Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:00 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Anis Syafiqah ajak KJ sertai kongres bincang kemelut negara

Posted: 23 Dec 2016 09:58 PM PST

Kongres Anak Muda Malaysia bertujuan mencari resolusi yang 'tuntas dan holistik' untuk menyelamatkan belia dan negara.
Anis-Syafiqah_kj_tangkapnajib_600
PETALING JAYA: Penggerak tunjuk perasaan #TangkapNajib mengundang Khairy Jamaluddin, selaku Ketua Pemuda Umno, ke kongres membincangkan pergolakan politik dan kemelut ekonomi negara.
Diadakan pada 17 hingga 19 Februari depan, Kongres Anak Muda Malaysia bertujuan mencari resolusi yang "tuntas dan holistik" untuk menyelamatkan belia dan negara.
Jurucakap Demi Malaysia, Anis Syafiqah berkata Khairy antara pemimpin belia mewakili parti politik yang diundang.
"Tidak dinafikan bahawa inisiatif ini digerakkan oleh kumpulan yang secara lazimnya dilihat tidak sehaluan dan bertentangan dengan kepimpinan dan dasar yang dianjurkan kerajaan," kata Anis Syafiqah dalam satu kenyataan hari ini.
"Namun hakikat yang demikian tidak harus menjadi kegusaran buat pihak menteri mahupun pihak kerajaan berhadapan dengan inisiatif ini."
Kenyataan dikeluarkan secara bersama oleh Anis dan aktivis anak muda yang lain, seperti Adam Adli, Rashida Kamal mewakili Sabah, Simon Seah mewakili Sarawak dan Mia Yusri mewakili Orang Asal.
Demi Malaysia menyasarkan kehadiran 1,000 belia daripada pelbagai latar belakang.
Mereka menyahut pesanan Khairy dalam The Star semalam menggesa gerakan anak muda supaya mengkritik dan memberi pandangan secara membina ke arah pembangunan negara.
Khairy, yang juga menteri belia dan sukan, berkata demikian mengulas penubuhan Demi Malaysia sebagai inisiatif balas kepada penubuhan Parlimen Belia Malaysia oleh kerajaan.
Khairy menambah pihaknya mengalu-alukan sumbangan mereka kepada pembangunan anak muda, sekiranya ia dilakukan secara membina.
Read More / Baca Lagi >>

Ideas: Mengapa Felda bayar lebih untuk syarikat Indonesia?

Posted: 23 Dec 2016 09:54 PM PST

Harga premium itu memburukkan lagi spekulasi yang negatif sekitar pembelian PT Eagle High Plantations
wan-saiful_felda_600
PETALING JAYA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu menjelaskan mengapa mereka membayar harga yang tinggi untuk membeli PT Eagle High Plantations.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata tumpuan utama ketika ini adalah risiko urus niaga itu kepada pembayar cukai.
"Misteri bagaimana urus niaga itu boleh menaikkan nilai pemegang saham sedangkan Felda nampaknya membayar harga yang tinggi untuk saham Eagle High.
"Felda perlu menjelaskan mengapa mereka bersetuju kepada harga premium itu. Urus niaga itu menimbulkan banyak tanda tanya dan premium itu memburukkan lagi spekulasi yang negatif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Saiful menambah, oleh kerana Felda adalah syarikat berkaitan kerajaan, pembelian itu tidak boleh diterima sekiranya ia mendedahkan pembayar cukai kepada risiko, atau urus niaga itu ternyata menjadi buruk.
Read More / Baca Lagi >>

RM2.6 Bilion: MIER harap Felda beli kepentingan Eagle High pada harga tepat

Posted: 23 Dec 2016 09:54 PM PST

Penerokaan kawasan sawit Indonesia oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerusi pembelian 37 peratus pegangan ekuiti dalam syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) bernilai US$505.4 juta (RM2.26 bilion), mampu menyuntik kesan positif kepada industri serta negara.

Bagaimanapun, ia seharusnya membabitkan transaksi harga yang tepat, kata Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid.

"Usaha pembelian bagi tujuan mengembangkan sayap perniagaan adalah baik, namun mestilah (dilakukan) pada harga yang betul.

"Bagi pembelian saham sesebuah syarikat itu, harganya bergantung kepada permintaan dan penawaran dalam pasaran yang ditentukan pula oleh asas-asas syarikat tersebut," katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Zakariah mengingatkan, tindakan korporat Felda menerusi anak syarikatnya, FIC Properties Sdn Bhd (FICP) membeli ekuiti dalam EHP yang disenaraikan di bursa saham Jakarta, juga boleh mencetuskan kebimbangan warga korporat jika tidak membabitkan harga yang betul.

Ini berikutan laporan sebelum ini mengenai pembelian entiti luar negara oleh Felda pada harga tinggi yang dipersoalkan warga korporat, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa tak boleh diam, AUKU mesti dimansuh

Posted: 23 Dec 2016 09:52 PM PST


Anis Syafiqah Mohd YusofGolongan mahasiswa negara ini tidak boleh berdiam diri terhadap sebarang tindak-tanduk kerajaan atau pemimpin yang merugikan negara, kata Aktivis himpunan #TangkapMO1 Anis Syafiqah Mohd Yusof.
Sikap membisu golongan siswa dan terpelajar negara ini katanya hanya akan memberi kesan ke atas generasi akan datang.
"Jika tak lawan, kita akan ditindas. Kita tak ada pilihan untuk diam.
"Kalau kita berdiam, kita tak boleh maafkan diri kita sebab generasi akan datang akan terkesan dengan apa yang kita lakukan," katanya dalam forum AUKU 1971 anjuran Challenger di Malaysiakini kelmarin.
Anis yang juga Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (Kesatuan) menegaskan, AUKU yang sering disalahguna untuk menekan mahasiswa itu perlu dimansuhkan dan digantikan dengan alternatif lain yang lebih baik.
Katanya, walaupun AUKU tidak dikenakan dalam kesnya, ia memberi kuasa kepada pihak universiti untuk menekan pelajar yang tidak selari dengan pendirian universiti khususnya membabitkan aktivisme mahasiswa.
"Saya mendesak supaya AUKU dimansuhkan kerana saya percaya ia perlu didatangkan dengan alternatif lain yang lebih baik dan bukan yang lebih buruk seperti ISA diganti Sosma," tegasnya.
Pelajar jurusan bahasa itu mahu supaya sebarang alternatif kepada AUKU itu mesti berpandukan kebebasan berakademik dan perlembagaan.
"AUKU tak perlu pinda lagi tapi perlu dimansuhkan. Kerajaan tak perlu buang masa dan tenaga pinda AUKU," tegasnya.
Anis pada 15 Disember baru-baru ini telah digantung pengajian selama satu semester, diberi amaran dan denda RM400 selepas didapati bersalah dalam perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur, Ogos lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Bertahankah tahaluf siyasi PAS-PKR?

Posted: 23 Dec 2016 09:49 PM PST

BICARA TUN M BERSAMA RAKYAT - ALOR SETAR, KEDAH

Posted: 23 Dec 2016 09:46 PM PST

Hadi Kata Qaradhawi Uzur, Tak Nampak, Tak Dengar...

Posted: 23 Dec 2016 09:45 PM PST

Idris Ahmad: Pas tidak tunduk kepada Arab Saudi, Iran

Posted: 23 Dec 2016 04:33 PM PST



Pas bebas menyuarakan pandangan dan mempunyai pandangan tersendiri dalam politik antarabangsa berdasarkan ilmu serta tidak tunduk kepada Arab Saudi atau Iran, kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.
Beliau berkata, Pas mengutamakan kebenaran dan tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak.
Idris Ahmad"Sudah lama Pas dituduh membela syiah. Kepimpinan ulama didakwa terpengaruh dengan ajaran syiah. Pas menjawab dengan amalan. Ketika berlaku Perang Teluk antara Iraq dan Iran, Pas menyebelahi Iran. Walaupun seluruh dunia Arab membela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Sekali lagi Pas dituduh Syiah," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan pelbagai pihak terhadap penyertaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu perhimpunan di Iran.

Ahli parlimen Bukit Gantang itu menegaskan, Pas berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah malah pernah memecat ahli Pas kerana menganut fahaman Syiah.
"Pas berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Pas pernah memecat ahli Pas kerana menganut fahaman Syiah. Kerana ia boleh membawa kepada perpecahan dalam parti. Pas menolak fahaman membidaahkan orang lain, sehingga menimbul perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Karikatur Zunar mampu cabut ‘rasa takut’ dan boleh cetuskan reformasi massa

Posted: 23 Dec 2016 04:09 PM PST

GOMBAK: Penahanan kartunis kritis, Zunar beberapa kali muktahir ini adalah kisah berkelaskan "hari ini dalam srjarah" kerana tindakan pihak berkuasa tersebut cuba untuk memadam dan memendam tercipta serta tercatatnya ingatan kolektif rakyat yang ditindas.
Menurut Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Saari Sungip, sindiran dan teguran kritis yang disampaikan melalui lukisan-lukisan karikatur yang tajam daripada Zunar, sangat dibimbangi boleh mencetuskan reformasi massa.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu menenggelamkan rasa takut yang selama ini dipasak kukuh oleh pemerintah agar rakyat diam dan tunduk.
"Inilah bahayanya membina ingatan kolektif rakyat marhaen. Bila rasa takut hilang, silap hari bulan ia mampu mencetuskan revolusi dan rakyat membanjiri jalanraya dan dataran," tegas Adun Hulu Klang itu kepada Amanahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

MRT, 1MDB: Kalau Saya Tidak Pandai Kira, Samanlah Lebih Cepat Di Mahkamah

Posted: 23 Dec 2016 03:58 PM PST



Saya membaca laporan media mengenai reaksi Dato' Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II yang dengan mudah menuduh saya tidak pandai mengira (apabila ditanya wartawan sama ada dakwaan saya bahawa kos keseluruhan 150 km projek MRT melebihi RM100 bilion itu benar atau salah).
Sementara saya tidak ambil hati dengan reaksi tersebut, saya lebih bimbangkan reputasi dan kewibawaan Dato' Johari sebagai Menteri Kewangan II yang akan terus jatuh setiap kali beliau tidak menjawab apabila ditanya soalan-soalan yang sukar.
Dalam sessi Parlimen lepas, apabila saya menanyakan bagaimana kerajaan akan membayar tanggungan hutang yang diwarisi dari 1MDB akibat penerbitan bon USD3 bilion dan opsyen ("options") yang berkenaan, beliau tidak menjawab sehingga ke akhir ucapan beliau.
Minggu ini, beliau mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih sepenuhnya projek Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB. Beliau nampaknya masih belum memahami bahawa tahap celik maklumat rakyat zaman ini adalah jauh lebih tinggi berbanding zaman 1980an kerana adanya internet dan media sosial. Rakyat tahu bahawa apabila Kerajaan Persekutuan mengambil alih projek TRX yang dilaporkan melibatkan pembangunan hartanah dengan nilai pembangunan kasar ("gross development value" atau GDV) sebanyak RM40 bilion, itu bermakna rakyat akan terus menanggung hutang yang telah, sedang dan akan dibuat Dato' Seri Najib dan menteri-menterinya atas sebab-sebab berikut:
i. Untuk membangunkan projek hartanah yang GDV adalah RM40 bilion, Kerajaan Persekutuan memerlukan modal. Jika keperluan modal diletakkan pada anggaran 50% dari projek, maka Kerajaan Persekutuan perlu mencari dana sebanyak RM20 bilion untuk menyiapkan projek ini. Dari mana Kerajaan Persekutuan mahu mendapatkan dana ini kalau bukan dengan berhutang?
ii. Semasa melancarkan projek TRX ini, Dato' Seri Najib dengan bangganya mengumumkannya sebagai projek usahasama Malaysia-Abu Dhabi untuk memberi gambaran wang pelabur kaya Arab akan digunakan untuk membangunkan TRX. Melalui 1MDB, satu syarikat usahasama ditubuhkan yang bernama Aabar. 1MDB juga menerbitkan bon USD3 bilion untuk membiayai projek TRX ini.
iii. Kini, satu dunia tahu bahawa Aabar yang disebut-sebut itu telah menjadi kes yang disiasat apabila syarikat Abu Dhabi menafikan dana yang dipindahkan oleh 1MDB masuk ke akaunnya. Dana berjumlah berbilion ringgit itu didakwa sebenarnya dimasukkan ke syarikat yang dikawal oleh Jho Low. Maka, syarikat Abu Dhabi yang pernah diumumkan sebagai rakan kongsi 1MDB dalam projek usahasama TRX itu kini mengheret 1MDB ke proses "arbitration" (melantik pihak ketiga untuk mengadili tuntutan wang dari 1MDB) untuk mendapatkan kembali wang yang dijanjikan 1MDB tetapi didakwa dipindahkan ke syarikat yang dikawal Jho Low.
iv. Oleh itu, rakyat Malaysia tahu bahawa dengan Kerajaan Persekutuan mengambil alih projek TRX, itu bermakna Kerajaan Persekutuan juga telah secara senyap mengambil alih hutang 1MDB yang dipinjam kononnya untuk melaksanakan projek ini yang dianggarkan berjumlah RM15 billion pada tukaran terkini.
v. Maka, untuk menyiapkan projek TRX ini sahaja, Kerajaan Persekutuan akan berhutang baru pada anggaran RM35 bilion.
Oleh sebab itulah, soalan saya mengenai berapa jumlah kos bagi keseluruhan 150 km projek MRT adalah cukup penting kerana ia mempunyai kesan besar kepada tahap hutang Kerajaan Persekutuan yang akan ditanggung oleh rakyat.
Apabila Dato' Seri Najib mengumumkan kos sebanyak RM40 bilion dalam tahun 2010, sebarang perubahan kos mestilah dilaporkan kepada Parlimen dan rakyat berhak tahu terutamanya dalam keadaan negara dilihat berhutang keliling pinggang untuk projek-projek besar, sedangkan peruntukan penting untuk perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat terbiasa dipotong.
Jika dicampurkan jumlah hutang untuk menyiapkan projek TRX dan MRT sepenuhnya, laporan-laporan terkini menunjukkan ia mencecah RM159 bilion (iaitu anggaran RM35 bilion untuk TRX dan hutang 1MDB yang ditanggung; dicampur dengan anggaran RM124 bilion untuk projek MRT). Jumlah hutang RM159 bilion tidak boleh diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya melihatkan reaksi mudah mereka di media sosial berkenaan isu MRT sahaja.
Apabila saya memberi perincian pada 20 Disember lepas kenapa kos keseluruhan 150 km projek MRT melebihi RM100 bilion, ia menarik minat netizen seperti paparan berikut (laman FB saya):
Read More / Baca Lagi >>

Pas akan tetap menentang Umno dalam PRU akan datang - Abdul Hadi

Posted: 23 Dec 2016 03:55 PM PST

MARANG : Pas akan tetap menentang  Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang parti itu lebih selesa bergerak bersendirian bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata Pas mempunyai matlamat yang jelas dan yakin akan terus mendapat sokongan rakyat dalam PRU14.

Jelasnya lagi, kerjasama antara Umno dan Pas hanya tertumpu  kepada usaha menangani pelbagai isu membabitkan kepentingan rakyat di negara ini.

"Kita bekerjasama dalam isu-isu negara, bukan isu pilihan raya. Kita bersendiri, tidak kerjasama dengan Umno. Kita akan bertanding lawan Umno pilihan raya ini (PRU14)," kata Abdul Hadi selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rhusila, di sini hari ini.

Ditanya mengenai  tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam senario politik semasa, beliau berkata Pas lebih cenderung ke arah menjayakan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (pindaan) 2016, RUU 355.
Read More / Baca Lagi >>

Tanah adat: Penghulu bersekongkol dengan pembalak dikecam Orang Asli

Posted: 23 Dec 2016 03:47 PM PST

Penghulu didakwa bersekongkol dengan pembalak dan hanya menjaga kepentingan peribadi
pembalakan_oran-asli_joas_600
Selepas membantah kerajaan negeri dan jabatan perhutanan kerana membenarkan aktiviti pembalakan di Gua Musang, kini giliran penghulu pula dikecam Orang Asli.
Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) mendakwa para penghulu membelakangkan kepentingan Orang Asli apabila mempertahankan aktiviti pembalakan yang dibenarkan kerajaan Kelantan.
"Penghulu tidak layak bercakap isu Orang Asli kerana mereka tidak belajar tentang hak dan perjuangan akar umbi," kata Setiausaha JOAS, Nasir Dollah.
"Mereka juga tidak pernah turun ke lapangan sejak isu blockade hangat diperkatakan media.
"Saya bersimpati dengan nasib penghulu yang langsung tidak ada maruah dan jati diri sebagai Orang Asli.
"Senang saja bagi saya, kalau mereka tak sayang akan hak Orang Asli, baik duduk diam dalam bilik, tak perlu keluar rumah," katanya kepada FMT.
Nasir menjawab Penghulu Pos Hendrop, Bidi Ronggeng yang mengecam tindakan Orang Asli membina semula sekatan di Hutan Simpan Balah sebagai tindakan tidak bermaruah.
Nasir mencabar para penghulu supaya mengambil tindakan sekiranya benar tindakan mereka bertentangan dengan undang-undang.
"Saya nak tegaskan disini, akar umbi tidak sebodoh penghulu dan kerana sifat merekalah kami daripada dulu menderita tanpa bicara.
Read More / Baca Lagi >>

Perlombongan Haram: Lanjutan moratorium hanya ‘lakonan’

Posted: 23 Dec 2016 03:45 PM PST

Fuziah Salleh bimbang tempoh lanjutan moratorium itu diambil kesempatan pihak tidak beretika melakukan perlombongan secara haram.
Fuziah-Salleh
Tindakan melanjutkan tempoh moratorium selama 3 bulan hanya usaha melindungi kepincangan kegagalan kerajaan menangani aktiviti perlombongan bauksit secara haram di Pahang, kata ahli Parlimen Kuantan.
Menurut Fuziah Salleh, ia hanya akan membenarkan pihak tidak beretika mengambil kesempatan sepanjang tempoh lanjutan moratorium selama 3 bulan itu.
Beliau dalam masa sama turut menyifatkan kenyataan lanjutan moratorium dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam sebagai lakonan "main kenyit mata".
"Moratorium dilanjutkan atas alasan untuk membenarkan stok simpanan dibersihkan sewaktu menteri sedia maklum jumlahnya sebelum ini tidak berkurangan walaupun aktiviti membersih di tapak lombong berterusan dan menteri juga membuat kenyataan tidak menolak kemungkinan perlombongan haram berlaku.
"Seharusnya, semua pemegang permit import (AP) dibekukan dan syarikat tidak menjalankan tugas membersihkan stok sedia ada dengan betul sebelum ini sehingga ia tidak surut tidak boleh dibenarkan sama sekali meneruskan tugas tersebut," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, Wan Junaidi menyatakan tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang berakhir pada 31 Disember ini, dilanjutkan 3 bulan lagi hingga 31 Mac tahun depan.
Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium buat kali ke-4 itu dipersetujui Kabinet kelmarin bagi membolehkan sejumlah 2.95 juta tan stok simpanan bauksit dibawa keluar.
Read More / Baca Lagi >>

Pusat kesuburan desak Jamal minta maaf pada Siti Nurhaliza

Posted: 23 Dec 2016 09:00 AM PST

TMC Fertility Centre berkata sindiran Jamal memberi kesan mendalam terhadap pasangan yang gagal mendapatkan anak dan ada antaranya mengalami masalah rumah tangga kerana masalah ini.
Jamal-Yunos_Siti-Nurhaliza_tmc_600
PETALING JAYA: Pusat perubatan yang memberi bantuan rawatan kepada pasangan tidak dikurniakan zuriat terkejut dengan kenyataan Datuk Jamal Yunos mempersendakan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza yang masih belum berjaya hamil.
TMC Fertility Centre, perintis rawatan kesuburan di Malaysia berkata kata-kata sinis dibuat ketua Baju Merah itu satu penghinaan terhadap lelaki dan wanita yang berusaha keras untuk menjadi ibu dan bapa.
Katanya, ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu perlu memohon maaf bukan saja kepada Siti tetapi juga semua wanita yang terpaksa berdepan kesakitan mental dan emosi kerana gagal hamil.
"Sudah jelas, kehendak untuk mempunyai keluarga ialah naluri utama yang tidak mudah ditahan, dan wanita berdepan masalah sukar hamil tidak patut disalahkan kerana gagal melahirkan anak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengurus komunikasinya, Chan Li Jin berkata sindiran Jamal memberi kesan mendalam terhadap pasangan yang berkali-kali gagal mendapatkan anak dan ada pasangan mengalami keretakan rumah tangga kerana masalah ini.
"Di TMC Fertility Centre, kami tahu sangat kesakitan mental dan emosi yang ditanggung pasangan seperti itu ketika cuba untuk hamil.
"Meskipun rawatan kesuburan tidak mengancam nyawa, pesakit kadangkala beritahu kami sebahagian diri mereka 'mati' setiap kali haid datang, bermakna mereka gagal lagi untuk mendapatkan bayi," katanya.
Selepas kiriman laman sosial Siti yang dilihat mengkritik Jamal kerana melakukan "protes tuala" di Shah Alam, pemimpin Umno itu mengirim kenyataan seksis menyindir penyanyi itu kerana masih tidak menimang cahaya mata.
"Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain," tulis Jamal dalam kiriman Whatsapp, hari ini.
Sebelum itu, Siti memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.
"Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman
Read More / Baca Lagi >>

PILIHAN SEKARANG PADA MUKHRIZ...

Posted: 23 Dec 2016 08:48 AM PST

Khairy Jamaluddin, setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya tampil menafikan bahawa beliau pernah menghantar surat perletakan jawatan sebagaimana yang didakwa oleh Mukhriz Mahathir.

Ketua Pemuda UMNO itu bagaimanapun tidak menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan di rumahnya dengan bekas Menteri Besar Kedah yang kini merupakan Timbalan Presiden PPBM.

"Ketika beliau masih bersama UMNO...kita berjumpa dan kadang-kadang dia menziarahi saya, kami membincangkan isu-isu semasa, itu saja.

"Apa yang beliau kata mengenai saya hantar surat perletakan jawatan, adalah tidak benar,"  tambah KJ yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Nah....bagaimana sekarang?

Siapa benar, siapa salah?

Apakah Mukhriz masih mahu mempertahankan dakwaannya?

Oh ya...bukankah dalam kenyataannya sebelum ini, Mukhriz turut menyebut bahawa pendedahannya mengenai KJ itu berikutan pertemuannya dengan Menteri Belia dan Sukan pada suatu malam yang turut dihadiri oleh seorang saksi.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Bola: Demi Red Giants, Raja Muda Selangor desak tukar exco FAS

Posted: 23 Dec 2016 08:43 AM PST

Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin berkata Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) perlu pentadbiran baharu untuk mengembalikan kegemilangannya serta menggembirakan penyokong Selangor.
Tengku-Amir-Shah-Sultan-Sharafuddin_sultan-selangor_fas_600
PETALING JAYA: Raja Muda Selangor hari ini mendesak exco Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang gagal menyelesaikan masalah kewangan pasukan itu, supaya meletak jawatan.
Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin menerusi akaun Instagramnya berkata FAS perlu diberi peluang mendapat muka baharu dalam pentadbirannya untuk mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak serta menggembirakan penyokong Selangor.
"Kita perlukan suntikan nafas baharu, dan pasukan Red Giants yang kaya dengan sejarah harus kita kekalkan martabatnya dan sangat penting untuk kita semua perjuangkan.
"Maka sekiranya barisan exco sedia ada tidak dapat memperbaiki situasi dalam masa terdekat, beta cadangkan mereka berundur secara terhormat supaya pasukan berkebolehan yang baharu dapat memulihkan organisasi tenat ini.
"Beta sarankan presiden FAS memperkenalkan barisan baharu yang bebas unsur politik, berdasarkan merit, bertenaga dan paling penting dapat membuahkan hasil positif terhadap pasukan bola sepak kesayangan rakyat negeri Selangor," katanya.
Selangor menjadi pasukan ketiga selepas Kelantan dan Perlis yang mengancam untuk menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017 jika gagal mendapat RM15 juta sebelum liga itu bermula pada 21 Januari depan.
Sehingga kini, masih belum ada petanda positif daripada kerajaan negeri mengenai bantuan kewangan kepada FAS.
Tengku Amir berkata FAS perlu melakukan rombakan secara drastik untuk menghapuskan pemikiran pihak yang masih mengharapkan subsidi semata-mata membangunkan pasukan.
"Cara pengendalian yang lapuk, wujudnya mentaliti terlalu mengharapkan subsidi sama sekali harus dihapuskan.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada Kerja: Lebih ramai menganggur pada 2017

Posted: 23 Dec 2016 05:28 AM PST

Ahli Parlimen Serdang menggesa rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran untuk membolehkan mereka mengekalkan pekerjaan dalam tempoh sukar.
Ong-Kian-Ming_job_600
KUALA LUMPUR: Pengangguran dijangka meningkat tahun depan kerana tindakan kerajaan membekukan jawatan baru, kelembapan sektor korporat dan industri pembinaan mengambil ekspatriat bagi pekerjaan bergaji tinggi.
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, 2 tahun lalu kadar pengangguran di bawah 3% berbanding 3.5% sekarang.
"Kadar pengangguran masih mungkin nampak rendah, tetapi walaupun kenaikan 0.5% dalam 14 juta tenaga kerja akan menyebabkan 70,000 rakyat Malaysia tiada kerja."
Ong berkata jumlah rakyat Malaysia yang menganggur boleh menjadi lebih tinggi kerana golongan profesional beralihh arah ke bidang perniagaan selepas gagal mengekalkan pekerjaan mereka.
"Pengangguran pasti lebih tinggi."
Beliau juga memberi amaran banyak sektor akan berhadapan kelembapan tahun depan.
"Ketidaktentuan dijangka kerana lebih ramai profesional mungkin kehilangan pekerjaan atau mendapati sukar mendapatkan pekerjaan.
"Mereka mungkin membuka gerai makanan untuk mendapatkan wang," kata bekas pensyarah ekonomi dan polisi sains itu.
Beliau berkata kerajaan yang merupakan majikan utama tetapi ia hanya menggantikan pekerja yang bersara daripada sektor awam. "Tidak akan ada jawatan baru".
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata kerajaan akan meneruskan pengambilan penggantian 20,000 hingga 25,000 pekerja setiap tahun.
Dalam sektor pembinaan, mereka yang terlibat dalam pembangunan hartanah akan melihat perniagaan itu lebih perlahan kerana pasaran hartanah turut lembab.
Walaupun projek pembinaan mega seperti Bandar Utama ke Klang LRT3 sejauh 37km mungkin tidak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Ini kerana jawatan rendah akan diberikan kepada pekerja asing manakala yang bertaraf tinggi akan diisi ekspatriat, katanya.
Banyak pekerja dalam sektor perbankan juga akan diberhentikan kerana tindakan menggabungkan cawangan.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan saya pendirian rasmi parti, kata Khalid Samad

Posted: 23 Dec 2016 05:24 AM PST

Pengarah komunikasi Amanah memberitahu kenyataan itu sudah dipersetujui terlebih dahulu presiden dan penasihat umum parti.
Khalid-Samad_adi-awang_600
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mempertahankan kenyataannya mengenai perang di Syria dan kunjungan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran adalah pendirian rasmi parti.
Menurutnya, kenyataan itu sudah dipersetujui terlebih dahulu oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang sebelum ia dikeluarkan.
"Saya tunjukkan kenyataan itu untuk dibaca Mohamad dan juga Ahmad Awang. Kedua-duanya bersetuju dengan kenyataan itu dan ia adalah pendirian rasmi parti.
"Jadi tidak perlulah nak melaga-lagakan kami," katanya kepada FMT.
Respons beliau adalah susulan kenyataannya yang dilihat bercanggah dengan Mat Sabu.
Khalid mengkritik kehadiran Hadi pada Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah di Tehran yang mengumpulkan pemimpin gerakan Islam, NGO dan aktivis mewakili mazhab Sunni dan Syiah.
"Amanah berpandangan menghadiri 'Muktamar Perpaduan Ummah' dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar," kata Khalid.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi sedia lepas jawatan KUIS, lapor web pro Pas

Posted: 23 Dec 2016 05:07 AM PST

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia meletakan jawatannya di Kesatuan Ulama Islam Sedunia (Kuis) sekiranya lawatannya ke Tehran tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.
Abdul Hadi dipetik berkata demikian dalam laporan sebuah laman web pro Pas Buletinonline hari ini.
Beliau dilaporkan telah menghantar surat penjelasan kepada Kuis dan bersedia meletakkan jawatan sekiranya ia tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.
"Dan bila ada desakan ini...saya dah tulis surat kepada KUIS (dan menyatakan) bahawa itu pendirian saya. Saya tidak terpengaruh dengan dasar Qatar, dasar Arab Saudi atau dasar Emirate (Arab Bersatu),
"Apa lagi saya terkilan dengan (sidang) Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dua minggu lalu yang turut disertai oleh Perdana Menteri British,"tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media apabila ditanya tentang kedudukan beliau dalam KUIS dan pemergian beliau ke negara Iran,selepas kuliah mingguannya di masjid Rusila.
Beliau mempersoalkan kehadiran British dalam sidang tersebut yang bukan terdiri daripada negara Teluk Parsi dan telah membuat resolusi untuk bersama menentang Iran.
"Bukan untuk menentang Israel! (mahu) menentang Iran…..ini apa makna? Ini satu perkara yang sangat kacau di Asia Barat,"ujarnya.
Beliau menjelaskan, Pas ada pendirian sendiri dalam menghadapi kemelut di Timur Tengah sejak dari Perang Teluk yang pertama dahulu, yang mungkin berbeza pada pandangan pihak lain.
Abdul Hadi juga menegaskan Pas adalah Sunni dan bukannya pengikut Syiah serta membaca politik antarabangsa, bukan hanya dengan pandangan lahir yang sempit.
Menegaskan lagi pendiriannya itu beliau mahu Kuis teguh berdiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau pun negara.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi belum yakin teguran Qaradawi

Posted: 23 Dec 2016 05:06 AM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan beliau belum memastikan sama ada teguran Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) terhadapnya benar-benar dibuat Dr Yusuf al-Qaradawi.
Kata Abdul Hadi, ulama dihormati ramai itu kini dalam keadaan uzur dengan telinga kurang mendengar dan mata pula "tak berapa nampak".
Justeru beliau membayangkan kemungkinan kenyataan teguran keras itu dibuat oleh orang lain.
"Beliau (Qaradawi) uzur jadi saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau itu benar atau tidak. Atau mungkin daripada orang lain," jelasnya.
Bagaimanapun pada masa sama Abdul Hadi menjelaskan beliau sudah menulis surat kepada kesatuan berkenaan bagi menjelaskan isu kunjungannya ke Tehran, Iran baru-baru ini.
Menurut laporan disiar Utusan Online, Abdul Hadi yang juga naib ketua KUIS menyatakan kesediaannya meletak jawatan.
Tambahan pula, katanya, beliau bukan meminta jawatan berkenaan sebaliknya dilantik.
Abdul Hadi bercakap kepada media di kediamannya di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.
Kata Abdul Hadi surat berkenaan dihantarnya kepada KUIS empat hari lalu.
Ditanya bila kali terakhir bertemu al-Qradawi, Abdul Hadi menjelaskan beliau berjumpa dengan ulama berpangkalan di Qatar itu "dua tiga bulan" lalu, dipercayai sempena pertemuan pemimpin KUIS.
Kata Abdul Hadi, beliau "terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat" kerana pimpinan lain "pun uzur dan tua-tua semuanya".
Mesti ada pendirian sendiri
Abdul Hadi sebelum ini menjadi sasaran kecaman beberapa pihak yang tidak senang dengan kunjungan beliau ke Tehran ketika konflik di Syria masih berpanjangan.
Iran dianggap satu daripada negara asing yang membantu Presiden Bashar al-Assad menundukkan pemberontak terutama di Aleppo.
Perang di Syria juga ditafsir kebanyakan pihak sebagai pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni.
Walaupun ada beberapa pimpinan PAS pada awalnya menegaskan Abdul Hadi ke Tehran mewakili KUIS, ketua dewan ulama parti berkenaan, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali kemudian mengesahkan ia adalah mewakili PAS.
Read More / Baca Lagi >>

PAS akan bersendirian hadapi PRU-14 - Hadi

Posted: 23 Dec 2016 04:58 AM PST

PRU14: Pengundi atas pagar akan cari BERSATU, ramal Tok Him

Posted: 23 Dec 2016 04:56 AM PST

Akta 355: BN masih perlu capai kata sepakat, kata KJ

Posted: 23 Dec 2016 04:54 AM PST

"Harap Abdul Hadi ke Iran bukan sebab nak glamor," kata Tok Him

Posted: 23 Dec 2016 04:53 AM PST

Hadi pertahan tindakan hadir Muktamar di Tehran

Posted: 23 Dec 2016 04:52 AM PST

Comments (0)