Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:06 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Najib, Hadi 'berpegangan tangan' bantah nasib Rohingya

Posted: 03 Dec 2016 09:34 PM PST

Tun M: I was wrong about DAP

Posted: 03 Dec 2016 09:19 PM PST

Rakaman udara bukti penggondolan 'tanah adat' Orang Asli Gua Musang

Posted: 03 Dec 2016 09:15 PM PST

Tawaran DAP buat rakyat Malaysia

Posted: 03 Dec 2016 09:06 PM PST

SHAH ALAM - Parti DAP hadir dengan tawaran baru yang akan membantu rakyat menghadapi masalah ekonomi masa kini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tawaran ini  khas dibuat demi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia.
"Tawaran baru ini hadir dengan lembaran baru yang mahu menghapuskan skandal seperti 1MDB.
Lim Guan Eng "Selain itu, kami juga akan hapuskan GST dan kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan demi meningkatkan hidup rakyat," katanya ketika ucapan dasar sewaktu Persidangan Parti 2016 di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, rakyat memerlukan harapan baru yang akan membantu mereka pada masa hadapan.
"Rakyat perlukan tawaran yang menawarkan kenaikan gaji, kemahiran yang lebih baik dan peningkatan produktiviti untuk pekerja dan industri di Malaysia.
"Di samping itu, jaminan pengangkutan awam yang lebih baik perlu ada, khidmat kesihatan, pendidikan dan perumahan juga akan dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan rakyat," tambahnya lagi.
Beliau juga turut mengatakan sudah tiba masanya untuk rakyat memilih antara autokrasi ataupun demokrasi.
"Pilihan di tangan anda untuk gelombang perubahan terhadap Malaysia, autokrasi atau demokrasi?" katanya.

Politik celaru akibat sikap pemimpin

Posted: 03 Dec 2016 09:05 PM PST

KUALA TERENGGANU – Suasana politik kebelakangan ini disifatkan bercelaru dengan sikap beberapa pemimpin bertukar parti daripada yang asal kepada baharu, sehinggakan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Datuk Razali Idris berkata, senario itu bukan hanya melibatkan pemimpin yang asalnya pembangkang berpindah kepada parti kerajaan, malah turut melibatkan pemimpin parti kerajaan yang bertukar kepada pembangkang.
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Datuk Razali Idris Menurutnya, keadaan itu mewujudkan satu pemikiran bahawa pemimpin-pemimpin politik sudah hilang prinsip perjuangan sejati dan seolah-olah menyimpang daripada asas perjuangan untuk mempertahankan negara.
"Apabila pembangkang masuk kerajaan, mereka sokong kerajaan dan apabila mereka masuk pembangkang, mereka sokong pembangkang. Sedangkan sebelum ini mereka mengecam satu sama lain.
"Jadi, apabila rakyat melihat ini berlaku kepada pemimpin mereka, sudah tentu mereka sendiri berasa keliru," katanya, di sini.
Sebagaimana berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya menerajui kepimpinan Umno tetapi sekarang bertindak sebagai pembangkang, Razali menjelaskan Mahathir perlu menyokong musuh politiknya untuk tumbangkan BN.
Sikap Mahathir itu katanya, bukanlah sesuatu yang pelik dan sudah mula cenderung menunjukkan sokongan terhadap bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memakai lencana 'Bebaskan Anwar' dalam Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama yang dibuat 13 November lalu.
Walaupun Mahathir disifatkan segelintir ahli dan penyokong pembangkang sebagai pihak
Read More / Baca Lagi >>

Pas ‘terselamat’ serangan Umno

Posted: 03 Dec 2016 09:00 PM PST

ALOR SETAR - Perhimpunan Agung Umno kali ini mencipta sejarah baharu apabila julung kalinya Pas 'terselamat' daripada serangan Umno, sebaliknya buat pertama kali Pas menerima pujian daripada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, musuh politik Najib dan Umno kini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang, kecuali Pas.
Mahfuz Omar "Tiada intipati ucapan Najib yang boleh dibawa pulang perwakilan sebagai pedoman dalam menghadapi kehidupan yang mencabar akibat beban hidup tinggi yang berpunca daripada penyelewengan, pembaziran dan salah guna kuasa. Apa yang dihidangkan hanya maki hamun terhadap Mahathir, DAP dan gabungan Pakatan Harapan," katanya.
Menurutnya, pada ucapan dasar Najib ketika perhimpunan itu jelas menunjukkan beliau seolah bimbang dengan pengaruh besar yang dibawa Mahathir, malah mengakui bekas perdana menteri itu antara empat cabaran Umno.
 "Najib mengejutkan seluruh rakyat Malaysia kerana warga emas berusia 92 tahun itu amat  digeruninya kerana boleh menyebabkan Umno hilang kuasa pada PRU14. Serangan demi serangan terhadap Mahathir dilakukan dan mengisi sebahagian besar ucapan itu," katanya.
Mahfuz berkata, serangan itu menjadikan Mahathir umpama sebuah institusi politik yang menggugat kedudukan Najib dan Umno/BN.
"Nampaknya, Mahathir ibarat 'otai masih berbisa'," katanya, berseloroh.
Read More / Baca Lagi >>

Wajib campur tangan di Myanmar - Hadi

Posted: 03 Dec 2016 08:58 PM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru campur tangan masyarakat antarabangsa terhadap isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.
Katanya badan dunia seperti Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menyatakan pendirian bagi menyelamatkan orang Islam di sana.
"Dilaporkan oleh media betapa kerajaan Myanmar mengkritik Malaysia kerana campur tangan.
"Krisis Myanmar bukan sahaja mewajibkan campur tangan Malaysia tapi semua yang tandatangan piagam hak asasi manusia PBB, persetujuan Geneva, Asean, OIC dan semua pejuang hak asasi manusia," kata Hadi dalam ucapannya di Perhimpunan Solidariti Ummah untuk Rohinga di Stadium Mini Titiwangsa hari ini.
Jelasnya setiap parti politik juga harus berganding bahu dalam menyelesaikan isu ini kerana ia adalah masalah berkaitan hak asasi manusia.
Kata Hadi lagi, setiap negara tidak boleh hidup bersendirian dan pihak antarabangsa harus bersama dalam menyalurkan bantuan.
"Satu negara tidak boleh hidup bersendirian. Negara memerlukan makanan, pakaian, pengangkutan yang tidak mungkin dihasilkan oleh satu masyarakat sahaja.
"Wajib campur tangan antarabangsa didahulukan dengan cara diplomasi kemudian dengan cara daturat. Jangan menghormati hak haiwan liar lebih penting daripada hak asasi manusia," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

APAKAH PENDIRIAN KERAJAAN MALAYSIA MENGENAI PENGHAPUSAN ETNIK ROHINGYA?

Posted: 03 Dec 2016 08:53 PM PST

Penghapusan etnik Rohingnya yang sedang berlaku di Myanmar ketika ini merupakan sebuah tragedi besar dalam sejarah kemanusiaan. Tragedi ini mendapat perhatian seluruh dunia termasuk juga rakyat Malaysia.

Namun demikian, Kerajaan Malaysia seakan-akan berpeluk tubuh melihat tragedi ini berlaku. Tidak dinafikan wujudnya protes-protes kecil daripada Kerajaan Malaysia seperti pembatalan perlawanan persahabatan bola sepak Skuad Projek Sukan SEA negara menentang Skuad B-22 Myanmar (walaupun tiada alasan rasmi diberikan oleh pihak FAM), penganjuran perhimpunan solidariti Rohingya pada 4 Disember ini, serta rasa simpati dan kutukan keras yang diucapkan oleh Perdana Menteri Najib Razak semasa ucapan pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU 2016).

Persoalannya, mengapakah Kerajaan Malaysia tidak menggunakan peluang, amanah dan tanggungjawab sebagai Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendesak usul tergempar mengenai penghapusan etnik Rohingya? Janganlah kita lupa bahawa Malaysia adalah Ahli Majlis Keselamatan PBB.

Kerajaan Malaysia juga kerap menggunakan alasan polisi 'non-interference' ASEAN apabila didesak untuk mengambil pendirian yang lebih serius. Alasan polisi 'non-interference' ASEAN juga digunakan apabila Kerajaan Malaysia tidak mahu membincangkan isu ini di Dewan Rakyat. Kerajaan Malaysia juga sehingga kini, masih tidak mengiktiraf pelarian Rohingya sebagai pelarian perang.

Dengan ini, saya mendesak Kerajaan Malaysia membawa usul tergempar membahaskan isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar ke peringkat Majlis Keselamatan PBB. Malaysia juga , sebagai pengasas ASEAN, harus ke depan memecahkan tradisi lapuk membawa isu penghapusan etnik Rohingya ke peringkat ASEAN kerana ini adalah isu kemanusiaan dan hak asasi.
Read More / Baca Lagi >>

Pesuruhjaya Pas dakwa kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang

Posted: 03 Dec 2016 08:48 PM PST


Tulisan Iskandar mempertikaikan kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang.
Tulisan Iskandar mempertikaikan kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang.Ketika Presiden Umno datuk Seri Najib Razak memegang tangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pentas Solidariti untuk Rohingya,
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad mempertikaikan tentang maruah negara ekoran kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang.
"Penghapusan etnik Rohingya berlaku di Myanmar tetapi kongsi gelap warga Myanmar menguasai Pasar Borong Selayang.
"Di manakah maruah negara?" tanya Iskandar dalam tulisannya di Facebook.
Bahkan beliau juga mempertikaikan dimanakah pasukan polis ketika kongsi gelap warga Myanmar menguasai Pasar Borong Selayang.
"Di manakah pihak Polis? Mungkin hanya sibuk dgn Bersih 5," kata Exco kerajaan negeri Selangor itu.

IDEAS: Hentam DAP bagus untuk Umno, buruk untuk negara

Posted: 03 Dec 2016 08:45 PM PST

Penganalisis Wan Saiful Wan Jan berkata menghentam DAP boleh membantu Umno dalam pilihan raya umum akan datang dan boleh juga pecah belahkan negara
wan-saiful-dap-umno-1
PETALING JAYA: Badan pemikir mendakwa walaupun menghentam DAP boleh membantu Umno dalam pilihan raya umum akan datang, boleh memecah belahkan negara mengikut garis perkauman, ia juga boleh memecah belahkan negara mengikut garis perkauman.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Demokrasi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata demikian mengulas retorik menghentam DAP dalam perhimpunan agung Umno yang selesai baru-baru ini.
Katanya dari segi untuk memenangi pilihan raya, Umno mengambil langkah yang tepat dengan menghentam DAP.
"Kalau kita fikirkan mengenai pilihan raya akan datang, menghentam DAP akan pastikan ahli Umno mempunyai musuh bersama dan akan mendorong orang Melayu menyokong parti berteraskan Melayu," katanya.
Tetapi, beliau memberi amaran ia juga boleh "merosakkan" negara.
Read More / Baca Lagi >>

PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO....

Posted: 03 Dec 2016 07:46 PM PST

Satu-satunya perkara yang paling mudah difahami daripada ucapan penggulungan Najib Razak semalam ialah PRU 14 bakal diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

PAU2016 kemungkinan merupakan perhimpunan UMNO yang terakhir sebelum PRU 14 diadakan.

Dalam ucapan penutup Perhimpunan UMNO itu, Najib dilihat banyak memuntahkan peluru yang dirasakan akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya.

Subsidi RM20 ribu untuk rumah, pemberian BR1M melalui Ketua-Ketua UMNO Bahagian, bantuan RM300 ribu untuk penubuhan koperasi bagi aktiviti peruncitan dan janji penyelesaian beberapa masalah berkaitan Felda yang akan diumumkan dalam waktu terdekat adalah antara petanda pilihanraya bakal semakin dekat waktunya.

Selain itu, Najib turut mendapat ikrar daripada daripada  Zahid Hamidi, Hishammuddin dan pemimpin sayap-sayap untuk memberikan yang terbaik bagi kemenangan UMNO dan BN kali ini.

Najib juga turut melontarkan serangan kepada DAP dan memberi bayangan mahu dibawa oleh semua peringkat sebagai bahan kempen yang utama. Ia tentu saja akan diperkukuhkan lagi melalui dakapan erat kepada Pas melalui perhimpunan Rohingya pagi ini dan selepas itu, media-media utama serta televiseyen, meskipun makin menurun edarannya dan tidak lagi ditonton ramai, akan memperbesar-besarkannya lagi beritanya untuk memberi imej lebih Islamik kepada Najib.

Dalam masa yang sama, Najib telah mempamerkan perseteruannya yang tiada bandingannya terhadap Tun Mahathir di mana beliau hanya memanggil bekas Perdana Menteri sebagai "kamu, kamu, kamu" saja. 

Najib jelas tidak lagi menunjukkan rasa hormatnya kepada Tun Mahathir. Berbeza dengan Tun Mahathir yang turut diserang dan dimusuhi oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj suatu ketika itu dahulu, tetapi beliau tetap menghormati Bapa Kemerdekaan itu, jauh sekali pernah memanggilnya dengan panggilan "kamu, kamu, kamu."

Ia dengan sendirinya memberi maksud bahawa Najib mahukan seluruh pimpinan UMNO turut sama membuang rasa hormat dan menyerang habis-habisan Tun Mahathir yang kini merupakan Pengerusi PPBM.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M buat kejutan, hadir di Persidangan Tahunan DAP

Posted: 03 Dec 2016 07:43 PM PST

SHAH ALAM, 4 DIS: Persidangan Tahunan DAP 2016 yang berlangsung hari ini menerima kejutan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar pukul 10.15 pagi tadi.
Beliau ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan iaitu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.
Turut hadir adalah bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
tun-m-datangKedatangan mereka mendapat tepukan gemuruh 1,500 hadirin yang ada di dalam dewan.
Sebelum ini, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu turut memunculkan diri di Konvensyen Pakatan Harapan yang diadakan pada pertengahan bulan November lalu.
Dalam ucapannya sebelum ini, Tun Mahathir memberi jaminan bahawa PPBM akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya akan datang.
Kesediaan beliau itu disambut baik oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan, iaitu DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.
Tun Dr. Mahathir merupakan pengkritik terbesar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak Presiden UMNO itu didakwa mempunyai kaitan rapat dengan skandal syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB.

Najib sudah rasa BN akan kecundang dalam PRU-14

Posted: 03 Dec 2016 07:41 PM PST

SHAH ALAM, 4 DIS: Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai hari ini berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mungkin sudah merasakan hayat parti itu sudah tiba ke penghujung dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Saya percaya Datuk Seri Najib telah merasakan kekalahan BN dalam PRU ke-14 akan datang.
"Najib main tipu daya dengan kata DAP tolak kedudukan istimewa Melayu dan agama Islam. Ini fitnah jahat! Walhal, perlembagaan DAP jelas mengatakan kita mahu pulihkan Perlembagaan Malaysia kepada kerangka asal!" tegas Ahli Parlimen Cheras itu.
Kok Wai berkata, serangan bertubi-tubi UMNO terhadap DAP dalam Persidangan Agung UMNO itu juga membuktikan BN semakin takut dan tertekan dengan kekuatan Pakatan Harapan.
pd2016-ucapan-tan-kok-wai"Dia takut Pakatan Harapan akan menang. Dia bukan sahaja takut kita bina lebih banyak kemudahan hospital dan sekolah, tetapi dia juga takut kita bina lebih banyak penjara.
"Rakyat tau siapa 'MO1' ('Malaysia Official 1'). Tapi satu yang memang diketahui oleh Najib, iaitu UMNO- BN sudah jadi MR1. apa itu MR1- Musuh Rakyat nombor 1!", katanya.
Memberi amaran kepada Najib supaya "jangan main-main", beliau berkata DAP tidakkan sesekali bimbang atau gentar dengan politik sempit dan segala propaganda jahat UMNO dan BN.
"DAP beri amaran kepada Presiden UMNO jangan main-main. Jangan memangsakan DAP untuk mencapai matlamat politik yang sempit, biadap dan kejam.
Read More / Baca Lagi >>

DAP tidak minta jawatan Perdana Menteri, tetap sokong Anwar Ibrahim

Posted: 03 Dec 2016 07:39 PM PST


pd16-guan-engSHAH ALAM, 4 DIS: DAP tidak pernah meminta jawatan Perdana Menteri kerana peka terhadap isu-isu melibatkan orang Melayu dan orang Islam.
Berkata demikian, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan DAP dari dahulu juga tidak pernah meminta supaya seorang Cina menjadi Perdana Menteri.
"Tetapi kami sentiasa menyokong orang Melayu jadi PM, terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jadi DAP tak akan kuasai kerajaan jika pakatan pembangkang menang, tetapi akan jadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab," ujarnya dalam ucapan dasar di Persidangan Tahunan DAP 2016, di sini.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tuduhan UMNO-Barisan Nasional (BN) kononnya DAP mengamalkan liberalisme melampau adalah tidak berasas sama sekali.
Ia berikutan peruntukan untuk kepentingan agama Islam di Pulau Pinang adalah dua kali ganda di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan berbanding zaman pimpinan BN dahulu.
"Sudah tiba masanya untuk kita menolak politik identiti yang membahagikan dan mengasingkan kita melalui politik identiti perkauman yang membiakkan kebencian dan ketakutan," tegasnya.

Pemimpin Umno, PAS berkongsi pentas bawa isu Rohingya

Posted: 03 Dec 2016 07:38 PM PST

Ini kali kedua Najib berkongsi pentas dengan Abdul Hadi pada tahun ini, selepas perhimpunan alumni Universiti Al-Azhar beberapa bulan lalu.
solidariti-ummah
KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno dan PAS berkongsi pentas hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap penindasan kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya.
Antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ini kali kedua Najib berkongsi pentas dengan Abdul Hadi pada tahun ini, selepas perhimpunan alumni Universiti Al-Azhar beberapa bulan lalu.
Ribuan memenuhi Stadium Titiwangsa dan kawasan sekitar bagi menyertai Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran bersama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan pelbagai NGO Islam.
Setakat ini beberapa pemimpin sudah menyampaikan ucapan, dan rata-rata menggesa umat Islam bersatu agar dapat membantu etnik Rohingya yang beragama Islam.
"Tidak mungkin orang lemah boleh membantu orang yang juga lemah.
"Jadi apabila kita melihat orang Rohingya ditindas, umat Islam perlu menjadi kuat dan ini tidak boleh dicapai melainkan dengan kesatuan," kata Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Najib, Hadi sertai himpunan solidariti Rohingya

Posted: 03 Dec 2016 07:37 PM PST

Kira-kira 7,000 orang berhimpun di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi membantah penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.
Perhimpunan yang dinamakan Solidariti Ummah Rohingya itu penuh warna warni dengan dihadiri anggota PAS, Baju Merah dan masyarakat Rohingya yang menetap di negara ini.
Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Para peserta membawa sepanduk, antaranya berbunyi 'bebaskan Rohingya' dan 'Rohingya memerlukan suara anda untuk hapuskan pembersihan etnik'.
Najib dalam perhimpunan Agung Umno semalam mengesahkan kehadiran beliau dalam acara itu dan menegaskan perhimpunan tersebut bukan untuk menganggu hal ehwal Myanmar.
Ia berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia terhadap campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.
Abdul Hadi juga sebelum ini mengecam kezaiman ke atas etnik Rohingya dan menegaskan tanpa campurtangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Asean – tidak mustahil Myanmar akan mengalami nasib serupa seperti berlaku di Bosnia Hazegorvina.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda pas bersatu untuk selamatkan Rohingya

Posted: 03 Dec 2016 07:31 PM PST

Tun M cipta sejarah hadir di Persidangan DAP 2016

Posted: 03 Dec 2016 07:29 PM PST

Umno tidak lagi diserang Pas, strategi ‘meneutralisasikan’ musuh tegarnya berhasil

Posted: 03 Dec 2016 06:07 PM PST

fb_img_1480701458494Walaupun menerima ancaman paling besar dalam sejarah politiknya, namun pimpinan dan perwakilan Umno masih mampu berpestaria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana parti itu berjaya meneutralisasikan musuh tradisi yang mengancam mereka selama ini, PAS.
Menurut penganalisis politik, tanpa ancaman PAS, Umno yakin akan boleh terus mengekalkan kerusi Melayu yang bakal ditandingi mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang supaya terus kekal di Putrajaya.
"Dengan isu kenaikan harga barang, 1MDB, perpecahan dalam Umno ekoran tindakan Tun Mahathir menubuhkan Bersatu dan lain-lain lagi, ia akan membebankan Umno. Jika isu ini turut digunakan oleh PAS untuk menyerang mereka, Umno akan teruk," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, sebuah badan penyelidik politik dan pilihan raya bebas.
Sebaliknya, Hisomuddin berkata apa yang berlaku ialah pemimpin dan perwakilan Umno terus berpestaria di PWTC.
Umno bagaikan berpesta dalam PAU kali ini setelah Pas berjaya dijinakkan."Menuju PRU 14, Umno akan terus rasa selamat di kawasan Melayu tanpa ada tentangan daripada PAS," katanya kepada Free Malaysia Today.
Bagi Hisomuddin, strategi paling ampuh Umno menjelang PRU ke 14 ini adalah "meneutralisasikan" musuh tegarnya PAS, dan usaha itu, menurutnya, berjaya setakat ini.
Namun beliau mempersoalkan apa sebenarnya sokongan atau bantuan yang diberikan kepada PAS sebagai balasannya, selain membenarkan rang undang-undang Pindaan Akta 355 dibacakan di Dewan Rakyat.
"Ini bantuan politik paling besar dan untungkan politik PAS," kata Hisomuddin.
Sebagai balasan, PAS berkecuali dalam bajet, tidak turun Bersih 5 dan tidak bersama pembangkang yang lain dalam banyak hal, tambahnya.
"Saya yakin ahli PAS juga keliru ke mana hala tuju PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sebab perhitungan utama sebuah parti politik adalah kemenangan dalam pilihan raya dan sebelum itu melalui pembahagian kerusi atau kerusi yang akan mereka tandingi.
"Sebab itu, ketika presiden PAS nampak bekerjasama dengan perdana menteri, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula secara konsisten menyerang dan berkata akan lawan Umno dalam dalam pilihan raya nanti," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib dicabar buktikan institusi Islam yang telah dilenyapkan oleh DAP

Posted: 03 Dec 2016 06:05 PM PST

Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak didesak menunjukkan bukti institusi Islam manakah yang telah lenyap setelah Pulau Pinang dan Selangor jatuh ke tangan DAP atau Pakatan Harapan selama 8 tahun, cabar Setiausaha DAP Selangor, Ng Tien Chee.
fb_img_1480701421442Katanya kenyataan Najib yang mendakwa institusi Islam akan lenyap sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP seolah-olah taktik beliau untuk menakut-nakutkan umat Islam demi mengekalkan kuasa beliau sebagai seorang kleptokrasi terkenal di dunia.
DAP, jelas beliau, walaupun merupakan sebuah parti politik yang memperjuangkan negara sekular sepertimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, bukan sahaja tidak menganiaya Islam malah memperkasakan Islam di Pulau Pinang sejak mengetuai pimpinan negeri tersebut sejak tahun 2008.
Untuk rekod, mengikut perangkaan, sebanyak RM37.25 juta diperuntukkan untuk hal ehwal Islam pada 2009, RM39.60 juta (2010), RM65.27 juta (2011), RM66.38 juta (2012), RM55.13 juta (2013) dan RM52.21 juta (2014) manakala pada zaman BN di Pulau Pinang, peruntukan untuk hal ehwal Islam hanya RM25.49 juta, tambahan pula, ia tidak pernah memberi satu sen pun kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Manakala di Selangor pula, elaun guru-guru Kafa telah dinaikkan dari RM800 kepada RM1500 oleh kerajaan negeri pada tahun 2016.
Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM983 juta untuk hal ehwal Islam pada tahun 2016 dan ia merupakan peruntukkan yang tertinggi dalam sejarah Selangor.
Menurut Tien Chee lagi, jika berbanding dengan pentadbiran UMNO, Najib, sehingga kini belum lagi memberi penjelasan yang memuaskan mengenai isu pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) dengan harga RM2860 sekaki (RM188.5 juta) daripada 1MDB oleh Tabung Haji.
Tanah tersebut merupakan tanah kerajaan yang hanya bernilai RM60 sekaki dan ini bermakna lebih kurang RM184.5 juta wang umat Islam yang diamanahkan kepada Tabung Haji dibelanjakan untuk menampung keuntungan serta kekayaan 1MDB, tegas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

PAS, Umno tak perlu bergabung untuk subur demokrasi - Nasrudin

Posted: 03 Dec 2016 06:01 PM PST

Pilihan raya umum ke-14 semakin hampir biarpun anak bulannya masih tidak diketahui bilakah ia bakal muncul. Namun tahun 2017 ini adalah tahun keempat bagi penggal pilihan raya ke-13. Berdasarkan petunjuk Perlembagaan Malaysia, tempoh penggal parlimen adalah lima tahun sejak mula bersidang.
Sidang Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13 bermula pada 24 Jun 2013 yang lalu. Ini bermakna ia akan berakhir pada 24 Jun 2018 (Ahad). Parlimen akan terbubar secara automatik pada 25 Jun 2018 (Isnin). Namun Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan parlimen lebih awal daripada tarikh tamat tempoh berasaskan nasihat perrdana menteri.
Kesimpulannya, kita kini berada dalam zon pilihan raya. Semua tumpuan parti politik terarah kepada persiapan menghadapi pilihan raya. PAS tentu sahaja telah mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya umum ke 14 sejak hari pertama menerima keputusan pilihan raya umum yang lalu.
PAS sertai Umno?
Isu paling popular musim ini ialah apakah PAS akan menyertai Umno? Sementelah Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung turut menggamit perhatian rakyat mengenai isu ini.
Suka terlebih dahulu saya menjelaskan penggunaan terma atau perkataan yang digunakan dalam kenyataan atau persoalan yang berkait isu PAS dan Umno.
Apakah PAS akan bergabung dengan Umno? Apakah PAS mahu menyertai Umno? Adakah PAS boleh bekerjasama dengan Umno? Perkataan bergabung, menyertai, kerjasama dan sebagainya mesti diperjelaskan kepada umum, menepati sikap politik semasa dan dakwah yang didukung oleh PAS.
Pertama, wajar saya angkat kembali keputusan Majlis Syura Ulamak sebelum ini bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan tidak juga menyertai BN, sebaliknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana sahaja pihak demi kepentingan Islam dan umatnya.
Kedua, jelas di sini ada perbezaan perkataan "bergabung" dan "menyertai" berbanding perkataan "kerjasama" yang digunakan oleh pihak PAS. Tentu sahaja "bergabung" dan "menyertai" adalah dua perkataan yang memberi maksud PAS menjadi salah satu parti komponen BN.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Taib dakwa DAP jadi umpan sekat orang Melayu sokong Pakatan Harapan

Posted: 03 Dec 2016 05:49 PM PST

fb_img_1480701370160
Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak didakwa menjadikan DAP sebagai sasaran utama untuk terus memikat dan cuba mendapatkan sokongan orang-orang Melayu terutama di luar bandar untuk menyokong UmnoBN, tegas Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Muhd Taib.
Najib berkata demikian dalam Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO 2016 di PWTC kelmarin, 1 Disember 2016.
fb_img_1480668658620
Muhamad bertanya dalam satu kenyataannya kepada media, benarkah DAP menjadi musuh orang2 Melayu?
■ DAP ke yang terlibat dengan 1MDB?
■ DAP ke yang perkenal GST?
■ DAP ke yang menyebabkan hutang negara Malaysia sudah melebihi RM650billion?
Beliau berkata, Najib cuba menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP kerana ini adalah cara yang mudah untuk menarik sokongan orang-orang Melayu terutama di luar bandar agar sentiasa menyokong UmnoBN.
"Soalnya sekarang ramai orang Melayu di bandar dan di luar bandar sudah bosan dan muak dengan perangai dan kerenah pemimpin2 UMNO yg nampak tidak memimpin dengan baik pada ketika ini.
"Bila perlu mereka akan timbulkan nama DAP untuk menakut2kan orang Melayu," soal beliau yang kini aktif dalam PKR.
Kata Muhamad, oang Melayu masih mudah ditakut-takutkan dengan menggambarkan DAP menyerupai hantu.
Begitulah mudahnya otak orang Melayu ujarnya, suka-suks boleh dilambung, suka-suja boleh ditekan malah boleh kena tipu di siang hari.
"Tidak seperti masa-masa lepas UMNO dilihat sebagai jaguh bagi orang Melayu. Wujud tokoh-tokoh Melayu seperti Allahyarham Aminudin Baki, Hasan Ibrahim, Prof Ungku Aziz, Prof Awang Had Salleh dan banyak lagi," tegas beliau.
Mereka katanya, banyak menyumbang ke arah memajukan minda Melayu. Dalam bidang bola sepak nama2 seperti Awang Bakar, Ghani Minhat dan Mokhtar Dahari menjulang nama negara kita di peringkat antarabangsa. Misbun Sidek dan adik2 beliau Jailani dan Razif bersama pemain lain menjuarai Piala Thomas.
Read More / Baca Lagi >>

Serang Mahathir dan DAP semahunya, Umno lupa derita rakyat – Mohd Sabu

Posted: 03 Dec 2016 05:48 PM PST

img-20161203-wa0403
Presiden Amanah, Hj Mohamad Sabu kesal, Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir kelmarin, langsung tidak membincangkan isu-isu penderitaan rakyat seperti hutang negara, kenaikan harga barangan, kejatuhan ringgit, pengangguran dan lain-lain.
Umno kini sudah tidak peduli lagi kepayahan rakyat, sebaliknya, kata beliau, PAU kali ini sarat dengan serangan-serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan DAP, dengan ucapan-ucapan yang berapi-api dan penuh semangat.
"Ke manakah perginya golongan cerdik pandai Melayu sehingga bisu dan pekak serta buta dengan ucapan-ucapan Najib yang memperbodoh-bodohkan rakyat sepanjang Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berlangsung?" Soal beliau.
Wan Azizah turut berucap ringkas mengulas perjalanan PAU yang baharu usai petang tadi.
Wan Azizah turut berucap ringkas mengulas perjalanan PAU yang baharu usai petang tadi.
Berucap pada Makan Malam Amanah Gombak-Hulu Langat di Greenwood malam tadi, beliau hairan bagaimana kakitangan kerajaan seperti polis, tentera, pegawai kerajaan boleh mengiyakan ucapan-ucapan perkauman dan membatu dalam isu-isu rasuah yang nyata.
"Mana mungkin DAP boleh memerintah. Bertanding pun baru 40 kerusi, menang 37 kerusi dari 222 kerusi seluruh negara. Takkan orang Umno tak tahu kira.
"RM2.6 billion boleh pula kira. Yang 40 kerusi DAP tanding, tak reti kira. Inilah dakyah Umno untuk takut-takutkan orang Melayu," tegas beliau.
Jika dalam PAU yang lepas-lepas, ujarnya, Pas jadi sasaran serangan pimpinan dan perwakilan Umno tetapi kali ini, Pas tidak dihentam sebaliknya dipuji sebagai sahabat politik yang matang.
Mat Sabu berkata, pada era 80an, pelbagai isu seperti skandal BMF, pembalakan di tapak projek UKM, rasuah dan banyak lagi boleh dibincang dan didiskusikan di mana-mana sahaja termasuk di Institusi Pengajian Awam (IPTA).
Tetapi hari ini, tegas beliau skandal 1MDB bukan sahaja tidak boleh didiskusikan di IPTA tetapi di parlimen pun dilarang ahli-ahlinya membangkitkan isu ini.
Sementara itu, Presiden PKR, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya berasa terkejut, pada PAU tahun ini, nama beliau, Mohamad Sabu dan Anwar Ibrahim tidak menjadi sasaran Najib Razak, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan perwakilan parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan perlu pastikan pemaju China patuhi undang-undang

Posted: 03 Dec 2016 05:34 PM PST

Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah Malaysia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada membeli rumah daripada pemaju dari negara itu
Chang-Kim-Loong
PETALING JAYA: Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah Malaysia (HBA) menggesa kerajaan memastikan pemaju hartanah daripada Republik Rakyat China mematuhi undang-undang perumahan negara yang ketat.
"Kami tidak mahu berlakunya projek terbengkalai dan pembeli rumah terlantar," kata Setiausaha Agung Chang Kim Loong dalam wawancara FMT.
"Pemaju dari China mempunyai ekonomi skala yang lebih baik dan berpotensi membina rumah dengan lebih murah dan cepat berbanding pemaju tempatan," katanya. "Ini bermakna harga yang lebih murah untuk pembeli rumah tetapi mengancam pemaju tempatan yang tidak dapat bersaing."
Kim Loong berkata pemaju China melakukan pembinaan pada skala "yang tidak pernah disaksikan di Malaysia" dan menggesa pembeli supaya menilai kebolehjayaan projek sebelum membeli.
Katanya kerajaan perlu pastikan syarikat asing mematuhi Akta Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) supaya hak pembeli dilindungi.
Read More / Baca Lagi >>

Turunkan harga rumah sebelum pemaju China masuk

Posted: 03 Dec 2016 05:33 PM PST

Pakar ekonomi beri amaran kepada pemaju tempatan supaya bersiap sedia hadapi persaingan sengit daripada pemaju China
hoo-ke-ping
PETALING JAYA: Pakar ekonomi menasihatkan pemaju hartanah tempatan supaya melepaskan unit-unit tidak terjual dengan menawarkan diskaun, dikala mereka berdepan persaingan daripada pemaju China.
Bercakap kepada FMT, Hoo Ke Ping berkata pemaju China lazimnya membina rumah untuk pembeli kaya senegera dan meletakkan harga melebihi RM1 juta seunit. Hanya sebilangan rakyat Malaysia mampu membeli rumah-rumah itu, katanya.
"Masalah yang pemaju Malaysia akan hadapi adalah membina rumah-rumah mahal yang tak boleh dijual," katanya.
"Jadi bukan sahaja akan berlaku lebihan bekalan, pemaju tempatan kini berdepan persaingan daripada pemaju China di sektor hartanah mewah."
Ke Ping berkata pemaju tempatan perlu menjual hartanah pada harga diskaun sebelum lebih ramai pemaju China yang mampu membina rumah pada harga yang lebih murah masuk.
September lalu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar mencadangkan pemaju perumahan diberi lesen peminjam wang supaya mereka boleh menawarkan pinjaman kepada pembeli.
Cadangan itu bagi mengatasi kesukaran pembeli rumah mendapatkan pinjaman bank.
"Pemaju tempatan mengadu pembeli rumah sukar mendapatkan pinjaman perumahan dan mahu Skim Pemaju Tanggung Faedah diamalkan semula, tetapi itu tidak menguntungkan pembeli rumah," kata Ke Ping.
"Pinjaman rumah mewakili hampir 50% daripada hutang isi rumah di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)