Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:54 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRU14: TIGA PENJURU PUN BOLEH MEMBUATKAN NAJIB KECUNDANG JUGA

Posted: 17 Dec 2016 08:45 PM PST

Berdasarkan congakan di atas kertas dan sifir matematik yang mudah, sesiapa pun akan mengatakan pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya akan datang bakal menzahirkan kepada dua kemungkinan.

Pertama, UMNO dan BN akan mendapat kelebihan serta mampu terus mengekalkan kuasanya sebagai kerajaan.

Kedua, Pas bakal memenangi lebih banyak kerusi dan lebih terdedah kepada kemungkinan menjadi kuasa penentu kepada BN dan Pakatan Harapan jika masing-masing kekurangan kerusi untuk membentuk kerajaan.

Hampir tidak ada yang menaruh keyakinan bahawa pertandingan tiga penjuru akan turut sama memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan yang kini telah bekerjasama secara rasmi dengan PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Rata-ratanya mengatakan pertandingan tiga penjuru hanya memusnahkan harapan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan dan menyingkirkan Najib Razak.

Atas sebab yang samalah maka PPBM masih berusaha untuk memujuk Pas agar sedia bekerjasama dan menjadikan formula satu lawan satu melawan BN menjadi kenyataan.

Atas sebab yang sama jugalah Najib dan UMNO begitu membelai dan menjaga hati Pas agar parti itu kekal dengan pendiriannya ingin bersendirian.

Sehingga ini, bekerjasama atas nama Islam seperti Akta 355 atau Rohingya adalah antara pendekatan Najib dan UMNO terhadap Pas untuk menjarakkannya daripada bersama pembangkang dan agar terus bertanding sebagai blok ketiga.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis keyakinan kronik kata Tun Daim Zainuddin

Posted: 17 Dec 2016 07:44 PM PST

Tun Daim ZainuddinSAYA telah diminta berkongsi pandangan mengenai isu struktural yang dihadapi oleh negara kita dan apa yang boleh dilakukan berkaitan dengannya.
Saya amat keberatan untuk menurunkan pemikiran saya dalam bentuk tulisan atau berkongsi pandangan saya dengan masyarakat.
Sejak bersara, saya menjauhkan diri daripada perbincangan terbuka. Saya lebih banyak menghabiskan masa dengan mengembara. Namun keadaan telah berubah dan kita sedang mengalami krisis yang sangat teruk.
Saat ini, jelas terdapat isu struktural jangka panjang yang mungkin memberi kesan kepada hala tuju kita ke arah status negara maju.
Ini termasuklah isu pendidikan, pasaran buruh, dasar fiskal kewangan kerajaan, pertumbuhan inklusif dan kemapanan ekonomi.
Bagaimanapun, apa yang negara kita perlukan pada masa ini adalah usaha untuk menangani perkara yang lebih asas walaupun sukar untuk diselesaikan.
Seperti telah saya katakan berulang kali, apa yang perlu kita tangani sekarang adalah defisit keyakinan yang kronik. Untuk mengatasi defisit itu kita mesti tahu asal-usul permasalahannya.
Terdapat beberapa sebab kita mengalami defisit keyakinan.
Pertama, kekurangan integriti, kejujuran dan keberanian moral. Ketiadaan sifat-sifat moral yang tinggi ini berlaku secara meluas di kalangan elit negara ini, khususnya mereka yang berkuasa.
Gejala rasuah yang berleluasa sehingga wang awam boleh dicuri untuk kegunaan persendirian oleh kakitangan awam atau kes kakitangan awam menyembunyikan jumlah wang yang begitu banyak sudah tidak lagi memeranjatkan kita. Seolah-olahnya gejala rasuah yang sistemik telah menyelubungi dan melumpuhkan negara sehingga kita terpaksa menerimanya bulat-bulat.
Hakikatnya, mereka yang korup harus dihukum dan kita tidak patut menunjuk sebarang simpati terhadap mereka.
Namun adakalanya penjenayah yang mempunyai perlindungan politik tidak segera dihadapkan ke muka pengadilan.
Dalam kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah misalnya, sudah hampir dua bulan berlalu sejak mereka yang disyaki, dilepaskan melalui ikat jamin. Ini memberi ruang kepada orang ramai untuk terus membuat spekulasi mengenai salah guna sistem pentadbiran.
Demikian juga dengan tuduhan rasuah di Kementerian Belia dan Sukan. Dan siapakah yang boleh menafikan kewujudan kes rasuah berbilion ringgit serta salah guna kuasa sedang berlaku di negara kita?
Agak penting juga untuk diingatkan bahawa kekurangan integriti nasional mempunyai kesan yang sangat buruk. Dan kesannya boleh dirasai melangkaui generasi pada hari ini.
Kajian menunjukkan negara yang dianggap mempunyai kadar rasuah tinggi mengalami kadar pertumbuhan ekonomi lebih rendah berbanding negara yang bersih daripada gejala rasuah, selain menghadapi kesan negatif dalam pertumbuhan ekonomi.
Tiada siapa mahu melabur di negara yang tidak menghormati peraturan perundangannya sendiri.
Ramai yang lupa bahawa punca sesuatu masyarakat atau sesebuah negara itu boleh berjaya ataupun gagal, dan sesuatu tamadun serta empayar agung boleh runtuh adalah disebabkan kekurangan atau ketiadaan integriti.
Oleh itu, untuk menyelesaikan isu-isu struktural ini maka adalah penting jika sifat mulia perlu diwujudkan di peringkat paling atas di kalangan mereka yang berkuasa.
Malah, kelangsungan negara kita dan kejayaannya bergantung kepada keutuhan moral setiap orang, terutama di kalangan mereka yang memimpin.
Pemimpin mesti menegakkan tingkah laku berintegriti tinggi, tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada mereka dan tidak mengambil kesempatan atas kedudukan pangkat masing-masing. Mereka yang berkuasa mesti berwaspada dan beringat bahawa menyalahgunakan kuasa adalah satu sifat tidak bermaruah.
Kedua, kekurangan empati dan penggunaan akal logik di kalangan pemimpin memainkan peranan dalam melebarkan lagi jurang keyakinan terhadap mereka.
Di kala rakyat berasa kesempitan akibat peningkatan kadar gaji yang perlahan, peningkatan kos sara hidup akibat pelupusan subsidi dan nilai mata wang ringgit yang lemah, tidak semena-mena kita mendengar berita bahawa lebih setengah bilion ringgit akan diguna untuk mengubah suai taman di ibu kota.
Ini sangatlah tidak sensitif dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi apabila peruntukan untuk sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan telah dipotong.
Wajarkah memotong peruntukan, tetapi kita menggunakan berjuta-juta duit rakyat untuk menaik taraf sebuah taman? Jika kerajaan betul-betul jujur mengambil berat taman-taman di ibu kota, maka taman seperti di Bukit Kiara sepatutnya sudah lama diwartakan.
Read More / Baca Lagi >>

Iktibar Partai Marhaen, Amanah mampu atasi pesaing PRU14 – Ishak Surin

Posted: 17 Dec 2016 07:38 PM PST

Amanah punyai masa depan yang unggul dan akan menjadi parti pilihan rakyat pada masa depan berdasarkan kepimpinan, polisinya sebagai parti Islam generasi kedua dan sangat peduli dengan kehidupan rakyat.
Demikian tegas Ketua Amanah Kawasan Batu yang juga pengasas Parti Marhaen Malaysia, Cikgu Ishak Surin ketika ditemui seujurus merasmikan Kem Sehari Remaja Muslimah Madrasah Tarbiah pagi ini, di Kg Banda Dalam, Kuala Lumpur.
Iktibar Partai Marhaen, Amanah mampu atasi pesaing PRU14 – Ishak SurinMenurut beliau, Pas tidak pernah menang sebarang kerusi di Selangor sebelum bekerjasama dengan parti-parti seperti PKR dan DAP, tetapi setelah Pas disertai oleh kumpulan profesional yang akhirnya membentuk keterbukaan parti itu, menyebabkan Pas mula mendapat perhatian rakyat.
Ekoran itu, tegas beliau, sejak PRU10 Pas mula diterima oleh pengundi Selangor, dan disusuli oleh pilihanraya-pilihanraya selepas itu 9aryi tersebut menang besar di banyak tempat termasuk membentuk tiga buah kerajaan di Terengganu, Perak dan Kedah disamping berkobgsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang.
Katanya, keadaan ini sangat berbeza apabila kumpulan profesional yang diketuai oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu meninggalkan parti itu setahun yang lalu, maka Pas dijangka akan kembali statik dan terpencil daripada arus politik perdana seperti era tahun 80an.
"Kita boleh meramalkan perkara ini. Pas tak akan dapat satu kerusipun di Selangor jika parti itu masih bersikap ego dan syok sendiri dengan pendiriannya yang dilihat sangat mesra dengan Umno," ujar beliau.
Ishak yakin, keterbukaan Amanah dalam menangani perbezaan pendapat, budaya, agama dan cara berpolitik mengikut kaum menjadi tonggak kekuatan parti ini untuk diterima oleh rakyat pelbagai kaum.
Mengulas lanjut, beliau menyarankan agar Amanah tidak mengalami nasib yang sama seperti Parti Marhaen ketika menghadapi perbezaan pendapat, agama dan budaya yang tidak terbuka sehingga mencetuskan halangan kepada rakyat untuk menyokong dan menyertai parti ini.
Demikian juga yang dialami oleh Hamim, Berjasa dan Akim yang gagal mendapat sokongan rakyat kerana terhalang dengan sikap kepuakan.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu gesa jentera BPR Amanah fahami 2 budaya berbeza Melayu-Tionghoa

Posted: 17 Dec 2016 07:37 PM PST

Mat Sabu gesa jentera BPR Amanah fahami 2 budaya berbeza Melayu-Tionghoa
Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengingatkan kepada lebih 400 jentera pilihanraya parti itu tentang perbezaan yang perlu ditangani dengan bijak mengenai budaya politik antara masyarakat Melayu dan Tionghoa di negara ini.
Katanya, parti pembangkang seperti Amanah wajib peduli dengan isu-isu kemasyarakatan yang mendasari masyarakat Melayu seperti KBSM – kenduri, berkahwin, sakit dan mati.

Parti pembangkang mahupun seorang wakil rakyat dalam kawasan orang Melayu, akan disenangi masyarakat setempat jika mereka berlapang dada sentiasa bersama terutama dalam acara-acara seperti majlis kenduri perkahwinan, cukur jambul, berkhatan, ziarah orang sakit, tahlil arwah, turun kubur sambut jenazah, mandi jenazah dan lain-lain.
Mat Sabu menampilkan perkara ini sewaktu berucap merasmikan Temurapat Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah Nasional pagi semalam, 17 Disember di sebuah hotel di Klang. Lebih 400 pemimpin BPR kawasan dan negeri seluruh negara hadir melepasi sasaran awal hanya 150 peserta.
Mengulas lanjut Mat Sabu berkata, dalam politik orang Melayu, seorang wakil rakyat yang berkesan tidak dilihat sebagai pembuat dasar sebaliknya memadai mereka rajin turun padang buat gotong-royong, cuci parit, tengok orang sakit, jenguk projek terbengkalai, rajin ke masjid surau dan beri sumbangan.
Tetapi keadaan ini, sangat berbeza dalam politik orang Tionghoa, jelas tokoh Amanah yang berkarismatik itu.
"Saya pernah tanya mendiang Karpal Singh. Berapa kali YB jenguk kawasan jumpa pengundi. Dia kata, setahun sekali. Longkang tersumbat, kita ada majlis bandaran buat. Orang susah, banyak agensi kerajaan yang boleh bantu," ujarnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim Masih Releven

Posted: 17 Dec 2016 07:33 PM PST

Oleh Abu Hassan Adam
Agak tidak keterlaluan sekiranya aku katakan Anwar Ibrahim persis Nelson Mandela. Oleh kerana belum wujud seorang tokoh yang mirip dengan Mahatma Gandhi maka agak keterlaluan juga sekiranya aku katakan perjuangan Anwar 'menghampiri' perjuangan Mahatma Gandhi ataupun perjuangan Jose Rizal di Filipina.


            Mungkin ada yang mempertikaikan pandangan aku yang agak keterlaluan ini. Tak apa. Itu tak penting. Apa yang aku akan katakan hanya merupakan satu persepsi. Apa yang aku fikir dan aku rasa.
            Walau bagaimana pun aku merasakan bahawa tokoh-tokoh seperti Shahidan (DS Shahidan Kassim) ataupun Hishamuddin Rais ( Tukar Tiub) akan 'bersetuju' dengan apa yang aku katakan ini. Mungkin juga dalam hati kecil DS Rosmah Mansor juga akan bersetuju dengan apa yang aku katakan kerana tokoh-tokoh ini melihat dengan mata kepala sendiri perjuangan dan 'sepak terajang' Anwar Ibrahim ketika berada di campus university Malaya, akhir tahun-tahun 60an dan awal 1970an.
            Anwar Ibrahim 'meletop' di sekitar tahun-tahun 1968/1969 ia itu ketika menerajui Persekutuan Bahasa Melayu University Malaya (PBMUM). Dan pada ketika itu seolah-olah telah menenggelamkan UMSU ( University Malaya Students Union) yang merupakan persatuan induk di university pada ketika itu. PBMUM unggul disebabkan adanya Anwar Ibrahim sebagai pemimpinnya.
            Di situlah tapak mulanya perjuanagan Anwar Ibrahim, walaupun benih perjuangan beliau telah mula tersemai ketika memimpin badan agama Islam di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Dan University Malaya bertukar 'corak' dengan adanya Anwar Ibrahim. 'Sudut Pidato' ( dah takada dah!) menjadi begitu sibuk sekali sebagai tempat mendengar ucapan-ucapan pemimpin pelajar yang pada ketika cuba mengasah bakat masing-masing. Ibarat anak kerbau yang baru menyurung tanduk. Namun begitu Anwar Ibrahim lah yang 'mengimarahkan' Sudut Pidato dengan ucapannya yang berapi-rapi megkeritik apa saja dasar kerajaan yang merugikan rakyat.
            Pada ketika itu belum berkuat-kuasa lagi Akta Kolej dan University dan tentulah tiada halangan bagi pemimpin pelajar untuk menyuarakan pandangan mereka tentang apa saja yang terlintas di hati. Dalam hal ini pelajar-pelajar disekitar tahun-tahun berkenaan agak bertuah kerana dapat mengasah bakat dari sudut kepimpinan. Para pelajar diberikan peluang seluas-luasnya untuk mengamalkan kebebasan bersuara pada ketika itu.
            Pernah dalam perjumpaan kecil-kecilan dengan para pelajar di pusat pengajian tinggi kini dan mereka sering bertanyakan kepada aku tentang bagaimana keadaan university pada ketika Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Tentulah tidak selengkap mana penjelasan aku tentang keadaan pada ketika itu. Namun begitu, setelah mendengar 'cerita' aku, para pelajar merasa satu kehilangan yang amat besar kerana mereka tidak dapat menikmati keadaan sebagaimana yang aku gambarkan ketika itu – akhir tahun 60an dan awal 1970an.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Kartun: Zunar Bebas Dengan Jaminan Polis

Posted: 17 Dec 2016 07:21 PM PST

KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar dan empat yang lain yang ditahan dalam satu majlis pada Sabtu dibebaskan dengan jaminan polis.
Kelima-lima mereka berjalan keluar dari ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira pukul 12 tengah malam selepas mereka ditahan polis dalam satu majlis kutipan dana bersama peminat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).
Selain Zunar, empat yang ditahan adalah pembantu jualannya, Megat Abdul Wahid dan Lawrence Jeyaraj, ahli DAP Jimmy Wong dan seorang peminat yang hanya mahu dikenali sebagai A.Toong.
Nicole Tan, peguam kepada lima individu itu berkata Zunar, Megat dan Lawrence disiasat di bawah Seksyen 124c Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
"Jimmy dan Toong bagaimanapun disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas mereka," katanya.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan kerana majlis kutipan dana merupakan acara tertutup bersama peminatnya.
"Saya kerugian kira-kira RM30,000 apabila mereka merampas buku komik saya selepas menahan saya di Pulau Pinang baru-baru ini.
"Saya cuba untuk memulihkan kerugian saya menerusi acara ini tetapi mereka merampas sejumlah buku bernilai RM30,000 sekali lagi pada hari ini," katanya.
Zunar mendakwa telah diberitahu polis bahawa mereka akan memohon perintah mahkamah untuk mengharamkan buku-buku tersebut.

Pakatan Harapan bincang agihan kerusi

Posted: 17 Dec 2016 07:16 PM PST

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat peringkat jawatankuasa teknikal dalam masa terdekat, bagi membincangkan soal pengagihan kerusi pada PRU14, antara gabungan empat parti terlibat.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, soal pengagihan kerusi akan dibincangkan secara terbuka dengan memberi keutamaan terhadap faktor peratus kemenangan calon atau parti.
Pakatan Harapan bincang agihan kerusi Menurutnya, tarikh mesyuarat dijangka diumumkan minggu depan dan pertemuan itu akan turut membincangkan manifesto Pakatan Harapan serta penggunaan satu logo.
"Dalam soal agihan kerusi ini, tidak kira mana-mana parti, sama ada baru atau lama, akan dibincangkan secara terbuka mengikut peluang menang.
"Kerana bagi saya, ia bukan soal parti mana bertanding banyak kerusi tetapi biar parti yang bertanding dipilih mengikut jumlah munasabah atas faktor boleh menang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri program penyerahan Bantuan Back to School, anjuran Amanah Johor Bahru di sini, semalam.
Pada 13 Disember lalu, satu gabungan dibentuk antara Bersatu dan tiga parti di bawah Pakatan Harapan iaitu Amanah, DAP dan PKR.
Menerusi gabungan itu, keempat-empat parti bersetuju memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan BN pada PRU14 untuk membentuk kerajaan.
Salahuddin berkata, walaupun Bersatu baharu ditubuhkan dan sertai pakatan berkenaan, namun pembahagian kerusi  tetap dilakukan secara adil.
"Saya yakin, Bersatu mempunyai pengaruhnya tersendiri walaupun ia baru ditubuhkan. Jadi tiada isu soal pembahagian kerusi kerana Bersatu sudah jadi sebahagian daripada pakatan ini," katanya.
Tambahnya, Amanah turut mengenal pasti beberapa kerusi untuk ditandingi dengan tumpuan kawasan campuran, namunkeputusan akan dibuat dalam mesyuarat berkenaan.

Anwar tetap calon PM

Posted: 17 Dec 2016 07:06 PM PST


Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dikekalkan sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan parti-parti pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Demikian dinyatakan oleh ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) PKR, Datuk Abdullah Sani Hamid ketika berucap di ceramah mega di Wisma Tok Guru Salor, malam tadi.
"Sebagai ketua pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail akan kita lantik sebagai perdana menteri "interim" sekiranya Datuk Seri Anwar masih tidak dapat bertanding," katanya.
Persetujuan sejak dalam gabungan Pakatan Rakyat dahulu katanya, terus dipersetujui oleh gabungan baru Pakatan Harapan (PH).
"Saya yakin parti-parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang akan menerima persetujuan ini yang telah jelas menjadi inspirasi
rakyat yang mahu keadilan ditegakkan," katanya.
Anwar yang ditolak permohonannya untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Rayuan minggu lalu tidak dapat bertanding dalam PRU14.
Menurut Abdullah dengan termeterai perjanjian Pakatan Harapan (PH) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), hasrat gabungan pembangkang untuk menguasai Putrajaya semakin terbuka luas.
"Saya percaya seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan mahu negara ini diurus dengan baik akan bersama pakatan baru ini yang berazam menurunkan Datuk Seri Najib Razak yang telah memporakperandakan politik dan ekonomi negara kita.
"Rakyat sudah tidak tahan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan Najib seperti dalam skandal 1MDB dan penindasan ekonomi melalui GST," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

ANWAR DITERIMA SEBAB HUBUNGAN BAIK DENGAN PEMBANGKANG

Posted: 17 Dec 2016 07:04 PM PST


SHAH ALAM – Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih pilihan rakyat di arena politik tanah air masa kini kerana beliau pemimpin yang mampu menjalinkan hubungan rapat antara parti pembangkang.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, Anwar juga antara individu yang bertanggungjawab membentuk Pakatan Rakyat dan disebabkan itu beliau masih relevan.
"Beliau diterima oleh parti dalam pembangkang dan mewujudkan hubungan baik dengan mereka, maka ini menjadikan beliau tokoh politik yang disegani oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Semalam, Sinar Harian melaporkan mengenai Kajian Survey Persepsi Rakyat Selangor 2016 dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati Anwar masih relevan dalam perkembangan politik hari ini.
Sehubungan perkembangan itu, Ahmad Marthada berkata, Umno perlu bekerja lebih keras untuk menarik sokongan pengundi Melayu khususnya di bandar dan luar bandar bagi  menghadapi PRU14.
"Ini kerana saingan mendapatkan undi Melayu datang daripada Pas, PKR, Amanah, Bersatu dan Umno sendiri.
"Umno perlu ambil kira pelbagai isu yang membebani masyarakat sekarang ini seperti kenaikan harga barang, kejatuhan ringgit, kejatuhan harga barangan komoditi seperti getah dan kelapa sawit dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib berpendapat, kajian berkenaan amat baik kerana ia mendedahkan kepada umum persaingan politik yang dapat disandarkan berasaskan populariti umum.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa pilih Wan Azizah, bukannya Azmin jadi PM?

Posted: 17 Dec 2016 07:02 PM PST

Kalau betul negara memerlukan seorang calon PM sementara, bukankah lebih wajar mencadangkan seorang yang betul-betul dapat memimpin, tetapi waktunya terhad seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang popularitinya hampir setara dengan Anwar?
wan-azizah-azmin-ali
Permainan politik ke arah Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hangat, terutamanya di pihak pembangkang.
Namun seperti biasa, sasaran permainan politik pembangkang bukanlah ke arah menyerang Umno-BN, sebaliknya ke arah menonjolkan diri dan mematikan langkah rakan sendiri.
Yang menariknya, cadangan dilontar pembangkang ke media kelihatan tidak dibincang terlebih dahulu semasa mereka sendiri. Mereka mengharapkan rakyat dan media akan menyambut cadangan tersebut lalu dibahas dan dihangatkan sebelum idea itu digunakan sebagai senjata untuk menekan sesama mereka sendiri.
Minggu ini terdapat 2 idea menarik. Idea pertama ialah lontaran daripada Pemuda PKR agar Amanah diserapkan ke dalam PKR. Idea kedua ialah pendedahan awal DAP yang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai calon perdana menteri sementara dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon timbalan perdana menteri sementara.
Bubar Amanah
Idea agar Amanah dibubar disambut hangat oleh media pro-pembangkang seperti Malaysiakini – yang terus-menerus membicarakan isu tersebut walaupun idea ini ditolak mentah-mentah oleh Amanah dan setiausaha agung PKR tanpa kajian mendalam.
Entah-entah idea itu ditolak bukan kerana ideanya, tetapi kerana siapa di belakang idea tersebut memandangkan pencadangnya, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dilihat adalah watak yang pro-Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Read More / Baca Lagi >>

Salleh tolak pelan Wan Azizah jadi PM sementara

Posted: 17 Dec 2016 07:01 PM PST

Salleh berkata, pelan pembangkang itu membangkitkan lebih banyak persoalan daripada penyelesaian terhadap siapa yang akan menjadi perdana menteri jika PH memenangi PRU14.
salleh-keruak-wan-azizah
KUALA LUMPUR: Pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri sementara sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara tidak menyelesaikan persoalan siapa akan memimpin negara jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata menteri komunikasi dan multimedia.
Sebaliknya, ia membangkitkan lebih banyak persoalan seperti yang disuarakan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menerusi blognya http://sskeruak.blogspot.my/, malam tadi.
Ia susulan pendedahan Lim Kit Siang dalam sebuah majlis makan malam di Pulau Pinang, kelmarin yang presiden PKR itu akan menjadi pemangku perdana menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya, sehingga Anwar dibebaskan dari penjara dan menjadi perdana menteri baharu.
Salleh mencadangkan senario selepas pembangkang memenangi PRU14, Pakatan Harapan (PH) akan berjuang untuk membebaskan Anwar melalui pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan seorang ahli Parlimen PKR akan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di pilihan raya kecil itu dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.
"Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar? Adakah PM dan TPM sementara akan terus memegang jawatan selama tempoh tidak pasti, jika Anwar gagal mendapat pengampunan dan dibebaskan? Adakah Kit Siang mempunyai pelan sokongan untuk kemungkinan itu?
"Kenyataan Lim Kit Siang menjadikannya berbunyi seolah-olah isu siapa akan menjadi PM dan TPM jika Pakatan menang pilihan raya sudah selesai, sedangkan hakikatnya tidak," katanya sambil menambah Anwar juga perlu memohon pengampunan dan itu menunjukkan beliau mengakui kesalahannya terhadap jenayah liwat seperti diputuskan mahkamah dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atasnya.
Bendahari Umno itu juga meragui kata sepakat dicapai antara semua parti komponen PH, iaitu PKR, DAP dan Amanah bersama sekutu baharu mereka, PPBM.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M tulis surat pada Anis, gesa orang muda contohinya

Posted: 17 Dec 2016 07:00 PM PST

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menulis kepada aktivis pelajar, Anis Syafiqah Mohd Yusof bagi menyatakan sokongan dan menggesa beliau untuk terus berjuang.
Anis sebelum ini digantung oleh Universiti Malaya (UM) selama satu semester dan didenda sebanyak RM400 kerana penglibatan beliau dalam Himpunan 'TangkapMO1'.
Mohd Luqman Hakim Fazli dan Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali turut dikenakan hukuman serupa, manakala Suhail Wan Azhar didenda sebanyak RM400.
Anis, yang berkongsi surat itu di Facebooknya, mengucapkan terima kasih kepada Mahathir kerana sokongan beliau dan berharap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dimansuhkan.
"Besarlah harapan saya sekiranya Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu memenangi pilihan raya umum kelak, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak lagi menjadi kegusaran para aktivis mahasiswa yang ingin menyatakan suara untuk Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang," kata Anis.
Jadi contoh golongan muda
Dalam surat itu, Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU, berkata beliau merasa terganggu dengan tindakan disiplin yang dikenakan UM terhadap aktivis pelajar itu.
Mahathir berkata adalah jelas Anis bimbang tentang masa depan negara dan generasi akan datang akibat salah laku MO1.
Katanya, universiti tersohor itu sepatutnya menyokong keberanian dan keprihatinan Anis dalam memperjuangkan masa depan negara.
"Saudari tidak bersendirian dalam kebimbangan ini. Saya yang di penghujung usia mungkin akan terlepas akan terlepas menghadapi penderitaan angkara MO1.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi sudah ada program khas dalam penjara nanti

Posted: 17 Dec 2016 06:51 PM PST

Najib tipu mengenai penjimatan MRT Sg Buloh Semantan

Posted: 17 Dec 2016 06:48 PM PST

SAMPAI MINTA DOA, TANDANYA APA?

Posted: 17 Dec 2016 05:02 AM PST

Bagaikan tidak cukup dengan pengakuan taat setia dan mengajak perwakilan berdiri bersama ikrarnya kepada Najib Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kali ini memohon agar didoakan hubungan mereka berdua terus berpanjangan.

Saya minta orang Bagan Datoh mendoakan hubungan saya dengan Najib terus berpanjangan sebagai pemimpin nombor satu dan dua, sebagai sahabat dan adik-beradik, kata Zahid dalam satu majlis bersama pemimpin masyarakat di Wisma Bagan Datoh, Perak.

Dalam majlis itu, selain mengimbas hubungannya dengan panjang dengan Najib iaitu bermula sebagai Setiausaha Politik pada 1 Oktober 1987,  Zahid turut menggambarkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang tidak suka untuk menjatuhkan sesiapa.

Bukan jenis saya untuk menjatuhkan sesiapa, termasuk Perdana Menteri, sebab itu di Bagan Datoh ini saya selamat daripada tahun 1985 hinggalah sekarang, tambahnya lagi.
Selain tampak bersungguh-sungguh dan tidak henti-henti menyatakan kesetiaannya kepada Najib sejak akhir-akhir ini dan kemudian cuba menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang baik serta tidak suka menjatuhkan sesiapa, beliau kini memohon doa daripada orang-orang kampungnya pula.

Tidakkah semua ini seakan mengesahkan lagi hubungan Zahid dengan Najib sebenarnya sudah mula bermasalah?

Jika tidak bermasalah, kenapa sampai minta didoakan?
Read More / Baca Lagi >>

Polis salah guna kuasa tangkap Zunar, kata aktivis

Posted: 17 Dec 2016 04:39 AM PST

Mereka mempersoalkan rasional penangkapan dan menggesa pihak polis memberi perhatian kepada perlakuan 'jenayah' sebenar.
Mandeep-Singh_zunar_600PETALING JAYA: Pemimpin utama Bersih 2.0 melabelkan penangkapan kartunis kontroversi Zunar hari ini sebagai penyalahgunaan kuasa melampau manakala seorang peguam terkemuka menganggapnya gangguan polis.
Pada masa ini, Zunar masih di Balai Polis Dang Wangi, dengan 4 yang lain turut ditahan petang ini semasa memberi ucapan pada majlis "Minum Petang Bersama Zunar".
Mereka ditahan pada majlis pengumpulan dana di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor pada kira-kira pukul 3 petang.
Zunar, atau nama sebenarnya Zulkilflee Anwar Ulhaque, dan penganjur acara Lawrence Jeyaraj sedang disiasat di bawah Seksyen 124 (c) terhadap aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
"Tiada asas menangkap Zunar kerana ia hanya satu majlis amal. Ini adalah salah guna kuasa," kata Ahli Jawatankuasa Pusat Bersih 2.0, Mandeep Singh ketika dihubungi FMT.
Mandeep mempersoalkan rasional penangkapan Zunar di bawah Seksyen 124 (c), ia boleh dianggap sebagai ugutan oleh pihak polis.
"Bagaimana kartun diklasifikasikan di bawah Seksyen 124 (c)? Ini lawak paling kelakar. Ia membimbangkan kerana mereka boleh mengadakan serbuan tanpa waran. Bagi saya, ia adalah ugutan, "katanya.
Bulan lalu, Bersih 2.0 juga diserbu di bawah Seksyen 124 (c), yang kemudiannya menyaksikan penangkapan pengerusinya Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, satu akta yang biasanya berkaitan dengan kesalahan keganasan.
Read More / Baca Lagi >>

Tuduhan Setiausaha Pas Kelantan jelas prejudis dan malafide – Athirah

Posted: 17 Dec 2016 03:51 AM PST

Tuduhan ini liar, dan dibuat jelas atas dasar emosi yang bertitik tolak dpd sentimen kebencian yang meluap-luap kpd Amanah dan juga DAP. Sangat jelas prejudis dan malafide. Berbau propaganda.
Kebencian kpd DAP mungkin kerana berjayanya modus operandi musuh iaitu umno bn melalui pelbagai proksi dan agensi yg tidak pernah berhenti memainkan peranan menanamkan rasa takut di kalangan orang Melayu dan Islam bahawa DAP adalah komunis, rasis anti Islam dan seumpamanya.

Sedangkan kebencian kepada Amanah pula adalah kerana hakikatnya Amanah berjaya tampil sebagai sebuah Parti Islam Generasi Kedua yg bersifat progresif, kontemporari dan inklusif.
Lalu, tentulah Amanah menjadi cabaran & pencabar besar buat Pas yg sebelum ini tampil ekslusif sbg satu-satunya parti bernuansa Islam di Malaysia. Amanah dilihat merampas kedudukan ekslusif Pas itu!
"Delusion Statement" ini boleh jadi kerana sudah terlalu lama memerintah dan kerana tidak upaya membawa idea-idea pembangunan baru serta tidak berjaya meyakinkan local voters Kelantan ttg keupayaan mereka utk trs mentadbir lebih-lebih lagi slps ketiadaan almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, maka seolahnya mereka sdg bhadapan dgn situasi yg sukar utk kekal berkuasa.
Justeru, mencari kambing hitam yg senang utk dilambakkan segala kekurangan dan kelemahan yg membawa kpd hilangnya kerajaan, maka itulah Amanah siap2 dipersalahkan.
Adakah mereka fikir maka dgn itu mereka mudah lepas tangan dpd memikul tanggungjawab hilang kerajaan? Kita bahkan sudah ulangkali mengingatkan potensi ini seusai post moterm PRU13 Pas yg lepas. Sama spt kita mengingatkan Terengganu dan Kedah sebelumnya.
Perlu diingat kewujudan Amanah dan khususnya bilamana Amanah siap mengambil posisi dan peranan di Kelantan, itu adalah kerana kita jelas bahawa Pas semata-mata tidak mungkin akan upaya mempertahankan negeri dpd jatuh ke tangan UmnoBN.
Oleh sebab itu sejak awal, Amanah menawarkan kerjasama kpd Pas utk sama-samabekerja bg memastikan umno bn gagal dlm perancangan mereka yg paling teratur.
Malangnya Pas gagal memahami relevansi ini. Iya barangkali kerana terlalu sombong, ego yg tidak berkesudahan dan sentimen kebencian yg seolahnya sukar padam sama ada semasa bersama sbg sahabat sejamaah apatah lagi bila sudah nyata terasing di antara dua wadah berbeza.
Read More / Baca Lagi >>

Tanah adat: Orang Asli Jahut ‘heret’ kerajaan Pahang masuk mahkamah

Posted: 17 Dec 2016 03:31 AM PST

TEMERLOH, 17 DIS: Tujuh Orang Asli Jahut mewakili sekitar 500 penduduk Kampung Sungai Mai, Jerantut memfailkan kes terhadap kerajaan Pahang di Mahkamah Tinggi Temerloh semalam.
Kes itu dibawa ke mahkamah demi mempertahankan hak dan tanah adat yang telah mereka duduki sejak turun temurun. Ia dikendalikan oleh peguam A Rajkumar secara pro-bono.

Menurut plaintif, Jeff Yangman, pemberian lesen pendudukan sementara yang oleh kerajaan Pahang merupakan salah satu punca pencerobohan tanah adat.
"Pemegang lesen itu kebanyakannya individu yang terlibat dengan pembalakan, penanaman kelapa sawit dan kebun getah, dan ladang limau dan pisang.
"Justeru, penerokaan hutan yang berlaku ini memusnahkan kawasan perkuburan, pokok buah-buahan, dan kawasan berburu mereka," katanya.
Menurutnya, Orang Jahut telah berada di kawasan itu sejak sebelum kedatangan penjajah British lagi dan sebelum diadakan persempadanan tanah kerajaan dan kawasan simpanan hidupan liar.
"Orang Jahut bebas menjelajah kawasan nenek moyang mereka di Lembah Krau untuk mencari rotan dan buluh untuk dijadikan bahan membina rumah. Mereka juga memburu, memungut hasil hutan dari kebun dan hutan mereka," jelas Jef.
Beliau menambah, penduduk mengambil masa lapan tahun untuk memfailkan kes ini setelah membuat kajian mendalam, pemetaan komuniti, dan perbincangan dengan peguam sebelum pergi ke mahkamah.

Seorang lagi plaintif, Yusri Ahon, ketua masyarakat Jahut yang juga aktivis dan Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) berkata, Orang Asli akan mengambil tindakan drastik jika didesak.
"Orang Asli terkenal dengan sifat mengelakkan kekerasan dalam kehidupan komuniti mereka.
"Tidak kira apabila berjuang di mahkamah walaupun dengan kos yang tinggi atau membina sekatan terhadap pembalak sungguhpun diancam dengan penahanan; ini adalah cara terakhir Orang Asli apabila suara mereka tidak didengar oleh kerajaan dan pihak berkuasa yang tidak mengiktiraf hak mereka," kata Yusri.
Read More / Baca Lagi >>

Saya tak pernah jatuhkan sesiapa, kata Zahid

Posted: 17 Dec 2016 03:05 AM PST

Beliau meminta pihak yang memfitnah termasuk surat layang yang mengatakan beliau mendesak Najib meletak jawatan dihentikan kerana ia hanya membuang masa.
najib_zahid_600_1
BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjanji akan terus membantu Datuk Seri Najib Razak tidak kira dalam keadaan apa sekalipun.
Beliau turut meminta orang ramai khususnya penduduk Parlimen Bagan Datoh supaya mendoakan hubungan beliau dengan perdana menteri terus berpanjangan.
"Saya minta orang Bagan Datoh mendoakan hubungan saya dengan Najib terus berpanjangan sebagai pemimpin nombor satu dan dua, seorang sahabat, adik beradik," katanya ketika berucap pada majlis sepetang timbalan perdana menteri bersama kepimpinan masyarakat Parlimen Bagan Datoh di Wisma Bagan Datoh di sini.
Pada majlis itu, kira-kira 500 orang pemimpin masyarakat setempat dan anggota parti Komponen Barisan Nasional hadir.
Zahid berkata bekerja bersama Najib sejak 1 Okt 1987 sebagai setiausaha politik semasa perdana menteri ketika itu menjadi menteri belia dan sukan sebelum menjadi menteri pertahanan.
"Selepas itu saya terus bekerja dalam sektor korporat, namun saya membantunya (Najib) dari luar," katanya.
Sehubungan itu, Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh meminta pihak tertentu supaya menghentikan segala fitnah ke atasnya termasuk surat layang kononnya beliau mendesak Najib meletak jawatan kerana ia hanya membuang masa.
Zahid menegaskan sepanjang kerjaya politiknya beliau tidak pernah menjatuhkan sesiapa dan pegangan itu menyebabkannya kekal sebagai ahli Parlimen dan ketua Umno Bahagian Bagan Datoh.
"Bukan jenis saya untuk menjatuhkan sesiapa termasuk perdana menteri sebab itu di Bagan Datoh saya selamat dari 1985 sampai sekarang dan tiada siapa lawan saya," katanya.

Zuraida sedia lepaskan kerusi Ampang

Posted: 17 Dec 2016 02:36 AM PST

Zuraida
SKUDAI - Ahli Parlimen Ampang bersedia melepaskan kerusi Parlimen Ampang yang disandangnya bagi bertanding di mana-mana negeri yang ingin ditawan Pakatan Harapan termasuk Johor pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).
Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR berkata, kejayaan Pakatan Harapan menawan Johor sebagai 'front-line' pada pilihanraya akan datang bermakna kejayaan menawan Putrajaya sekali gus menumbangkan BN.
Katanya, kepimpinan tertinggi parti juga berhasrat untuk meletakkan calon 'high profile' pada PRU14 di negeri yang dijangka dilanda gelombang tsunami kedua, justeru Zuraida tidak gentar untuk bertanding di mana-mana kerusi di negeri ini.
"Saya tidak gentar malah bersedia membantu parti dan Pakatan Harapan untuk menawan negeri yang disasarkan pada PRU14 khususnya Johor  yang menjadi 'front-line'..malah saya juga bersedia  meninggalkan (parlimen) Ampang yang disifatkan sebagai kerusi selesa untuk beralih tempat.
"Malah kepimpinan tertinggi juga turut memberi galakkan serupa untuk meletakkan calon bersifat 'high profile' bagi menawan negeri yang masih diperintah BN kerana rakyat  mula menunjukkan isyarat akibat muak dengan pelbagai skandal yang terpalit dengan pemerintah selain tertekan dengan kos sara hidup," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada Konvensyen Wanita PKR Johor, di sini, hari ini.
Hadir sama, Naib Ketua Wanita PKR, Tan Poh Lai dan Ketua Wanita PKR Johor, Rahamizon Abd Ghani.
Zuraida juga yakin selain mampu mengekalkan pemerintahan di Selangor dan Pulau Pinang, Pakatan Harapan juga bakal menumbangkan BN di empat negeri akibat tsunami politik seperti Johor, Kedah Perak dan Sabah berikutan keputusan beberapa pemimpin meninggalkan Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Kartun: Zunar ditahan polis lagi, buku dan baju-T dirampas

Posted: 17 Dec 2016 02:02 AM PST

1,211 buku dan baju-T turut juga dirampas ketika beliau menghadiri satu majlis di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor petang ini.
zunar-arrested
PETALING JAYA: Kartunis kontroversi Zunar atau nama sebenarnya Zulkilflee Anwar Ulhaque sekali lagi ditahan polis, hari ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi M. Gunalan ketika dihubungi FMT, Zunar ditahan semasa majlis "Minum Petang Bersama Zunar" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), kira-kira jam 3 petang ini .
Penangkapan Zunar ini tidak sampai sebulan selepas ditahan di Pulau Pinang pada 26 Nov kerana menjejaskan keamanan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Selain Zunar, aktivis sivil Lawrence Jeyaraj, ahli DAP Jimmy Wong dan 2 tetamu lain juga ditahan pihak polis.
Mereka kini berada di Balai Polis Dang Wangi.
Peguamnya, Nicole Tan berkata, Zunar dan Lawrence disiasat di bawah Seksyen 124 (c) bagi aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.
Menurut Lawrence, polis turut merampas kira-kira 103 baju-T dan 1,211 buku yang bertujuan untuk dilelong dan dijual.
"Polis mengambil kenyataan kami sekarang. Saya tidak pasti jika mereka akan menahan semalaman di sini."
Penangkapan Zunar baru-baru ini di Pulau Pinang susulan perbalahan di pameran lukisan, di mana kira-kira 30 anggota Pemuda Umno Pulau Pinang menuntut beliau menurunkan karya beliau.
Mereka berkata, lukisan Zunar menyinggung perasaan memberi gambaran buruk kepada perdana menteri dan pemimpin negara lain.
Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail yang membuat laporan polis selepas itu, berkata lukisan Zunar mengganggu keamanan rakyat Malaysia amnya.
Zunar, yang terkenal menghasilkan karya satira terhadap pemimpin Umno menerusi kartun, berdepan 9 tuduhan hasutan. Lima daripada karyanya diharamkan kerajaan.

Umno yakin kerjasama Pakatan-PPBM tidak ikhlas

Posted: 17 Dec 2016 01:01 AM PST

Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, kerjasama yang terbentuk itu tidak jelas dan lebih kepada kepentingan politik masing-masing.
Mahdzir-Khalid_pakatan_ppbm_600
KUALA NERANG: Keikhlasan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama walaupun memeterai perjanjian baru-baru ini, dilihat tidak berada pada tahap tinggi dan agak meragukan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ini kerana kerjasama yang terbentuk daripada PH dan PPBM yang baru berusia 3 bulan itu, tidak jelas malah lebih kepada kepentingan politik masing-masing.
"Ia umpama tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. Susah nak tengok parti yang tidak jelas gabungannya, membentuk sebuah kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pengurusan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bersama Ketua-ketua Setiausaha PDM di Dewan Pejabat Umno Bahagian Padang Terap di sini, hari ini.
Selasa lepas, PPBM mengumumkan masih belum menyertai pakatan pembangkang dan hanya menandatangani perjanjian kerjasama dengan PH.
Antara kandungan perjanjian itu ialah kedua-dua parti bersetuju untuk meletakkan satu calon bagi mewakili PH-PPBM di semua peringkat dalam pilihan raya umum (PRU).
Mahdzir yang juga menteri pendidikan berkata belum pun sampai seminggu perjanjian kerjasama itu dibentuk, kedua-dua pihak sudah mula membangkitkan isu tentang siapa yang patut menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada PRU akan datang.

Pas Kelantan tergugat, ahli, penyokong mula hidu kerjasama dengan Umno

Posted: 17 Dec 2016 12:18 AM PST

Pas kini mula berasa tergugat kerana mereka bukan sahaja telah kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu, bahkan pengundi mereka sendiri mula beralih sokongan kerana perubahan sikap yang ketara dengan Umno, tegas Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed.
Katanya, selama ini Pas dilihat bersikap keras dengan Umno, namun sekarang mereka menjadikan DAP sebagai sasaran serangan, sedangkan Pas dan Umno tidak pernah bertanding menentang DAP dalam pilihanraya.
"Hampir semua kawasan yang ditandingi oleh DAP samada diperingkat Parlimen dan Dun, lawan DAP ialah MCA/Gerakan/MIC/ SUPP atau lain lain parti bukan Melayu," ujar beliau.
Amanah tegasnya bersama parti-parti pembangkang lain yang terdiri daripada PKR, DAP dan PPBM sanggup mengenepikan segala permasalahan dan perbezaan pendapat demi untuk mengumpul kekuatan untuk menentang BN.
Beliau hairan, adalah terlalu aneh jika Pas masih berpandangan dan menuduh apa yang dilakukan ini sebagai tongkat kepada Umno.
Ustaz Che Ibrahim berkata, Pas sebenarnya cuba menutup sikap mereka yang sekarang ini lebih mesra kepada Umno kerana dibimbangi penyokong bawahan mereka mula menghidunya dengan menuding jari kepada pihak lain.
"Adakah Pas Kelantan telah nyanyok?" Tanya beliau lagi.
"Kita tidak tahu, apakah fokus Pas sekarang ialah menentang BN, atau sebenarnya mereka menjadi alat kepada Umno untuk menentang parti pembangkang yang lain terutama Amanah dan Dap," tegas beliau.

Mat Sabu tawar jentera praya kepada parti-parti Pakatan Harapan pada PRU14

Posted: 17 Dec 2016 12:17 AM PST

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menawarkan jentera pilihanraya yang jauh lebih baik kepada rakan-rakan parti Pakatan Harapan kerana jentera yg menggerakkan Pas sebelum ini kini sudah berada dalam Amanah disemua peringkat.
Katanya, dulu-dulu PKR letak poster di markaz-markaz Pas dan jentera pilihanraya Paslah yang telah menyempurnakan kerja-kerja menampal poster, mengedar risalah dan lain-lain kerja pilihanraya.
Mat Sabu bercakap demikian kepada lebih 400 jentera pilihanraya kawasan-kawasan ketika berucap merasmikan Temurapat Biro Pilihanraya Amanah Nasional di sebuah hotel di Klang pagi ini.
Tegas beliau, kini jentera pilihanraya itu kini sudah berhijrah bersama Amanah dan parti-parti yang menunjangi Pakatan Harapan tidak perlu gusar, bimbang ketiadaan jentera yang mantap untuk menangani segala kerja pilihanraya dalam PRU14 nanti.
"Orang tanya, mengapa Pas tak ada buat ceramah lagi macam dulu-dulu. Macam mana nak ada, semua penceramah sudah berada dalam Amanah," ujar Mat Sabu disambut gelak ketawa hadirin.
"Ada juga orang tanya, mengapa Pas sekarang dah tak ada program-program pilihanraya. Macam mana nak ada, semua jentera pilihanraya sekarang sudah duduk dalam Amanah," sambung beliau lagi.
Program buat julung kali ini dianjurkan dengan sasaran 150 wakil kawasan-kawasan tetapi kehadiran lebih sekali ganda menyebabkan dewan sendat dan penuh sesak.

Pas makin tertekan di Selangor cuba tubuh blok baru tanpa Amanah, DAP

Posted: 17 Dec 2016 12:16 AM PST

Amanah Selangor menyifatkan tindakan Pas cuba menubuhkan blok lain di negeri ini tanpa Amanah dan DAP menunjukkan parti itu begitu tertekan dengan tindak tanduk pimpinannya diperingkat pusat yang mengambil sikap memusuhi Amanah dan DAP.
Tegas Pengerusi Amanah negeri, Ir Izham Hashim, para pimpinan Pas Selangor sedar tanpa kerjasama Amanah dan DAP, memang sukar untuk meyakinkan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bersama parti berkenaan.
Terdahulu, Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman mendakwa parti itu sedang mendekati PKR dan PPBM untuk membentuk blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya Amanah dan DAP.
Katanya, langkah itu sekurang-kurangnya dilakukan hanya untuk di Selangor sebab itu parti berkenaan tidak menjemput Amanah dan DAP ke majlis Ceramah Mega Rakyat di Paya Jaras, Sg Buloh baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Idzam berkata, kenyataan Khairuddin itu dibuat sehari sebelum perjanjian kerjasama antara Pakatan Harakat dan PPBM.
"Jadi perjanjian itu sendiri menafikan kenyataan Setiausaha Pas Selangor. PPBM sudah jalinkan kerjasama rasmi dengan Pakatan Harapan," ujar beliau kepada Amanahdaily.
Pada 13 Disember lalu, PPBM yang diwakili Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menandatangani kerjasama rasmi bersama Pakatan Harapan yang ditunjangi Amanah, PKR dan DAP.

Comments (0)