Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:59 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hamidah tolak dakwaan ganti Anina,ahli keluarga kuasai jawatan PPBM

Posted: 25 Dec 2016 08:37 PM PST

Datuk Hamidah OsmanDatuk Hamidah OsmanNaib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Hamidah Osman menafikan dakwaan beliau bercita-cita untuk menjadi Ketua Srikandi parti itu setelah penyandangnya Anina Saadudin diturunkan jawatannya kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.
Beliau yang mesra dipanggil Kak Midah itu cuba menjernihkan keadaan menerusi laman facebooknya berkata, adalah sesuatu yang mustahil beliau memegang dua jawatan sekaligus.
"Kak Midah dituduh oleh adik-adik yang baharu menceburi bidang politik kononnya Kak Midah mahu menjadi Ketua Srikandi Malaysia.
"Dik...adalah sesuatu yang mustahil Kak Midah telah dilantik menjadi Naib Presiden mahu memegang dua jawatan dalam masa yang sama. Ini tak mungkin akan berlaku, mustahil sama sekali. Parti tak akan membenarkan situasi ini terjadi," ujarnya.
Hamidah yang terbabit dalam politik selama 35 tahun itu adalah bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng sebelum dipecat dari Umno. Beliau menyertai PPBM dan dilantik secara rasmi sebagai Naib Presiden parti itu pada 2 November lalu.
Hamidah juga menafikan dakwaan kononnya beliau mahu adiknya Hamizura Osman mengantikan Anina.
"Kemudian dituduh pula Kak Midah mahu mencatur adik Kak Midah iaitu Hamizura Osman sebagai Ketua Srikandi.
"Ini juga tak mungkin menjadi kenyataan. Mana mungkin dua beradik menjadi Naib Presiden dan Ketua Srikandi dalam masa yang sama seolah olah parti ini kami yang punya.
"Tambahan pula Hamizura masih mentah dan tidak cukup pengalaman politik untuk membimbing Srikandi Malaysia," ujarnya.
Malah Hamidah juga menolak dakwaan adik beradiknya yang lain akan menguasai PPBM.
"Kita masih ada ayahanda Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz yang mempunyai cukup ilmu dan pengalaman dalam menentukan dan membuat keputusan untuk parti dan siapalah kami berbanding mereka.
"Dik...politik perjuangan dalam PPBM ini sangat besar maknanya kepada negara dan kehidupan kita. Gunakanlah pentas ini sebaik mungkin dan berjuanglah kerana agama bangsa dan negara.
"Jangan di ikut perasaan dan nafsu kerana dibimbangi ianya akan menyebabkan kita tergelincir dari landasan perjuangan yang sebenar.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah Wang Ehsan tak sama BR1M, Salleh tanya Dr M

Posted: 25 Dec 2016 08:28 PM PST

Dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah dan oleh itu, menyalahi undang-undang adalah mengelirukan kerana beliau sendiri melancarkan skim yang sama semasa era pemerintahannya, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah memperkenalkan Wang Ehsan untuk rakyat Terengganu.
Wang Ehsan yang merupakan bayaran oleh kerajaan Persekutuan sebagai ganti kepada royalti minyak digunakan oleh kerajaan negeri untuk mengagihkan bantuan, sama seperti BR1M mulai dari tahun 2000, kata Salleh.
PAS mentadbir Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.
PAS held Terengganu from 1999 to 2004.
"Selepas melaksanakan program bantuan Wang Ehsan dan Terengganu pada tahun 2000, Mahathir kini menukar pendirian dan mengutuk BR1M.
"Adakah Mahathir ingin katakan jika pembangkang berkuasa kelak, semua program bantuan dan kebajikan akan dimansuhkan? Mahathir perlu menjelaskan tentang perkara ini," kata Salleh dalam kenyataan.
Beliau berkata jika program bantuan adalah rasuah, maka pengurangan zakat dan cukai juga adalah sama.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi mahu Hadi jawab tentang kerjasama Umno

Posted: 25 Dec 2016 08:27 PM PST


Rafizi Ramli Rafizi Ramli Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mempersoal sikap kepimpinan Pas yang mengambil pendekatan berbaik-baik dengan Umno ketika rakyat dibebani dengan pelbagai masalah ekonomi.
Berucap pada majlis makan malam anjuran Amanah Kelantan di Dewan Perniagaan Cina negeri di Kota Bharu, beliau berkata, soal kerjasama seperti dianjurkan Islam sebenarnya tidak termasuk dalam hal yang merosakkan.
"Saya nak Datuk Seri Hadi (Presiden Pas) jawab kalau Najib terus buat hutang, menyusahkan rakyat, menyebabkan harga barang naik, orang tiada kerja, cukai dan lain-lain, adakah terus membantu Datuk Seri Najib ataupun menasihati atau bekerjasama dalam hal-hal yang nampaknya baik dibawa oleh Umno, tidakkah itu perlu dibandingkan dengan kerosakan dan bahaya jauh lebih besar yang terhasil daripada kerjasama tersebut?
"Betul, Allah ingatkan kita bantu-membantu dalam perkara yang baik, tetapi dalam ayat sama kita juga diingatkan jangan kita bantu-membantu perkara yang tidak baik," tegasnya kelmarin.
Sekali lagi menyebut nama Hadi yang juga Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu, Rafizi mengingatkan semua parti politik tentang pentingnya keutamaan diberi kepada usaha menjatuhkan kepimpinan Najib Razak sebelum beban rakyat semakin bertambah.
"Dalam soal kita ada Perdana Menteri seperti Datuk Seri Najib yang hilang duit tiap-tiap hari ini, saya tanya pada semua, baik sama ada pimpinan Amanah, PKR, DAP, Bersatu bahkan Pas, yang mana satu keutamaan paling besar untuk kita mencari keredaan Allah?
"Hentikan mudarat yang paling besar itu atau terus biar kekal dia lebih lama di Putrajaya, kerana Datuk Seri Hadi kalau (biar) 10 tahun lagi, hutang kita melampau, ekonomi kita teruk, orang islam jadi mangsa dan hamba kepaa riba dan pinjaman.
"Kalau nak beli kereta kena buat pinjaman sampai 15 tahun, sampai bunga riba itu sama dengan riba pokok, tidakkah kita juga menangggung dosa?" bidas Rafizi lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah tidak akan letak calon kerusi PKR, PPBM di Kelantan

Posted: 25 Dec 2016 08:21 PM PST



Amanah Kelantan mahu rundingan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan blok ketiga, Gagasan Sejatera - Pas dan Ikatan menetapkan segera kawasan yang akan ditandingi di Kelantan.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata kerusi-kerusi yang diberi kepada dua parti ini akan dipastikan pertandingan satu lawan satu melawan BN.
"Kita akan pastikan penyokong Amanah di kawasan berkenaan mengundi PKR dan PPBM yang merupakan parti sekutu kita.
"Amanah tidak akan sekali-kali meletakkan calon di kawasan berkenaan," katanya.
Datuk Wan Abdul Rahim Wan AbdullahBeliau meminta pemimpin-pemimpin kedua-dua parti memuktamadkan segera perundingan mereka dengan blok ketiga.
"Saudara Rafizi (Ramli) tolong beritahu pemimpin-pemimpin PKR supaya dapatkan persetujuan segera di mana mereka akan bertanding di Kelantan.
"Puan Anina (Saadudin) yang juga ada bersama kita malam ini, tolong beritahu Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana kawasan yang akan diberi oleh blok ketiga untuk PPBM bertanding di Kelantan ini supaya pihak kita akan membuat persiapan untuk memastikan kawasan itu dimenangi dalam menentang BN nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis ceramah Pakatan Harapan (PH) sempena acara makan malam kutipan derma PRU14 yang dianjurkan pemuda Amanah Kelantan di Kota Bharu semalam.
Parti Amanah katanya akan berpegang teguh kepada perjanjian kerjasama yang telah dimeterai antara PH dan PPBM.
"Seperti yang dicadangkan Tun Mahathir Mohamad, parti-parti yang telah mengikat janji untuk bersama ini tidak akan ada perlawanan sesama sendiri dalam mana-mana kawasan pilihanraya.
"Hanya salah satu parti sahaja akan bertanding di semua kawasan seluruh negara menentang parti pimpinan Najib," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion 'ibu segala isu' 2016

Posted: 25 Dec 2016 07:37 PM PST

1MDB, derma RM2.6 bilion 'ibu segala isu' 2016
TAHUN 2016 telah mencoret pelbagai kisah menarik dalam kamus politik negara, bagi mengimbau semula kejadian peristiwa 'gempak' yang berlaku dalam arena politik tanah air, Sinar Online akan menampilkan empat pandangan penganalisis politik tersohor tanah air berkenaan peristiwa menarik yang berlaku pada tahun ini sehingga memberi kesan kepada landskap politik negara.
Menurut pandangan, Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, isu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isu membabitkan soal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bagi beliau 'ibu kepada segala isu' pada tahun ini.
"Ianya telah mencorakkan landskap politik Malaysia dalam satu, dua tahun yang lepas," katanya kepada Sinar Online.
Katanya lagi, permulaan politik Umno yang bermula baik namun tercetusnya konflik, sehingga tertubuhnya parti baharu kerana ada sesetengah pemimpin tertingginya dipecat telah turut mengheret polemik baharu dalam kancah politik tanah air.
"Pergeseran ini telah memberi kesan yang amat mendalam dan berpanjangan dan berlarutan dalam jangka masa yang lama, dan pada saya ianya tidak akan selesai pada waktu terdekat sehinggalah pada pilihan raya akan datang, dan akan berterusan selepas pilihan raya selagi Najib masih 'ada di situ' kerana pembangkang DAP dan Bersatu akan terus mengasak kepimpinannya.
"Dalam pada itu pendekatan berlainan Pas, sejak Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerajui Pas terus menarik perhatian, kita akan melihat sebenarnya bagaimana pergerakan pembangkang dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Katanya lagi, pendekatan politik Pas kini akan menjadi 'penentu' nasib Umno pada keseluruhannya.
"Sekiranya Pas tidak bersedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan, ia akan menguntungkan BN, dan saya amat percaya kalau itu berlaku dan Sabah, Sarawak terus dokong BN, percayalah Najib dan BN akan terus berkuasa kerana sekarang Parti Amanah tidak kuat dan Bersatu tidak nampak taringnya, jadi ianya bergantung kepada bagaimana Bersatu, Pas akan  gembleng tenaga untuk  menentang BN namun berdasarkan senario sekarang tidak banyak perkara mengejutkan yang akan berlaku," katanya.
Sementara itu menurut, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah; Penubuhan Parti Bumiputera Bersatu Malaysia dan masalah dalaman Umno sehingga menyebabkan berlakunya krisis kepimpinan dan akhirnya membawa kepada penyingkiran beberapa pemimpin kanan parti itu antara yang mencuri tumpuan pada tahun ini.
"Kalau Pas lebih kepada kegagalan mereka menunaikan janji untuk merealisasikan Akta 355, perpecahan Pakatan Pembangkang turut mengheret perubahan kepada landskap politik negara," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

BENARKAH PAS PARTI MAKAN KELILING?

Posted: 25 Dec 2016 07:25 PM PST

Apa? Pas parti makan keliling?

Siapa yang membuat dakwaan tersebut?

Jika PPBM yang membuat dakwaan seperti itu, mungkin ada logiknya juga kerana parti itu sedang dalam proses rundingan dengan Pas dan tarikh pertengahan Januari adalah tempoh yang ditetapkan untuk memuktamadkan kata putus mengenainya.

Begitu juga jika UMNO yang membuat dakwaan yang sama, ia barangkali boleh lagi diterima kerana setelah Najib Razak dan Hadi Awang saling sedondon berbaju merah jambu, kemudian berpimpin tangan pula atas nama Rohingya, tetapi dalam masa yang sama Pas nampaknya masih tetap membuka pintu hatinya untuk dipikat oleh PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Malah, jika PKR yang memberi tempat, kedudukan serta jawatan kepada Pas dalam kerajaan negeri Selangor melabelkan makan keliling itu, ia juga tidaklah sukar untuk difahami.

Namun, dakwaan Pas makan keliling itu dibuat oleh Ahli Parlimen Pas, Mahfuz Omar sendiri.

Menjawab kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki yang menyatakan parti itu terbuka untuk menubuhkan kerajaan campuran selepas PRU 14, sama ada dengan Pakatan Harapan atau BN, Mahfuz menyifatkan ia suatu kenyataan yang menggambarkan Pas adalah oportunis, tidak berprinsip serta tidak boleh dipercayai dan mahu makan keliling tujuannya.
Read More / Baca Lagi >>

Khairuddin: Selepas kes Anina, presiden PPBM juga perlu bersihkan nama

Posted: 25 Dec 2016 07:23 PM PST

Bekas ahli PPBM itu berkata selaku presiden parti, Muhyiddin juga tidak seharusnya dikecualikan daripada membersihkan namanya daripada isu yang sedang membelenggu imejnya.
khairuddin-muhyiddin-bersatu
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu tampil membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan skandal kerana memastikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu kelihatan adil bersih dan saksama, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Bekas ahli PPBM itu berkata selaku presiden parti, Muhyiddin juga tidak seharusnya dikecualikan daripada membersihkan namanya daripada isu yang sedang membelenggu imejnya.
"Semua pihak jangan pandang remeh isu ini. PPBM mesti mengambil tindakan proaktif secara bernas untuk mematikan serangan Umno terhadap isu ini pada musim pilihan raya umum kelak. Ini pasti berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Anina Saadudin yang disingkirkan daripada jawatan ketua wanita PPBM, semalam.
Anina berkata dirinya dipecat daripada jawatan itu, namun dakwaan itu dipertikaikan Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor.
Anina berkata beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan setiausaha agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.
"Jika Anina tidak dilantik ke jawatan ketua Srikandi PPBM disebabkan viral kes skandal seks beliau; ramai rakyat di peringkat akar umbi turut bertanya tentang kedudukan tuduhan kes skandal Muhyiddin dengan isteri orang pada suatu masa dulu," kata Khairuddin.
Khairuddin yang juga bekas naib ketua Bahagian Umno Batu Kawan berkata demi kebaikan kelangsungan hala tuju PPBM, presidennya perlu membersihkan nama serta imej beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Anina dakwa disingkir kerana ‘skandal mesej seks bodoh’

Posted: 25 Dec 2016 07:22 PM PST

Anina berkata, Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya tahu perasaan beliau selepas disingkirkan sebagai ketua wanita PPBM.
Anina-Saadudin_ppbm_scandal_600
PETALING JAYA: Beberapa jam selepas disingkirkan sebagai ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin berkata, keputusan itu boleh dikaitkan dengan dakwaan beliau terbabit dalam "skandal mesej seks" dengan bekas pembantunya.
"Tetapi, hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh," katanya kepada FMT.
"Screenshot" perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini. Bagaimanapun, Anina menepis dakwaan itu.
Beliau bukan pemimpin PPBM pertama terbabit dalam skandal seks.
Jun lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, selepas penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.
Muhyiddin kemudian mendakwa pemimpin Umno menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan namanya.
Anina berkata, Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya memahami perasaannya sekarang, memandangkan mereka berdua pernah dipecat daripada jawatan tertinggi kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Pelaburan Rugi: Adakah badan awam lain sertai KWSP untuk tinggalkan FGV?

Posted: 25 Dec 2016 07:21 PM PST

Tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melupuskan pegangannya dalam Felda Global Ventures (FGV) menimbulkan persoalan mengenai pelaburan oleh badan-badan berkanun yang lain.
Dua pemegang saham utama FGV ialah Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji.
Pelabur-pelabur dari institusi ini kebanyakannya melabur dalam FGV pada peringkat Tawaran Awam Permulaan.
Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memberitahu Malaysiakini bahawa terdapat pelabur institusi lain memiliki kepentingan dalam FGV seperti kerajaan negeri Pahang, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Tetapi setakat ini pemegang saham terbesar adalah Felda sendiri (20 peratus), diikuti oleh anak syarikat Felda, Assets Holding Company Sdn Bhd (13 peratus).
Mazlan berkata berdasarkan pengiraannya, beliau percaya FGV kerugian lebih daripada RM5 bilion.
"Koperasi Permodalan Felda, yang melabur RM800 juta dalam FGV mengalami kerugian berganda.
"Selepas ekuiti 51 peratus dalam Felda Holding diambil alih oleh FGV sebanyak RM2.2 bilion, RM800 juta daripada jumlah wang itu telah dilaburkan sebagai saham dan mereka alami kerugian," katanya.
Angka yang dianggarkan itu, bagaimanapun, tidak mengambil kira sebarang keuntungan daripada urus niaga saham selama ini.
KWSP potong kerugian
Menurut rekod Bursa Malaysia, KWSP telah diperuntukkan kepentingan 5.06 peratus atau 184,746,000 saham FGV pada 28 Jun 2012.
Berdasarkan angka itu, pelaburan awal berjumlah RM840.5 juta.
Sebulan selepas IPO, saham FGV melonjak pada RM5.55 sesaham.
Pada September tahun yang sama, KWSP telah meningkatkan kepentingannya dalam syarikat itu kepada 6.8 peratus, walaupun harga saham FGV telah mula menurun.
Dalam masa dua tahun, harga saham FGV menjadi separuh daripada asal, berikutan kejatuhan harga komoditi dan kerugian sektor hiliran.
Pada Mac tahun ini, data Reuters bagaimanapun menunjukkan bahawa KWSP hanya memegang kepentingan 3.85 peratus dalam FGV dan telah disenaraikan sebagai pemegang saham terbesar ketujuh.
Pengumuman dana itu pada Selasa lalu menunjukkan bahawa terdapat satu krisis keyakinan terhadap FGV.
Sebelum ini, KWSP telah menyuarakan kebimbangan ke atas keputusan pelaburan FGV, termasuk cadangan untuk mengambil alih syarikat minyak sawit Indonesia High Eagle pada harga yang tinggi.
KWAP sebagai penyelamat?
Walaupun penganalisis pasaran meramalkan bahawa sentimen negatif mungkin sementara, pengkritik FGV menggesa semua pelabur institusi berterus terang mengenai sebarang kerugian yang ditanggung.
Harga saham FGV susut 4.94 peratus atau lapan sen kepada RM1.54 pada tengah hari dengan 6.98 juta saham bertukar tangan.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB TUN RAZAK MEMPUNYAI 169 KAKITANGAN KERAJAAN DI PEJABAT DAN KEDIAMAN

Posted: 25 Dec 2016 07:19 PM PST


Dalam keadaan kerajaan telah memotong pelbagai peruntukan, Jabatan Perdana Menteri sering menjadi tumpuan kerana peruntukan di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak kekal tinggi berbanding dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan yang menjadi mangsa pemotongan peruntukan.
Sebelum ini, banyak tumpuan diberikan kepada peruntukan projek yang dimasukkan di bawah senarai Perdana Menteri. Apa yang tidak mendapat perhatian rakyat sebelum ini ialah belanja penggajian setiap tahun untuk kesemua kakitangan peribadi di pejabat Perdana Menteri (bertanggungjawab terus kepada hal ehwal Perdana Menteri, bukannya jabatan-jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri).
Senarai kakitangan yang bertugas khusus untuk pejabat Perdana Menteri dan kediaman Perdana Menteri boleh didapati di mukasurat B6-1 ke B6-6 (bagi pejabat Perdana Menteri) dan B6-12 ke B6-13 (bagi kediaman Perdana Menteri).
Saya sertakan jumlah kakitangan bagi pejabat Perdana Menteri dan kediaman Perdana Menteri seperti berikut:
Jumlah kakitangan pejabat Perdana Menteri = 142 orang
Jumlah kakitangan kediaman Perdana Menteri = 27 orang
Maka, jumlah kakitangan kerajaan yang berkhidmat secara khusus dengan Dato' Seri Najib Tun Razak adalah 169 orang, termasuklah 3 orang tukang masak, 1 ketua pelayan, 4 pegawai perkhidmatan pelanggan dan hampir 20 orang pembantu am yang bertugas di kediaman rasmi Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.
Saya bandingkan jumlah kakitangan ini (seramai 169 orang) dengan jumlah keseluruhan kakitangan White House yang berkhidmat untuk Presiden Amerika Syarikat seramai 475 orang sahaja (senarai di https://www.whitehouse.gov/…/disclosures/annual-records/2015). Pada jumlah 169 orang, ini bermakna Dato' Seri Najib menggunakan satu pertiga jumlah kakitangan White House yang berkhidmat khusus kepada beliau, sedangkan skop dan kerumitan pentadbiran Amerika Syarikat adalah beratus kali ganda lebih rumit dari Perdana Menteri Malaysia.
Sebab itu saya menyeru supaya Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah menunjukkan teladan yang baik dengan menyusun kembali organisasi pejabat dan kediaman mereka yang dibayar dengan wang rakyat, agar tenaga kakitangan sedia ada disalurkan kepada jabatan-jabatan lain yang lebih berurusan dengan rakyat.
Saya juga menyeru supaya Dato' Seri Najib mengumumkan sendiri apa bentuk penjimatan kos yang akan dibuat oleh beliau di pejabat dan kediaman rasmi beliau, supaya beliau kemudiannya dapat pula mengarahkan ketua-ketua jabatan yang lain mengurangkan belanja.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

SAH!!~ "PAS Telah 80% Istiqamah Bersama UMNO PRU 14"

Posted: 25 Dec 2016 10:33 AM PST

SUDAH TERBUKTI!!~ "UMNO Gunakan Isu Perkauman & Agama Sejak Zaman Tun Mahathir Lagi"

Posted: 25 Dec 2016 10:33 AM PST

PH Perlu Tolak PAS - Zaid

Posted: 25 Dec 2016 10:32 AM PST

Mahathir ingatkan rakyat BR1M umpama rasuah

Posted: 25 Dec 2016 03:45 AM PST

Suara anak muda penting untuk semak, imbang - Nik Nazmi

Posted: 25 Dec 2016 03:12 AM PST

Perkumpulan anak muda yang kuat amat penting sebagai mekanisme semak dan imbang dalam negara.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia bukan saja penting kepada pemerintah, tetapi semua pihak termasuk parti-parti pembangkang.
Menurutnya, ia merupakan kuasa ketiga yang kuat dan kukuh untuk menampung suasana politik semasa.
"Malaysia sememangnya memerlukan sebuah kuasa ketiga yg kuat untuk menampung suasana politik semasa.
Nik Nazmi Nik Ahmad "Ditambah dalam kondisi politik Malaysia hari ini yang dibelenggu skandal dan krisis kepercayaan terhadap pemerintah, kehadiran kumpulan anak muda yang kuat boleh menjadi faktor yang meletakkan hala tuju negara kembali kepada matlamat rakyat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika melahirkan sokongan terhadap usaha anak muda menganjurkan Kongres Anak Muda Malaysia pada 17-19 Februari depan.
Katanya, inisiatif ini dilihat sebagai manifestasi anak muda makin resah dengan kemelut politik tidak kira sama ada kerajaan mahupun pembangkang.
"Kami juga mengharapkan semua pihak termasuk kerajaan dapat memberi sokongan penuh terhadap Kongres ini. Janganlah Kongres ini dianggap secara negatif walaupun para penganjurnya merupakan kumpulan yang selama ini kritikal terhadap polisi-polisi kerajaan," katanya lagi.

Umno tumpu tiga parlimen 'kelabu' dalam usaha tawan Kelantan

Posted: 25 Dec 2016 03:09 AM PST

Umno Kelantan akan memberi tumpuan kepada tiga Parlimen 'kelabu' di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata tiga Parlimen itu ialah Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai dengan Umno tewas kurang daripada 1,000 undi di ketiga-tiga kawasan berkenaan.
"Saya dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan) serta Ketua Umno bahagian akan mengadakan program jelajah kecil ke setiap peti undi di ketiga-tiga Parlimen itu.
"Dalam jelajah itu, kami akan melihat perancangan dan persiapan yang
dilakukan oleh anggota jawatankuasa peti undi di ketiga-tiga Parlimen tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Parlimen Jeli hari ini.
Menurutnya program jelajah kecil itu merupakan sebahagian daripada
Program Gelombang Merah yang dilancarkan oleh Umno Kelantan bagi menawan kembali negeri ini daripada PAS pada PRU14 nanti.
Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata pihaknya juga akan mempertahankan lima kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU13.
Beliau berkata lima kerusi berkenaan ialah Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Ketereh.
"Selain itu, BN akan berusaha untuk meningkatkan jumlah undi di kelima-lima Parlimen terbabit," katanya.

Exco Pas Selangor nafi mahu letak jawatan

Posted: 25 Dec 2016 03:05 AM PST


 Pas Selangor kini mempunyai tiga exco iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib Pas Selangor kini mempunyai tiga exco iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib
Pas menafikan desas-desus tiga ahli Exco Selangor itu akan meletak jawatan pada hujung tahun ini ekoran beberapa kenyataan pemimpin PKR yang banyak melemparkan tuduhan tidak berasas kepada parti itu.

Menurut salah seorang daripada exco berkenaan Datuk Yunus Hairi, isu berkenaan sudah tidak dibincangkan lagi, memandangkan pendirian Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang bertegas mahu meneruskan kerjasama politik dengan parti itu.

"Secara peribadi saya tidak dengar lagi (mengenai exco PAS Selangor akan letak jawatan), di peringkat Pas negeri pun kita tidak pernah bincangkan sebab kita memegang konsep kerjasama dengan PKR masih lagi utuh.

"Kalau di peringkat Pas pusat masih bertegas dengan PKR, pentadbiran negeri kita masih bersama atas dasar mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU13 dan pendirian Menteri Besar sendiri yang sama masih lagi mahu mentadbir kerajaan negeri bersama dengan Pas," katanya dipetik Antarapos.
Isu mengenai peletakan jawatan tiga exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor kembali melanda arena politik negeri itu.

Khabar angin ini timbul sekali lagi selepas Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution pada September lalu, menyifatkan bahawa PKR lebih terkesan dengan pengkhianatan yang dilakukan Pas terhadap parti itu.

Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan selepas Pas sering mengatakan bahawa parti itu dikhianati PKR meskipun masih menjadi rakan tahaluf siyasi di Selangor.

Terbaru, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyindir PKR dan menyatakan kekecewaan ekoran kerap dihentam parti itu ketika Ceramah Mega Rakyat anjuran Pas di Paya Jaras awal bulan ini.

Read More / Baca Lagi >>

KISAH FGV YANG TERUS KERUGIAN, PENEROKA TANGGUNG HUTANG SAHAM..!!!

Posted: 25 Dec 2016 02:37 AM PST


FGV disenaraikan di KLSE pada 28 Jun 2012, dicanang dengan megah oleh Najib Razak sebagai penyenaraian saham awam (IPO) kedua terbesar di dunia selepas Facebook dan terbesar di Asia.
Pada penyenaraian FGV, KWSP mempunyai 185 juta saham yang diperuntukkan kepada badan korporat.
Dari 29 Jun, 2012 hingga 4 Januari 2013, KWSP menambah lagi 90 juta saham FGV, membelanjakan kira‐kira RM455 juta. Harga pembelian KWSP pula adalah RM5.05 sesaham.
Enam pemegang saham terbesar FGV adalah Lembaga Tabung Haji (TH), KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Felda Badan Berkanun, Felda Asset Holding Company Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Pahang.
Ketika harga saham FGV menurun kepada RM2.02 sesaham:
a) Felda Badan Berkanun mengalami kerugian sebanyak RM1.84 bilion
b) Felda Asset Holding Company Sdn Bhd rugi sebanyak RM1.26 bilion
c) Lembaga TH rugi RM717.7 juta
d) KWSP rugi RM527.7 juta
e) Kumpulan Wang Persaraan rugi sebanyak RM546.2 juta DAN
f) Kerajaan Negeri Pahang menanggung rugi RM461.5 juta.
Pada 22 Jun 2015, FGV dinyahsenaraikan (dibuang dari senarai) dari 30 FBM Indeks BSKL (Indeks Emas) kerana menyebabkan indeks tersebut merosot.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah: Tangkap pesalah, bukan pelindung alam sekitar

Posted: 25 Dec 2016 02:24 AM PST

Raja Bahrin Shah tidak berpuas hati dengan tangkapan ke atas aktivis yang cuba memelihara alam sekitar
Raja-Bahrin-ShahPETALING JAYA: Mereka yang cuba melindungi khazanah negara daripada pembalakan berleluasa harus diraikan, bukan ditangkap dan diganggu pihak berkuasa yang membenarkan alam sekitar dicabul, kata Amanah.
Sambil mengecam penahanan aktivis yang mengkritik kerajaan, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata itulah yang menyebabkan orang asing menganggap Malaysia negara dunia ketiga.
"Kita sudah biasa kedengaran ahli politik pembangkang ditahan dan direman atas alasan yang remeh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Akhir ini pihak berkuasa meluaskan sasaran mereka meliputi aktivis, tokoh NGO, siswa, personaliti dan juga pelukis kartun.
"Apa yang sudah berlaku pada negara yang kita cintai ini?"
Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah itu merujuk kepada tindakan yang dikenakan terhadap golongan yang cuba memelihara alam sekitar dengan menonjolkan kemusnahan akibat aktiviti pembalakan.
Ini termasuklah kesusahan yang dialami Orang Asli suku Temiar di Gua Musang, yang menyaksikan Orang Asli ditangkap kerana mendirikan halangan bagi menghalang pembalak yang dibenarkan kerajaan Kelantan memasuki tanah adat mereka.
"Kami semua terkejut dengan tahap kemusnahan ketika banjir di Kelantan 2 tahun lalu," kata Raja Bahrin.
"Barangkali bantahan Orang Asli hari ini ada kaitan dengan betapa besarnya banjir yang dialami Kelantan ketika itu.
Read More / Baca Lagi >>

Selesai isu baiah, Husam harap Adun pro-Amanah tinggalkan Pas

Posted: 25 Dec 2016 02:22 AM PST



Sampai bilakah para Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas yang menyokong Amanah di Kelantan akan kekal dalam parti itu kini menjadi isu yang hangat diperdebatkan.
Malam tadi, mentor mereka, Datuk Husam Musa mencadangkan agar mereka membuat keputusan lebih awal berbanding dengan meninggalkan Pas selepas parlimen dan Dun dibubarkan.
Husam Musa"Boleh saja kalau selepas Dun dibubar tetapi soalnya orang ramai boleh percaya ke kalau saat-saat macam tu," kata Husam dalam ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina Kelantan malam tadi.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan para penyokong Amanah ini bertindak meninggalkan Pas lebih awal, iaitu sebelum parlimen dan Dun dibubarkan.
Sebelum ini, Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mendakwa 10 Adun Pas akan bersama Husam jika beliau menyertai Amanah.
Namun kemudiannya beliau berkata, 10 orang yang beliau maksudkan adalah kemasukan Husam sama dengan kekuatan 10 Adun Pas menyertai Amanah.
Husam akan berdebat dengan Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud tidak lama lagi.
Tajuk yang akan diperdebatkan adalah "Baiah" yang menjadi antara batu penghalang kepada kemasukan para Adun Pas ke dalam Amanah.
Bagi Husam isu "Baiah" ini adalah isu pokok yang menyekat kebebasan bersuara dan berpolitik di negeri itu.
"Jika kita berjaya merungkaikan ini, saya berharap seorang dua lagi rakan-rakan saya dalam Pas boleh menyertai Amanah," kata Husam malam tadi.
Bagi Husam, baiah ini terbatal selepas Pas sendiri sudah bertukar haluan menuju satu yang lain berbanding sebelum ini.
Husam mengucapkan terima kasih kepada Amanah Kelantan kerana telah memberikan beliau surat watikah membenarkan beliau menyertai debat itu.
Para pemimpin Amanah mendakwa, ada antara 12 hingga 19 Adun Pas berpotensi meninggalkan parti itu menjelang pilihan raya umum akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M sedia jadi penasihat jika pembangkang menang PRU14

Posted: 25 Dec 2016 02:20 AM PST

Dr Mahathir berkata, kerajaan BN di bawah pimpinannya memenangi 5 PRU kerana pembangkang tidak bersatu.
Mahathir
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menjadi penasihat kerajaan dan membersihkan keadaan kucar-kacir dalam negara ini, jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bekas perdana menteri itu juga yakin pembangkang mampu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi negara.
"Jika mereka (pakatan pembangkang) mengambil alih sebagai kerajaan (persekutuan) dan biar saya jadi penasihat, saya akan buat apa yang mampu untuk selamatkan negara daripada masalah kewangan," katanya dipetik Sin Chew Daily.
Jika tampuk pemerintahan negara bertukar tangan, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu optimis pembangkang boleh mendapatkan semula sekurang-kurangnya 50% dana Malaysia serta mencari pendapatan bagi menutup separuh daripada kerugian ditanggung negara.
Dr Mahathir berkata, jika Najib terus berkuasa, pembangkang sukar menyelamatkan Malaysia, walaupun mereka akhirnya dapat memimpin negara dan generasi akan datang bakal menjadi mangsanya.
Katanya, faktor utama beliau boleh berkuasa selama 22 tahun sebagai perdana menteri dan mengetuai Barisan Nasional memenangi 5 PRU disebabkan pembangkang tidak bersatu dan masing-masing hanya mengutamakan kepentingan diri.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)