Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:55 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kenaikan mendadak pengundi, pihak mana paling banyak mendaftar?

Posted: 08 Dec 2016 07:53 PM PST


Pengundi baru yang didaftarkan oleh SPR, suku ketiga 2016 meningkat mendadak.Pengundi baru yang didaftarkan oleh SPR, suku ketiga 2016 meningkat mendadak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak menjelaskan kumpulan manakah yang bertanggungjawab sehingga berlaku kenaikan mendadak dalam pendaftaran pengundi baru pada suku ketiga tahun 2016.
Kumpulan mana bertanggungjwab, soal Dr Ong Kian Ming.Kumpulan mana bertanggungjwab, soal Dr Ong Kian Ming.Menurut ahli parlimen Serdang, Dr Ong Kian Meng, pada suku ketiga tahun 2016, seramai lebih setengah juta (501,799) pengundi baru telah didatarkan.
"Ia adalah lebih dari lima kali ganda jumlah pengundi baru yang didaftarkan pada suku kedua 2016 dan lima kali lebih ramai dari jumlah pengundi baru yang didaftarkan sebelum pilihan raya 2013," kata Ong dalam satu kenyataannya.
Namun, faktor yang ingin diketahui adalah kumpulan manakah yang bertanggungjawab mendaftarkan begitu ramai pengundi untuk tempoh itu.
"Inilah sebabnya, jika kerajaan boleh bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila mereka cukup umur, maka keraguan tentang jumlah pendaftaran baru ini boleh dikurangkan," katanya.
Bagi beliau, banyak sebab boleh diberikan kenapa pendaftaran pengundi baru sangat ramai dalam tempoh tersebut.

KENAPA BIARKAN MEDIA ANTARABANGSA MENYERANG MALAYSIA BERTALU-TALU?

Posted: 08 Dec 2016 07:51 PM PST

"Syarikat media sama ada dari Amerika Syarikat. Great Britain dan Singapura wajar dibawa ke muka pengadilan antarabangsa...terbaru, kononnya China akan bantu 1MDB dalam isu pertikaian dangan IPIC."
Semakin hari semakin terjejas imej negara dan pemimpin gara-gara 'laporan jahat' media antarabangsa.
Syarikat media sama ada dari Amerika Syarikat. Great Britain dan negara jiran, Singapura wajar dibawa ke muka pengadilan antarabangsa untuk diberi pengajaran kerana menyiarkan berita palsu dan bersifat spekulatif ke seluruh dunia.
Terbaru, ia berkaitan laporan kononnya China akan bantu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam membuat pembayaran balik kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).
Laporan oleh Financial Times (FT) berpusat di Britain itu dikeluarkan di tengah pertikaian hutang AS$6.5 bilion antara 1MDB dan IPIC, iaitu syarikat kewangan milik kerajaan Abu Dhabi.
Kerajaan dan 1MDB perlu bertindak terhadap penyiaran berita sama ada oleh FT atau syarikat berita lain yang tidak bertanggungjawab itu.
Ini kerana ia boleh menjejaskan imej nama baik Malaysia,  kerajaan, pengurusan 1MDB dan individu tertentu yang terbabit.
Berita ini bukan kecil nilainya. Ia bukan sahaja memberikan gambaran buruk kepada 1MDB tetapi turut mengaitkan nama Perdana Menteri apabila setiap kali ada masalah berkaitan dengan 1MDB.
Malah laporan dan ulasan, termasuk oleh South China Morning Post (SCMP) berpngkalan di Hong Kong turut membawa tajuk "HAS CHINA OFFERED TO BAIL OUT MALAYSIA'S 1MDB? AT WHAT COST?" begitu membimbangkan.
Lebih mengejutkan, SCMP yang memetik seseorang yang dikatakan mengetahui mengenai perkara ini memberitahu akhbar berkenaan bahawa Malaysia akan bertukar aset  untuk mendapatkan pembiayaan China bagi tujuan ini.
"China kini sedang membahagi-bahagikan goodwill di seluruh wilayah sekitarnya...jadi ini bukan sesuatu yang mengejutkan," kata Oh Ei Sun, bekas pembantu penting Datuk Seri Najib Razak.
Beijing memang tidak membuat permintaan yang pelik-pelik untuk bantuan ekonomi itu tetapi pasti ada harapan bahawa Malaysia 'perlu tahu apa yang perlu dilakukannya", tegas Oh.
Tidakkah laporan ini seakan mengesahkan spekulasi oleh media Barat dan Singapura sejauh ini?
Berkaitan ini, The Straits Times Singapura semalam turut memetik laporannya sebelum ini (6 Julai 2016) bahawa sebidang tanah yang dikatakan bernilai berbilion ringgit dimiliki oleh 1MDB di Pulau Pulau Pinang menarik minat sebuah syarikat China untuk mengembangkan perniagaanya di Malaysia.
Tanah selpas 94.7 hektar di Daerah Air Itam itu dikatakan menarik minat perbadanan China termasuk Metallurgical Corp, yang bersedia membayar lebih tinggi daripada pembida tempatan.
Kenyataan ini dikatakan disahkan  oleh eksekutif kewangan yang terbabit dengan rundingan perniagaan itu. Dikatakan, syarikat China mahu membeli tanah itu dengan harga RM2 billion (S$671 million) atau secara perjanjian pembangunan bersama.
Jika dibangunkan secara bersama, 1MDB dijanjikan keuntungan sebanyak RM3.5 billion.
Read More / Baca Lagi >>

Rundingan Pas dengan Umno tak pernah dibincang dalam mesyuarat parti, dirahsiakan

Posted: 08 Dec 2016 07:46 PM PST

Pas yang kini semakin dekat dengan Umno telah lama diduga bersikap sedemikian ketika pemimpin Amanah masih berada dalam pimpinan pusat parti itu, kata Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir.
"Kami sudah dapat cium bahawa Pas semakin mendekati Umno-BN, walaupun mereka merahsiakan pertemuan-pertemuan yang berlaku daripada kami.
"Kami dalam pimpinan pusat waktu itu tak tahu ada pertemuan dan bila kami tanya tiada pengesahan, (yang ada) hanya penafian," ujarnya dipetik daripada wawancara di Sinar Harian, hari ini.
umno_pas_600Beliau berkata, Pas pada masa ini sudah mula mengadakan pakatan dengan Umno atas nama kepentingan orang Melayu dan Islam.
"Setelah kami keluar (dari Pas) dan selepas (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) pula meninggal, lihatlah apa yang berlaku sekarang. Kita boleh tengok dengan jelas apa yang disembunyikan," tegasnya lagi.
Untuk rekod, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 4 Disember lalu hadir dan berucap pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Disember tahun lalu juga, Abdul Hadi dan Najib sepentas dalam majlis perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season di ibu negara.

Berbaik semula dengan Mahathir bukan kerana sosoknya tetapi tindakannya

Posted: 08 Dec 2016 07:41 PM PST

Tindakan pihak yang menentang Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu bukan kerana sosoknya Mahathir itu Mahathir tetapi adalah kerana apa yang sosok itu lakukan.
Oleh itu, tidak salah untuk berbaik dengan Mahathir sekarang kerana apa yang dilakukannya, bukan batang tubuh itu sendiri, kata peguam Shahrezan Johan.
Sehubungan itu, katanya, tindakan sesetengah pihak bersama dengan musuh politiknya selama ini tidak salah kerana perseteruan mereka selama ini adalah kerana apa yang dilakukan bukan kerana personaliti itu.
Kita sokong atau tolak sesaorang kerana perbuatannya bukan kerana sosoknya barulah jadi perjuangan kita berprinsip, kata Shahrezan JohanKita sokong atau tolak sesaorang kerana perbuatannya bukan kerana sosoknya barulah jadi perjuangan kita berprinsip, kata Shahrezan JohanDemikian kata Shahrezan dalam satu postingnya yang mempertahankan tindakan sesetengah pihak yang berbaik-baik semula dengan Tun Dr Mahathir yang selama ini menjadi musuh mereka.
"Ramai yang kurang senang atau tidak setuju dengan kerjasama pembangkang dan sesetengah NGO dengan Tun Mahathir. Mereka kata pembangkang dan NGO telah gadaikan prinsip mereka.
"Saya faham kegusaran mereka.
"Tetapi bukankah mereka yang menentang Tun Mahathir dahulu menatang beliau bukan kerana sosok Mahathir itu Mahathir, tetapi kerana apa yang sosok itu lakukan.
"Dan samalah juga, yang menentang rejim yang sedia ada bukanlah sebab ia ada sosok Najib Razak, atau Zahid Hamidi, dan lain-lain, tetapi kerana apa yang telah dilakukan," tulis peguam hak asasi manusia itu.
Bagi beliau, berbaik atau bertembung dengan sesaorang adalah kerana prinsip bukan kerana pribadi.
"Bukankah perjuangan itu berlandaskan prinsip? Iaitu untuk membaikpulih sistem yang sedia ada, dan mereformasikan institusi-institusi negara, untuk membina Malaysia yang lebih baik?
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah AS tolak permohonan keluarga Jho Low tangguh kes 1MDB

Posted: 08 Dec 2016 07:40 PM PST

Keluarga hartawan Malaysia yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, gagal dalam usaha mereka untuk menuntut aset yang disita oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) apabila seorang hakim persekutuan AS menolak usul yang boleh memberi mereka masa untuk mencuba nasib di mahkamah di luar negara.
Awal minggu ini empat anggota keluarga Low Taek Jho memfailkan usul untuk menangguhkan pendengaran pada 12 Disember kepada 23 Januari untuk membolehkan mereka ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman untuk mencuba dan mendapatkan hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baru.
Dalam keputusannya, Hakim Daerah AS Dale Fischer menolak kedua-dua usul untuk menangguhkan pendengaran itu dan satu permintaan yang berasingan untuk melanjutkan tarikh akhir untuk memfailkan tuntutan. Tiada sebab diberikan dalam kenyataan yang difailkan bertarikh Rabu.
Pendakwa raya persekutuan yang membantah penangguhan pendengaran tersebut, menegaskan bahawa sudah hampir lima bulan berlalu sejak Jabatan Kehakiman memfailkan saman sivil mendakwa lebih AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.
Low Taek Jho adalah antara individu yang dinamakan dalam saman sivil itu yang bertujuan untuk merampas aset bernilai AS$1bilion yang didakwa dari dana yang diselewengkan dari 1MDB dan dialihkan kepada hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga dan sebuah jet peribadi.
Keluarga Low Taek Jho itu mahu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, dengan harapan ia boleh menimbang permohonan mereka. Keputusan untuk meneruskan perbicaraan pada hari Isnin boleh menggagalkan rancangan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Rafidah: Dr M tak boleh, tapi pemimpin dipalit skandal boleh

Posted: 08 Dec 2016 07:39 PM PST

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan rasa tidak percaya bahawa jemputan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri majlis angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baru, telah dibatalkan.
Rafidah bertanya sama ada kehadiran Dr Mahathir dianggap oleh pihak pihak tertentu akan mencemarkan majlis tersebut.
Menurutnya, sesiapa yang berpalit dengan skandal adalah yang sebenarnya membawa 'kesipuan', tetapi beliau tidak menamakan sesiapa.
"Walhal kehadiran sesiapa yang berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir, dsb adalah sebenarnya membawa "kesipuan" kepada apa jua majlis.
"Tidak begitu?" kata Rafidah dalam satu catatan di Facebook.
Dalam surat dari penyimpan mohor besar raja-raja bertarikh 5 Disember, Dr Mahathir telah dimaklumkan bahawa jemputan kepada beliau telah ditarik balik untuk mengelak "kesipuan", kerana tempat duduk tidak disediakan untuknya.
Menurut Rafidah, Dr Mahathir telah dianugerahkan Darjah Tertinggi Negara oleh Yang di-Pertuan Agong dan atas alasan itu sahaja berhak dijemput.

Dr M tak rugi, tak hina jemputan ke istana dibatalkan

Posted: 08 Dec 2016 07:39 PM PST

Siapakah yang akan kesipuan jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri istiadat menandatangani sumpah jawatan yang di-pertuan agong di Istana Negara pada 13 Disember ini?
Datuk Seri Najib Razak atau Dr Mahathir?
Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya Dr Mahathir hadir di upacara itu. Pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan menumpukan perhatian kepada beliau untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau selepas upacara.
Ini akan meletakkan pemimpin BN, terutama perdana menteri dan menteri-menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan.
Tentunya pihak keselamatan tidak dapat melarang sesiapapun juga untuk menemui Dr Mahathir di majlis itu.
Dr Mahathir menerima undangan untuk hadir diupacara itu daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 10 November lalu, manakala maklumat pembatalan dari pihak yang sama diketahui pada 13 Disember.
Ini mendedahkan kesilapan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu kerana tidak memaklumkan lebih dahulu kepada Jabatan Perdana Menteri.
Pembatalan itu dibuat setelah Dr Mahathir menjawab akan hadir dan didakwa bukanlah bertujuan untuk memalukan beliau, tetapi untuk mengelakkan "kesipuan" yang akan dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak jika berlaku pertembungan dengan bekas perdana itu.
'Saya minta maaf'
Dalam hal ini tidak ada kerugian pada Dr Mahathir. Beliau tidak akan dipandang hina sekali pun ada sesiapa datang menemuinya, sebaliknya akan menimbulkan simpati lebih tinggi kerana umum melihat penghinaan yang sudah keterlauan dilakukan terhadapnya.
Maka itu sebelum meletusnya suasana "kesipuan" di majlis yang paling berkemuliaan dan berkedaulatan itu, tindakan tegas mesti diambil oleh Jabatan Perdana Menteri walaupun akan timbul anggapan buruk daripada rakyat bahawa "Istana Negara adalah milik Najib dan BN".
Read More / Baca Lagi >>

Pas dalam proses tentu hala tuju.??

Posted: 08 Dec 2016 07:38 PM PST

Penganalisis politik dari ‎Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman melihat Pas ketika ini dalam proses untuk menentukan hala tuju parti.
"Pas dilihat sama ada akan menjadi sebahagian pembangkang atau blok pembangkang asing atau juga pembangkang yang 'friendly' kerajaan.
Pas "Jadi, kita tidak tahu yang mana satu jalan yang dipilih. Nampak gaya untuk mereka duduk semeja dengan Pakatan Harapan agak nipis kerana masalah mereka dengan parti Amanah dan DAP," katanya bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP menjelang pilihan raya akan datang.
Tambahnya, DAP misalnya menolak cadangan RUU355 sebelum ini, manakala Amanah merupakan serpihan mereka.
Katanya, demi kepentingan survival politik, Pas perlu membuat keputusan jalan yang mana mereka hendak pilih.
"Setakat ini program dan aktiviti yang dijalankan menampakkan bahawa Pas dan Umno dilihat bekerjasama.
"Dahulu mereka pernah bekerjasama dalam satu majlis, sekarang sekali lagi dalam platform memperjuangkan nasib masyarakat Rohingya yang ditindas di Myanmar," katanya.
Tetapi, pada masa sama juga, Pas masih berbelah-bagi hendak berkongsi kerajaan di Selangor yang menggabungkan PKR, DAP dan Pas sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

MACAM PAS JUGA, HATINYA KE MANA?

Posted: 08 Dec 2016 07:37 PM PST

Seorang timbalan menteri yang tidak dikenali dan amat jarang bersuara, Hamim Samuri menyifatkan Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena sebagai pemimpin yang hanya memakai baju Pas, tetapi hatinya lebih kepada Amanah.

Bagi saya Mahfuz ini boleh digelar "syan tong"...suka menghasut dan memecah-belahkan orang, kata Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang, Johor.

Beliau berkata demikian ketika membidas dakwaan Mahfuz bahawa sifat wala'  yang digembar-gemburkan dalam UMNO sekarang umpama kesetiaan dalam kumpulan kongsi gelap yang lebih berupa suatu ugutan kepada ahli-ahlinya.

Kata Mahfuz lagi, ia berbeza dalam tradisi Islam di mana sifat wala' itu diberi dan bukannya diminta, kepada ulama atau pemimpin kerana sikap terpuji mereka.
Sambil menyifatkan Mahfuz hanya memakai baju Pas, tetapi hatinya lebih kepada Amanah, Hamim seterusnya meminta Mahfuz jangan sibuk-sibuk hal rumahtangga orang lain.

Hamim sebenarnya tak perlu gundah gulana tentang ke mana halanya hati Mahfuz kerana Pas sendiri ketika ini sudah tidak tentu hala lagi arah tuju hati dan perjuangan mereka.

Hadi Awang dan beberapa pemimpinnya mungkin masih memakai baju Pas, berjubah dan berserban, tetapi ke mana hati mereka sekarang ini?
Read More / Baca Lagi >>

Satu lawan satu agenda utama pertemuan PH dan PPBM

Posted: 08 Dec 2016 07:35 PM PST



Pakatan Harapan Baru selepas PPBM sertainya.
Pertandingan satu lawan satu antara pakatan parti-parti pembangkang menentang Barisan Nasional akan menjadi agenda utama mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hari Selasa, 13 Disember depan.
Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyatakan kerjasama politik berkenaan adalah amat penting bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, lapor Roketkini.
Mesyuarat itu akan dihadiri kesemua parti komponen Pakatan Harapan, iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), serta pemimpin-pemimpin PPBM.
"Ini merupakan satu proses bagi mewujudkan suasana satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional.
"Jika diikutkan, kita mahu kesemua parti pembangkang bergabung bagi membentuk sebuah gabungan untuk melawan Barisan Nasional. Tetapi setakat ini, keempat-empat parti ini yang menunjukkan komitmen," katanya di sidang media di ibu pejabat DAP di sini, petang semalam.
PH kesal
Dalam pada itu, Pakatan Harapan turut melahirkan rasa kesal dengan pembatalan undangan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke istiadat lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Read More / Baca Lagi >>

Konflik dengan Orang Asli tak ubah penyokong tegar PAS terus sokong

Posted: 08 Dec 2016 07:35 PM PST

Azman Pawi bagaimanapun menasihatkan PAS berdialog dengan kumpulan NGO dan penduduk tempatan yang membantah pecerobohan hutan didiami Orang Asli.
awang-azman-awang-pawi_pembalakan_pas_600
PETALING JAYA: Isu protes penduduk Orang Asli yang membantah pembalakan di kawasan kediaman mereka di Gua Musang tidak akan melunturkan sokongan penyokong tegar PAS kepada parti itu, kata penganalisis politik, Awang Azman Pawi.
Awang Azman bagaimanapun berkata itu tidak bermakna PAS tidak perlu memberikan penjelasan mengenai isu itu dan berhati-hari menangani bantahan terhadap kerajaan pimpinannya.
"Tanpa penjelasan mengenainya, PAS akan dilihat hanya berminat dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan tidak peduli apa yang berlaku di kubu kuatnya," katanya kepada FMT.
Sejak beberapa bulan, penduduk Orang Asli di Gua Musang mengadakan bantahan terhadap pencerobohan hutan di kawasan tanah adat mereka.
Lebih 50 aktivis Orang Asli ditahan oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Perhutanan dan polis yang bertindak atas arahan kerajaan negeri.
Pimpinan PAS bagaimanapun mempertahankan tindakan itu dan menuduh orang luar menghasut penduduk setempat.
Awang Azman berpendapat PAS tidak berdepan kesulitan meyakinkan ahlinya mengenai pendirian kerajaan Kelantan menangani protes Orang Asli.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan kerajaan Kelantan mengadakan dialog dengan pemimpin NGO dan Orang Asli bagi mencari jalan penyelesaian, walaupun ia tidak akan menggugat budaya taat setia ahli PAS kepada pemimpin mereka.

14 DISEMBER 2016, NAJIB GANTI ANWAR DALAM PENJARA!!~ "Sidang Media Solidariti Pembebasan Anwar"

Posted: 08 Dec 2016 07:15 AM PST

Tak mahu berunding, Amanah persoal 'politik matang' PAS

Posted: 08 Dec 2016 07:14 AM PST

Dakwat kekal satu kejayaan Bersih - Najwan Halimi

Posted: 08 Dec 2016 07:14 AM PST

Mesej Bersih konsisten walaupun momentum menurun - Najwan Halimi

Posted: 08 Dec 2016 07:13 AM PST

Mesej Bersih konsisten walaupun momentum menurun - Najwan Halimi

Posted: 08 Dec 2016 07:13 AM PST

SELEPAS 13 DIS INI, LUPAKANLAH PAS, BIAR RAKYAT MENGHUKUM MEREKA

Posted: 08 Dec 2016 06:42 AM PST

PPBM dijangka akan menganggotai Pakatan Harapan secara rasmi pada 13 Disember ini. Ia sekaligus menjadikan gabungan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu mampu muncul sebagai pencabar utama kepada BN dalam pilihanraya akan datang ini.

Berdasarkan ucapan Najib Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, PRU 14 mungkin hanya beberapa bulan saja lagi daripada sekarang. Najib tidak mungkin menangguhkan lagi tarikh pembubaran Parlimen sehingga UMNO perlu bersidang sekali lagi kerana momentum persediaan pilihanraya yang sudah dipasakkannya akan menjadi anti-klimaks.

Oleh itu, Pakatan Harapan dengan keanggotaan empat parti sedia ada dan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan Warisan di Sabah tidak perlu berlengah lagi untuk melancarkan gerak kerja bagi menumbangkan BN dan seterusnya muncul menjadi kerajaan yang baru.
Selain kerana pengaruh Tun Mahathir yang tetap gigih untuk menjatuhkan Najib dengan pelbagai gaya serangannya, kebencian rakyat pada tahap gaban kepada Perdana Menteri ketika ini dan ia sentiasa meningkat hari demi hari, tidak banyak lagi yang mampu dilakukan oleh BN untuk mempertahankan kuasa mereka.

Hampir tidak ada lagi segmen dalam masyarakat yang suka kepada Najib. Beliau lebih banyak dipersenda, diperlekeh dan dipermain-mainkan oleh rakyat di serata pelusuk negara yang menandakan mereka hanya menunggu masa saja untuk merealisasikannya.

Kegusaran rakyat selama ini kepada parti-parti pembangkang ialah mengenai tiadanya kesepakatan dan sering berbalah sesama mereka. Rakyat memang ingin menolak dan menghumban UMNO dan BN ke gaung yang dalam, tetapi dalam masa yang sama tertanya-tanya tentang kekukuhan Pakatan Harapan yang dianggap sebagai pengganti kerajaan sedia ada.

Dengan PPBM sebagai komponen terbaru Pakatan Harapan, selepas 13 Disember itu, mereka perlu terus bergerak ke hadapan untuk meyakinkan rakyat tentang kemampuan dan kesepakatan yang ada. Pengaruh dan pengalaman Tun Mahathir pasti juga memberi markah tambahan dalam hal ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Terengganu perkenan kurnia kembali gelaran kepada MB

Posted: 08 Dec 2016 06:33 AM PST

Sultan Mizan Zainal Abidin perkenan mengurniakan gelaran Datuk Seri kepada Ahmd Razif Abd Rahman
mizan-zainal-abidin_Ahmad-Razif_terengganu_600
KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.
Kurniaan tersebut membawa gelaran Datuk Seri.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.
Kenyataan itu berbunyi: "Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari ini".
Darjah kebesaran kepada Ahmad Razif ditarik balik pada 22 April lalu.

'Jangan biar Bah Kuning berulang' - Wira Perkasa

Posted: 08 Dec 2016 06:30 AM PST

Wira Perkasa Malaysia kesal dengan pendirian Pemuda PAS Kelantan yang dilihat menyebelahi tauke balak berbanding Orang Asli yang tertindas di negeri itu.
Sepatutnya Pemuda PAS bersikap lebih lantang mempertahankan kaum yang oleh tauke balak yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
Selain itu, mereka harus mempamerkan imej yang baik kerana membawa bayangan parti melaungkan slogan "Membangun Bersama Islam".
Islam tidak pernah mengajar umatnya menindas kaum lain, dan lebih daripada itu, Islam sama sekali tidak membangun kerana menindas.
Pada masa sama, Pemuda PAS dinasihati supaya berhenti menuduh "orang luar" sebagai penghasut Orang Asli membuat bantahan.
Tindakan ini memperlihatkan kerajaan Kelantan kehabisan modal dan ingin menjarakkan diri daripada masalah yang telah mereka lakukan.
Sekarang rakyat sudah pandai menilai. Sewajarnya kerajaan Kelantan mencari penyelesaian kepada kemelut ini, bukannya meletakkan kesalahan itu pada orang lain.
Kami menggesa Pemuda PAS lebih prihatin terhadap alam sekitar.
Ia adalah aset yang sangat penting untuk kelastarian kehidupan makhluk di muka bumi ini. Menjadi kewajipan kepada umat Islam menjaga dan memulihara alam sekitar.
Dalam hal ini Pemuda PAS harus sedar kelangsungan masa hadapan lebih penting dan bernilai berbanding keuntungan yang sedang diraih hasil pencerobohan ke kawasan Orang Asli.
Sempena musim tengkujuh ini kami ingin mengajak masyarakat untuk kembali mengingati tragedi hitam yang pasti tidak dapat kita lupakan iaitu banjir besar pada 2014.
Banjir ini popular dengan nama "Bah Kuning" kerana warnanya akibat lumpur yang terhakis dari kawasan pembalakan yang tidak terkawal.
Kami tidak mahu bencana yang menyayat hati ini berulang lagi kerana kerakusan, kezaliman dan penindasan sebagai sebab utama.
Read More / Baca Lagi >>

Jemputan Istana: Pandangan Dr M sinis, bukan menghasut

Posted: 08 Dec 2016 04:41 AM PST

Bekas perdana menteri itu beranggapan majlis berkenaan acara nasional dan tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik berdasarkan pengalamannya.
Mahathir,-Siti-Hasmah,-Agong,-univited,-invitation,-cancelled,-fmt,-rulers,-sarcastic,-blog,-palace
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tanggapannya mengenai majlis Yang di-Pertuan Agong sebagai acara nasional yang tiada kaitan dengan mana-mana parti politik ternyata salah.
"Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian daripada politik parti.
"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan Istana Negara adalah milik Najib (Datuk Seri Najib Razak) dan parti Barisan Nasional (BN)," katanya dalam tulisan terbarunya di blog chedet.cc.
Dr Mahathir mengakui ada menerima jemputan ke acara itu pada 10 November dan sudah memberi pengesahan untuk menghadirinya.
"Saya terima jemputan itu daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 10 November.
"Saya jawab saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik," katanya.
Bagaimanapun, semalam Dr Mahathir berkata menerima surat pembatalan jemputan beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Jemputan itu adalah bagi majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Pada 6 Disember, saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut: 'Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada Dr Mahathir dan memaklumkan undangan tersebut adalah dibatalkan.
"Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika Dr Mahathir hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada Dr Mahathir," katanya.
Sementara itu, peguam N Sivananthan berkata kenyataan Dr Mahathir yang merujuk Istana Negara di bawah kawalan Najib dan kerajaan BN boleh disifatkan sebagai menghasut.
Katanya, ia seolah-olah mahu mengatakan pihak Istana Negara di bawah kawalan kerajaan.
"Kenyataan Dr Mahathir membuatkan institusi secara keseluruhan di bawah kawalan kerajaan yang sepatutnya bebas.
Read More / Baca Lagi >>

Kami sudah lama dapat cium Pas akan dekati Umno, kata Amanah

Posted: 08 Dec 2016 04:37 AM PST


Pas mahu bekersama dengan Umno sudah lama dicium, kata bekas pemimpin.Pas mahu bekersama dengan Umno sudah lama dicium, kata bekas pemimpin.
Pas yang kini semakin dekat dengan Umno telah lama diduga bersikap sedemikian ketika pemimpin Amanah masih berada dalam pimpinan pusat parti itu, kata Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir.
"Kami sudah dapat cium bahawa Pas semakin mendekati Umno-BN, walaupun mereka merahsiakan pertemuan-pertemuan yang berlaku daripada kami.
Kami sudah lama cium yang Pas mahu kerjasama dengan Umno, kata Anuar Tahir..Kami sudah lama cium yang Pas mahu kerjasama dengan Umno, kata Anuar Tahir.."Kami dalam pimpinan pusat waktu itu tak tahu ada pertemuan dan bila kami tanya tiada pengesahan, (yang ada) hanya penafian," ujarnya dipetik daripada wawancara di Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata, Pas pada masa ini sudah mula mengadakan pakatan dengan Umno atas nama kepentingan orang Melayu dan Islam.
"Setelah kami keluar (dari Pas) dan selepas (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) pula meninggal, lihatlah apa yang berlaku sekarang. Kita boleh tengok dengan jelas apa yang disembunyikan," tegasnya lagi.
Untuk rekod, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 4 Disember lalu hadir dan berucap pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Disember tahun lalu juga, Abdul Hadi dan Najib sepentas dalam majlis perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season di ibu negara.

HARAPAN, BERSATU bincang kerjasama rasmi 13 Dis

Posted: 08 Dec 2016 04:33 AM PST

Para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan kerjasama rasmi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua Sekretariat HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah berkata, butiran tepat akan dimuktamadkan semasa mesyuarat pada 13 Disember ini di ibu pejabat PKR.
"Mesyuarat itu dijangka membincangkan kerjasama politik antara keempat-empat parti sebagai sebahagian daripada proses untuk memungkinkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar susulan mesyuarat sekretariat HARAPAN di ibu pejabat DAP Kuala Lumpur.
HARAPAN kini dianggotai oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Sambil menyifatkan kehadiran Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pada konvensyen HARAPAN bulan lepas dan persidangan kebangsaan DAP pada Ahad lalu sebagai tanda-tanda positif, Saifuddin melahirkan keyakinan isu-isu lebih serius akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat itu.
"Kehadiran itu hanya untuk bertanya khabar, memberi ucapan...tetapi yang ini adalah pertemuan antara pemimpin tertinggi empat parti.
"Jadi, saya menjangkakan isu-isu yang lebih serius akan dibincangkan. Dan bagi saya, perkara yang dibincangkan akan menjadi langkah seterusnya untuk membentuk pakatan pembangkang dan memastikan pertandingan satu lawan satu pada PRU-14," jelas beliau.
Ketika ditanya sama ada HARAPAN akan membuka pintunya kepada bekas sekutu PAS, Saifuddin berkata, mesyuarat 13 Disember ini akan hanya terdiri daripada pemimpin HARAPAN dan BERSATU.
Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan bahawa matlamat HARAPAN agar akhirnya menyatukan semua parti pembangkang dalam 'satu gabungan besar yang kuat dan kukuh'.
"Ia sentiasa di fikiran kami. Tetapi anda tahu, kadang-kadang orang mengambil masa untuk membuat keputusan. Tetapi masa tidak memihak kepada kita.
"Terdapat begitu banyak parti-parti pembangkang yang lain. Nasib baik anda tidak bertanya kepada saya tentang Sabah," katanya berjenaka.

PAS semakin terpinggir, kata Amanah

Posted: 08 Dec 2016 04:28 AM PST

Keyakinan ahli PAS kepada kepimpinan mereka sangat kritikal kerana sikap tidak menentu yang dilihat semakin cenderung kepada BN.
Salahuddin-Ayub_amanah_pas_600
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, hari ini membidas tuduhan PAS yang mengatakan ia tidak mempunyai nilai tambah kepada parti Islam itu dan menolak sebarang kerjasama dengannya.
Sebaliknya, menurut Salahuddin, PAS adalah parti yang tidak memberikan keuntungan politik kepada mana-mana pihak dan kepimpinan atasannya bertanggungjawab terhadap perpecahan dalaman yang berlaku.
"Dan hari ini keyakinan ahli PAS kepada kepimpinan mereka sangat kritikal kerana sikap tidak menentu kepimpinan yang dilihat semakin cenderung kepada Barisan Nasional (BN).
"Jadi saya rasa PAS hanya menunggu saat perpecahan dan akan menjadi parti terpinggir daripada arus politik perdana dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu menolak sebarang kerjasama dengan Amanah kerana menganggap parti itu tidak memberikan sebarang keuntungan politik atau nilai tambah kepadanya.
Tuan Ibrahim berkata, ia berbeza dengan kerjasama politik yang pernah dijalinkan PAS dengan parti lain seperti Semangat 46 dan PKR.
Salahuddin menambah, beliau juga tidak teruja dengan apa dinyatakan Tuan Ibrahim itu kerana apa yang penting, Amanah kini sebahagian daripada Pakatan Harapan.
"Dan minggu depan kita akan menandatangani perjanjian di mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) pula bersama dengan Pakatan Harapan. Sedangkan PAS terus terpinggir.
"Jadi cubalah Tuan Ibrahim sendiri berfikir parti mana yang tidak ada nilai tambah," katanya.

PKR ajak rakyat turun himpun 'Solidariti Anwar Bebas!' pada 14 Dis

Posted: 08 Dec 2016 04:11 AM PST

"Tak manis bekas PM tak diundang," kata Saifuddin

Posted: 08 Dec 2016 04:11 AM PST

Comments (0)