Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:16 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MRT: Johari kata Rafizi tak pandai mengira

Posted: 21 Dec 2016 09:06 PM PST

Kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Gani, Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebenarnya jahil dalam ilmu kira-kira.
Bercakap kepada media sempena sambutan ulang tahun ke-20 laluan LRT jajaran Ampang hari ini Johari berkata Rafizi keliru apabila terus mendakwa kos pembinaan rangkaian pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) melebih RM100 bilion.
Kata Johari, perkiraan yang dibuat bekas pegawai kanan Petronas itu tidak sama dengan penjelasan diberi kerajaan.
"Sebenarnya dia (Rafizi) tak reti kira.
"(Kerajaan) cakap RM21 bilion (kos binaan MRT itu adalah) dari Sungai Buloh ke Kajang.
"Dia (Rafizi) kira dari Sungai Buloh ke Semantan. (Kos disebut kerajaan sebanyak) RM21 bilion adalah dari Sungai Buloh ke Kajang," katanya.
Sebelum ini Rafizi bertegas dengan dakwaannya bahawa kos pembinaan MRT melebihi RM100 bilion.
Malahan, semalam Malaysiakini melaporkan naib presiden PKR itu mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan saman ke atasnya jika beliau salah perkiraan mengenai kos pembangunan MRT.
"Saya cabar Najib untuk saman saya di mahkamah dalam masa tujuh hari jika benar jumlah kos projek MRT melibatkan 150 kilometer tidak melebihi RM100 bilion.
"Jika beliau tidak memfailkan tuntutan mahkamah itu dalam tempoh tujuh hari dari hari ini (20 Disember), saya mahu beliau memohon maaf kepada rakyat kerana kenyataan mengelirukan (projek MRT) berjaya berjimat RM2 bilion," kata Rafizi.
Read More / Baca Lagi >>

Dunia gelak jika Seksyen 124C digunakan ke atas Dr M

Posted: 21 Dec 2016 09:04 PM PST

Malaysia bakal menjadikan satu lagi bahan gelak dunia sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat di bawah kanun keseksaan kerana cubaan memudaratkan demokrasi berparlimen, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
"Bayangkan Mahathir bukan sahaja seorang datuk tetapi sudah menjadi moyang pada usia menjangkaui 91 tahun, disiasat dan dituduh 'terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen' selepas menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
"Kepala mereka yang bertanggungjawab terhadap tragedi komik di Malaysia ini perlu diperiksa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim juga menyentuh mengenai tindakan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang hadir di Pejabat Menteri Besar Selangor dengan hanya bertuala sebagai bantahan terhadap gangguan bekalan air dan Ketua Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang tampil pada sidang media dengan mulutnya ditampal pita pelekat.
Lim berkata demikian bagi mengulas laporan Malaysiakini yang memetik Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berkata Mahathir sedang disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
"Siapa kata kita tidak siasat Mahathir di bawah Seksyen 124C?"
"Sama ada kita mahu bawa itu ke peringkat seterusnya adalah satu perkara yang berbeza," kata Nur Jazlan apabila diajukan persoalan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan setakat buat kuih di rumah, kata Dr M

Posted: 21 Dec 2016 08:53 PM PST

Ini nasihat bekas perdana menteri kepada mereka yang ingin melabur dalam bidang perniagaan.
mahathir-kuih
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan golongan belia yang mahu menceburi bidang perniagaan supaya mempunyai wawasan tinggi walaupun dalam sektor industri kecil.
"Pasaran hari ini amat luas. Zaman dulu, anda hasilkan bakul rotan atau buluh. Anda jual di kampung, pasarannya kecil. Memadai sekiranya anda hanya hasilkan 10 atau 20 seminggu.
"Hari ini, permintaan meliputi seluruh negara malah dunia. Jadi bagaimana memenuhi perminataan itu?
"Inilah sebabnya Henry Ford memulakan pengeluaran secara besar-besaran," kata Dr Mahathir dalam wawancara bersama portal pengurusan kewangan, iMoney.my, semalam.
Henry Ford merupakan pengasas Ford Motor Company dan pelopor sistem pembuatan kereta secara besar-besaran di Amerika Syarikat, sehingga membolehkan kenderaan dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada semua lapisan masyarakat.
Menurut Dr Mahathir, satu aspek pelaburan yang membuahkan pulangan ialah pembelian mesin bagi membantu menambah pengeluaran.
Menurutnya, mesin dapat menggantikan urusan dan kos mengupah pekerja.
"Kalau anda membuat kuih di rumah, bagus, sedap. Tetapi keupayaan untuk menghasilkannya terbatas kerana anda lakukannya sendirian.
"Kalau anda upah pekerja, timbul pula masalah menguruskan pekerja.
"Tetapi anda akan mendapati mesin boleh menghasilkan benda sama pada kadar lebih banyak dan cepat," katanya.

Kehadiran Hadi ke Tehran mewakili Pas, kata Dewan Ulama

Posted: 21 Dec 2016 08:50 PM PST

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ikiri) ketika menghadiri Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke 30 di Tehran.Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ikiri) ketika menghadiri Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke 30 di Tehran.
Kehadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke-30 di Tehran mewakili parti itu, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau menegaskan, dalam penglibatan apa sahaja forum antarabangsa, Pas mempunyai pendirian politik tersendiri terhadap sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Irak dan Palestin.
"Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan. Malah Pas sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas.
"Pas bersatu hati dengan seluruh umat Islam menentang sebarang bentuk kezaliman, pencerobohan hak asasi manusia dan pembunuhan yang menumpahkan darah golongan yang tidak berdosa di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam.
"Pas menegaskan bahawa apa yang berlaku di Syria adalah mangsa peperangan proksi yang bertujuan merobekkan kesatuan ummah dan penguasaan oleh kuasa asing di kawasan bergolak.
"Kuasa asing tersebutlah yang berdiri di belakang tabir kumpulan pengganas yang dibiayai dengan kewangan yang besar dan senjata pemusnah, seumpama ISIS yang merosakkan nama baik Islam yang sebenar.
"Mereka menyalakan api persengketaan antara puak agar umat Islam terus bertelingkah dan berperang sehingga menumpahkan darah dan berkrisis tanpa henti. Akhiran ini pula berlaku serangan pengganas yang mensasarkan Turki agar terbuka satu lagi lembaran darah yang baru," ujarnya dalam satu kenyataan dalam lidah rasmi parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pimpinan Amanah pertahan Hadi ke Tehran

Posted: 21 Dec 2016 08:49 PM PST

Kehadiran Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Persidangan Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke-30 di Tehran adalah kebiasaan setiap tahun dan tidak ada kaitan dengan krisis yang berlaku di Syria, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.
"Lawatan Hadi itu rutin sejak zaman Imam Khomeini dan upacara tahunan," katanya merujuk pemimpin Revolusi Islam Iran 1979.
"Ulama Sunni mengatakan ulang tahun kelahiran (Maulud) Nabi Muhammad pada 12 Rabiulawal, Syiah pula berpendapat pada 17 Rabiulawal.
"Jadi Imam Khomeini menetapkan perbezaan hari itu sebagai miggu perpaduan setiap tahun," kata Mohamad seperti dipetik dari laporan FMT hari ini, sambil menambah Hadi pergi atas kapasitinya menganggotai Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa.
Sementara itu, Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang pula berkata ia merupakan hak Hadi untuk hadir ke persidangan yang mengumpulkan ulama, gerakan Islam dan NGO mewakili pelbagai mazhab dari Sunni dan Syiah.
Ahmad berkata Hadi berani menegaskan pendiriannya.
"Dari segi pemergian dan pendirian dia, saya rasa hak dia,"
Beberapa pihak yang mengkritik Hadi menuduh Iran bersekongkol dengan regim Bashar Assad dalam konflik di Syria.
Konflik Syria yang masuk tahun ke-5 sudah mengorbankan puluhan ribu orang awam, dan turut membabitkan kumpulan yang menaikkan sentimen permazhaban termasuk militan IS.
Susulan kritikan itu, Hadi menjelaskan secara panjang lebar mengenai konflik di Syria, dan menasihati pengkritiknya tidak terpengaruh dengan dakyah di media mahupun media sosial yang cuba memburukkan Iran yang bermazhab Syiah.
Read More / Baca Lagi >>

Istiqamah bersama Sheikh Hadi

Posted: 21 Dec 2016 08:47 PM PST

Suatu ketika dulu Tun Abdullah Ahmad Badawi kadang-kadang terlewat tiba di sesuatu majlis.
Suka atau tidak, wartawan yang ditugaskan membuat liputan terpaksalah menunggu sehingga beliau tiba. Dia bukan sembarangan. Abdullah ialah seorang perdana menteri.
Di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Butterworth, ketika wartawan semakin gelisah menunggu ketibaan Abdullah, seorang wartawan berbisik: "Pak Lah bukan saja-saja lewat. Dia ada gerak hati."
Maksudnya - lebih kurang - kelewatan Abdullah tiba di sesuatu tempat untuk sebarang majlis bukanlah kelemahan ahli politik dari Pulau Pinang itu. Kira-kira beliau mempunyai ilham 'dari langit' yang disepadukan dengan naluri tersendiri - mengikut kata seseorang tadi.
Percaya atau tidak, ia adalah soal lain.
Itu Abdullah. Secara umum Abdullah bukanlah seorang ulama walaupun bapanya memang terkenal sebagai ilmuan disegani dan beliau belajar ilmu agama di universiti.
Jika Abdullah pun ada naluri dan ilham sendiri, tentulah Datuk Seri Abdul Hadi Awang memiliki kehebatan yang lebih tinggi. Abdul Hadi seorang ulama, tuan guru dan kini, sheikh.
Justeru kita sangat wajar berlapang dada dengan keputusan beliau pergi ke Tehran di saat Iran disebut-sebut sebagai penyumbang kepada krisis berpanjangan di Syria.
Seseorang itu ada haknya sendiri dan Abdul Hadi menggunakan hak berkenaan untuk membiarkan dirinya berada di tengah kerumunan ayatullah di Tehran.
Ia kira-kira samalah dengan hak Abdul Hadi untuk hadir atau tidak ke sidang Dewan Rakyat atau DUN Terengganu.
Dan beliau bukan saja-sana berjumpa dengan ilmuan Syiah di Tehran. Abdul Hadi membawa misi kemanusiaan dan perdamaian yang besar bertaraf global.
Tambahan pula persidangan yang dianjurkan kerajaan Iran itu adalah berkaitan persefahaman antara mazhab. Untuk yang belum benar-benar faham, sebahagian daripada konflik yang berlaku di atas dunia ini berpunca daripada kekejangan fahaman mazhab itulah.
Abdul Hadi ke sana dalam misi beliau untuk mengendurkan ketegangan itu. Jika tidak ada pilihan, beliau mungkin boleh memberi amaran keras kepada rejim Bashar al-Assad atau sesiapa yang terlibat, sama seperti beliau memberi amaran kepada Aung San Suu Kyi baru-baru ini.
Uslub dakwah dan siasah
Pemuda PAS sendiri bagaikan sudah menghantar isyarat lebih awal mengenai penglibatan Abdul Hadi dan ramuan bergeliganya bagi menyelesaikan konflik global.
Read More / Baca Lagi >>

Punca sebenar kuasa mutlak

Posted: 21 Dec 2016 08:45 PM PST

Jika lebai atau ulama sekalipun, pasti kuasa jawatan perdana menteri Malaysia membutakannya, dan dia mungkin terlibat dengan rasuah dan kemudian menyalah guna kuasanya.
mahathir-politic
Oleh Yunus Tasim
Banyak diperkatakan mengenai masalah negara kita. Banyak dibahaskan betapa kita sedang menuju kehancuran. Tetapi kebanyakannya tentang simptom. Tak banyak yang membedah punca masalah.
Benar, rasuah adalah masalah besar. Semua tahu rasuah terjadi di peringkat tertinggi apatah lagi peringkat pertengahan.
Begitu juga salah guna kuasa di pelbagai peringkat masyarakat. Mungkin kuasa diselewengkan untuk meraih habuan. Mungkin juga kuasa disongsangkan kerana ingin menghalalkan rasuah.
Benarlah pepatah Inggeris yang dinukilkan Lord Acton, "Power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely". Kuasa selalu cenderung disalahgunakan, dan kuasa mutlak pasti disalahgunakan.
Satu lagi kata hikmah Inggeris: "Corruption is authority plus monopoly minus transparency". Rasuah adalah adalah kuasa jika dimonopoli tanpa ketelusan (dan akauntabiliti).
Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang. Tidak usahlah kita menuding jari siapa yang bersalah. Mungkin yang bersalah itu sekarang sedar dan sedang berusaha sedaya upaya ingin membetulkan keadaan sebelum terlambat.
Dengan kuasa mutlak, siapa sahaja yang jadi perdana menteri pasti akan terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa. Jika lebai atau ulama sekalipun, pasti kuasa jawatan perdana menteri Malaysia membutakannya, dan dia mungkin terlibat dengan rasuah dan kemudian menyalah guna kuasanya untuk menutup rasuahnya itu.
Cuma persoalannya, berapa besar rasuahnya, dan berapa parah salah guna kuasa yang dilakukannya?
Dan apakah rasuahnya untuk dirinya dan keluarganya, atau untuk menundukkan orang suruhannya mahupun musuh politiknya?
Bukan sahaja perdana menteri, siapa sahaja yang berkuasa di peringkat negeri, atau bahagian yang dapat "perlindungan" atau "sebulu" dengannya akan terlibat.
Ini semua kerana kuasa mutlak yang dimilikinya. Kuasa tanpa batas ini menyebabkan dia sewenangan terlibat dengan rasuah dan kemudian menyalah gunakan kuasa untuk menutup rasuah dan mengelakkan dirinya daripada didakwa.
Untuk memastikan Malaysia kembali ke landasan yang betul dan ke arah Malaysia yang lebih baik, kuasa perdana menteri harus ada timbang tara atau "check and balance" dan akauntabiliti.
Untuk menyelesaikan masalah rasuah dan salah guna kuasa, perdana menteri mestilah menjadi kuasa yang telus dan akauntabiliti kepada rakyat melalui Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: "Very good," respon Johari isu sabitan bekas pegawai bank Jho Low

Posted: 21 Dec 2016 08:39 PM PST

Kerana bertuala, Jamal 'muncul' dalam program INVOKE Malaysia

Posted: 21 Dec 2016 08:37 PM PST

Rafizi tak reti kira kos projek MRT, kata menteri Umno

Posted: 21 Dec 2016 08:36 PM PST

Syed Saddiq serah habuan debat RM10,000 kepada 4 mahasiswa Tangkap MO1 digantung UM

Posted: 21 Dec 2016 04:18 PM PST


Tinggal kenangan: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tiga dari kiri) ketika menerima sumbangan RM10,000 daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Razak (dua dari kiri) ketika menerima Anugerah Belia Negara setahun lalu.Tinggal kenangan: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tiga dari kiri) ketika menerima sumbangan RM10,000 daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Razak (dua dari kiri) ketika menerima Anugerah Belia Negara setahun lalu.
Atas semangat kebebasan bersuara Pendebat Terbaik Asia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sanggup menyerahkan habuan pernah diterimanya sebanyak RM10,000 kepada empat aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang digantung pengajian kerana terbabit dalam demontrasi Tangkap MO1.
Beliau yang memperoleh wang sebanyak itu ketika menerima Anugerah Perdana Belia Negara setahun lalu atas kejayaan memenangi Pendebat Terbaik Asia sebanyak tiga kali. Debat yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara.
"Setahun yang lalu, saya berkesempatan untuk berjabat tangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak apabila mendapat Anugerah Perdana Belia Negara atas berkat sokongan dan dorongan dari Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
"Saya pernah disoal oleh media tentang wang berjumlah RM10,000 yang saya terima.
"Saya berjanji bahawa saya akan gunakan wang tersebut untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara kerana itulah sebab asal saya memperolehi anugerah itu.
"Setahun sudah berlalu dan sehingga hari ini saya masih belum menggunakan wang tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.
Pada 9 Disember lalu, UM telah menjatuhkan hukuman bersalah di bawah Akta Universiti dan Koleh Universiti (AUKU)1971 terhadap empat penuntutnya yang terlibat dalam himpunan Tangkap MO1.
Mereka adalah Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (Kesatuan), Anis Syafiqah Md Yusof yang juga pelajar Fakulti Bahasa dan Linguistik serta tiga mahasiswa Akademi Pengajian Islam iaitu Suhail Wan Azahar, Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Fazli.
Kata Syed Saddiq lagi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin benar-benar menghormati hak-hak rakyat untuk memberikan kebebasan bersuara di kalangan orang muda haruslah membuktikannya.
"Datuk Seri Najib yang dulunya mengucapkan tahniah kepada saya kerana berjaya mengharumkan nama negara atas dasar bahas kini bermati-matian menjahit mulut rakyat yang berani melawannya.
" Yb Khairy pula berhentilah bersekongkol dengan mereka yang menyekat kami - terutama sekali golongan muda. Kotakan janji YB untuk membenarkan kami bersuara. Pemimpin yang hebat akan mendengar suara rakyatnya, bukan sekadar bergambar dan berselfie bersama rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

SKANDAL 1MDB: APABILA KEADILAN BERBEZA NERACA

Posted: 21 Dec 2016 04:12 PM PST

Di Singapura setakat ini sudah tiga orang didakwa dan didapati bersalah berkaitan aktiviti penggubahan wang haram yang ada hubungan dengan 1MDB dan Jho Low.

Pada 11 November 2016, Yak Yew Chee, bekas Naib Presiden Kanan BSI Bank dan pegawai bank persendirian kepada Jho Low, dijatuhi hukuman penjara selama 18 minggu atas kesalahan pemalsuan dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan berkaitan 1MDB.
Beliau juga didenda S$24,000 dan akan menyerahkan S$7.5 juta kepada kerajaan bagi "menunjukkan penyesalan sebenar telah berlaku".

Pada 16 Disember 2016, Yvonne Seah Yew Foong, juga bekas pegawai BSI Bank, dihukum penjara selama dua minggu kerana membantu memalsukan dokumen dan gagal melaporkan urusniaga mencurigakan  yang melibatkan Jho Low dan 1MDB.
Semalam, 21 Disember 2016, seorang lagi pegawai BSI Bank, Yeo Jiawei didapati bersalah oleh mahkamah kerana mengganggu saksi berhubung penyiasatan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

Kesalahan itu meletakkan beliau berdepan dengan hukuman penjara selama 7 tahun. Bagaimanapun, hukuman akan diputuskan oleh mahkamah hari ini.

Selain  tiga orang sudah didakwa, dibicara dan didapati bersalah, pihak berkuasa kewangan Singapura juga sudah menutup dua bank, BSI Bank dan Falcon Private Bank di republik itu atas keterlibatan kedua-duanya dalam aktiviti penggubahan wang haram berkaitan 1MDB dan Jho Low.
Jho Low turut dinamakan sebagai orang penting dalam penyiasatan berkaitan penggubahan wang haram 1MDB di Singapura, selain aset-asetnya  sudah dibekukan.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Bola: Stadium besar, penyokong ramai, masih tak pandai cari duit

Posted: 21 Dec 2016 04:09 PM PST

Badan kebangsaan yang bertanggungjawab membangunkan bola sepak tanah air berkata krisis kewangan beberapa pasukan negeri sekarang kerana mereka kurang kepakaran dalam bidang pemasaran untuk menarik perhatian syarikat swasta.
program-pembangunan
PETALING JAYA: Beberapa persatuan bola sepak negeri kini menghadapi masalah kewangan, dan antara puncanya ialah kekurangan kepakaran dalam bidang pemasaran untuk menjana pendapatan sendiri, kata badan yang bertanggungjawab memajukan sukan itu.
Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) berkata apabila persatuan bola sepak negeri tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran, mereka hanya mengharapkan wang tajaan di samping dana daripada kerajaan atau anak syarikat kerajaan negeri.
Malah, Ketua Pegawai Eksekutif PPBN, Safirul Azli Abu Bakar memberitahu FMT, perkara itu turut melanda pasukan seperti Selangor dengan jumlah penyokong yang ramai dan stadium yang besar, yang menurutnya mampu sudah cukup menarik minat syarikat swasta menjadi penaja.
Menurut Safirul, pasukan bola sepak perlu memandang jauh dengan memeterai perjanjian jangka panjang bagi memastikan dana cukup untuk beberapa tahun.
"Mereka perlu berhenti cara mencari penaja untuk setahun dan sepatutnya tandatangan tajaan sekurang-kurangnya 3 tahun," kata Safirul.
"Baru nampak ada kesinambungan. Jika tidak, masalah sama akan terjadi."
Semalam, Persatuan Bola Sepak Selangor mengancam untuk menarik diri daripada menyertai Liga-M muslim 2017 kerana gagal mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan pasukan "Red Giants" itu.
Sebelum ini, pasukan Kelantan dan Perlis juga berhasrat melakukan tindakan serupa atas sebab kewangan.
Safirul berkata liga profesional merupakan acara yang memerlukan banyak wang.
"Semua orang tahu. Tapi tak ada inisiatif yang serius untuk mencari dana," katanya.

Politik Bola: Apa jadi peruntukan RM23 juta, aktivis tuntut penjelasan FAS

Posted: 21 Dec 2016 04:07 PM PST

Ia susulan kenyataan FAS mengancam menarik diri daripada menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017 sekiranya pihaknya gagal mendapat dana RM15 juta daripada kerajaan Selangor.
saari-sugib
PETALING JAYA: Sekumpulan aktivis pro-pembangkang mendesak Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menjelaskan peruntukan sebanyak RM23 juta oleh kerajaan negeri bagi tujuan pembangunan bola sepak tahun ini.
"FAS selayaknya menjelaskan bagaimana wang tersebut digunakan," kata Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib.
Ia susulan kenyataan FAS mengancam menarik diri daripada menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017 sekiranya pihaknya gagal mendapat dana RM15 juta.
Saari berkata pihaknya menyokong keputusan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk tidak memberikan peruntukan tambahan kepada FAS pada musim hadapan.
"Otai Reformis menyokong pendirian menteri besar Selangor merangkap presiden FAS untuk tidak memberikan peruntukan tambahan kepada FAS untuk musim hadapan. Otai Reformis berpendapat dana sejumlah itu masih diperlukan secara kritikal bagi menggerakkan program kebajikan bagi rakyat.
"Otai Reformis juga mempunyai pandangan yang sama dengan menteri besar bahawa sudah tiba masanya untuk FAS mencari dana sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
Selangor menjadi pasukan ketiga selepas Kelantan dan Perlis yang mengancam menarik diri musim depan jika gagal mendapat RM15 juta sebelum Liga Malaysia, 21 Januari depan.
Sehingga saat ini, masih belum ada sebarang petanda positif daripada kerajaan negeri mengenai bantuan kewangan kepada FAS.

MICKEY & DONALD DEDAK.....NEGARA KARTUN..!!!

Posted: 21 Dec 2016 07:34 AM PST








"Mukhriz "DEDAHKAN" Cerita "KEBODOHAN" Najib Kepada Rakyat"

Posted: 21 Dec 2016 06:51 AM PST

TAK PERNAH BERLAKU dalam DUNIA!!! Hanya PM Najib Sahaja yang BUAT!!!

Posted: 21 Dec 2016 06:48 AM PST

Jangan kelirukan rakyat, peguam Dr M beritahu Nur Jazlan

Posted: 21 Dec 2016 05:21 AM PST

Haniff Kathri menggesa Nur Jazlan mendapatkan nasihat daripada peguam dan bukannya membuat kenyataan menakut-nakutkan rakyat.
haniff-jazlan-1
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak seharusnya mengelirukan rakyat dengan membuatkan mereka berfikir tindakan menyuarakan perbezaan pendapat terhadap kerajaan adalah jenayah, kata peguam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Jika beliau (Nur Jazlan) tidak mahir dalam undang-undang, mintalah nasihat daripada pegawai atau beliau peguamnya sendiri. Jangan keluar membuat kenyataan menakut-nakutkan orang ramai.
"Membuat kenyataan terhadap kerajaan bukan jenayah.
"Ia hanya satu jenayah apabila kerajaan sendiri secara salah penyalahgunaan kuasanya dengan berkesan menipu masyarakat," Mohamed Haniff Kathri Abdulla kepada FMT.
Haniff berkata demikian bagi mengulas laporan awal Malaysiakini yang memetik Nur Jazlan sebagai tidak jelas berkata, "siapa kata kita tidak menyiasat Dr Mahathir di bawah Seksyen 124 (c)? Sama ada kita mahu atau tidak membawa perkara ini ke peringkat seterusnya adalah perkara berbeza."
Ini berlaku selepas beberapa individu dan organisasi, termasuk Lawyers for Liberty, Majlis Peguam, Bersih 2.0 dan Malaysiakini, disiasat oleh pihak berkuasa di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan kerana didakwa cuba melemahkan demokrasi berparlimen.
Apabila ditanya sama ada Dr Mahathir kini sedang disiasat di bawah Seksyen 124C, Haniff berkata beliau tidak menerima sebarang butiran mengenai siasatan yang sedang berjalan.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: PM dicabar bersumpah tak kenal Jho Low

Posted: 21 Dec 2016 05:18 AM PST

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Faiz Fadzil mencabar Datuk Seri Najib Razak supaya bersumpah untuk menafikan beliau sekiranya tidak mengenali hartawan kontroversi, Jho Low.
Kata Faiz langkah berkenaan sekurang-kurangnya mengambil pendekatan sama ketika perdana menteri cuba meyakinkan orang ramai bahawa beliau tidak mengenai wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Faiz berkata demikian sebagai mengulas sabitan mahkamah Singapura terhadap bekas pengawai Bank BSI Singapura, Yeo Jiawei, atas tuduhan mengganggu saksi siasatan jenayah penggubahan wang haram didakwa ada kaitan dengan 1MDB.
Katanya keputusan mahkamah itu juga mencalar maruah negara.
"Yeo didakwa sebagai pegawai bank yang menguruskan akaun Jho Low dan didedahkan juga dalam keterangan di mahkamah bahawa mereka berdua adalah kenalan rapat.
"Ironinya, tiada apa-apa pula pendakwaan terhadap mana-mana individu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB di negara ini walaupun sudah tiga orang pegawai Bank BSI didakwa dan didapati bersalah berkaitan skandal ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Singapura adalah antara negara yang menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah laku kewangan dan penggubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.
Mengapa begitu istimewa
Jho Low - seorang hartawan muda kelahiran Pulau Pinang, dengan nama sebenarnya Low Taek Jho - adalah individu yang dikaitkan dengan skandal berkenaan.
Najib adalah antara individu yang turut terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa membabitkan 1MDB namun beliau sudah disahkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai tidak bersalah.
Faiz berkata kesalahan Yeo itu amat berat kerana melibatkan gangguan terhadap saksi dan ia menunjukkan wujud unsur jenayah oleh Jho Low.
Katanya, Jho Low juga rakan karib anak tiri Najib, iaitu Riza Aziz, yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman AS baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Universiti Al-Madinah nafi ajar fahaman radikal

Posted: 21 Dec 2016 05:13 AM PST

Program dan silibus mereka diluluskan dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan diluluskan Agensi Kelayakan Malaysia.
mediu
SHAH ALAM: Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) menafikan dakwaan yang mengatakan mereka menyebarkan ajaran bersifat radikal melalui silibus kepada para pelajarnya.
Timbalan Ketua Eksekutif Jabatan Hal Ehwal Luar, Datuk Abdul Ghani Mohamad berkata silibus Mediu disemak oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Ahli panel penilaian dilantik oleh pihak MQA daripada kalangan pakar dari bidang tertentu daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang dikenalpasti oleh agensi berkenaan.
Proses pemilihan panel ditentukan oleh MQA yang dipertanggungjawab untuk menyemak kurikulum sebelum kelulusan dikeluarkan.
"Ahli panel hadir ke universiti dan menyemak silibus daripada awal hingga akhir secara terperinci. Ia merupakan satu proses yang panjang dan berperingkat. Kami benar-benar yakin terhadap kredibiliti ahli panel MQA dan diiktiraf oleh Kementerian," katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT, di kampus utama Mediu.
Menurutnya lagi, secara keseluruhan tahap kualiti 118 program di Mediu dinilai oleh MQA sejak 2008 sehingga Oktober 2016. Sebanyak 72 program sudah melepasi proses penilaian dan memperoleh pengakreditasian penuh,
"Malah, 70 program di Mediu mendapat akreditasi penuh MQA dan didaftarkan dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR)," kata Mediu dalam satu kenyataan semalam.
Beliau juga menegaskan laporan media yang mendakwa Mediu menawarkan kandungan silibus yang radikal seperti menghalalkan darah golongan yang tidak sependapat dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah tidak benar.
Semalam, Mediu menafikan kononnya pengiktirafan kursus yang ditawarkan di Mediu ditarikbalik oleh MQA.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dalam kenyataan 16 Disember lepas. "Universiti Antarabangsa Al-Madinah boleh beroperasi seperti biasa seperti yang diiktiraf MQA."
Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Prof Rujhan Mustafa turut mengesahkan perkara itu. "Perkataan 'universiti kebencian' dan 'halalkan darah' merupakan perkataan yang dipilih dan digunakan sendiri oleh akhbar tabloid berkenaan," kata MQA dalam satu kenyataan pada hari yang sama.
"Ada individu yang cuba merosakkan nama baik universiti tanpa datang berjumpa dengan kita," kata Abdul Ghani kepada FMT.
Read More / Baca Lagi >>

Semak Bajet 2017 jika harga minyak terus naik, kata Rafizi

Posted: 21 Dec 2016 05:08 AM PST

Ahli Parlimen PKR berkata kerajaan kini menikmati durian runtuh ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia dan ia perlu digunakan dengan bijaksana.
rafizi
KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh mengembalikan semula peruntukan yang dipotong dalam Bajet 2017 jika harga minyak mentah dunia terus meningkat menjelang akhir Januari ini, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Beliau mendakwa kerajaan hari ini menikmati pendapatan luar jangka ekoran kenaikan harga minyak dunia, selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) memutuskan mencatu pengeluaran minyak.
Semalam beliau menyatakan Carta Piawaian Minyak Mentah Brent menunjukkan harga minyak pada 19 Disember adalah AS$54.78 setong berbanding AS$46.38 setong pada 19 November.
"Rakyat terlupa yang kerajaan mendapat durian runtuh, dan saya bimbang pendapatan tambahan daripada kenaikan ini digunakan untuk perkara tidak sepatutnya. Saya akan terus pantau harga minyak mentah.
"Jika sehingga akhir Januari ia kekal di atas RM246.37 (AS$55) setong, dan ringgit kekal rendah, saya yakin pendapatan luar jangka kerajaan akan meningkat dan kita perlu mendesak perdana menteri menyemak dan mengembalikan kembali potongan dalam belanjawan lalu," katanya pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Umur 91 tak jaga cucu, Mahathir terpaksa berjuang elak negara bankrap

Posted: 21 Dec 2016 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini menjelaskan mengapa beliau tidak berkelakuan seperti apa yang dijangkakan daripada seorang lelaki yang berusia 91 tahun.
Ini susulan bidasan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz awal hari ini yang berkata, zaman Mahathir, bersama-sama dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sudah berlalu dan menasihati mereka supaya supaya 'balik jaga cucu'.
Mahathir bekerja keras mengembeling idea dan tenaga untuk menentang Najib Razak.
"Ada orang marah orang tua berumur lebih 90 tahun tidak melakukan perkara yang sepatutnya seperti berehat, bermain dengan cucu dan menyediakan diri sebelum mati.
"Ya, saya tidak melakukannya walaupun pada usia 90 tahun. Ini bukannya pilihan saya.
"Saya menyahut rayuan pelbagai kumpulan rakyat Malaysia bagi saya melakukan sesuatu," kata Mahathir dalam blognya CetDet hari ini.
Menurutnya, ketika Najib mula berkuasa, terdapat aduan daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan samada dasar ekonominya, slogan 1Malaysia, dasar luar atau tidak lagi meneruskan Dasar Ekonomi Baru.
Mahathir berkata, beliau menyampaikan aduan berkenaan kepada Najib tetapi tidak berhasil. Ini disusuli pula dengan skandal 1MDB.
"Pada masa itu, saya merasakan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan Najib. Negara ini kehilangan banyak wang.
Mahathir bukan sahaja menyeru rakyat turun Bersih 5.0, beliau juga turut berucap dicelah-celah puluhan ribu Baju Kunjng Bersih di Kuala Lumpur.
"Saya maklumkan kepada Najib saya tidak dapat menyokongnya lagi. Kemudian saya memutuskan untuk meletakkan jawatan daripada Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Dengan SYIAH di Iran PAS boleh sepentas, takan dengan AMANAH tidak boleh pula..!!

Posted: 21 Dec 2016 04:49 AM PST

1. Amanah Perlis sudah menganjurkan dua wacana. Pertama, tentang kebebasan beragama dan kedua, pelaksanaan hudud. Untuk kedua-dua wacana itu, saya telah menjemput pemimpin dan ahli Pas berstatus ustaz sebagai panelis. Jemputan saya tidak mendapat respon positif.
https://2.bp.blogspot.com/-hYsRlgpV0k0/V2tCDjGJouI/AAAAAAAAU-4/2ssyi48PbcgEYGo93UCBLq33ZrXFM0FxACLcB/s1600/Amanah-vs-PAS.jpg2. Antara alasan mereka ialah, pemimpin dan ahli Pas tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti anjuran Amanah. Alasan lain ialah pertembungan acara dan sebagainya. Itu alasan piawai.
3. Saya akan anjurkan lagi wacana ilmiah pada bulan Februari ini. Tujuannya ialah menganjak gaya tindakan masyarakat daripada pendekatan emosi dan sentimen dalam menangani sesuatu isu kepada pendekatan rasional dan ilmu.
4. Akan diusahakan wacana kali ini ada wakil daripada Pas. Bukan untuk mencari publisiti murah atau untuk melaga-laga, tetapi untuk menyuburkan budaya rasional dan ilmu. Topik perbincangan dan panelisnya akan ditetapkan sedikit masa lagi.
5. Saya pernah sebutkan kepada seorang pemimpin Pas sebuah negeri, saya dan pemimpin Amanah Perlis bersedia untuk hadir dlm sebarang wacana yang dianjurkan oleh Pas, asalkan tujuannya ialah menyemarakkan budaya rasional dan ilmu.
6. Perbezaan parti sepatutnya tidak menjadi halangan untuk orang Amanah dan Pas berada sepentas dan berwacana secara rasional mengupas isu-isu umat.
7. Jika presiden Pas boleh sepentas dengan syiah di Iran yang menyebelahi Basyar al-Asad membantai sunni di Aleppo, takkanlah pemimpin Pas yang lain tidak bersedia untuk sepentas dengan Amanah?
8. Bukankah kita semuanya sunni?

Khairuddin Abu Hassan yakin PH beri kerusi pada PPBM

Posted: 21 Dec 2016 04:41 AM PST

PAS tanding kerusi PKR jika gagal 'kawal' Amanah - Dr Mahfodz

Posted: 21 Dec 2016 04:37 AM PST

Comments (0)