Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Kenyataan Najib untuk tutup kerosakan terhadap negara'

Posted: 31 Dec 2016 09:54 PM PST

Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembangunan yang diusahakan kerajaan sepanjang tujuh tahun beliau bergelar perdana menteri hanyalah untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan terhadap negara ini.
Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kaiat berkata, bukan hanya pembangkang malah rakyat juga menyaksikan sendiri kerosakan yang dilakukan lebih banyak berbanding pembangunan seperti yang dinyatakan.
"Beliau cuba menutupi kerosakan negara dengan kenyataan kononnya pelbagai pembangunan telah diusahakan.
"Memang banyak projek yang dilaksanakan beliau termasuklah projek 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang memalukan negara, penurunan mata wang negara, meningkatkan hutang negara, pecat timbalan perdana menteri dan banyak lagi," katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, Najib dalam satu kenyataan menegaskan, hujah pembangkang yang menafikan pembangunan yang diusahakan adalah tidak lebih daripada 'kata-kata kosong' dan 'sengaja buat-buat tidak nampak'.
Menurut Najib, pelbagai pembangunan telah dilakukannya sekali gus mencipta beratus ribu peluang pekerjaan selain memangkin ekonomi negara secara berterusan.
Suhaizan berkata, situasi membandingkan Najib dengan kepimpinan terdahulu adalah perkara yang tidak dapat dielakkan.
"Pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bergelar perdana menteri, beliau juga dibandingkan dengan Tun Mahathir Mohamad. Jadi isu ini memang tidak boleh dielakkan," ulasnya.

Tangkap pemimpin curi duit rakyat, bukan turunkan papan iklan 'Bebas Anwar'

Posted: 31 Dec 2016 09:46 PM PST


Wan Azizah ketika ditemui media di Yayasan Aman Penanti semalam
Pihak polis sepatutnya memberi perhatian serius terhadap pemimpin yang mencuri duit rakyat berbanding memberi tumpuan untuk menurunkan papan iklan #BebasAnwar#Selamatkan Malaysia.
Ahli parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, banyak lagi perkara bermanfaat yang boleh dilakukan oleh pihak polis untuk mencegah jenayah daripada menurunkan papan iklan atau 'Billboard' #BebasAnwar#Selamatkan Malaysia.
"Majlis Perbandaran Seberang Perai boleh melaksanakan kerja-kerja menurunkan papan iklan dan bukannya tugas polis untuk bertindak demikian.
"Tindakan ini secara jelas membuktikan betapa takutnya kerajaan Umno dan BN terhadap sokongan rakyat terhadap oposisi.
"Banyak lagi tugas polis yang boleh dilakukan untuk mencegah jenayah dari memberi tumpuan terhadap papan iklan tersebut, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan program penutup 'JomBaca' yang diadakan di Penanti, semalam.
Polis bertindak menurunkan papan iklan #BebasAnwar#Selamatkan Malaysia di Jalan Baru, Alma, Bukit Teh dan Permatang Tinggi.
Wan Azizah juga berkata, tindakan pihak polis menahan seorang petugas yang memasang papan iklan tersebut di Jalan Baru, Perai serta didakwa dibawah Akta Hasutan adalah tidak wajar.
"Umno dan BN semakin terdesak untuk menyekat kebangkitan rakyat yang terbukti telah beralih sokongan.
"Mereka juga terpaksa menggunakan apa jua cara termasuklah memperkudakan pelbagai agensi kerajaan untuk memastikan sokongan rakyat terhadap pembangkang terhakis.
Read More / Baca Lagi >>

Orang gila kat Sekinchan pun tak pakai tuala

Posted: 31 Dec 2016 09:36 PM PST

Skandal Felda: Peneroka FELDA habiskan sisa hidup dengan berhutang

Posted: 31 Dec 2016 09:35 PM PST

PEMBELIAN 37% PEGANGAN EHP TIDAK MEMBERI FELDA KUASA OPERASI KE ATAS BANK TANAH

Posted: 31 Dec 2016 09:30 PM PST

Setakat ini, Felda masih mempertahankan pembelian 37% pegangan dalam Eagle High Plantations (EHP) pada harga yang tiga kali ganda lebih mahal (berbanding harga saham purata 52-minggu) atas alasan berikut:
EHP mempunyai bank tanah yang besar iaitu 425,000 hektar dan pembelian ini akan membuka potensi tanah-tanah itu kepada Felda
EHP sedang membangunkan perniagaan kilang penapis gula yang akan memberi akses kepada Felda
Oleh sebab itu, Felda mempertahankan pembelian pada harga hampir 3 kali ganda itu dengan hujah nilai sebenar syarikat perladangan seperti EHP tidak boleh ditentukan oleh harga saham semata-mata tetapi lebih tepat dengan melihat "nilai ekonomi" (atau Economic Value, EV) yang dijana.
Saya tidak mahu mengheret rakyat ke kancah pertikaian perkara kecil seperti perbandingan EV dari satu syarikat perladangan kepada syarikat yang lain selagi isu asas iaitu bagaimana Felda akan membayar pembelian ini tidak dijawab.
Namun, saya perlu memaklumkan orang ramai bahawa walaupun pembelian 37% saham oleh Felda itu akan menjadikannya pemegang saham terbesar di dalam EHP, tetapi kuasa untuk mengawal syarikat masih berada di tangan Tan Sri Peter Sondakh. Ini adalah kegilaan yang tidak pernah berlaku iaitu pemegang saham yang bukan terbesar mendapat kuasa mengawal syarikat.
Perkara ini ditunjukkan di dalam laporan-laporan berikut yang saya sertakan bersama semasa urusniaga ini mula-mula dibincangkan dalam tahun 2015 dahulu:
i. Laporan CIMB bertarikh 15 Jun 2015 mukasurat 3
ii. Laporan Credit Suisse bertarikh 15 Jun 2015
Read More / Baca Lagi >>

Terus positif bangkit hadapi cabaran 2017

Posted: 31 Dec 2016 09:15 PM PST

OLEH MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Ketibaan tahun baru 2017 adalah detik getir yang akan menduga ketahanan rakyat Malaysia untuk mendepani cabaran persekitaran. Ini memandangkan perubahan-perubahan kritikal akan berlaku meliputi aspek politik, ekonomi, sosial dan geo-strategi semasa.
Tahun 2017 bakal menyaksikan amalan demokrasi yang membentuk sistem politik sejagat akan diuji ketahanannya. Kemenangan Donald Trump, peristiwa Brexit, adalah indikasi kritikal akan kemampanan sistem tersebut sebagai saluran politik sederhana untuk membentuk tatakelola rakyat yang baik.

Partisipasi rakyat dalam ruang demokrasi perlu ditingkatkan. Rakyat perlu peka terhadap hak serta ruang untuk mereka bersuara serta melibatkan diri dalam lapangan aktivisme masyarakat madani.
Tahun 2016 telah mendedahkan kita dengan pelbagai kepincangan dan kebobrokan terutama seperti polemik 1MDB yang kini menjerut kemampanan ekonomi rakyat.
Pendedahan skandal rasuah membabitkan beberapa orang pegawai Jabatan Air Sabah, seharusnya menyedarkan rakyat Malaysia betapa membarahnya gejala tersebut dan betapa pentingnya rakyat perlu terus bersuara untuk memperjuangkan karamah insaniyyah mereka.
Kejatuhan nilai ringgit serta menguncupnya ruang ekonomi untuk rakyat yang disaksikan sepanjang 2016, adalah indikasi jelas akan cabaran ekonomi yang bakal dihadapi rakyat.
Gelombang Revolusi Industri Keempat mulai menampakkan kesan sedikit demi sedikit. Gelombang ini menuntut kita membentuk ketahanan diri yang dinamik untuk mendepani.
Atas semangat zaman yang serba mencabar ini; generasi muda harus berperanan untuk menghembuskan nafas baharu dalam bentuk "capital empowerment".
Gelombang kemandirian sosio-ekonomi yang bakal melatari tahun 2017 dan tahun-tahun mendatang; menggamit generasi muda untuk berperanan untuk mengetengahkan idea, melakar serta memeta jalan ke arah masa depan yang sangat bermakna untuk umat.
Krisis kemanusiaan sejagat semakin getir. Kemelut di Syria sudah melewati fasa baru yang menguji keprihatinan umat dan masyarakat sejagat.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM minta penjawat awam henti main golf di luar negara

Posted: 31 Dec 2016 09:10 PM PST

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.
Katanya, SPRM sentiasa melakukan pemantauan dan mempunyai maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh penjawat awam.
"Saya ingin menasihatkan golongan penjawat awam ini agar menghentikan serta merta aktiviti mereka dan tidak perlulah mereka keluar negara untuk bermain golf khususnya di Indonesia dan Thailand.
"Di Malaysia sudah terdapat begitu banyak padang golf yang serba indah dan lengkap dengan prasarananya. Adalah lebih baik bagi mereka memakmurkan sahaja padang golf tempatan sambil membantu menjana hasil pendapatan pengusaha padang golf di negara ini.
"They are not professionals golfers dan tidak ada keperluan untuk mereka ke luar negara semata-mata untuk bermain golf," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Dzulkifli turut berkata rasuah yang berlaku di kalangan penjawat awam dilihat semakin membimbangkan dan beliau mengingatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan terhadap rakyat dan negara.
"Segelintir penjawat awam kadang kala lupa mereka seharusnya berkhidmat untuk rakyat dan menjadi pelindung kepada hasil dan kepentingan negara.
"Sekiranya jenayah rasuah dan penyelewengan ini tidak dibendung dan dibiarkan berleluasa ia bukan sahaja boleh menghakis keyakinan rakyat tetapi juga akan mengakibatkan kebajikan dan kepentingan rakyat terjejas," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Nafi teragak-agak
Sementara itu beliau menafikan pihaknya teragak-agak untuk melakukan siasatan melibatkan ahli politik.
Sebaliknya katanya ia hanyalah persepsi yang sengaja dimainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Timb Menteri UMNO: 'Siapa Mahathir nak persoal ibadat orang lain?'

Posted: 31 Dec 2016 09:09 PM PST

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak berlagak pandai dalam hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadat haji orang lain.
Sebaliknya, katanya, bekas pemimpin itu perlu bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan sebelum ini termasuk semasa zaman kepimpinan beliau.
"Siapa dia hendak mempersoalkan ibadat orang lain? Tidak wajar Dr. Mahathir cuba mainkan peranan Tuhan selepas mendapat pelbagai nikmat dan rezeki daripada Allah SWT.
"Jika Rasulullah SAW pun tidak tahu tentang hal ibadat individu lain, apatah lagi orang biasa. Apa yang penting, individu yang melaksanakannya benar-benar ikhlas dan tahu apa yang dilakukan," katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.
Asyraf berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa mereka yang melaksanakan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.
Mahathir mendakwa jemaah tersebut tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan haram yang dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu Exco Pemuda Umno Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya pula meminta supaya Mahathir tidak membuat hukum sendiri apabila menuduh orang yang melaksanakan ibadah haji melalui 1MDB tidak mendapat haji mabrur.
Read More / Baca Lagi >>

FOMCA: Kerajaan digesa tangguh kenaikan barangan & perkhidmatan

Posted: 31 Dec 2016 09:07 PM PST

YUSOF FOMCASHAH ALAM, 1 JAN: Kerajaan Persekutuan perlu menangguhkan sebarang kenaikan harga barangan mahupun tarif perkhidmatan ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat tahun ini.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, hal itu kerana beberapa isu kenaikan harga barangan yang diumumkan.

Katanya, selain isu peningkatan harga barangan, nilai mata wang negara yang rendah juga akan memberi kesan.
"Bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk, kerajaan diharapkan dapat menangguhkan kenaikan atau tarif perkhidmatan.
"Kita menjangkakan kos sara hidup menjangkakan kos sara hidup pada tahun ini meningkat berikutan beberapa isu peningkatan harga barangan," katanya ketika dihubungi SelangorKini.
Abdul Rahman berkata rakyat perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan itu supaya ia tidak memberi kesan besar dalam kehidupan seharian.
"Sebagaimana laporan persatuan majikan, mereka turut menjangkakan lebih ramai pekerja akan diberhentikan. Jadi rakyat perlu bersedia.
Read More / Baca Lagi >>

Kos sara hidup meningkat, rakyat mahu pekerjaan gaji lebih selesa

Posted: 31 Dec 2016 09:06 PM PST

SHAH ALAM, 1 JAN: Gara-gara kos sara hidup semakin meningkat, rata-rata pengunjung yang hadir ke Karnival Selangor Job Fair 2016 mahu mencari pekerjaan dengan gaji lebih lumayan walaupun mempunyai kerja semasa.
Eliza Aini Ahmad, 27, berkata dengan kos sara hidup semakin meningkat memberi tekanan kepada rakyat masa kini apabila pekerjaan sekarang masih tidak mampu menanggung perbelanjaan harian yang tinggi.
"Pendapatan masa kini walaupun nilai tinggi lebih dari zaman dahulu tetapi masih menjadi terbeban apabila semua barangan semakin mahal, apatah lagi saya mempunyai dua anak kecil yang perlu dihantar ke rumah pengasuh. Kos ke rumah pengasuh sahaja sudah cukup mahal jika hidup di bandar.
"Walaupun saya dan suami bekerja, tetapi kami perlu fikir untuk menambah pendapatan lain apabila anak-anak semakin membesar, disitu berlaku pertambahan kos bagi kemasukan persekolahan. Jika anak ramai, lagi tinggi kos perbelanjaan," katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di Karnival Selangor Jobs Fair 2016 di Dataran kemerdekaan, di sini, semalam.
Sementara itu, Muhammad Zulaiman Aziz, 27, berkata, beliau datang ke Job Fair itu dengan tujuan mendapat tawaran pekerjaan lebih baik dengan gaji lebih tinggi berbanding diterima sedia ada.
"Zaman sekarang susah mahu mencari pekerjaan yang sama dengan bidang yang kita belajar ketika di universiti dulu. Kerja saya kerja sekarang ni pun sudah lari bidang.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada kaitan wang 1MDB dengan haji mabrur, kata mufti Pahang

Posted: 31 Dec 2016 09:03 PM PST

Mufti Pahang berkata jika ada pihak yang memberi wang untuk seseorang menunaikan haji, wang itu menjadi hak mutlaknya dan tidak wajar dipersoalkan sumbernya.
Dr-Abdul-Rahman-Osman
PETALING JAYA: Hanya Allah saja yang layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak, kata mufti Pahang.
Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah dan tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.
"Orang yang menerima mabrur ini adalah daripada Allah, apabila kita lakukan ibadah haji dengan sempurna, ikhlas, khusyuk dan seluruhnya. Banyak kategori yang menyebabkan seseorang itu boleh mabrur, bukan kerana duit.
"Mabrur ini kita nak tahu apabila selepas menunaikan haji, akan berlaku perubahan daripada segi ibadah dan keperibadian dia. Dia akan jadi orang yang lebih baik, meningkat amal soleh dan itu yang dikatakan mabrur," katanya kepada FMT.
Sebelum ini, pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur.
Bekas perdana menteri itu juga berkata ia berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, Rahman berkata jika ada pihak yang memberi wang untuk seseorang menunaikan ibadah haji, wang berkenaan menjadi hak mutlaknya dan tidak wajar dipersoalkan sumbernya.
"Daripada segi pemberian, orang memberi kita sesuatu, itu sudah menjadi hak kita, tidak perlu tanya orang yang memberi dan hasilnya daripada apa. Yang penting, dia (pemberi wang) melepaskan jalan untuknya mengerjakan haji.
Read More / Baca Lagi >>

2017: Daftar mengundi untuk lakukan perubahan

Posted: 31 Dec 2016 09:02 PM PST


Wan Azizah Wan Ismail
Sempena tahun baharu 2017, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Beliau berkata, pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dijangka diadakan pertengahan tahun ini dan mereka yang belum mendaftarkan diri untuk mengundi harus berbuat demikian bagi melayakkan mereka memilih pemimpin negara.
"Perubahan tidak akan berlaku jika kita tidak bersatu tenaga dan usaha. Jika anda atau ahli-ahli keluarga yang sudah mencecah usia 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi, silalah segera daftar. Undi itu penentu masa depan negara," katanya dalam perutusan tahun baharu 2017.
Menurut beliau yang juga Presiden PKR, tahun 2017 perlu dijadikan tahun untuk mengingatkan rakyat bahawa tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan peranan pembangkang pula ialah memastikan berlakunya semak dan imbang.
"Jangan kita yang dipilih rakyat ini mengharapkan ucapan terima kasih, tapi kita perlu berusaha lebih gigih untuk memastikan wang ringgit rakyat diguna dengan cukup bertanggungjawab untuk menjana suasana dalam negara yang memangkin kemajuan ke arah Malaysia yang lebih baik," katanya lagi.
Selain itu katanya, institusi-institusi kehakiman, kerajaan, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memerlukan reformasi untuk memastikan kesemua institusi ini tidak disalah guna satu kelompok kleptokrat untuk merompak hasil negara dan memiskinkan masa depan generasi akan datang.

PADAN MUKA KORANG !!!

Posted: 31 Dec 2016 08:22 PM PST

KE MANA Najib anak beranak sekeluarga SETIAP KALI SAMBUT TAHUN BARU KALI INI ??!!

Tahun lps di Dubai, KINI KE AUSTRALIA..

Apa nak bising-bisingkan. Dia bukan guna duit dia pun, duit rakyat duit dialah.

INGAT, SIAPA YANG UNDI BN & beri mandat kepadanya?

Rakyat berang minyak naik, Najib sekeluarga bercuti di Australia dengan wang rakyat

Posted: 31 Dec 2016 08:14 PM PST


Gambar di Instagram Norashman, anak lelaki perdana menteri menunjukkan mereka sedang bercuti di AustraliaGambar di Instagram Norashman, anak lelaki perdana menteri menunjukkan mereka sedang bercuti di Australia
Ketika rakyat mengeluh dengan kenaikan harga petrol dan diesel sehingga ada terpaksa beratur panjang di stesen minyak menjelang tahun baharu 2017, lain pula halnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekeluarga yang tersenyum riang menikmati percutian panjang di Australia.
Demikian juga banjir yang sedang melanda di Kelantan dan Terengganu sehingga mengakibatkan sesi persekolahan di kawasan terjejas terpaksa ditunda, anak Najib, Mohd Norashman seronok berswafoto bermain golf, menonton persembahan penguin dan berbasikal.
Lokasi percutian keluarga Presiden Umno itu dapat dikenal pasti apabila Norashman menghantar sejumlah gambar berkaitan aktiviti liburnya di Instagram bersama tag "#perth", ""#goldcoast"dan "#meadowsprings".
Dalam perkongsian beliau semalam di Instagram misalnya, Norashman yang juga fasih berbahasa Cina itu memberitahu berbasikal dengan ayahnya.
Pada masa sama, portal berita Malaysiakini dalam laporannya malam tadi turut mendedahkan data penerbangan pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 berpandukan laman pengesanan penerbangan Flight Aware.
Pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 merentasi Australia serentak dengan tarikh percutian keluarga PMPesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 merentasi Australia serentak dengan tarikh percutian keluarga PM
Maklumat tersebut termasuklah ketika pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu terbang merentasi Australia yang serentak dengan tarikh percutian keluarga Najib.
Pesawat 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pukul 12.07 malam dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.
Dari Gold Coast, 9M-NAA berlepas pada tarikh yang sama pukul 11.47 pagi dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.
Akaun Norashman di Instagram kemudiannya menunjukkan anak bongsu Najib itu bermain golf di Gold Coast pada 23 Disember diikuti keesokannya melawat Sea World Gold Coast.
Selanjutnya pada 26 Disember, Malaysiakini melaporkan 9M-NAA berlepas dari Brisbane pukul 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pukul 9.35 pagi.
Pada hari sama juga, 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.
Seterusnya, Instagram atas nama Norashman pada 28 Disember memaparkan anak Najib itu bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth dan esoknya dilihat berbasikal di Perth.
Akhirnya, pada 30 Disember, Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.
Sementara itu, tinjauan Malaysia Dateline di akaun rasmi Facebook Najib lewat malam tadi mendapati ramai warga internet mengecam keputusan kerajaan menaikkan harga RON 95 sebanyak 20 sen, RON 97 (15 sen) dan diesel 20 sen berkuatkuasa mulai 1 Januari.
Read More / Baca Lagi >>

HIPOKRASI NAJIB?

Posted: 31 Dec 2016 08:11 PM PST

Antara intipati atau mesej dalam perutusan Tahun Baru 2017 oleh Najib Razak ialah beirkrar akan sentiasa mengutamakan kepentingan keselamatan serta kebajikan rakyat.

Mesej beliau itu disebarkan melalui media pada petang semalam.
Tetapi, hanya beberapa jam kemudian iaitu pada sebelah malamnya sudah diumumkan kenaikan petrol dan diesel sebanyak 20 sen.

Kenaikan yang merupakan "hadiah Tahun Baru paling bernilai"  itu lantas menyebabkan stesen-stesen minyak di seluruh negara sesak dengan pengguna kenderaan yang beratur panjang untuk mengisi petrol dan diesel sebelum harganya dinaikkan menjelang jam 12 malam.
Lalu, di mana janji menjaga kebajikan rakyat?

Kemudian terdedah pula percutian Najib bersama keluarganya di beberapa lokasi percutian di Australia.
Sejak menjadi Perdana Menteri, bercuti di hujung tahun dan seterusnya menyambut Tahun Baru di luar negara seperti sudah menjadi "amalan wajib"  bagi Najib, tidak kira apa pun kemelut atau kekalutan yang sedang berlaku dalam negara.
Banjir, ribut taupan, hutang negara mencanak, saham Felda merudum, ringgit jatuh, rakyat dibebani kesusahan, harga minyak naik dan apa juga keperitan yang berlaku dalam negara..."coti tetapi coti" bagi Najib yang sentiasa basah dengan perkataan wassatiyah di bibirnya.

Cuba lihat di mana Presiden Indonesia, Joko Widodo berada di ketika Tahun Baru 2017 menjelma. 
Tanpa kerap menyebut perkataan wassatiyah, Jokowi tidak hipokrasi antara kelakuan dan kata-katanya yang diucapkannya.

Haji tak mabrur jika guna duit 1MDB, kata Mahathir

Posted: 31 Dec 2016 08:09 PM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD) tidak akan mendapat haji yang mabrur.
Ia kerana katanya, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang didakwanya dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi, kita buat kerja haji, bagus ke tidak?
"Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur," katanya ketika berucap dalam program Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).
Video berdurasi 1.04 saat itu turut dikongsikan di blog http://www.azmykelanajaya.com/
Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan - melalui Yayasan 1MDB - akan menaja ketua-ketua kampung menunaikan rukun Islam kelima di Makkah.
Katanya penghulu terpilih juga akan diberi sumbangan berbentuk wang tunai untuk perbelanjaan mereka di Tanah Suci itu nanti.
Untuk makluman, pengumuman itu bukanlah yang pertama untuk Yayasan 1MDB menghantar orang terpilih mengerjakan haji.
Sejak tahun 2011, Yayasan 1MDB telah menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara telah dihantar untuk menunaikan ibadah haji. Jumlah itu ditingkatkan kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).
Bagi tahun 2016, seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih untuk menyertai program ini.
Sementara itu, Tun Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU turut berkata, dengan cara inilah Najib telah merosakkan negara.
"Inilah Najib dan dia telah rosakkan negara kita ini dengan cara yang cukup buruk sampai sekarang ini negara kekurangan duit. Sekarang ini kalau minta ubat dia suruh beli sendiri," katanya.

KERUGIAN DAN SKANDAL FELDA : NAJIB DAN UMNO KENA TARIK BALIK UCAPAN DASAR PAU.

Posted: 31 Dec 2016 07:28 AM PST

1. Kedudukan akaun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang berada dalam keadaan yang tenat serta tidak setabil dan saham Felda Global Venture Holdings Bhd (FGVH) yang jatuh keparas rendah menimbul kerisauan peneroka dan rakyat tentang krisis pengurusan kewangan Felda.Ini ditambahkan lagi dengan pembelian 37% saham Syarikat Eagle High Plantations (EHP) dimiliki PT Rajawali Capita dengan kadar harga 2-3 kali ganda melebihi harga pasaran. Pembelian Felda ini menggunakan syarikat khas milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP).

2. Pembelian saham EHP dengan kadar harga yang tinggi tidak menjadikan FICP sebagai pemegang saham yang mempunyai kuasa pemutus atau kuasa pengawal dalam pengurusan EHP kerana majoriti saham EHP tetap dipegang PT Rajawali Capita walaupun FICP memiliki 37 peratus saham syarikat itu.

Pembayaran RM2.26 bilion hanya sekadar menjadikan FICP pemegang saham minoriti (minoriti share holder) yang besar dikalangan pemegang saham minoriti dan tidak memiliki kuasa untuk pengawal pengurusan menimbulkan persoalan apakah jenis plan perniagaan yang dilakukan oleh Felda.

3. Sepatutnya FICP hanya perlu membayar pada harga RM826 juta sahaja.Apa yang berlaku FICP membayar 173% atau RM1.43 bilion lebih dari harga sebenar.

" Adakah titik akhir RM1.43 bilion berakhir dalam akaun peribadi Malaysian Official One (MO1) sebagai 'derma' dari Felda?.

Kebimbangan dan kerisauan warga Felda dan rakyat Malaysia sekarang ialah apakah ini 'skandal 1MDB part 2' yang akan meranap ekonomi Malaysia".

Disamping itu EHP juga terkenal sebagai sebuah syarikat perladangan yang gagal menjual stok sahamnya sejak Julai 2012.

MELAYU UMNO SAPU CERAH ,CINA DAP YANG DI SALAH

4. Krisis yang melanda Felda hari ini sangat bertentangan dengan apa yang diucapkan oleh Najib dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 baru-baru ini.

"Najib cuba menimbulkan ketakutan bangsa Melayu kononnya jika UmnoBn kalah PRU14 ini maka DAP yang akan menerajui kerajaan Malaysia dan Cina DAP yang akan jadi Perdana Menteri.

Bila Cina DAP jadi PM dan terajui kerajaan Malaysia maka habis semua institusi Melayu dan Islam akan di tutup termasuk agensi-agensi seperti Felda akan ditutup.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir: 15 sekolah Kelantan & 25 sekolah Terengganu ditutup esok

Posted: 31 Dec 2016 07:26 AM PST

KOTA BHARU 31 DIS: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menangguhkan hari pertama sesi persekolahan 2017 bagi 13 sekolah rendah dan dua sekolah menengah di daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli esok berikutan laluan ke sekolah terbabit ditenggelami banjir.
Pengarahnya, Jaafar Ismail, berkata jumlah itu merangkumi lapan sekolah di daerah Kuala Krai, lima sekolah di daerah Tanah Merah dan dua sekolah daerah Jeli.
Lapan sekolah terbabit di daerah Kuala Krai ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Karangan, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Kuala Nal, SK Pasir Gajah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gajah dan SK Pasir Kelang.

"Lima sekolah di daerah Tanah Merah ialah SK Sokor, SK Kampung Panjang, SK Ladang Kerilla, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla dan SK Kulim manakala di daerah Jeli ialah SK Kuala Balah dan SMK Kuala Balah," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keselamatan guru dan pelajar sekolah yang mungkin berdepan bahaya banjir jika hadir ke sekolah esok.
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 25 buah sekolah di tiga daerah di negeri ini tidak dapat beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan 2017 esok, berikutan banjir yang melanda sejak awal pagi tadi.
Penangguhan sesi persekolahan itu membabitkan hampir 3,392 pelajar dan 490 guru di daerah Marang, Hulu Terengganu, dan Setiu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, berkata daerah paling teruk terjejas ialah Hulu Terengganu apabila 22 sekolah iaitu 19 sekolah kebangsaan (SK) dan tiga sekolah menengah (SMK) terpaksa ditutup akibat banjir.
Katanya, antara sekolah yang ditutup di Hulu Terengganu adalah SK Tengkawang; SK Kuala Ping; SK Teris; SK Kuala Jenderis; SK Padang Setebu; SK Matang; SK Sungai Buloh; SK Sungai Berua; SK Batu Tadok; SK Lubok Periuk; SK Nibong; SK Kua; SK Felda Mengkawang; SK Betong; SK Pereh; SK Felda Tersat; SK Menerong; SK Cheting; SK Padang Setar; SMK Menerong; SMK Kuala Jenderis dan SMK Tun Indera.
Read More / Baca Lagi >>

2017: TAHUN PALING SUKAR DIRAMAL, BERBAHAYA KATA MENTERI UMNO

Posted: 31 Dec 2016 06:49 AM PST

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini berkata tahun 2017 'menjanjikan tahun yang paling sukar diramal dan mungkin 'berbahaya' untuk seluruh dunia'.
Beliau berkata pendapat ini berdasarkan, antara lain, konflik di Timur Tengah, perang mulut antara Rusia dan Amerika Syarikat serta cerita-cerita palsu yang disebarkan mengenai Malaysia.
Menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau, Salleh berkata konflik di Timur Tengah akan meningkat menjadi satu tragedi yang tidak ada bandingannya dalam sejarah sekiranya gencatan senjata tidak dapat bertahan.
Beliau berkata perang mulut antara Rusia dan Amerika juga mengancam untuk membawa dunia kembali ke era perang dingin apabila dunia berhadapan dengan senario yang sangat serius yang boleh berakhir dengan kemusnahan.
"Harapan kami ialah dengan kedatangan tahun baharu, (Presiden Amerika yang dipilih – Donald) Trump dan (Presiden Rusia Vladimir) Putin akan duduk bersama dan menyelesaikan perbezaan mereka (Amerika dan Rusia).
Perang mulut antara Amerika-Rusia berhubung dakwaan Rusia menggodam pilihan raya presiden Amerika 2016 telah meningkat sejak beberapa hari lepas, dengan pentabdiran Obama menuduh Rusia terlibat dalam usaha memastikan kemenangan Trump sebagai presiden dalam pilihan raya itu.
Salleh berkata: "Banyak salah faham ini disebabkan persepsi dan maklumat yang salah dan kemudian berkembang menjadi konflik. Pergaduhan antara Amerika-Rusia merupakan kes berdasarkan khabar angin dan syak wasangka".
Beliau berkata Malaysia turut mengalami keadaan yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

2017: Tambah baik institusi penting negara agenda utama Amanah

Posted: 31 Dec 2016 06:24 AM PST

Salahuddin AyubParti Amanah Negara (Amanah) menjadikan usaha ke arah melakukan perubahan besar-besaran secara berperingkat terhadap beberapa institusi penting negara sebagai agenda utama pada tahun 2017.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, ia termasuk mengehadkan tempoh dua penggal bagi jawatan Perdana Menteri, penstrukturan semula institusi parlimen dan peranannya serta mewujudkan badan yang berintergriti bagi menyaring pelantikan beberapa jawatan utama dalam sistem pentadbiran negara.
Jawatan utama yang dimaksudkan adalah seperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara dan sebagainya.
"Siapa pun Perdana Menteri Malaysia selepas pilihan raya umum ke-14 tidak akan menjadi penghalang kepada agenda perubahan yang diimpikan tersebut.
"Perubahan besar institusi ini wajib dilakukan bagi memastikan sistem bernegara baru yang mampu mengawal segala salah laku, penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran kuasa berulang kembali," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, agenda perubahan ini akan diusahakan secara terbaik dengan pengembelingan tenaga dan pemikiran bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Read More / Baca Lagi >>

Perbandingan Kos MRT1 Dan MRT Line9 Seoul: BN Menipu Rakyat Untuk Menunjukkan Kononnya Saya Menipu - Rafizi

Posted: 31 Dec 2016 06:23 AM PST

Walaupun saya sebaiknya tidak perlu menjawab kenyataan media dari kumpulan tidak bernama seperti Pasukan Komunikasi Strategik BN yang menuduh saya menipu dalam perbandingan kos keseluruhan MRT1 (sejauh 51 km dari Sungai Buloh ke Kajang) dengan MRT Seoul jajaran Line 9 (sejauh 37.5 km bawah tanah sepenuhnya), tetapi saya perlu menelanjangkan juga pembohongan mereka.
Rujuk kenyataan terdahulu saya bahawa pembinaan MRT1 itu 2.5 kali ganda lebih mahal dari pembinaan MRT Seoul Line 9 (http://rafiziramli.com/2016/12/bentangkan-perbezaan-kos-mrt-yang-diumumkan-dalam-2010-dengan-kos-yang-bakal-ditanggung-rakyat/)
Kenyataan saya itu dibalas oleh Pasukan Komunikasi Strategik BN yang disiarkan The Star http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/12/29/bn-communications-team-answers-rafizi-mrt-claims/
Di dalam kenyataan balas Pasukan Komunikasi Strategik BN itu, mereka (hantu-hantu tidak bernama ini) menyatakan perkara berikut:
1. Menuduh saya tidak menyemak rujukan saya dan mengambil sumber maklumat dari satu blog tidak bernama
2. Menuduh saya tidak memahami perbezaan kos dan membuat perbandingan kos yang salah apabila saya dakwa kos MRT1 bagi setiap km adalah 2.5 kali ganda lebih mahal dari kos MRT Seoul Line 9
3. "Membetulkan kesalahan kiraan saya" lalu menyatakan bahawa kos sebenar MRT Seoul Line 9 adalah USD152 juta/km, kononnya berkali ganda lebih mahal dari kos MRT1 bagi setiap km
Saya sertakan kiraan sebenar yang saya buat (tidak merujuk semata-mata kepada blog-blog) seperti berikut:

Berikut adalah sumber-sumber sah dan rasmi yang saya petik:
i. Panjang MRT Seoul Line 9 dan kos (sama seperti yang dirujuk oleh Pasukan Komunikasi BN) – http://www.siudmysore.gov.in/UTdetails/Day4.pdf
ii. Penerangan mengenai MRT Seoul Line 9 dan ia 100% bawah tanah – http://www.railway-technology.com/projects/seoul-metro/
iii. "Normalisasi" pembinaan MRT antara bawah tanah, atas tanah dan pelantar – http://flyvbjerg.plan.aau.dk/Publications2008/UNITCOSTSURBANRAIL8.pdf
iv. Kos dan spesifikasi MRT1 Sungai Buloh – Kajang – semua kenyataan media saya setakat ini
v. Kadar purata tukaran USD:RM – http://www.xe.com/currencycharts/?from=USD&to=MYR&view=5Y
Bukankah satu penipuan dan kebodohan apabila Pasukan Komunikasi Strategik BN cuba menipu rakyat Malaysia secara buta-buta dengan membandingkan kos setiap km MRT1 dengan pembinaan 37.5 km bawah tanah MRT Seoul Line 9 (kononnya USD152 juta setiap km, dengan membahagikan USD5.7 bilion dengan 37.5 km) tanpa membuat perbandingan yang sama jenis, iaitu menjalankan proses normalisasi kos terlebih dahulu.
Sedangkan hanya 20% dari MRT1 adalah dibawah tanah berbanding 100% MRT Seoul Line 9. Sebab itu saya kira selepas menjalankan normalisasi kos terlebih dahulu untuk mempastikan perbandingan yang bermakna mengambil kira kajian kejuruteraan sebelum itu oleh Halcrow Fox bahawa perbandingan kos ialah bagi setiap 1 km pembinaan MRT bawah tanah adalah bersamaan dengan 3 kali kos setiap km pembinaan MRT atas pelantar.
Berdasarkan perkiraan jujur yang bukan menipu seperti di atas, jelaslah bahawa kos setiap km bagi MRT1 (sekitar USD110 juta) adalah 2.5 kali ganda kos bagi MRT Seoul Line 9 (sekitar USD50.7 juta).

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

BERITA BAIK!!! MINYAK NAIK!!! Najib Rosmah Sekeluarga BERCUTI Di AUSTRALIA!!! - Rafizi

Posted: 31 Dec 2016 06:14 AM PST

Pesawat k'jaan rentasi Australia ketika keluarga Najib bercuti dengan wang rakyat

Posted: 31 Dec 2016 05:13 AM PST

Pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 terbang merentasi Australia yang kebetulan sama dengan tarikh percutian keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke sana.
Pesawat itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pada pukul di 12.07 malam dan mendarat di Gold Coast, Australia pada 10.06 pagi hari yang sama.
Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas dari Gold Coast pada pukul 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.
Pesawat itu berada di Brisbane selama empat hari.
Tiada penerbangan komersial antara Brisbane dan Gold Coast kerana jaraknya hanya 110 kilometer atau satu jam perjalanan sekiranya memandu kenderaan.
Kebetulan, selepas pesawat itu singgah di Gold Coast selama satu jam 41 minit sebelum ke Brisbane, anak Najib, Mohd Norashman menghantar gambar di Instagram.
Pada 23 Disember, sehari selepas persinggahan itu, Norashman memuat naik gambar beliau bermain golf di Instagram dan menggunakan tag "#goldcoast".
"Bermain golf dengan rakan di bumi Australia," katanya.
Keesokan harinya, Norashman memuatnaik ke Instagram gambar penguin di taman tema Sea World Gold Coast.
"Memerhatikan penguin ini sambil rakan-rakannya berkejar untuk mendapatkan habuan," katanya.
Pada 26 Disember lalu, jet kerajaan Malaysia berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan mendarat di Gold Coast pada 9.35 pagi.
Sekali lagi, persinggahan singkat di Gold Coast itu hanya mengambil masa selama dua jam dan 47 minit.
Pesawat itu kemudian terbang ke Gold Coast pada pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang. Pesawat itu kekal berada di sana setakat ini.
Kebetulan, Norashman kemudian mula menyiarkan gambar Instagram dari Perth.
Pada 28 Disember, Norashman menyiarkan gambar dirinya di dalam bilik sedang bermain gitar elektrik. Posting itu ditandakan sebagai "#Perth".
Keesokan harinya, dia menyiarkan gambar berbasikal dengan rakan-rakan di Perth.
Kemudian pada 30 Disember, Norashman menyiarkan gambarnya bermain golf dengan kapsyen "Cuba untuk tamatkan 2016 dengan bergaya" bersama tag "#perth" dan "#meadowsprings".
Beliau merujuk kepada Meadow Springs Gold & Country Club di Mandurah, yang mengambil masa sejam jika memandu dari Perth.
Hari ini, Norashman kembali berbasikal apabila dia memuat naik gambar bersama Najib.
"Kayuhan terakhir tahun ini dengan bapa saya yang paling akrab. Selamat Tahun Baru terlebih dahulu kepada semua dan harap 2017 bagi setiap orang diberkati dengan penuh kasih sayang, kegembiraan dan gelak ketawa," katanya dengan menandakan 'Perth' pada catatan tersebut.
Semua data penerbangan adalah berdasarkan kepada laman pengesanan penerbangan Flight Aware.
Kronologi
Di bawah adalah kronologi ringkas jet kerajaan dan akaun Norashman di Instagram.
22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 12.07 pagi dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.
22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 11.47 tengah hari dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.
23 Dis - Norashman bermain golf di Gold Coast.
24 Dis - Norashman melawat Sea World Gold Coast.
26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pada 9.35 pagi.
26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.
28 Dis - Norashman dilihat bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth.
29 Dis - Norashman dilihat berbasikal di Perth.
30 Dis - Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.
Read More / Baca Lagi >>

Hadiah 2017: Harga RON 95 dan diesel naik 20 sen, RON97 naik 15 sen

Posted: 31 Dec 2016 05:02 AM PST

Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing akan naik sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa Januari 2017.
Ini menjadikan harga petrol RON95 berharga RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.
Bagi petrol RON97, harga runcit akan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.40.
Harga baru itu akan berkuat kuasa selepas tengah malam ini.
Kerajaan menentukan harga bahan api melalui sistem apungan terurus.
Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.
Harga minyak mentah Brent terus meningkat selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec) memeterai perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran dalam usaha membendung lebihan bekalan dan menstabilkan harga minyak.
Perjanjian itu juga melibatkan ahli-ahli bukan Opec termasuk Malaysia, dengan Petronas berikrar menurunkan pengeluaran minyak mulai tahun depan.
Minyak mentah Brent mencecah AS$ 50.47 setong pada awal bulan ini kepada AS$ 56.82 setong semalam.
Sementara itu, ringgit Malaysia terus melemah, jatuh kepada paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998.
Kekuatan Ringgit bulan ini adalah pada RM4.42 untuk satu dolar Amerika tetapi menurun kepada RM4.48 semalam.

6 pegawai SPRM terlibat dalam siasatan skandal SRC dipindahkan

Posted: 31 Dec 2016 04:20 AM PST

Enam pegawai kanan di Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.
Difahamkan enam pegawai berkenaan dalam pasukan penyiasat itu, termasuk timbalan ketua bahagian itu, Tan Kang Sai.
BOK ditubuhkan pada 2010 untuk mengendalikan kes-kes berprofil tinggi serta kes-kes yang melibatkan rasuah lebih RM1 juta.
Dua pegawai dari pasukan itu telah dipindahkan pada bulan Oktober, manakala selebihnya, termasuk Tan, dipindahkan bulan ini. Kekosongan jawatan mereka yang dipindahkan dari unit khas itu, tidak diisi.
Difahamkan empat daripada mereka telah dipindahkan ke bahagian siasatan SPRM, manakala yang lain dipindahkan ke SPRM negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Comments (0)