Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted by Unknown | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SANDIWARA NAJIB MENJERAT HADI

Posted: 06 Dec 2016 02:26 PM PST




INI BARU BETUL-BETUL SANDIWARA SANDIWARA NAMANYA!!





Antara ikrar dan jerit lolong Najib Razak dalam perhimpunan solidariti Rohingya Ahad lalu ialah untuk berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi etnik tersebut di Myanmar.

"Apa mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak. 

"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

Di atas adalah antara petikan kata-kata yang dilafazkan sendiri oleh Najib dalam perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan di media-media.

Selain ahli UMNO dan ahli Pas, etnik Rohingya juga turut hadir memeriahkan perhimpunan itu.

Terpaku dan terlentuk ramai orang dibuatnya mendengar ucapan Najib, malah Pas juga jadi terlena dengan ikrar dan janji itu sehingga terlupa kepada skandal 1MDB, bahkan teralpa dengan hakikat bahawa lidah tidak bertulang sebenarnya.

Begitulah Najib, hanya selepas dua hari beliau merelakan  tekaknya sakit dengan jerit lolong membela Rohingya, rupa-rupanya Panglima Angkatan Tentera, Jenderal Zulkifeli Mohd Zin susah pun berada di Yangoon dengan tujuan untuk memulihkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar.

Myanmar Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden Myanmar,  U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan  beliau berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.

Mesyuarat tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar yang antara lain menyebut bahawa tiada perlanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat Rohingya yang beragama Islam di negara itu.

Siapa yang menghantar Jenderal Zulkifeli ke Myanmar kalau bukan Najib atau sekurang-kurangnya ada restu beliau tentang pemergiannya itu?

Bagaimana nak berjuang habis-habisan terhadap Rohingya, jika belum apa-apa sudah dihantar wakil untuk memperbaiki hubungan?

Apa lagi yang mahu dipulihkan hubungan dengan Myanmar itu? Hubungan dengan Myanmar lebih penting atau pembelaan kepada Rohingya yang utama?

Patutlah juga, jangankan mahu memutuskan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta kita di Myanmar, malah duta Myanmar di Malaysia juga dipanggil-panggil sehingga ini untuk diserahkan nota bantahan.

Apa yang Najib nak bela lagi etnik Rohingya selepas ini?

Betullah juga kata Tun Mahathir, tugas Perdana Menteri bukan menyertai perhimpunan tetapi bertindak menggunakan kuasa yang ada. 

Kalau kuasa yang ada tidak diguna, tetapi lebih memilih berhimpun, bukankah ia hanya sandiwara?

Hahaha....ini baru betul-betul sandiwara namanya. Pas terkena, ahli UMNO terkena dan semua  yang menyokong turut "basah" dibuatnya. (SH 06/12/2016).

Comments (0)