Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:13 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


‘Dr M, Wan Azizah - ikon politik, tak harus kunci mulut’ - Akhramsyah Sanusi

Posted: 29 Dec 2016 08:04 PM PST

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah "ikon politik" dan tidak seharusnya dilarang daripada meluahkan pendapat mereka, kata ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Akhramsyah Sanusi.
Beliau mengulas pandangan seorang penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia yang mahu pemimpin BERSATU dan Pakatan Harapan untuk belajar tidak menyuarakan perbezaan pendapat mereka di khalayak umum supaya tidak menjejaskan pakatan politik mereka.
"Para pemimpin seperti Dr Mahathir dan Wan Azizah bukanlah sahaja memimpin parti politik, tetapi mereka juga di kalangan ikon politik negara kita.
"Mahathir khususnya berhujah dengan bersandarkan sejarah kejayaannya selama 22 tahun sebagai perdana menteri selain diiktiraf dunia sebagai pejuang nasib rakyat negara-negara dunia ketiga!
"Rakyat Malaysia sepatutnya gembira dan menerima kesediaan para ikon kepimpinan kita berkongsi pendapat sebagai pemangkin perbincangan di kalangan masyarakat tentang halatuju pembangunan negara," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau berkata ahli akademik tidak harus menyarankan para pemimpin agar diam daripada melontarkan hujah dalam negara demokrasi semata-mata kerana kepentingan politik.
Ini, menurut Akhramsyah akan memburukkan lagi budaya takut di negara ini dan hanya akan membantu rasuah, katanya.
"Saya harap lontaran pendapat oleh yang berilmu Dr Kamarul (Zaman Yusoff ) bukanlah menggambarkan sudah berputik perasaan ketakutan di institusi-institusi pendidikan tinggi terhadap perbincangan terbuka di kalangan masyarakat hasil usaha kepimpinan Umno menakut-nakutkan golongan akademik," katanya.
Menurutnya, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dan akhirnya akan membentuk dasar yang terbaik untuk rakyat.
Wan Azizah tidak bersetuju dengan pendapat Mahathir yang melabel pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebagai rasuah politik dan tidak sah.

'Tikam belakang' sesama sendiri budaya BERSATU, kata MP Umno

Posted: 29 Dec 2016 08:03 PM PST

Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dan hairan dengan perkembangan serta kemelut yang berlaku di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.
Ini kerana, ujar beliau, masing-masing yang menyertai parti berkenaan dilihat mempunyai agenda tersendiri.
Katanya, disebabkan itulah parti baru berkenaan yang baru berusia lebih kurang tiga bulan telah kucar-kacir dan terpalit dengan pelbagai masalah termasuklah isu jawatan ketua sayap Srikandi mereka.
"Akibat sudah biasa suka menentang dan melawan maka budaya itu dibawa ke dalam parti baru mereka yang akhirnya rakyat dapat melihat kepincangan dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
"Mereka sebenarnya belum ada rasa saling mempercayai antara satu sama lain, kerana apa… kerana mereka sudah biasa tikam belakang rakan sendiri untuk naik.
"Jadi, bagaimana parti seperti ini mahu kukuh. Mereka tidak akan mampu meniru roh perjuangan dan kepercayaan yang ada dalam Umno," ujarnya, memetik laporan Umno Online.
Pada 25 Disember lalu, salah seorang pengasas BERSATU, Anina Saadudin, berkata beliau dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi parti itu.
Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal seks.
Anina dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara biasa dalam politik.
Susulan itu, bekas ahli BERSATU, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu presiden parti serpihan Umno itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin 'membersihkan' namanya kerana turut terpalit dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan wanita berkahwin.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14 ketika umat Islam sambut Ramadan?

Posted: 29 Dec 2016 07:50 PM PST



Suasana di sebuah pusat pembuangan undi.
TEKA TEKI yang paling sukar untuk dijawab oleh rakyat Malaysia adalah bilakah tarikh pilihan raya umum?
Di Malaysia, tarikh pilihan raya umum adalah satu perkara misteri yang hanya diketahui seorang manusia sahaja iaitu Perdana Menteri. Hal ini amat berbeza jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat atau Indonesia.
Di Amerika, semua orang tahu bulan November setiap 4 tahun adalah tarikh pilihan raya, atau bulan April jika setiap 5 tahun.
Tarikh pilihan raya Amerika,  semua rakyat tahu. Yang rakyat tidak tahu siapa akan menang. Manakala di Malaysia, sebelum ini semua orang tahu siapa akan menang, yang semua orang tidak tahu adalah tarikhnya. Cuma kini, tarikh dan pemenang sudah tidak menentu. Tarikhnya kekal misteri, pemenangnya belum pasti.
Bila mana semua orang boleh cuba meramal jawapan teka-teki tarikh pilihan raya, maka saya juga ingin mencuba, telahan saya, PRU akan dibuat di bulan puasa tahun 2017, yakni awal bulan Jun.
Telahan ini berasaskan tiga faktor;
Pada akhir Mei dan awal Jun, ada cuti sekolah selama dua minggu. Kebetulan puasa juga bermula akhir Mei iaitu hari pertama cuti sekolah. Maka waktu inilah saat paling sesuai untuk pilihan raya yang menguntungkan BN (akan diterangkan di perenggan lain) berbanding pilihan raya dibuat hujung bulan Ogos/awal September.
Pilihan raya di bulan puasa tidak menjadi masalah kerana PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuktikan pilihan raya boleh dibuat di bulan puasa. Ia lebih menguntungkan Umno-BN kerana boleh memanfaatkan acara bulan puasa untuk kempen BN. Apatah lagi jika 'agamawan sampul' boleh mengeluarkan fatwa haram berceramah di bulan puasa, maka Umno akan dapat tendangan percuma ke gawang lawan.
Bulan Mei adalah bulan bertuah BN, bulan di mana Presiden Umno dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak boleh menuai hasil yang ranum dari 3 peristiwa.
Pertama, berlangsungnya Muktamar Pas Pusat juga merupakan muktamar Pas yang kedua tanpa kelompok progresif yang sudah kecundang dua tahun lalu. Muktamar ini menjadi penentu hala tuju masa depan dan survival parti Pas. Pada muktamar ini dipercayai para "Harumanis" akan turut sama dibersihkan dan Pas hanya akan digerakkan oleh kelompok konservatif.
Kelompok konservatif Pas ini lebih mudah untuk dijerat dan 'dinikahi' oleh Umno. Menyegerakan pilihan raya akan menekan Pas yang semakin lemah untuk bekerjasama dengan BN bagi berdepan musuh baharunya, Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

Gaji bawah RM6,000 tak cukup hidup di bandar – Generasi muda

Posted: 29 Dec 2016 07:34 PM PST

Kadar pendapatan rakyat tidak selari dengan kenaikan pelbagai jenis kos secara berterusan sekaligus menjejaskan kualiti hidup golongan muda terutama di bandar, tegas Exco Pemuda Amanah Nasional, Ammar Atan.
Graduan ekonomi Universiti Malaya (UM) itu berkata, harga rumah dan kos sara hidup rakyat semakin naik sejak lapan tahun lalu.
Gaji bawah RM6,000 tak cukup hidup di bandar - Generasi muda"Kos pengangkutan turut naik dan apa yang tidak naik? Tapi malangnya pendapatan rakyat tidak naik-naik setimpal dengan kenaikan-kenaikan yang lain. Masih stagnant atau malar sungguhpun negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi setiap tahun," ujarnya.
Menurutnya, kenaikan gaji tidak setara dengan kenaikan inflasi sekiranya gaji permulaan seseorang itu pada tangga rendah.
"Itulah sebabnya ia begitu kejam, kerana setiap kos lain telah naik tetapi pendapatan anda tidak pula naik," jelanya.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan gaji di bawah RM6,000 adalah tidak mencukupi bagi generasi pada hari ini untuk hidup di bandar seperti di Kuala Lumpur.
"Mungkin gaji RM 6,000 itu agak selesa bagi sesetengah pembaca tetapi selepas ditolak cukai dan caruman KWSP, keperluan asas seperti makanan, pertrol, tol, bil, pembayaran balik kereta dan rumah sewa.Itu pun masih ngam-ngam (cukup-cukup).
"Walaupun masih mampu untuk membuat simpanan bagi pembelian aset kelak seperti rumah, jika mereka mula bekerja sejak 2007 dan berbelanja dengan berhemat, mereka mungkin dapat membeli rumah pada 2012 dengan simpanan selama enam tahun tetapi masuk sahaja tahun 2012, harga hartanah telah meningkat berkali-kali ganda daripada simpanan," jelasnya dipetik daripada status Facebook beliau.
Menyentuh realiti harga rumah yang semakin tidak munasabah tinggi pada masa ini, Ammar berpendapat harga rumah dan pendapatan rakyat adalah saling berkaitan dalam menentukan unit kediaman yang ditawarkan mampu milik atau sebaliknya.
"Faktor mampu ini jugalah yang akan menentukan generasi X dan Y mampu beli rumah atau sewa rumah. Berapa ramai generasi macam saya pada hari ini dengan gaji RM 1800 hingga RM 4000 mampu untuk beli rumah? Mampu tengok bolehlah, hatta berapa banyak rumah mampu milik yang ditawarkan?" soalnya.
Justeru, beliau antara lain menyarankan supaya kediaman mampu milik dikhaskan hanya kepada pembeli pertama dalam usaha membendung tindakan menjadikan rumah sebagai alat spekulatif untuk mendapatkan keuntungan.
"Sebab itu, perlu ketegasan bahawa rumah mampu milik hanya untuk pembeli pertama khususnya bagi pasangan yang baru berkeluarga. Kerajaan sudah lakukan usaha ini, namun usaha ini perlu diselaraskan juga pada sektor swasta," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

GST – BILA LAGI JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN MAHU TENTUKAN SYARAKNYA?

Posted: 29 Dec 2016 07:32 PM PST

Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin...pertimbangan bebas
"Pertimbangan hukum yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hendaklah bebas daripada parti politik sebaliknya berasaskan kepentingan rakyat serta penemuan intensif pakar syariah dan ekonomi tempatan."
Apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan, antara perkara yang dijanji ialah untuk mengkaji sama ada ia mematuhui hukum syara atau sebaliknya.
Menurut rekod kerajaan, ada sebanyak 200,000 syarikat daripada 430,000 syarikat yang mendaftar GST di seluruh negara.
Apa yang jelas kini ialah kerajaan hanya mementingkan soal duit masuk kantong mereka semata-mata apabila menekankan berapa banyak yang berjaya dan akan dikutip,  selain tindakan terhadap  mereka yang ingkar.
Janji lain seperti harga barangan akan menjadi lebih murah, rakyat akan mendapat pulangan setimpal dan hasil untuk membangunkan negara, atau kadar GST akan diilai semula tidak lagi diperkatakan dalam menilai dan mengkaji tuntutan rakyat.
Kerajaan mengatakan apa yang dilaksanakan melalui GST ketika ini akan kekal kerana ia menjadi pendapatan penting kerajaan sebagai pengganti kepada hasil gas dan petroleum akibat kejatuhan harga bahan itu di pasaran dunia.
Dengan kata lain, rakyat dan syarikat kini menjadi penyelamat kepada kerajaan untuk mendapatkan hasil sedangkan sumbangan baik daripada hasil itu kepada rakyat tidak diperincikan.
Apakah langkah ini wajar dan bertepatan dengan tuntutan agama?
Bagaimana dengan janji untuk mengkajinya kedudukan enam parameter syarak yang perlu dirujuk dalam pelaksanaan GST?
Enam perkara itu membabitkan:
1.      Komitmen kerajaan dalam melaksanakan syariat Islam;
2.      Sumber kewangan;
3.      Cukai yang dikutip hanya untuk memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
4.      Bebanan cukai dikutip secara adil;
5.      Cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah dan bukan untuk maksiat; serta
6.      Agihan cukai perlu bertepatan dengan ijithad ulama semasa dan setempat.
Sejauh ini  ulama memberikan pendapat yang berbeza semasa perbincangan yang dibuat mengenai pelaksanaan cukai itu, sama ada haram atau harus. Bagaimanapun selepas perbincangan tersebut, ulama sebulat suara menyatakan pelaksanaan GST harus dilaksanakan tetapi dengan berpandukan enam syarak yang ditetapkan.
Harapkan ulama PAS untuk memperkatakan isu GST? Pendirian mereka semakin tidak jelas walaupun mulanya menentang tetapi malah ada mengatakan mereka menyokong pelaksanaan GST walaupun tahu keadaan ketika ini sangat terkesan kepada rakyat.
Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 terus diperkatakan rakyat biasa dan akan menjadi  salah satu isu dalam pilihan raya akan datang. Yang pasti, rakyat ternyata tidak berpuas hati dengan pelaksanaan dan pengagihannya.
Banyak pendapat diluahkan, malah ada mengatakan GST zalim dan menekan rakyat. Di pihak kerajaan, ia baik untuk mereka dan pendapatan negara.
Yang pasti, berkaitan GST dan hubungannya dengan  Majlis Fatwa Kebangsaan, tempoh selama setahun diberikan dalam pelaksanaan GST  agar dikaji - apakah ia mematuhi hukum syarak yang ditetapkan - sudah matang tempohnya.
Namun sehingga kini kajian mengenai kedudukannya dari segi syarak dan apakah adil untuk masyarakat, berlalu begitu sahaja.
Di mana ciri-ciri Wasatiyyah yang menekankan kesederhanaan dalam perlaksanaan GST ini?
Tidakkah kesederhanaan ini bermaksud tidak menekan rakyat dan tidak pula membelanjakan pendapatan untuk tujuan lain tetapi dikembalikan hasilnya untuk kesejahteraan dan kebaikan rakyat?
Dengan kata lain, kalau terdesak mahu melaksanakannya biarlah kadarnya bersesuaian dan hasilnya dipulangkan kepada rakyat dengan seadil-adilnya.
Menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 2016, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kutipan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM dari Januari hingga Oktober 2016 ialah RM29.34 bilion.
Johari...kutipan GST meningkat
Ia meningkat sebanyak RM1.41 bilion berbanding sembilan bulan tahun lalu yang berjaya meraih RM27.93 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

BR1M bukan polisi ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah

Posted: 29 Dec 2016 07:30 PM PST


Oleh *Liew Chin Tong
BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) bukan jawapan untuk sebuah polisi ekonomi yang tuntas bagi menyelesaikan isu melingkari golongan berpendapatan terendah 60% kebawah. Naif sekali jika Umno menyangka rakyat terbanyak tidak menyedari hal ini.


Umno menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan satu kesilapan besar apabila dengan beraninya mendakwa BR1M adalah 'rasuah'. Anggapan mereka, rakyat khususnya penerima BR1M akan menempelak Tun kerana mengkritik usaha Perdana Menteri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional ini. Oleh itu, dakwaan Tun telah menerima kecaman hebat oleh para menteri. Pada awal-awal tahun pengenalan, BR1M (sebelum GST dilaksanakan) sememangnya menyumbang kepada peningkatan imej seterusnya sokongan rakyat kepada Umno dalam PRU 2013. Namun ia sedikit demi sedikit berkurangan pada tahun-tahun berikutnya.
Rakyat Malaysia hari ini umumnya telah menyedari bahawa:
Pertama, sumber BR1M adalah dari dana awam. Justeru mereka sememangnya berhak mendapat BR1M dan bukanlah suatu kewajipan untuk mereka rasa terhutang budi atau 'berterima kasih' kepada Najib.
Kedua, sejak perlaksanaan GST pada 2015 dan kenaikan harga barangan, BR1M tidak lagi memberi kesan besar terhadap pendapatan boleh guna isi rumah.
Ketiga, BR1M tidak langsung menjadi jawapan kepada isu peluang pekerjaan yang meruncing kini. Kerajaan gagal untuk tampil dengan polisi yang meyakinkan. Jauh di hati rakyat, pekerjaan yang baik dengan upah yang setimpal adalah keperluan mendesak berbanding BR1M meskipun mereka akan terima apa sahaja yang diberikan oleh Kerajaan.
BR1M hakikatnya adalah respon pra-matang Najib kepada proposal kerangka polisi Pakatan Rakyat yang dikemukakan pada Julai 2011 yang lalu.
Saya yang terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penyediaan proposal tersebut telah mengambil garis bahawa pemerkasaan ekonomi golongan berpendapatan terendah 60% kebawah perlu menjadi asas untuk memberi nafas baru kepada keseluruhan ekonomi Malaysia yang suram.
Sejak krisis ekonomi global 2008, eksport Malaysia menguncup disebabkan permintaan yang mengecil dari Eropah dan Amerika Syarikat. Pada ketika itu, kita boleh menyaksikan bagaimana negara terpaksa bergantung lebih kepada penggunaan domestik. Pun begitu, ia banyak dibiayai oleh hutang isi rumah yang pastinya tidak mapan untuk jangka masa panjang.
Strategi ekonomi yang mapan hanya mampu dibentuk apabila kita melakukan reformasi ekonomi dengan memperkasakan golongan berpendapatan terendah 60% kebawah. Inilah asas kepada proposal kerangka polisi Pakatan Rakyat 2011
Bertitik tolak dari asas tersebut, kami mencadangkan 3 pakej reformasi ekonomi untuk meningkatkan pendapatan dan pendapatan boleh guna golongan berpendapatan terendah 60% kebawah seterusnya menganjak ekonomi Malaysia.
Pakej I - Pendapatan & Produktiviti
Pemberian wang saguhati (seperti BR1M) bukan jawapan kepada isu kesukaran mendapat peluang pekerjaan yang baik dengan bayaran upah yang setimpal yang membelenggu rakyat. Satu rangka polisi ekonomi yang ampuh amat diperlukan untuk berhadapan isu ini.
Timbul persoalan; bagaimanakah Malaysia mampu mengurangkan kebergantungannya terhadap pekerja asing tanpa kemahiran? Usaha untuk meningkatkan tahap automasi, penggunaan alatan bermesin dan menaik taraf industri agar kebergantungan kepada tenaga manusia dapat dikurangkan mampu memberi jawapan.
Kerajaan bertanggungjawab merangka polisi yang ditunjangi asas untuk meningkatkan produktiviti (menerusi automasi dan penggunaan teknologi bermesin) dan pengupahan tenaga kerja mahir dengan gaji yang lebih tinggi. Apa yang kita ada hari ini adalah kerangka polisi yang berorientasikan produktiviti yang rendah melalui lambakan tenaga kerja tidak berkemahiran dengan tangga gaji yang amat rendah.
Pakej II - Perbelanjaan Sosial
Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz: 'Kalau betul BR1M bukan rasuah...'

Posted: 29 Dec 2016 07:22 PM PST

Mahfuz OmarSekiranya benar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah, maka rakyat berhak menolak undi Umno dan BN pada PRU nanti, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, BN tidak perlu menghasut rakyat untuk menolak pembangkang sekiranya BR1M bukan diberi bagi tujuan rasuah.
"Pakat nafi BR1M bukan rasuah. Pada hal waktu nak bagi BR1M mula-mula dulu  semua penerima kena tadah telinga dengar ceramah kempen pemimpin Umno merayu minta undi BN.
"Jika BR1M bukan rasuah dan BN pun tidak menagih untuk mengharapkan undi dari penerima BR1M, amatlah sesuai untuk penerima BR1M tidak undi BN dalam PRU14 nanti," ujar Mahfuz sinis menerusi satu kenyataan.
Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa pemberian bantuan BR1M merupakan rasuah dan ia salah di sisi undang-undang.
Tambahnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga kelihatan yakin bantuan yang diberikan itu dapat meraih undi rakyat untuk terus menyokong BN.

Exco Selangor: Terima kasih, Jamal

Posted: 29 Dec 2016 07:20 PM PST

Bagaimanapun, kerajaan negeri dan MPAJ berkata cukup setakat Jamal menyerahkan maklumat premis kegiatan haram dan membiarkan polis dan pihak berkuasa mengambil tindakan.
ean-yong-jamal
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor menghargai tindakan Datuk Seri Jamal Yunos membongkar pusat judi haram, tetapi berharap beliau menyerahkan maklumat berhubung isu itu kepada pihak berkuasa dan tidak mengambil tindakan sendiri.
Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata ketua Umno Sungai Besar itu perlu menghormati undang-undang dan bukan "meletakkannya di tangan sendiri".
"Terima kasih bantu kita membanteras kegiatan haram tetapi beliau sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik terlebih dulu.
"Beliau perlu menyerahkan maklumat tentang premis kegiatan haram kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan penguatkuasaan," katanya ketika dihubungi FMT.
Semalam, Jamal tampil bersama-sama 100 pemuda bermotorsikal, menyerbu 2 pusat perjudian sekitar Jalan Kosas, Ampang.
Dengan berpakaian jubah dan kopiah putih, beliau turut membawa keratan gambar Ean dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwanya tidak berbuat apa-apa untuk membanteras masalah itu.
Jamal mendakwa pemilik 2 unit pusat judi yang diserbunya membayar RM10,000 kepada ahli majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk mendapat lesen.
Dakwaan itu dinafikan S Supiramany, ahli majlis MPAJ merangkap ahli Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan.
Read More / Baca Lagi >>

Tipu pakej umrah: Pegawai kanan JPNT dipanggil bantu siasatan

Posted: 29 Dec 2016 07:19 PM PST



Seorang pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pakej penipuan pakej umrah yang melibatkan guru.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata selain itu beberapa ketua sektor dan pegawai JPNT juga akan turut dipanggil dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.
Bilangan rakyat Malaysia yang mengerjakan umrah bertambah saban tahun.Katanya siasatan itu juga menjurus berhubung surat tawaran yang dikeluarkan oleh JPNT tersebut dan setakat ini pihaknya telah merakamkan percakapan 28 mangsa.
"Beberapa individu lagi akan dipanggil bagi merekodkan percakapan selain Pengarah JPNT sama ada berlaku kecuaian atau sebaliknya berhubung kes ini," katanya ketika ditemui di Kualan Terengganu, semalam.
Terdahulu beliau memaklumkan pihak polis berjaya mengesan penipuan yang dijalankan sebuah yayasan di negeri itu melibatkan kerugian kira-kira RM14.2 juta dan membabitkan 4,800 mangsa.
Isnin lalu seorang pengarah dan seorang akauntan yayasan itu direman selama empat hari dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Rosli turut menyarankan mangsa yang terlibat untuk membuat laporan polis. Sehingga kini 48 laporan telah diterima oleh pihaknya.

'Masuk Pas tak beri keuntungan' kata UMNO

Posted: 29 Dec 2016 07:18 PM PST

GUA MUSANG - Umno menyifatkan segelintir peneroka dari Kesedar Paloh dan Lebir di sini, yang memilih untuk beralih kepada Pas sebagai kumpulan yang tidak tahu mengenang jasa.
Timbalan Ketua Umno Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah berkata, tindakan itu bukanlah satu perkara yang memberi keuntungan kepada peneroka, malah bakal berdepan dengan situasi sukar.
Pas "Saya difahamkan beberapa keluarga membuat keputusan untuk berada bersama Pas kerana tidak berpuas hati atas beberapa perkara termasuk hak milik rumah dan geran.
"Saya yakin, tindakan itu hanya sia-sia kerana Pas tidak boleh bantu memberi geran kepada mereka. Cubalah jadi manusia yang tahu berterima kasih dan menghargai jasa.
"Apa jua janji dari Pas hanyalah omongan kosong untuk menarik ahli demi kepentingan mereka sahaja tanpa membantu," katanya selepas Majlis Penghargaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Sesi 2015/2016, di ibu pejabat Kesedar, di sini.
Turut hadir, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Fazam Mat Lazim, Adun Galas, Ab Aziz Yusoff dan Timbalan Pengurus Besar Pengurusan Kesedar, Iskandar Zulkarnain Ibrahim.
Nozula yang juga Timbalan Pengerusi Kesedar berkata, peneroka perlu bersyukur dengan kehidupan yang mereka nikmati kini dengan bantuan agensi kerajaan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Jamal Yunos - Kisah-kisah Poster yang kelakar

Posted: 29 Dec 2016 07:14 PM PST

Operasi khas SPRM siasat skandal SRC didakwa dikecilkan

Posted: 29 Dec 2016 07:10 PM PST

Saiz bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti yang berkaitan dengan 1MDB dan Felda, didakwa sedang dikecilkan.
Difahamkan bahagian berkenaan ditubuhkan kurang daripada lima tahun lalu untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli-ahli politik, atau rasuah yang melibatkan jumlah lebih RM1 juta.
Satu sumber yang biasa dengan perkembangan tersebut membayangkan bahawa bahagian yang bertanggungjawab untuk menangani beberapa kes besar sebelum ini, sedang dikecilkan atau sedang berdepan dengan penyusunan semula.
Ia tidak diketahui sama ada langkah itu dipersetujui atau disokong oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Antara kes-kes yang dikendalikan bahagian berkenaan termasuk kes SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang kini di bawah Kementerian Kewangan.
Kes-kes lain termasuk pembelian hartanah hotel oleh Felda London di bawah pengerusinya sekarang, Tan Sri Isa Samad, dan kes rasuah infrastruktur air di Sabah.
Felda telah pun dilaporkan dibersihkan daripada salah laku.
Ia tidak diketahui sama ada pengecilan bahagian itu ekoran langkahnya untuk menyiasat SRC International.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah nasihat Iskandar tinggalkan 'perigi buta', Pas sebenarnya curi kerusi PKR

Posted: 29 Dec 2016 07:08 PM PST


Izham HashimAmanah Selangor menasihati Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Samad agar lebih mencermin diri sendiri sebelum menuduh Amanah mahu 'mencuri kerusi' yang ditandingi PKR sedangkan urusan pembahagian kerusi pilihan raya antara parti-parti Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan diputuskan menerusi rundingan.
"Nasihat saya kepada Iskandar supaya jangan jadi seperti 'orang yang tinggal di dalam perigi buta', yang buat-buat tak tahu kepada perkembangan semasa.
"Isu curi kerusi ni bukan kerja Amanah tetapi yang pasti ialah Pas apabila bertanding di tujuh kerusi PKR dalam pilihan raya umum (PRU) yang lepas walaupun  selepas perjanjian bersama. Jadi siapa yang sebenarnya yang tidak amanah?" soal Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim.
Izham merujuk kepada kenyataan Iskandar yang juga Naib Presiden Pas berhubung kerusi yang akan ditandingi Amanah sebagaimana tersiar di dalam Sinar Harian bertarikh 28 Disember.
Dalam kenyataan medianya lewat petang semalam, Izham juga mengingatkan Iskandar bahawa Amanah kini menggantikan Pas di dalam Pakatan Harapan (PH) dan pada asasnya akan bertanding di semua kerusi ditandingi Pas pada PRU 13 yang lalu.
"Sebagaimana yang disebutkan oleh YB Khalid Samad, Pengarah Komunikasi Amanah Nasional, Amanah sedang menimbang untuk bertanding di 40 kerusi parlimen, jauh kurang daripada kerusi yang ditandingi Pas pada PRU 13 yang lalu selepas kami mengambil kira aspek kemampuan dan 'winnability' (boleh menang) Amanah serta pembahagian kerusi kepada PPBM yang juga akan bertanding buat kali pertama," jelas beliau.
Menyentuh isu kerusi PKR yang dikatakan akan ditandingi oleh Amanah, Izham berkata ia merujuk kepada perubahan lanskap politik semasa dan mungkin akan berlaku perubahan atau pertukaran kerusi sesama komponen parti di dalam PH-PPBM.
"Tetapi itu semua akan diputuskan bersama di mesyuarat kami dalam PH-PPBM. Iskandar tidak perlu risau perkara ini dan dia boleh beri tumpuan kepada pembahagian kerusi sesama rakan-rakan Pas dalam Gagasan Sejahtera," ujarnya sinis.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah kepada PAS: Kamu urus Sejahtera, kami urus Harapan

Posted: 29 Dec 2016 07:07 PM PST

Soal pembahagian kerusi melibatkan parti Pakatan Harapan tidak seharusnya dicampuri PAS memandangkan ia tidak berada dalam gabungan, kata Amanah.
Izham-Hashim
PETALING JAYA: Amanah mengingatkan PAS supaya fokus kepada sekutunya dalam gabungan 2 parti bernama Gagasan Sejahtera, bukannya mencampuri urusan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata soal pembahagian kerusi terutama milik PKR adalah urusan dalaman PH.
"Tetapi itu semua akan diputuskan bersama di mesyuarat kami dalam PH-PPBM," katanya sambil merujuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut menjalinkan kesefahaman dengan PH.
Sebelum ini, pengumuman Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang parti itu mahu bertanding 40 kerusi Parlimen termasuk yang kini dipegang PAS dan PKR pada pilihan raya umum akan datang, dikritik Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Iskandar berkata Amanah bersikap tidak amanah apabila mengganggu kerusi milik rakan sekutunya dalam PH.
Izham bagaimanapun berkata kenyataan Amanah itu merujuk kepada perubahan lanskap politik semasa yang memerlukan PPBM dan PH menyusun semula calon mereka.
"Iskandar tidak perlu risau perkara ini dan dia boleh beri tumpuan kepada pembahagian kerusi sesama rakan-rakan PAS dalam Gagasan Sejahtera," katanya, merujuk kerjasama PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia dipimpin bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Izham turut mempersoalkan tuduhan PAS yang Amanah cuba mencuri kerusi rakan sekutu.
Sebaliknya, beliau berkata mencuri kerusi sesuatu yang dilakukan oleh PAS pada pilihan raya umum 2013.
Read More / Baca Lagi >>

RM90 JUTA: SAMAN ATAU TIDAK?

Posted: 29 Dec 2016 07:06 PM PST

Menarik sekali untuk menunggu perkembangan seterusya berkenaan saman Pas terhadap Sarawak Report berkaitan artikel yang mendakwa kepimpinan kanan parti itu menerima RM90 juta daripada Najib Razak.

Pada 13 Disember, Pas sudah menghantar notis tuntutan tujuh hari yang mengandungi tiga permintaan kepada Sarawak Report:-

- menarik balik artitel berkaitan dakwaan RM90 juta yang disiarkan pada 6 Ogos 2016.

-  membuat permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui oleh parti.

- membuat akujanji untuk tidak menyiarkan tuduhan palsu di masa depan.
Tempoh tuntutan itu telah berakhir pada 20 Disember lalu di mana Claire Brown dan Sarawak Report tidak mengendahkan langsung tuntutan yang diminta Pas itu, sekaligus memberi makna beliau bersedia untuk berdepan dengan Pas dan Hadi Awang di mahkamah.

Hari ini pula sudah 30 Disember, sepuluh hari telah berlalu daripada tarikh tuntutan itu berakhir.

Namun,  masih tidak kedengaran khabar berita sama ada Pas mahu meneruskan saman atau sebaliknya.

Claire Brown, ketika ditanya mengesahkan masih tidak menerima sebarang writ saman atau apa-apa dokumen yang menunjukkan beliau dan Pas akan bertemu di mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Isu perebutan tanah di Rantau Panjang, kunjungan Hadi ke Tehran

Posted: 29 Dec 2016 07:03 PM PST

MSO

Mahkamah Tetapkan Bicara Tahun Depan.

Ada dua isu melingkungi parti agama (Pas) yang menarik untuk diperkatakan waktu ini. Walaupun kedua-dua isu itu bersifat personal tetapi kerana ia membabitkan pemimpin tinggi atau tokoh Pas maka ia secara tidak langsung mengheretkan parti agama itu dan mendamgekannya. Suka atau tidak ia diberi perhatian dan dijadikan modal kering dalam politik.

Pasti dalam Piraum 14 nanti kedua-dua isu itu akan digunakan oleh musuh Pas, khansya Umno sekiranya ia tidak dilengsai dengan baik. Atas kebimbangan itu maka kedua-dua isu itu penting perlu diberi tumpuan serta mencari penyelesaiannya.

Isu pertama ialah mengenai ziarah Abdul Hadi Awang ke Tehran bagi menghadiri satu seminar kononnya untuk mencari perdamaian di antara golongan Syiah dengan Sunni yang "bertikah" mengenai fahaman kedua-duak puak itu.

Bagaimana pun pemergian Hadi itu telah menimbulkan kontroversi kerana ia dibabitkan dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia (KUIS), yang mana pengkaitan itu menyebabkan timbul rasa kurang senang dari pihak KUIS termasuk pressidennya sendiri Yusof Qardhawi.

Hadi seperti dilaporkan mendakwa pemergiannya mewakili KUIS tetapi ia disangkal oleh pihak kesatuan itu sendiri menerusi setiausaha agungnya. Laporan dalam portal rasmi partinya juga katanya di delete. Why? Why?

Penafian oleh KUIS itu menunjukkan berlaku pembohongan fakta oleh pihak Hadi. Kegelabahan Hadi terhadap pertikaian itu dijelaskan pula menerusi sikapnya yang merendah-rendahkan upaya fizikal Yusof Qardhawi dengan mengatakan tokoh ulama itu sebagai kurang pendengaran dan mata juga kabur. Hadi memberi gambaran pertikaian Qardhawi terhadap kunjungan sebagai palsu.

Pemergian Hadi itu sebenarnya perkara biasa. Bukan pertama kali dia berjabat salam dan berpelukan cium pipi sambil memijak hujung jubah masing-masing dengan Ayutollah-Ayutolah dan pemimpin Syiah. Sudah acap benar lantaran itu Hadi tidak menoleh kepada perkembangan semasa sebelum memijak bumi Qom. Hadi tidak peka dan prihatin dengan keadaan semasa.

Tetapi kenapa pemergian beliau kali ini dipertikaikan, kerana saat Hadi ke Tehran itu saudara Islam di Aleppo, Syria sedang diganyang dengan dan dibunuh hidup-hidup. Pengeboman itu turut sama melibatkan sokongan moral daripada Tehran dimana ia dilihat tragedi itu ada persekongkolan oleh Iran. Itu sahaja kekhilafannya.

Jadi pemergian Hadi itu kurang tepat apa lagi saat pemimpin dan ulama muktabar lain yang juga menerima undangan tetapi mereka mengabsenkan diri.

Dari Malaysia bukan presiden "mulla" Pas itu sahaja diundang tetapi pembesar parti Islam lain juga turut sama dijemput yang mana kalau mereka hadir pasti akan disambut dengan bunga manggal dan nyanyian Hadrah atau lagu-lagu membangkit semangat Syiah.

Khabarnya penasihat agama Parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Awang dan Abdul Ghani Shamsuddin, juga turut sama diundang ke seminar berkenaan. Begitu juga dengan Husam Musa ada menerima jemputan termasuk diberikan tambang dan penginapan percuma, tetapi mereka menolaknya dengan baik dan penuh hikmah. Mereka lebih melihat kepentingan lain daripada meraikan undangan Iran yang ada motif tersendiri itu.

Baik Ahmad, Ghani dan Husam mereka tidak ikut sesukanya dan membiarkan wibawa mereka larut dalam dalam pertikaian isu Sunni dan Syiah. Dan saya percaya penolakan mereka ke atas undangan itu sebagai menghormati dan menyatakan solidariti dan menzahirkan perasaan simpati dan sedih atas apa yang berlaku ke atas nasib penganut Sunni di Aleppo.

Namun Hadi yang terkenal dengan ketegasan dan "kebabilannya", bercakap dengan nada angkuh serta sering songsang dengan "ijtihad siasah", tidak mempedulikan sentimen berkenaan dan hadir ke seminar itu seperti biasa penuh kebanggaan kononnya dialah pemimpin daris garis agama yang terhebat dari Nusantara.

Beliau mungkin ikhlas hadir bagi menyelesaikan pertikiakan Sunni dan Syiah yang berlarutan beratus abad tetapi masa dan ketikanya kurang kena. Langkah Hadi itu seperti memakai "sweater" di musim panas. Pemergian itu seolah-olah beliau sedikit pun tidak merasai apa yang dirasai oleh Muslim Sunni di Aleppo. Dan nawaitu itu juga dilihat besar tetapi membelakangi kepentingan lain dalam konteksnya sebagai pemimpin parti dan agama di negara ini.

Hadi sepatutnya tidak obses menyelesaikan pertikaian Sunni dan Syiah, tetapi lebih baik selesaikan dahulu pertelingkahan, penyesatan dan pelebelan (takfiri) kerana dogma politik yang berlaku dalam Pas kini. Perpecahan Pas menyebabkan tertubuh Amanah dan kian ramai anak-anak muda profesional menjauhi jemaah itu seharusnya menjadi keutamaan Hadi mengatasinya. Dengan melupai keperluan itu disinilah orang suluh betapa ceteknya politik Hadi.

Kita tinggal Hadi dan kita ke isu kedua, yakni  mengenai isu perbicaraan berkaitan pertikaikan penjualan sebidang tanah antara Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang Abdul Fatah Haron dengan bekas TMB Kelantan Abdul Halim Abdul Rahman dan bekas Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali bersama beberapa yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Perebutan tanah: Bila keadilan tidak tegak maka terbongkar kemungkaran

Posted: 29 Dec 2016 07:02 PM PST

MSO

Walaupun isu penjualan senidang tanah di Lebuh Raya Rantau Panjang - Pasir Mas dan pertikaian mengenainya, ia tidak sebesar isu 1MDB dari segi nilainya, tetapi kesan moralnya sama sahaja dengan skandal 1MDB yang memualkan itu.

Nilai skandal 1MDB (dikira wang yang disonglapkan ke dalam akaun presiden Umno Najib Razak ialah RM2.6 billion), sementara nilai tanah yang dipertikai itu hanya sekitar RM 22 juta sahaja. Walaupun begitu ia dianggap besar apabila berlaku dalam parti agama yang pemimpinnya bercakap bersendikan Quran dan Hadith.

Saat para ahli dan pendokong bawahan menganggap parti agama (Pas) lebih mulia daripada parti-parti lain, tidak seharusnya kerja-kerja tidak bermoral atau "penyelewengan" seperti ini berlaku. Disebabkan kepercayaan agama yang tinggi diberikan itu apabila isu ini meletus ia menyebabkan mata orang ramai terutamanya pendokong dan ahli Pas sendiri terbeliak.

Apa yang dikatakan kepada Umno selama ini yang parti itu korup nampaknya sudah membidas juga kepada Pas.

Mengenai angka jumlah nilai skandal itu ada signifikan. Kedua-dua nilai dalam isu ini bermula dengan angka 2. 1MDB 2.6 billion manakala dalam kes tanah itu RM 2 juta lebih.

Adapun senario kedua-dua isu atau kes itu berbeza, namun ia tetap masih berkisar dan dipertiakaikan kerana membabitkan maruah parti dan integriti pemimpinnya.

Di sini saya tidak mahu memperpanjang skandal RM2.6 billion itu tetapi ingin menumpukan kepada isu penjualan dan pertikaian tanah di Rantau Panjang itu sebagai sambungan kepada beberapa posting mengenainya sebelum ini. Posting yang anda baca kini merupakan bahagian ke -5. Bahagian ke - 4 dan sebelum-sebelumnya boleh diikuti dalam blog ini. Boleh skrolkan.

Di bawah ini saya cuplikan catatan atau posting bahagian 4.

http://msomelayu.blogspot.my/2016/09/isu-perebutan-tanah-fatah-hanya-broker.html#more

Posting sebelum ini tidak begitu jelas kedudukannya, terutama dari segi figure (angka) keluasan tanah serta berapakan nilai sebenarnya. Atau siapa-siapa berhak ke atas tanah berkenaan. Dan macam mana ia boleh terjadi?

Dalam bahagian  ke 4, penjelasan salah seorang yang berada dalam kancah pertikaian itu, cuba memberi gambaran sikap tamak atau pun tidak jujur Yang DiPetua Pas Rantau Panjang Abdul Fatah Haron. Fatah digambarkan "khianat" apabila membawa isu penjualan tanah berkenaan ke mahkamah dan membuat injuksi di Mahakamh Tinggi Kota Bharu. Beliau juga mendakwa Fatah tidak ada locus standy kerana ia tidak mengeluarkan wang satu sen pun semasa membeli tanah berkenaan.

Memang tanpa mendapat maklumat sebenar itulah anggapan umum. Ia nampak pengkhiatan daripada bekas ahli Parlimen Rantau Panjang dan juga bekas Adun Bukit Tuku itu. Sebab itu saya berusaha turun ke Kota Bharu minggu lepas untuk hadir di Mahakamah Tinggi mengikut perbicaraan kes pertikaikan tanah ini. Seperti mana dinyatakan saya ingin maklumat dan keterangan jelas bagi mengelakkan ada orang tidak berdosa "tergodam" dengan ulasan dan laporan saya.

Saya tidak ada apa-apa kepentingan melainkan ingin memberi gambaran apa sebenar berlaku untuk mengelakkan berlaku salah tanggap dan fitnah. Yang penting apa diharapkan bukan sahaja maruah tetap hak parti itu juga dijamin.

Dalam pada itu ada juga mengatakan saya sengaja memperbesrkan isu kerana kepentingan tertentu. Sama ada tuduhan itu benar atau tidak penjengok bola nilai sendiri setiap apa yang saya tulis dan isu yang saya angkat dalam blog ini. Mereka yang wala' dengan Pas dan menerima pemimpin Pas maksum, sukar mempercayainya.

Alhamdulilah, apa yang saya hajati berhasil. Saya mendapat penjelasan berkaitan isu ini dengan jelas berserta dengan beberapa dokumen. Ada beberapa maklum yang diperolehi menunjukkan bukti jelas berlaku penyelewengan atau salah guna kuasa. Saya tidak bercadang untuk mendedahkan segala maklumat itu di sini buat masa ini.
Read More / Baca Lagi >>

Macam ni pon boleh dapat DATO' SRI ??!!

Posted: 29 Dec 2016 07:49 AM PST

Bertuah penduduk2 kawasan Sungai Besar ada pemimpin seperti ini..

Bila nak buat PARTI GAYUNG ?

APA TINDAKAN POLIS ??!!

Posted: 29 Dec 2016 07:43 AM PST

FAKTA:
Muka Jamban Yang Berdarah mmg suka cakap bohong..

Macam sama jer

Posted: 29 Dec 2016 07:42 AM PST

Tak mungkin PAS membiarkan TGHA difitnoh.. kerana akan dilihat kecelaruan setelah lawatan ke negara 'Syiah' yang menjauhkan lagi parti ini pada rakyat di negara ini...

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Posted: 29 Dec 2016 07:40 AM PST

FAKTA !!!
Bila UMNO & BN dlm keadaan tertekan & genting, maka bermulalah pemimpin Umno & kuncu2 pemakan dedak memainkan isu2 perkauman dan menyalahkan bangsa lain utk meraih simpati sokongan Melayu..

SIAPA sebenarnya yg membangsatkan FELDA. Cina-DAP jugak ka !!

MMC Gamuda: Bayaran PDP MRT1 bukan RM7 bilion

Posted: 29 Dec 2016 07:38 AM PST

MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd (MMC Gamuda) hari ini menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta.
Syarikat itu berkata jumlah yang dinyatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebanyak RM7 bilion, adalah tidak benar.
Dalam satu kenyataan hari ini, MMC Gamuda berkata, selain kos pembinaan RM21 bilion untuk MRT 1, terdapat kos berkaitan lain seperti bayaran untuk perundingan kejuruteraan, pengukur bahan, kerja-kerja integrasi sistem, siasatan tapak, kajian topografi, kontingensi serta PDP.
Menurut syarikat itu, bayaran PDP adalah enam peratus daripada bahagian bertingkat kerja-kerja pembinaan dengan syarat ia menyelesaikannya dalam masa ditetapkan dan mengikut bajet.
Untuk menjelaskan mengenai jumlah RM40 bilion bagi keseluruhan tiga Laluan MRT, syarikat itu berkata, ia adalah cadangan konsep yang dibangunkan pada 2010 berdasarkan harga pada 2009.
"Ia tidak termasuk kos untuk kereta api elektrik dan pengambilalihan tanah.
"Penjajaran akhir semasa untuk MRT 1 dan MRT 2 adalah lebih panjang dari segi jarak dan lebih banyak stesen, yang telah meningkatkan kos pembinaan Projek MRT tersebut," kata syarikat itu.
MMC Gamuda berkata konsep cadangan yang dikemukakan adalah supaya ketiga-tiga laluan itu dibina serentak berbanding sekarang yang mana pelaksanaan satu-satu laluan secara berperingkat yang mungkin menelan kos pembinaan lebih tinggi.
Jelas syarikat tersebut, biarpun Projek MRT itu pada asalnya dicadangkan (dalam konsep cadangan) sebagai projek turnkey namun kerajaan memutuskan untuk melantik PDP bagi melaksanakannya yang disusuli pelantikan MMC Gamuda.
Selaku PDP, ia bertanggungjawab mengurus pembinaan jajaran bertingkat projek dan kesemua kontrak berkaitan dianugerahkan berdasarkan tender secara terbuka dan kompetitif.
Bagi pakej (pembinaan) bawah tanah, tiada pembabitan PDP kerana pihak MRT Corporation menawarkan tender antarabangsa, namun pelantikan MMC Gamuda sebagai kontraktor terbabit adalah berdasarkan harga tender paling rendah serta teknikal terbaik.
"MRT Corporation menguruskan kerja-kerja (pembinaan) bawah tanah itu," katanya.
Menurut syarikat itu, kesemua proses yang dijalankan itu juga adalah tertakluk kepada dua pengauditan setiap tahun iaitu oleh Jabatan Audit Negara serta penilaian bebas firma perkhidmatan profesional global.
Bagi kos pembinaan setiap kilometer bagi rel bandar berkenaan pula berbeza mengikut projek dan bandar berdasarkan penyelidikan oleh akademik antarabangsa.
"Ia juga merupakan amalan yang diterima seluruh dunia untuk menggunakan kos pembinaan yang tidak termasuk reka bentuk dan penyeliaan kejuruteraan, pembelian tanah antara lainnya.
"Sebagai contoh, kos pembelian tanah di bandar-bandar seperti Hong Kong dan Singapura (yang lebih tinggi) boleh memesongkan perbandingan kos pembinaan," kata syarikat itu.
Read More / Baca Lagi >>

Benarkah Tan Sri Gani Patail dipecat atas sebab kesihatan?

Posted: 29 Dec 2016 05:51 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Jika benar Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan khidmatnya sebagai Peguam Negara atas sebab kesihatan, mengapa beliau didapati berada dalam keadaan sihat dan baik ketika menghadiri majlis pentauliahan oleh Majlis Peguam baru-baru ini?
Persoalan itu dilontarkan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang berkata, Gani kini menyertai firma guaman, Gani Patail Chambers yang menandakan bahawa beliau mampu menjalankan tugas sebagai peguam.
Malah, beliau diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.
"Bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong turut mengatakan dalam ucapannya bahawa Gani berada dalam keadaan yang baik dan sesuai untuk menjadi peguam," katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu kemudiannya menganggap, alasan kesihatan yang diberikan oleh Putrajaya atas pemecatan Gani bukanlah sebab sebenar.
"Tidak berkata benar mengenai pemecatan beliau sebagai Peguam Negara adalah tidak bermoral dan langsung tidak boleh diterima.
"Beranikah Perdana Menteri memberitahu rakyat Malaysia sebab sebenar Gani dipecat dalam ucapan Tahun Barunya nanti?" soalnya.
Gani pada 23 Disember lalu bersama lima yang lain diterima menjadi peguam oleh Majlis Peguam pada majlis di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O' Hara.
Beliau dilihat berada dalam keadaan baik dan sihat, justeru menimbulkan tanda tanya sama ada pemecatannya sebelum ini bukan berpunca dari masalah kesihatannya seperti yang didakwa kerajaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Felda Rugi: Rafizi batal hasrat lapor polis pada PM

Posted: 29 Dec 2016 05:32 AM PST

Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli membatalkan hasratnya untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu Felda yang kini mengalami kerugian.
Katanya, sekiranya beliau berbuat demikian, pihak berkuasa akan menutup kes tersebut atas alasan ia bersifat politik.
"Pada mulanya nak seret Najib juga. Tapi kalau saya ingat, kalau letak Najib, itu akan dijadikan alasan hanya masuk shredder (mesin pengisar kertas) terus kan.
"Kita nak pastikan tak ada loop hole kalau pihak polis kata bersifat politik. Jadi kita fokuskan pada pengarah dan ia sudah tentu (Tan Sri) Isa Samad, Ahli Jabatan Pengarah dan bekas pengurusan Felda.
"Kita akan berurusan dengan Najib melalui politik dan perkara berlainan. Saya tak nak letakkan Najib di sini kerana jalan yang mudah untuk (tutup kes) hanya macam tu," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Rafizi hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Jabatan Pengarah dan bekas pengurusan Felda dari tahun 2013 hingga sekarang ekoran kerugian Felda antara tahun 2012-14.
"Saya percaya ada asas untuk menyiasat keputusan dan ahli-ahli lembaga pengarah dan pengurusan Felda sepanjang tempoh 2013 dan 2014 yang telah menyebabkan prestasi buruk sedemikian rupa.
"Ia untuk memastikan mereka tidak menyalah urus tadbir dana Felda dan (memastikan mereka) menjalankan tugas seperti kehendak Akta-akta yang termaktub dalam Akta Syarikat," katanya.
Jelasnya, Laporan Tahunan Felda 2014 menunjukkan Felda mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.023 bilion.
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu turut telah membelanjakan sebanyak RM2.535 bilion bagi menjalankan aktiviti tanam semula bagi pihak peneroka manakala baki jumlah hutang Felda RM6.13 bilion.
Sebelum ini Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif ditetapkan.
Antaranya, termasuk 65 kontrak bagi pemerolehan perkhidmatan LiDAR atau Light Detection and Ranging bernilai RM148.42 juta dan projek jalur lebar melibatkan kos RM566 juta.
Laporan itu turut membidas Felda kerana tidak membuat kajian kemungkinan dan daya maju sebelum projek ternakan ikan sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen diteruskan sehingga menyebabkan agensi itu mengalami kerugian RM73.63 juta.

Salahkah minta polis siasat anak KPN, soal Azmin Ali

Posted: 29 Dec 2016 05:28 AM PST

Azmin kesal dipanggil untuk soal siasat hanya kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat syarikat menjual senjata api milik anak perempuan KPN.
n-surendran-azmin
SHAH ALAM: Polis hari ini menyoal Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung ucapan beliau yang menggesa pihak berkuasa menyiasat syarikat senjata api milik anak perempuan ketua polis negara.
Azmin disoal di Ibu Pejabat Polis Shah Alam petang ini, kononnya untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Seksyen 500 Kanun Keseksaan meliputi fitnah jenayah, sementara Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 meliputi "penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian".
Beliau ditemani peguamnya dan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran.
Ini berikutan ucapan dibuat Azmin yang menggesa siasatan terhadap anak perempuan Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung lesen syarikat menjual senjata api.
"Ia benar-benar tidak perlu untuk menghentikan menteri besar Selangor daripada tugasnya untuk tujuan siasatan tidak perlu seperti ini. Penjawat awam tidak boleh dikritik, dan undang-undang tidak boleh digunakan dengan cara ini," kata Surendran.
Azmin juga mengkritik polis kerana memanggil beliau untuk disoal siasat, mengatakan beliau hanya meminta ia menyiasat bagaimana anak perempuan Khalid boleh mendapatkan lesen tersebut.
"Kami kecewa begitu banyak masa dibazirkan untuk memberi tekanan kepada saya berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)