Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:04 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'KWSP boleh jual saham FGV, tapi kesian pada peneroka'

Posted: 22 Dec 2016 04:13 PM PST

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  telah menjual sahamnya dalam Felda Global Ventures (FGV) tetapi tiada jalan mudah bagi peneroka Felda yang mengalami kerugian daripada pembelian saham syarikat itu, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Kesian kepada para peneroka yang masih perlu membayar balik setiap bulan duit pinjaman yang diambil untuk memiliki saham FGV.
"Ia kini berlegar pada paras RM1.63, 63.5 peratus lebih rendah berbanding dengan nilainya ketika disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012 dengan harga RM4.45 sesaham," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Pada tahun 2012, Putrajaya telah berjanji bahawa penyenaraian ladang kelapa sawit terbesar di negara ini akan menandakan satu era baru dan menggesa peneroka untuk membeli saham FGV melalui pinjaman.
Tuan Ibrahim berkata hakikat bahawa KWSP, yang sebelum ini merupakan pemegang besar saham dalam FGV, tidak lagi memegang sebarang kepentingan dalam FGV, menunjukkan betapa rendahnya keyakinan pelabur terhadap syarikat itu.
Selain mengalami kerugian daripada saham FGV, Tuan Ibrahim berkata, peneroka Felda juga mendapati bahawa pengeluaran tandan buah segar di bawah syarikat itu adalah terendah berbanding dengan syarikat swasta yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Johari puji tindakan pantas Singapura...di Malaysia..???

Posted: 22 Dec 2016 04:05 PM PST

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memuji Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berikutan tindakan pantasnya ke atas pengubahan wang haram berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Sangat bagus. Mereka telah mengambil tindakan. Sangat bagus," katanya ketika diminta mengulas mengenai tiga individu setakat ini yang didapati bersalah menyeleweng dana daripada 1MDB.
Dilaporkan bekas kakitangan Bank BSI milik Switzerland, Yeo Jiawei menjadi individu ketiga yang didapati bersalah dalam siasatan 1MDB oleh Singapura. Dua lagi bekas pagawai bank BSI juga telah dipenjarakan kerana penipuan berkaitan kes itu.
Johari menggesa semua bank membantu siasatan berkaitan 1MDB.
"Mengenai Malaysia, kita sedang melalui proses (siasatan) itu," katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 Laluan LRT KL-Ampang oleh Prasarana Malaysia Bhd di Bukit Jalil hari ini.
Johari juga menegaskan tidak ada aktiviti perniagaan di 1MDB.
"Lari bermakna kita tidak akan menjalankan sebarang perniagaan di 1MDB. Ia menjadi syarikat tidak aktif," katanya ketika ditanya mengenai temubual beliau sebelum ini dengan sebuah agensi berita di mana beliau menyatakan kerajaan akan 'lari dengan 1MDB.'

AMANAH menentang keras gejala takfiri & rasis yang sentiasa ditiup

Posted: 22 Dec 2016 04:00 PM PST

KUALA KEDAH: Terdapat dua Pidato Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang jelas, hasil daripada kombinasi pemikiran semua kepimpinan AMANAH peringkat nasional telah melahirkan sebuah seruan agar gejala takfiri dan rasis ditolak secara total.
Menegaskan perkara ini, Setiausaha AMANAH Kedah, Aris Awang menulis dalam akaun facebooknya hari ini, Pidato Presiden pada tanggal 16 September 2015 dengan terang menyebut "Di sinilah AMANAH secara tegas menolak segala rupa bentuk dan berbagai penampilan Takfiri, kerana ia jelas memusnahkan kemurnian dan kesucian Islam."
Tambah beliau lagi, Pidato Presiden pada 10 Disember 2016 pula menukilkan pernyataan berikut: "AMANAH menegaskan bahawa politik di Malaysia mestilah menolak sebarang bentuk unsur pelampau dan keganasan, samada atas nama kaum, mahupun agama. AMANAH bersedia menjadi benteng yang akan menghalang sebarang bentuk kebencian kaum atau agama dari terus dijadikan agenda politik di kalangan rakyat."
Aris yang juga AJK Amanah Kuala Kedah berharap, mereka yang cintakan perdamaian dan keharmonian di luar sana dapat menyokong penuh gagasan besar AMANAH ini.

Himpunan panas warnai 2016

Posted: 22 Dec 2016 03:53 PM PST

Himpunan panas warnai 2016
TAHUN 2016 disoroti dengan pelbagai himpunan panas, antaranya Himpunan Baju Merah, Kuning, Tangkap MO1, Fastaqim, Bantah TPP, Bantah GST dan lain-lain himpunan kecil lain.
Paling mencuri tumpuan sudah tentulah Himpunan Baju Merah dan Kuning yang apabila diadakan pasti akan memotret adegan-adegan hangat hinggakan ia menjadi buah mulut netizen yang 'mengulas' mengenai himpunan itu sama ada dari konotasi positif mahupun negatif.
Misalnya Himpunan Baju Merah yang diadakan pada 16 September lalu,  di Padang Merbok, telah melakar pelbagai momen menarik dan panas.
Menurut salah seorang penganjur himpunan itu, pemimpin Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Datuk Jamal Md Yunos mendakwa dianggarkan ratusan ribu orang  berkumpul dalam perhimpunan pada hari itu.
Himpunan itu turut disertai oleh beberapa pemimpin Umno iaitu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dan beberapa pimpinan lain.
Dalam himpunan itu, beratus-ratus polis ditempatkan untuk mengawal keadaan dan dua wartawan daripada sebuah agensi media dihalau daripada kawasan himpunan itu selepas bertanyakan soalan berunsur provokasi.
"Apa contoh Melayu dihina? Apa bukti kekuatan Melayu?" soal wartawan itu kepada peserta.
"Walaupun telah dijawab oleh peserta, wartawan tersebut terus menekan peserta "Lagi? Lagi?".
Keadaan tersebut menyebabkan peserta berang dan halau mereka.
Himpunan itu, diakhiri dengan ikrar 14 resolusi antaranya menolak Himpunan Bersih dan mempertahankan demokrasi berparlimen yang luhur.
Sementara itu, bandar raya Kuala Lumpur kembali menjadi perhatian pada 19 November apabila Himpunan Bersih 5.0 diadakan .
Antara yang menarik adalah kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Himpunan itu.
Sementara itu, sebagai satu tindak balas Himpunan Bersih 5.0 turut 'disertai' oleh  kumpulan Baju Merah, namun disebabkan kebijaksanaan polis majoriti kumpulan itu tidak berjaya 'menyertai' himpunan itu apabila mereka  tidak dapat melepasi sekatan polis untuk berhadapan dengan peserta perhimpunan, dengan majoriti daripada mereka bersurai di Padang Merbok.
Dalam pada itu, nampaknya Pas tidak mahu mengalah untuk turut serta 'berhimpunan' ini ditunjukkan Pas pada 17 Oktober lalu, apabila Pas membuktikan bahawa parti itu bukan calang-calang anak apabila berjaya mengumpulkan lebih  60,000 ahli  pada Himpunan Fastaqim, di Kota Bharu.
Menurut Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Ceh Mat Nawi berkata, biarpun semangat Pas cuba digoyahkan dengan kelahiran parti baharu namun ia sedikit pun tidak menjejaskan aura sejati pengikut perjuangan berteraskan Islam itu.
Read More / Baca Lagi >>

Halatuju PAS Semakin Jelas, Cenderung Kepada UMNO@BN

Posted: 22 Dec 2016 03:08 PM PST

Sudah jelas kini, bahawa PAS tidak akan bersama PH tetapi akan bersama UMNO@BN, samada sebelum atau selepas pilihanraya yang akan datang ini.

Mereka masuk gelanggang pilihanraya untuk menarik penyokong-penyokong pembangkang, tetapi selepas mereka menang berkemungkinan besar mereka akan menyertai BN.

Mereka sudah pun menolak awal-awal dengan perkataan "MUKTAMAD" bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan komponen Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH.


Justeru kini PKR dan PPBM perlu buka mata seluas-luasnya sikap PAS berkenaan. Masih mahu mempercayai dan mengharapkan PAS lagi?

Kedua ialah isu pertentangan pendirian Idris Ahmad dengan pimpinan PAS.



Idris, selaku Naib Presiden PAS menyatakan "PAS Tak Rancang Untuk Adakan Kerajaan Campuran" sedangkan kenyataan berbeza dikeluarkan oleh AJK Pas Pusat, Zuhdi marzuki dan Ketua Dewan Ulama PAS, Mahfodz Mohamad.

Nampaknya Idris dah ketingggalan bas di dalam partinya sendiri.

Hari tu komain lancang dan lancang mulut Idris bertanya "dari mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak sertai BN?".

Hah sekarang kita katakan itu kenyataan Ketua Ulama PAS sendiri Hj Mahfodz Mohamad dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Zuhdi Marzuki!

Takkan laporan kedua-dua pemimpin PAS itu tak betul? Jika tak betul sudah pasti sudah ada kenyataan dari Lajnah Penafian PAS Pusat.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!

AUKU: Pelajar dulu tak cemerlang, tak boleh berdemo, kata Dr M

Posted: 22 Dec 2016 03:05 PM PST

Bekas perdana menteri berkata situasi sekarang berbeza apabila terdapat pelbagai kelemahan dalam sistem pemerintahan yang memaksa pelajar bangkit bersuara menentang pentadbiran kerajaan.
mahathir-demo-1
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamed berkata pelajar universiti tidak dibenarkan menyertai sebarang bantahan menentang kerajaan ketika zaman pemerintahannya kerana ramai antara mereka yang tidak cemerlang dalam pelajaran.
Sehubungan itu, katanya pada zaman pemerintahannya pelajar perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran, bukan berdemonstrasi.
Apatah lagi, katanya ketika beliau menjadi menteri pelajaran dan kemudiannya sebagai perdana menteri, pihak berkuasa dalam negara bebas dan berfungsi dengan baik.
Katanya, ketika beliau menjawat jawatan menteri pelajaran pada 1970-an, kebanyakan pelajar Melayu yang melanjutkan pendidikan ke peringkat tinggi mendapat tajaan pembelajaran.
"Dulu ramai pelajar tidak cemerlang dalam pelajaran, sebab itu mereka perlu menumpukan kepada pelajaran bukannya berdemonstrasi.
"Pada waktu itu jika mereka mahu berdemo, lakukannya selepas tamat pengajian apabila tidak lagi ditaja sesiapa," katanya pada forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 di pejabat Malaysiakini malam ini.
Forum anjuran pertubuhan pelajar, Challenger itu turut disertai aktivis siswa Anis Syafiqah Md Yusof yang digantung pengajiannya satu semester oleh Universiti Malaya (UM) pada 15 Disember lalu.
Anis yang terlibat sebagai penganjur himpunan #TangkapMO1 pada Ogos lalu juga diberi amaran dan didenda RM400.
Dr Mahathir sebelum ini mengakui beliau yang memperkenalkan AUKU ketika menjadi menteri pelajaran pada 1971.
Sejak akta itu diperkenalkan, banyak pihak terutama mahasiswa mendesak akta itu dimansuhkan bagi memberi ruang kebebasan bersuara kepada pelajar.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M tak mahu pembangkang namakan PM sekarang kerana...

Posted: 22 Dec 2016 03:03 PM PST

"Jika kita menamakan PM (sekarang), akan ada orang lain yang kecewa dan berlaku pertelingkahan antara kami. Pada masa ini, kita tidak boleh namakan PM," kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui Malaysiakini, malam tadi.
Beliau yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, calon PM pilihan pembangkang sepatutnya dinamakan ketika semakin hampir dengan pilihan raya umum.
"(PM) mesti (dipilih) dengan sokongan popular semua (pembangkang) parti, bukan hanya satu parti," kata bekas perdana menteri keempat itu.
Mahathir ditemui selepas forum anjuran kumpulan belia Challenger mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di pejabat Malaysiakini.
Baru-baru ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Harapan (HARAPAN) yang kini disekutui oleh BERSATU akan menamakan calon pilihan mereka untuk jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi.
Persetujuan di kalangan parti dalam HARAPAN iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) masih mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon terbaik untuk jawatan nombor satu negara itu.
Hari ini, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, HARAPAN mesti membuat keputusan mengenai pilihan gabungan itu sebagai perdana menteri jika mereka memenangi pilihan raya bagi mengelakkan perebutan kuasa.
Tambahan pula, kata Ahli Parlimen Shah Alam itu, perkara berkenaan mempunyai kepentingan orang ramai.
"Ini lebih-lebih lagi bagi memastikan gabungan itu bertahan selepas pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, HARAPAN harus menghentikan cakap-cakap mengenai calon perdana menteri, dan sebaliknya, menumpukan kepada isu-isu lain.

Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom

Posted: 22 Dec 2016 03:03 PM PST


Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.Parti Amanah Negara tidak bersetuju dengan tajuk berita sebuah portal yang menyebut "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran" kerana bagi parti itu, menghadiri 'Muktamar Perpaduan Ummah' dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar.
Menurut Khalid Samad, Pengarah Komunikasi Amanah dalam satu kenyataannya, ada portal berita yang telah meletakkan tajuk berita "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran".
Namun, katanya, apabila isi kandungan berita tersebut dibaca, tiada terdapat walaupun satu ayat yang menyatakan sokongan terhadap lawatan tersebut.
Katanya, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, sekadar menceritakan latar belakang program tersebut.
Ianya merupakan program tahunan sempena Maulidur Rasul di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir hampir setiap tahun sejak ianya dimulakan 30 tahun dahulu.
Apabila Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang ditanya pandangannya mengenai kehadiran Abdul Hadi pada program tersebut, beliau menjawab "itu hak dia", kata Khalid.
"Presiden dan Penasihat Umum Amanah sengaja tidak mahu menjawab dengan lebih panjang lagi. Jawapan yang diberikan bukan satu pembelaan atau sokongan terhadap lawatan Abdul Hadi.
"Ianya sekadar jawapan ringkas kerana tidak mahu dilihat 'mengambil kesempatan' mengkritik tindakan Presiden Pas itu demi keuntungan politik," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Khalid, memadai untuk dijelaskan bahawa Ustaz Ahmad Awang dan Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin telah juga menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan.
"Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak hadir," kata Khalid dalam kenyataan itu yang dipercayai merujuk kepada persidangan yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tehran baru-baru ini.

Kerajaan campuran beri kelebihan pada Pas

Posted: 22 Dec 2016 03:01 PM PST

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berpendapat, kerajaan campuran pastinya akan memberi kelebihan pada Pas.
"Tetapi dengan syarat mereka mempunyai jumlah ahli parlimen yang signifikan.
"Sekiranya tidak, Pas akan dilihat sebagai parti tumpangan sahaja dalam kerajaan campuran Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Mohammad Fuad memberitahu, sebelum ini Pas pernah bergabung dengan BN dan tidak mustahil akan berlaku sekali lagi dari apa yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin parti itu.
"Sekiranya Pas tidak bersama BN, parti itu akan berjuang bersendirian kerana nampak sukar untuk bersama Pakatan Harapan yang ada Amanah dan DAP," katanya.
Sinar Harian hari ini melaporkan, Pas melalui Naib Presidennya, Idris Ahmad menafikan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa Pas dan Umno berkemungkinan bekerjasama bagi mewujudkan kerajaan campuran pada PRU14.
Idris berkata, Pas masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran.

TERJAWAB!!! Ini SEBAB SEBENAR Rafizi HENTAM Najib KAW2 Isu MRT!!!

Posted: 22 Dec 2016 08:15 AM PST

PADAT!!! Ulasan Rafizi Ramli & Wong Chen Terhadap Donald Trump & Hillary Clinton

Posted: 22 Dec 2016 08:12 AM PST

NAJIB TERUS KAYA!!~ "Rafizi "DEDAHKAN" Gaji & Beratus Orang Pekerja Najib & Rosmah"

Posted: 22 Dec 2016 08:12 AM PST

FORUM PANAS!!~ NAJIB TAKUT DENGAN ORANG MUDA!!~ "KUASA MELAYU HILANG BILA UMNO KALAH"

Posted: 22 Dec 2016 08:05 AM PST

LIVE: Tun M, Anis Syafiqah sepentas di forum AUKU

Posted: 22 Dec 2016 08:03 AM PST

Auku 1971: Dr M tak setuju demo eranya tapi...

Posted: 22 Dec 2016 06:30 AM PST

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika diera pentadbirannya, beliau tidak bersetuju sekiranya mahasiswa turun berdemostrasi, sebaliknya, perlu fokus kepada pelajaran.
Ia kerana, katanya, mahasiswa dibiayai oleh rakyat serta pada ketika itu pihak berkuasa masih berfungsi dengan baik.
"Kita tak setuju dengan demonstrasi oleh penuntut kerana pada masa itu kita dapati penuntut semua dibiayai oleh rakyat terutamanya penuntut Melayu.
"Mereka (rakyat) beri wang untuk penuntut menuntut ilmu kalau tidak tuntut ilmu maka sia-sia wang sebab itu," katanya.
Tun Mahathir berkata demikian dalam forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 di pejabat Malaysiakini, malam ini.
Jelasnya, jurang pendidikan antara bangsa Melayu dengan yang lain agak ketinggalan terkebelakang menyebabkan beliau menolak demonstrasi jalanan di kalangan pelajar.
Selain itu, Mahathir berkata, pada ketika itu, pihak berkuasa masih boleh terbuka untuk menerima teguran dari mahasiswa namun sekarang tidak lagi.
"(Zaman itu) kita dapati saluran undang-undang masih terbuka sebab masa itu protest tak perlu diadakan sehingga mereka (mahasiswa) lulus lepas tu nak protest lah.
"(Tapi) hari ini buat laporan kena tangkap bersuara kena tangkap. Wakil rakyat sebelah kerajaan sudah jadi bisu.
"Kalau waktu ini demonstrasi BERSIH memang ada sebab tak ada saluran lain... bila tak ada saluran lain maka wajar saluran berdemonstrasi sama oleh penuntut atau orang ramai,"katanya.
Forum itu turut disertai oleh aktivis siswa Anis Syafiqah Md Yusof yang digantung pengajiannya selama satu semester oleh Universiti Malaya (UM) pada 15 Disember lalu.
Untuk makluman, Auku diperkenalkan ketika Mahathir berkhidmat sebagai menteri pelajaran.

Majalah Myanmar kata Najib sekadar 'berlakon'

Posted: 22 Dec 2016 06:27 AM PST

Pada 4 Disember, Datuk Seri Najib Razak menghadiri himpunan membantah keganasan yang dilakukan ke atas masyarakat Rohingya dalam stadium di Kuala Lumpur yang disusuli dengan demonstrasi di Myanmar ke atas Perdana Menteri Malaysia.
Rencana pengarang yang diterbitkan dalam versi dalam talian majalah Frontier Myanmar hari ini menuduh Najib menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk di negeri Rakhine.
Bertajuk "Hipokrasi Najib Razak", artikel tersebut bersetuju dengan para pengkritik yang menyimpulkan penyertaan beliau dan ucapan 'keras' dalam himpunan itu bertujuan meningkatkan popularitinya.
"Kenyataannya yang berbunyi 'Cukup-cukuplah', 'Saya tidak mahu menutup mata dan mulut saya, 'Kami terus berjuang sehingga Rohingya selamat' dan sebagainya - telah dikecam sebagai lakonan politik.
"Anda tidak perlu menjadi seorang ulama politik Malaysia untuk melihat Najib begitu terdesak meraih populariti yang semakin menipis di kalangan umat Islam konservatif."
Mengakui isu-isu yang dibangkitkan Najib adalah penting, Frontier berkata, pihaknya juga telah menggesa kerajaan Myanmar untuk menjalankan siasatan telus dan boleh dipercayai terhadap dakwaan salah laku di Rakhine selain memberikan akses kepada para pekerja bantuan dan wartawan bebas untuk memasuki di kawasan terjejas.
Bagaimanapun, editorial turut mengatakan jika Najib ikhlas, beliau akan menggunakan saluran diplomatik untuk menyatakan kebimbangannya

SKANDAL 1MDB: IKHLAS ATAU SINDIRAN?

Posted: 22 Dec 2016 05:11 AM PST

Seorang bekas pegawai BSI Bank di Singapura,  Yeo Jiawei yang semalam didapati bersalah kerana mengganggu saksi berhubung penyiasatan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB, hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan oleh mahkamah republik itu.

Beliau ialah pegawai ketiga daripada BSi Bank yang sudah ditutup, yang dijatuhi hukuman oleh kerajaan Singapura dalam penyiasatan yang dijalankan terhadap 1MDB.
Bagaimanapun Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani sebaliknya menyambut baik keputusan mahkamah Singapura itu.

"Sangat baik kerana kami mahu semua bank yang terbabit mengambil tindakan.

"Itu sahaja. Bagi Malaysia, kita akan melalui proses itu," katanya lagi.
Apa maksud daripada reaksi Johari itu?

Suatu kenyataan ikhlas atau sindiran kepada mana-mana pihak?

Jangan lupa bahawa Johari sebelum ini pernah melabelkan pengurusan 1MDB sebagai "mangkuk hayun" dalam menguruskan syarikat tersebut.

Selaraskan Kadar Kenaikan Gaji Di Antara Penjawat Awam Berpangkat Tinggi Dan Rendah

Posted: 22 Dec 2016 04:26 AM PST

Setiap tahun semasa pembentangan Belanjawan, kerajaan wajib membentangkan senarai penuh perjawatan bagi semua kakitangan awam di bawah Kerajaan Persekutuan. Buku ini dinamakan "Senarai Perjawatan Di Kementerian-Kementerian Dan Jabatan-Jabatan Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan" seperti yang saya tunjukkan di bawah:

Walaupun laporan ini selalunya tidak diendahkan, saya mengambil kesempatan untuk "mempopularkan" laporan ini yang saya sertakan sepenuhnya di bawah ini untuk diteliti oleh orang ramai:
Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid I
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoESGtidzBnYzVVU1E
Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid II
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoEcWxGdUdmMEdwWDg
Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid III
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoERWpxTHRkeklZckk
Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid IV
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoET3ZBREZQOTRaaGc
Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid V
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoET0tWNlhmWTV6ZWc
Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid VI
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoEQk9FM0FqUDNSTVk
Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid VII
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoERVlmYTg3cFBIaDA
Bermula dari hari ini, saya juga akan memberi tumpuan kepada isu-isu bersabit kebajikan dan masa perkhidmatan awam yang mungkin tidak diketengahkan. Sedang saya bersetuju bahawa ada banyak penambahbaikan yang perlu dibuat untuk menaiktaraf mutu dan keberkesanan perkhidmatan awam, saya bimbang jika masyarakat tidak berlaku adil kepada penjawat awam apabila fokus diberikan kepada persoalan prestasi perkhidmatan awam tanpa memberi perhatian yang sewajarnya kepada isu kebajikan mereka.
Maka, perkara pertama yang ingin saya dedahkan kepada rakyat Malaysia ialah perbezaan ketara di antara kenaikan gaji penjawat awam pangkat tertinggi dengan jutaan kakitangan awam yang lain.
Saya rujuk mukasurat 1161 dalam Jilid 1 yang mengandungi Lampiran A iaitu jadual kod gaji minimum dan maksimum bagi jawatan-jawatan tertinggi kerajaan, seperti berikut:

Gred jawatan utama yang paling rendah ialah gred khas C berkod VK7 yang lebih dikenali sebagai Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C). Jadual di atas menunjukkan gred dari JUSA C ke atas sehingga ke gred tertinggi iaitu VU1 bagi Ketua Setiausaha Negara. Gred VU2 (Gred Utama Turus I) pula adalah untuk pimpinan tertinggi pegawai kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua-ketua Setiausaha (KSU) bagi kementerian besar dan begitulah seterusnya.
Senarai gaji yang ditunjukkan di atas adalah bagi gaji pokok semata-mata dan belum termasuk elaun. Antara elaun yang dibayar adalah (contohnya):
1. JUSA C – Elaun Keraian: RM2,500, Elaun Perumahan: RM1,300, Elaun Insentif Khas: RM500, Elaun Pembantu Rumah: RM500, Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,000 dan Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166. Semua elaun berjumlah RM5,966 sebulan
2. Turus I – Elaun Keraian: RM5,200, Elaun Perumahan: RM2,500, Elaun Insentif Khas: RM2,000, Elaun Pembantu Rumah: RM1,000, Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM4,000 dan Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250. Semua elaun berjumlah RM14,950 sebulan
3. Ketua Setiausaha Negara – Elaun Keraian: RM5,300, Elaun Perumahan: RM3,000, Elaun Insentif Khas: RM2500, Elaun Pembantu Rumah: RM2,000, Elaun Tetap Jawatan KSN: RM4,500 dan Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM333. Semua elaun berjumlah RM17,633 sebulan.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan campuran Umno-Pas: Realitinya memang banyak cabaran

Posted: 22 Dec 2016 03:50 AM PST

SHAH ALAM - Kebarangkalian wujud kerajaan campuran di negara ini agak samar. Demikian pandangan Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.
Menurutnya, banyak pihak tertarik dengan cadangan membentuk kerajaan campuran kerana ini dianggap sebagai penyatuan orang-orang Islam dan penting untuk masa depan Melayu.
"Tapi realitinya banyak cabaran. Untuk Umno ia dalah sama ada dapat diterima oleh akar umbi atau tidak, begitu juga Pas.

Prof Dr Nik "Faktor akar umbi amat penting kerana jika hendak mewujudkan kerajaan campuran, akar umbi perlu diyakinkan. Bagi Umno, apa pandangan komponen parti komponen Barisan Nasional. Adakah mereka setuju?," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Beliau berkata, ini kerana isu RUU 355 dilihat menjadi masalah bagi parti komponen BN, apatah lagi untuk membentuk kerajaan campuran.
Katanya, isu mengenai Umno dan Pas perlu berkompromi tentang dasar perjuangan mereka akan mendatangkan banyak kesukaran jika tiada tiada 'give and take'.
Tambahnya, dalam politik apa-apa boleh terjadi, tapi isu akar umbi dan dasar parti adalah isu utama dan perlu diselesaikan dahulu.
"Tapi tidak mustahil akan wujud kefahaman yang membolehkan Pas dan Umno berbaik-baik untuk PRU14. Saya rasa ada usaha ke arah tersebut, namun saya tidak nampak akan terbentuk kerajaan campuran setakat ini," katanya.

‘Kleptokrasi global’ penggelapan dana 1MDB punca Ringgit menjunam

Posted: 22 Dec 2016 03:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Gelaran 'kleptokrasi global' ekoran skandal mega melibatkan penggelapan dana 1MDB adalah punca utama mengapa Malaysia mengalami kejatuhan mendadak nilai ringgit.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, kejatuhan matawang negara juga berpunca daripada ketiadaan tindakan terhadap individu yang terlibat.
"Hanya di Malaysia, seorang Perdana Menteri yang dirujuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebagai 'Malaysian Official 1' ('MO1') kerana (didakwa) menyeleweng AS$731 ke dalam akaun peribadinya terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang.
"Dalam negara yang begitu juga, dengan intimidasi berterusan dan penindasan polis, tidak hairanlah jika Malaysia kehilangan keyakinan pelabur antarabangsa mahupun tempatan," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani yang meminta supaya orang ramai tidak panik dengan kejatuhan nilai ringgit.
Menurut Johari, kerajaan kononnya mempunyai ekosistem pelaburan yang baik bagi mengatasinya.
Roketkini melaporkan, Ringgit mencecah paras terendahnya sejak krisis ekonomi Januari 1998 seperti yang dilaporkan media Jumaat lalu, pada kadar 4.48 berbanding dolar Amerika.
Peguam negara, Tan Sri Apandi Ali sebelum ini membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku membabitkan 1MDB.
Keputusan itu diambil meskipun dunia menyaksikan individu lain yang terlibat dalam membantu pengubahan wang haram 1MDB dihukum.
Terbaharu, bekas pegawai Bank BSI Singapura, Yeo Jiawei dihukum salah oleh mahkamah Singapura atas kesalahan berkenaan.

Hak Mahkamah Persekutuan putuskan Akta Hasutan, kata peguam

Posted: 22 Dec 2016 03:40 AM PST

Rakyat perlu menyedari walaupun undang-undang itu diluluskan tahun lepas tetapi tarikh penguatkuasaan masih belum diumumkan, kata Syahredzan Johan.
Syahredzan-Johan_law_600
PETALING JAYA: Kedudukan terakhir undang-undang Akta Hasutan hanya akan diketahui tahun depan apabila Mahkamah Persekutuan mendengar 2 kes rayuan, kata peguam Syahredzan Johan.
Menurut beliau, keputusan mahkamah tertinggi itu akan mengikat dan menjadi petunjuk bagi mahkamah rendah.
Syahredzan berkata demikian susulan 2 kes baru-baru ini yang bentang di Mahkamah Rayuan dan salah satu akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
Pada 25 November lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan memutuskan Seksyen 3 (3) tidak mengikut Perlembagaan kerana pihak pendakwaan dikecualikan daripada membuktikan niat tertuduh.
Panel 3 hakim diketuai Datuk Lim Yee Lan berkata kedua-dua niat dan perbuatan mesti dibuktikan dengan mewujudkan kes prima muka.
Dalam kes itu, mahkamah membenarkan permohonan Adun Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei mencabar perlembagaan Akta Hasutan berhubung kecenderungan menghasut dan penaltinya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata kerajaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Syahredzan berkata kes Mat Shuhaimi adalah undang-undang sekarang sehingga dan melainkan jika Mahkamah Persekutuan menetapkan meminggirkan keputusan itu.
Pada Selasa, panel hakim Mahkamah Rayuan membebaskan bekas aktivis pelajar, Muhammad Safwan Anang yang didakwa menggesa orang ramai menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan 3 tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PKR Selangor nafi larang AMANAH bertanding di S'gor, PP

Posted: 22 Dec 2016 03:38 AM PST

PKR menafikan meminta Parti Amanah Negara (AMANAH) agar tidak bertanding di Selangor dan Pulau Pinang pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14) sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar, baru-baru ini.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, pihaknya tidak membuat sebarang keputusan untuk melarang AMANAH daripada bertanding di kedua-dua negeri berkenaan.
"PKR Selangor sangat bersetuju strategi satu lawan satu untuk berdepan BN (Barisan Nasional) dengan menyeru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberikan lebih fokus dan tumpuan di kawasan selatan Semenanjung atau negeri-negeri lain yang belum dikuasai pakatan (pembangkang).
"Bagaimanapun PKR Selangor akan akur dengan arahan daripada kepimpinan untuk melaksanakan sebarang kerjasama termasuk dalam pembahagian kerusi dengan BERSATU," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp, memetik laporan Utusan Online.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata, cadangan penggabungan PKR dan AMANAH wajar dipertimbangkan.
Read More / Baca Lagi >>

169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain

Posted: 22 Dec 2016 03:34 AM PST


Rafizi bersama Abdullah Sani pada sidang media petang tadi.Rafizi bersama Abdullah Sani pada sidang media petang tadi.
Perdana Menteri perlu mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan yang berkhidmat secara khusus dengan dirinya yang berjumlah 169 orang bersesuaian dengan langkah jimat cermat yang diumumkan beliau.
Malah jumlah kakitangan seramai 169 orang itu secara relatifnya amat besar berbanding jumlah keseluruhan kakitangan White House yang berkhidmat untuk Presiden Amerika Syarikat seramai 475 orang.
"Daripada 169 kakitangan kerajaan yang berkhidmat untuk Datuk Seri Najib Razak, tiga orang ialah tukang masak, seorang ketua pelayan, empat pegawai perkhidmatan pelanggan dan hampir 20 orang pembantu am yang bertugas di kediaman rasmi beliau dan isteri," dedah Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Menurut Rafizi, dalam keadaan kerajaan telah memotong pelbagai peruntukan, Jabatan Perdana Menteri sering menjadi tumpuan kerana peruntukan di bawah pentadbiran Najib kekal tinggi berbanding kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
Malah tambah Naib Presiden PKR itu, banyak tumpuan diberikan kepada peruntukan projek yang dimasukkan di bawah senarai Perdana Menteri.
"Apa yang tidak mendapat perhatian rakyat sebelum ini ialah belanja penggajian setiap tahun untuk kesemua kakitangan peribadi di pejabat Perdana Menteri yang bertanggungjawab terus kepada hal ehwal Perdana Menteri, bukannya jabatan-jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri," ujarnya.
Dalam sidang media di pejabat Invoke Space, Sungai Besi, petang tadi, Rafizi turut menyenaraikan kakitangan yang bertugas khusus untuk pejabat Perdana Menteri dan kediaman Perdana Menteri.
Hadir sama pada sidang media itu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Read More / Baca Lagi >>

Umno, PKR Sabah tak terjejas ahli lompat ke Warisan kata Bung

Posted: 22 Dec 2016 03:32 AM PST

Datuk Bung Moktar Radin berkata walaupun Warisan mendapat sambutan luar biasa terutama daripada golongan muda, ia bukan cabaran besar buat parti pemerintah Umno.
Bung-Moktar_umno_warisan_600
PETALING JAYA: Penyertaan beramai-ramai ke dalam Parti Warisan Sabah (Warisan) langsung tidak memberi kesan kepada Umno dan PKR di Sabah, kata Datuk Bung Moktar Radin.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata walaupun Warisan mendapat sambutan luar biasa terutama daripada golongan muda, ia bukan cabaran besar buat parti pemerintah Umno.
"Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan sudah lama stabil di Sabah," katanya kepada FMT.
Bung berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Warisan Junz Wong berhubung lebih 3,000 ahli parti komponen BN, PKR dan parti pembangkang di Sabah menyertai Warisan Sabtu lalu.
Katanya, setakat ini Warisan mempunyai lebih 30,000 ahli berdaftar.
Bung yang juga ahli Parlimen Kinabatangan berkata walaupun Umno masih kuat di Sabah, tidak bermakna ia bersama parti komponen BN yang lain boleh berasa selesa, sebaliknya perlu turun padang menyelesaikan masalah rakyat.
"Umno dan BN Sabah perlu lakukan sesuatu dan rajin turun padang menyelesaikan masalah rakyat.
"Kerajaan negeri dan persekutuan juga perlu melihat masih ramai rakyat luar bandar di Sabah perlukan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) serta pembangunan asas lain," katanya.
Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah Christina Liew berkata ahli keluar dan berpindah ke parti lain merupakan perkara biasa.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir takjub lihat penyokong Najib

Posted: 22 Dec 2016 03:31 AM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau berasa takjub dengan kesanggupan individu tertentu - termasuk yang berpendidikan tinggi serta berpengetahuan - tunduk (kowtow) kepada Datuk Seri Najib Razak.
Menurut bekas perdana menteri keempat Malaysia itu, pihak yang berkenaan juga tergamak mencium tangan Najib yang digelarnya sebagai pemimpin yang dipuja-puja.
Menulis pada blognya Dr Mahathir berkata individu terbabit tentu tahu ada "bukti mencukupi" untuk Jabatan Kehakiman AS mengaitkan perdana menteri dengan skandal 1MDB yang disiasat pihak berkuasa di negara berkenaan.
"Tetapi mereka terus menerimanya (Najib) sebagai pemimpin, berkerumun di sekelilingnya untuk bersalaman dan mencium tangannya. Kelompok elit tertinggi pun bersama dia," kata bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.
Di negara lain, tulis Dr Mahathir, seseorang pemimpin akan disingkirkan - atau sekurang-kurangnya digantung - apabila siasatan ke atasnya dijalankan bagi memastikan kesahihan sesuatu dakwaan.
Berbeza di Malaysia, katanya, apabila orang ramai termasuk pemimpin yang dilantik parti dalam kerajaan dan kedudukannya sangat penting, masih terus menyokong kepimpinan Najib.
"Apabila ditanya, mereka menegaskan, walaupun ada tuduhan rasuah dan penipuan ditujukan kepadanya, di dalam negara dan seluruh dunia beliau tidak disabitkan dengan sebarang tuduhan.
"Sehingga beliau didapati bersalah, mereka terus menganggapnya sebagai pemimpin yang sah," kata Dr Mahathir.
Mendakwa pihak berkuasa melindungi perdana menteri, Dr Mahathir berkata dengan alasan itu penyokong Najib boleh dianggap bersekongkol melakukan kesalahan.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)