Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Unknown | Posted on 9:58 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Tambang MRT Fasa 1 Percuma Selama 1 Bulan #JomNaikMRT

Posted: 15 Dec 2016 01:00 AM PST


Tambang percuma selama sebulan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK) dapat dinikmati rakyat sempena pelancaran sulung laluan itu bermula esok pagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkhidmatan pengangkutan tren percuma yang dikendalikan oleh RapidRail Sdn. Bhd. itu dapat dinikmati pengguna bermula esok selama sebulan sehingga 17 Januari depan.
Katanya, pembukaan laluan Fasa 1 MRT SBK bermula daripada Sungai Buloh hingga ke Semantan yang turut melalui 10 stesen lain sekitar Damansara yang menghala ke pusat bandar.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara di sini hari ini.


Info Tambang MRT Fasa 1 Yang Anda Perlu Ketahui - klik sini.

Info Tambang MRT Fasa 1 Yang Anda Perlu Ketahui #JomNaikMRT

Posted: 14 Dec 2016 11:07 PM PST


Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016; meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.

Fasa 2 Laluan MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijadualkan untuk beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.

Struktur tambang sudah diluluskan oleh Kerajaan dan adalah berdasarkan kepada bayaran masuk nominal atau 'nominal flag fall' dengan kadar menurun untuk setiap empat hingga lima kilometer perjalanan – sama seperti struktur tambang untuk perkhidmatan LRT dan monorel yang dikendalikan oleh Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad.

"Butiran penuh struktur tambang MRT boleh didapati di laman rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my. Struktur penuh tambang akan turut dipaparkan di semua stesen MRT untuk panduan penumpang.

"Seperti yang diamalkan untuk perkhidmatan LRT, monorel, dan bas Rapid KL, kami memberikan diskaun 50 peratus untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas pengantara MRT.

"Kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun boleh naik percuma," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato‟ Ir Zohari Sulaiman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Oleh kerana Fasa 1 Laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel sekarang, Zohari berkata para pengguna MRT akan melalui pintu masuk dengan menggunakan token tunai ataupun Kad Touch n Go sahaja.

"Warga emas, pelajar dan golongan OKU boleh membeli token konsesi berwarna merah daripada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di setiap stesen MRT," kata Zohari.

Zohari menambah kata warga emas, pelajar dan golongan OKU hanya perlu menunjukkan Kad Pengenalan, kad pelajar (sekiranya tidak memakai uniform), atau Kad OKU ketika menaiki bas-bas pengantara MRT untuk menikmati diskaun 50 peratus.

"Tambang nominal untuk perkhidmatan bas pengantara MRT adalah RM1 untuk satu perjalanan," kata Zohari, sambil menambah kata bahawa sebanyak 120 bas pengantara MRT akan beroperasi untuk memberi perkhidmatan kepada 26 laluan bagi semua 12 stesen MRT yang dibuka di bawah Fasa 1.

Zohari menambah kata Kad-kad MyRapid, yang kini digunakan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL, akan dinaikkan taraf secara berperingkat sebelum pembukaan Fasa 2 Laluan MRT SBK pada Julai depan.

Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK)


Fakta MRT Yang Perlu Anda Ketahui - klik sini.

KPDNKK Senarai 18 Barangan Harga Terkawal Sempena Krismas

Posted: 14 Dec 2016 07:53 PM PST

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata skim yang akan dilaksanakan bermula 19 hingga 28 Dis itu, melibatkan enam hari sebelum perayaan, hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Beliau berkata barangan disenaraikan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup (harga maksimum di Sarawak sahaja), ayam Belanda import, kepak ayam (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja), daging kambing tempatan bertulang (Semenanjung sahaja), daging kambing/biri-biri import tanpa tulang.

Selain itu, daging paha kambing/biri-biri import bertulang (Semenanjung sahaja), telur ayam gred A, gred B dan gred C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak) (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja) juga termasuk dalam skim kawalan harga.

Beliau berkata atanya pada sidang media di sini.

Datuk Seri Hamzah berkata harga maksimum ini ditentukan di 89 daerah atau kawasan di Semenanjung; 32 di Sarawak dan 27 di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata ia adalah tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga tidak beretika sepanjang musim perayaan.

Datuk Seri Hamzah berkata peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

Peniaga yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal boleh didenda mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan bagi syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000, katanya.

Comments (0)