Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:52 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Apakah ini dinamakan POLITIK MATANG atau POLITIK MALANG atau pun POLITIK BANGANG??

Posted: 05 Dec 2016 09:46 PM PST

POLITIK MATANG ATAU POLITIK MALANG?
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Parti Islam kata GST adalah cukai yang zalim kerana sistem percukaian ini tidak menepati syarat percukaian dalam Islam. Justeru menyeru seluruh rakyat Malaysia menolak GST.
Yang diPertua Parti Islam Kawasan Padang Serai pulak kata "Lebih baik kekal (kerajaan) hari ini. Walaupun mereka kenakan tol, walaupun mereka kenakan GST, tapi mereka Islam. Walaupun orang kata zalim, tapi dia bina masjid untuk orang Islam. Itu lebih baik daripada memilih DAP."
Matang ka Malang?
Ketua Penerangan Ulamak kata jom tolak GST, YDP Kawasan kata GST pun tak pa asalkan Islam.
Ketua Penerangan kata jom tolak GST tapi depa dok berkawan dengan parti yang melaksanakan GST.
Tolak GST tapi pelaksana tak ditolak. Sama mcm tangkap penerima rasuah tapi pemberi rasuah tidak.
Matang, Malang, Bangang......
Zulhazmi Sharif

Peguam Dr M tuduh pembantu Rosmah sebar fitnah

Posted: 05 Dec 2016 08:43 PM PST

Ketegangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki episod baru bertemakan keagamaan apabila kedua-duanya membuat rujukan kepada Nabi Muhammad SAW.
Dan kini, penyokong masing-masing dilihat turut menyemarakkan ketegangan tersebut.
Dalam catatan Facebooknya, peguam Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla melancarkan serangan terhadap Rizal Mansor yang merupakan pembantu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Haniff menuduh Rizal melakukan fitnah berhubung dakwaan Mahathir 'memperlekehkan' Nabi Muhammad SAW ketika berucap semasa konvensyen DAP pada hujung minggu yang lalu.
Peguam itu juga mendakwa Rizal tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memahami kenyataan Mahathir atau sengaja bertindak memutarbelitkan perkara itu.
Mengimbas ucapan Mahathir, beliau berkata, bekas perdana menteri itu menyatakan bagaimana Najib kononnya membandingkan dirinya kepada Nabi Muhammad SAW.
""Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB.
"Nabi tidak ada RM2.6 bilion di dalam akaunnya, itulah sebabnya kita memandang tinggi.
"Tetapi Najib, beliau perlu dihadapkan di mahkamah untuk menjawab semua perkara yang telah dilakukannya," ujar Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Kes rasuah Guan Eng: 60 saksi, 34 hari bicara

Posted: 05 Dec 2016 08:42 PM PST

Seramai 60 saksi akan memberi keterangan dalam kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang akan bermula pada 27 Mac tahun depan.
lim-guan-eng
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 34 hari bagi perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara Mac hingga Julai tahun depan, dengan kira-kira 60 saksi akan dipanggil memberikan keterangan.
Hakim Hadhariah Syed Ismail juga mengingatkan pihak pendakwaan berhubung isu 13,000 dokumen yang masih belum selesai.
"Jika anda hendak perkara ini diselesaikan segera, kami tidak mahu dengar mengenai masalah dokumen anda.
"Saya mahu pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan fakta dan isu yang akan dibicarakan. Jangan bazirkan masa mahkamah.
"Pihak pendakwa perlu bersedia. Kita tak boleh lengahkan lagi. Sila bersedia pada 6 Januari untuk pengurusan kes," katanya.
Pada 30 September, Hadhariah membenarkan pihak pendakwaan mengambil masa untuk mengindeks 13,000 dokumen yang diserahkan.
Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohamed Daud terdahulu memberitahu mahkamah terdapat masalah dengan dokumen berkenaan.
"Kami sudah mengindeks dokumen itu, tetapi masih ada 3 dokumen dipertikaikan dan perlu diselesaikan," katanya.
Pada masa sama, hakim memberitahu peguam bela mereka perlu bersedia dengan penyata pembelaan pada 6 Januari.
Tarikh perbicaraan kes ditetapkan pada 27-31 Mac, 10-14 April, 24-28 April, 15-19 Mei, 29 Mei-2 Jun, 13-16 Jun, 17-21 Julai.
Hadhariah berkata perbicaraan akan diadakan minimum 5 hari dengan jarak seminggu.
"Tidak ada perubahan kepada tarikh ini kerana kita ada 60 saksi. Sila tanda tarikh itu," katanya.
Di luar mahkamah, ketua pasukan peguam bela Gobind Singh Deo berkata masalah dengan dokumen pendakwaan sama seperti sebelum ini, meskipun ia sudah diindeks seperti diminta.
"Ia mungkin masalah berkaitan fotokopi, banyak salinan dan terlalu tebal," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Jazlan: Saya ingat pelapor PBB tak 'main politik'

Posted: 05 Dec 2016 08:40 PM PST

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nuz Jazlan Mohamed menganggap ulasan Pelapor khas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Maina Kiai sebagai "campur tangan" dalam urusan negara ini dan siasatan terhadap penyaluran dana asing kepada NGO.
"Lelaki ini, yang bukan rakyat Malaysia dan bekerja untuk organisasi luar, datang dan beritahu orang ramai untuk berdemonstrasi dan mengkritik kerajaan. Dia campur tangan di Malaysia.

"Tindakannya memberi sebab kepada polis untuk menyiasat kumpulan atau NGO yang menerima dana asing sama ada terdapat campur tangan asing," kata Nur Jazlan kepada Malaysiakini semalam.

Kiai, pelapor khas PBB berkaitan hak berhimpun dan berpersatuan, memerikan ucapan khas di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur yang dihoskan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Membaca makna empat tokoh berpegangan tangan

Posted: 05 Dec 2016 08:35 PM PST

Melalui Pesiaran Mokhtar Dahari yang menghubungkan Bukit Jelutong di Shah Alam dengan Puncak Alam di luar waktu puncak, tidak terlalu banyak kenderaan yang ada.
Keadaan itu membolehkan kenderaan dipandu agak laju. Sebagai pemandu tumpuan tentulah ditujukan ke arah jalan dan dengan sesekali menoleh ke kiri dan kanan.
Ada kawasan perumahan baru dan lama, ada bukit yang sedang rancak ditarah dan ada beberapa kawasan petempatan baru perlahan-lahan menujuk sibuk.
Dalam keadaan pemanduan lancar, sesebuah papan tanda pada kedai boleh saja mengelirukan. Justeru sebuah kedai yang ada papan tanda "Membaiki Sofa Lama" boleh saja mengelirukan mata menjadi "Kedai Sofi Jikan".
Keadaan semasa pula boleh menambah keliru. Ketika ekonomi semakin menghimpit dan sesetengah artis mengubah haluan mencari rezeki dengan berniaga, "kedai sofa lama" akan mudah dipercayai sebagai "kedai Sofi Jikan".
Hanya dengan ketelitian dan kewarasan hakikat sebenar dapat ditanggap dengan betul.
Politik pun begitulah. Bahasa, imej, simbol, teks dan konteks misalnya harus dibaca dengan cermat dan menyeluruh.
Ada dua peristiwa 'romantis' penting berlaku sehari dua ini. Ia membabitkan empat tokoh penting empat parti politik utama di Malaysia.
Diserang sindrom qiamullail
Bagi setiap peristiwan, ia melihatkan sepasang watak yang pernah berseteru begitu sengit. Tetapi itulah, seperti fatwa klise politik, tiada permusuhan atau persahabatan abadi.
dap national congress 041216 lim kit siang mahathir mat sabuSepuluh tahun lalu sangat sukar membayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh bersenda gurau, bercanda dan bergandingan tangan dengan orang bernama Lim Kit Siang. Di majlis DAP pula.
Ia kesukaran sama untuk menggambarkan seorang ahli politik bernama Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh tersenyum lebar dan ramah dengan Datuk Seri Najib Razak. Memanglah sejak lima enam tahun lalu bayangan itu sudah ada, cuma ia masih tidak terjelma sekurang-kurangnya 10 tahun silam.
Najib adalah tokoh Umno yang pernah mengungkapkan bahawa ada pelajar yang "diserang sindrom qiamullail". Ketika kenyataan itu dibuat rasanya kemudahan Internet belum wujud, namun pada blog Naib Presiden PAS Idris Ahmad, fakta itu ada dimuatkannya pada entri Oktober 2008.
Selepas Najib mengungkapkan kenyataan itu PAS begitu aktif mengecam. Ada kemungkinan semasa kenyataan itu dibuat Najib tersalah petik atau tersasul. Beliau mungkin menyedari tidak sepatutnya ia disebut begitu. Mungkin.
Namun politik - antara lain - ialah pencak untuk memanfaatkan setiap peluang jika ada. PAS tentu cukup sedar dan terlatih mengenai hakikat itu.
Tidak dapat dibayangkan jika Abdul Hadi meredakan kenyataan Najib puluhan tahun silam itu.
Namun mereka akhirnya nampak sangat mesra. Lupakanlah kisah pakaian sedondon mereka di suatu acara sebelum ini. Tanpa pakaian sedondon pun Abdul Hadi nampak tidak lagi berseteru sangat dengan Najib dan Umno.
Kalau mahu lupakan juga kisah "amanat Haji Hadi" yang pernah menyebabkan presiden PAS itu diserang kiri dan kanan.
Kekal bersikap ambil mudah
Kebersamaan presiden Umno dan PAS demi nasib Rohingya di Titiwangsa kelmarin seakan-akan mengakrabkan apa yang sudah terjalin.
Tapi itulah politik. Kita perlu sentiasa membacanya dengan teliti.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya dapat membaca kesan politik daripada detik Najib dan Abdul Hadi berpegangan tangan. Justeru beberapa jam selepas perhimpunan itu timbalan presiden PAS itu mengeluarkan kenyataan menegaskan pendirian partinya sebagai "saingan terbesar Umno".
Read More / Baca Lagi >>

Siapa 'anasir luar' yang Zahid maksudkan?

Posted: 05 Dec 2016 06:57 PM PST


Lim Lip EngLim Lip EngBercakap dalam majlis penutupan Perhimpunan Agung Umno ke-70 di ibu negara pada hari Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah ditugaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tubuhkan pasukan khas (taskforce) 'menangani anasir luar yang cuba mencetuskan revolusi di negara ini'.

Ahmad Zahid mendakwa, 'anasir luar' itu termasuklah kumpulan hak asasi manusia Suaram, kumpulan pendesak pilihan raya Bersih 2.0, Majlis Peguam, portal berita Malaysiakini dan portal Sarawak Report.

Sebelum pasukan khas pimpinan Zahid menyiasat anasir-anasir luar tersebut, saya terpanggil untuk mengakui hubungan saya dengan 'anasir' yang beliau sebutkan.
Pertama, sebagai seorang peguam yang diterima beramal di Mahkamah Tinggi Malaya, saya menganggotai Majlis Peguam. Saya juga telah aktif terlibat dalam semua perhimpunan anjuran Bersih.
Saya juga merupakan pelanggan berbayar portal Malaysiakini. Saya turut menyokong dan menandatangani beberapa petisyen dan perjuangan Suaram. Di media sosial pula, saya turut rajin berkongsi tweet Sarawak Report.

Soalan saya kepada pemangku timbalan presiden Umno: adakah saya juga boleh dikira terlibat sebagai sebahagian daripada 'anasir luar yang cuba mencetuskan revolusi di negara ini'?

Rasanya bukan sahaja saya yang mempunyai pertalian rapat dengan anasir yang diburu Zahid ini. Di Dewan Rakyat sahaja ada sekurang-kurangnya 74 Ahli Parlimen PKR, DAP, Amanah dan Warisan yang seperti saya turut mempunyai hubungan dengan sebahgian 'anasir' tersebut. Adakah kami semua juga terlibat sebagai suspek yang 'cuba mencetuskan revolusi di negara ini'? Bagaimana dengan ratusan ribu rakyat yang mengundi kami ke Parlimen? Apa sebenarnya rancangan Zahid Hamidi untuk kami?
Read More / Baca Lagi >>

Nyawa Umno dalam tangan PAS

Posted: 05 Dec 2016 06:46 PM PST

Umno akan tewas besar sekiranya PAS kembali bekerjasama dengan gabungan PKR, DAP, Amanah dan PPBM
PILIHAN RAYA UMUM Ke-14 (PRU-14) mula menjadi perbualan hangat selepas Perdana Menteri, Najib Razak menyebut mengenainya dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 minggu lalu.
Tidak cukup dengan itu, segala wacana bertulis yang senada dengan PRU-14 dilancarkan oleh pimpinan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Penulis mengikuti rapat PAU kali ini yang dirasakan istimewa dan sedikit kelakar berbanding PAU terdahulu kerana terlalu jelas pimpinan Umno sedang 'mengurat' PAS demi mengekalkan kuasa.
Dengar dan lihat sahaja kebanyakan ucapan dan kenyataan media yang diungkapkan bermula daripada perwakilan Umno negeri sehinggalah Presiden Najib Razak.
Semuanya menyuarakan kesediaan bersama dengan PAS atas nama Islam, jihad, ummah dan segala kata berbunyi Arab dan seruan kebersamaan itu sama ada ikhlas atau tidak, terus menjadi persoalan.
Yang penulis nampak, tujuan mahu bersama dengan PAS itu hanyalah bertujuan mahu memecahkan perpaduan dalam kalangan parti lawan kepada Umno dan Barisan Nasional.
Gula-gula untuk mengurat PAS ialah kesudian menyokong rang undang-undang untuk memperkasa mahkamah syariah, sedia bersama menyokong pelaksanaan enakmen jenayah syariah yang lebih ketat di peringkat negeri dan mungkin juga menambah peruntukan Kerajaan Persekutuan terhadap institusi agama Islam di negeri yang ahli dan penyokong PAS ramai.
Setakat ini, usaha Umno memang berjaya dan sudah pun membelah perpaduan antara PAS, DAP dan PKR lalu melahirkan Parti Amanah Negara atau Amanah.
PKR bakal rugi banyak kerana sebilangan undi PKR hakikatnya datangnya daripada ahli dan penyokong PAS di seluruh negara.
Pada pendapat penulis, DAP sudah tersilap percaturan apabila bersikap terlau keras dengan PAS. PAS sudah tentu bertindak balas dengan bekerjasama dengan Umno yang merugikan PKR.
PKR tersepit dengan pertelagahan dua parti itu dan cuba bertindak sebagai pendamai demi memastikan kelangsungan kekuatan politik.
Umno pula sudah tidak peduli dengan pendirian parti komponen yang tidak setuju bekerjasama dengan PAS kerana yang penting ialah mengekalkan undi parti itu dalam kalangan orang Melayu.
Pendek kata, nyawa Umno dan PKR memang bergantung kepada PAS dan parti Islam terbesar negara itu yang sebenarnya menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan pada PRU-14.
Pada hemat penulis, DAP seolah-olah tidak peduli nasib rakan mereka iaitu PKR dan terus membiarkan PKR terkapai-kapai merayu sokongan PAS.
DAP sangat selesa dengan sokongan kaum Tionghua di Malaysia dan tidak salah kalau penulis katakan, DAP mahu kekal sebagai blok pembangkang terbesar selain terus menguasai Pulau Pinang. Tiada sekelumit pun keinginan mereka menuju ke Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Jika BN UMNO KALAH PRU14...yang merana ialah PERASUAH dan PENGKHIANAT AMANAH RAKYAT

Posted: 05 Dec 2016 06:39 PM PST

Isu ketika menghadapi PRU12 tidak seteruk PRU13, hanya kerana PM dikawal oleh "4th floor boy". you know who lah kan. Dan akhirnya BN menanglah sebanyak 140 kerusi Parlimen untuk memerintah lagi negara Malaysia ini.
Dan ketika PRU13 kemenangan BN jatuh merudum. Hanya menang sebanyak 133 kerusi (campur Pagoh dan Semporna).
Yang mana kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut :
25 di Sarawak.
22 di Sabah.
21 di Johor.
12 di Perak.
10 di Pahang dan Kedah
5 di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
4 di Melaka dan Terengganu.
3 di Perlis dan Penang.
2 di Kuala Lumpur.
1 di Putrajaya dan Labuan.
Manakala UNDI POPULAR BN pula hanya 47.38% iaitu MENURUN sebanyak 2.89% ketika PRU12.
UNDI POPULAR Pembangkang pula adalah 50.87% iaitu MENINGKAT sebanyak 4.12%.
Ketika PRU13, isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah.
Bagi PRU14 akan datang  BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepayahan bagi mereka untuk memenangi PRU tersebut.
Semasa PRU12 belum lagi ada kes :
🔴 1MDB
🔴 GST
🔴 RM2.6B
🔴 Harga barangan naik.
🔴 Harga minyak tak menentu.
🔴 Matawang merundum.
🔴 Kepayahan rakyat untuk hidup seharian.
🔴 Biasiswa MARA tiada.
🔴 Subsidi pelajaran di potong.
🔴 Subsidi kesihatan di potong.
🔴 Aset negara di jual pemilikannya kepada asing.
🔴 Akta MKN.
🔴 Kedatangan warga asing yang berjuta jumlahnya.
🔴 Pembuangan pekerja yang ramai.
🔴 Serta Menteri dan Timbalan Menteri level tiada otak.
Ingat satu perkara. Perjanjian antara PAS dan UMNO bukan boleh menjadi tanda aras untuk BN menang, kerana dari 21 kerusi yang PAS menangi di masa PRU13 antaranya telah bertukar kepada AMANAH.
Dan perlu di ingat juga untuk rekod, kerusi BN terkini bukan lagi berjumlah 133 kerusi, ianya hanya berjumlah 131 kerusi setelah di tolak kerusi Pagoh dan Semporna.
Read More / Baca Lagi >>

Keuntungan ahli PAS naik berlipat ganda setelah pimpinan atasan bertawun dengan Najib BN

Posted: 05 Dec 2016 06:38 PM PST

*GITU EHH....*
Keseluruhan jumlah AHLI PARLIMEN sekarang adalah seramai 222 orang.
Dari 222 orang AHLI PARLIMEN itu seramai 163 AHLI PARLIMEN BERSTATUS BUMIPUTRA (BN & PH).
Dari 163 AHLI PARLIMEN itu 141 AHLI PARLIMEN beragama ISLAM...iaitu kurang 2/3 keseluruhan kerusi Parlimen.
Maka dengan itu RUU355 yang memerlukan undi 2/3 di Parlimen adalah mustahil di laksanakan, walaupun seluruh ahli Parlimen beragama ISLAM mengundi.
Ini bermakna usul RUU355 yang di bawa oleh YB Hadi Awang itu hanya satu RETORIK POLITIK semata-mata.
Dan UMNO tahu kira-kira ini, mereka menggunakan YB Hadi Awang untuk menunjukkan kepada penyokong-penyokong PAS bahawa ikatan pertunangan PASUMNO adalah untuk melaksanakan pemerintahan bercorak ISLAMIK.
ISLAMIK lah sangaaaat kan jika awal-awal dah melakukan penipuan kepada penyokong PAS.
Di dalam PRU14 ini nanti di jangkakan akan terdapat pertandingan 3 penjuru, calun PAS akan di KAMBING HITAMKAN oleh UMNOBN semata-mata untuk memecahkan undi.
Disitulah nanti kita akan lihat tahap pemikiran pengundi-pengundi PAS dalam memilih calon, adakah pengundi-pengundi PAS hari ini masih sama pemikirannya seperti pengundi-pengundi PAS sebelumnya❓❓❓.
TAPI..... Sebelum mereka membuta tuli ingin menunjukkan ke wala' kan mereka kepada pemimpin dan calon mereka, saya ingin bertanya....
🔴 Adakah pengundi PAS sekarang mendapat layanan yang "special" dari kerajaan❓.
🔴 Adakah pengundi PAS sekarang membeli minyak masak pada harga lama❓.
🔴 Adakah pengundi PAS sekarang tidak mengalami kesulitan sama seperti rakyat Malaysia lainnya❓.
Read More / Baca Lagi >>

‘Jangan bimbang, Hadi arif dengan muslihat Umno’ - Setiausaha Politik Presiden PAS

Posted: 05 Dec 2016 06:12 PM PST

Setiausaha Politik Presiden PAS Ahmad Shamsuri Mokhtar memberi jaminan bahawa bosnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih arif akan helah Umno.
Katanya, ini di sebalik kedua-dua parti itu berkongsi pentas pada himpunan membantah penindasan Rohingya Ahad lalu dan bekerjasama dalam usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
"PAS kena 'game' oleh Umno?
"Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dalam melihat percaturan antara PAS-Umno.
"Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini," katanya di laman Facebook.
Menurut Ahmad Shamsuri, Abdul Hadi sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat parti Melayu itu dan usianya seangkatan dengan Umno.
"Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan PAS mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit," katanya.
Najib pada Ahad lalu berkata perhimpunan membantah penindasan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya membuktikan Umno boleh bekerjasama dengan PAS mengenai "isu-isu bersama" tanpa perlu mewujudkan pakatan politik.
Pada sesi parlimen lalu, kerajaan memberi laluan supaya rang undang-undang ahli persendirian yang dibawa oleh Abdul Hadi dibentangkan.
Malah, pada perhimpunan agung Umno, minggu lalu, Najib berkata kerajaan akan "mengambil alih" usul Abdul Hadi itu dan akan berusaha meminda Akta 355.
Pemimpin PAS, termasuk timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa di sebalik Najib dan Abdul Hadi berpegangan tangan parti itu tetap bersaing dengan Umno.
Katanya, sebarang dakwaan yang "mencanangkan" wujud kerjasama politik antara PAS dan Umno adalah fitnah.
Mengulas lanjut, Ahmad Shamsuri berkata, selama pimpinan PAS menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah parti itu dalam pemeliharaan Allah dalam mencapai mardhatillah.
"Politik dan dakwah serta tarbiyah yg kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita utk meninggikan kalimah Allah ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi Allah.
"Bekalan kita mengadap Allah di hari pengadilan-Nya. Tetaplah kita istiqamah, insyaAllah," katanya.

Tak mustahil RM5 untuk 1USD tahun depan?

Posted: 05 Dec 2016 05:56 PM PST

Bank Negara Malaysia (BNM) disarankan memikirkan langkah alternatif lain bagi mengelakkan nilai ringgit terus menjunam sekiranya langkah pengukuhan diambil tidak memberi kesan positif terhadap nilai mata wang negara itu.
Mantan Timbalan BNM, Dr Rosli Yaakob berkata, sekiranya penyusutan ringgit berterusan, nilai ringgit bakal mencecah ke paras RM5 bagi setiap 1 dolar Amerika Syarikat (AS) pada tahun hadapan.

"Kalau ringgit dalam keadaan sekarang dan BNM tidak mengambil langkah konkrit, BNM tidak cukup rizab untuk beli ringgit kemungkinan ringgit bergerak ke arah RM5 bagi 1 dolar.
"Tetapi bila kita tak tahulah, mungkin dalam tempoh lima, enam bulan atau setahun akan datang. Sekarang pun dah RM4.44 bagi 1 dolar," kata Dr Rosli ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya, antara faktor lain mendorong kejatuhan berterusan nilai ringgit adalah harga petroleum antarabangsa yang kekal di bawah paras 50 dolar AS setong sekaligus menyebabkan kebarangkalian untuk ringgit kembali kukuh adalah kecil.
Katanya, jumlah hutang negara yang semakin tinggi dengan tanpa kawalan ketat turut menjejaskan ringgit ekoran semua transaksi bayaran hutang hanya boleh dibuat dalam mata wang asing seperti dolar AS atau mata wang asing lain sekaligus melemahkan ringgit.
Selain itu, skandal 1MDB menyebabkan kehilangan keyakinan bakal dan pelabur asing sedia ada kepada ekonomi dan matawang negara memburukkan lagi prestasi ringgit.
"Ini menunjukkan bahawa isu kehilangan dana negara berbilion ringgit pun kita gagal atasi, jadi macam mana pelabur asing baru boleh yakin dengan kita dan begitu juga dengan pelabur sedia ada juga kemungkinan lari.
Read More / Baca Lagi >>

Ucapan perkauman Najib di PAU orkestra PRU14

Posted: 05 Dec 2016 05:54 PM PST


Mohamad Sabu
Ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berbaur perkauman dan mengecam DAP secara khusus memberi isyarat jelas bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.
Presiden parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, ucapan Najib jelas ke arah memastikan Umno BN menang PRU14, bukan untuk menyemai semangat perpaduan antara kaum.
"Presiden Umno berada di landasan yang betul kerana ucapan itu untuk menang pilihan raya bukan ucapan untuk membaik pulih ekonomi, melahirkan perasaan muhibbah antara rakyat, tapi ucapan untuk Umno-BN menang pilihan raya," katanya dalam ceramah umum di Taman Putra Perdana, Sepang malam tadi.
Mohamad berkata, Najib kini semakin berani membuat ucapan berbaur perkauman secara terbuka dengan mengatakan bahawa jika Umno kalah Cina yang akan memerintah negara.
"Apa yang diucapkan oleh Najib itulah yang dibentangkan selalu dalam kursus-kursus kepada pegawai kerajaan melaui Biro Tatanegara.
"Cuma selalunya ucapan itu dibuat secara sulit dan tertutup kepada pegawai kerajaan tapi kali ini Najib buat secara terbuka iaitu beliau meletakkan bahawa beliau dengan Umno tak dapat dipisahkan. Kalah Najib kalahlah Umno. Najib kalah, Umno kalah Cina akan perintah negara. Kefahaman perkauman yang begitu ketara," katanya.
Najib dalam ucapan dasarnya di PAU minggu lalu antaranya memberi amaran bahawa semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap jika DAP berkuasa.
Beliau mendakwa DAP yang "memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular" akan menyebabkan institusi-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan TERAJU akan pupus.
Read More / Baca Lagi >>

Pas tidak perlu menang pilihan raya jika tolak kerjasama, kata PPBM

Posted: 05 Dec 2016 05:53 PM PST


Untuk menubuhkan sebuah kerajaan terlebih dahulu pakatan pembangkang mesti bersatuUntuk menubuhkan sebuah kerajaan terlebih dahulu pakatan pembangkang mesti bersatu
Sesuatu yang pelik jika mana-mana parti politik tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan apabila mempunyai peluang sebaliknya mahu jadi pembangkang semata-mata.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Kamarudin Md Nor berkata, jika Pas berpendirian enggan bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dan PPBM sebaliknya mewujudkan blok politik tersendiri, parti itu tidak perlu berhasrat untuk menang pilihan raya.
"Saya merasa ganjil bila ada parti politik bercadang untuk jadi pembangkang sahaja.
"Agak pelik pula bila sesebuah parti politik itu tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan bila ada peluang.
"Jika difikirkan begitu, lebih mudah untuk jadi parti pembangkang sahaja kerana tidak perlu menang dalam pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali semalam dipetik berkata, Pas tidak memerlukan PPBM sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang.
Dalam masa yang sama Pas ujarnya lagi, boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata demikian menjawab balas kenyataan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad, bahawa PPBM tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama dalam Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Read More / Baca Lagi >>

Hentam Dr M, DAP tak selesai masalah Melayu, kata Anwar

Posted: 05 Dec 2016 05:52 PM PST

Anwar mengulas ucapan pemimpin Umno pada perhimpunan parti Ahad lalu yang tertumpu kepada Dr Mahathir dan DAP.
anwar_umno_600
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perhimpunan Agung Umno yang berakhir Sabtu lalu hanya menjadi medan menghentam DAP dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tanpa menyentuh isu melibatkan masyarakat Melayu.
"Menghentam Tun Mahathir, menghentam DAP, itu bukan jawapannya," kata Anwar yang hadir di Mahkamah Rayuan Syariah semalam bagi mendengar rayuannya mengenai prosiding qazaf terhadap bekas pembantu pejabat PKR, Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat.
Perhimpunan Umno kali ini menyaksikan tumpuan ucapan perwakilan terhadap Dr Mahathir kerana tindakan menjalinkan kerjasama dengan DAP.
Sayap Pemuda dan Wanita Umno turut berulang kali menyatakan kesetiaan kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai usaha memperkasakan kedudukannya ekoran tentangan daripada beberapa pemimpin veteran yang meninggalkan parti itu.
Anwar berkata beliau tidak menolak kedudukan Najib semakin kuat, tetapi ia hanya dalam lingkungan Umno.
"Dalam Umno, itu tidak menjadi isu.
"Di kalangan rakyat, isu utama adalah kenaikan harga barang dan inflasi," kata Anwar.
Anwar berkata DAP seperti parti Pakatan Harapan lain sentiasa mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
"Anda kerajaan. Kehilangan saham Melayu, tanah rizab Melayu, itu tanggungjawab anda."

Mengekang Ancaman Penyakit Bawaan Pekerja Asing

Posted: 05 Dec 2016 05:51 PM PST

Seorang pegawai kementerian berkata, rekod menunjukkan bilangan pekerja asing yang mendapatkan rawatan untuk penyakit kronik terus meningkat.

Tambah beliau jika peraturan itu dilaksanakan, kemudahan kesihatan kerajaan tidak akan "dipenuhi" dengan pekerja asing.

Jelas beliau ia adalah langkah yang masuk akal terutamanya kepada dua juta pekerja asing berdaftar di sini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan kerana mereka mungkin dijangkiti penyakit berjangkit apabila kembali ke negara asal untuk bercuti.

Dengan anggaran rasmi bahawa sehingga tiga peratus daripada pekerja asing di negara ini adalah tidak sihat, ia bermakna melibatkan sehingga kira-kira 60,000 daripada mereka.

Menurut pegawai itu, kementerian sedang mendapatkan maklum balas daripada majikan dan pihak berkepentingan yang lain mengenai isu tersebut.

Pada masa ini, pekerja asing dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan tiga kali dalam tempoh tiga tahun.

Selain saringan pertama di negara-negara asal, mereka juga wajib menjalani pemeriksaan perubatan dalam tempoh sebulan selepas tiba di sini.

Mereka kemudian mesti melalui satu lagi pemeriksaan kesihatan sebelum permit tahunan mereka boleh diperbaharui.

Pemeriksaan kesihatan akhir dilakukan sebelum permit mereka boleh diperbaharui pada tahun ketiga.

Bagaimanapun pegawai itu berkata kajian kementerian menunjukkan bahawa sistem pemeriksaan kesihatan sedemikian untuk pekerja asing adalah tidak berkesan.

"Masih ramai pekerja asing yang didapati tidak sihat untuk bekerja di sini," kata pegawai itu, sambil menambah bahawa sebahagian besar daripada mereka menderita akibat penyakit berjangkit.

Apabila Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing menswastakan pemeriksaan kesihatan pekerja asing kepada Fomema pada tahun 1997, mereka diwajibkan menjalani peperiksaan perubatan setiap tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Rohingya: Usir duta Myanmar dari Malaysia

Posted: 05 Dec 2016 05:38 PM PST


Himpunan Solidariti RohingyaHimpunan Solidariti Rohingya
Pemuda Amanah Nasional mendakwa kerajaan ingin menunjuk hero dan melepaskan tanggungjawab sebenar sebagai kerajaan dalam isu Rohingya dengan menganjurkan himpunan sambil dibantu kelompok yang pro mereka.
Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan berkata, kerajaan perlu melaksanakan tindakan yang lebih besar dalam memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya, bukan sekadar berhimpun semata-mata.
"Kami kecewa kerana kerajaan gagal memanfaatkan persidangan parlimen baru-baru ini untuk menyatakan sikap terhadap isu ini.
"Bahkan, lebih menyedihkan usul untuk membahaskan isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah ditolak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kerajaan wajar memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan mengusir duta mereka dari Malaysia bagi memberi isyarat besar kepada kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi.
"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan Asean gagal menjalankan peranan mereka, sebaliknya masing-masing lepas tangan dan hanya memikirkan kepentingan sendiri.
"Pemuda Amanah Nasional menggesa Kerajaan Malaysia mengeluarkan pendirian secara rasmi dan tegas dalam isu ini sebagai tekanan terhadap Kerajaan Myanmar," katanya.

Ambil orang tempatan jika Myanmar panggil balik warganya

Posted: 05 Dec 2016 05:36 PM PST

Persekutuan majikan turut menyarankan pengambilan pesara sekiranya Myanmar memanggil balik warganya akibat isu Rohingya
shamsuddin-bardan-mef-myanmar-1
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tindakan Putrajaya dalam isu penindasan Rohingya akan memberi kesan kepada lebih 100,000 pekerja Myanmar di negara ini.
Pengarah Eksekutif Shamsuddin Bardan berkata pemerintah Myanmar mungkin memanggil balik warganya yang bekerja di sini susulan hubungan yang terjejas antara kedua negara.
"Kerajaan Myanmar tidak suka kita mengecam mereka," katanya kepada FMT.
Menurut statistik yang disediakan kementerian sumber manusia, terdapat lebih 141,858 pekerja Myanmar di negara ini, dimana 71% daripada mereka bekerja di sektor pembuatan.
Shamsuddin menyarankan majikan supaya menggaji orang tempatan, termasuk pesara, sebagai ganti sekiranya Myanmar mengambil langkah itu.
Atau, kerajaan meminda undang-undang bagi membolehkan pelarian Rohingya bekerja di negara ini.
"Seramai 150,000 pelarian berada di negara ini. Kita boleh sahkan mereka supaya mereka boleh bekerja di sini."
Menurut Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR), terdapat 150,669 pelarian setakat Oktober, dimana Rohingya membentuk 36% daripadanya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan rancangan perintis yang membolehkan 300 Rohingya bekerja di sektor perladangan dan pembuatan.
Sementara itu, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menyifatkan langkah memanggil balik warga Myanmar sebagai tindakan yang tidak adil buat golongan majikan.
"Langkah itu sama seperti melanggar kontrak pekerjaan dan barangkali majikan tidak akan dibayar ganti rugi," kata Presiden Tan Sri Lim Wee Chai dalam emel yang diterima FMT.
Read More / Baca Lagi >>

Suu Kyi berdepan tentangan pelampau, sentimen anti-Rohingya, kata majalah Myanmar

Posted: 05 Dec 2016 05:33 PM PST

Majalah isu semasa Myanmar itu menempelak sikap Najib yang menyalahkan Suu Kyi, dan menambah ikon demokrasi itu mendapat tentangan sami pelampau dan ahli politik Arakan.
Aung-San-Suu-Kyi_rohingya20_600
Sebuah majalah isu semasa Myanmar mempertahankan peranan Aung San Suu Kyi yang menurutnya bertungkus lumus mencari jalan menyelesaikan isu penindasan Rohingya di Arakan, sambil membidas Datuk Seri Najib Razak kerana menuduh pemimpin Myanmar itu membisu.
The Irrawaddy dalam lidah pengarangnya berkata Suu Kyi yang kini menjawat kaunselor negara Myanmar itu bukan sahaja berdepan dengan sejarah Rohingya yang "kompleks", tetapi juga sentimen penduduk setempat dan kumpulan sami pelampau yang menyokong serangan ke atas Rohingya.
"Pelbagai isu hangat kini dipikul di atas bahunya tetapi beliau tidak hanya melihat situasi di wilayah Arakan. Beliau sudah menyatakan untuk memberi tumpuan menyelesaikan masalah Arakan," tulis Aung Zaw semalam.
Menurutnya, Suu Kyi turut mengambil risiko politik dengan melantik bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan bagi mengetuai sebuah suruhanjaya penasihat menangani krisis Rohingya.
"Malangnya, beliau berdepan bantahan daripada wakil rakyat Arakan dan tentera Burma kerana melantik orang asing," kata Irrawaddy.
Menurutnya, ahli politik tempatan di Arakan tidak setuju dengan penglibatan Suu Kyi, yang memilih bertindak cermat dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan rancangannya tidak gagal.
Suu Kyi menerima kritikan antarabangsa termasuk daripada penyokongnya di Barat ekoran sikapnya yang dilihat tidak pro-aktif dalam menghentikan kekejaman ke atas penduduk Rohingya.
Pemenang anugerah Nobel itu turut dikritik Najib pada Himpunan Solidariti Ummah yang dihadiri pemimpin Umno dan PAS pada Ahad lalu.
"Kita nak beri isyarat kepada kerajaan Myanmar, nak beritahu kepada Aung Sang Suu Kyi – 'enough is enough'," Najib berkata dalam ucapannya di sebuah stadium di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Irrawaddy menganggap ucapan Najib itu berbaur agenda politik di sebalik pelbagai dakwaan melibatkan syarikat 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Kartun media Myanmar sindir Najib

Posted: 05 Dec 2016 05:31 PM PST

Laman web berita bebas Myanmar The Irrawaddy menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dituduh sebagai "pengajar seni muslihat" dalam kartun yang diterbitkannya.
Kartun oleh Kyaw Thu Yein menggambarkan Najib bersongkok berjalan di atas tali dan membaling bola yang tertera perkataan "Hentikan Pembunuhan Etnik" sambil membawa beg yang dilabel "rasuah".
Kartun itu dimuat naik dalam akaun edisi Inggeris Facebook Irrawady, malam semalam dengan tajuk tajuk "Najib Razak Stunt".
Ini susulan selepas Najib dan beberapa pemimpin Umno menyertai PAS pada perhimpunan di Kuala Lumpur untuk membantah pembunuhan beramai-dakwaan kaum minoriti Rohingya di negeri Rakhine di Myanmar.
Tentera negara itu didakwa terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai, tetapi kerajaan Myanmar menafikannya dan menyalahkan militan tempatan.
Yangon berkata, mereka juga akan menghantar aduan rasmi kepada Putrajaya berhubung perhimpunan Ahad lalu itu.
Perhimpunan berkenaan juga mendorong bantahan terhadap Najib di Yangon.
Bekas perdana menteri dan pengkritik lantang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan Ahad ini hanya bersandiwara kerana sebagai perdana menteri, Najib berada pada kedudukan untuk bertindak dan bukannya menyertai bantahan.
Najib bergelut dengan tuduhan rasuah selepas RM2.6 bilion dijumpai berada di dalam akaun bank peribadi miliknya.
Walau bagaimanapun, Peguam Negara pada Januari lalu berkata dana itu disumbangkan oleh keluarga diraja Saudi dan membersihkannya daripada sebarang salah lalku.
Pengkritik mendakwa dana itu berasal dari firma pelaburan negara, 1MDB, tetapi Najib telah secara konsisten menafikan menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadinya.

Hilang undi popular pencapaian terbaik Najib setakat ini

Posted: 05 Dec 2016 05:23 PM PST

Perihal wang SUBAHAT 1MDB untuk taja jemaah Haji

Posted: 05 Dec 2016 05:23 PM PST

Najib Pondan Tua Bangladesh - Zahid Mat Arip

Posted: 05 Dec 2016 05:22 PM PST

Nabi tiada RM2 6b, riwayat di Ta'if tidak boleh Najib ambil sebagai contoh

Posted: 05 Dec 2016 05:21 PM PST

Riza Aziz cari pelabur filem porno di China

Posted: 05 Dec 2016 05:20 PM PST

Hanya orang gila & bodoh berketuakan KLEPTOKRAT

Posted: 05 Dec 2016 05:20 PM PST

Comments (0)