Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Unknown | Posted on 2:00 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


DAP serupa BN terpalit pelbagai skandal?

Posted: 28 Dec 2016 01:28 AM PST

Kalau UMNO ada MB rasuah spt Khir Toyo, DAP pun ada Ketua Menteri yg diheret ke Mahkamah dengan fakta kes rasuah yg serupa.

Jika kita bercakap soal projek yg tidak telus dibuat oleh BN. DAP pun tidak telus dalam byk perkara dalam projek projek di Pulau Pinang.

BN yg memerintah negara dipersoalkan isu 1MDB dengan hutang berjumlah RM43 billion. Kos underwriting untuk pinjaman dikenakan oleh Goldman Sachs pada kadar tidak munasabah 10% berjumlah ratusan juta ringgit.

DAP yg memerintah Pulau Pinang pula sedang mahu melaksanakan Pelan Pengangkutan bernilai RM46Billion. Untuk terowong sahaja RM6.3 billion dengan kos juruperunding dilaporkan RM300 juta.

Yg bertenggek atas ehsan BN akan pertahankan segala2nya yg dibuat oleh BN.

Yg bertenggek atas ehsan DAP akan suci kan DAP, tiada yg salah dibuat DAP.

PAS sudah memerintah Kelantan lebih 20 tahun, belum sabit kes rasuah dan penyelewengan walau ditohmah macam2. PAS perintah terengganu dan Kedah. Juga bersih dari kes rasuah.

PAS melawan BN kerana BN berterusan membiarkan unsur yg merosakkan masyarakat dan negara yg menyalahi syariat berkembang. Maksiat, judi, arak, hiburan melampau.

DAP dan rakan mereka yg sealiran penganut sekular yg tegar mempromosikan penyakit yg sama konon atas nama kebebasan. Arak, Judi, kewujudan pusat maksiat. Kepentingan tokey tokey pedagang penyakit masyarakat ini, merekalah ke depan mempertahankan. Minta turunkan cukai arak. Mempromosi liberalisme, LGBT.

BN sejak era Mahathir memperkecilkan fungsi Institusi Raja sehingga ahli politik menjadi terlalu berkuasa. Sehingga suatu hari jika bukan melayu yg mengawal politik negara sama ada secara terus atau kawalan secara boneka seperti Nizar di Perak, Institusi Raja perlu ketegasan luarbiasa untuk tundukkan ahli politik.

Hari ini, DAP dan rakannya paling ke hadapan dalam menyanggah apa saja isu jika membabitkan Institusi Raja. Dari soal seperti perlantikan MB di Selangor, hatta Mahathir tak dijemput ke istana pun dimainkan media mereka.

Tradisi fitnah pemimpin demi kepentingan diri subur dlm BN. Sama rosaknya fitnah rakan rakan DAP menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor yg berusaha selesaikan pertikaian isu air Selangor demi rakyat.

PAS tak terikat dengan sesiapa. Tidak tertakluk ehsan sesiapa. Membuat pendirian berpaksikan prinsip Islam.

Oleh Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim

Jika Mahfuz masih ahli PAS, rujuklah parti

Posted: 27 Dec 2016 02:29 AM PST

Akhir-akhir ini Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilihat begitu kemaruk mengeluarkan sebarang kenyataan bercanggah dengan parti yang disertainya PAS. Bahkan lebih teruk mengkritik PAS secara membuta-tuli tanpa merujuk kepada parti terlebih dahulu.

"Kena tanya dia (Datuk Mahfuz Omar) kenapa rujuk surat khabar, kena rujuklah batang tubuh, rujuklah Pas, kalau dia orang Pas.

Demikian ulasan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berhubung kenyataan Mahfuz semalam yang dipetik berkata strategi Pas yang cuba 'makan keliling' akan hanya menyebabkan parti itu dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai.

Idris berkata, sebagai orang Pas, Mahfuz sepatutnya lebih arif untuk mendapatkan maklumat parti.

"Kenyataan rasmi Pas ada pada Harakah, bukan maklumat diambil tepi jalan," katanya merujuk kepada kenyataan Mahfuz yang menyatakan hala tuju tidak tentu Pas boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan dan kepercayaan rakyat.

Mahfuz berkata demikian merujuk kepada Kenyataan rasmi terbaru yang dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang parti sedia membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk BN bagi membentuk kerajaan campuran selepas PRU akan datang.

"Budaya politik tak tentu hala Pas sudah pasti akan dijadikan panduan kepada kedua-dua blok politik untuk menentukan apakah sikap mereka terhadap Pas dalam menghadapi PRU14?

"Saya percaya rakyat dan ahli Pas akan menjarakkan diri dari parti apabila menyedari parti hanya berkehendakkan undi mereka untuk dijadikan 'alat tawar menawar' dengan mana-mana pakatan politik yang menang," katanya.

sh

Comments (0)