Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:24 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kewangan FGV tidak jejas undi Felda kepada BN - Prof Madya Awang Azman

Posted: 19 Dec 2016 08:52 PM PST

Seorang penganalisis berkata, peneroka lebih bimbang mengenai isu perumahan dan bayaran uuntuk hasil dan kos sara hidup.
Awang-Azman-Pawi
KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis politik menolak andaian Umno dan Barisan Nasional (BN) akan hilang sokongan peneroka Felda disebabkan keadaan kewangan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang semakin teruk.
Prof Madya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, isu kewangan korporat hanya mempunyai sedikit tarikan buat pengundi luar bandar.
"Mereka yang kurang berpengetahuan dalam hal ekonomi tidak akan merasakan prestasi kewangan FGV memberi kesan kepada mereka.
"Jika kita lihat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, isu Felda tidak menjejaskan pembangkang walaupun ia banyak dimainkan," katanya kepada FMT.
Beliau mengulas dakwaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang masalah FGV mungkin menyebabkan Umno kehilangan undi di kawasan Felda.
Awang Azman berkata, pengundi Felda lebih prihatin dengan isu seperti perumahan untuk peneroka generasi kedua, kelewatan bayaran tandan kelapa sawit dan kos sara hidup.
"Jika BN mahu mengekalkan sokongan peneroka Felda, kerajaan perlu mengambil langkah drastik dan strategik dengan segera untuk menangani isu ini," katanya.
Pendapat sama disuarakan Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak yang mengetuai Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara.
"Bagi peneroka, kebimbangan utama mereka ialah kos komoditi dan isu kehidupan harian," katanya.
"Tidak ramai yang bimbang dengan prestasi FGV, kecuali mereka yang mungkin lebih cenderung kepada ekonomi."
Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan semalam menyalahkan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad untuk masalah dihadapi gergasi sektor perladangan negara itu.
Beliau berkata, kerugian FGV bukan sahaja disebabkan harga minyak sawit yang rendah, tetapi juga kelemahan pengurusan.
Read More / Baca Lagi >>

HADI MESTI MOHON MAAF?

Posted: 19 Dec 2016 08:47 PM PST

Penjelasan Pas berhubung pemergian Hadi Awang ke Iran.

Pemergian TGHH ke konferensi berkenaan adalah antaranya permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi) supaya dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran. Selain dari itu TGHH juga menjelaskan isu isu keganasan dan puncanya di waktu ini.
TGHH juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas. Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain dari TGHH, antara tokoh Sunni lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.
Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini adalah memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam, dan insyaAllah TGHH sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas. Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Dis. 2016



Penjelasan balas oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia

Lawatan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia ke Iran Tidak Mewakili Kesatuan Ulama Islam.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) yang diketuai Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha agungnya Dr. Ali al-Qaradaghi membantah keras lawatan Syeikh Abdul Hadi Awang, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Presiden Parti Islam SeMalaysia ke Iran baru2 ini.

KUIS melahirkan rasa hairan terhadap masa lawatan itu, iaitu pada masa Iran memainkan peranan jahat dan membunuh kekuarga kita di Halab / Aleppo khasnya dan Syria amnya, di samping peranan dan ketamakan Iran terharap wilayah2 kita termasuk Iraq dan Yaman.

Serentak dengan bantahan ini, KUIS menganggap lawatan tersebut adalah lawatan yg tidak sah daripada mana2 kakitangannya dan ia tidak mewakili sesiapa selain orang yang melaksanakannya.  KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi Awang menilai semula secara sendiri lawatan yang tidak direstui ini sama ada pada sempenanya dan juga pada tempatnya!

Apabila KUIS berusaha demi kesatuan umat Islam, ia mengambil pendirian yg jelas terhadap ketamakan sektarian yang dilakukan Iran dari satu aspek, dan ia tidak lupa peristiwa2 yang dilalui umat Islam, sungai2 darah yang mengalir di Halab / Aleppo dan jutaan mangsa bunuh, cedera, terpenjara, pelarian daripada kalangan orang2 Syria di merata tempat.

19 Disember 2016.


Konflik di Syria bukan saja berkaitan politik, tetapi sudah melarat kepada konflik kemanusiaan. Majoriti penduduk Syria yang berfahaman Sunni telah sekian lama ditindas oleh pemerintah Basyar Al Assad yang berfahaman Syiah.
Read More / Baca Lagi >>

ISU CADANGAN PENGGABUNGAN AMANAH-KEADILAN

Posted: 19 Dec 2016 08:45 PM PST

1. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sejawat saya YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang melahirkan pandangan mengenai idea perlunya pergabungan antara Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).

2. Untuk pengetahuan semua, AMANAH tampil bagi mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan lslam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahterakan rakyat dan dalam rangka kebangunan semula negara (nation-rebuilding).

3. AMANAH bersama-sama rakan-rakan Keadilan dan DAP menubuhkan Pakatan Harapan (PH). Sekarang ini dengan kehadiran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama PH telah menjadikan peranan AMANAH dan semua parti-parti dalam PH dan Bersatu semakin penting dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional.

4. Oleh yang demikian saya sebagai mewakili pimpinan dan ahli-ahli AMANAH merasakan isu pergabungan Amanah dan PKR tidak berbangkit sama sekali. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan mengharapkan hubungan yang kukuh antara kita akan kekal seutuhnya.

Amanah Demi Negara

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara

MT enggan ulas bimbang tersilap, isyarat kerjasama Pas-Umno wujud

Posted: 19 Dec 2016 08:35 PM PST

Beberapa Ahli Majlis Tertinggi Umno enggan mendedah dan memberi komen tentang kemungkinan parti itu mengadakan kerjasama dengan Pas, bimbang tidak bertepatan dengan kehendak Presidennya, Dato' Seri Najib Razak, sehingga boleh merosakkan strategi Umno untuk berdepan dengan PRU14.
Menegaskan perkara ini, Ketua Amanah Sabah, Hamzah Abdullah berkata, kemungkinan kerjasama Umno dengan Pas itu cukup kuat dan maklumatnya tersembunyi rapi, sehinggakan Ahli Majlis Tertinggi Umno pun risau untuk memberi sebarang kenyataan.
"Jadi mereka tak mahu campur. Biar hal itu diuruskan oleh Presiden Umno. Nak buat kenyataan pun biar dibuat oleh Najib sendiri sebab isu ini sangat sensitif," ujar beliau kepada Amanahdaily.
Baru-baru ini, beberapa Ahli Majlis Tertinggi Umno enggan mengulas pertanyaan pihak media mengenai kemungkinan Umno mengadakan kerjasama dengan Pas.
Ditanya mengenai isu itu, mereka sebaliknya menyerahkan kepada Presiden Umno, Najib Razak untuk memberikan jawapan.
Mereka sependapat, hanya Najib yang juga Perdana Menteri boleh berbuat demikian.
"Biar PM tentukan, nanti kalau salah jawab 'mati' saya," kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di MARA Digital Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, juga mengambil pendekatan sama.
"Yang itu, saya serah kepada pucuk pimpinan untuk ambil tindakan. Saya tidak ada apa-apa komen," kata bekas Ketua Penerangan Umno itu.
Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, beliau memilih jawapan 'berhelah' bersulam jenaka.
Ketika diajukan soalan berkenaan, Jamil Khir menjawab: "Beri saya masa, sekarang waktu makan tengahari," kata Jamil.
Read More / Baca Lagi >>

SUHAKAM: SOSMA langgar prinsip kebebasan hak asasi

Posted: 19 Dec 2016 08:11 PM PST

suhakam-logoKUALA LUMPUR, 20 DIS: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyifatkan penahanan tanpa bicara yang dikenakan terhadap beberapa individu negara ini sebagai melanggari hak asasi dan kebebasan manusia.
Pesuruhjaya SUHAKAM, Profesor Datuk Dr Aishah Bidin berkata, pendirian itu secara konsisten dinyatakan suruhanjaya tersebut berdasarkan prinsip dan tuntutan hak asasi manusia yang wajar diperolehi masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sukar meneruskan siasatan secara menyeluruh berhubung penggunaan akta sedemikian susulan kelewatan maklum balas polis membantu proses siasatan dibuat.
"Pendirian kami secara jelas dan konsisten menyatakan penggunaan akta-akta ini mencabuli tahap dan kebebasan hak asasi manusia negara ini.
"Bagaimanapun kami memerlukan penjelasan menyeluruh terhadap beberapa kes dan pelanggaran yang didakwa melanggari prinsip kebebasan itu.
"Kami mengalami kesukaran menjalankan siasatan kerana proses maklum balas itu terlalu perlahan dan menyukarkan kami," katanya.
Beliau berkata demikian pada pertemuan dan penyerahan memorandum bantahan akta tersebut oleh Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eskutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy di Pejabat SUHAKAM di sini, pagi ini.
Hadir sama, bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Dalam pertemuan itu, Maria mendedahkan pencabulan hak kemanusiaan dikenakan terhadapnya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) melanggari prinsip keadilan sewajarnya sebagai rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

PAS saman Sarawak Report demi jaga maruah, kata Dr Mahfodz

Posted: 19 Dec 2016 08:10 PM PST

Mahfodz berkata, PAS mengambil masa lebih 3 bulan untuk membuat keputusan menyaman Clare, selain penasihat undang-undang di London berpendapat peluang mereka menang adalah tinggi.
mohfodz-mohaned_Rewcastlet_pas_600
PETALING JAYA: Tindakan PAS menghantar notis tuntutan kepada Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown bukannya gimik politik, sebaliknya ia keputusan untuk menjaga maruah pimpinan parti yang difitnah menerima dedak daripada perdana menteri, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Ketua Dewan Ulama PAS itu menyangkal dakwaan Datuk Zaid Ibrahim yang notis tuntutan itu adalah gimik politik dengan berkata, parti itu mengambil masa lebih 3 bulan untuk membuat keputusan, selain penasihat undang-undang di London berpendapat peluang mereka menang adalah tinggi kerana ada kes seumpamanya di negara berkenaan.
"Ia sebagai cara untuk membuktikan PAS tidak menerima dedak itu dan (menunjukkan ia) fitnah, maka sebab itu kita membuat keputusan menyaman Sarawak Report.
"Kerana bukan di Malaysia sahaja fitnah itu tersebar, bahkan di seluruh dunia. Takkan kita nak berdiam diri," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid berkata, keputusan PAS menghantar notis tuntutan kepada Clare bagi menuntut penarikan balik artikel yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak merupakan gimik politik.
Katanya, Majlis Syura PAS perlu memikirkan semula tindakan itu dan memberitahu ahlinya implikasi tindakan menyaman Clare.
Read More / Baca Lagi >>

‘Jamil Khir belakangkan hak Raja-Raja dan negeri’ - Raja Bahrin

Posted: 19 Dec 2016 08:08 PM PST

 Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom baru- baru ini yang menjelaskan sebab mengapa Rang Undang-undang 355 dibawa sebagai rang undang-undang persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah amat memeranjatkan.
Alasan yang diberi adalah supaya persetujuan dan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu tidak perlu diperolehi terlebih dahulu. Dengan itu usul berkenaan boleh dibawa walaupun tidak mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Adakah Jamil Khir memahami bahawa kenyataan beliau merupakan satu pengakuan bahawa kerajaan pusat telah berpakat dengan PAS untuk dengan sengaja membelakangkan perlembagaan dan Raja- Raja Melayu?
Tidakkah ini satu tindakan yang biadap terhadap institusi Raja-Raja Melayu?
Ini adalah kali kedua dalam waktu setahun kerajaan mengenepikan dan merampas hak dan kuasa Raja-Raja Melayu mengikut perlembagaan.
Kali pertama adalah pada awal 2016 ini di mana kuasa Raja-Raja telah dirampas melalui Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), di mana persetujuan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi diperlukan untuk mengisytiharkan keadaan darurat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri boleh mengisytiharkan situasi darurat tanpa perlunya perkenan Seri Paduka.
Majlis Raja-Raja telah menggesa kerajaan menghalusi akta tersebut tetapi tidak diendahkan oleh Najib.
Adakah RUU 355 dan MKN petanda hala tuju kerajaan ke arah kuasa mutlak dengan mengenepikan suara dan peranan Raja-Raja Melayu?
Adakah ini sikap kerajaan yang kononnya membela hak Raja Perlembagaan seperti terkandung dalam perlembagaan?
Dalam masa sama Umno mendakwa kononnya orang Cina melalui DAP ingin mengambil alih kuasa politik Melayu di Malaysia. Tetapi pada hakikatnya Umno sendiri yang menghakis kuasa Raja-Raja Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Kesatuan Ulama Islam Sedunia nafi hantar wakil ke Iran

Posted: 19 Dec 2016 07:26 PM PST


Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu mesra dengan Ali Khameini di Iran
(Tulisan ini mengulas pendirian Dr al-Qaradawi bukan mengulas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Baca dengan teliti beserta terjemahan kenyataan wakil al-Qaradawi).
Apabila ada pihak yang mendakwa kononnya Kesatuan Ulama Islam Sedunia iaitu al-Syeikh al-'Allamah Dr Yusuf al-Qaradawi menghantar wakil bertemu mesra dengan Ali Khameini di Iran saya amat dukacita. Saya kehairanan, terkejut dan sedih bagaimana ini mungkin berlaku?!
Ini kerana bagi saya mustahil ulama yang bijak dan faham seperti al-Syeikh al-'allamah Dr Yusof al-Qaradawi dan sesiapa sahaja insan muslim sunni apatah lagi ulama di waktu ini ketika Syiah Iran sedang menyembelih umat Islam Syria sanggup berjabat mesra dengan pemimpin mereka yang bertanggungjawab. Iman, ehsan, ukhuwwah Islamiyyah dan kewarasan insan menolak hal ini.
Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi sekalipun saya tidak taklid beliau dalam semua perkara. Saya berharap pengalaman beliau, kecemburuan beliau terhadap nasib umat dan keluasan ilmu beliau dan para ulama yang insaf tidak akan terlibat hal seperti itu.
Bukan isu menziarahi Iran ataupun bersalaman dengan Syiah, tapi isu kejahatan mereka pada waktu ini dan dalam suasana yang seperti ini. Mereka yang matang siyasah, tegap keinsanan serta teguh pegangan pasti cuba mengelakkan hal ini.
Alhamdulillah, dukacita saya berakhir apabila Dr Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha beliau Dr Ali al-Qurrah Daghi bukan sekadar menafi tapi mengecam tindakan itu.
Ertinya tokoh umat Islam itu tidak terlibat dalam hal ini. Semoga al-Syeikh al-'Allamah al-Qaradawi dan para ulama yang ikhlas terpelihara dari fitnah seperti ini. Hal tokoh lain saya belum mahu ulas sebab bukan rujukan saya. Saya hanya menumpukan kepada pendirian Dr al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama yang berwibawa yang saya membaca bahan mereka.
Berikut terjemahan kenyataan Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu;
Kecaman Kunjungan (Abdul Hadi) Awang Ke Iran
Kunjungan Timbalan Presiden al-Ittihad ke Iran tidak mewakili Ittihad 'Ulama Muslimin (Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa).
Al-Ittihad al-'Alami Li 'Ulama al-Muslimin - mewakili presidennya fadhilah al- 'allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Setiausaha Agungnya Dr 'Ali al-Qurrah Daghi - mengecam keras kunjungan al-Syeikh 'Abdul Hadi Awang, Naib Presiden al-Ittihad al'Alami Li 'Ulama al-Muslimin, dan presiden parti Islam Malaysia ke Iran.
Al-Ittihad al-'Alami li Ulama al-Muslimin melahirkan rasa hairan dengan pemilihan waktu kunjungan, pada ketika Iran melakukan tindakan kejam membunuh saudara kita, khasnya di Halab dan di Syria amnya. Selain peranan yg dimainkan dan ketamakan Iran untuk menguasai wilayah-wilayah kita (Ahli sunnah) termasuk di 'Iraq dan Yaman.
Read More / Baca Lagi >>

Safwan Anang bebas dari tuduhan Akta Hasutan

Posted: 19 Dec 2016 07:03 PM PST

Kerajaan ambil alih pindaan Akta 355, ramai bimbang dipolitikkan

Posted: 19 Dec 2016 06:54 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika himpunan solidariti Rohingya baru-baru ini memberi jaminan bahawa usul ahli parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) akan diambil alih oleh kerajaan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika himpunan solidariti Rohingya baru-baru ini memberi jaminan bahawa usul ahli parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) akan diambil alih oleh kerajaan.
Perkembangan ini menjadikan banyak pihak meragui sama ada tindakan ini benar-benar mahu memperkasakan perundangan Islam di negara ini atau sekadar permainan politik untuk memperdaya pengundi Melayu-Islam semata-mata.
Ahli parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, yang membawa usul alternatif di dewan rakyat berkata, kenyataan yang dikeluarkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa usul ini tidak memerlukan persetujuan pihak raja-raja kerana usul ini dibentangkan melalui usul persendirian adalah silap.
"Saya bersetuju dengan Datuk Zaid Ibrahim mengenai perkara ini kerana akhirnya segala bentuk perundangan dan pelaksanaan hal ehwal Islam di negara ini tentulah perlu dirujuk kepada raja-raja yang dimaktubkan sebagai ketua agama di semuaegeri-negeri di Malaysia.
"Sebenarnya ini adalah salah satu perkara yang ingin saya timbulkan semasa membawa usul alternatif di parlimen yang ditolak oleh speaker," katanya.
Zaid yang mengulas kenyataan itu berkata Jamil Khir bukan sahaja salah dari segi fakta, tetapi juga menunjukkan kecenderungan Umno untuk mencari jalan untuk memintas undang-undang demi kepentingan mereka sendiri.
Abdul Hadi sebelum ini berusaha memansuhkan hukuman maksimum yang ditetapkan di bawah Akta 355.
Ini akan membolehkan negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu untuk menguatkuasakan enakmen negeri masing-masing bagi melaksanakan undang-undang hudud.
Presiden PAS itu bagaimanapun, akhirnya meminda usulnya dengan cadangan hukuman maksimum penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.
Hukuman pada masa ini adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Sementara itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan terima kasih kerana Abdul Hadi telah mengambil kira pandangan Amanah berkenaan penetapan hukuman maksimum yang sebelum ini dibiarkan terbuka.
Read More / Baca Lagi >>

NUBE minta campur tangan kerajaan elak pekerja bank dibuang

Posted: 19 Dec 2016 06:52 PM PST

Solomon berkata, Kementerian Kewangan perlu bertanggungjawab dan tidak boleh memberi alasan ia adalah soal perniagaan untuk penutupan cawangan bank serta pemberhentian pekerja kerana ia tidak munasabah.
Solomon_bank_600
PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) akan menyerahkan kertas cadangan jaminan keselamatan pekerjaan dalam sektor perbankan kepada Kementerian Kewangan, awal bulan depan, dalam usaha membela nasib golongan itu susulan pelaksanaan perbankan Internet.
Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, kertas cadangan itu juga akan diserahkan kepada Persatuan Bank-bank Malaysia (ABM) dan Persatuan Bank-bank Perdagangan Malaysia (MCBA) bagi mengelakkan lebih ramai pekerja sektor itu diberhentikan.
"Kementerian Kewangan harus masuk campur. Mereka (Kementerian Kewangan) tidak boleh kata ini soal berniaga dan sebagainya. Ini alasan tidak munasabah. Kementerian Kewangan harus ambil tanggungjawab kerana itu tanggungjawab mereka.
"Bukan sahaja menjaga kepentingan perbankan, tetapi mereka juga harus menjaga kepentingan pekerja dalam industri perbankan," katanya kepada FMT.
Solomon berkata, pihaknya menjangkakan lebih banyak cawangan bank ditutup tahun depan akibat pelaksanaan perbankan Internet, jika bank di negara ini tidak dinasihati.
Pada 12 Oktober lalu, ABM dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (ABIM) dalam satu kenyataan bersama menyatakan penutupan cawangan bank adalah usaha berterusan bagi meningkatkan keberkesanan operasi institusi kewangan.
Mereka berkata, kemajuan dan perkembangan teknologi serta pembayaran elektronik memudahkan pelanggan melakukan transaksi perbankan tanpa perlu mengunjungi cawangan bank fizikal.
NUBE bagaimanapun bimbang pelaksanaan perbankan Internet di negara ini akan "membunuh" pekerja bank.
Read More / Baca Lagi >>

Pimpinan Contoh Utamakan Ibadah Menjadi Qudwah

Posted: 19 Dec 2016 06:47 PM PST

Oleh: Asmaa Yusof
Yang Di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dikenali sebagai sultan yang sangat mengambil berat soal agama dengan menghadiri solat berjemaah dan kuliah-kuliah agama. Terbaru, kunjungan baginda baru ini  solat berjemaah di Masjid Kem PGA Cheras mencuri tumpuan penduduk.

Faizu, salah seorang ahli jemaah masjid tersebut semasa dihubungi media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), semalam menceritakan pengalamannya bersama baginda sultan.
Katanya, beliau cukup teruja dan terkejut semasa melihat YDPA berada di hadapannya semasa solat jemaah.
"Sultan Muhammad merupakan agong yang luar biasa.
"Saya tidak menduga susuk tubuh berdiri di hadapan saya semasa solat maghrib tadi adalah beliau," ujar beliau seakan tidak percaya apa yang dilihat.
Tambah Faizu, walaupun kehadiran polis yang mengawal pergerakan baginda sultan, itu tidak menghalangnya beramah mesra dengan rakyat.
Ujarnya lagi, ramai mengambil kesempatan untuk bersalaman selepas solat dan dia berbangga terhadap akhlak yang ditunjukkan Sultan Muhammad V.
Mengakhiri perbualan, beliau berharap agar keperibadian YDPA menjadi contoh kepada rakyat jelata.
Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V secara rasminya ditabalkan sebagai YDPA ke-15 Malaysia pada 13 Disember lalu.

Jho Low Berfoya-foya Melayu Jadi Kuda

Posted: 19 Dec 2016 06:46 PM PST


Oleh A Kadir Jasin
APA yang membezakan Malaysia dengan banyak negara bekas tanah jajahan di segi kemajuan ekonomi dan kemasyarakatan ialah kita memulakan proses perindustrian awal.

Masa kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 industri yang ada hanyalah memproses bahan-bahan mentah untuk eksport macam kilang papan, peleburan timah, mengilang getah dan kelapa.
Segala barang keperluan pengguna seperti makanan, pakaian, alat jentera, elektrik dan ubat-ubatan diimport, khususnya dari England, United Kingdon atau daripada "empire" iaitu tanah-tanah jajahan Inggeris seperti Hong Kong dan India yang sudah ada industri.
Kita memulakan proses perindustrian secara terancang pada pertengahan tahun 1960-an dengan menjemput pelabur tempatan dan asing mengeluarkan barang-barang gantian import seperti makanan diproses, pakaian, kelengkapan elektrik dan jentera ringan.
Itulah asal usul bertapaknya pelaburan asing selepas merdeka di negara kita. Dengan itu juga pergantungan kita terhadap modal Inggeris berkurangan dan kita memperoleh pelaburan daripada negara-negara Eropah yang lain dan, paling ketara, daripada Jepun.
Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya akibat jangkitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dasar pelaburan asing kita telah berubah.
Mula Jual Tanah
Kerajaan telah mula menjual industri strategik yang kita bina sendiri kepada orang asing dan sejak setahun dua ini hatta tanah pun mula dijual, dipajak dan digadai kepada orang asing.
Skandal penipuan 1MDB terus merebak jangkiti ekonomi, kewangan dan kedaulatan negara kita.
Pada awal bulan ini, akhbar Financial Times melaporkan yang 1MDB sedang bersiap sedia membayar balik hutang sebanyak AS$6.5 bilion (kira-kira RM26 bilion) dengan pertolongan negara China.
1MDB berhutang kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), tapi tak ada duit nak bayar balik. Macam mana nak bayar balik bila perniagaan tak untung. Rugi ada.
IPIC telah kemuka saman ke atas 1MDB di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London. Dua orang pegawai IPIC yang subahat tipu 1MDB telah ditangkap oleh kerajaan Abu Dhabi.
Duit sendiri memang tak ada. Bukan saja berniaga tak untung tapi banyak dah dilesapkan dan dibawa lari ke luar negara. Pejabat Peguam Negara Switzerland yang sedang siasat pengalihan duit haram (money laundering) syak sebanyak AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB telah disonglap.
Skandal 1MDB bukan saja memalukan negara kita malah sangat berbahaya. Singapura telah pun bicara dan dapati bersalah beberapa orang yang jadi orang tengah mencuri dan menggelapkan duit 1MDB.
Tapi Peguam Negara Malaysia (Tan Sri) Apandi Ali kata tak ada bukti perbuatan salah di Malaysia.
Apandi Ali kata tak ada bukti
Macam saya dah kata banyak kali, 1MDB adalah perniagaan atas angin ala skim cepat kaya Pak Man Telo yang direka oleh seorang Cina Pulau Pinang bernama Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Kalau dia berniaga atas angin bersendirian itu hak dialah. Di negara kita ada macam-macam skim perniagaan atas angin dan haram sampai ketua samseng pun boleh jadi kaya raya dan dibagi gelaran datuk oleh raja Melayu.
Tapi dalam hal 1MDB ini ia babitkan kerajaan Malaysia – ertinya kita semua – melalui Kementerian Kewangan. 1MDB adalah anak syarikat Kementerian Kewangan. Oleh sebab itu hutang 1MDB sebanyak RM50 bilion jadi hutang kita semua.
Secara teknikal Malaysia dah "insolvent" atau tak cukup duit nak bayar hutang. Lebih kurang dah muflis akibat hutang 1MDB.
Jho Low sudah lama cabut dari Malaysia. Dia dan konco-konco yang termasuk anak tiri Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, berfoya-foya di pusat-pusat hiburan dan perjudian dunia di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.
 
Jho Low (kanan sekali) dan Reza (kiri sekali)
Ikut taksiran Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ), Jho Low dan gengnya, termasuk anak (Datin Seri) Rosmah Mansor bernama Riza Shahriz Abdul Aziz, dah guna kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) duit yang dicuri dari 1MDB untuk beli harta di Amerika Syarikat saja.
Minta Sedekah Dari China
Sekarang, akibat perbuatan kaki putar Cina Pulau Pinang yang berupa sahabat akrab keluarga Mohd Najib Tun Abdul Razak itu, negara kita terpaksa minta sedekah kepada China.
Read More / Baca Lagi >>

Portal pro-Umno kata Muhyiddin 'si lebai malang'

Posted: 19 Dec 2016 06:30 PM PST

Portal pro-Umno menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'lebai malang' setelah diuar-uarkan bakal menjadi timbalan perdana menteri sementara sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Untuk apa Muhyiddin membuat segala macam kerja kotor semasa menjadi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno kalau diakhrinya dia hanya akan diberikan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri – jawatan terakhir yang dia sandang sebelum dibuang?
"Interim (sementara) pulak tu!, itu namanya buang masa. Anwar Ibrahim dulu bekas TPM juga, dia tidak bercita cita hendak jadi TPM semula setelah masuk pembangkang. Anwar bercita cita jadi PM.," kata penulis yang bergelar Beruang Biru dalam portal mykmu.net.
Justeru, katanya lagi, perjalanan politik Muhyiddin tidak akan ke mana mana kerana beliau dan parti pimpinannya ternyata tidak berdaya untuk membantah keputusan DAP.
Beberapa hari yang lalu, veteran DAP, Lim Kit Siang telah mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika pembangkang memenangi PRU akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

PAS perlu kekal sendiri, gabung Umno lepas PRU14 - PERKASA

Posted: 19 Dec 2016 06:28 PM PST

PAS perlu kekal dengan kedudukannya sekarang iaitu tidak bekerjasama dengan Umno mahu pun Pakatan Harapan (HARAPAN) sehingga pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang, kata Datuk Ibrahim Ali.
Sebaliknya, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu berkata, PAS perlu bekerjasama dan membentuk kerajaan campuran dengan Umno.
Kata Ibrahim, ini kerana PAS mampu menjadi pengimbang kepada kerajaan untuk mentadbir negara dengan lebih baik.
"Saya lebih suka PAS tidak bergabung dengan PH (HARAPAN) mahu pun Umno. Saya lihat strategi PAS dia tak akan kerjasama dengan Umno...saya tahu, saya dah sembang dan jumpa dengan orang PAS, Mustafa Ali pun ada datang ke pejabat saya.
"Tapi, ini teori saya di mana pada pilihan raya akan datang PAS akan kata ya untuk kita (Umno-PAS) tubuh kerajaan campuran.
"Sebab itu saya kata PAS perlu berada di kedudukan sekarang kerana dia boleh jadi pengimbang di mana ada dua parti dalam kerajaan pemerintah nanti.
"Barulah ada semak dan seimbang (check and balance)," kata Ibrahim dalam wawancara bersama Malaysiakini dan sebuah portal berita tempatan di ibu pejabat PERKASA, Kuala Lumpur.
Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan PAS mengadakan kerjasama dengan Umno.
Pada 15 Disember lalu, Malaysiakini melaporkan pandangan bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, yang meramalkan parti berkenaan hanya ada dua pilihan untuk selamat menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kata Mahfuz, PAS dan Umno perlu mengelak bertembung sesama sendiri sebagai strategi politik dan mengelak peralihan undi di kalangan penyokong mereka.
Kata anggota Parlimen Pokok Sena itu, PAS dan Umno merangka strategi yang betul untuk memanfaatkan keadaan semasa.
Kata Mahfuz pertembungan tiga penjuru yang melibatkan Umno, PAS dan pembangkang lain secara umumnya akan merugikan kedua-dua parti.
Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga bekas anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, dalam pembentukan kerajaan campuran itu nanti Umno boleh jadi perdana menteri manakala PAS sebagai timbalan perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Dilema Melayu kembali, berpecah sebab parti politik - Pemenang

Posted: 19 Dec 2016 06:26 PM PST

GEORGETOWN - Dilema Melayu kembali. Itulah yang berlaku dalam masyarakat Melayu masa kini yang berpecah gara-gara parti politik.
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, pihaknya kecewa kerana perpecahan mula berlaku apabila masing-masing cuba menunjuk hebat dengan menubuhkan pelbagai parti politik.
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd Yussof Latiff "Mereka menubuhkan parti kerana mahu memegang politik. Apabila berjaya memegang politik, mereka akan kuasai negara sekali gus menguasai segala-galanya. Sebab itulah banyak parti diwujudkan.
"Namun sedarkah kita, dengan adanya pelbagai parti politik ini menyebabkan kaum Melayu mula berpecah. Keadaan semakin kritikal apabila perpaduan dalam kalangan Melayu sendiri semakin tergugat. Apa hendak jadi?," katanya.
Menurut Yussof, Pemenang yang bertapak hampir 90 tahun di negara ini pernah melihat Melayu berpecah akibat kenegerian.
"Sikap Melayu yang tidak bersatu hanya merugikan anak cucu pada masa akan datang" katanya.
Yussof yang juga veteran Umno berkata, kaum Melayu tidak boleh menolak jasa Umno yang berusaha membantu anak-anak Melayu, termasuk menerusi penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantu melahirkan ramai golongan profesional Melayu sehingga kini.
Bagaimanapun katanya, masyarakat juga tidak boleh menafikan ada sesetengah muda yang 'memberontak' apabila menyebut Umno.
"Kita tidak boleh salahkan mereka kerana golongan ini memerhatikan tindakan pemimpin sekarang yang membuatkan mereka bosan sehingga berlaku kekeliruan dalam kalangan anak muda Melayu.
"Cukup-cukuplah dengan pangkat, harta, kedudukan dan sebagainya. Ia hanya sementara, fikirkanlah demi anak bangsa sendiri," katanya.

'BN tetap menang walau ramai tak sokong Najib' - Ibrahim Ali

Posted: 19 Dec 2016 06:24 PM PST

Barisan Nasional (BN) tetap akan memenangi pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang sekali gus mengekalkan kuasa sebagai pemerintah meskipun ada yang mendakwa negara kini berdepan dengan krisis keyakinan rakyat semakin kronik.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana terlalu banyak faktor yang membantu kemenangan BN.
"Melalui kaji selidik yang dibuat 90 peratus rakyat tolak Najib, semua tolak Najib, budak sekolah pun tolak Najib.
"Tapi dia kata BN tak akan kalah. Pelik tak?
"Sebab pilihan raya ini saya nak bagi tahu bukan semata-mata isu, bila datang pilihan raya ia banyak sebab seperti jentera pilihan raya, cara kempen di mana untungnya BN dia menguasai media dan kerajaan, polis dan tentera ikut dia (BN) dan pengundi di Malaysia ini pula berterabur dengan macam-macam latar belakang geografi," kata Ibrahim dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini dan sebuah lagi portal berita di ibu pejabat PERKASA, Kuala Lumpur.
Ibrahim berkata demikian mengulas apakah BN mampu bertahan dan terus kekal berkuasa pada PRU akan datang dengan krisis keyakinan rakyat yang semakin kronik hari ini.
Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin kelmarin dilapor sebagai berkata kerajaan perlu segera menangani ketidak yakinan rakyat kerana ia sudah berada pada tahap kronik.
Kata Tun Daim, krisis tersebut perlu diatasi segera kerana tanpa keyakinan dan sokongan rakyat, amat sukar bagi kerajaan menyelesaikan masalah lain terutama yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata apa yang dinyatakan itu benar tapi untuk rakyat tidak memilih BN dan mengundi pembangkang tidak akan berlaku.
"Memang ada krisis, krisis keyakinan rakyat yang Tun Daim cakap ini menyebabkan rakyat betul-betul menolak BN.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA HADI TIBA2 BERSUARA?

Posted: 19 Dec 2016 06:24 PM PST


Selama ini Presiden Pas, Hadi Awang boleh dikira pemimpin politik yang paling pasif dalam memberi reaksi, baik mengenai dirinya, mahupun yang melibatkan parti.
Malah dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan negara, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man nyata lebih rajin bersuara.
Hadi selalunya lebih senang berdiam diri atau kadangkala hanya Setiausaha Politiknya, Ahmad Shamsuri Mokhtar saja yang menuturkan bicara.
Dalam isu hubungannya yang semakin akrab dengan Najib Razak, sama ada setelah potretnya sedondon berbaju Melayu merah jambu atau sepentas di Stadium Tasik Titiwangsa membela Rohingya bersama Perdana Menteri menjadi bualan di sana sini, Hadi lebih gemar mendiamkan diri berbanding menitipkan suaranya.
Lantaran itu, kenyataan media oleh Hadi hari ini yang secara tiba-tiba, antaranya menyentuh mengenai dedak, kerusi pilihanraya, prinsip yang ingin dipertahankan, hubungan dengan DAP dan Amanah, kerjasama dengan lain-lain parti, menolak tanggapan tidak berminat menukar kerajaan dan kekal menentang rasuah serta penyelewengan BN, tentunya terlihat sedikit menghairankan.

Mengapa tiba-tiba saja beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian?
Adakah Hadi sedang cuba melindungi kesilapannya kerana hadir ke Iran baru-baru ini di sebalik Aleppo sedang bergolak dan bermandi darah?
Mungkinkah pula beliau sedang tidak selesa terhadap perkembangan Akta 355 yang diumumkan oleh Ahmad Maslan semalam bahawa ia kini sudah menjadi usul kerajaan dan akan diambil alih oleh Jamil Khir Baharom untuk dibentangkan di Parlimen?
Oleh kerana ia sudah menjadi usul kerajaan dan parti-parti komponen BN terus menunjukkan penolakan, maka ia dengan sendirinya memberi "lesen" kepada kerajaan untuk menangguhkan lagi usul itu sehingga benar-benar wujudnya kesepakatan?
Bolehkah wujud kesepakatan sedangkan sudah ada pemimpin komponen BN yang berikrar akan meletakkan jawatan serta di Sabah dan Sarawak pula lebih keras lagi penolakannya?
Jika begitu, bermakna usul 355 akan terus tertangguh lagi tanpa nokhtah dan Hadi sedang dipermain-mainkan oleh Najib?
Keadaan inikah yang membuatkan Hadi tampil dengan kenyataan medianya kali ini, walaupun masih berpegang kepada prinsip, tetapi masih terbuka kepada rundingan dengan lain-lain parti pembangkang, menolak rasuah, penyelewengan dan yang penting, tetap ingin menukar kerajaan BN?

Nasib Safwan Anang diketahui esok, kata peguam

Posted: 19 Dec 2016 05:44 AM PST

Eric Paulsen berkata Safwan mungkin dibebaskan sekiranya anggota kehakiman terima pakai tafsiran undang-undang dalam keputusan kes Adun Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei.
safwan-anang-1
PETALING JAYA: Pengkritik Akta Hasutan berharap Mahkamah Rayuan akan menyebelahi mereka dalam keputusan ke atas rayuan kes hasutan aktivis Safwan Anang esok.
Peguam dan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata, Safwan mungkin dibebaskan sekiranya anggota kehakiman terima pakai tafsiran undang-undang dalam keputusan ke atas sebuah kes di Mahkamah Rayuan bulan lepas.
Paulsen berharap denda RM5,000 yang dikenakan ke atas Safwan dan rayuan balas kerajaan dibuang.
Pada 25 November lalu, anggota kehakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Adun Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei, yang mencabar keperlembagaan Akta Hasutan berhubung kecenderungan menghasut dan hukumannya, memutuskan niat dan hasrat perlu dibuktikan bagi menentukan kes prima facie dalam kes hasutan.
Paulsen bagaimanapun menambah anggota kehakiman dalam kes Safwan tidak terikat kepada tafsiran kes Mat Shuhaimi, kerana semua hakim Mahkamah Rayuan berada pada kedudukan sama rata, dan boleh membuat kesimpulan tersendiri.
Mereka tidak terikat kepada keputusan kes Mat Shuhaimi, katanya.
Rayuan Safwan didengari hakim Datuk Mohtarudin Baki, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Prasad Sandosham Abarahim pada Julai.
Aktivis itu merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember tahun lepas yang mengekalkan pensabitan di bawah Akta Hasutan.
Read More / Baca Lagi >>

Kontraktor China lebih dipercayai Umno berbanding tempatan - PAS Terengganu

Posted: 19 Dec 2016 04:56 AM PST

Oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah
PAS Terengganu melahirkan rasa dukacita terutama kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang mutakhir dilihat sebagai tidak dapat memenangi hati pimpinan Umno bagi menjalankan projek-projek mega buka sahaja di negeri Terengganu malah juga di seluruh Malaysia.


Rasa kekesalan PAS ini lebih pedih apabila melihat angka bagi nilai projek-projek yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dua hari lepas memaklumkan kepada Dewan Negara, sebanyak 140 projek yang bernilai RM38 bilion telah dianugerahkan kepada kontraktor dari China semenjak 2010.

Saya ingin mengecilkan skop penulisan ini dengan hanya menumpukan kepada projek-projek yang berada di dalam Terengganu sahaja. Beberapa projek seperti Projek Bekalan Air di Kemaman, telah diserahkan kepada sebuah syarikat daripada China, Beijing Enterprise Water, dengan cara kontrak runding terus, menggunakan cara bayaran tertangguh bernilai RM500 juta. Saya tidak mengetahui apakah sistem yang terlalu canggih yang digunakan oleh China, sehingga kontraktor tempatan tidak diberikan tanggungjawab sebagai kontraktor utama bagi membina Projek Bekalan Air ini.

Nun jauh berpuluh tahun yang lalu, 1990, kerajaan negeri juga telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat China Anshan Corporation dengan perjanjian pajakan selama 21 tahun bagi lesen melombong bijih di Bukit Besi yang akhirnya kerajaan negeri disaman oleh Anshan kerana didakwa melanggar terma perjanjian. Sehingga kini, kita tidak tahu status saman itu.

Manakala dengan kontrak baru tawaran melombong kepada syarikat-syarikat lain termasuk beberapa syarikat dari China, akhirnya sekitar tahun 2015, menyaksikan Bukit Besi menjadi gondol kerana pembalakan yang beralasan kepada perlombongan yang tidak mengikut peraturan. Malah lebih teruk dari itu, banyak hidupan sungai juga turut musnah. Paling malang, dalam jawapan di Dun, kerajaan hanya mengutip kira-kira RM800,000 sahaja bagi tempoh tujuh tahun perlombongan berjalan daripada 13 buah syarikat yang melabur.

Oleh kerana kegagalan projek perlombongan Bukit Besi ini, Kilang Eastern Steel yang dimiliki bersama oleh Hiap Teck Venture Berhad dengan Shougang Group of China, yang terletak di Kemaman itu, dikatakan tidak dapat beroperasi. Sedangkan ianya dahulu dikatakan kononnya sebagai penyelamat kepada pekerja-pekerja Perwaja Steel yang diberhentikan. Read More / Baca Lagi >>

PAS tak tertakluk kepada perjanjian pilihan raya, kata Hadi

Posted: 19 Dec 2016 04:19 AM PST

Strategi PAS berhubung kerusi pilihan raya bergantung kepada kekuatan parti di kawasan berkenaan
hadi-pas
PETALING JAYA: Gerak PAS menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 tidak tertakluk dengan perjanjian pilihan raya dengan parti lain, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebaliknya strategi PAS berhubung pemilihan kerusi pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bergantung kepada kekuatan parti di kawasan berkenaan.
"Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, samada 2 penjuru, 3 penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisanya.
"Selain, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihanraya berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membentuk satu pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan 1 lawan 1 melawan Barisan Nasional.
Ia antara lain bagi mengelakkan perpecahan undi pembangkang.
PAS meneruskan kerjasamanya dengan PKR, didekati PPBM, dan memusuhi DAP dan Amanah yang merupakan komponen Pakatan Harapan.
Keengganan bekerjasama dengan PH menyebabkan parti Islam itu didakwa menerima habuan "dedak" – istilah yang dikaitkan dengan rasuah – dan tidak lagi berminat menukar kerajaan BN.
"PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS," kata Hadi.

Utamakan manifesto, bukan calon PM, kata Ibrahim Ali

Posted: 19 Dec 2016 04:13 AM PST

Calon PM tidak menjelaskan dasar dan hala tuju pakatan yang dibentuk oleh parti pelbagai latar belakang dan ideologi.
ibrahim-ali-pakatan
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya digesa menumpukan pembentukan manifesto supaya pengundi jelas dasar dan hala tuju pakatan pilihan raya itu.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menjelaskan manifesto lebih penting daripada calon perdana menteri, kerana pakatan pembangkang dibentuk oleh parti pelbagai latar belakang dan ideologi.
"Saya rasa belum tiba masanya lagi (untuk umum calon PM). Orang nak tengok manifesto. Bila sebut saja Pakatan Harapan, dasar reformasi, apa yang reformasi?
"Apakah reformasi dan dasar yang diperjuangkan oleh DAP akan menjadi dasar Pakatan, yang ada menyentuh nadi Perlembagaan Persekutuan?" kata Ibrahim dalam wawancara bersama FMT di ibu pejabat Perkasa hari ini.
DAP sebelum ini sering dituduh anti-Melayu dan anti-Islam, tuduhan yang dinafikan oleh parti sosial demokrat itu. Ia membentuk Pakatan Harapan bersama Amanah, yang membawa aliran Islam, dan PKR, yang membawa agenda reformasi bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pakatan menandatangani satu kerjasama pilihan raya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Manifesto lebih penting daripada calon perdana menteri. PH kena jelaskan dahulu," kata Ibrahim, pemimpin Perkasa yang membawa agenda pro-Bumiputera.
Tokoh DAP Lim Kit Siang pada Sabtu dilaporkan berkata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan dan PPBM menang pilihan raya.
Azizah akan memangku jawatan nombor 1 itu sehingga Anwar dibebaskan dari penjara.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabitkan bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tentang rasuah BN, tapi tetap tolak DAP, AMANAH

Posted: 19 Dec 2016 04:12 AM PST

PAS adalah sebuah organisasi yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan politik dengan berpegang pada panduan Al-Quran dan As-Sunnah.
PAS juga maklum bahawa suasana politik Malaysia ada ketikanya statik dan kadangkalanya dinamik.
Justeru itu, PAS bersikap terbuka, berhati-hati dan mengambil pengalaman lalu dalam menentukan sikap politiknya terutama isu tahaluf dan kerjasama kepartian, namun PAS akan sentiasa tegas dalam prinsip.
Jelasnya matlamat PAS terlibat dalam politik adalah untuk membawa mesej menyelamatkan manusia dengan Islam sebagai cara hidup yang tidak memisahkan dunia dengan agama, di mana perkara dasar dan prinsip PAS adalah tetap manakala cara perubahan dilakukan pula boleh berbagai selagi mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah.
Persepsi songsang yang dibina secara berterusan oleh lawan adalah kononnya PAS telah tidak lagi berminat untuk menukar kerajaan BN yang ada pada masa kini termasuklah fitnah PAS menerima habuan "dedak" tertentu.
PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS.
PAS akan tetap terus memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua kaum, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam kerajaan BN, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera.
Pada masa yang sama PAS juga menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan ummatnya.
PAS sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu persatu kerusi dalam seluruh senarai Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negara kita.
Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, sama ada dua penjuru, tiga penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisisnya, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihanraya berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Telahan akhbar Singapura: PRU14 - April, Mei atau Oktober?

Posted: 19 Dec 2016 04:10 AM PST

Meskipun hayat Parlimen tidak perlu dibubarkan sebelum Ogos tahun depan, akhbar harian Singapura, Straits Times, membuat spekulasi mengenai bila pilihan raya umum akan datang.
Menurut akhbar itu tidak mungkin pilihan raya umum diadakan pada bulan puasa atau minggu selepas umat Islam menyambut Aidilfitri.
Musim tengkujuh, katanya, adalah satu lagi tempoh pilihan raya dielakkan berikutan banjir di negeri-negeri pantai timur.
Berdasarkan faktor-faktor ini, Straits Times berkata adalah tidak mungkin bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen pada bulan Januari, Februari, Mac, Jun, September, November atau Disember 2017.
"Slot jelas untuk mengadakan pilihan raya adalah pada separuh pertama tahun depan iaitu pada bulan April dan Mei, sebelum ibadah puasa bermula pada 27 Mei, kata pemerhati politik," petik laporan itu.
Bagi separuh kedua tahun 2017, akhbar itu berkata masa yang sesuai adalah sekitar akhir Julai hingga awal bulan Ogos, tetapi kebanyakan penganalisis dan ahli politik lebih memihak kepada bulan Oktober.
Penganalisis Amir Fareed Rahim daripada kumpulan perundingan KRA adalah antara mereka yang percaya pilihan raya akan diadakan pada bulan Oktober berdasarkan beberapa faktor.
Pada bulan Ogos nanti, Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA, di mana ia berharap untuk meraih sebanyak manapingat emas. Susulan itu, negara akan menyambut kemerdekaan ke-60 pada 31Ogos.
Perdana menteri kemudian dijadual membentangkan bajet pilihan raya pada bulan Oktober, yang lazimnya dilakukan pada minggu ketiga bulan ini.
"Kejayaan sukan SEA, sambutan kemerdekaan dan Bajet; naratifnya adalah jika mahu semua ini, terus undi kami," kata Amir.
Straits Times juga menyatakan reputasi Najib sebagai seorang ahli politik yang cukup berhati-hati berhubung pemilihan tarikh pilihan raya.
"Najib tidak dikenali sebagai seorang yang membuat keputusan muktamad. Jika perkara itu tidak pasti, beliau akan melenggah-lenggahkannya, beliau bukan seorang yang mengambil risiko," kata felo Institut Pulau Pinang Wong Chin Huat.
Read More / Baca Lagi >>

Legasi Najib melalui hutang yg akan membebankan rakyat Malaysia

Posted: 19 Dec 2016 04:05 AM PST

Comments (0)