Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Unknown | Posted on 10:19 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


7 Buah Stesen LRT Laluan Ampang Dibuka Lewat Ahad Ini #RapidKL

Posted: 07 Dec 2016 12:00 AM PST


Stesen-stesen LRT Laluan Ampang Rapid KL antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka lewat daripada biasa pada pukul 9 pagi Ahad (11 Disember) ini untuk membolehkan kerja-kerja fasa terakhir perpindahan ke sistem isyarat yang baru.

Perkhidmatan di Stesen Chan Sow Lin dan seluruh Laluan Sri Petaling antara Putra Heights dan Sentul Timur akan beroperasi seperti biasa dari 6 pagi hingga tengah malam, Rapid KL mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini.Pembukaan tujuh stesen – Ampang, Cahaya, Cempaka, Pandan Indah, Pandan Jaya, Maluri dan Miharja, dilewatkan dengan tiga jam bagi membenarkan kerja-kerja penaikan taraf sistem isyarat, yang akan bermula pada tengah malam dan memerlukan sembilan jam untuk menyelesaikan tugasan berkenaan.

"Kerja-kerja penaikan taraf itu akan bermula serta merta selepas perkhidmatan pada 10 Disember berakhir kerana Rapid KL mahu meminimakan ketidak-selesaan di kalangan para pelanggannya. Semasa ketiadaan perkhidmatan LRT di tujuh stesen itu, perkhidmatan bas pengantara percuma akan disediakan oleh perkhidmatan bas Rapid KL," tambah kenyataan berkenaan.

Selain sepanduk, poster dan notis, staf akan diletakkan di stesen-stesen terbabit bagi membantu penumpang dalam penggunaan bas pengantara dan untuk maklumat yang berkaitan.

Para pengguna juga boleh mendapat maklumat penuh mengenai perkhidmatan bas pengantara di www.myrapid.com.my ataupun dengan mengikut Rapid KL di laman Facebook atau twitter @myrapid.

Peningkatan taraf sistem isyarat telah dijalankan secara berperingkat kerana tempoh masa terhad kerana perkhidmatan LRT beroperasi dari 6 pagi hingga tengah malam, yang dikemudiannya disusuli pula dengan kerja-kerja penyelenggaraan selepas berakhirnya perkhidmatan.

Pada 1 Disember lepas, Rapid KL menyiapkan kerja-kerja penaik-tarafan untuk membawa masuk tren-tren baru enam gerabak AMY untuk Laluan Ampang bagi menggantikan tren Adtranz, sebelum kembali kepada pergerakan yang lalu dengan pergerakan terus antara stesen Ampang dan Sentul Timur demi kemudahan para pengguna.

KSN Nafi Declare Cuti 13 Disember 2016 Sempena Istiadat Pertabalan YDPertuan Agong Baharu

Posted: 06 Dec 2016 09:55 PM PST


Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan yang tersebar di media sosial mengatakan KSN mengisytiharkan 13 Dis ini sebagai hari pelepasan am.

Pejabat KSN dalam kenyataan berkata kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa seperti yang diviralkan.
"Adalah dimaklumkan kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan KSN, dan 13 Disember 2016 bukanlah merupakan hari kelepasan am," kata kenyataan itu.

Semalam, tersebar satu mesej di media sosial mengatakan kononnya Ali Hamsa mengisytiharkan 13 Dis ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada hari berkenaan.

Mesej itu turut menyatakan pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu kononnya dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Comments (0)