Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG JUAL TANAH KEPADA SINGAPURA RM30JUTA DAN RM11.3 BILLION ! SAIFUDDIN ABDULLAH TUTUP MATA ADAKAH KERANA SUDAH DISUAP?

Posted: 02 Jan 2016 12:32 PM PST


lim-temasikLim Guan Eng didakwa telah menjual tanah kepada syarikat daripada Singapura.
Perkara itu berlaku beberapa bulan pada tahun lalu, dedah Lim Sian See hari ini.
"Pada bulan Mei 2015 kerajaan Pulau Pinang menjual 100% 20 ekar tanah bernilai RM30 juta kepada Jabil Circuit Singapore Pte Ltd di mana syarikat induknya berpusat di Amerika Syarikat
"Dan pada Julai 2015 Kerajaan Pulau Pinang diberitakan memberikan hakmilik 49% dari sekeping tanah seluas 6.8 ekar kepunyaan kerajaan yang bernilai RM11.3 bilion kepada GLC Singapura Temasik dan EDIS,"dedahnya dalam Facebook hari ini.
lim-temasik2
Penulis turut melampirkan tiga pautan artikel berkaitan dengan perkara tersebut.
Lim Sian See membuat pendedahan itu sebagai menjawab kritikan daripada tiga pimpinan pembangkang, Rafizi Ramli (PKR) Tony Pua dan Liew Chin Tong (kedua-duanya dari DAP) yang mendakwa 'aset negara telah terjual apabila 1MDB menjual 24% daripada projek Bandar Malaysia kepada syarikat dari China.
Sedangkan, projek Bandar Malaysia itu masih lagi dimiliki oleh warga Malaysia sebanyak 76% di mana kerajaan pusat dan negeri menguasai 57%.
Bidasnya, berbanding dengan projek Bandar Malaysia bagaimana pula dengan langkah Kerajaan Pulau Pinang yang kehilangan 100% dan 49% hak pemilihan kepada Singapura.
"Kedua projek (di atas) di mana 100% dan 49% kini dipunyai syarikat Singapura tidak dilabelkan sebagai "jual negara" sebaliknya pelaburan asing luar negara?
"Dan entah bagaimana, 24% daripada Bandar Malaysia yang dijual kepada sebuah syarikat China dianggap sebagai 'jual negara' dan bukan pula pelaburan asing dari luar negara ?
"Aku tak paham,"katanya.
bandar malaysia
Tambahnya lagi, proses penjualan Bandar Malaysia dilakukan secara telus iaitu melalui tender terbuka antarabangsa yang diuruskan oleh syarikat pihak ketiga.
"Adakah Pulau Pinang menjual kedua-dua bidang tanah melalui tender terbuka juga? Tidak kelihatan seperti itu,"katanya lagi

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Meterai kerjasama UMNO-Pas

Posted: 02 Jan 2016 03:50 PM PST

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Kerjasama UMNO-Pas yang semakin hangat dibincangkan ketika ini perlu 'dimeterai' secepat mungkin, memandangkan kedua-dua parti terbesar Melayu Islam itu tidak mempunyai masa yang lama sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berlangsung.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN),Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishakberkata, sekarang merupakan masa paling sesuai bagi UMNO serta Pas menamatkan perseteruan sesama parti itu dan memberi fokus kepada kerjasama yang menguntungkan orang Islam.

Katanya, tiada alasan kedua-dua parti Islam itu untuk tidak bekerjasama kerana apa yang membezakan keduanya hanyalah kaedah pelaksanaan agenda Islam sahaja.

"Kaum Aus dan Khazraj yang selama 200 tahun bermusuh, tanpa mengetahui sebab sebenar permusuhan mereka pun boleh bersatu selepas kedatangan Rasulullah SAW serta penyebaran Islam. Apa masalah UMNO-Pas? Adakah permusuhan UMNO-Pas lebih teruk daripada Aus dan Khazraj ketika zaman jahiliyah?

"Kedua-duanya hanya salah faham sedikit sahaja dari segi politik, sudah tiba masanya buang yang keruh, ambil yang jernih. Penyatuan UMNO-Pas boleh mencipta sejarah baharu kepada politik negara, ke­tepikanlah kumpulan yang menentang kepada perpaduan ini, mereka tidak akan berjaya.

"Penyatuan UMNO-Pas juga boleh menjadi contoh teladan kepada umat Islam serata dunia, ketika kebanyakan negara Islam berbalah sesama sendiri. Penyatuan ini bakal memberi nikmat kepada negara, pelbagai masalah boleh diselesaikan, boleh rintis kepada jalan perpaduan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang menjelaskan bahawa sudah tiba masanya kerjasama UMNO dan Pas dicapai.

Bagi pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Ismail Sualmanpula, beliau tanpa berselindung optimis bahawa penyatuan antara UMNO-Pas pasti menjadi kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa usa­ha itu bukannya baru, tetapi telah digerakkan sebelum pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi, di atas dasar kemaslahatan Islam setelah timbulnya beberapa isu seperti murtad, kalimah Allah dan juga pelaksanaan hukum hudud.

"Perlu wujud kerjasama antara keduanya, perlu ada keselarasan dari aspek pemikiran. Pendekatan mungkin berbeza, Pas kini bersendirian, mereka lebih berpeluang sekiranya bekerjasama dengan UMNO.

"Siapa yang menghulurkan salam bukannya persoalan. Sekiranya sebelum ini Pas boleh bertahaluf siyasi dengan DAP, kenapa tidak boleh menjalin ukhuwah dengan UMNO sekarang? Kedua-duanya perlu ke­tepikan kepentingan diri dan jangan diungkit perkara lalu demi umat Islam," jelas beliau.

Dalam pada itu, Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamatmenjelaskan, kerjasama antara UMNO dan Pas boleh bermula dari sekarang, kerana pilihan raya umum akan datang lebih kurang dua tahun sahaja lagi.

"Penyatuan ini penting untuk survival politik Islam. Jadi, kedua-duanya perlu membuat keputusan sekarang, supaya tidak berhadapan sebarang masalah menjelang pilihan raya umum akan datang kerana persefahaman telah dibentuk dari awal lagi," ujar beliau.

posted from Bloggeroid

Hak asasi manusia di Malaysia mundur dengan Akta MKN, kata Suhakam

Posted: 02 Jan 2016 03:42 PM PST

Hak asasi manusia di Malaysia makin mundur jika Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 dijadikan sebahagian undang-undang negara, kata Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam.
Malaysia akan semakin mundur daripada segi hak asasi manusianya jika Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 dijadikan sebahagian undang-undang negara, kata Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam.

Dalam satu wawancara sebelum berakhirnya tempoh perkhidmatan beliau pada April, Hasmy berkata, beliau melihat hak asasi manusia di negara ini sekurang-kurangnya sejak 5 tahun lalu sehingga kini, tidak menyaksikan perubahan besar.

Ini kerana, langkah positif yang diambil seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kemudiannya dibatalkan dengan penggubalan undang-undang baru yang menyekat kebebasan awam.

 Komen Hasmy ini mengungkapkan satu tahun yang gelap daripada segi hak asasi manusia di Malaysia ketika Putrajaya mengukuhkan lagi undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara dan pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap pengkritik pentadbiran Najib.

"Setakat ini, kita (Malaysia) tidak banyak melakukan perubahan besar. Walaupun terdapat beberapa perkembangan positif seperti pemansuhan ISA, terdapat juga perubahan yang meletakkan kita jauh ke belakang dalam hak asasi manusia.

"Contohnya, Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) serta Akta Hasutan yang diteruskan (kini diperkukuhkan) dan lulusnya RUU MKN.

"Sekiranya ia (RUU) menjadi undang-undang, ia akan meletakkan kita sebagai sebuah negara yang makin terkebelakang dalam konteks hak asasi manusia dan urus tadbir yang baik," katanya kepada The Malaysian Insider.

RUU MKN itu, yang dengan laju diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, membolehkan majlis dipengerusikan perdana menteri mengisytiharkan zon keselamatan.

Kuasa ini disifatkan masyarakat sivil sebagai "kuasa ala darurat" dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan darurat.

Pengkritik berkata, RUU keselamatan itu memberikan kuasa penuh kepada perdana menteri tanpa perlu mendapat persetujuan istana semasa krisis negara.

Majlis itu juga boleh membenarkan carian, rampasan harta dan tangkapan di kawasan keselamatan tanpa waran.

Isu LGBT paling mencabar

Hasmy berkata, hak LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) merupakan salah satu isu paling mencabar yang perlu ditangani pesuruhjaya Suhakam baharu nanti, dan masyarakat Malaysia amnya, dengan serius dan berhati-hati.

Katanya, walaupun isunya sangat rumit untuk diselesaikan, namun perbincangan perlu diadakan untuk memahami dan menggalakkan satu suasana yang toleran terhadap komuniti ini.

"Isu ini sangat sensitif di Malaysia dan mesti dikendalikan dengan berhati-hati dan berhemah supaya tidak menjejaskan kemajuan dalam agenda hak asasi manusia di negara ini.

"Suhakam akan terus menangani cabaran ini menerusi lebih banyak dialog dan hubungan dengan pihak berkenaan, dengan harapan dari masa ke semasa akan wujud persefahaman dan toleransi yang lebih baik.

"(Agar) menyebabkan berkurangnya kejadian gangguan dan ugutan, jika tidak dihapuskan sama sekali pun, dan meningkatkan sikap menghormati kebebasan peribadi dan privasi.

"Saya harus akui isu ini adalah salah satu yang paling sukar dikendalikan Suhakam tanpa penyelesaian yang mudah," katanya.

Hasmy berkata, satu lagi cabaran ialah memperbaiki pemahaman mengenai hak asasi manusia di Malaysia memandangkan ramai yang masih melihatnya daripada perspektif etnik, budaya dan agama.

Rakyat Malaysia sewajarnya memperbetulkan tanggapan terhadap isu hak asasi manusia dengan mengubah sikap dan pemikiran mereka, katanya.

Suhakam sebelum ini mengecam Putrajaya kerana pendiriannya yang sering bercanggah mengenai hak asasi manusia, ketika kerajaan cuba menggilap imej antarabangsanya sambil membuat kenyataan politik di dalam negara.

posted from Bloggeroid

Penjualan Bandar Malaysia - Kos RM218 juta, DiJual RM7.41 bilion .. Tidakkah Itu BUKTI Kerugian 1MDB

Posted: 02 Jan 2016 04:09 AM PST

Penjualan Bandar Malaysia - Kos RM218 juta, DiJual RM7.41 bilion .. Tidakkah Itu BUKTI Kerugian 1MDB
Pada 31 Disember 2015, 1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.

"IWH yang juga pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resource Sdn Bhd (60 peratus) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40 peratus), yang dimiliki oleh kerajaan negeri Johor.

"Konsortium terbabit menilai penuh 100 peratus tanah Bandar Malaysia pada harga RM12.35 bilion. Nilai bersamaan 60 peratus tanah adalah RM7.41 bilion dan 1MDB dan menerima deposit 10 peratus atau RM741 juta selepas pelaksanaan perjanjian.

"Urus niaga transaksi ini dijangka lengkap menjelang hujung Jun tahun depan,"

TMI ada tambahan info - Konsortium yang menang bersama dengan para pemegang saham sedia ada akan meneruskan baki komitmen di Bandar Malaysia, yang merangkumi penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur, projek yang menelan belanja RM2.7 bilion keseluruhannya.

"Sukuk RM2.4 bilion juga akan diambil alih syarikat pembangunan projek"

- "Dan kita juga agresif kerana melihat Bandar Malaysia dihubungkan dengan Iskandar Malaysia dengan kereta api laju" kata Tan Sri Lim Kang Hoo, pengarah dan naib pengerusi IWH.



Mengikut Arul, sasaran Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB akhirnya tercapai di mana

- dengan IPIC akan kurangkan hutang RM16 bilion
- dengan CGN akan kurangkan hutang RM16-RM18 bilion
- dengan IWH-CREC akan kurangkan hutang RM7.4 bilion

Jadi semuanya dekat RM40 bilion hutang 1MDB dapat dilangsaikan.......

Dan Najib pun sukalah hatinya ........

Read More / Baca Lagi >>

Bauksit : Kerajaan pusat disaran ambil alih moratorium kerajaan negeri Pahang

Posted: 02 Jan 2016 03:59 AM PST


Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit, Fuziah SallehPengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit, Fuziah SallehKerajaan dan agensi Persekutuan disarankan mengambil alih tugas pengantungan segala aktiviti melibatkan bauksit di negeri Pahang.
Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit, Fuziah Salleh berkata, lebih kurang 700,000 warga Kuantan terdedah risiko yang amat tinggi kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adenan Yaakob tiada kesungguhan dan tiada kekuatan politik untuk melaksanakan keputusan kabinet.
"Keadaan di Kuantan terlalu mencemaskan bagi 700,000 penduduknya yang terdedah risiko kesihatan amat tinggi.
"Kehidupan sungai sudah tercemar dan merbahaya untuk dimakan. Malah air sungai di beberapa sungai di Kuantan di tahap merbahaya kerana terdapat logam berat.
"Udara pula merupakan udara yang bukan sahaja berdebu dengan tahap indek pencemaran udara yang tinggi di kawasan terbabit yang mempunyai toksid dan bahaya untuk kesihatan penduduk.
"Jalan raya juga sudah tidak selamat kerana kehadiran lori mengangkut bauksit yang tidak patuh pada peraturan. Malah industri dan ekonomi tempatan turut terjejas disebabkan industri bauksit.
"Ditambah hakisan tanah runtuh juga berisiko tinggi apabila bukit dikorel dengan rakusnya," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Kuantan itu berkata demikian bagi menjawab balas kenyataan Datuk Seri Liow Tong Lai semalam yang menyatakan kabinet sudah bersetuju satu moratarium berkenaan industri bauksit sebagai hadiah tahun baru ke atas warga Kuantan.
Read More / Baca Lagi >>

Tahun 2015 yang sedih lagi pelik

Posted: 02 Jan 2016 03:57 AM PST

Oleh HISHAMUDDIN RAIS
Apabila tuan hamba membaca tulisan hamba ini yakinlah tahun telah berganti. Tahun 2015 telah melintas hilang dan tahun 2016 telah sampai. Ini maknanya umur hamba dan umur tuan hamba bertambah setahun lagi.
Sebenarnya hamba ada niat hendak mengucapkan selamat tahun baru kepada tuan hamba para pembaca, macam hamba mengucapkan Selamat Menyambut Krismas minggu lalu. Hamba berharap dengan ucapan ini akan muncul beberapa ekor tok mudim dan tok siak dengan pisau tajamnya.

Hamba ingin mendengar ayat terselit dan ayat tersepit yang akan disurahkan oleh para tok mudim dan tok siak untuk melarang bani Melayu dari mengucapkan Selamat Tahun Baru.Kalau ucapan sambutan Maulud Nabi Isa lagi dilarang. Inikan pula menyambut tahun baru yang berasal usul dari kalender Pope Gregory ke-13. Mesti banyak ayat terselit dan ayat tersepit yang akan disurahkan. Mana tahu entah-entah Pope Gregory ini pernah menghisap darah dan makan hati bani Melayu.
Hamba sebenarnya memang suka mengganggu tidur tok mudim dan tok siak. Tahun 2015 yang telah berlalu ini untuk hamba ialah tahun kesedihan. Di sini hamba ingin berkisah tentang apa yang sedih lagi menyayat hati.
Bani Melayu merasa amat sedih kerana telah dihina dan diinjak-injak. Pemimpin agung bani Melayu telah dituduh dengan pelbagai tuduhan. Paling hina ialah apabila pemimpin agung bani Melayu dituduh menerima duit rasuah dari Tok Arab.
Berita ini bermula dari laporan sebuah akhbar Yahudi terbitan New York yang bernama Harian Tembok Jalan. Mustahil sebuah akhbar dengan nama Tembok Jalan boleh dipercayai. Kalau namanya Dire Straits Times mungkin masuk akal untuk dipercayai.
Hamba rasa penghinaan terhadap pemimpin agong bani Melayu ini adalah rancangan Yahudi. Mereka cemburu kerana negara bani Melayu ada menara berkembar bernama KLCC. Kita boleh berbangga kerana kita ada LRT, MRT dan kita juga ada GST. Negara lain mana ada macam kita.
Banyak negara asing cemburu dengan kejayaan bani Melayu ini. Kita juga ada kereta Proton. Kereta Proton ini amat-amat istimewa dalam dunia ini. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa hanya saintis dan pakar bani Melayu sahaja yang memiliki teknologi membuat kereta yang tingkapnya tidak boleh dibuka.
Ini satu penemuan teknoloji tercanggih dalam dunia. Negara Bani Melayu satu-satunya negara yang berjaya membuat cermin tingkap kereta yang tidak boleh dibuka.
Dari segi teknologi perang ini satu pencapaian kerana jika tingkap kereta tidak dapat dibuka maka musuh tidak dapat masuk ke dalam kereta untuk menyerang kita. Pada hemat hamba ramai orang asing cemburu dalam hal kejayaaan teknologi kita.
Malah dari risikan Haji Desas bin Lebai Desus hamba difahamkan tiga orang pakar nuklear Rusia telah datang ke Kuala Lumpur. Mengikut Haji Desas para saintis ini telah diarahkan oleh Presiden Vladimir Putin datang merisik untuk mempelajari teknologi tingkap tidak boleh dibuka.
Read More / Baca Lagi >>

Bauksit: Pahang akan buat kenyataan 'nanti'

Posted: 02 Jan 2016 03:53 AM PST

 Kerajaan Negeri Pahang akan mengeluarkan kenyataan bersama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung arahan Kabinet hentikan sementara perlombongan bauksit, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
"Saya dan (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar) akan membuat kenyataan bersama nanti.
"Dalam masa yang sama kerajaan negeri mengalu-alukan ulasan daripada semua pihak berhubung isu perlombongan bauksit di negeri ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini berhubung isu bauksit yang telah menimbulkan pelbagai masalah pencemaran dan keselamatan di daerah ini.
Terbaru kegiatan perlombongan mineral itu juga dipercayai telah menjadi antara punca utama air di Sungai Balok dan air laut Pantai Batu Hitam bertukar menjadi merah semasa hujan lebat baru-baru ini.
Sementara itu tinjauan Bernama di Jalan Pintasan Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan mendapati laluan yang sebelum ini sibuk dengan kenderaan berat mengangkut bauksit hampir lengang.
Lori-lori bauksit didapati diletakkan di tepi jalan berhampiran stesen minyak di kawasan perindustrian Gebeng dan Jalan Pintasan Kuantan dipercayai mempunyai kaitan dengan arahan itu.

'Ayah bela semua sultan, tapi Melaka saja bagi pingat' - Rani Kulup

Posted: 02 Jan 2016 02:52 AM PST

Popular dengan gelaran "Raja Repot", insan bernama Abdul Rani Kulup Abdullah begitu berbesar hati dengan pengiktirafan 'sultan Melaka', Raja Noor Jan Shah Tuah, padanya baru-baru ini.
Raja Noor, yang mengakui dirinya sultan Melaka, memberi gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka dengan gelaran Datuk Paduka kepada Rani, dalam acara di sebuah tempat Isnin lalu.
 Anugerah itu diterimanya dalam satu majlis "sambutan hari keputeraan Sultan Melaka Darul Islam ke-58", menurut Rani yang popular dengan slogan "kipidap" itu.
Sebagai Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Rani berkata, beliau mempertahankan semua raja-raja Melayu.
Bagaimanapun, menurut Rani, dia tidak menyangka hanya dengan satu laporan polis yang dibuat demi maruah 'sultan Melaka' itu mendapat perhatian Raja Noor Jan.
"Ayah terkejut. Tak sangkalah dengan satu repot pada tahun 2012 lalu beliau berikan ayah anugerah ini. Pastinya saya perlu berterima kasih dengan keprihatinan beliau dan menghargai jasa ayah.
"Ayah buat repot pelbagai isu lain termasuk melibatkan penghinaan kepada sultan Selangor, Johor, Perak dan Kedah. Tapi hanya beliau saja yang beri anugerah," katanya yang sering memperkenalkan dirinya sebagai "Ayah Arka".
Ditanya mengenai pertikaian gelaran itu tidak sah disebabkan diberikan oleh sultan yang tidak diiktiraf, Abdul Rani hanya memberi jawapan mudah.
"Kalau mereka cakap sultan melaka tidak sah, suruhlah sultan lain beri anugerah kepada ayah.
"Banyak jasa saya kepada sultan lain termasuk menjaga pengorbanan kepada bangsa, negara dan agama Islam," katanya berbangga dengan penganugerahan tersebut.
Terdahulu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dilaporkan berkata orang seperti Raja Noor Jan adalah orang gila atau hidup dalam alamnya sendiri.
Rani bagaimanapun berkata tidak sepatutnya melabelkan seseorang sebagai gila atau tidak waras kerana setiap masalah boleh dibawa berbincang.
"Bukan main tuduh sesuka hati. Kenyataan seperti itu melambangkan orang itu tiada kredibiliti. Ia boleh mengecewakan orang lain, seperti pemimpin kita yang buat kenyataan bodoh.
"Ayam mahal (suruh) jangan makan ayam, yang mahu bayar tol bangun pagi-pagi pergi kerja guna jalan alternatif. Apa punya bangang orang macam itu, mengecewakan rakyat," katanya.
Tak perlu beri wang
Read More / Baca Lagi >>

Semua parti berhak bertanding PRN Sarawak, kata Azmin

Posted: 02 Jan 2016 02:51 AM PST


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Mohamed Azmin AliSemua parti berhak untuk bertanding dan melebarkan sayap kuasa di Sarawak kerana negeri bumi kenyalang itu adalah sebahagian daripada asas pembentukan Malaysia.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sudah menjadi tanggungjawab parti politik peringkat nasional bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tanpa perlu dihalang bahkan mereka sudah bertanding sejak awal lagi.
"Sarawak sebahagian daripada Malaysia. Pembentukan Malaysia itu adalah di atas persetujuan Sarawak.
"Sebagai parti yang bersifat nasional memang menjadi tanggungjawab kita untuk bersama (bertanding) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.
"Itu bukan perkara baru sebab kita sudah sertai sejak awal lagi bahkan kita menang beberapa kerusi di DUN Sarawak," kata Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dipetik dari portal Selangorkini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meminta parti semenanjung tidak melebarkan sayap ke negeri itu.
Jelas Mohamed Azmin, PKR sudah lama bersedia menghadapi PRN Sarawak dan hanya menunggu pengumuman tarikh.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M, Muhyiddin Serang PM, Mukhriz Enggan Ulas

Posted: 02 Jan 2016 02:44 AM PST

Kit Siang: DAP Ambil Tindakan Dakwaan Terima Kontrak Israel

Posted: 02 Jan 2016 02:43 AM PST

Penyelewengan Dibendung Jika Ada Nik Aziz - Kit Siang

Posted: 02 Jan 2016 02:42 AM PST

Najib Razak kata.. "Rakyat akan berterima kasih pada kerajaan"

Posted: 02 Jan 2016 02:38 AM PST

Siapa yang gila ni.. ??

Sebelum munculnya DAJJAL akan ada beberapa tahun munculnya para PENIPU, sehingga orang jujur didustakan sedangkan pendusta dibenarkan. Orang yang amanah dikhianati sedangkan orang yang suka berkhianat dipercaya, dan para ruwaibidah ikut berbicara."

Lantas ada yang bertanya, "Apa itu ruwaibidah?"

Rasulullah S.A.W. bersabda: "ORANG FASIK YANG BERBICARA TENTANG URUSAN MASYARAKAT UMUM". Riwayat At-Tirmidzi disebutkan dari hadis Abu Hurairah R.A. (12885)

DI MALAYSIA kenapa ini tak terjadi ???

Posted: 02 Jan 2016 02:36 AM PST

Rosmah boros & berbelanja melampaui batas dpt sumber pendapatan dari 'SIAPA', dari MANA ???
Simpan duit dlm tabung sejak dari kecik ka..?? Dari Najib ka ?? atau ikut saranan Ahmad Maslan buat ‪#‎2kerja‬ ???
Suri rumah ROSMAH DAPAT DUIT RM2 JUTA DLM TEMPOH 2 BULAN ??.. Apa dah jadi pada siasatan tersebut ?? atau dah tutup kes senyap2 ??

Ayuh bersama Amanah jika mahu tumbangkan UMNO-BN

Posted: 02 Jan 2016 02:34 AM PST


Timbalan Presiden Amanah Salahuddin AyubTimbalan Presiden Amanah Salahuddin AyubTimbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub menegaskan parti itu tidak bersendirian dalam perjuangan menumbangkan Umno-BN walaupun Amanah parti yang baharu ditubuhkan tetapi ia mampu menjadi kuat apabila berada dalam Pakatan Harapan.
"Amanah telah buktikan gelanggang kita free for all. Parti ini inklusif, progresif, sesiapa yang mahu berdepan dengan Umno-BN ayuh mari kita bersilat bertarung di gelanggang ini.
"Orang kata kita (Amanah) tak ada tokoh besar macam Anwar Ibrahim, Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh  orang perkecilkan kita, kita terima. Tetapi kita ada pasukan terbaik dalam Pakatan Harapan untuk menumbangkan Umno BN," ujarnya ketika berucap dalam majlis makan malam anjuran Amanah Kelantan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.
Bekas naib presiden PAS itu juga sempat memperli ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar yang digelar "harum manis" iaitu masih berada dalam PAS tetapi seolah-olah menyokong Amanah.
"Seorang lagi rakan kita Datuk Mahfuz Omar. Sampai bila mahu jadi harum manis," katanya.
Salahuddin turut mengenang kembali pesanan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa bagi menumbangkan Umno, dua tongkat mereka perlu dipatahkan iaitu MCA dan MIC.
Beliau berkata, tongkat itu berjaya dipatahkan oleh DAP sewaktu dalam Pakatan Rakyat
"Hari ini sejujurnya kita sebagai orang perjuangan mesti mengakui DAP telah berjaya mematahkan tongkat MCA dan MIC.
"DAP tidak mampu melakukannya seorang diri tetapi berjaya apabila bertahaluf siayasi dalam Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada sebab Gabungan Ketua Cawangan Umno desak PM letak jawatan, kata Tajuddin

Posted: 02 Jan 2016 02:32 AM PST


Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul RahmanAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul RahmanTiada sebab munasabah untuk terus mendesak Datuk Seri Mohd Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Tajuddin berkata pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta dana RM2.6 bilion telah dijelaskan secara terperinci dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.
"Saya anggap itu kerja sia-sia. Atas dasar apa mereka mendesak Najib letak jawatan. Hutang 1MDB telah berkurangan sebanyak RM40.4 bilion hasil daripada pelan rasionalisasi yang dilakukan kerajaan dan isu dana RM2.6 bilion kini dalam siasatan pihak berkuasa.
"Seharusnya perkara seperti ini tidak berlaku. Sekarang bukan masa ahli UMNO hendak bergaduh antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sekolah di Sekolah Menengah Datuk Maharajalea.
Beliau mengulas tindakan Gabungan Ketua UMNO Cawangan Malaysia (GKCM) diketuai Ketua UMNO Cawangan Taman TKK, Teluk Kemang, Negeri Sembilan Kamarul Azman Habibur yang mahu mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.
Menjelas lanjut, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata sekarang adalah masa yang sesuai untuk anggota UMNO di peringkat akar umbi bersatu padu menyusun gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Kita mesti mengukuhkan kedudukan, bukan melemah dan meruntuhkan UMNO," katanya.
"Kemungkinan mereka ini tidak mendapat maklumat yang tepat atau dipengaruhi oleh pihak tertentu yang menyebabkan mereka membentuk satu pemikiran yang negatif kepada Perdana Menteri," katanya.

DAP berhak saman sesiapa – Dr Mohd Zuhdi

Posted: 02 Jan 2016 02:31 AM PST

Ia berhubung dakwaan DAP akan ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi PRK-13 dan membenarkan pangkalan tentera Israel di negara ini.
Mohd-Zuhdi_lim-kit-siang_dap_600
PETALING JAYA: DAP berhak menyaman sesiapa sahaja berhubung dakwaan parti itu ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum-13 dan membenarkan pangkalan tentera Israel di negara ini.
Penegasan itu dibuat oleh Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki susulan kenyataan yang dibuat oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa akan membawa pihak terbabit ke mahkamah.
"Saya tiada komen tambahan. DAP ada hak untuk saman sesiapa sahaja," katanya kepada Free Malaysia Today pada Sabtu.
Dr Mohd Zuhdi baru-baru ini mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi PRU-13.
Antara syarat tawaran berkenaan dikatakan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP berjaya menawan Putrajaya

Jual Harta Negara: PERKASA kritik langkah terbaru 1MDB

Posted: 02 Jan 2016 02:29 AM PST


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA kecewa dengan tindakan kerajaan menjual 60 peratus kepentingan milik 1MDB dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata ini kerana tindakan tersebut telah mengakibatkan maruah Melayu dan kedaulatan rakyat tergadai.
"Sedih kecewa yang amat sangat. Tidak boleh buat apa, ia sudah dijual.
"Mungkin kesuntukan masa dan sikap ambil mudah sebagai jalan pintas maka tergadailah maruah dan kedaulatan rakyat apatah lagi bagi kaum pribumi.
"Ini yang di katakan menang sorak kampung tergadai," tegas Ibrahim kepada Malaysiakini.
Malah, Ibrahim berkata segala usaha bagi menghalang penjualan tersebut sudah terlewat.
"Dah terlewat. Jika kerajaan baca resolusi dan usul yang diluluskan oleh PERKASA dalam wacana, meja bulat, konvensyen malah kongres PERKASA sebelum ini yang telah diserah kepada kerajaan berkaitan isu ekonomi, tanah dan pelbagai kepentingan rakyat dan negara.
"Jika ia diberi perhatian dan dihayati, penjualan ini sewajarnya tidak berlaku. Sepatutnya ada cara lain," kata bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu.
Kelmarin, 1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.
Majlis menandatangani perjanjian itu dengan dua rakan kongsi baru mereka diadakan di Royale Chulan Hotel di Kuala Lumpur.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dilaporkan sebagai berkata kepentingan 60 peratus saham syarikat itu dijual kepada konsortium berkenaan pada nilai RM7.41 bilion manakala penilaian semasa Bandar Malaysia diletakkan pada RM12.35 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli PAS boleh hadiri jemputan selagi selaras dengan pendirian parti - Timb Presiden

Posted: 02 Jan 2016 02:26 AM PST

 Semua ahli PAS tidak dihalang menghadiri mana-mana jemputan selagi ia selaras dengan pendirian parti, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Januari, 2016. 
Semua ahli PAS tidak dihalang menghadiri mana-mana jemputan selagi ia selaras dengan pendirian parti, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

 Semua ahli PAS tidak dihalang menghadiri mana-mana jemputan selagi ia selaras dengan pendirian parti, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagaimanapun, katanya mereka perlu memastikan majlis yang dihadiri itu boleh membawa kebaikan kepada parti.
"Ahli PAS boleh hadir mana sahaja jemputan selagi kehadirannya untuk menyampaikan risalah Islam, menyuruh yang makruf dan menentang yang mungkar," katanya hari ini.

Beliau mengulas kehadiran bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam majlis makan malam anjuran parti serpihan PAS, Amanah, semalam. Husam, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor di Kelantan, ketika berucap pada majlis itu berkata kehadirannya ke majlis itu adalah selaras dengan ketetapan parti yang "mengizinkan" ahlinya untuk hadir ke mana-mana majlis parti lain.       
Tuan Ibrahim berkata kebiasaanya PAS akan menilai setiap jemputan yang diterima, dan perkara itu dibawa ke dalam mesyuarat dalaman parti untuk menimbang kehadiran mana-mana ahli ke majlis berkenaan.
Selain itu, katanya ahli PAS turut bertanggungjawab mempertahankan parti daripada segala tohmahan buruk pihak luar terhadap parti itu.
"Adalah menjadi tanggungjawab semua ahli parti untuk mempertahan tohmahan buruk pihak di luar parti dan membetulkan persepsi terhadap parti," katanya.

Biasanya kita akan musuhi apa yang kita tidak ketahui

Posted: 02 Jan 2016 12:21 AM PST


Penubuhannya  Amanah untuk membawa Islam sebagai rahmah untuk semua.Penubuhannya Amanah untuk membawa Islam sebagai rahmah untuk semua.Sejak zaman para anbiya dalam sejarah manusia, manusia akan memusuhi apa yang belum difahaminya.
Zaman al-Quran diturunkan pun Allah swt menjelaskan hal ini dalam beberapa ayat.
"Bahkan, mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya, dan belum sampai kepada mereka (erti) sesuatu tafsiran". (Yunus: 39)
"Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Quran itu, (mereka memusuhinya) lalu mereka mencacinya dengan berkata: "Al-Quran ini ialah rekaan dusta yang sudah lama" (Al-Ahkaf: 11)
Banyak pepatah Arab pula cuba menghuraikan lagi makna yang dipetik dari keindahan mesej ayat-ayat Allah swt ini.
"Sesiapa yang tidak mengetahui (jahil) pada sesuatu perkara, akan memusuhinya".
Malah daripada kaedah ini, ia berkembang kepada kaedah-kaedah lanjutan yang lain seperti:

"Kejahilan anda adalah musuh terbesar anda".
Berasaskan misi penubuhannya untuk membawa Islam sebagai rahmah untuk semua, Parti Amanah Negara (Amanah)  akan terus memperkenalkan susuk dan misi perjuangannya dan tidak jemu-jemu untuk menjelaskan kepada ummah akan ancaman-ancaman yang didepaninya.
Kami dapati ada empat ancaman utama yang sedang melanda negara yang ummah perlu difahamkan:
1. Kerakusan pemimpin kepada harta adalah punca yang menghancurkan negara. Kepimpinan adalah amanah. Namun, kelihatan semakin jelas pemimpin negara yang rakus kepada harta, kuasa dan pangkat, sehingga mula membuang rakan mereka sendiri tatkala ada yang cuba memperingatkan mereka.
Juga, pemimpin rakus ini menutup kesalahan mereka dengan menyalahkan pemimpin silam mereka pula.
2. Mendekati agamawan sebagai strategi halus. Bagi membaiki imej tercalar, pemimpin rakus kini mula mencari teman-teman baru dari kalangan agamawan dan para lebai yang dilihat masyarakat sebagai orang agama.
Maka akan ada yang hanyut daripada perjuangan asal mereka dan akan ada yang tertipu. Itu sebenarnya adalah satu helah dan bukan bertujuan meminta agamawan menyemak imbang kesilapan pemerintah, supaya tidak menyalahgunakan khazanah negara dan seterusnya mendapat keampunan Allah swt.
3. Membangkit isu perkauman tatkala tersepit kerana strategi ini segera menarik simpati dan sokongan emosi bangsa. Pada sebahagian orang Melayu yang ada bibit-bibit kecil cemburu kepada kejayaan bangsa lain, akan mudah terkena api atau termakan jarum daripada pemimpin rakus yang amat halus ini.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat wajib bersatu tidak kira apa wadah untuk menentang BN

Posted: 02 Jan 2016 12:12 AM PST

Harga getah beku sebelum akhir tahun 2011 sekitar RM7 sekg. Kini, berlegar pada kadar RM2.20 Sekg, yang sudah pasti memberi kesan amat buruk kepada 300,000 pekebun kecil getah di seluruh negara. Mekanisme baharu yang di umumkan Lembaga Getah Malaysia(LGM) bagi meningkatkan harga getah sedang dinantikan.

Harga Minyak Sawit Mentah(MSM) juga tidak stabil meskipun tidak seburuk harga getah. Keluhan pekebun Sawit termasuk peneroka Felda sudah sekian lama. Hutang/Kos Tanam Semula yang mencecah RM100,000, projek perumahan Generasi Baharu Felda yang terbengkalai di sana sini dan isu Kadar Perahan Gred(KPG) menambah sengsara peneroka.

Saham FGV menutup tirai 2015 pada harga RM1.71, gambaran buruk dijangka berterusan untuk tahun 2016. Alasan suasana ekonomi global sekali lagi di gunakan oleh pengurusan FGV dan Kerajaan. Sukarnya berbicara dengan ' Kerajaan bebal', kerana sebelum penyenaraian lagi telah diperingatkan acap kali oleh pakar pakar ekonomi mengenai risiko penyenaraian. Konvensyen, Forum, himpunan Oren, Serahan memo hingga ke Istana Negara dan bersiri tindakan Mahkamah dilakukan. Semua cadangan dan pandangan disanggah; mengapa tidak mahu mengakui kesilapan dan kegagalan sendiri?

Hakikatnya, Kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi begitu lemah. Hingga ke hari ini, mahu mengadakan pertemuan dengan menterinya, Datuk Douglas Uggah Embas pun masih gagal walau dicuba berkali kali.

Barangkali buat demo besar besaran depan pejabat menteri di Putrajaya dan dilonggokkan Buah Tandan Segar Sawit(BTS) serta getah beku baru faham bahasa!

Hakikatnya, hidup rakyat yang begitu tertekan pada 2015, dijangka erlanjutan parahnya tahun 2016. Keluhan ibubapa menyediakan kelengkapan persekolahan dan bayaran yuran bagi sesi baru persekolahan bermula 3/4 Januari 2016 ini sudah bertukar kepada amarah yang tidak dapat ditahan lagi. Ada menteri macam tiada otak bila bercakap. Rakyat bekerja siang malam, ikat perut demi berjimat....apa lagi yang Ahmad Maslan mau???Read More / Baca Lagi >>

Tiada krisis kepimpinan dalam Amanah – Mujahid

Posted: 02 Jan 2016 12:06 AM PST

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan khabar angin kononnya parti itu mengalami krisis kepimpinan ketika ini.

Naib Presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kerjasama di antara kepimpinan tertinggi Amanah ketika ini sangat kuat bagi memastikan parti terus maju ke hadapan.

"Kami (kepimpinan tertinggi Amanah) tidak ada masalah (krisis kepimpinan), kami sedang bergerak maju dan laju," katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, tersebar di media sosial kononnya ada gerakan untuk menjatuhkan presiden Amanah, Mohamad Sabu apabila wujud tiga kumpulan iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Syiah dan kumpulan profesional dalam parti itu.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, beliau tidak tahu menahu wujudnya gerakan menjatuhkan presiden parti, malah enggan melayan sebarang tuduhan yang tidak mempunyai asas.

"(Gerakan menjatuhkan presiden) Bagaimana saya nak komen sesuatu perkara yang saya sendiri tidak dengar dan sumbernya tak tahu dari mana, jadi sukar untuk saya menjawabnya," katanya.
Mujahid berkata, fitnah jahat tersebut hanyalah sengaja dilakukan pihak tertentu yang cemburu dengan penerimaan luar biasa rakyat terhadap parti Amanah ketika ini.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah isu dana Israel, DAP pertimbang tindakan saman

Posted: 02 Jan 2016 12:04 AM PST


PETALING JAYA 2 JAN: DAP mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pemimpin politik yang memfitnah kononnya parti itu akan membebankan Israel membina pangkalan tentera jika menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Pada kenyataan media pagi ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tanpa menyebut nama mana-mana individu, berkata individu berkenaan perlu membayar harga mahal atas dakwaan tidak berasas itu di mahkamah kelak.
zuhdi fitnah dapBeliau berkata, semua pemimpin politik mesti mengambil iktibar betapa mereka tidak boleh mengitar semula pembohongan, kemudian melepaskan diri dari dakwaan paling tidak munasabah itu.
"Justeru, saya jangka peguam DAP akan mulakan prosiding dalam satu atau dua hari," katanya pada program bertema 'Semangat Kelantan di Kuala Lumpur' anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Baru-baru ini, Pengarah Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki dipetik sebuah portal berita tempatan mendakwa DAP kononnya ditawar  sejumlah wang dan sebagai balasan akan membina sebuah pangkalan tentera Israel di Port Dickson jika menawan Putrajaya.
Sambil mengingatkan perbuatan fitnah lebih buruk daripada membunuh berdasarkan kandungan al-Quran, Kit Siang juga percaya ramai merindui kepimpinan bekas Mursidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Beliau percaya Nik Aziz jika masih hidup pasti akan lantang mengecam amalan rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran Najib, khususnya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.
Kit Siang turut menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perutusan tahun baru kononnya isu skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion sudah berakhir ketika Malaysia 'dinobatkan' sebagai negara ketiga korup di dunia
"Bagaimana Najib boleh berimaginasi hingga membuat kenyataan keterlaluan itu yang dia sendiri tidak mungkin percaya, melainkan jika meninggalkan realiti politik dan memasuki alam berpura-puraan," katanya.
Kit Siang turut menyatakan kekesalannya berikutan Malaysia memasuki tahun baharu 2016 dengan pelbagai skandal rasuah, kelemahan integriti dan kegagalan tadbir urus yang semakin membesar dan paling runcing sepanjang sejarah tanah air.

Zaharin: Jangan kamu Jual Melayu Dan Umno

Posted: 01 Jan 2016 11:57 PM PST

Oleh Zaharin Mohd Yasin
Malam tadi saya tak meraikan perayaan tahun baru, kecuali isteri yang melayan anak remaja saya. Saya ada dirumah dan tidur awal.
Kenapa? Saya tidak menipu orang atau bersikap haipokrit, berpura-pura. Di tulisan saya dalam facebook, saya sampaikan perasaan simpati yang mendalam dengan keadaan rakyat yang menderita dengan kenaikan kos hidup yang tiba-tiba mendadak naik dalam alam kehidupan mereka, tanpa persediaan dan juga bertambah pendapatan.

Bagi mereka yang tidak buat kerja sosial saperti saya, mungkin tidak sampai kelubuk hati penderitaan rakyat 'kelas rendah' ini. Saya pekerja sosial dan tempat mereka mengadu, samada berjumpa, menalipon dan pesanan dalam whatsap. Kesemua meminta pertolongan bukan sahaja kewangan tetapi perkara lain, saperti mohon sewa rumahnya dilepaskan dari di sita. sokongan untuk hajatnya dengan jabatan kerajaan. Kesemua ini berlaku ialah pendapatan mereka lebih rendah dari perbelanjaan hidup. Sama saperti kata pendahulu ibu bapa kita.. besar periuk, besarlah keraknya.. Maka jika saya punya gaji berangka belas ribu pun, sejumlah 60% dari pendapatan di belanjakan bagi menguruskan kehidupan bulanan. Sewa rumah, bayaran ansuran dua kereta, letrik, air, astro,unifi, pembantu rumah dan bayaran lain, bagaimana yang mempunyai pendapatan bawah RM3ribu sebulan dan tinggal di rumah pangsa?
Itu sebab penderitaan rakyat ini.. menjadikan jiwa saya 'memberontak' dan tidak boleh menjadi seorang yang pura-pura kerana penderitaan rakyat ini, saya pernah melalui di zaman saya susah dahulu, tinggal dirumah pangsa membesar tiga anak. Hanya saya tidak menangis bila ditemui oleh mereka sama ada mengadu atau bercerita akan kesusahannya.
Itu sebab jugalah saya membuat status menegur seorang Ketua UMNO Bahagian yang berselfie atau bersuka ria diluar negeri atas alasan berbulan madu. Ini bukannya cara seorang pemimpin rakyat, itu pendapat saya. Jika kita tidak boleh membantu rakyat yang kita pimpin, jangan kita sakiti mereka dengan gambar atau photo kemewahan kita. Kerana kesan terlalu kuat untuk rakyat menolak parti dan kerajaan kita. Walau pun itu kita merasakan diri kita berhak untuk berbuat demikian, bercuti dan bergembira diluar negeri.
Tetapi jangan lupa, masa menyiapkan diri untuk menjadi pemimpin belia dahulu, saya diperingatkan bahawa jika saya telah melibatkan dalam aktiviti perkerja sosial dan juga pemimpin belia, politik dan sebagai dalam pertubuhan bukan kerajaan. Kamu sudah jadi dimiliki oleh masyarakat.. setiap gerakan kehidupan milik mereka.. masyarakat yang berada di sekeliling kehidupan kamu.. Maka berjaga dan waspada apa yang kamu hendak lakukan hal-hal persendirian kamu.
Hari ini, khasnya pemimpin politik, menganggap kedudukannya dalam jawatan dalam politik dan juga kerajaan saperti sebagai kejayaan peribadinya dan tidak terikat dengan rakyat dan masyarakat.. Maka dia tidak ambil peduli kelakuan dan perbuatan dikhalayak ramai.
Wahai pemimpin politik.. Misi kita masuk politik ialah untuk bersama menjayakan cita-cita politik untuk kebaikan bersama dan bukannya hanya hanya sagelintir diantara kita.
Read More / Baca Lagi >>

'Idris Haron perlu minta maaf dengan 'Sultan Melaka',' kata Syed Rosli

Posted: 01 Jan 2016 11:39 PM PST

'Idris Haron perlu minta maaf dengan 'Sultan Melaka',' kata Syed RosliKUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron diminta segera memohon maaf kerana tuduhan gila kepada Sultan Melaka Darul Islam, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah yang mengaku dirinya adalah Sultan Melaka.

Penolong setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, Idris perlu menyiasat salasilahnya sendiri sebelum memperlekehkah Raja Noor Jan.

"Pandangan saya Raja Noor Jan adalah Sultan Melaka yang sah dan Tuanku telah buktikan. Daulat Tuanku. Ini pandangan saya dan orang lain perlu hormat sebab saya hormat pandangan orang lain.

"Sebelum Idris hendak menyatakan Raja Noor Jan tidak waras dan tidak tahu asal usul salasiah kesultanan Melaka lebih baik Idris selaku Ketua Menteri Melaka siasat dahulu keturunan kamu sendiri daripada mana dan adakah kamu sebenarnya layak menjadi Ketua Menteri Melaka," katanya dalam catatan di dalam laman Facebooknya.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kenyataan Idris yang menyifatkan individu yang mengaku dirinya sebagai 'Sultan Melaka' adalah watak lakonan yang dibawa oleh orang yang mungkin tidak waras.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan: Anwar cuba dikaitkan dengan terrorisme

Posted: 01 Jan 2016 11:28 PM PST

Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa Nawaf Obaid, pengarah urusan Saudi National Security Assessment Project, cuba mengaitkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan aktiviti terrorisme.
Laporan itu mendakwa Nawaf diminta melakukan perkara itu oleh saudaranya Tarek Obaid, ketua pegawai eksekutif PetroSaudi – yang dekat dengan hartawan Jho Low, kenalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 Laporan itu mendakwa, pada 2010, Nawaf menggagalkan pertemuan setiausaha negara Amerika Syarikat (AS) ketika Hillary Clinton dengan Anwar ketika melawat Malaysia.
Perkara itu didakwa dilakukan dengan menulis kepada timbalan penasihat keselamatan
hal ehwal antarabangsa dalam Majlis Keselamatan Negara AS Michael Froman.
Ia didakwa memaklumkan, "penilaian sulit" mendapati Anwar dikaitkan dengan beberapa individu yang disiasat berkaitan pembiayaan kepada pengganas dalam kes serangan 11 September 2011.
Nawaf juga dikatakan mendakwa bukti menunjukkan Anwar mempunyai kaitan dengan jaringan Ikhwanul Muslimin – antara gerakan Islam paling berpengaruh di dunia.
E-mel sama dikatakan dimajukan oleh Nawaf kepada Tarek, yang pangkalan datanya dibocorkan oleh Sarawak Report.
Kemudian, menurut Sarawak Report, Nawaf menghantar e-mel lain kepada Tarek bagi memaklumkan kejayaan itu.