Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:54 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Masalah balak: Orang Asli tak akan undi Pas, BN pada PRU14

Posted: 04 Dec 2016 08:14 PM PST

GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli di sini, memutuskan untuk tidak mengundi BN atau Pas pada PRU14 kerana menganggap kedua-dua parti itu tidak membantu dalam konflik mereka hadapi.
Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan), Nasir Dollah berkata, sekiranya kawasan ini bertanding untuk tiga penjuru, mereka akan memilih penjuru ketiga.
Masalah balak: Orang Asli tak akan undi Pas, BN "Keputusan ini dibuat sebulat suara kerana kecewa dengan kedua-dua parti berkenaan. Sebelum ini, masyarakat Orang Asli banyak membantu Umno (BN) dalam mengekalkan kedudukan di Gua Musang.
"Namun, sehingga kini mereka (kerajaan) gagal membantu kami dalam menyelesaikan konflik yang melanda. Begitu juga dengan kerajaan negeri yang menolak usul kami bulat-bulat tanpa sebarang rundingan.
"Jadi, buat apa kami mahu menyokong mereka (Pas-BN)? Walaupun haluan parti itu berbeza, mereka sama saja," katanya.
Terdahulu, seramai 47 Orang Asli yang membina sekatan di Simpang Petei dan Pos Bihai, di sini, ditahan dalam operasi Jabatan Perhutanan Kelantan, dan kesemua bangsal binaan mereka dirobohkan.
Kesemua tahanan itu bagaimanapun dibebaskan selepas dua hari direman, manakala tujuh tahanan dalam operasi kedua di sekatan Pos Pasik, dibebaskan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.
Operasi itu dibuat setelah Orang Asli di sini tidak mengendahkan notis pemberitahuan untuk mengosongkan kawasan berkenaan bagi memberi laluan kepada aktiviti pembalakan.
Tambah Nasir, bukan sahaja parti, malah masyarakat Orang Asli turut kecewa dengan kenyataan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang tidak membantu, malah menimbulkan persepsi negatif mereka terhadap agensi berkenaan.
"Kami kecewa dengan kenyataan Jakoa bahawa Orang Asli Gua Musang bertindak tidak mengikut saluran yang betul sepertimana laporan akhbar.
"Apakah yang dimaksudkan dengan kekerasan? Tindakan kami sememangnya mengikut perundangan di mana kami bekerjasama dengan pihak berkuasa serta mengikut arahan walaupun Balai Adat kami dirobohkan," katanya.
Menurutnya, pihaknya telah beberapa kali bertemu kerajaan negeri selain menghantar memorandum tuntutan, namun tidak mendapat respons positif.
Read More / Baca Lagi >>

Idris Ahmad: PAS dah lama jadi pembangkang, tak perlu nasihat Dr M

Posted: 04 Dec 2016 08:12 PM PST

Idris menasihatkan Dr Mahathir belajar menjadi pembangkang terlebih dahulu, sebelum memberi nasihat kepada PAS yang sudah lama menjadi pembangkang.
Idris-AhmadPETALING JAYA: PAS tidak memerlukan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mereka lebih lama menjadi pembangkang berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Idris Ahmad.
"Kami dah lama jadi pembangkang, dia baru mula nak jadi pembangkang.
"Tak perlulah nak bagi tempoh kat kami, nak ajar kami..tak perlulah," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau mengulas kenyataan pengerusi PPBM itu yang tarikh akhir akan diberikan kepada PAS untuk memutuskan jika ia akan bersama Pakatan Harapan bagi menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Idris menasihatkan Dr Mahathir belajar menjadi pembangkang terlebih dahulu, sebelum memberi nasihat kepada PAS yang sudah lama menjadi pembangkang.
"Kena ingat apa yang berlaku hari ini pun hampir semua daripada tangan dia," kata ahli Parlimen Bukit Gantang.

Terima kasih KPN beri idea Disney, kata Zunar

Posted: 04 Dec 2016 08:11 PM PST

Kekal berdegil, kartunis Zunar beri bayangan beliau mungkin mengguna pakai idea ketua polis negara untuk melukis karikatur diinspirasikan daripada Disney.

PETALING JAYA: Kartunis kontroversi Zunar dengan nada sinis, mengucapkan terima kasih kepada ketua polis negara (KPN) kerana mencadangkan idea melukis karakter kartun kanak-kanak, berkata beliau mungkin akan menghasilkan karya satira politik beraspirasikan watak Disney.
"Saya tak pernah lukis Donald Duck seumur hidup saya, tetapi KPN beri saya idea itu. Saya hendak ucap terima kasih padanya," katanya dalam satu pesanan WhatsApp.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat lalu, yang berkata kartunis tidak sepatutnya menyebarkan kebencian terhadap kerajaan kerana bukan budaya rakyat Malaysia menghina pemimpin.
Khalid berkata Zunar boleh melukis apa saja yang dikehendakinya seperti "old mcdonald" atau "donald duck", asalkan dia tidak menghina sesiapa.
"Saya harap dia tak tangkap saya kerana ikut cadangannya," kata Zunar.
Baru-baru ini Zunar ditahan polis dan disiasat kerana mengganggu ketenteraman awam ketika mengadakan pameran karyanya di Komtar, Pulau Pinang. Ia adalah penahanannya kali ke-10 berkaitan dengan karya kartunnya.
Pamerannya di Komtar itu hampir menyebabkan dia diserang sekumpulan 30 individu dipercayai daripada Pemuda Umno.
Pamerannya yang termasuk lukisan menggambarkan perdana menteri dan pemimpin negara lain dalam keadaan tidak elok.

Kerajaan Umno@Bn kutip lagi lumayan setelah beri BR1M murah kepada rakyat

Posted: 04 Dec 2016 07:41 PM PST

Amanah Selangor mendakwa kadar baru BR1M yang dinikmati oleh mereka yang layak adalah sekitar RM2.50 ke RM3.30 sehari sedangkan sumber GST untuk tahun hadapan ialah RM3.65 sehari secara purata.
Menegaskan perkara ini, Pengerusinya, Ir Izham Hashim menyifatkan kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak sangat licik dalam mengelabui mata rakyat melalui pemberian BR1M ini yang ternyata jauh lebih rendah dan murah daripada apa yang kerajaan kutip semula termasuk melalui pelbagai cukai lain yang dikenakan.
fb_img_1480815746410Beliau berkata, tiada jalan yang lebih baik untuk membawa rakyat keluar daripada bebanan kos hidup yang tinggi ketika ini, jika Umno terus bermain dengan penyelesaian jangka pendek seperti pemberian BR1M.
Izham membidas Perdana Menteri kononnya BR1M bukan bertujuan membeli undi, padahal program ini diwujudkan sebagai serampang dua mata.
Najib sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) Sabtu lalu, memberi kata dua kepada rakyat samada mahu menerima atau menolak BR1M yang ditawarkan kerajaan.
Presiden Umno itu juga menolak BR1M sebagai dedak bertujuan membeli undi sebaliknya untuk membantu rakyat.
Mengulas lanjut, Izham berkata, Amanah tidak menolak apa jua bantuan kewangan untuk meringankan bebanan hidup rakyat terutama yang berpendapatan rendah tetapi kesal dengan kejujuran kerajaan dalam melaksanakan program ekonomi kepada rakyat.
Sebagai contoh tegasnya, usaha dan perancangan yang bersifat jangka panjang pihak kerajaan dalam meningkatkan pendapatan B40 langsung tudak kelihatan.
BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang pada mulanya hanya sebanyak RM500.00 diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000.
Read More / Baca Lagi >>

'Najib pelawa Muhyiddin, Shafie letak jawatan cara terhormat' sembang Menteri Umno

Posted: 04 Dec 2016 07:32 PM PST

Menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa sebelum pemecatan dari kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mempelawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya meletak jawatan kabinet secara terhormat.
Bagaimanapun, katanya, mereka tidak berbuat demikian.
"Kalau tidak setuju, letak jawatan.
"Beliau dalam jemaah menteri mengatakan, kalau dah banyak kali saya nasihat atau cakap tetapi masih tidak bersetuju atau masih menimbulkan banyak kekeliruan, maka letak jawatan.
"Tetapi mereka tidak mahu letak jawatan. Apabila tidak buat demikian walaupun telah dipelawa untuk letak jawatan secara terhormat, maka perdana menteri tiada pilihan selain memecat mereka," kata Rahman dalam temu bual dengan Utusan Malaysia hari ini .
Beliau juga berkata, jika kritikan mereka terhadap 1MDB adalah sebab mereka digugurkan sebagai menteri, maka kedua-dua mereka sepatutnya sdah lama dipecat sebab mengkritik isu firma pelaburan negara itu sejak 2014.
Muhyiddin dan Shafie dipecat dari kerajaan pada Julai tahun lalu ketika satu rombakan kabinet yang mengejutkan.

PM Itali Letak Jawatan Ekoran Gagal Raih Sokongan

Posted: 04 Dec 2016 07:12 PM PST


ROM: Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi mengambil keputusan meletak jawatan selepas mengalami kekalahan teruk dalam undian pungutan suara berhubung rancangan beliau untuk meminda Perlembagaan.
Dalam sidang media lewat Ahad malam, Renzi berkata, beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan tersebut selepas hasil pungutan suara menunjukkan kira-kira 42 peratus menyokong usul tersebut manakala 58 peratus lagi menentang.
"Selamat maju jaya untuk kita semua," kata Renzi kepada pemberita.
Beliau juga memaklumkan akan bertemu dengan Kabinet bagi menyatakan keputusan untuk meletak jawatan pada Isnin dan menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden Itali selepas dua tahun setengah mentadbir negara itu.
Presiden Sergio Mattarella dijangka akan meminta Renzi untuk menangguhkan peletakan jawatan tersebut sekurang-kurangnya sehingga Parlimen meluluskan perbelanjaan negara pada hujung bulan ini.
Dalam pada itu, Renzi berkata, pembaharuan Perlembagaan yang ingin dilakukannya akan mengurangkan kerenah birokrasi di Itali dan menjadikan negara lebih berdaya saing.
Namun pungutan suara yang diadakan dilihat sebagai peluang oleh pihak yang tidak bersetuju dengan pembaharuan tersebut untuk mengekang hasrat Renzi.
Kem "Tidak" disokong oleh parti populis terutamanya Pergerakan Lima Bintang yang menyatakan kesediaan untuk memimpin Itali.

PM New Zealand Umum Letak Jawatan

Posted: 04 Dec 2016 07:11 PM PST


WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, John Key membuat kejutan apabila mengumumkan perletakan jawatannya pada Isnin.
Key berkata, sudah tiba masanya untuk beliau berundur dari politik selepas lebih lapan tahun memegang pucuk pemerintahan.
Key bagaimanapun tidak mempunyai rancangan akan datang buat masa ini, tetapi memberitahu pemberita bahawa beliau akan berada di parlimen dalam tempoh yang cukup panjang bagi mengelakkan pilihan raya kecil bagi kerusinya.
"Saya tidak akan berkhidmat bagi penggal penuh yang keempat," kata Key pada sidang media mingguannya di Wellington sambil menjelaskan bahawa faktor keluarga yang mendorong kepada perletakan jawatan tersebut.
Key yang merupakan Perdana Menteri New Zealand ke-38, memenangi Parti Kebangsaan pada 2008, sekaligus menamatkan sembilan tahun Helen Clark dari Parti Buruh sebagai wakil rakyat.
Parti Kebangsaan akan mengadakan mesyuarat pada 12 Disember ini bagi memutuskan ketua parti dan perdana menteri yang baharu.
Key berkata, beliau akan mengundi timbalannya yang juga Menteri Kewangan, Bill English bagi mengambil alih jawatan itu. - Reuters

Tak perlu lagi anak bekas PM jadi PM, kata Saifuddin

Posted: 04 Dec 2016 07:03 PM PST

Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebagai anak bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah merasa susah payah yang dialami masyarakat biasa.
Saifuddin-Abdullah_najib_600
GEORGE TOWN: Ketua setiausaha Pakatan Harapan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya dapat berpura-pura untuk tahu bagaimana rakyat biasa merana di bawah tekanan kos sara hidup yang tinggi.
Bercakap pada forum anjuran PKR Bayan Baru hujung minggu lalu, Datuk Saifuddin Abdullah berkata perdana menteri negara ini pada masa depan tidak sepatutnya anak kepada bekas perdana menteri kerana mereka ada kecenderungan kurang sentuhan dengan rakyat biasa.
Najib ialah anak kepada perdana menteri kedua.
Saifuddin berkata ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akhir-akhir ini mendakwa mereka merasakan kesukaran yang dialami masyarakat umum.
"Realitinya, mereka tidak tahu bagaimana rasanya. Jika mereka benar-benar tahu rasanya, mereka tidak akan kata fasal 'harga ayam murah' dan 'jika sayur mahal, belilah kangkung'.
"Dan ia datang daripada seorang PM yang ambil berat tentang rakyatnya. Itu sebabnya saya kata, cukup-cukuplah ada PM yang anak kepada seorang PM lain. Cukuplah.
"Kita mahu seorang PM dan pemimpin Melayu yang tahu apa rasanya hidup susah, bukannya hanya setakat kata 'Saya rasa saya tahu'," katanya.
Beliau berkata Pakatan mempunyai pemimpin yang mampu berkhidmat sebagai perdana menteri, dan mereka bukan anak kepada bekas perdana menteri.
Saifuddin ialah bekas timbalan menteri pengajian tinggi. Beliau keluar dari Umno pada tahun lalu selepas tidak bersetuju dengan cara kerajaan mengendalikan isu 1MDB. Beliau kini bersama PKR.
Katanya, Umno kini menyimpang jauh daripada matlamat asalnya, dan daripada "berjuang" kini kepada "berwang" dan "beruang".
"Umno pernah berjuang dulu. Tetapi sekarang orang tanya saya, apa sebenarnya yang mereka buat, dan saya kata berwang. Kemudian mereka tanya saya, maksudnya 'beruang'? Saya kata kedua-duanya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mana JANJI kamu nak bawa Orang Asli berunding dengan Timbalan MB Kelantan?

Posted: 04 Dec 2016 07:00 PM PST

*Nazman Che Iberahim  TAMBAH GARAM PADA LUKA ORANG ASLI KELANTAN*
1. Usul Bantah kekejaman Kerajaan Myanmar pada Masyarakat Rohingya oleh Pakatan Harapan DITOLAK oleh siapa di PARLIMEN? Kerajaan Malaysia yang dikuasai Bn.


2. Himpunan harini dibuat oleh Kerajaan BN, Parti memerintah Kerajaan Malaysia yang tolak usul tersebut.
3. Bagi saya ia Sandiwara JELAS dan permainan politik murahan. Kerana mereka dah tolak awal2 di Parlimen. Jika mereka ikhlas mereka patut terima di Parlimen.
4. Usah politikan isu Orang Asli, PAS Kelantan mentadbir Kerajaan Negeri telah memganiayai Orang Asli, Jabatan Hutan tangkap 54 orang antara paling besar dalam Sejarah Orang Asli.
5. Demi semata tembolok duit kamu, Bajet 2017 membuktikan RM170.20 juta disasarkan untuk dikutip, dan ia SUMBER DUIT TERBESAR Kerajaan Kelantan.
6. PAS Kelantan yang mentadbir Kelantan tolonglah jangan jadi Talam Dua Muka, Isu Rohingya di Myanmar kamu boleh bantu, kenapa Isu Orang Asli di bawah Negeri kamu sendiri tidak mahu selesaikan dengan cara baik?

Syam Ghaz
Amal Kelantan
Upwk Negeri Kelantan

Risalah misteri selit surat khabar cuba pengaruhi ahli DAP

Posted: 04 Dec 2016 06:40 PM PST

Lim Lip Eng berkata, risalah itu ternyata bukan diedarkan ahli DAP, sebaliknya ada pihak yang cuba merosakkan hubungan sesama parti komponen dalam Pakatan Harapan.
Lim-Lip-EngPETALING JAYA: Beberapa risalah misteri ditemui diselitkan dalam setimbun surat khabar Cina yang diletakkan di luar dewan Persidangan Kebangsaan DAP semalam.
Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng dilaporkan menemui beberapa risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina di tepi lif luar dewan.
Beliau yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, risalah itu ternyata bukan diedarkan ahli DAP, sebaliknya ada pihak yang cuba merosakkan hubungan sesama parti komponen dalam Pakatan Harapan.
Antara risalah itu adalah "Tamatkan familisme, selamat tinggal dinasti Lim" dan laporan mengenai kenyataan perkauman dan tuduhan terhadap DAP oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, beberapa tahun lalu.
Satu lagi risalah bertajuk "Katakan tidak kepada PAS" dan kandungannya mengenai bantahan terhadap RUU 355, kerjasama PKR-PAS, kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)-PAS.
Satu lagi risalah menuding jari ke arah PKR yang mendakwa terlalu banyak DNA Umno dalam parti itu dan pasukan dikuasai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengubah hubungan kerjasama Pakatan Harapan kerana beliau mempunyai agenda peribadi, taktik kotor dan tidak lagi bersama Pakatan Harapan, sebaliknya sanggup bekerjasama dengan Umno demi kepentingan sendiri.

Rohingya: MP tuntut sidang khas Parlimen bincang masalah, penyelesaian

Posted: 04 Dec 2016 06:37 PM PST


Datuk Raja Kamarul Bahrin ShahDatuk Raja Kamarul Bahrin ShahAhli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menuntut agar Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengadakan satu Sidang Khas Parlimen untuk membahaskan isu kekejaman ke atas muslim Rohingya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata sewajarnya isu ini dibincangkan di ruang yang lebih baik iaitu di Parlimen tetapi Umno dan Pas tidak memanfaatkannya sebaliknya lebih memilih pendekatan 'himpunan rakyat'.
"Pada 24 November baru baru ini satu Usul berhubung isu kekejaman ke atas Rakyat Rohingya telah dibawa oleh pihak pembangkang untuk dibahaskan di Parlimen.
Beberapa wakil Pembangkang dari Amanah, PKR dan DAP telah mendesak untuk Speaker Dewan Parlimen membenarkan isu ini di bahaskan tetapi telah ditolak oleh Speaker.
Tiada ahli Parlimen Umno-BN atau Pas bersuara menyokong usul tersebut dibenarkan untuk dibahas.
Alasan Speaker menolak ialah kerana tidak mahu campur tangan ehwal Negara lain.
Anehnya lebih kurang seminggu selepas itu Umno-BN bersama Pas menyertai Himpunan Solidariti dengan Rakyat Rohingya di Stadium Titiwangsa," ujarnya dalam satu kenyataan.
Semalam Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah hadir dalam himpunan solidariti Ummah untuk Rohingya yang dihadiri 30,000 orang di Stadium Tertutup Taman Tasik Titiwangsa.
Raja Bahrin yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah berkata, isu-isu yang dibahaskan pemimpin tersebut adalah kekejaman atas muslim Rohingya.
Ujarnya lagi, ini bermakna isu isu yang sepatutnya di bahas secara serius di Parlimen telah dibawa lari kesebuah Stadium untuk di bahas oleh Umno dan Pas sahaja.
"Dengan itu ramai melihat ini sebagai usaha mengambil kesempatan dari penderitaan kaum Rohingya demi kepentingan politik dua parti politik terbabit, bukan sebagai mencari penyelesaian terhadap tragedi tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

AMANAH: Putus hubungan diplomatik, usir duta Myanmar

Posted: 04 Dec 2016 06:35 PM PST

Pemuda AMANAH merakamkan rasa sedih dan kecewa terhadap kezaliman yang menimpa umat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar.
Tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh junta tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya itu perlu dikutuk sekeras-kerasnya.
Sebarang bentuk penindasan tidak mengira kaum mahupun agama wajar ditentang oleh semua pihak lebih-lebih lagi yang mengakibatkan pembunuhan kejam dan melanggar hak asasi serta ketamadunan manusia.
Dalam isu ini, kami bersama seluruh umat Islam melahirkan rasa simpati kerana nasib muslim Rohingya ini masih gagal dibela sejak sekian lama sehingga hari ini.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan Asean gagal menjalankan peranan mereka, sebaliknya masing-masing lepas tangan dan hanya memikirkan kepentingan sendiri.
Pemuda AMANAH menggesa kerajaan Malaysia mengeluarkan pendirian secara rasmi dan tegas dalam isu ini sebagai tekanan terhadap Kerajaan Myanmar.
Kami kecewa kerana kerajaan gagal memanfaatkan persidangan parlimen baru-baru ini untuk menyatakan sikap terhadap isu ini.
Bahkan, lebih menyedihkan usul di bawah 19 (a) untuk membahaskan isu pembunuhan orang Islam Rohingya di Myanmar yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah ditolak.
Kerajaan dilihat ingin menunjuk hero dan ingin melepaskan tanggungjawab sebenar mereka sebagai kerajaan dalam isu ini dengan menganjurkan himpunan sambil dibantu oleh sekelompok pihak.
Kami ingin tegaskan, kerajaan perlu melaksanakan tindakan yang lebih besar dalam memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya, bukan sekadar berhimpun semata-mata.
Antara lain, kerajaan wajar memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan mengusir duta mereka dari Malaysia.
Tindakan ini perlu dan akan memberi isyarat besar kepada kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi.
Ayuh, kita terus mendoakan nasib masyarakat Rohingya yang sedang ditindas!

MOHD SANY HAMZAN

Jangan komen kalau tidak tahu, pesan Zunar kepada Khalid

Posted: 04 Dec 2016 06:12 PM PST

Zunar berkata, tanggungjawab kartunis politik di dunia, termasuk Malaysia ialah mengkritik kerajaan yang memerintah secara zalim dan mengamalkan rasuah.
ZunarPETALING JAYA: Kartunis Zunar menasihatkan ketua polis negara tidak mengulas mengenai kartun politik, jika tidak tahu atau memahami seni itu.
Beliau berkata, Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya belajar mengenai kartun sebelum layak menasihatkan kartunis dan beliau sedia mengadakan kelas kartun untuk mengajarnya.
"Saya harap IGP (ketua polis negara) belajarlah sikit, saya nasihatkan dia belajar sikit-sikit pasal kartun, barulah dia faham kartun, barulah dia boleh menasihatkan kartunis.
"Saya boleh ajar IGP lukis kartun, memahami kartun. Saya juga boleh buat kelas kartun kalau dia sedia," katanya kepada FMT hari ini.
Zunar berkata, tanggungjawab kartunis politik di dunia, termasuk Malaysia ialah mengkritik kerajaan yang memerintah secara zalim dan mengamalkan rasuah.
"Kartun ini ada berbagai jenis, yang saya buat ini kartun politik. Kartun politik kita tidak lukis Mickey Mouse, ia hanya dibuat Disney.
"Kita mengkritik orang yang membuat salah, itu dinamakan kritik. Orang yang rasuah, saya kritik. Saya juga mengkritik kerajaan yang zalim.
"Tetapi saya tidak menyerang. Kalau serang, itu namanya serangan peribadi, seperti yang berlaku di Dewan Rakyat. Gunakan perkauman, seksis, agama, nama peribadi, itu namanya serang. Mengkritik adalah tanggungjawab kartunis," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

KALAU UMNO KALAH, TIADA APA2 YANG BERUBAH, KECUALI NAJIB YANG GELABAH

Posted: 04 Dec 2016 06:02 PM PST

Momokan Najib Razak tentang DAP akan menguasai kerajaan semakin disedari bahawa ia semata-mata untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu agar terus mengekalkan kuasa UMNO yang selanjutnya memastikan beliau kekal lagi sebagai Perdana Menteri.

Hakikatnya, Najib sedar penolakan rakyat semakin membuak-buak dan mereka hanya menunggu masa saja untuk merealisasikannya di peti-peti undi.

Untuk itu, beliau terpaksa bermain dengan sentimen perkauman yang melampau dengan harapan pengundi Melayu akan takut tentang ancaman kepada masa depan mereka.

Bagi yang celik hati dan akalnya, mereka dengan mudah menolak momokan Najib itu kerana DAP hanya bertanding 51 kerusi Parlimen saja dan lawan mereka dalam pilihanraya pula adalah MCA, MIC atau Gerakan yang juga merupakan parti bukan Melayu.
Selain di mana logiknya 51 kerusi mampu menguasai 222 kerusi, tentulah lebih tidak masuk akal jika orang Melayu harus berasa bimbang tentang siapa kalah atau menang di kerusi-kerusi tersebut.

DAP tidak bertanding di kawasan Melayu seperti Pekan, Bagan Datoh, Pagoh dan sebagainya. Di kerusi-kerusi Melayu di mana UMNO bertanding, lawannya tetap Melayu juga sama ada daripada PPBM, PKR, Amanah atau Pas.

Jadi, tiada jalan untuk DAP mengambil hak orang-orang Melayu. Di mana calon Melayu UMNO yang kalah, pemenangnya tetap Melayu juga.

Maka, sesuai dengan kedudukan Melayu sebagai bangsa majoriti, bukan saja Melayu akan terus menguasai kerajaan jika UMNO dan BN dapat dikalahkan, malah calon Perdana Menteri juga tetap Melayu.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin telah mendapatkan perakuan hasil pertemuannya dengan DAP bahawa parti itu bersetuju calon Perdana Menteri Pakatan Harapan kiranya memenangi pilihnaraya adalah Melayu dan bukan daripada DAP.

Justeru, tambah Muhyiddin, tiada sebab untuk orang Melayu berasa bimbang atau terancam jika UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang.

Lim Guan Eng turut mengesahkan bahawa DAP tidak pernah meminta seorang Cina untuk menjadi Perdana Menteri dan tidak juga berhasrat untuk menguasai kerajaan.

Kami tidak akan menguasai kerajaan jika BN dapat dikalahkan, tetapi akan menjadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab, jelas Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pendirian DAP itu tentunya atas kesedaran sebenar tentang negara ini dan komposisi kaum yang meletakkan Melayu sebagai majoriti.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14 adalah pertarungan kalah mati

Posted: 04 Dec 2016 05:59 PM PST


SHAH ALAM - Pilihan raya akan datang adalah ibarat pertarungan kalah mati untuk rakyat negara ini.
Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai berkata, sekiranya Umno menang, nescaya parti itu akan menggunakan kemenangan itu sebagai 'cop halal' untuk pemerintahan kleptokrasi mereka.
"Penggunaan 'kleptokrasi' mungkin ada orang kurang faham, kalau perompakrasi BN, saya percaya ramai anak-anak Malaysia boleh faham dan rasa apa yang BN telah ambil dari mereka.
"Untuk mempertahankan pemerintahan perompakrasi mereka, BN tentu akan melakukan apa saja untuk menumbangkan sesiapa yang menentang mereka," katanya di Konvensyen DAP 2016 di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, DAP selaku parti yang paling mengancam agenda BN akan mempunyai risiko berdepan ancaman parti itu yang mahu memecah belahkan parti.
"Saya menyeru agar semua ahli DAP tabah dan terus bangkit kembali menghadapi serangan demi serangan yang dilontarkan.
"Pada saat getir inilah kita perlu memastikan kesatuan kita semakin kukuh dan tidak mampu digoyahkan," katanya lagi.

Negara berdepan dengan kepimpinan rosak

Posted: 04 Dec 2016 05:57 PM PST

SHAH ALAM - Negara kini berdepan dengan kepimpinan yang rosak di mana institusi-institusi utama sudah dicemari dan kebebasan pula dicengkam, dakwa DAP.
Menurut Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai, negara semakin dikenali seluruh dunia, namun atas sebab yang salah.
"Dunia melihat Malaysia dengan skandal bertahap mega bergelar 1MDB yang melibatkan pemimpin tertinggi kerajaan.
Tan Kok Wai "Skandal raksasa ini bukan saja memalukan negara di mata dunia, tetapi menyebabkan berlaku krisis keyakinan terhadap negara ini," katanya di Konvensyen DAP, di sini, semalam.
Katanya lagi, isu yang melanda negara semakin melemahkan daya saing negara, merosotkan ekonomi, menjatuhkan nilai ringgit dan memiskinkan rakyat.
"Hari ini yang mengeluh dengan kehidupan yang semakin menyesakkan bukan penyokong Pakatan Harapan saja, penyokong BN pun turut mengeluh.
"Kita semua kini berkongsi kesusahan, kecuali elit-elit penguasa yang terus ditenggelami kemewahan," katanya lagi.
Untuk mengubah keadaan itu, katanya, parti pembangkang di negara ini haruslah memenuhi keinginan rakyat untuk melihat kesatuan pembangkang yang kukuh, bersiap menggantikan BN sebagai Kerajaan Persekutuan.
"Dalam keadaan negara diselubungi pelbagai masalah dan krisis. Rakyat yang dahagakan perubahan mahu kita bersiap sedia menggantikan BN.
"Demi rakyat, parti-parti pembangkang yang meletakkan tadbir urus baik sebagai keutamaan, menentang korupsi sebagai keutamaan, kebajikan rakyat sebagai keutamaan, menumbangkan rejim zalim sebagai keutamaan, mestilah bersatu untuk menyelamatkan rakyat dari terus menjadi mangsa Umno dan BN," katanya.

DAP mungkin minta semua pemimpin parti isytihar aset

Posted: 04 Dec 2016 05:53 PM PST

Lim Guan Eng berkata, amalan itu sudah dibuat di Pulau Pinang dan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan di negeri lain.
lim-guan-eng_rumah_aset_dap_600
SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini bersetuju mengkaji cadangan yang memerlukan semua pemimpin parti mengisytiharkan aset mereka.
"Kami bersetuju agar semua ahli Parlimen, Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) parti dan mereka yang berada dalam kerajaan negeri (diterajui pembangkang) mengisytiharkan aset mereka.
"Ini dilakukan di Pulau Pinang, tetapi mungkin amalan ini perlu diperluaskan dan dilaksanakan di negeri lain," katanya dalam ucapan penggulungan pada Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.
Lim berkata demikian ketika mengulas cadangan dibawa Edry Faizal, perwakilan dari cawangan Bandar Utama.
Edry membuat usul itu awal hari ini, mengatakan dengan mengisytiharkan aset mereka, DAP boleh membezakannya pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), yang dituduh melakukan rasuah secara berleluasa.
"Buktikan kepada rakyat yang kita tiada ada hendak disembunyikan, tidak seperti BN," katanya.
Gesaan sama dibuat Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli bulan lalu yang mengisytiharkan hartanya kepada orang ramai.
Dalam perkembangan berasingan, Lim bersiap sedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 yang dibayangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diadakan tidak lama lagi, dengan menjanjikan lebih autonomi kepada Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, satu-satunya cara pembangkang boleh menjadi kerajaan jika ia boleh mendapatkan sokongan daripada kedua-dua negeri itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan Najib main isu perkauman tanda terdesak

Posted: 04 Dec 2016 05:52 PM PST

Setiausaha agung DAP mengakui Dr Mahathir tidak pernah menggunakan isu perkauman semasa memerintah kerana beliau mampu menguruskan negara dengan baik.
Lim-Guan-Eng_umno_pau_600
SHAH ALAM: Tindakan Umno memainkan isu perkauman adalah tanda ia berada dalam keadaan terdesak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau berkata, tidak seperti presiden semasa Umno Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menggunakan sebarang "taktik kotor" sepanjang 22 tahun beliau memimpin parti.
"Dr Mahathir, pada perhimpunan agung Umno zamannya, tidak pernah menggambarkan DAP sebagai musuh nombor satu beliau.
"Beliau tidak perlu melakukan ini kerana mampu mengurus negara dan ekonomi dengan baik.
"Tetapi Najib gagal dan untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan itu, beliau terpaksa menggunakan agama dan bangsa dengan harapan ia akan menakutkan orang Melayu (agar mengundi Umno)," kata Lim dalam ucapan penggulungannya di Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini .
Menurut Lim, ini susulan Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini menyaksikan pemimpin parti itu melabel DAP sebagai anti-Melayu.
Bagaimanapun Dr Mahathir, yang membuat penampilan mengejut pada persidangan itu pagi ini, berkata daripada pemerhatiannya, DAP nampaknya lebih nasionalis daripada rakan politik Umno, MCA.
"Dr Mahathir fikir kami seperti MCA yang lagu partinya lagu dalam bahasa Cina. Tetapi sekarang beliau tahu ia sebenarnya dalam bahasa kebangsaan," kata Lim.
"Beliau berkata BN (Barisan Nasional) lebih perkauman daripada DAP dan ini penting bagi kami kerana malah bekas perdana menteri mengiktiraf semangat berbilang kaum kita.
"Kami bertempur untuk perjuangan kami selama lebih 50 tahun dan ada mengatakan kami bodoh berbuat demikian, tetapi ia kini tidak lagi."
Read More / Baca Lagi >>

Sami Myanmar anjur protes bidas Najib ‘pengganas’

Posted: 04 Dec 2016 05:51 PM PST

Ia merupakan kali kedua protes diadakan di ibu kota Myanmar mengecam pendirian Malaysia.
protest-myanmar
PETALING JAYA: Beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas kerajaan Myanmar, kira-kira 100 orang dipimpin sekumpulan sami Buddha berhimpun di pusat bandar Yangon mempertahankan polisi negara itu terhadap penduduk Rohingya.
Mereka juga membidas Najib kerana memberi tekanan ke atas Myanmar.
Ia merupakan protes anti-Malaysia yang kedua di Yangon.
Sabtu lepas, protes di luar kedutaan Malaysia membidas Malaysia kerana "campurtangan" isu dasar menekan penduduk Rohingya.
"Orang Benggali yang memanggil diri mereka Rohingya bukan rakyat Myanmar," kata sami Parmaukkha kepada sekumpulan kecil yang hadir di luar kedutaan Malaysia di Yangon, Sabtu lalu.
"Yang menggalakkan keganasan ialah perdana menteri Malaysia, dia juga seorang pengganas," katanya dipetik Bangkok Post.
Semalam, Najib berucap di Himpunan Solidariti Ummah bagi menyatakan sokongan kepada penduduk Rohingya, dihadiri kira-kira 10,000 orang termasuk pimpinan tertinggi PAS.
Najib berkata beliau tidak mempedulikan kerajaan Myanmar yang menyatakan rasa tidak senang terhadap penyertaannya dalam acara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Umno, PAS bawa lari isu Parlimen ke dalam stadium

Posted: 04 Dec 2016 05:50 PM PST

Raja Bahrin mengecam tindakan Umno, PAS 'hijack' isu Rohingya demi kepentingan politik murahan dan mahu perdana menteri mengadakan sidang Parlimen khas untuk membahas isu kekejaman ke atas Muslim Rohingya.
raja-bahrin
PETALING JAYA: Amanah hari ini mempersoalkan sikap Umno dan PAS yang membisu terhadap usul dibawa pembangkang di Dewan Rakyat baru-baru ini bagi membincangkan krisis terbaru melibatkan penduduk Rohingya di Myanmar, sambil mendakwa kedua-dua parti menganjurkan perhimpunan di sebuah stadium semalam demi kepentingan politik masing-masing.
Datuk Raja Bahrin Shah yang mengetuai Biro Antarabangsa Amanah berkata usul membincangkan isu itu ditolak dengan alasan ia mencampuri hal ehwal negara luar.
"Anehnya lebih kurang seminggu selepas itu, Umno-BN bersama PAS menyertai Himpunan Solidariti dengan Rakyat Rohingya di Stadium Titiwangsa. Tajuk isunya adalah sama, kekejaman atas Muslim Rohingya.
"Ini bermakna isu-isu yang sepatutnya dibahas secara serius di Parlimen telah dibawa lari ke sebuah stadium untuk dibahas oleh hanya Umno dan PAS," kata ahli Parlimen Kuala Terengganu itu dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, tindakan speaker Dewan Rakyat menolak usul membincangkan kekejaman ke atas etnik Rohingya pada 24 November lalu menunjukkan ahli Parlimen dinafikan hak untuk menyuarakan pandangan rakyat diwakili mereka.
Malah, katanya, Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang diadakan semalam bertujuan mengambil kesempatan daripada penderitaan etnik Rohingya demi kepentingan politik dua PAS dan BN, bukannya untuk mencari penyelesaian bagi menamatkan isu itu.
"Kami ahli Parlimen pembangkang terutamanya, tidak redha isu sepenting ini di 'hijack' parti politik tertentu sahaja untuk kepentingan politik murahan mereka dan menafikan Parlimen Malaysia membuat ketetapan rasmi untuk negara dan rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

‘Mahathir rela diperkudakan DAP asalkan Umno musnah’ - Puad Zarkashi

Posted: 04 Dec 2016 05:48 PM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengaku bahawa pandangan beliau dahulu tentang DAP adalah tidak benar.
Beliau menganggap kehadiran pertamanya di Persidangan Tahunan DAP 2016, semalam sebagai satu 'pengalaman baru'. Baginya DAP adalah parti yang mewakili pelbagai kaum, bukan hanya kaum Cina semata-mata.
dap national congress 041216 lim kit siang mahathir mat sabuBaru dia tahu DAP bukan parti Cina, tetapi sebuah parti pelbagai kaum. "Pandangan saya mengenai DAP sebelum ini tidak betul," katanya.
Tidak sukar untuk memahami kenapa Mahathir berkata sedemikian. Bukan kerana beliau mudah lupa tetapi Mahathir terpaksa buat buat lupa untuk menghalalkan strateginya untuk menjahanamkan Umno.
Mahathir sanggup diperkudakan oleh DAP untuk menjawab serangan Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan penggulungannya bahawa Umno sekarang ini berlawan dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP bukannya Mahathir.
Dendam kesumat
Kini jelas Lim Kit Siang adalah Ketua De Facto Pembangkang bukannya Mahathir.
Mengheret Mahathir ke Persidangan Tahunan DAP dan memintanya berucap membela DAP merupakan kejayaan halus DAP memperkudakan bekas perdana menteri itu.
Tetapi Mahathir tidak peduli semua itu asalkan Umno musnah dan lebur dalam pilihan raya umum ke-14.
Dendam kesumat Mahathir terhadap Najib kerana tidak membantu anaknya, Datuk Seri Mukhriz menang Naib Presiden Umno tidak lagi boleh dibendung selain isu jambatan bengkok dan isu Proton.
Ternyata pendedahan Najib sewaktu ucapan penggulungan menjadikan DAP seperti cacing kepanasan dan defensif. Mereka tidak menjangka Najib akan berbuat demikian.
Macam macam alasan Mahathir untuk memuji DAP seperti pengunaan bahasa kebangsaan dalam lagu DAP termasuk ucapan yang disampaikan dalam bahasa kebangsaan. "Ini tak terdapat dalam MCA," ujarnya.
Tetapi lupakah Mahathir, DAP hanya meniru strategi PAP Singapura. Lagu Kebangsaan Singapura adalah dalam Bahasa Melayu, tetapi apa terjadi kepada orang Melayu akibat dasar Malaysian Malaysia yang diamalkan di Singapura?
Dasar yang sama inilah juga digunakan oleh DAP. Mereka memperjuangkan 'Malaysian Malaysia' atau sekarang dikenali 'Middle Malaysia'. Itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu dalam Fasal 153.
Negara Kristian
Read More / Baca Lagi >>

‘Tak masuk akal 700,000 warga China ke Forest City’ sembang MB Johor

Posted: 04 Dec 2016 05:47 PM PST

Dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City adalah tidak masuk akal, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata ia hanya hasutan untuk menakut-nakutkan rakyat Johor dan mahu melihat Johor gagal dalam mencapai cita-citanya.
Mohamed Khaled menarik perhatian bahawa projek Forest City memakan masa kira-kira 30 tahun, dan antara perkara yang menjadi tarikan pelaburan ke Johor adalah kos perniagaan dan sara hidup yang rendah berbanding Singapura dan Kuala Lumpur, misalnya.
"Lepas 30 tahun mungkin akan ada 700,000 warga asing di Johor tetapi mustahil semuanya adalah warga China," katanya kepada pemberita selepas menutup Sukan Muafakat 2016 Kawasan Rukun Tetangga Zon Air Biru, di Johor Bahru, semalam.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa warga China berkenaan akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Mohamed Khaled seterusnya berkata beliau yakin rakyat Johor akan berfikir secara logik, dan mengingatkan mereka agar tidak mudah terikut-ikut dengan dakyah yang tidak masuk akal.
Menurutnya, Dr Mahathir tidak memahami cara Johor, dan tidak mahu melihat Johor berkembang maju.
"Kita di Johor tidak mahu sekadar menjadi 'laman belakang' Singapura, kita mahu membangun atas usaha kita, kemampuan kita, kekuatan dan kedudukan Johor itu sendiri," tegas menteri besar itu.
Katanya, Forest City merangkumi pembangunan kawasan perdagangan, pelancongan, perhotelan, kediaman, perkhidmatan dan sebagainya.
Forest City, dengan keluasan lebih 1,386.05 hektar, dibina atas empat pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Turun padang, rampas kerusi pembangkang - Zahid

Posted: 04 Dec 2016 05:46 PM PST

Semua pengerusi badan perhubungan Umno negeri diminta turun padang bagi bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk tumpuan terhadap kawasan berpotensi mampu dirampas semula daripada pembangkang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi berkata gendang perang sudah dipalu pada Perhimpunan Agung Umno 2016 untuk semua jentera parti menggerakkan usaha bagi memenangi PRU akan datang.
Justeru, beliau meminta jentera parti parti merapatkan barisan dalam kalangan anggota dan juga dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi memastikan setiap pengundi berdaftar dalam senarai semakan mereka ditemui.
Insya-Allah kita mampu menang besar dengan syarat DNA Umno dan parti komponen BN yang sekian lama menjadi garis panduan dan asas perjuangan dipertahankan serta memastikan kesetiaan penyokong BN tidak terlepas, katanya.
"Melalui cara itu, saya berkeyakinan kita dapat tebus beberapa kekecewaan yang kita alami sebelum ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis jamuan malam dan penyampaian hadiah Kejohanan Golf Piala AZH di Colmar Tropicale Berjaya Hotel & Resort, Bukit Tinggi, di Bentong, malam semalam.
Lebih 1,100 perserta menyertai kejohanan edisi ketiga itu bagi merebut hadiah utama berupa sebuah kereta proton Saga 1.3 CVT.
Read More / Baca Lagi >>

Mustahil PAS, Umno adakan kerjasama politik

Posted: 04 Dec 2016 05:13 AM PST

Beberapa jam selepas Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpegangan tangan dalam himpunan membela Rohingya, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa parti itu tetap bersaing dengan Umno.
Dalam kenyataan kepada media Tuan Ibrahim berkata sebarang dakwaan yang "mencanangkan" wujud kerjasama politik antara PAS dan Umno adalah fitnah.
Dari sudut politik, katanya, sejarah membuktikan PAS adalah saingan utama kepada Umno terutama dalam isu berkaitan Islam dan kebajikan rakyat.
Mengenai kehadiran pimpinan utama PAS sepentas dengan Najib serta pimpinan Umno di Stadium Mini Titiwangsa di Kuala Lumpur siang tadi, Tuan Ibrahim menyatakan isu berkenaan sudah diperjuangkan lama sebelum ini.
Malah katanya, perhimpunan hari ini adalah yang ketiga dihadiri PAS dalam isu Rohingya dan akhirnya langkah itu diikuti Umno.
"Jika PAS bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak PAS?" katanya.
Berikut kenyataan penuh Tuan Ibrahim bagi menjawab fitnah yang dilemparkan dalam isu kerjasama antara PAS dan Umno:
Kerjasama politik pada asasnya melibatkan rundingan kerusi.
Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi-kerusi yang dimenangi mereka untuk dilepaskan ke tangan PAS begitu sahaja, dan sudah pastinya PAS juga tidak akan melepaskan kerusi-kerusi menangnya yang jumlahnya jauh lebih kecil berbanding apa yang Umno ada.
Oleh itu, adalah mustahil bagi PAS dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara PAS dan Umno hanyalah fitnah.
Dari sudut politik, sejarah membuktikan PAS adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun PAS tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat.
Contohnya, PAS di Kelantan mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno.
Hari ini PAS juga mengemudi RUU 355 dan bantahan terhadap penindasan Rohingya (untuk makluman semua, hari ini adalah kali ketiga PAS berhimpun untuk Rohingya), dan akhirnya Umno turut serta menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan juga bantahan kepada Rohingya.
Jika PAS bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak PAS?
PAS adalah parti pembangkang yang matang dan efektif, di mana ia mampu membezakan isu yang perlu bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan. Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin Yassin: Biar Umno kalah PM tetap Melayu, bukan DAP

Posted: 04 Dec 2016 04:45 AM PST

Kerajaan Malaysia tetap diketuai pemimpin Melayu walaupun Umno kalah dalam pilihan raya, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Malah dalam pertemuan saya dengan pimpinan DAP, mereka bersetuju bahawa perdana menteri Malaysia mestilah orang Melayu dan bukan daripada parti DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru itu menurut beliau, tidak ada sebab untuk orang Melayu takut kedudukan mereka terancam jika Umno kalah dalam pilihan raya umum.
"DAP tidak akan dapat mengalahkan Umno. Yang akan mengalahkan Umno ialah parti-parti yang dipimpin oleh orang Melayu iaitu BERSATU, PAS, PKR dan AMANAH," katanya.
Bekas timbalan perdana menteri itu membuat kenyataan hari ini sebagai membidas ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-70 yang berakhir semalam.
Dalam ucapannya - serta perwakilan lain - Umno menyifatkan hak dan keistimewaan orang Melayu akan terhakis sekiranya pembangkang berkuasa.
Jelas Muhyiddin, tindakan Najib dan penyokongnya memainkan sentimen kebencian terhadap DAP untuk menakut-nakutkan Melayu menunjukkan mereka semakin gelisah apabila pengundi kini mempunyai alternatif lebih baik dan meyakinkan berbanding Umno.
Sementara itu, beliau turut membidas objektif PAU tahun ini lari dari objektifnya berbanding perhimpunan terdahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)