Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Unknown | Posted on 2:04 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


PAS kecam serangan ke atas gereja di Mesir

Posted: 13 Dec 2016 02:31 AM PST

Serangan letupan yang berlaku pada hari ahad lepas ke atas sebuah gereja (Cairo's Coptic Cathedral) di ibu negara Mesir telah membunuh 20 orang dan mencederakan hampir 35 orang. Kejadian yang berlaku masih belum diketahui siapakah dalang di sebalik tragedi berdarah yang boleh menegangkan hubungan antara agama dan rakyat Mesir.

PAS mengecam sebarang serangan yang melibatkan kematian orang awam, warga tua, wanita, kanak-kanak dan memusnahkan bangunan kerana ia bercanggah dengan prinsip Islam yang sebenar. Allah SWT berfirman:

﴿وَلَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَٰحِهَا ٥٦﴾ [الأعراف: 56]

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya" [Al-A'raf: 56]

Islam agama yang syumul telah menggariskan adab dalam peperangan (jihad) dengan melarang menebang pokok dan merosakkan bangunan. Saidina Abu Bakar pernah mewasiatkan komander-komander perangnya, "Jangan menebang pokok dan menghancurkan bangunan". Inilah sunnah Rasulullah SAW yang diwarisi oleh para sahabat yang paling memahami Al-Quran, Sunnah Rasul-Nya dan ruh Islam.

Islam juga mengutamakan jalan pendamaian dan menyelesaikan dengan penuh keharmonian tanpa pertumpahan darah. Jalan kekerasan dan peperangan bukan jalan terbaik untuk membina negara yang aman dan damai.

Ketegangan hubungan antara agama dan bangsa hanya membuka pintu untuk campur tangan kuasa asing dengan cita-citanya mengkucar-kacirkan umat Islam dan mengaut hasil bumi untuk dibawa pulang ke negara mereka. Selain itu, perlu berhati-hati supaya tidak masuk dalam perangkap musuh dengan provokasi yang dilakukan bagi mencetuskan huru-hara.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
13 Rabiul Awal 1438H / 13 Disember 2016

Comments (0)