Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:55 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRU14: Amanah yakin jentera pilihan raya cukup untuk bantu Pakatan Harapan

Posted: 16 Dec 2016 09:27 PM PST

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan utama yang lain menghadiri temu rapat Biro Pilihan Raya Amanah Nasional di Klang hari iniPresiden Amanah Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan utama yang lain menghadiri temu rapat Biro Pilihan Raya Amanah Nasional di Klang hari ini
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin parti itu serta Pakatan Harapan tidak akan berhadapan dengan masalah kekurangan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu, hal itu kerana kebanyakan jentera Pas telah beralih ke Amanah dan akan bergrak kerja untuk Pakatan Harapan pada PRU14.
Tegas beliau, kini jentera pilihanraya itu kini sudah berhijrah bersama Amanah dan parti-parti yang menunjangi Pakatan Harapan tidak perlu gusar, bimbang ketiadaan jentera yang mantap untuk menangani segala kerja pilihanraya dalam PRU14 nanti.
"Dulu-dulu PKR letak poster di markas-markas Pas dan jentera pilihan raya Paslah yang telah menyempurnakan kerja-kerja menampal poster, mengedar risalah dan lain-lain kerja pilihan raya.
"Kini jentera pilihan raya itu sudah berhijrah bersama Amanah dan parti-parti yang menunjangi Pakatan Harapan tidak perlu gusar, bimbang ketiadaan jentera yang mantap untuk menangani segala kerja pilihan raya dalam PRU14 nanti," katanya ketika berucap merasmikan temu rapat Biro Pilihan Raya Amanah Nasional di Klang hari ini.
Beliau juga berkata, selain jentera pilihan raya Pas juga kehilangan penceramah-penceramah yang biasa memenuhi program ceramah parti itu suatu ketika dahulu.
"Orang tanya, mengapa Pas tak ada buat ceramah lagi macam dulu-dulu. Macam mana nak ada, semua penceramah sudah berada dalam Amanah.
"Ada juga orang tanya, mengapa Pas sekarang dah tak ada program-program pilihan raya. Macam mana nak ada, semua jentera pilihan raya sekarang sudah duduk dalam Amanah," katanya.

Surat tuntutan PAS satu 'political gesture', kata editor S'wak Report

Posted: 16 Dec 2016 08:31 PM PST

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berkata surat tuntutan yang disampaikan kepadanya dari PAS adalah satu 'political gesture'.
Surat itu, yang disampaikan kepadanya di alamatnya di London pada hari Selasa, dilaporkan berhubung dakwaannya bahawa parti Islam itu kononnya menerima RM90 juta dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Saya menganggap tindakan mereka itu sebagai satu 'political gesture' dan satu penyalahgunaan protokol yang mereka mahu eksploitasi," kata Rewcastle-Brown kepada Malaysiakini dalam emel malam tadi.
Beliau juga berkata tiada prosiding mahkamah yang telah dimulakan.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu menyenaraikan tiga tuntutan terhadap portal berita terbabit.
Ia menuntut Sarawak Report membuang artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta dari perdana menteri Malaysia dan membuat permohonan maaf mengikut terma-terma yang dipersetujui oleh PAS.
Ia juga meminta laman web pemberi maklumat itu memberikan jaminan untuk tidak menyiarkan dakwaan yang sama pada masa akan datang.
PAS telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rewcastle-Brown di UK.

"APALAH SANGAT 70 KERUSI, SYURGA PUN BAGAIKAN MILIK MEREKA JUGA"

Posted: 16 Dec 2016 07:52 PM PST

 
Khamis lalu saya berada seharian di Johor atas sesuatu urusan di negeri itu. Kebetulan sudah berada di sana, saya mengambil kesempatan meninjau-ninjau suasana politik di negeri kelahiran UMNO itu dan bertemu beberapa rakan dan kenalan.

Antara yang sempat saya temui ialah bekas pemimpin UMNO dan Pas, juga pemimpin yang masih aktif PKR, Amanah dan PPBM Johor. Saya juga mengambil kesempatan berbual-bual dengan orang biasa yang kebetulan ditemui di beberapa kedai makan.

Secara umumnya, walaupun terlihat tenang di permukaan, kekalahan UMNO dan BN di Johor tampak tidak mustahil boleh berlaku dalam pilihanraya akan datang. Kemarahan dan kekecewaan mereka kepada Najib Razak bagaikan lava gunung berapi yang hanya menunggu masa saja untuk meletusnya.

Banyak sebab yang menjurus ke arah itu, tetapi saya akan mengulasnya dalam posting yang lain sedikit masa lagi.

Yang paling menarik dalam kunjungan ke Johor kali ini ialah bila saya berjumpa dengan seorang bekas pemimpin Pas. Beliau kini sudah menyertai Amanah kerana melihat perjuangan Pas tidak sama lagi seperti dahulu.

Mengenai  kerjasama parti-parti pembangkang dengan Pas, beliau melihat usaha ke arah itu terlalu sukar untuk dijadikan kenyataan.

Katanya, alasan Pas agar 70 kerusi mereka jangan dikacau adalah petanda jelas parti itu tidak ingin bekerjasama.

Beliau menasihatkan PPBM khususnya, yang masih berusaha mencari jalan persefahaman dengan Pas,  agar jangan membuang terlalu banyak masa dan tenaga bagi tujuan itu, sebaliknya harus menyelesaikan terlebih dahulu soal pembahagian kerusi bersama PKR, DAP dan Amanah.

Jangan nanti, tambah beliau, PPBM terjebak dalam keadaan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". 
Read More / Baca Lagi >>

SPR tangguh prosiding siasatan persempadanan semula Selangor

Posted: 16 Dec 2016 07:09 PM PST


persempadanan semula SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menangguhkan prosiding siasatan tempatan terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan kerajaan negeri Selangor untuk menangguhkan proses itu.
"Sebagai mematuhi perintah mahkamah itu, SPR akan menangguhkan prosiding siasatan tempatan bagi mendengar bantahan-bantahan terhadap Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan tersebut seperti mana arahan oleh mahkamah sehingga keputusan mengenainya dimuktamadkan," katanya.
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan kerajaan negeri Selangor untuk menangguhkan siasatan SPR tentang cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan dewan undangan negeri.
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu setelah mendapati kerajaan negeri itu mengikut semua peraturan berkaitan permohonan berkenaan dan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan itu.
Azizul juga berkata kerajaan negeri Selangor mempunyai hak untuk membantah cadangan
persempadanan semula itu. Mahkamah membenarkan penangguhan itu sementara
menunggu pendengaran permohonan semakan semula kehakiman Kerajaan Selangor pada 20 Januari 2017.
Dalam pada itu, Mohd Hashim berkata sehingga hari ini, SPR telah menjalankan prosiding siasatan tempatan kali pertama bagi bantahan terhadap Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali Selangor.
Negeri-negeri yang terlibat ialah Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Melaka, Kelantan dan Terengganu.
"Di Sabah pula telah selesai dijalankan pada 28 Okt0ber dan notis pameran Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi negeri itu untuk kali kedua juga telah dipamerkan bermula pada 22 November hingga 21 Disember ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar adalah isu rakyat, tak dilupakan

Posted: 16 Dec 2016 07:05 PM PST

Anwar IbrahimAMK Alor Setar menempelak kenyataan Ketua Kluster Governas, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood yang mendakwa isu bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin dilupakan.
 Ketuanya, Mohd Aizuddin Ariffin berkata, pandangan itu seolah-olah cuba melenyapkan kehadiran Anwar dalam kancah politik tanah air.
"Saya melihat kenyataan Nik Ahmad ini dizahirkan selepas rayuan semakan kehakiman terhadap kes liwat Anwar ditolak Mahkamah Persekutuan pada 14 Disember lalu. Ini soal kezaliman terhadap Anwar, bermakna rakyat juga tidak terlepas daripada manipulasi ini.
 "Ini bukan soal Anwar sahaja, tapi prinsip keadilan yang telah gugur. Saya percaya isu ini bukan sahaja relevan pada mana-mana PRU tertentu, malah akan terus relevan pada bila-bila masa," katanya.
Menurutnya, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga telah memberi satu impak besar dalam memperjuangkan hak-hak rakyat dan menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia.
"Bagaimana rakyat akan melupakan individu yang mengorbankan jiwa dan raganya untuk membebaskan rakyat daripada kezaliman serta penindasan yang sedang berlaku.
 "Rakyat juga sedia maklum, Anwar telah dicalonkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Keamanan 2016 (Global Peace Price). Beliau adalah pemangkin kebangkitan rakyat. Isu Anwar adalah isu rakyat," katanya.

Pemimpin Islam perlu bersatu tentang kezaliman

Posted: 16 Dec 2016 07:02 PM PST

Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu pemimpin Islam bersatu agar mampu bertindak menentang kezaliman dan bukan sekadar melaungkan kata-kata mengutuk perbuatan tersebut.
Katanya laungan yang mengecam kekejaman itu tidak memberi kesan kepada mereka yang melakukan kezaliman sebaliknya mereka akan terus bertindak menzalimi umat Islam hingga menyebabkan umat Islam terus hidup menderita.
"Islam merupakan agama terbesar di dunia dan tidak seharusnya dibiarkan dalam kalangan umat Islam tersebut terus hidup ditindas oleh penganut agama lain.
"Malangnya, keadaan ini terus berlaku. Ramai umat Islam hidup menderita malah tidak kurang juga yang menjadi mangsa pembunuhan akibat kedudukan umat Islam sendiri tidak kukuh disebabkan sering berbalah sesama sendiri," katanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Alwi hari ini.
Mohd Asri berkata lebih menyedihkan apabila umat Islam bukan sahaja berbalah sesama mereka kerana kepentingan diri, malah ada kalangan orang Islam sendiri yang membela mereka melakukan kemungkaran dan kezaliman.
Katanya, umat Islam adalah sebaik-baik umat di dunia ini, tetapi sayangnya mereka tidak
Read More / Baca Lagi >>

Dr Fauziah: Aktivis mahu Malaysia anjur misi ke Gaza

Posted: 16 Dec 2016 06:05 PM PST

Dr Fauziah yang pernah ditahan Israel dalam misi WBG berkata, banyak permintaan dinyatakan secara 'bisik-bisik' di kalangan aktivis yang melihat Malaysia mampu menganjurkan sesuatu dengan teratur.
dr-fauziah
IPOH: Aktivis "Women's Boat to Gaza" (WBG) dari pelbagai negara berharap Malaysia dapat menyediakan flotila atau bot, sekali gus menganjurkan misi kemanusiaan ke Gaza pada masa akan datang.
Wakil tunggal Malaysia dalam WBG, Dr Fauziah Mohd Hasan, 59, berkata harapan tersebut disuarakan kerana aktivis berkenaan melihat Malaysia mampu menganjurkan sesuatu dengan teratur.
"Banyak permintaan (aktivis) supaya Malaysia menganjurkan misi seterusnya, tapi ia dinyatakan secara 'bisik-bisik' dalam kalangan aktivis WBG," katanya selepas program bual bicara bersama beliau semalam.
Program itu dianjurkan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare).
Dr Fauziah antara 13 aktivis ditahan pihak berkuasa Israel semasa mengikuti pelayaran kapal Zaytouna-Oliva dalam misi WBG ke Gaza yang diasaskan Freedom Flotilla Coalition (FFC), awal Oktober lalu.
Ketika ditanya misi WBG akan datang, Dr Fauziah berkata, satu mesyuarat dijangka diadakan pada Mei tahun depan di Stockholm, Sweden bagi membincang dan memperincikannya.
"Selagi sekatan Israel ke atas Gaza tidak dipecahkan, maka misi flotila tidak akan dihentikan," katanya yang juga penasihat pertubuhan bukan kerajaan "Rose2Rose".
Read More / Baca Lagi >>

Sentuh Perkara 153, Syed Ali selar Andy Yong

Posted: 16 Dec 2016 05:52 PM PST

Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar naib ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong yang menyarankan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan dipertimbangkan semula, yang menyentuh kedudukan orang Melayu.
Kenyataan itu, tegas Syed Ali, kenyataan itu "amat berbahaya yang seolah-olah berbau hasutan dan boleh menyebabkan berlaku ketegangan antara orang Melayu dengan bukan Melayu".
Syed Ali juga menganggap pandangan Yong itu sebagai "mencabar" Umno.
"Pandangan itu terlalu biadab dan mencabar Umno sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini," tegas Syed Ali dalam satu catatan blog semalam.
Sebelum itu, Yong dilaporkan berkata mungkin masanya untuk mempertimbangkan semula Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan melaksanakan penilaian meritokrasi berbilang kaum yang adil dalam bidang sosial, pendidikan dan ekonomi negara.
Ini, kata Yong, adalah kerana orang Melayu kini mampu cemerlang dalam persekitaran yang kompetitif.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO tidak sabotaj program pembangkang.?

Posted: 16 Dec 2016 05:44 PM PST

KOTA KINABALU – Kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menuding jari kepada UMNO yang didakwa mensabotaj aktiviti jelajah Warisan dianggap satu tuduhan liar dan tidak berasas sama sekali.
Kenyataan Presiden Warisan (Mohd. Shafie) itu sebagai terdesak, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Semporna, Datuk Ramlee Marahaban berkata, kegagalan sambutan jelajah Warisan di beberapa kawasan di negeri ini adalah bukti kesetiaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Malah, tegas Pembantu Menteri Kewangan negeri itu, Mohd. Shafie perlu akur bahawa Warisan tidak mendapat tempat di hati rakyat Sabah.
"Ingin saya nyatakan di sini bahawa UMNO tidak pernah sesekali melakukan sabotaj ke atas aktiviti pembangkang sebaliknya prinsip kita adalah turun padang bertemu rakyat.

"Oleh itu, sekiranya masyarakat lebih memilih untuk hadir ke majlis yang dianjurkan UMNO berbanding Warisan, beliau (Mohd. Shafie) perlu akui dan sedar diri bahawa Warisan tidak mendapat tempat di hati rakyat," katanya kepada wartawan pada Khamis.
Pada Rabu lalu, sebuah akhbar melaporkan Mohd. Shafie sebagai berkata, Warisan kini semakin popular dalam kalangan rakyat negeri ini hingga menimbulkan kebimbangan bagi UMNO.
Mohd. Shafie turut mendakwa, kebimbangan itu dilihat melalui program-program yang dianjurkan UMNO dengan tujuan untuk mensabotaj aktiviti Warisan di sesuatu kawasan.
Dalam pada itu, Ramlee menambah kenyataan Presiden Warisan (Shafie) yang kononnya mahu menstruktur semula Yayasan Sabah dan menukar pemberian geran komunal kepada geran persendirian disifatkan Ramlee sebagai satu kenyataan lucu.
Ini jelas Ramlee kerana, pada tahun 1994, Mohd. Shafie merupakan antara individu yang cuba untuk `meruntuhkan' kejayaan Yayasan Sabah melalui penyenaraian secara tidak telus (back door listing).
Ketika itu Shafie menggunakan Aman Takzim dengan syarikat NBT untuk menyenaraikan secara tidak telus.
"Apabila beliau (Mohd. Shafie) bercakap mahu menyusun semula Yayasan Sabah, kita terpanggil untuk membetulkan perkara ini.
Read More / Baca Lagi >>

‘PENDERHAKA, PENGKHIANAT SEPERTI DR MAHATHIR TIDAK WAJAR DILAYAN...

Posted: 16 Dec 2016 05:26 PM PST

Bekas menteri kanan kerajaan, Tan Sri Rafidah Aziz baru-baru ini menyatakan rasa tidak percaya bahawa jemputan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Yang Dipertuan Agong ke-15 yang sudah berlalu dengan gilang gemilang itu dibatalkan.
Bukan beliau sahaja terkejut, apa lagi Dr Mahathir adalah penerima anugerahkan Darjah Tertinggi Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi pastinya juga di kalangan rakyat.
Atas alasan penerima anugerah itu sahaja Rafidah dikatakan berhak dijemput, apalagi sebagai bekas Perdana Menteri yang masih hidup.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, pembatalan undangan kepada Dr Mahathir ke istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara, Selasa lalu bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Dr Ahmad Zahid menjelaskan, beliau telah membuat semakan terhadap pembatalan undangan kepada bekas perdana menteri itu dan mendapati urusan tersebut adalah di bawah kuasa Istana Negara.
Malah, katanya kalau ada yang tidak berpuashati (mengenai perkara itu), sila menghadap (Yang di-Pertuan Agong) untuk mendapatkan penjelasan dan jangan salahkan orang lain.
Elok jika tidak dibahaskan mengenai surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada Dr Mahathir yang membatalkan undangan ke istiadat tersebut yang tersebar di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan di Istana Negara sudah  berlansung pada 13 Disember di Istana Negara. Ia berjalan lancar. Yang dirancang sudah berlangsung dengan baik. Alhamdulilah.
Jika dibahas atau dipersoalkan, akan nanti  timbul syak wasangka  atau perasaan curiga bahawa Dr Mahathir menggunakan inidividu atau pertubuhan tertentu untuk 'menyerang balas' terhadap individu atau sesiapa sahaja dalam isu jemputan kehadirannya pada majlis itu.
Jangan pula terjadi seperti serangan media asing terhadap Perdana Menteri dan kerajaan yang menganggap Malaysia sebagai negara kleptokrasi,  yang akhirnya Dr Mahathir dan kumpulannya dipersalahkan terus-terusan.
Dr Mahathir dijadikan sasaran tanpa melihat sebab sebenar kepada punca dan sebab sebenar Malaysia diserang bertalu-talu oleh mereka.
Berucap pada anugerah Muammar Gaddafi di Tripoli 2005
Yang pasti, tiada jemputan untuk Dr Mahathir tidak sedikit pun menjejas atau menyebabkan cacat-celanya majlis gilang-gemilang itu. Juga tidak ada yang kesipuan di hari tersebut.
Dr Mahathir sendiri sudah menyatakan pendiriannya. Dia terbuka dan menerima ketentuan Illahi.
Institusi Diraja adalah hak Raja-Raja Melayu. Jika Penyimpan Mohor Besar bertindak sedemikian, kena patuhlah. Tiada soal jawab lagi.
Sudah dijelaskan dalam surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertarikh 5 Disember 2016 bahawa  Dr Mahathir telah dimaklumkan bahawa jemputan kepada beliau telah ditarik balik untuk mengelak "kesipuan", kerana tempat duduk tidak disediakan untuknya.
Tuan punya diri sudah patuh dengan pemakluman itu dan dalam masyarakat Melayu. titah amat difahami sebagai 'perintah'.
Masyarakat Melayu yang sebelum ini diajar dan bagi yang pernah mengambil mata pelajaran sastera ketika di Tingkatan Enam untuk peperiksaan HSC dan STPM, khususnya pada tahun 1960-an dan 1970-an,  disyaratkan membaca Hikayat Hang Tuah.
Rasa cinta dan taat kepada Raja sudah diasuh begitu lama, iaitu sejak zaman remaja agar tidak menderhana kepada Raja dan negara.
Dengan kata lain kepatuhan kepada titah hendaklah dibuat atau diikuti seperti kepatuhan Hang Tuah apabila dijatuhkan hukuman bunuh. Pahlawan Melayu terbilang itu mematuhinya.
Hang Tuah bukan sekadar mengelak 'kesipuan' untuk dirinya jika dia memohon hukumannya dipertimbangkan tetapi juga demi menjaga air mula beberapa pegawai tinggi istana yang menjadi 'penyangak'.
Bacalah Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu untuk ketahui siapa 'penyangak itu'.
Malah, selepas ada pihak yang terpaksa mengalami 'kesipuan', mungkin termasuk Sultan Melaka sendiri, apabila diminta membunuh Jebat, Hang Tuah rela dan redha untuk bertindak kerana kehendak Raja walaupun hakikatnya Hang Jebat adalah orang yang sangat disayanginya.
Hang Tuah tidak sekali-kali menderhaka kepada Rajanya.
Dengan kata lain, Hang Tuah turut menjaga maruah Sultan Melaka agar tidak mengalami 'kesipuan' besar akibat tindakannya sendiri kerana menjatuhkan hukuman terhadap pahlawan berjasa itu.
Apa yang berlaku kepada Dr Mahathir tempoh hari amat kecil dan kerdil berbanding dengan apa yang dialami oleh Hang Tuah dalam isu 'kepatuhan' ini.
Juga jadikanlah kepatuhan seperti yang berlaku kepada Ahmad Razif Abdul Rahman yang ditarik pingat kebesarannya pada April lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz Tegur PAS Supaya Ukur Baju Di Badan Sendiri

Posted: 16 Dec 2016 05:12 PM PST

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dato Seri Mukhriz Mahathir menegur PAS supaya mengukur baju di badan sendiri berkaitan dengan sikap PAS yang pada satu masa nak bersama untuk wujudkan pertandingan satu lawan satu, tetapi dalamasa yang sama nak bertanding di 70 buah kerusi parlimen.

Mukhriz juga meminta supaya PAS melihat dimana kekuatan dan kelemahan kita, melihat dimana kelemahan boleh menjadi kekuatan jika berganding dengan kawan-kawan yang lain yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib Razak dan Rosmah Mansor daripada pucuk pimpinan negara seterusnya kita dapat menubuhkan kerajaan baharu.

Mukhriz menyatakan demikian di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam malam kelmarin yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.

Sebelum ini, sewaktu pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang pernah meminta parti-parti yang ingin bertanding waktu itu supaya mengukur baju di badan sendiri.

Kini, kata-kata Haji Hadi itu telah dikembalikan semula kepadanya oleh bekas Menteri Besar Kedah supaya PAS bersikap realistik di dalam membuat keputusannya dan mengukur baju di badan sendiri.

Beberapa hari lalu pula, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan satu lagi syarat baru, khususnya kepada PPBM, jika ingin menjalin kerjasama dengan parti itu.

Syaratnya ialah tidak bertanding di 70 kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu.

Pas meletakkan syarat demikian kerana beranggapan 70 kerusi itu adalah milik mereka, meskipun dalam PRU 13 lalu ia hanya menang 21 kerusi Parlimen saja.
Read More / Baca Lagi >>

Survei IDE: Anwar Masih Popular dan Relevan

Posted: 16 Dec 2016 07:11 AM PST

Merujuk kepada laporan SINAR HARIAN bertarikh 15 Disember 2016, Khamis, bertajuk "LUPAKAN ANWAR", adalah berbeza dengan dapatan Kajian Survei Persepsi Rakyat Selangor 2016 yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE). Survei yang dijalankan menunjukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) masih lagi ikon yang memberi kesan kepada perkembangan politik negara.
Kajian, mendapati beliau masih relevan dalam perkembangan politik ini. Berdasarkan survei IDE yang dijalankan pada 26 Ogos 2016 hingga awal September 2016 melibatkan 1761 orang responden. Kajian tersebut dilakukan secara bersemuka melibatkan kaum Melayu, Cina dan India di 56 DUN Selangor. Survei menunjukkan bahawa 51% responden rakyat Selangor percaya bahawa DSAI telah dizalimi dan perlu segera dibebaskan dari penjara. Peratusan tersebut meningkat daripada Survei sebelum ini sebanyak 43% yang dijalankan oleh IDE pada November 2015. (Rajah 1) Malah 40% responden juga bersetuju bahawa DSAI perlu menerajui pimpinan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan kecemerlangan negara. 44% responden juga bersetuju bahawa pembebasan DSAI mampu menyatukan kembali parti-parti yang menentang BN dalam PRU ke-14. (Rajah 1)
Ketokohan beliau juga terserlah apabila digandingkan dalam soalan berhubung dengan tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin Malaysia. Beliau menduduki tangga tertinggi 30% lebih popular selepas Tun Mahathir Mohamad dan tokoh-tokoh lain. (Rajah 2) Beliau juga menduduki tangga tertinggi sebanyak 29% menjadi pilihan pengundi Belia Selangor. (Rajah 4) Melihat kepada perincian sokongan berdasarkan kaum, DSAI masih lagi tinggi merentasi 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. (Rajah 3)
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kajian penyelidikan ini menunjukkan DSAI masih popular dikalangan rakyat Malaysia dan pastinya isu-isu perjuangan beliau termasuk berkaitan dengan keadilan dan demokrasi adalah relevan. © Kluster Penyelidikan, Institut Darul Ehsan (IDE).
PROFESOR DR. SHAHARUDDIN BADARUDDIN
Ahli Lembaga Pengarah /
Pengerusi Kluster Pendidikan Politik & Demokrasi Institut Darul Ehsan (IDE)






Pemimpin pilihan Melayu: Populariti Dr M atasi Anwar

Posted: 16 Dec 2016 07:05 AM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pilihan utama orang Melayu sebagai tokoh pembangkang yang mampu memimpin negara ini, berdasar satu tinjaun.
Tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati seramai 29 peratus memilih Mahathir, diikuti pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang masing-masing mendapat mata 25 peratus.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 13 peratus.
Bagaimanapun, jumlah yang memilih pemimpin popular DAP Lim Kit Siang di kalangan orang Melayu jauh terlalu sedikit, iaitu hanya 1 peratus.
Bagaimanapun trend ini berbeza sama sekali di kalangan kaum Cina dan India.
Bagi kaum Cina, Lim masih pilihan utama sebanyak 42 peratus, diikuti Anwar (31 peratus), Mahthir (14 peratus) dan Muhyiddin (9 peratus). Hanya tiga peratus orang Cina memilih Hadi.
Masyarakat India pula menjadikan Anwar sebagai pilihan utama (40) peratus), diikuti Mahathir (33 peratus) dan Muhyiddin (19 peratus).
Bagi kaum India pula, Hadi dan Lim sama-sama tidak popular. Hadi mendapat dua peratus manakala Lim mendapat 6 peratus.
Tinjauan itu dijalankan bermula 26 Ogos hingga awal September tahun ini melibatkan 1,761 responden.
Ia dilakukan secara bersemuka di 56 DUN di Selangor.
Daripada aspek keseluruhan pula Anwar masih mendepani populariti sebagai tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin negara ini.

Read More / Baca Lagi >>

20 NGO disyaki terima dana asing disiasat, kata Nur Jazlan

Posted: 16 Dec 2016 07:02 AM PST

Siasatan perlu dilakukan kerana banyak negara digulingkan melalui cara NGO digunakan pihak luar, kata timbalan menteri dalam negeri
nur-jazlan_rasuah_malaysia_60012
JOHOR BAHRU: Kira-kira 20 daripada 50,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) disiasat sejak November kerana disyaki menerima dana yang meragui daripada individu serta organisasi luar negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jumlah NGO yang disiasat berhubung perkara itu mungkin bertambah pada masa hadapan memandangkan polis tidak merancang untuk menghentikan skop penyiasatan sehingga kini.
"Siasatan perlu dilakukan untuk memastikan NGO-NGO ini tidak menjadi muka depan kepada pihak tertentu yang berniat menggugat demokrasi negara, kerana banyak negara di Barat dan juga mungkin di Asia telah digulingkan melalui cara NGO digunakan oleh pihak luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pencarian Ikon Muslimah Johor 2016 di sini hari ini.
Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas perkembangan siasatan terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang dipercayai melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dengan menggunakan dana yang diterima daripada Open Society Foundation (OSF).
Menurut laporan berita, OSF yang dipengerusikan George Soros itu, bukan sahaja menyalurkan dana kepada Bersih tetapi dipercayai turut membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya dan disyaki bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.
Nur Jazlan berkata biarpun perkara mengenai wang atau dana asing yang masuk ke dalam negara adalah di bawah tanggungjawab Bank Negara, namun polis perlu memastikan bahawa dana itu tidak digunakan bagi tujuan menggugat kestabilan dan demokrasi negara.
Read More / Baca Lagi >>

M'sia baru minta penjelasan dakwaan aset tentera China di Laut China Selatan

Posted: 16 Dec 2016 07:01 AM PST

Malaysia akan menuntut penjelasan China berhubung dakwaan peletakan aset ketenteraan republik itu di tujuh pulau buatan di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan menulis surat kepada rakan sejawatannya di China, Jeneral Chang Wanquan dalam tempoh terdekat bagi tujuan berkenaan.

"Saya juga akan menulis surat kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Ashton Carter berhubung gambar didedahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Amerika Syarikat, Inisiatif Ketelusan Maritim Asia (AMTI) menunjukkan (didakwa) aset tentera China yang diletakkan di perairan itu," katanya di majlis serah terima tugas Panglima Angkatan Tentera ke-19 di ibunegara hari ini.

Beliau berkata perkara itu boleh menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat antarabangsa malah mampu menggugat kestabilan dan keamanan di Laut China Selatan sekiranya dakwaan itu terbukti benar.

Terdahulu, Hishammuddin menyaksikan majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Panglima Angkatan Tentera ke-19 antara Jen Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin dan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan.

Raja Mohamed Affandi yang sebelum ini menjawat jawatan Panglima Tentera Darat selama kira-kira tiga tahun secara rasmi dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke-19 hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

ZAHID HAMIDI LAMBAT, MARAHLAH KJ KALAU MACAM NI...

Posted: 16 Dec 2016 06:04 AM PST

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil menjelaskan bahawa pembatalan undangan kepada Tun Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong ke 15 di Istana Negara, Selasa lalu bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri.

Menurutnya, beliau telah membuat semakan terhadap perkara itu dan mendapati urusan tersebut adalah di bawah kuasa Istana Negara.
"Bahagian istiadat hanya menerima arahan. Jangan salahkan bahagian istiadat Jabatan Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri sendiri.

"Kalau tidak berpuas hati sila menghadap Yang Dipertuan Agong untuk mendapatkan penjelasan, jangan salahkan orang lain," kata Zahid lagi.

Tapi, hari ini sudah 16hb Disember sedangkan berita mengenai pembatalan jemputan kepada Tun Mahathir itu sudah tersebar sejak 7hb Disember lagi?

Kenapa Zahid mengambil masa begitu lama untuk membuat semakan?

Bukankah sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Zahid sepatutnya boleh membuat semakan dengan lebih cepat lagi?

Bukankah juga, Khairy Jamaluddin sudah mengingatkan bahawa sebarang dakwaan mengenai kerajaan mesti dijawab atau dijelaskan dalam tempoh tidak melebihi dua hari?
Read More / Baca Lagi >>

Lupakan Pas, rakyat sudah faham undi Pas sama undi Umno@BN

Posted: 16 Dec 2016 05:26 AM PST

Tidak ada gunanya untuk memujuk Pas berjuang bersama Pakatan Harapan dalam PRU14 kerana parti itu sudah mula sebati dengan Umno, tegas Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.
PORT DICKSON, 3 Okt -- Penyokong-penyokong PAS berarak sambil membawa bendera parti ketika proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, hari ini. Pilihan raya kecil DUN itu yang akan berlangsung pada 11 Okt ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.  Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN 4 Sept lalu. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA"Ini sudah menjadi rahsia terbuka. Apabila parti itu sudah berjinak dengan Umno, tidak perlu untuk pemimpin-pemimpin pembangkang memujuknya lagi," ujar beliau dalam satu kenyataannya.
Beliau berkata, Pas dan Umno sudah mempunyai agenda mereka sendiri, samada MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti komponen Barisan Nasional dari Sabah & Sarawak akan merestui perkahwinan Pas-Umno itu belum pasti lagi.
Pakatan Harapan katanya, harus bersedia untuk menghadapi kedua-dua parti itu dengan berani, walaupun besar kemungkinan terpaksa berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dalam banyak kerusi.
"Tetapi, rakyat boleh menentukan parti-parti manakah yang boleh membawa perubahan dan selamatkan rakyat dan negara ini," kata beliau.
Sivakumar berkata, Pakatan Harapan tidak boleh tunggu untuk sesiapa lagi sebaliknya perlu mengatur strategi dan turun padang dengan serta merta untuk memberi penjelasan.
"Kita perlu menjernihkan air yang keruh. Perkara ini bukanlah mudah. Tetapi, perlu dilakukan demi menyelamatkan negara kita daripada perompak dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengannya," ujar beliau lagi.
Jika Pakatan Harapan mempunyai strategi yang baik, jelas Sivakumar, beliau yakin pertandingan tiga penjuru tidak menjadi masalah lebih-lebih lagi apabila rakyat mengetahui muslihat dalam hubungan intim Pas-Umno.
Beliau berkata, rakyat Malaysia dapat menilai sendiri tindak tanduk Pas dan Umno dan biarlah mereka membuat keputusan sendiri samada benar atau tidak undi Pas adalah undi untuk Umno.

Kalau tiga penjuru maknanya Pas dipekuda Umno, kata Mukhriz

Posted: 16 Dec 2016 04:41 AM PST


Datuk SeriMukhriz Mahathir Datuk SeriMukhriz Mahathir Sekiranya ditakdirkan berlaku pertandingan tiga penjuru ekoran keengganan Pas menyertai kerjasama bersama pembangkang, ia bermakna parti Islam itu telah berjaya diperkudakan Umno, kata Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Berucap di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam kelmarin bekas Menteri Besar Kedah itu berkata Pas tidak akan untung jika pertandingan tiga penjuru berlaku.

"Kalau tiga penjuru saya nampak seolah-seolah Umno ini perkuda Pas. Dia guna Pas hanya untuk pecah undi pembangkang dan akhirnya Umno untung. Jadi kat mana untung untuk Pas," katanya.

Mengharapkan telahannya itu silap, namun Mukhriz berkata jika Pas mahu bersama Umno, parti itu perlu bertegas agar tidak belaku pertandingan tiga penjuru khususnya dengan Umno itu sendiri.

"Kalau depa nak bersama Umno saya ingat itu keputusan silaplah. Tapi kalaulah dia nak bersama Umno, pakat dengan Umno betul-betul biar berlaku satu lawan satu," pesannya agar Pas tidak hanya menjadi mangsa percaturan politik Umno.

Bagaimanapun kata Mukhriz, peluang untuk Pas menang adalah lebih cerah jika parti itu memilih untuk bekerjasama dengan PPBM dan Pakatan Harapan dan melawan BN secara satu lawan satu.

Read More / Baca Lagi >>

Srikandi PPBM lantik rasmi jawatankuasa sayap hari ini

Posted: 16 Dec 2016 04:38 AM PST


Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa sayap parti itu hari ini.
Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin berkata, pelantikan rasmi empat jawatankuasa penggerak utama sayap telah mendapat pengesahan daripada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka yang disenaraikan dalam jawantakuasa tertinggi Srikandi ialah:
1.Timbalan Ketua Srikandi: Nafea Rostam
2.Penolong Setiausaha Srikandi: Norizan Idris
3.Penolong Bendahari: Fatin Fariza Abdul Halim
4.Ketua Penerangan :Siti Farah Abu Hassan
Anina berkata dengan pelantikan sayap Srikandi ini dapat menguatkan kuasa wanita baru yang membawa aspirasi sebenar seluruh rakyat negara inni.
Beliau juga berkata, bagi perlantikan senarai penuh Ketua-Ketua Srikandi Negeri dan Exco Pusat akan diumumkan tidak berapa lama lagi.
"Ianya akan dibarisi oleh pemimpin-pemimpin baru yang segar dan terdiri dari pelbagai latar belakang yang bakal menjadi role model kepada arena politik tanahair.
"Tahniah dan selamat bertugas kepada yang telah dilantik," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini pada November lalu PPBM mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan parti itu dengan melantik Naib Presiden penaja Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Presidennya.
Jawatan Naib Presiden diisi bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman dan peguam Datuk Abdul Rashid Asari.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah yakin PRU 14 awal 2017, letak calon ‘oomph power’

Posted: 16 Dec 2016 04:15 AM PST


Read More / Baca Lagi >>

Bertanding di kawasan majoriti Cina, niat Pas pertahan BN semakin jelas

Posted: 16 Dec 2016 02:10 AM PST


Datuk Husam Musa Datuk Husam Musa Cadangan Pas untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina yang kini diwakili DAP menjelaskan hasrat sebenar parti itu untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dan tidak mengalami kekalahan dalam PRU14 akan datang.
Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk Husam Musa berkata sikap Pas untuk bertanding semula di semua kawasan yang ditandingi parti itu dalam PRU13 masih boleh difahami kerana perundingan untuk pembahagian kerusi di kalangan parti-parti pembangkang belum pun bermula.
"Di kawasan-kawasan majoriti Cina yang bertanding melawan DAP ialah komponen-komponen BN selain Umno termasuk MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain.
"Motif Pas jika bertanding di kawasan seperti ini tentulah sama sekali bermatlamat untuk menang sebaliknya satu percubaan untuk memecahkann undi di kalangan pembangkang dan secara tidak langsung berusaha memenangkan parti komponen BN," katanya ketika berucap di majlis dialog bersama pimpinan Amanah di rumah Mejar Zaidi, depan rumah pam Kemubu, Ketereh semalam.
Dengan cadangan baru persempadanan semula yang dicadangkan SPR katanya, keadaan menjadi lebih teruk kerana kawasan-kawasan majoriti Cina yang dulu hanya kebanyakannya sekitar 60 peratus, kini boleh meningkat sehingga 80 peratus ke atas.
"Boleh tuan-tuan bayangkan Pas meletakkan calon di kawasan seperti ini dan mereka berkata kita akan menang dengan kehendak Allah.
"Sedangkan semua orang akan faham bahawa tujuan permainan seperti ini adalah untuk mengukuhkan BN," katanya.
Husam berkata, BN kini sedang menghadapi situasi amat kritikal dan tentulah tindakan Pas ini akan membuatkan mereka cukup gembira.
"Skandal 1MDB yang sedang diburu oleh pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat dan Singapura kini diheret pula dengan perjanjian pelaburan pembinaan pakej keretapi laju dengan negara China.
"Semua penganalisa di dalam danluar negara menganggap perbezaan harga antara harga sebenar dan harga yang dipersetujui yang dianggarkan melebihi RM25bilion adalah bertujuan untuk pihak 1MDB membayar sejumlah wang yang tersalah bayar kepada sebuah syarikat di Dubai," katanya.
Menurutnya tindakan seperti ini adalah memperjudikan nasib masa depan negara terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu beberapa tahun akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor dibenar cabar persempadanan semula SPR

Posted: 16 Dec 2016 02:09 AM PST

Kerajaan negeri kini berusaha menghalang SPR daripada mengadakan inkuiri mengenai persempadanan semula yang dicadangkan.
Ambiga-SreenevasanPETALING JAYA: Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada kerajaan Selangor mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melakukan persempadanan semula, hari ini.
Kerajaan Selangor yang diwakili peguam Datuk Ambiga Sreenevasan diberi kebenaran bagi semakan kehakiman tanpa sebarang tentangan.
"Pada dasarnya, Jabatan Peguam Negara tidak menimbulkan sebarang bantahan, jadi kebenaran itu diberikan," katanya kepada pemberita.
Ambiga berkata kerajaan negeri berusaha mendapatkan penangguhan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan untuk menghentikan SPR daripada mengadakan inkuiri mengenai persempadanan semula yang dicadangkan, sambil menambah Jabatan Peguam Negara membantah permohonan itu.
Kerajaan Selangor memfailkan inkuiri pada Oktober terhadap SPR berhubung persempadanan semula yang dicadangkan di negeri ini.
Kerajaan negeri memohon pembatalan notis pelaksanaan syor itu yang dikeluarkan SPR.
Ia mendakwa notis itu melanggar Perkara 113 (2) dan Seksyen 2 (c) dan 2 (d) Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan negeri juga memohon deklarasi yang notis cadangan itu kurang terperinci dan boleh menyebabkan pengundi, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri tidak dapat menjalankan hak Perlembagaan mereka untuk membuat representasi.
Kerajaan Selangor juga memohon perintah untuk mengarahkan suruhanjaya menyiarkan notis baharu mengenai cadangan itu.

Rumah mampu milik: Pegawai kerajaan digesa isytihar harta - Syed Saddiq

Posted: 16 Dec 2016 01:50 AM PST

Rani Kulup beri amaran pada PBB

Posted: 16 Dec 2016 01:46 AM PST

'Bashar dan sekutunya kejam sembelih, rogol dan bakar rakyat Syria'

Posted: 16 Dec 2016 01:46 AM PST

Comments (0)