Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Unknown | Posted on 2:08 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Tak nampak bijak yang hentam Panglima Angkata Tentera

Posted: 07 Dec 2016 08:30 AM PST

Saya tak nampak bijaknya parti yg menghentam Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang meneruskan siri lawatan hormat sempena persaraannya ke Myanmar.

Pada saya amat terpuji dan ciri kepahlawanan yg patut dibangga PAT tidak langsung menunjuk tanda takut bimbangkan keselamatan dirinya untuk menemui pemimpin tertinggi Myanmar dalam suasana bantahan rakyatnya ke atas Malaysia yg mengecam kezaliman Myanmar terhadap Rohingya.

Lebih terpuji walaupun sekadar lawatan persaraan, peluang dan ruang yg ada diguna untuk menyampaikan keprihatinan masyarakat antarabangsa khususnya Malaysia berhubung krisis kemanusian yg menimpa Rohingya.

Sedangkan beliau boleh saja memilih topik lain yang menguntungkan dan lebih selamat untuk kepentingan dirinya yang sudah akan bersara.

Saya percaya PAT kebanggaan warga tentera.

Bodoh dan dangkal sampai segala perkara nak diheret dalam mencari mileage politik termasuk rutin persaraan PAT. Beliau bukan orang politik.

Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya kelihatannya mendapat perhatian antarabangsa. OIC telah beri respon.

Kerajaan boleh mulakan tindakan formal ke arah itu. Termasuk menulis kepada semua negara ASEAN dan OIC.

Lebih cantik jika penglibatan semua parti diperingkat parlimen. Tak kiralah apa namanya usul persendirian atau apa yg bersesuaian. Runding dulu dan tak perlu bawa mengejut ketika orang tiada dalam dewan.

Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Malaysia

Comments (0)