Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Unknown | Posted on 1:55 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Satukan ummah, bukan duk belek facebook macam orang tu...

Posted: 26 Dec 2016 06:01 PM PST

Hebat Tok Guru kita. Dalam penat-penat gagah bawa RUU355 ke sidang Dewan. Dalam sakit-sakit, sampai juga ke Himpunan Solidariti Ummah Untuk Myanmar. Baru lagi rasanya tengok gambar Tok Guru lelah pucat di sudut wad. Sedar-sedar sampai pula di Tehran . Dengar-dengar petah berucap menyatukan umat. Patutnya, baru lepas baik sakit, berehatlah. Belek kitab belek facebook di rumah saja. Macam Dr. MAZA, Dr Zuraimi dan Dr Juanda.

Persidangan di Tehran menyerlahkan segala-gala walaupun musuh nista. Dalam ramai-ramai negarawan muslim, Tok Guru kita yang didamba pandangannya. Dalam ramai-ramai ulama, Tok Guru kita dipilih berbicara di negara kuasa besar Islam sedunia. Bukan sebagai pendengar tetapi berdiri sebagai tokoh bicara. Krisis Bosnia, Perang Teluk , Perang saudara Afghanistan, sengketa Acheh, Konflik Yaman dan banyak lagi, Tok Guru kita dah jadi macam wakil PBB. Kalau ada Khalifah, beliaulah duta ke sana-sini. Siang bekerja untuk ummah. Malam mengabdi kepada Rabbi.

Ramainya orang sakit hati pada Tok Guru. Tok Guru dipukul disindir dari kedai kopi hingga bilik mufti. Kalau musuh politik satu cerita. Ini ilmuwan hadis berceramah di sana-sini bawa title Dr dan Phd pun nanar jiwanya. Aduh, sakit hendak memikirkan ini semua.

Pemergian Tok Guru nampak bercanggah dengan ketuanya di KUIS. Inipun dijadi hujah seolah kerja Tok Guru tak betul belaka. Merdeka jiwa ulama dari Kampung Rusila ini. Di negara kita, Tok Guru merdeka mengutarakan idea politiknya. Caci maki bertimbunan di media sosial tidak jadi kudis gatal mengganggu perjalanan siasahnya. Ideanya bukan sekadar membina agama. Malah kekuatan minda dan semangatnya mampu menyelamatkan bangsa dan negara. Tetapi pepatah ada berkata. Dekat berbau tahi,nanti bila jauh baru berbau bunga.

Hebat bacaan politik ulama haraki ini. Merdeka jiwanya demi Islam seantero dunia. Mata hatinya terang nampak permainan kuasa besar dunia dengan proksi. Perang dicetuskan umat yang jadi mangsa. Licik Mossad, licik CIA. Sedang merekalah dalang persengketaan kita. Media mereka memprojekkan pertembungan Sunni-Syiah. Umat kurang maklumat mudah terpedaya. Tapi Tok Guru kita nampak rencana mereka.

Apakah nanti Tok Guru dibidik oleh mereka? Setelah Tok Guru mendedahkan wajah sebenar di topeng durjana. Mereka tentu bimbang umat ini kembali bersatu. Pasti nanti Tok Guru kita dijadikan seteru. Puas hatilah musuhnya nanti, andai badannya kelak tersungkur diragut peluru?

Hebat Tok Guru kita di sisi manusia. Apalagi di sisi Allah Yang Maha Esa. Kita semua jadi saksi di akhirat nanti. Pasti. Moga Allah pelihara dan beri kesihatan kepada Sang Murabbi.

Sumber tko

P Maniam dilantik ketua jurulatih Selangor musim 2017

Posted: 26 Dec 2016 03:50 PM PST

Bekas ketua jurulatih kelab Liga FAM iaitu AirAsia Allstars FC pada musim 2016, P Maniam dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.

Pengumuman perlantikan Maniam, 48, dibuat melalui laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Bola Sepak Selangor (FAS).

Laman FAS itu turut mengumumkan dua penolong jurulatih yang akan membantu Maniam iaitu bekas pemain Selangor, K Gunalan dan Noor Zaidi Rohmat.

Maniam yang juga bekas pemain Selangor pada era 1990-an memiliki lesen Pro Diploma Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu lesen kejurulatihan tertinggi Asia setaraf lesen Pro Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Beliau bukan nama asing kerana pernah menjadi penolong jurulatih skuad Selangor selama tujuh musim dari 2009 hingga 2015 di bawah beberapa jurulatih berpengalaman termasuk Irfan Bakti Abu Salim, Zainal Abidin Hassan serta K Devan.

Maniam juga pernah dilantik sebagai pengendali sementara Selangor ketika dua bekas jurulatih iaitu Devan dan Irfan Bakti meletak jawatan pada pertengahan saingan Piala Malaysia, masing-masing pada 2011 dan 2013.

[VIDEO] Aksi anggota bomba selamatkan bayi yang terperangkap dalam kebakaran

Posted: 26 Dec 2016 06:25 AM PST

Seorang anggota bomba berasal dari Argentina menjadi wira apabila berjaya menyelamat nyawa seorang bayi yang sedang terperangkap dalam satu kebakaran.

Dipetik dari media luar negara, sebuah video berdurasi 45 saat yang dirakam menunjukkan keberanian seorang anggota bomba sedang bergayut dengan tali melalui balkoni pangsapuri yang sedang terbakar bersama bayi yang dikendongnya turun menyelamatkan diri.

Sebelum itu, kelihatan seorang wanita sedang menunggu untuk menyerahkan bayinya kepada anggota bomba berkenaan di pangsapuri berkenaan.

Kemudian anggota bomba berkenaan kelihatan berhati-hati menggendong dengan tangan kiri dan tangan kanannya memegang tali sambil turun perlahan-lahan menyelamatkan bayi berkenaan.

Asap kebakaran kelihatan semakin menebal dan wanita yang didakwa ibu kepada bayi berkenaan kelihatan masih berada di bangunan yang terbakar.

Video anggota bomba menyelamatkan bayi


PAN sebabkan rakyat Malaysia benci politik

Posted: 26 Dec 2016 04:09 AM PST

Antara sebab orang bosan dengan politik adalah disebabkan wujud orang seperti Khalid Samad dan makhluk seumpamanya. Setiap benda mahu dipolitikkan. Dalam kepalanya semua politik.

Tersepak batu tengah jalan pun kata ini semua salah kerajaan. Kunci tertinggal pun salah kerajaan. Lewat punch card pun disumpahnya kerajaan.

Tak boleh ada kaitan langsung dengan kerajaan. Berselisih bahu terus kata UG. Berjabat salam dikata berpakat. Nak martabatkan Islam pun boleh diputar jadi isu politik. Sampaikan solat menghadap Kaabah yang sama dengan Umno pun bimbang, takut dituduh bersekongkol.

Akibatnya orang akan paranoid dengan politik. Mereka jadi bosan dengan budaya politik yang menyerang 24 jam sebegini. Bukan mahu cari solusi dengan cara yang jernih, tapi cari setiap kesalahan dan ratibnya sampai kiamat. Kalau orang kata politik itu kotor berhujahkan perangai politikus seperti ini, saya juga akan sokong. Ini memang mengotorkan politik!

Bila orang menjauhi politik, maka semakin sukarlah kita mahu mengislah negara melalui jalan politik. Ini kerana politik adalah mendapatkan pengaruh awam. Jika awam tidak peduli politik, punahlah politik.

Saya fikir Khalid Samad dah terlalu mabuk dengan candu demokrasi. Sejak dia dalam PAS lagi dia dah berperangai sebegitu. Bila keluar lagi teruk. Termakan sumpah laknat barangkali.

Dulu dia kritik pimpinan dan parti sendiri secara terbuka, walaupun jalan untuk berpandangan melalui konsep organisasi itu tersedia untuknya. Dia juga pernah tuduh orang melulu sampai disaman di mahkamah. Alasannya kerana hak individu untuk berpandangan dalam negara demokrasi. Inilah sebenarnya masalah demokrasi. Lupa peranan wahyu dalam mengatur sikap diri.

Sedarkah dia, Amerika yang digelar kiblat demokrasi sendiri adalah negara paling banyak mengguna kuasa veto membatalkan keputusan PBB. Setelah rakyat memilih Trump sebagai Presiden, kini mereka pula berusaha untuk mempengaruhi pemilih Presiden Amerika untuk tidak mengundi Trump dalam pemilihan sebenar 19 Disember ini. Penerima Anugerah Nobel keamanan dan juga dijolok dengan gelaran ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi sendiri membisu isu penghapusan etnik di tanah airnya sendiri Burma.

Politik demokrasi dan di ambang kehancuran. Kerana itu PAS menganjur Budaya Politik Matang dan Sejahtera, sebagai peralihan kepada demokrasi yang semakin tenat. Kata John Adam, presiden kedua Amerika yang menulis sejak tahun 1814 lagi: "Democracy never lasts long. It soon wastes, exhausts and murders itself."

Berpolitik bukan tak boleh, tapi bersederhanalah. Gunalah konsep wasatiyyah yang sering dicanang, bukan sekadar untuk menguatkan hujah liberalisme, pluralisme dan feminisme sahaja. Hidup ini bukan untuk politik sahaja.

Orang marah bila PAS menggunakan Islam bila berpolitik. Saya ingin tekankan, PAS bukan sekadar guna Islam untuk berpolitik, tapi PAS juga guna Islam untuk berekonomi, bersosial, beribadat dan semuanya. Tapi PAS tak guna politik untuk semuanya kerana politik bukan satu-satunya jalan PAS.

Pesan saya pada Khalid Samad dan sekutu, dalamilah Islam sedalamnya. Kenalilah Islam lebih dari anda kenal politik. Jangan kenali politik lebih dari kenal Islam.

#bpms
#InilahPenyelesaianKita

(Alang Ibn Shukrimun)

Telegram:
http://tinyurl.com/AlangIbnShukrimun
Facebook:
https://m.facebook.com/alangshukrimun/

Comments (0)