kerajaan Negeri Johor adalah sebanyak RM5.279 bilion sahaja dan bukannya RM7.41 bilion sebagaimana yang diumumkan sebelum ini?

Kenyataan yang dipetik daripada HKExnews ini sudah pun tersebar luas dalam pelbagai perkongsian media sejak malam tadi lagi.

Kenapa tiba-tiba ada perbezaan angka? Kalau 60 peratus yang dijual itu hanya bernilai RM5.279 bilion, bermakna nilai keseluruhan Bandar Malaysia juga bukanlah RM12.35 bilion sebagaimana yang diumumkan oleh 1MDB?

Apakah makna semua ini?

Khaled Nordin: Apa salahnya Johor beli saham dari 1MDB?

Posted: 03 Jan 2016 07:57 PM PST

Hasil keuntungannya boleh dibawa balik untuk dimanfaatkan oleh KPRJ bagi perkara-perkara yang membawa kesejahteraan kepada rakyat
Datuk-Seri-Mohamed-Khaled-Nordin
JOHOR BAHARU: Keputusan kerajaan negeri Johor membeli saham Bandar Malaysia Sdn Bhd daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) baru-baru ini, bukanlah merugikan kerana pulangannya dapat dimanfaatkan bagi kesejahteraan rakyat.
Malah, jelas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, keputusan menyertai tender sebagai pembida dan kemudian memenanginya merupakan peluang kepada negeri itu.
"Apa salahnya kerajaan negeri melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dalam Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), terlibat dalam pembangunan di Kuala Lumpur?
"Sekurang-kurangnya hasil keuntungannya boleh dibawa balik untuk dimanfaatkan oleh KPRJ bagi perkara-perkara yang membawa kesejahteraan kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang, di sini, Ahad.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Program Gerak Mesra Perdana 2015 dan perasmian Dewan Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini.
Mohamed Khaled mengulas keputusan pembelian saham Bandar Malaysia melalui konsortium IWH-China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC), baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata kerajaan negeri bersyukur atas kejayaan memperolehi tender itu dan IWH adalah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan beberapa kawasan dalam Wilayah Iskandar Malaysia.
Pada 31 Dis lepas, 1MDB mengumumkan sudah menandatangani perjanjian jual beli saham melibatkan penjualan 60 peratus pegangan Bandar Malaysia pada harga RM7.41 bilion kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd membabitkan usaha sama 60:40 antara IWH dan CREC.
Read More / Baca Lagi >>

Penyelidik ramal kerjasama dengan Umno sebabkan PAS bakal berpecah lagi

Posted: 03 Jan 2016 07:55 PM PST

Kerjasama PAS dan Umno yang didakwa sebagai usaha mengubah nasib kaum Melayu di negara ini sebenarnya tidak akan berlaku, kata Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Januari, 2016. 
Kerjasama PAS dan Umno yang didakwa sebagai usaha mengubah nasib kaum Melayu di negara ini sebenarnya tidak akan berlaku, kata Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. 


Kerjasama PAS dan Umno bakal menyebabkan parti Islam itu berpecah sekali lagi, menurut hasil kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE), lapor Sinar Harian.
Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dipetik sebagai berkata, kerjasama 2 parti itu yang didakwa sebagai usaha mengubah nasib kaum Melayu di negara ini sebenarnya tidak akan berlaku.
Redzuan berkata, kaji selidik dilakukan IDE pada November lepas  di Selangor menunjukkan  lebih 45% responden tidak bersetuju dengan kerjasama di antara PAS dan Umno.

"Bila ditanya soal kerjasama yang bersetuju dalam 35% sahaja bakinya lebih besar tidak bersetuju, khususnya di kalangan penyokong PAS. "Kalau berlaku pertandingan antara PAS dan Umno pengundi PAS akan mengundi PAS dan pengundi Umno akan mengundi Umno," katanya kepada Sinar Harian.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhir tahun lalu berada sepentas dalam sebuah program di Kuala Lumpur.
Semasa perhimpunan agung Umno tahun lalu, Najib turut menawarkan kerjasama dengan PAS secara terbuka.
Menurut naib canselor Universiti Selangor baharu itu, penolakan penyokong akar umbi terhadap kerjasama itu disebabkan perjuangan Umno terhadap nasib kaum Melayu tidak menyerlah sejak dahulu lagi.
Beliau berkata, faktor itu menyebabkan berlakunya ketidakyakinan penyokong terhadap penyatuan 2 parti tersebut.
Redzuan berkata, hasil kaji selidik IDE juga mendapati meskipun wujudnya kemarahan di kalangan penyokong Umno terhadap pemimpinnya terutama mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan peningkatan kos sara hidup, namun mereka akan tetap setia kepada parti.
Beliau berkata, situasi itu bakal mengecewakan PAS kerana penyokong parti Melayu terbesar itu tidak akan mengubah sokongan meskipun Umno terpalit dengan pelbagai isu dan skandal.
"Kalau PAS mengharap jika krisis ini mereka (orang Umno) akan menyokong PAS berdasarkan kajian saya tidak berlaku.
"Mereka tetap dengan Umno walaupun mereka tidak puas hati dengan kenaikan harga barang dan 1MDB," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM mungkin akan diganti, kata sumber

Posted: 03 Jan 2016 07:51 PM PST

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, mungkin akan diganti kerana masalah kesihatan, menurut sumber, selepas agensi itu baharu saja menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International.
Sumber berkata, khabar angin bertiup kencang di Jabatan Perdana Menteri dan dalam kalangan pegawai atasan polis tentang seorang pegawai kanan polis atau seorang timbalan pendakwa raya kanan dari Jabatan Peguam Negara mungkin akan menggantikan Abu Kassim untuk mengetuai SPRM.
"Tahap kesihatan Abu Kassim kini sedang digunakan sebagai alasan dalam percubaan untuk menggantikannya," kata sumber itu kepada The Malaysia Insider yang enggan dinamakan kerana sensitiviti maklumat itu.

Abu Kassim menjalani pembedahan kerana sakit belakangnya pada 7 Ogos lepas dan dilaporkan kembali bertugas pada pertengahan Oktober. Bulan Ogos lepas menyaksikan beberapa pegawai SPRM menjadi sasaran polis dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber kebocoran maklumat berkenaan skandal kewangan yang didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini berlaku selepas kemunculan dokumen yang didakwa sebagai kertas pendakwaan terhadap Najib yang dirangka SPRM dan diterbitkan laman sesawang Sarawak Report.
Pegawai Cawangan Khas menyerbu pejabat pendakwa raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy, merampas dokumen berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebuah syarikat cabang pelaburan negara yang diwujudkan Najib.
Sebelum itu, Penasihat Guaman SPRM Tan Sri Rasphal Singh dan Jessica Gurmit Kaur, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara, juga ditahan untuk soal siasat berkenaan dakwaan kebocoran maklumat itu.
Tujuh pegawai SPRM juga disoal siasat pada masa sama, dan 2 daripada mereka dipindahkan jabatan serta merta selepas secara terbuka mengkritik tindakan polis menyoal siasat rakan sejawat mereka.
Sumber itu berkata, penggantian Abu Kassim dengan seorang pegawai polis untuk mengetuai SPRM akan menjatuhkan lagi semangat kakitangan agensi kerajaan itu dan hanya mengesahkan tanggapan negatif masyarakat terhadap kebebasan agensi itu.
Abu Kassim, yang menyertai Badan Pencegahan Rasuah pada 1984 yang kemudiannya dinamakan sebagai SPRM pada 2010, dilantik sebagai ketua pesuruhjaya agensi itu pada Januari tahun sama.
Dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini, Abu Kassim berkata kontraknya akan tamat pada 2018 tetapi menjangka akan kekal memegang jawatan sehingga 2020, tahun beliau berusia 60 tahun, had umur wajib bersara untuk penjawat awam.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah jangka tiada tindakan terhadap Najib walaupun laporan SPRM siap

Posted: 03 Jan 2016 07:49 PM PST

Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peguam negara juga sebelum ini menolak laporan dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemungkinan situasi sama akan berulang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Januari, 2016. 
Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peguam negara juga sebelum ini menolak laporan dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemungkinan situasi sama akan berulang. 

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal terlepas daripada sebarang tindakan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menghantar laporan yang siap kepada Peguam Negara. Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peguam negara juga sebelum ini menolak laporan dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemungkinan situasi sama akan berulang.
"Berdasarkan latar belakang yang kabur dalam mengendalikan kemelut 1MDB (1Malaysia Development Berhad), saya membuat ramalan awal keputusan sama akan dibuat.

"Negara ini sudah pun dikenali seluruh dunia sebagai negara 'jenayah tanpa penjenayah'," kata Dzulkefly dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, peguam negara pada 11 September tahun lalu membuat keputusan menolak kertas siasatan dihantar pihak BNM pada 21 Ogos tanpa sebarang tindakan diambil.
Baru-baru ini, SPRM sudah menghantar kertas siasatannya kepada peguam negara berhubung isu wang derma RM2.6 bilion dan siasatan berkaitan anak syarikat 1MDB, SRC International.
"Bukti membabitkan salah laku 1MDB mungkin jelas sehingga BNM menjangka peguam negara akan mengambil tindakan, tapi mereka tidak melakukannya," kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
Read More / Baca Lagi >>

Perlu sedia berkorban, Amanah ingatkan sekutu dalam Pakatan

Posted: 03 Jan 2016 07:47 PM PST

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata pengorbanan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan ia seharusnya diutamakan berbanding kepentingan individu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2016. 
Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata pengorbanan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan ia seharusnya diutamakan berbanding kepentingan individu. 

Ketika bibit-bibit keretakan mula kelihatan di Selangor berhubung pengagihan semula kerusi bagi mengisi jawatan ahli majlis kerajaan negeri di 12 pihak berkuasa tempatan, Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan rakan komponen Pakatan Harapan yang perjuangan memerlukan pengorbanan. Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata pengorbanan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan ia seharusnya diutamakan berbanding kepentingan individu.
"Kita tahu kepentingan peribadi ahli yang sudah memegang jawatan itu mahu kekal.

"Tetapi apakah kepentingan peribadi lebih penting berbanding kepentingan rakyat Malaysia," katanya kepada The Malaysian Insider.  "Sudah tentu perlu ada kesediaan untuk berkorban. Perlu ada 'give and take' (bertolak ansur).
"Perubahan besar tidak akan berlaku jika kita masih lagi di takuk lama. Kita perlu berfikir dalam konteks yang lebih luas," kata Anuar mengulas isu berhubung pembahagian kerusi ahli majlis yang masih belum diselesaikan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ia menemui jalan buntu selepas kemasukan Amanah dalam pembahagian kerusi majlis berdasarkan parti politik di Selangor.
Pembahagian 288 kerusi majlis tempatan di negeri ini kepada setiap parti baru-baru ini disemak semula dari 120 untuk PKR, 92 DAP dan 67 PAS kepada 103 untuk PKR, 98 DAP dan 78 PAS.
Persoalannya kini ialah, pihak mana antara PKR dan DAP yang bersedia melepaskan kerusi mereka untuk Amanah kerana PAS menegaskan ia tidak bercadang mengosongkan kerusinya untuk diisi wakil dari parti serpihannya.
Difahamkan, ketiga-tiga parti itu pada peringkat awal bersetuju menyemak kembali milikan kerusi berkenaan dan PKR bersetuju melepaskan 17 kerusi milik mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas kadi beri 3 jalan keluar cerai taklik PAS untuk sertai Amanah

Posted: 03 Jan 2016 07:46 PM PST

Kelahiran parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan kaedah PAS untuk memastikan pimpinan mereka untuk setia kepada parti Islam itu.
Salah satu daripadanya ialah baiah cerai taklik – sumpah dilafaskan wakil rakyat PAS Kelantan beberapa tahun dahulu yang memerlukan mereka menceraikan isteri sekiranya menukar parti.
The Malaysian Insider difahamkan, sumpah ini merupakan salah satu sebab mengekang simpatisan Amanah di kalangan wakil rakyat PAS Kelantan daripada menyokong parti serpihan itu secara terbuka.

Akan tetapi bekas kadi Kelantan percaya terdapat 3 cara untuk wakil rakyat Kelantan membebaskan mereka daripada sumpah itu dan meninggalkan PAS bagi menyertai parti-parti lain. "Yang pertama melaksanakan cerai khul'ei iaitu isterinya memohon cerai dari suaminya dengan membayar sejumlah wang kepada suami. Selepas suami bersetuju, mereka boleh bercerai," kata Che Ibrahim Mohamed kepada The Malaysian Insider.
"Selepas itu, mereka boleh berkahwin semula melalui satu akad nikah baharu tanpa diikat cerai talak 3 yang tidak boleh dirujuk (berkahwin) semula."
Umat Islam yang bercerai talak 3 tidak boleh rujuk semula (berkahwin semula) dengan bekas isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan orang lain dan bercerai.
Che Ibrahim berkata, pendapat ini adalah popular di kalangan ulama fekah Islam dan diterima Mazhab Shafie yang diamalkan di Malaysia.
Jalan keluar kedua, katanya, adalah dengan meyakini dan percaya lafaz cerai taklik yang dilaksanakan mereka sebelum ini tidak sah kerana mereka tiada niat untuk bercerai dengan isterinya ketika membuat lafaz itu.
"Jika sumpah taklik itu tidak disertai dengan niat untuk bercerai walaupun dilafazkan begitu, ia satu sumpah yang 'lagha' atau terbatal dan tidak memberikan apa-apa kesan.
"Oleh itu, walaupun dia melanggar sumpah ini, dengan meninggalkan PAS, talak tidak jatuh ke atas isterinya.
"Ini pendapat 3 ulama besar iaitu Ibnu Hazmin, Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim dalam kitab-kitab mereka dan diterima pakai undang-undang keluarga Islam di Mesir," kata Che Ibrahim yang juga timbalan pengerusi Amanah Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah jangan terlalu kemaruk undi kata Ridhuan Tee

Posted: 03 Jan 2016 07:42 PM PST

Pendirian sesebuah negara haruslah dihormati atas semangat kejiranan. Hal ini kerana sesuatu keputusan yang dilakukan pasti akan ada justifikasi tersendiri.
Prof.-Dr.-Mohd-Ridhuan-Tee-Abdullah
PETALING JAYA: Pemimpin dari Parti Amanah Negara (Amanah) didesak agar tidak terlalu kemaruk kepada undi sehingga berani mencampuri urusan negara Brunei mengenai sambutan Krismas.
Penceramah bebas dan pensyarah, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Amanah mengenai sambutan Krismas di Brunei itu pasti akan menyeronokkan 'ultra kiasu'.
"Peliknya, Kristian di Brunei tidak terasa apa-apa pun. Kenapa kita gatal punggung?" tulisnya di akhbar Sinar Harian.
Mengulas lanjut, pendirian sesebuah negara haruslah dihormati atas semangat kejiranan. Hal ini kerana sesuatu keputusan yang dilakukan pasti akan ada justifikasi tersendiri.
"Tetapi, inilah orang politik, bila nampak sesuatu isu yang memberi keuntungan politik atau undi. Semua mahu jadi jaguh kampung," ujarnya.
Katanya lagi, tindakan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengharamkan sambutan Krismas juga bukanlah sesuatu yang baru dan pertama dilakukan.
Hal ini kerana banyak negara lain di dunia, termasuk negara bukan Islam, yang tidak menyambut Krismas atau mengisytiharkan Krismas sebagai cuti umum.
"Israel yang terletak berhampiran Gereja Nativiti, Bethlehem, Palestin iaitu tempat kelahiran Nabi Isa A.S, pun tidak bercuti pada hari Krismas.
"Negara bukan Islam yang tidak bercuti Krismas adalah Bhutan, China, Jepun, Mongolia, Korea Utara, Laos, Rusia, Taiwan, Thailand dan Vietnam," ujar beliau lagi.
Tambah Ridhuan lagi, Brunei 'mengharamkan' sambutan secara terbuka Hari Krismas kerana khuatir ia boleh menyesatkan umat Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Bertatih dalam PAS, berlari dengan Amanah, kata tokoh anak muda

Posted: 03 Jan 2016 07:41 PM PST


Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM.Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM.Terdedah dengan PAS sejak kecil lagi, parti lambang bulan penuh itu bukanlah asing baginya. Tidur bersama keluarga di merata markas PAS terutama di sekitar Muar sudah menjadi kelaziman. Namun, pada usia 22 tahun, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda tekad memilih untuk 'berlari' dengan Parti Amanah Negara (Amanah).
Menurutnya, keputusan Muktamar Tahunan PAS 2015 lalu yang menyaksikan 'penyingkiran borong' sejumlah pimpinan berkaliber yang diketahui dan terbukti bekerja keras untuk parti dan demi keadilan rakyat amat menyentak akal budinya.
Tambah mengejutkan, ujarnya, apabila PAS membuat keputusan untuk berpatah arang, berkerat rotan dengan Pakatan Rakyat sehingga membawa kepada leburnya gabungan parti pembangkang paling ampuh menyergah keangkuhan dan status quo Umno-BN itu.
"Saya begitu juga rakan-rakan yang sebahagian besar sudah diasuh dalam PAS sama ada pendedahan dalam keluarga atau pun ketika di kampus mulanya berhati-hati dengan situasi berlaku. Terpinga-pinga juga di mana makna pendekatan berhikmah dan rahmatan lil alamin yang disebut-sebut selama ini?
"Dalam isu penggantian Menteri Besar Selangor misalnya, kami masih lagi cuba berhujah menjustifikasikan tindakan PAS. Anggapan kami mesti ada rasional dan kepentingannya demi parti tetapi keputusan pemilihan dalam muktamar 2015 itu benar-benar mencelikkan kami akan ada hal tak kena sudah berlaku," katanya ketika diwawancara Malaysia Dateline, 29 Disember lalu.
Menegaskan anak muda pada masa ini sudah terdedah kepada pertukaran pantas maklumat dengan kerencaman akses media, beliau berkata, mereka khususnya golongan mahasiswa telah dapat membezakan yang mana permata dan yang mana kaca.
"Hasil bacaan kami juga perkongsian pelbagai pihak dari media sosial, selepas disaring dan tapis, kami menghadami politik semasa tidak terkecuali realiti PAS selain kebobrokan rejim BN, akhirnya keputusan nekad dibuat untuk meneruskan perjuangan menentang kezaliman dan penindasan rejim melalui parti Amanah," ujarnya.
Mengakui pengalaman politik ditempuhi ayahnya, Aminolhuda Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Parit Yaani, Muar, Johor banyak mencorakkan kesedaran siasahnya, Umar menganggap Amanah sebagai platform baharu yang meraikan suara anak muda.
"Maaf saya cakap, PAS selepas banyak tindakan dan keputusan dibuatnya itu mengecewakan ramai pihak. PAS yang lama berjasa pada perjuangan dan usaha rakyat menuntut keadilan sudah jadi terbelakang dengan mood dan hasrat massa untuk menumbangkan BN.
"Saya sendiri hadir siri jelajah pertama NGO Gerakan Harapan Baru (HB) di Bakri, Muar 16 Jun 2015 dan ketika itu saya sedar medan untuk meneruskan perjuangan termasuk semangat istiqomah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz adalah melalui sebuah wadah politik baharu bukan lagi melalui PAS.
"Tambah pula, apabila melihat rakan-rakan mahasiswa seperti Khairol Najib dan Ammar Atan diberikan satu medan yang boleh untuk kami penuntut ini memberi sumbangan secara terus kepada parti. Pendek kata, akal dan tenaga kami kami anak muda di universiti diiktiraf untuk sama-sama mencorakkan Amanah," jelasnya yang sebelum ini tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam PAS.
Menjengah tahun baharu 2016, putera keempat daripada lima adik-beradik ini optimis melangkah bersama Amanah sebagai parti baharu berusia tiga bulan tetapi berlapang dada kepada suara anak muda.
Mengakui PAS mempunyai pemimpin yang tidak kurang berpengaruh dalam kalangan akar umbi sesuai dengan status parti senior, Amanah bagaimanapun baginya wadah terbaik memenuhi hasrat anak muda menyerlahkan keupayaan dan potensi diri masing-masing.
"Saya yakin Amanah memberi peluang kepada penuntut menyuarakan pandangan di landasan betul dan bergerak aktif dalam politik sihat. Apalagi sayap Pemuda Amanah Nasional majoritinya dianggotai golongan muda berusia kurang 35 tahun," ujarnya ceria diwawancara petang itu.
Tanpa mahu mengguris hati sebahagian rakannya yang masih ingin istiqomah bersama PAS, penuntut jurusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini masih menghormati pilihan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

45 peratus tidak setuju kerjasama Pas-UMNO

Posted: 03 Jan 2016 07:38 PM PST

Kerjasama itu tidak akan memberi manfaat sebaliknya membawa lebih banyak perpecahan penyokong Pas terhadap UMNO
Prof-Datuk-Dr-Mohammad-Redzuan-Othman,pas,umno
PETALING JAYA: Kaji selidik yang dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati lebih 45 peratus responden tidak bersetuju dengan kerjasama Pas dan UMNO.
Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, kajian itu dilakukan pada November lalu di Selangor.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bilangan responden yang ditemui dalam kaji selidik itu.
"Bila ditanya soal kerjasama, yang bersetuju dalam 35 peratus saja, bakinya lebih besar tidak bersetuju, khususnya dalam kalangan penyokong Pas.
"Kalau berlaku pertandingan antara Pas dan Umno, pengundi Pas akan mengundi Pas (manakala) pengundi UMNO akan mengundi UMNO," katanya lapor Sinar Online.
Mohamad Redzuan berkata, kerjasama UMNO dan Pas tidak akan memberi sebarang manfaat kepada nasib orang Melayu di negara ini, malah dikhuatiri menyebabkan perpecahan susulan kemarahan penyokong Pas terhadap parti pemerintah itu masih menebal.
"Kalau itu (kerjasama) berlaku saya melihat, pilihan raya nanti yang rugi adalah Pas, maklumlah UMNO ini masalah dalamannya nak beri kerusi pun bergaduh berhabis-habisan, apatah lagi nak beri kepada orang lain.
"Kita tahu sejarah UMNO ini, bercakap perpaduan Melayu pun dia tersepit juga. Saya nampak sama saja, penyokong UMNO tetap UMNO, penyokong Pas tetap Pas, tidak akan berlaku penyokong UMNO akan menyokong Pas dan sebaliknya," katanya.
Mohamad Redzuan berkata, kajian itu juga mendapati, ahli UMNO tetap setia dengan parti itu walaupun marah kepada pemimpinnya kerana soal kepincangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kenaikan harga barang.
Katanya, rakyat juga mengharapkan pembaharuan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor kerana pemerintahan parti pembangkang itu masih jauh daripada sebarang perubahan ketara yang dikehendaki pengundi-pengundi negeri itu.
"Pakatan kena kerja kuat, kena betulkan, rakyat tidak melihat bahawa pemerintahan Pakatan membawa banyak perubahan, tetapi lebih marah kepada UMNO kerana banyak isu termasuk GST," lapor akhbar itu.

Pakatan Harapan kukuhkan kerjasama dalam PRU-14 melalui perjanjian rasmi

Posted: 03 Jan 2016 02:56 PM PST


Pakatan Harapan yang disertai PKR,DAP dan Amanah akan dilihat lebih kepada "organisasi-centric" dan kurang fokus kepada personaliti politik untuk menghadapi  pilihanraya akan datang.Pakatan Harapan yang disertai PKR,DAP dan Amanah akan dilihat lebih kepada "organisasi-centric" dan kurang fokus kepada personaliti politik untuk menghadapi pilihanraya akan datang.Pakatan Harapan akan melancarkan perjanjian rasmi pada 9 Januari ini yang akan ditandatangani bersama oleh tiga parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Demokratik Rakyat (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi mengelakkan berlakunya kesulitan yang tidak diduga sebagaimana dalam Pakatan Rakyat.
Laporan media menyebut perjanjian ini adalah penting kerana ia mengandungi mekanisme untuk menguruskan perbezaan di antara  tiga parti sekiranya berlaku pertikaian dan bagaimana untuk menguruskan pakatan dalam pilihanraya dengan parti-parti politik diluar pakatan itu  seperti PAS.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dipetik sebagai berkata,  Pakatan Harapan bersetuju membentuk satu pakatan rasmi dengan parti Islam konservatif itu  tidak dapat dielak kerana gabungan itu mahu mengelak daripada pertandingan pelbagai penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
Rafizi yang terlibat dalam penggubalan perjanjian ini menyatakan  terdapat juga penekanan yang jelas mengenai keperluan untuk menangani apa-apa "masalah berbangkit" dalam gabungan itu.
"Sebagai contoh,  tidak lagi menjadi  pemahaman 'bersetuju untuk tidak bersetuju' seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Kita perlu menangani isu-isu dan mencari kata sepakat.
"Perjanjian  itu juga  sehingga ke satu  tahap tertentu bagaimana setiap pihak bekerja secara luaran, dan juga bagaimana ia memudahkan hubungan kerja di antara ketiga-tiga parti.
"Terdapat satu artikel khas hanya untuk menangani  dan menguruskan hal-hal berkaitan seorang ahli tidak menunjukkan rasa hormat atau serangan ahli parti lain dalam Pakatan Harapan," ujarnya.
Rafizi berkata beliau berharap perjanjian gabungan itu akan mengerakkan Pakatan Harapan ke arah menjadi lebih "organisasi-centric" dan kurang fokus kepada personaliti politik.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula dipetik berkata, perjanjian itu juga akan menetapkan peraturan yang jelas bagi setiap pihak jika mereka memilih untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan parti-parti politik lain seperti PAS.
Read More / Baca Lagi >>

DAP - Pakatan Harapan sedia kerjasama dengan pemimpin dan ahli Umno yang kecewa

Posted: 03 Jan 2016 02:55 PM PST


Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit SiangAhli Parlimen Gelang Patah Lim Kit SiangMana-mana pemimpin dan ahli UMNO yang tidak berpuashati  dengan parti keramat Melayu itu, DAP dan Pakatan Harapan bersedia untuk menjalinkan kerjasama dalam penjajaran politik baru untuk "Selamatkan Malaysia" dari rasuah, ketidakadilan sosio-ekonomi dan kegagalan pembinaan negara.
Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan kerjasama untuk pilihanraya raya oleh tiga parti DAP,PKR dan Amanah.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, permulaan tahun 2016 bukanlah sesuatu yang menguntungkan rakyat apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mendakwa isu dana RM2.6bilion dan 1 Malaysia Development Berhada ( 1MDB) tidak lagi menjadi isu negara.
"Ini adalah contoh yang paling teruk daripada sindrom penafian dalam sejarah negara, di mana Perdana Menteri secara terbuka menafikan kewujudan masalah dan skandal yang dia sendiri tidak mungkin percaya.
"Malah, tiga hari lalu, Malaysia telah dihina apabila disenaraikan sebagai negara ketiga di dunia yang paling korup pada 2015. Terima kasih kerana skandal berkembar mega Najib itu," ujarnya sebagaimana dipetik dari blognya hari ini.
Lim bercakap demikian ketika berucap dalam forum "Cabaran Malaysia 2016 : Mampukah Rakyat Dibela? di Kluang malam tadi.
Kata beliau lagi, tahun 2015 merupakan tahun yang sangat buruk bagi rakyat Malaysia, dan 2016 tidak mungkin menjadi lebih baik, dengan rakyat Malaysia masih dihantui dan diburu oleh skandal yang sama yang melanda negara ini pada tahun lalu.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu meyenaraikan isu yang buruk berlaku terhadap polarisasi kaum dan agama, dengan peningkatan politik penipuan, kebencian dan ketakutan sebagai cubaan terdesak untuk pemimpin-pemimpin Umno melindungi diri mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Dana Israel: Adakah PAS, NGO pro-BN anggap polis cuai? - Kit Siang

Posted: 03 Jan 2016 02:55 PM PST


Pangkalan tentera laut Israel di HaifaPangkalan tentera laut Israel di Haifa

Adakah polis cuai kerana tidak bertindak terhadap tuduhan kononnya DAP ditawarkan sejumlah RM1.2 bilion sebagai balasan kepada pembinaan pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson jika parti itu dan sekutunya membentuk kerajaan? soal Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Kit Siang yag juga Ketua Ahli Parlimen DAP, melontarkan pertanyaan kepada presiden gabungan NGO pro-BN, Zulkarnain Mahdar yang mahu polis menyiasat dakwaan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki berhubung perkara itu.
Menurut beliau, adakah gabungan NGO pro-BN yang diketuai Zulkarnain menganggap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu dikenakan tindakan disiplin kerana cuai bertindak menyiasat dakwaan tersebut.
Kit Siang menambah, dakwaan Zuhdi itu jika benar boleh mendatangkan malapetaka besar kepada negara jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan kerana ia membabitkan aspek keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam.
"Saya bersetuju sepenuhnya dengan Zulkarnain malah mengambil satu langkah kehadapan bahawa jika dakwaan itu benar, ini menunjukkan kecuaian polis yang serius dan sukar dimaafkan, apatah lagi dakwaan itu pertama kali dibuat empat tahun lalu, dan Khalid sepatutnya menjelaskan mengapa polis cuai melaksanakan tugas selama tempoh itu bagi melindungi kepentingan keselamatan negara ini?" sindir beliau.
Kit Siang bagaimanapun enggan mengulas tahap intelek, moral, nilai agama dan kredibiliti politik 'pemimpin politik senior' yang mempercayai pembohongan dan kepalsuan yang dikitar semula.
Apatah lagi, tambah beliau, pemimpin politik senior itu dan 'teman sejiwa' politiknya (Umno) sepanjang empat tahun lalu tidak pernah menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan dan sensitivi umat Islam negara ini jika dakwaan itu benar.
Malah pemimpin politik berkenaan, ujarnya tidak pernah mendapatkan penjelasan DAP berhubung dakwaan itu ketika bersama dalam satu pakatan politik (Pakatan Rakyat).
Kit Siang menyerahkan kepada rakyat untuk menilai pemimpin politik yang secara mudah memperalatkan isu keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam demi kepentingan politik sekaligus mendedahkan sikap hipokrasi yang buruk.
"Saya mempunyai banyak percanggahan dengan polis dan begitu prihatin dengan campur tangan politik dalam bidang kepolisian, namun saya mengakui pihak Cawangan Khas Polis setakat ini begitu profesional dalam melaksanakan tugas melindungi keselamatan negara.
"Adakah polis gagal dalam tugasnya melindungi kepentingan keselamatan Malaysia terutama membabitkan dakwaan liar yang pertama kali dibuat empat tahun lalu oleh individu yang diragui wataknya.
"Biarlah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan Presiden Gabungan NGO Pro-BN membuktikan dakwaan mereka atau menerima kecaman kerana mendedahkan kebodohan sendiri kepada umum," ujar Kit Siang.
Dalam perkembangan berkaitan, Kit Siang ketika berucap di majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan di Petaling Jaya, Jumaat lalu berkata, DAP akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa parti itu ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson.
Read More / Baca Lagi >>

DAP cadang model niaga 1MDB kepada mahasiswa

Posted: 03 Jan 2016 02:53 PM PST

DAP mencadangkan agar Kabinet menjadikan model perniagaan tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai topik wajib kepada mahasiswa jurusan perniagaan di negara ini.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, ini susulan kejayaan kerajaan menjual tanah Bandar Malaysia kepada syarikat China dengan harga RM12.35 bilion walaupun harga asal tanah itu dijual kepada 1MDB hanya RM400 juta.
"Mungkin Arul Kanda Kandasamy (Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB) boleh dijemput memberi penerangan di hadapan mahasiswa atau di televisyen seperti Bloomberg tentang pencapaiannya itu," katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurut beliau, Kabinet mesti menyatakan sebab jika topik itu dirasakan tidak sesuai untuk diajarkan di institusi-institusi pengajian tinggi negara.
"Mungkin mereka malu untuk menjadikan kes 1MDB sebagai bahan perbincangan di peringkat akademik. Ini kerana hakikatnya, hartanah milik negara yang sebegitu luas, telah ditambah nilainya tanpa sebarang bentuk usaha memajukan tanah tersebut, dan kemudian dijual kepada syarikat asing pada kadar pegangan yang begitu tinggi," katanya.

Lip Eng turut mendakwa semakin banyak tanah dan kekayaan negara dijual mentah-mentah demi pulangan atas angin bagi menyelamatkan sebuah syarikat yang sarat menanggung hutang.
"Lalu DAP pula yang sering didakwa mahu menjual negara?," soalnya.

Lupakah Nik Mohamad Abduh pada kezaliman Umno?

Posted: 03 Jan 2016 02:51 PM PST


Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz FadzilTimbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz FadzilDakwaan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kononnya era parti itu melawan Umno dengan emosi dan amarah telah berakhir mengundang persoalan sejauhmana beliau mungkin lupa pelbagai bentuk penindasan rejim Umno selama ini.
"Lupakah beliau (Nik Abduh) pada kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz bahawa jangan berikan tongkat pada Umno? Lupakah beliau pada kezaliman Umno menafikan hak royalti minyak pada rakyat Kelantan? Lupakah manipulasi Umno pada hudud?" soal Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil.
Menurutnya, PAS mendapat sokongan rakyat kerana berjaya mendedahkan kezaliman dan penyelewengan Umno-BN seperti dibuktikan melalui pencapaian paling cemerlang PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008 dengan masing-masing meraih kemenangan 43 dan 34 peratus kerusi yang ditandingi.
"Sebaliknya, sekarang rakyat sudah muak dengan Umno-BN kerana penyelewengan dan kegagalan mempedulikan rakyat tetapi PAS boleh pula memilih pendekatan nasihat yang ternyata membantu memanjangkan hayat Umno-BN," tegas Faiz ketika dihubungi Malaysia Dateline, malam tadi.
Menyifatkan Nik Abduh sudah sanggup ditipu oleh Umno, anak mantan Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor (1989-2002) itu berkata usaha PAS dalam menegakkan keadilan sebelum ini adalah berpandukan tuntutan Islam.
"Saya tidak nampak pendekatan (PAS) dahulu berbentuk emosi dan amarah, tetapi adalah pendekatan mengikut syarie dan perjuangan anbiya. PAS menentang kezaliman bukan berdasarkn emosi tetapi fakta. Apakah rasuah itu emosi atau fakta?" bidasnya lagi yang juga merupakan peguam itu.
Dalam hal berkaitan, Nik Abduh dalam status Facebook yang dimuatnaik semalam berkata, "Telah berakhir dalam PAS era melawan Umno dengan emosi dan amarah. Bermulalah melawan Umno dan semua pemuka kemungkaran dengan ilmu, iman dan kematangan."
Menurutnya lagi, "itulah penambahbaikan dalam PAS melalui proses tajdid yang dituntut oleh ugama. Dengannya PAS akan lebih kuat dan lebih bersedia memimpin negara."
Kenyataan Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat sejajar dengan reaksi positif Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung tawaran kerjasama yang dihulurkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno akhir tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

APA AKAN JADI MALAYSIA.. jika Zahid Hamidi ganti tempat Najib pula ???

Posted: 03 Jan 2016 02:04 PM PST

 Inilah 'KEBIJAKSANAAN' perdana menteri kita yang kita tak sedar... Syukurlah kita punyai perdana menteri PALING BIJAK DI DUNIA selepas Zimbabwe...

Adakah rakyat Malaysia SUDAH BERSEDIA jika berlaku kenaikan harga gas pula ??!!!

Posted: 03 Jan 2016 02:03 PM PST

JANGAN RISAU.. bila harga gas naik, nanti ADA 'MENTERI KAYU' kata.. "Jika gas mahal sila guna dapur alternatif dapur kayu..."

ASAL KELUAR LAGI DARI MULUTNYA !!!

Posted: 03 Jan 2016 02:01 PM PST

Korang tau menoreh tak ??
Kalau tahu maknanya korang tahu susahnya cari duit bukannya terima duit derma bilion2 ringgit.

Yang tak tahu menoreh tu baik dok diam2..

"Rakyat Akan Hancur Menderita Akibat Najib"

Posted: 03 Jan 2016 01:59 PM PST


TRANSFORMASI UNTUK PENIAGA BANYAK HUTANG

Posted: 03 Jan 2016 01:58 PM PST

Cara 1MDB menyelesaikan hutangnya dengan menjual tanah kepada pihak asing secara tidak langsung boleh dianggap suatu lagi transformasi bernilai tinggi yang cuba diperkenalkan oleh Najib Razak dalam memimpin negara.

Ia seperti memberi isyarat bahawa mana-mana syarikat atau ahli perniagaan yang banyak hutang, boleh dengan segera memohon tanah-tanah kerajaan yang akan diberikan dengan harga paling murah untuk melangsaikan beban tanggungan mereka.

Oleh kerana ini merupakan suatu lagi transformasi yang cuba diperkenalkan Najib, maka menjadi tanggungjawab kerajaan-kerajaan negeri sama menyahutnya dengan turut memberi kelulusan tanah kepada syarikat dan ahli perniagaan yang bermasalah dan banyak hutang.

Dengan ini semua tanah-tanah yang bernilai tinggi atau yang terletak di tengah-tengah bandar sepatutnya segera digazetkan untuk program transformasi kerajaan membantu syarikat atau ahli perniagaan yang terbeban dengan hutang yang banyak itu.

Sebaik saja kelulusan tanah diperolehi, apa yang perlu dilakukan oleh syarikat atau ahli perniagaan yang memperolehinya ialah mengemukakan cadangan pembangunan yang menarik dan kemudian segera mencari pembeli atau pelabur asing untuk membelinya.

Jangan cari pelabur dalam negara kerana tidak banyak syarikat tempatan yang ada banyak duit ketika ini. Sebaiknya carilah pembeli dari Singapura, China atau mana-mana negara Arab yang banyak wang.

Jangan juga tanah itu diusahakan sendiri kerana ia tidak menunjukkan jiwa global dalam perniagaan.

Kemudian juallah sama ada 60 peratus, 70 peratus atau kalau harganya terlalu menarik, jangan dilepaskan peluang menjual 100 peratus atau semuanya sekali kepada syarikat asing itu.

Jangan hiraukan jika ada kritikan yang mengatakan penjualan kepada pihak asing itu suatu perbuatan aniaya kepada bangsa dan negara sendiri atau mungkin kemudian menyebabkan lebih ramai rakyat negara asing berhijrah ke sini.

Fikirkan hanya tentang wang dan agar hutang boleh diselesaikan dengan segera.

Dengan sekian banyak wang yang diperolehi itu, bayarlah segala hutang bertimbun yang ada yang mungkin kerana hutang keliling pinggang itulah menyebabkan mereka turut dipandang serong oleh masyarakat sekeliling selama ini.
Read More / Baca Lagi >>

LAGU WARISAN TIDAK SESUAI LAGI UNTUK KURSUS UMNO

Posted: 03 Jan 2016 01:57 PM PST

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia
Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus kepimpinan anjuran UMNO atau kendalian Biro Tatanegara (BTN), tentu biasa dengan lirik lagu di atas ini.
Sebenarnya ia adalah lirik lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang merupakan lagu wajib didendangkan kepada kepimpinan UMNO setiap kali mereka menghadiri kursus bagi menyemai semangat perjuangan dan cintakan negara.
Lagu itu juga bertujuan menerapkan semangat mempertahankan setiap inci hak dan kedaulatan negara daripada tergadai ke tangan asing.
Oleh kerana kepimpinan UMNO selalu disumbatkan ke telinga mereka dengan lagu tersebut tersebut, termasuk Najib Razak yang mungkin turut puluhan kali hadir dalam kursus kepimpinan UMNO atau anjuran BTN, harapan kita tentulah sedikit-sebanyak bait-bait lagu itu meresap dalam jiwa mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan salahkan Pas biar Umno hancur kata Nik Abduh

Posted: 03 Jan 2016 01:53 PM PST

Nik Abduh Nik Abdul Aziz Umno diingatkan tidak meletakkan kesalahan kepada Pas sekiranya parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak itu dibiarkan hancur sekiranya Umno kekal bertaut pada tali sekularisme.
Ketuanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, tali hayat Umno adalah Islam.
"Pas menghulurnya, jangan salahkan Pas jika membiarkan Umno hancur. Pas tiada tali selain Islam," katanya melalui kemas kini status di Facebook.
Sebelum ini, persahabatan antara Pas dengan Umno menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini.
Bulan lalu, Najib sekali lagi mengajak Pas untuk bergabung dengan Umno.
Suasana menjadi hangat apabila kedua-dua pemimpin utama parti tersebut tampil sedondon pada program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia.
Sementara itu, dalam kemas kini status berlainan, Nik Abduh memberitahu bahawa era melawan Umno dengan emosi dan amarah telah berakhir.
"Bermulalah melawan Umno dan semua pemuka kemungkaran dengan ilmu, iman dan kematangan. Itulah penambahbaikan dalam Pas melalui proses tajdid yang dituntut oleh ugama.
"Dengannya Pas akan lebih kuat dan lebih bersedia memimpin negara," katanya.

Najib perlu berundur sebelum ahli UMNO hilang hormat – Rushdan

Posted: 03 Jan 2016 01:49 PM PST

Najib perlu berundur bagi membolehkan kepimpinan UMNO membaiki kerosakan yang terdapat di dalam parti
Rushdan Mohamed
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya berundur sementara ahli UMNO masih manghormatinya.
Gesaan itu dibuat Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed, bagi membolehkan kepimpinan UMNO yang ada membaiki kerosakan di dalam parti.
"Jadilah insan yang berjiwa besar dalam erti kata yang sebenar wahai Datuk Seri Najib. Berundurlah sementara kami (ahli UMNO) semua masih ada sedikit rasa hormat pada Datuk Seri Najib. Jangan sampai semua ini hilang.
"Berundurlah segera, kami perlukan masa untuk membaiki segala kerosakan yang telah dilakukan (Najib) sebelum PRU 14," Katanya kepada FMT pada Ahad.
Mengulas lanjut Rushdan berkata, selagi Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, lebih banyak kegagalan yang beliau akan lakukan, ditambah pula dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang gagal diselesaikan sehingga sekarang.
Malah katanya, jika Perdana Menteri tidak meletak jawatan sebelum PRU 14, UMNO akan ditolak secara total oleh rakyat.
"Saya yakin, kalau Datuk Seri Najib masih memegang jawatan.UMNO akan ditolak secara total dalam PRU 14. Usahkan mentadbir Putrajaya, silap-silap kerusi Pekan pun melayang.
"Saya percaya masih ada roh perjuangan dalam hati sebahagian kepimpinan UMNO terutamanya ketua-ketua Cawangan UMNO. Ayuhlah bangkitlah, kita kembalikan maruah UMNO yang telah tercemar," katanya.