Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:47 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PINDAAN AKTA 355 – APA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT MENURUT UMNO

Posted: 18 Dec 2016 09:02 PM PST

 

"Kononnya akan 'bersatulah penyokong UMNO dan PAS' gara-gara persetujuan melalui Akta 355 ini...jika benar mahukan perpaduan sepatutnya tersangat penting ialah antara Islam dan bukan-Islam demi survival Malaysia."

Baca tiga petikan ini untuk faham kenapa usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali sebagai Akta 355 dilepaskan oleh UMNO kepada Presiden PAS untuk mengusulkannya di Dewan Rakyat.
Selepas membaca nilai sendiri kesannya.
1.      Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan: "Ia (RUU) adalah satu pengikat antara perpaduan kita dengan PAS dan ia adalah satu perkara yang bila diangkat di Padang Masyar nanti kita tidak mahu ditanyakan apakah yang kita buat tentang perkembangan Islam di Malaysia, kita tak boleh nak jawab kalau kita tak sokong akta 355."
2.      Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom: "Kenapa undang-undang persendirian? Kenapa kerajaan tak bawa terus? Kita ada kekangan-kekangan kita, kita ada SOP kita. Kalau kerajaan bawa kita kena konsenses 14 buah negeri dibawa kepada kabinet kemudian ke Majlis Kebangsaan (Hal ehwal) Islam seterusnya Majlis Raja-raja."
3.      Ahmad Maslan: "...rang undang-undang itu selepas ini akan dibentangkan sendiri oleh kerajaan selaku pemerintah negara."
Dan melalui tiga perkara yang tersurat ini Ahmad Maslan berhujah komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi boleh berkata tidak kepada rang undang-undang persendirian yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta 355.
Amat jelas jika dilihat kepada hujah Ahmad Maslan RUU adalah satu pengikat perpaduan UMNO-PAS apabila beliau menyebut, "satu pengikat antara perpaduan kita (UMNO) dengan PAS".
Walaupun tiada kerjasama politik tetapi UMNO membuktikan betapa pentingnya ikatan perpaduan antara parti itu dengan PAS.
Kerana inilah  mungkin parti komponen dalam BN tidak diberikan penerangan yang sejelas-jelasnya mengenai tujuan pindaan dan kenapa diberikan hak kepada PAS untuk membawa usul berkenaan.
Jika benar ia amat penting untuk Melayu dan Islam, UMNO sebagai parti memperjuangkan dua perkara itu mesti ambil tanggungjawab untuk membawa usul.
Namun demi perpaduan UMNO-PAS, UMNO sanggup berdepan kritikan rakan komponennya, selain rakyat bukan Islam.
UMNO bimbang menerangkan kepada rakan komponen bahawa ia mempunyai biat untuk berbaik dengan PAS kerana akan dilihat mementingkan kesepakatan Melayu dan Islam.
Salahkah? Memang UMNO memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan memartabatkan Islam.
Dengan berselindung sebegini, lebih menimbulkan syak wasangka dan kini sudah didedah dan diakui mengenai wujudnya usaha perpaduan itu.

Yang juga menjadi pertanyaan ialah kenapa dalam banyak-banyak pemimpin UMNO atau Ahli Parlimen UMNO yang pastinya Islam, Hadi yang menjadi pilihan?
Bukankah ini antara perkara yang dibangkitkan oleh parti komponen?
Juga kenapa ahli UMNO membisu apabila pemimpin mereka yang tidak kurang Islam berbanding Hadi diketepikan begitu sahaja sebaliknya pucuk pimpinan memilih Hadi untuk membentangkan usul berkenaan?
Tidak beranikah pemimpin UMNO dan rata-rata ahli UMNO untuk memperkatakan hal ini dan mempersoalkan 'kenapa pilih Hadi' kepada pucuk pimpinan?
Jika  menteri UMNO atau Ahli Parlimen UMNO yang bentangkan usul pindaan ini, rasanya tidak akan timbul masalah besar.
Hadi di mata orang Islam dan bukan Islam tidaklah mempunyai rekod cemerlang. Hadi yang terbukti terpalit dengan AMANAH HADI dan dilihat gagal memperjuangkan Hudud sebenarnya hanya mendatangkan masalah kepada UMNO dan kerajaan apabila dibenarkan membentangkan usul bagi pihak UMNO. Kini sudah jelas menjadi isu gara-gara 'perpaduan' seperti yang disebut Ahmad Maslan itu.
Fahamkah pemimpin UMNO dan Ahmad Maslan sendiri bahawa penentangan sejauh ini bukan mengenai tujuan dan kandungan Akta 355 tetapi kenapa Hadi yang mengusulkannya?
Fahamilah ketakutan bukan Islam kepada Hadi dan PAS dan jangan pula UMNO dan pucuk pimpinannya 'sesat' hanya kerana kepentingan UMNO untuk 'bersepadu' dengan PAS.
Semua pemimpin komponen BN dan pembangkang sejauh ini menghormati kedudukan Islam di Malaysia, Jangan bersyak-wasangka mengenai perkara ini.
Pemimpin komponen BN juga faham mengenai kedudukan Islam. Jangan anggap bantahan mereka terhadap Hadi bermakna mereka mengkhianati perjuangan Barisan Nasional (BN).
Jangan anggap mereka tidak tahu bahawa tokoh undang-undang tersohor almarhum Prof Ahmad Ibrahim (bekas ketua pengajian undang-undang di beberapa universiti dan mantan Peguam Negara Singapura di bawah PAP yang diterajui mendiang Lee Kuan Yew seperti DAP di Malaysia) telah menulis perkara ini dalam tajuk: "Islam Dalam Perlembagaan" dengan menegaskan: Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.
Mereka juga tahu bahawa Kuan Yew pun tidak menentang akta ini ketika dibentangkan di Dewan Rakyat kerana memang ia bertujuan menjatuhkan hukuman terhadap orang Islam semata-mata.
Tetapi jangan pula jadikan parti komponen sebagai 'anak sendiri yang terpinggir dan terbuang' sebaliknya PAS yang sah 'anak tiri' tetapi diberikan keistimewaan dan ditatang bagai minyak yang penuh.
Kenapa jadi begini?
Di kalangan parti komponen pun mereka dapat melihat betapa UMNO kini semakin terdesak dan bimbang dengan hakisan sokongan orang Melayu dan Islam. Mereka tahu dan bukan buta serta pekak.
Negara Malaysia adalah negara berbilang kaum dan Islam agama rasmi yang diakui oleh seluruh rakyat dan parti.
Apa yang lebihnya PAS berbanding MCA, MIC atau Gerakan dan parti-parti di Sarawak dan Sabah dari segi sumbangan kerusi Parlimen kepada BN?
Apakah kerana mereka pemimpin 'kafir' dan Hadi 'Islam bergelar Tok Guru' serta PAS pula 'Parti Islam'? Rekod kemenangan pilihan raya PAS pun baik sangat.
PAS kini hanya ada 14 kerusi Parlimen berbanding parti-parti komponen Bn yang lain?
Read More / Baca Lagi >>

DAIM TIDAK LAGI DIAM UNTUK TURUT MELEMAHKAN NAJIB

Posted: 18 Dec 2016 09:01 PM PST

Tidak pasti sama ada Tun Daim Zainuddin masih ahli UMNO atau sudah menyertai PPBM sekarang ini, tetapi semua orang tahu hubungannya yang sangat rapat dan akrab dengan Tun Mahathir Mohamad.

Tidak seperti Zahid Hamidi yang sampai meminta orang Bagan Datoh mendoakan agar ikatan "adik abangnya"  dengan Najib Razak terus berpanjangan dan tidak tergugat, Tun Daim tidak pernah merayu simpati hingga ke peringkat itu.

Namun, hubungan bekas Menteri Kewangan itu dengan Tun Mahathir kekal dan tidak tergugat sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, Tun Daim banyak berdiam diri. Beliau dilaporkan selalu mengembara untuk menghabiskan sisa-sisa usianya. Beliau seolah-olah ingin meninggalkan terus dunia politik.

Apabila Tun Mahathir memulakan serangan kepada Najib dan kemudian menubuhkan PPBM, hala tuju Tun Daim juga tidak diketahui. Beliau kekal menjadi Daim yang diam.

Tetapi, sejak dua hari lalu kelibat Tun Daim mula diperkatakan dan menjadi bualan. Tulisannya di akhbar ekonomi The Edge menjadikan namanya kembali diperkatakan.

Di mana-mana kedengaran orangramai memperkatakan tentang tulisannya yang menyentuh mengenai struktur ekonomi negara, masalah hutang, defisit keyakinan dan sudah tentu tidak lupa tentang Najib.

Meskipun apa yang ditulis oleh Tun Daim banyak berkaitan masalah dan hala tuju ekonomi negara, oleh kerana tulisannya itu muncul setelah wujudnya PPBM dan gendang PRU 14 mula dipalu, ia secara tersiratnya mengajak rakyat untuk melihat kegagalan Najib secara keseluruhannya.

Dengan munculnya tulisan pertama itu, Tun Daim tentunya akan menulis lagi. Bukan saja di akhbar di The Edge, malah mungkin banyak penerbitan lain, termasuk portal internet turut juga berminat terhadap pandangannya.

Tidak mustahil juga, ia mungkin akan disusuli dengan kehadiran beliau secara fizikal di pentas-pentas ceramah, forum, bicara rakyat dan sebagainya di seluruh negara.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-14: KEADILAN terbuka bincang pembahagian kerusi

Posted: 18 Dec 2016 08:31 PM PST

KEADILAN bersikap terbuka bagi membincangkan pembahagian kerusi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara terbabit sudah dibincangkan bersama pimpinan parti yang mengambil kira persefahaman dijalinkan dengan Pakatan Harapan (PAKATAN).

"Kita harus mengambil sikap terbuka kerana ketika KEADILAN dibentuk, kita tiada kerusi sebaliknya diberikan DAP dan PAS.
"Justeru, kini giliran kita untuk bersikap terbuka dan bertanggungjawab dalam isu pembahagian kerusi kerana apa yang kita mahu adalah kemenangan dalam PRU-14," katanya selepas merasmikan Program Pengangkutan Awam Sekali Seminggu di Bangunan SUK, di sini.
Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, pembahagian kerusi tertakluk pada kekuatan dan keupayaan parti di sesuatu kawasan selepas perbincangan diadakan.
Bagaimanapun, katanya, soal strategi tidak boleh dibincangkan secara terbuka dan menegaskan kerjasama terbabit tidak spesifik kepada beberapa negeri sahaja.
"Ketika ini, PAKATAN hanya mewakili tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
"Sudah tentu BERSATU di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kekuatan tersendiri di selatan Semenanjung," katanya.
Terdahulu, PAKATAN dan BERSATU bersetuju untuk menjalin kerjasama berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/1963.
Melalui kerjasama itu, pimpinan bersetuju untuk menggunakan satu calon sahaja dalam PRU-14.

Gabungan PH-PPBM menakutkan BN, kata Hamidah Osman

Posted: 18 Dec 2016 08:21 PM PST

Datuk Hamidah Osman berkata perebutan kerusi tidak akan berlaku di antara PH dan PPBM kerana mereka bersetuju untuk meletakkan calon pilihan raya berdasarkan boleh menang.
Datuk-Hamidah-OsmanPETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) takut dan gusar dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Datuk Hamidah Osman.
Naib presiden PPBM itu berkata kegusaran jelas terlihat apabila Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan akan berlaku pertikaian atau perebutan kerusi pilihan raya umum (PRU) antara PH dan PPBM, selepas memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani parti pembangkang berkenaan.
Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman berkata BN juga sepatutnya tidak boleh mempertikaikan mengenai memorandum persefahaman (MoU) terbabit kerana ia juga belum sampai seminggu.
"Pada saya setakat ini semuanya positif. BN juga tidak patut mempertikaikan MoU itu kerana ia masih terlalu baru.
"Ahli jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat.
"Saya lihat sendiri dalam mesyuarat sebelum menandatangani MoU itu, semua pimpinan amat positif," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Minggu lalu PH dan PPBM menandatangani MoU gabungan pilihan raya. Bagaimanapun, PPBM belum menyertai PH secara rasmi, sekalipun mendakwa mereka berkongsi perjuangan dan prinsip sama dengan blok pembangkang.
Semalam, Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata tidak mustahil akan berlaku perebutan kerusi antara PH dan PPBM sekalipun sudah menandatangani MoU.
Read More / Baca Lagi >>

Hutang lagi atau naikkan GST ?

Posted: 18 Dec 2016 08:11 PM PST

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sumber untuk membiayai hutang-hutang negara tatkala kerajaan yang ada pada hari ini tidak ada duit.
"Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST (cukai barangan dan perkhidmatan). Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi," katanya dalam blognya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejatuhan nilai matawang tempatan pada masa ini, hutang RM55 bilion dengan syarikat dari China bagi membangunkan landasan keretapi elektrik di Pantai Timur, pinjaman RM42 bilion untuk 1MDB, hutang RM50 bilion pembinaan keretapi berkelajuan tinggi antara Malaysia dan Singapura yang menjadikan kesemuanya sebanyak RM160 bilion.
Semalam, menteri kewangan era Mahathir, Tun Daim Zainuddin turut menzahirkan pendapat beliau krisis ekonomi negara dan penyelesaiannya dengan menyebut cara kerajaan mengawal ekonomi negara yang amat cetek malah ekonomi negara dijana oleh hutang.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, berhutang untuk menyediakan harta benda yang boleh menjana kepantasan perkembangan ekonomi tidak jadi masalah.
"Isu dia ialah, kalau kita nak berhutang perkara ini kena tanya, hutang ini untuk apa? Sebab bila kita buat hutang, kita mesti berkebolehan membayar, kalau kita tak boleh membayar, itu ada masalah.
"Jadi, sebab itu saya ingat dari segi hutang ini tidak ada masalah, cuma kita nak tengok setakat mana kita boleh berhutang dan boleh bayar," katanya dalam menjawab luahan Daim itu.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, beliau turut merasa dengan dengan aliran keluar dana menerusi projek-projek pembangunan yang dijalankan.
"Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.
"Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.
"Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga," ujar beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

BOLEHKAH NAJIB SELAMAT DENGAN DASAR LUAR TALAM DUA MUKA

Posted: 18 Dec 2016 08:04 PM PST


Pertanyaan PM Malaysia Datuk Seri Najib "Kita buat baik dengan China apa salahnya? dan jawapannya sendiri ialah realiti " China akan jadi the biggest economy by 2040 dan mereka adalah sebahagian Asia."
Ini adalah suatu kenyataan yang berani memandangkan pimpinan baru AS Donald Trump mahu menjalinkan kerjasama rapat dengan Russia untuk bersama menghadapi ancaman China yang semakin meningkat.
Memandangkan Najib sebagai Ketua ASEAN maka kenyataannya itu mungkin dianggap sebagai ugutan terhadap AS atas sikap permusuhan Trump terhadap negara negara Asia Africa.
Barat selama ini melihat Malaysia dan Singapura sebagai rakan perkongsian setia dalam membantu dasar luarnya terutama dalam strategi dan operasi membantu dasar globalisasinya yang melihat extremisme Islam sebagai halangan utama. Malaysia adalah bersama dengan beberapa negara Islam lain di Timur Tengah dalam hal ini.
Sumbangan RM 2.6 Billion boleh juga dilihat bagi mempastikan penerusan sokongan Malaysia.
Malaysia (Malaya) dan Singapura telah pun memberikan sumbangan yang sangat besar kepada Kuasa Barat dalam mematahkan gerakan komunisme di Asia ketika perang dingin (Blog Barat dan Blog Timur).
Ketakutan orang Melayu terhadap penduduk China di Malaya di zaman penjajah telah diexploitasi sepenuhnya bagi meyakinkan mereka bahawa komunisme akan berakhir dengan penjajahan China. Malaysia juga membantu mematahkan kebangkitan PKI (Parti Komunis Indonesia) dalam masa konfrantasi Indonesia.
Pemimpin PKM(Parti Komunis Malaya) Chin Ping juga tidak senang dengan konfrantasi Indonesia yang didalangkan oleh PKI(Parti Komunis Indonesia) kerana sekiranya berjaya akan memperkecilkan kedudukan PKM yang akan terletak dibawah PKI pimpinan Melayu.(Lihat buku Parti Komunis Malaya yang ditulis oleh seorang pegawai tinggi polis Malaysia)
Walaupun Malaysia merupakan negara Asia yang pertama mengadakan hubungan diplomatik dengan China tetapi ini tidak merubah dasar anti Komunisnya.
Bagaimanapun perubahan geopolitics setelah runtuhnya komunisme dunia telah menukarkan AS menjadi new imperialsime yang kejam atas nama demokrasi dengan membunuh pemimpin-pemimpin besar Islam yang menjadi ancaman kepadanya(Yahudi) disamping melagakan orang Islam untuk berbunuhan sesama sendiri di beberapa negara Islam yang kuat ekonominya dengan menggunakan senjata Barat.
Disamping gerakan menghancurkan negara-negara Islam terus berjalan, AS dengan kerjasama Russia akan mengadap secara serius terhadap ancaman ekonomi dan keselamatan yang didatangkan oleh China. Sudah ada persafahaman Russia Amerika dalam hal ini.
Read More / Baca Lagi >>

Najib pinjam lagi, rakyat tanggung beban berpuluh tahun

Posted: 18 Dec 2016 07:59 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytihar pinjaman sebanyak RM55 billion dari sebuah syarikat di masa lawatannya ke China. Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi letrik di pantai timur.
Kerajaan Najib telah pun pinjam RM42 billion untuk 1MDB. Kerana tidak membayar faedah dan pokok, hutang ini meningkat kepada lebih RM53 billion. Tidak ternampak sedikit pun pelaburan yang memberi keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang.
Sudah tentu jika tidak dibayar faedah hutang ini akan meningkat lagi.
Najib juga merancang untuk mengadakan keretapi kelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur. Untuk projek ini Najib perlu hutang lebih kurang RM50 billion lagi.
Jumlah semua melebihi RM160 billion.
Kita tidak diberi maklumat tentang pelaburan 1MDB selain dari kerugian membeli stesen janakuasa dan menjualnya kepada syarikat China dengan kerugian yang besar.
Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak RM55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang RM55 billion ini.
Kalau benar kos landasan pantai timur ialah RM55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.
Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya tujuh tahun, mungkin lebih.
Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.
Pada masa yang sama bayaran hutang sebanyak RM55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga. Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada RM90 billion.
Kemudian datang keperluan membeli "rolling stock" iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Perjuangan untuk Rohingya: Politik atau prihatin?

Posted: 18 Dec 2016 07:56 PM PST

PAS dan Umno sepatutnya menangani masalah Orang Asli jika mereka prihatin mengenai hak asasi manusia.
faisal-1
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik melihat bantahan PAS dan Umno terhadap kezaliman ke atas etnik Rohingya di Myanmar lebih menjurus kepada tindakan untuk mempamerkan pakatan politik baharu berbanding kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan.
"Daripada menangani isu Rohingya, perhimpunan itu kelihatan lebih seperti usaha mempamerkan kerjasama Umno dan PAS sebagai sebuah pakatan politik berbanding kerjasama 2 parti atas nama hak asasi manusia.
"Jika itu niatnya, saya rasa pembangkang berhak mempersoalkan motif mereka dan jenis imej mereka cuba tunjukkan," kata Prof Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada FMT.
Beliau berkata, ada banyak isu nasional yang memerlukan kerjasama di luar politik partisan, contohnya isu Orang Asli di Kelantan di bawah pimpinan PAS.
Katanya, Umno dan PAS sepatutnya bekerjasama menyelesaikan masalah dihadapi Orang Asli akibat aktiviti pembalakan.
"Sudah tentu krisis Rohingya penting. Tetapi pada masa sama, ada isu di belakang rumah yang memerlukan perhatian."
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata, tidak salah parti politik berlainan ideologi bekerjasama dalam isu Rohingya.
Beliau berkata, semua organisasi politik tanpa mengira ideologi perlu menunjukkan keprihatinan terhadap isu kemanusiaan.
"Krisis Rohingya tidak boleh semata-mata disebabkan Islam kerana ia jelas adalah krisis kemanusiaan," katanya.
Prof Madya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya yang sependapat dengan Sivamurugan berkata, isu Rohingya tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia merupakan isu kemanusiaan.
"Persoalannya ialah mengapa usul membincangkan krisis Rohingya ditolak di Parlimen?" katanya merujuk usul dibawakan Ahli Parlimen Amanah Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin yang ditolak speaker Dewan Rakyat pada 22 November lalu.
Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti nasib semua pelarian, bukannya mengehadkan minat kepada etnik Rohingya sahaja.
Pada 4 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama pemimpin Umno lain dan PAS berkongsi pentas bagi menyuarakan bantahan terhadap penindasan kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya menerusi Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran bersama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan pelbagai NGO Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas mufti 'kesipuan' lihat Hadi di Tehran

Posted: 18 Dec 2016 07:55 PM PST

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya secara sinis berkata, beliau berasa 'kemaluan dan kesipuan' membaca suatu catatan dibuat seorang tokoh ulama luar berhubung Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menulis di Facebooknya, Juanda berkata, maruah Malaysia ketika ini 'jatuh ke tanah di mana-mana' akibat penyertaan presiden PAS itu dalam persidangan antarabangsa di Iran.
Berkongsi status dibuat oleh seorang profesor dalam bidang hubungan antarabangsa, Juanda berkata, beliau tidak sanggup menterjemahkan kenyataan dibuat dalam bahasa Arab itu.
"Bagi yang sudi, pohon terjemahan teks catatan ini agar umat Melayu faham. Saya tak sanggup terjemah kerana herdikannya amat tajam..." katanya.
Juanda kini adalah ADUN Jemoreng di Sarawak mewakili BN.
Antara lain, Prof Dr Abd Al-Fattah El-Awaisi menyatakan tentang kemarahannya terhadap penyertaan Abdul Hadi dalam persidangan antara mazhab di Tehran.
Menurut maklumat pada laman sesawang Abd al-Fattah El-Awaisi adalah cendekiawan British berdarah Palestin dan berpengalaman mengajar di negara Arab, Britain, Turki dan Malaysia.
Kata Abd Al-Fattah, pemimpin yang berkunjung ke Tehran itu bersekongkol dengan penjenayah yang bertanggungjawab mencabul kanak-kanak dan wanita, selain pembunuh serta pihak yag terlibat dalam perang di Syria.
"Sesuatu yang amat memalukan dan buruk untuk sesiapa yang yang pergi ke Tehran, ibu negara musuh dan penjajah Iran dan menyertai persidangan anjuran mereka berkaitan Kesatuan Umat Islam.
"Persidangan ini telah dianjurkan oleh Institut Antarabangsa Bagi Penyatuan Mazhab Islam berakhir pada petang semalam (Sabtu 17/12/2016) dengan ucapan penutup telah disampaikan oleh ketua mereka yang juga merupakan penjenayah dan pembunuh iaitu Ayatullah Ali Khameini.
"Antara nama nama yang telah hadir pada persidangan ini seperti dilaporkan oleh media Iran ialah:- 1. Sheikh Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Malaysia (PAS) yang juga merupakan Naib Ketua bagi Kesatuan Ulama Sedunia. Beliau telah menyampaikan ucapan pembukaan persidangan ini pada hari khamis yang lepas (15/12/206). 2. Iddah Falahi yang diberikan gelaran sebagai 'Pemikir Al-Jazair' juga menyampaikan ucapan penutup pada persidangan ini. 3. Safinaz Kazim wakil dari Mesir 4. Uthman Batikh (Mufti Tunisia yang dilantik melalui Kedutaan Tunisia di Tehran).
Read More / Baca Lagi >>

Hutang keterlaluan bawa kesan buruk pada negara

Posted: 18 Dec 2016 07:53 PM PST

Hutang tidak semestinya buruk, tetapi 'keterlaluan' jana atau pacu pertumbuhan melalui hutang bawa pelbagai konsekuensi buruk.
Menurut Pengarah Strategi Parti Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad, model pertumbuhan negara mutakhir ini amat jelas dipacu oleh 'hutang' dan ia akan memberi kesan buruk kepada kelestarian untuk jangka masa panjang.
Dr Dzulkefly Ahmad "Pada saya, lebih penting dari persoalan angka hutang ini ialah adakah kita dapat menjana pertumbuhan secara efisien tanpa ketirisan, kerana sistem delivery yang 'tempang' dan sarat dengan kebocoran kerana 'birokrat' dan penguasa politik yang tidak amanah.
"Apakah yang dibelanjakan itu satu yang menepati susun atur keutamaan keperluan rakyat dalam menjana pembangunan sosial yang adil dan berkira dengan 'agihan kekayaan' yang dikecapi rakyat, sambil membina 'kelas menengah' yang semakin besar. Bukan hanya terus-terusan dibolot segelintir kroni dalam pelbagai projek mega dan mutakhir dalam inisiatif pembiayaan swasta (PFI) menggantikan penswastaan," katanya.
Dzulkefly juga persoalkan peranan yang bertanggungjawab, mengawal dan awasi prestasi ekonomi negara.
"Bank Negara Malaysia (BNM) juga punya peranan dalam kajian Makroekonomi seperti pertumbuhan dan perihal Dasar Monetari seperti penetapan kadar dasar semalaman (OPR) . Kita nampak macam over-managing tapi hasil atau outcome tidak boleh dibanggakan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Isu kepimpinan, ekonomi sumbang peningkatan kos sara hidup

Posted: 18 Dec 2016 07:51 PM PST


Liew Chin Tong (tiga dari kiri) dan pekerja kedai pakaian bantuan sekolah Al-Fayyadh yang memberi sumbangan kelengkapaan ke sekolah kepada adik Shafiq yang ditemani ibu dan bapanya.Liew Chin Tong (tiga dari kiri) dan pekerja kedai pakaian bantuan sekolah Al-Fayyadh yang memberi sumbangan kelengkapaan ke sekolah kepada adik Shafiq yang ditemani ibu dan bapanya.
Isu-isu melingkari kepimpinan dan ekonomi negara adalah antara faktor besar yang menyumbang ke arah peningkatan kos sara hidup,kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Beliau berkata, hal ini menjadi sebab kos sara hidup khususnya rakyat berpendapatan sederhana dan rendah kian meningkat. S
"Skandal mega 1MDB, cukai GST, pemotongan subsidi dan banyak lagi polisi yang tidak menyebelahi rakyat era kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengakibatkan pendapatan boleh guna (disposable income) isi rumah terhakis.
"Logik mudah, dengan jumlah pendapatan isi rumah sekitar RM2500-RM3000 sekalipun, rakyat tetap berhadapan kesulitan untuk menanggung kos perbelanjaan harian yang tinggi," ujarnya.
Justeru beliau mengambil inisiatif bagi membantu golongan kurang berkemampuan itu pada musim persekolahan yang baru untuk tahun 2017 membantu mereka.
"Walaupun anak-anak sedang gembira meluangkan masa percutian bersama keluarga dan rakan sepermainan, ibu bapa dari kelompok berpendapatan sederhana dan rendah hakikatnya bergelut kepayahan menyediakan keperluan mereka termasuklah yuran, buku dan pakaian persekolahan.
"Dengan segala keterbatasan sebagai ahli parlimen pembangkang, saya dan rakan-rakan DAP Kluang telah mengambil inisiatif mendekati rakyat Kluang yang pemurah untuk menyalurkan sumbangan berupa pakaian seragam persekolahan kepada beberapa keluarga yang memerlukan," ujarnya.
DAP Kluang telah membawa keluarga ini ke kedai menjual baju persekolahan Al-Fayyadh Kluang membekalkan pakaian persekolahan.
Antara penerima sumbangan ini ujarnya lagi,adalah adik Mohd Shafiq, 15 tahun. Ayahnya yang diberhentikan kerja akibat serangan strok/angin ahmar telah menyebabkan keluarga Shafiq hilang punca kewangan.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan tersekat, Pakatan perlu melangkaui Anwar Ibrahim

Posted: 18 Dec 2016 07:50 PM PST

Penganalisis politik berkata Pakatan Harapan perlu mencari calon lain, bukan hanya tersekat dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya.
wan-saiful-faisal-1
PETALING JAYA: Pakatan Harapan perlu melihat melangkaui Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli keluarga bekas ketua pembangkang itu ketika menamakan calon untuk menjadi perdana menteri, kata penganalisis politik.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Faisal S Hazis berkata Wan Azizah tidak cukup untuk menjadi ketua negara kerana jika beliau terbukti kuat, sudah pasti pembangkang kini tidak berdepan kekusutan dan mampu bersatu.
Bagaimanapun, beliau mengakui Wan Azizah ialah pilihan terbaik pembangkang pada masa ini.
"Anda tidak boleh cadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (presiden PPBM) kerana partinya belum ada wakil di Parlimen.
"Jumlah wakil rakyat PKR ramai dan Wan Azizah ialah ketua mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan penasihat DAP Lim Kit Siang mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon pemangku perdana menteri sehingga Anwar dapat dibebaskan dari penjara.
Faisal berkata tindakan Kit Siang menamakan Wan Azizah menunjukkan beliau faham keperluan untuk meletakkan orang Melayu sebagai perdana menteri.
Bagaimanapun, katanya pembangkang perlu memikirkan isu kepimpinan secara serius.
"Pembangkang perlu ada kepimpinan baharu dan beri peluang kepada pemimpin daripada generasi kedua untuk bangkit.
"Anwar memainkan peranan penting dalam 2 pilihan raya umum, tetapi hikmah pemenjaraannya ialah pembangkang berpeluang melihat di luar Anwar. Malangnya, mereka gagal berbuat demikian," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata apabila menamakan Wan Azizah sebagai calon perdana menteri, pembangkang menunjukkan ia masih enggan maju ke depan.
"Meskipun Wan Azizah berjaya mengetuai pembangkang, masyarakat tidak melihatnya sebagai ketua. Ramai masih memandangnya sebagai isteri Anwar dan seolah-olah dia terikat dengan kehendak Anwar, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Isa Samad kena bertanggungjawab kerugian Felda, kata PAS

Posted: 18 Dec 2016 07:45 PM PST

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Felda berdepan masalah nilai saham FGV semakin merosot, penyelewengan di Felda Iffco Gilda Sanayi dan kontrak LiDAR ditandatangani tanpa kebenaran yang sah.
isa-tuan-ibrahimPETALING JAYA : Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Isa Samad perlu bertanggungjawab atas kerugian yang dialami dan bukan hanya mengambil tindakan terhadap individu terlibat, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden PAS itu berkata sejak pelancaran Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) pada 2012 di Bursa Malaysia pada harga RM4.45 sesaham, nilai saham FGV terus merosot ke tahap paling teruk pada RM1.68 seunit, Jumaat lalu.
"Hakikatnya, saham FGV boleh dikategorikan sebagai saham yang berprestasi terburuk dalam sektor pertanian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata masalah FGV bukan berpunca daripada kelemahan pengurusan dan juga harga minyak sawit yang rendah.
"Sukar bagi peneroka Felda biasa memahami bagaimana penyelewengan boleh berlaku di Felda Iffco Gida Sanayi, iaitu anak syarikat yang dimiliki 50% saham oleh FGV di Turki, mengalami kerugian saham luar biasa sebanyak RM57 juta.
"Penyelewengan itu menyebabkan kerugian suku ketiga FGV yang berakhir 30 September melebar daripada RM33.9 juta tahun lalu kepada RM94.86 juta tahun ini," katanya.
Tuan Ibrahim berkata ketika perkara itu didedahkan, jumlah kerugian saham luar biasa itu akan tertakluk kepada hasil audit forensik.
"Apakah perkembangan audit forensik setakat ini? Apakah ada pihak atasan FGV dan Felda yang akan bertanggungjawab ke atas penyelewengan ini," katanya.
Beliau berkata Jabatan Audit Negara juga mendedahkan 64 kontrak untuk perolehan "light detection and ranging" (LiDAR) bernilai RM148.42 juta ditandatangani tanpa kebenaran yang sah.
Read More / Baca Lagi >>

Hutang tak salah kalau boleh bayar, Johari jawab Daim

Posted: 18 Dec 2016 07:43 PM PST

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, berhutang untuk menyediakan harta benda yang boleh menjana kepantasan perkembangan ekonomi tidak jadi masalah.
"Isu dia ialah, kalau kita nak berhutang perkara ini kena tanya, hutang ini untuk apa? Sebab bila kita buat hutang, kita mesti berkebolehan membayar, kalau kita tak boleh membayar, itu ada masalah.
"Jadi, sebab itu saya ingat dari segi hutang ini tidak ada masalah, cuma kita nak tengok setakat mana kita boleh berhutang dan boleh bayar," katanya dalam mengulas luahan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, memetik laporan Sinar Harian.
Semalam, Daim meluahkan pendapat beliau berkaitan krisis ekonomi negara dan penyelesaiannya dengan menyebut cara kerajaan mengawal ekonomi negara amat cetek, malah ekonomi negara dijana oleh hutang.
Mengulas lanjut, Johari yang juga ahli Parlimen Titiwangsa menyifatkan pendapat Daim itu sebagai kritikan positif berkata, pengurusan hutang adalah aspek penting yang perlu diberi penekanan.
"Saya mengambil maklum kritikan-kritikan yang diberi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, kita kena lihat benda ini secara lebih besar, sebab kita pun tak nak negara menjadi seperti Ireland, Greece, kita akan uruskan langkah-langkah sewajarnya berkaitan perkara ini.
"Tapi apa yang saya nak tekankan ialah, kalau hutang yang kita buat ini, untuk membangunkan prasarana negara sekolah, universiti, jalan raya, hospital, kemudian, kerajaan bangunkan pengangkutan awam seperti MRT, dan sebaginya, itu adalah pelaburan untuk generasi akan datang. Kita tak boleh menjadi negara maju kalau pengangkutan awam tak maju.
"Saya tak mahu komen secara mendalam apa disuarakan dia (Tun Daim), saya rasa kita tak boleh straight away bagi pin point, orang itu bagus atau tak bagus, tetapi sebenarnya kita harus melihat semua faktor secara keseluruhan," tambah beliau.
Read More / Baca Lagi >>

BERGEGAR DEWAN!!! Ucapan Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkifli Ahmad PENUH KETEGASAN!!!

Posted: 18 Dec 2016 07:40 PM PST

Al-Kisah 2.6 Billion...

Posted: 18 Dec 2016 07:37 PM PST

Pengkhianat bangsa tak sanggup dipimpin oleh pencuri

Posted: 18 Dec 2016 07:36 PM PST

Najib harus dihakimi untuk bersihkan nama beliau

Posted: 18 Dec 2016 07:35 PM PST

ECRL: MANA SATU BOLEH PAKAI, CAKAP MENTERI AGAMA ATAU MENTERI EKONOMI?

Posted: 18 Dec 2016 04:57 AM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam, Jamil Khir Baharom berkata, tidak timbul soal kerajaan tidak telus dalam perbelanjaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL apabila terdapat perbezaan jumlah kos sebanyak RM9 bilion berkaitan dengannya.

Ini kerana, katanya, jumlah kos RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) yang dinyatakan oleh syarikat China itu tidak termasuk kos tanah yang diambil bagi pembinaan projek tersebut.
"Memang RM55 bilion yang ditandatangani, China pula beritahu RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) untuk menyediakan ECRL.

"Dalam hal ini ramai yang persoalkan ke mana perginya RM9 bilion lagi. RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) sebab nak siapkan keretapi dengan jalan, soal pengambilan tanah yang hendak dibuat, China tak bayar.

"Sebab itu jumlahnya berbeza," kata Jamil Khir lagi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kelab Alumni UMNO Luar Negara kali ke 15 di Kuala Lumpur.

Dalam beberapa kenyataan oleh Najib mengenai ECRL sebelum ini, beliau juga menyebut kosnya ialah RM55 bilion.
Pertikaian mengenai kos sebenar projek itu hanya muncul apabila laman web CCCC, syarikat China yang dianugerahkan projek itu menyebut jumlah kos yang ditandatangani oleh mereka dengan kerajaan Malaysia ialah RM46 bilion.

Menjelaskan kekeliruan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi atau EPU, Abdul Rahman Dahlan pada 9 November lalu mengatakan peningkatan kos sebanyak RM9 bilion itu kerana pertambahan jarak sejauh 88 kilometer daripada perancangan asal.

Menurut beliau, kerajaan pada mulanya hanya merancang laluan dari Tumpat ke Gombak sejauh 600 kilometer dengan kos lebih kurang RM46 bilion.

Kemudian, tambahnya, kerajaan memutuskan untuk meneruskan laluan sehingga ke Pelabuan Kelang supaya barangan boleh dihantar terus ke Pantai Timur.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO, BN Lahirkan Empat Lagi Pemimpin Muda Menentangnya...

Posted: 18 Dec 2016 03:33 AM PST

Jangan kata kerajaan pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak mempengaruhi penggantungan pengajian aktivis siswa, Anis Syafiqah Md Yusof dan rakan-rakannya.
Beliau digantung pengajian satu (1)  semester, diberi amaran dan dikenakan denda RM400 kerana pembabitannya dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negara, Ogos lepas.
Himpunan #TangkapMO1 diadakan bagi mendesak pihak berkuasa mengesan, menangkap dan mendakwa Malaysian Official 1, yang disebutkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap penggelapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mengakui  MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain Anis, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli turut dikenakan hukuman yang sama, manakala Suhail Wan Azahar diberi amaran dan dikenakan denda RM400.

Tindakan menghukum ini secara tidak langsung melahirkan pemimpin muda yang akan menentang kerajaan berterusan, iaitu UMNO dan BN.
Mungkin keluarga mereka turut bersimpati dan 'akan mengajar UMNO dan BN" dalam pilihan raya nanti.
Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM) mendapati beliau bersalah kerana mengadakan tunjuk perasaan; merosakkan nama baik universiti dan memudaratkan keselamatan awam kerana menyertai himpunan tersebut.
Anis berkata, universiti yang telah dikawal oleh pihak berkepentingan melakukan sedemikian untuk terus menakut-nakutkan mahasiswa agar tidak lagi berani menyatakan suara dan pandangan terhadap isu dan masalah negara.
Yang nyata Anis dan rakan-rakannya itu tidak akan berhenti setakat ini. "Perjuangan kami sebagai mahasiswa dan rakyat perlu diteruskan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Digantung semester, aktivis siswa saman UKM

Posted: 18 Dec 2016 03:29 AM PST

Asheeq Ali yang menyertai perhimpunan #TangkapMO1 berkata, hukuman dijatuhkan universiti bercanggah dengan Perlembagaan.
asheeq-ukm
SHAH ALAM: Aktivis siswa, Asheeq Ali Sethi Alivi memfailkan saman terhadap Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ekoran tindakan menggantung pengajiannya selepas terlibat dalam perhimpunan #TangkapMO1 pada Ogos lalu.
Mahasiswa jurusan undang-undang tahun ke-3 UKM itu berkata, tindakan tersebut diambil kerana hukuman yang dijatuhkan terhadapnya tidak berasas dan bercanggah dengan Perlembagaan.
"Ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan panel perbicaraan UKM juga gagal membuktikan terdapat kes yang kukuh untuk mengambil tindakan.
"Saya mengambil tindakan guaman ini kerana proses rayuan dalaman UKM mengambil masa yang lama, sudah lebih sebulan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, setiap warga bebas bersuara dan menyatakan pendapat, berhimpun secara aman dan berpersatuan, namun Parlimen boleh menyekatnya jika mendapati perlu untuk menjaga kepentingan dan keselamatan negara.
Pada 15 November, UKM menjatuhkan hukuman gantung satu semester dan denda RM200 kepada Asheeq selepas didapati bersalah menyertai perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka, 27 Ogos lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Jamil Khir bukti konspirasi dengan PAS, kata MCA

Posted: 18 Dec 2016 03:20 AM PST

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA berkata, ia konspirasi politik untuk memintas hak negeri dan Majlis Raja-Raja.
ti-lian-ker-jamil-1
PETALING JAYA: Cara rang undang-undang Syariah kontroversi dibentangkan adalah bukti berlakunya konspirasi politik agar ia diluluskan, kata MCA.
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Ti Lian Ker merujuk kepada komen Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Jamil Khir Bahrom yang dipetik portal berita, kerajaan berhadapan kesukaran membentangkan rang undang-undang itu sendiri kerana memerlukan sokongaan 14 negeri.
Justeru, ia dibentangkan sebagai rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Anda tidak boleh membawanya ke Persidangan Raja-Raja jika tidak mempunyai kata sepakat daripada 14 negeri, tetapi rang undang-undang persendirian memerlukan hanya satu negeri atau seorang untuk membentangkannya," Jamil dipetik berkata dalam Malaysiakini.
Susulan itu, Ti memberitahu FMT yang kenyataan Jamil adalah bukti konspirasi politik untuk memintas hak negeri dan Majlis Raja-Raja.
"Ini 'konspirasi politik' yang merupakan pengkhianatan semangat konsesus Barisan Nasional (BN) dan tidak menghormati 14 negeri dan Raja-Raja Melayu yang tidak diambil pandangan mereka," kata Ti.
Ti juga menolak kenyataan seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan yang parti komponen BN tidak boleh membantah cadangan pindaan rang undang-undang persendirian apabila ia diambil alih kerajaan persekutuan.
Ahmad, dalam laporan berasingan Malaysiakini berkata parti komponen BN terpaksa menyokong rang undang-undang itu sebagai sebahagian keputusan pemerintah, yang sebelum ini ditolak parti komponen kerana ia dibentang pemimpin pembangkang.
Bagaimanapun, Ti berkata mana-mana rang undang-undang masih perlu dibincangkan dan dipersetujui BN, tidak kira sama ada ia rang undang-undang yang diambil alih atau dibentangkan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Parti komponen BN tak senang ‘arahan’ sokong RUU 355

Posted: 18 Dec 2016 03:19 AM PST

Ketua Pemuda MIC juga memberi amaran kepada Umno agar tidak memperkecilkan parti komponen BN yang lain demi untuk menggembirakan PAS.
siravarjh-mic-1
PETALING JAYA: Tidak semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kewajipan untuk bersetuju dengan rang undang-undang Syariah kontroversi yang nampaknya disokong Umno, kata ketua Pemuda MIC.
Bercakap kepada FMT hari ini, C Sivarraajh berkata dalam negara pelbagai kaum, Umno mesti menghormati pandangan sekutunya dalam gabungan BN yang mentadbir negara.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini di mana Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN perlu menyokong apabila kerajaan mengambil alih rang undang-undang persendirian.
Ahmad berkata parti komponen BN wajib menerimanya sebagai sebahagian daripada keputusan pemerintah.
Ahmad bercakap tentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, yang dicadangkan pemimpin PAS dan disokong Umno, yang kini mempunyai hubungan mesra di antara kedua-duanya.
Umno menyokong pembentangan pindaan rang undang-undang yang akan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini dan memberi kuasa kepada mereka untuk menjatuhkan hukuman lebih berat.
Sivarraajh berkata Umno perlu memberi penerangan sewajarnya kepada parti komponen BN mengenai perkara itu.
"Ahmad perlu bertanggungjawab menjelaskan rang undang-undang dan bukan semata-mata mengharapkan parti komponen mematuhinya. Jangan memperkecilkan kami hanya kerana anda ingin menggembirakan PAS. Kami tidak akan bertolak ansur dalam hal ini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong berkata kenyataan Ahmad adalah salah pada dasarnya kerana tiada pihak boleh dipaksa untuk menyokong mana-mana rang undang-undang.
"Peraturan Mesyuarat terpakai kepada ahli Parlimen secara individu dan bukan keseluruhan parti," katanya kepada FMT hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli MT elak ulas isu pakatan PAS, Umno

Posted: 18 Dec 2016 03:18 AM PST

Beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno hari ini mengambil jalan selamat dan enggan mengulas mengenai kemungkinan parti itu mengadakan kerjasama dengan PAS.
Ditanya mengenai isu itu, mereka sebaliknya menyerahkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan jawapan.
Mereka sependapat, hanya Najib yang juga perdana menteri boleh berbuat demikian.
"Biar perdana menteri tentukan, nanti kalau salah jawab 'mati' saya," kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di MARA Digital Kuala Lumpur hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, juga mengambil pendekatan sama.
"Yang itu, saya serah kepada pucuk pimpinan untuk ambil tindakan. Saya tidak ada apa-apa komen," kata bekas ketua penerangan Umno itu.
Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, beliau memilih jawapan 'berhelah' bersulam jenaka.
Ketika diajukan soalan berkenaan, Jamil Khir menjawab: "Beri saya masa, sekarang waktu makan tengahari," kata Jamil.
Ahmad dan Jamil Khir berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara kali ke 15 di Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur hari ini.
AMANAH, BERSATU berpotensi
Pada 15 Disember lalu Malaysiakini melaporkan pandangan bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, yang meramalkan parti berkenaan hanya ada dua pilihan untuk selamat menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kata Mahfuz, PAS dan Umno perlu mengelak bertembung sesama sendiri sebagai strategi politik dan mengelak peralihan undi di kalangan penyokong mereka.
Kata anggota parlimen Pokok Sena itu PAS dan Umno merangka strategi yang betul untuk memanfaatkan keadaan semasa.
Kata Mahfuz pertembungan tiga penjuru yang melibatkan Umno, PAS dan pembangkang lain secara umumnya akan merugikan kedua-dua parti.
Untuk makluman, krisis dalam PAS dan Umno menerbitkan dua parti baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berpotensi memberi kesan pada jumlah undian masing-masing pada pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Khairy letak jawatan cuma 'cakap kosong'

Posted: 18 Dec 2016 02:57 AM PST

Comments (0)