Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:00 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tan Sri Tunku Salehhuddin dimasyurkan sebagai Raja Muda Kedah

Posted: 14 Dec 2016 09:38 PM PST

 Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Temenggong, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff berkenan hadir pada Majlis Pemasyhuran Pelantikan Duli yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah di Istana Anak Bukit hari ini. Foto Bernama. Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Temenggong, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff berkenan hadir pada Majlis Pemasyhuran Pelantikan Duli yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah di Istana Anak Bukit hari ini.
Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah dalam majlis penuh istiadat di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit  hari ini.
Istiadat pemasyhuran pelantikan serta menjunjung duli itu diadakan sempena keberangkatan pulang Sultan Kedah setelah tamat tempoh lima tahun penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Isnin lalu.
Tunku Sallehuddin menggantikan Raja Muda Kedah sebelum ini, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, yang mangkat pada 29 Nov tahun lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat kegeringan.
Pengisytiharan pemasyhuran dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'Adzam Shah dan Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun.
Tunku Sallehuddin, yang juga adinda Sultan Kedah, melafazkan taat setianya untuk melaksanakan tanggungjawab secara jujur dan ikhlas malah akan sentiasa patuh dalam menjunjung titah Sultan Kedah.

Dr Afif Bahardin cadang PKR bergabung dengan AMANAH

Posted: 14 Dec 2016 09:18 PM PST

Cadangan penggabungan 2 parti ini PKR adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang, kata timbalan ketua Pemuda PKR.
AfifGEORGE TOWN: Amanah perlu bergabung dengan PKR untuk menghadapi pilihan raya akan datang, cadang timbalan ketua pemuda parti Dr Afif Bahardin, hari ini.
Beliau berkata demikian, susulan ketegangan hubungan antara kedua-dua parti sejak kebelakangan ini yang berpunca daripada pengagihan kerusi dalam pilihan raya akan datang.
Dr Afif, berkata Amanah berkongsi nilai yang sama dengan PKR dan bergabung adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang.
"Ini satu idea yang perlu dipertimbangkan. Kita mempunyai pemimpin yang kuat daripada kedua-dua parti dan mereka sangat serasi dengan kami.
"Saya mempercayai gabungan itu, jika ia berjaya, situasi akan berbeza dengan PAS.
"Pada dasarnya, Amanah dan PKR, seperti parti pembangkang lain yang mempunyai satu keinginan, iaitu Malaysia tanpa Umno dan BN," kata Dr Afif hari ini.
Afif berkata jika idea penggabungan itu diterima, ia sesuai dengan semangat bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menendang keluar BN.
"Amanah dan PKR mempunyai nilai yang dikongsi: mengambil jalan tengah, menyokong semua kaum, jalan Islam yang sederhana, mempertimbangkan kebajikan rakyat.
"Apabila kita bergabung, kita lebih baik. Masih ingatkah semasa kita bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia? Kita menjadi lebih kuat.
"Jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berjabat tangan dengan Anwar, apatah lagi Amanah dan PKR," katanya.
Afif mengulas perang mulut antara PKR dan Amanah berhubung pembahagian kerusi.
Bari-baru ini, Ketua Pemuda Amanah Sany Hamzan semasa konvensyen kebangsaan parti itu meminta kerusi Parlimen Batu diserahkan kepada kerusi Amanah.
Ia kini dipegang Naib Presiden PKR Chua Tian Chang @ Tian Chua.
Sany berkatanya, PKR mungkin mempunyai kesukaran mengekalkan kerusi Batu tanpa bantuan PAS, justeru jalan terbaik adalah Amanah mengambil alih.
Pada konvensyen itu, perwakilan Amanah juga menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberhentikan semua ahli PAS dalam Kabinet beliau.
Perwakilan mendakwa PAS menyebabkan "masalah" di peringkat akar umbi di Selangor, dengan Amanah cuba menembusinya.
Mengulas mengenai perkara dibangkitkan Amanah, Afif berkata Azmin memegang peranan pendamai antara Pakatan Harapan dan PAS, sejak berpisah daripada pembangkang.
Afif berkata Amanah tidak sepatutnya menggesa dengan cepat PAS berunduk kerana rakyat mengundi pakatan pembangkang termasuk parti Islam itu.
"Azmin memegang jawatan sebagai pendamai antara 2 parti itu. Dengan memastikan keamanan, beliau memastikan kerajaan Selangor berjalan lancar.
"Kerajaan boleh runtuh tanpa beliau," kata Afif.
Read More / Baca Lagi >>

Pas perlu fikir semula kerjasama dengan PPBM tanpa DAP dan Amanah

Posted: 14 Dec 2016 09:14 PM PST

Syarat ditetapkan Pas akan bekerjasama dengan  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  sekiranya tanpa Amanah dan DAP perlu di fikirkan semula, demi kepentingan rakyat, kata Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir.
"Kalau mereka fikir begitu memang susahlah. Kita tidak fikir Pas, walaupun apa jua yang telah mereka lakukan. Kami dalam Amanah tidak fikir perkara itu, kami fikirkan kepentingan rakyat.
"Menyelamatkan rakyat lebih besar daripada kepentingan peribadi. Ego harus letak tepi. Bagi Amanah, kita mahu pakatan lebih besar. Tapi, kalau orang tidak mahu, kita tidak boleh paksa," ujarnya dalam satu kenyataan dipetik hari ini.
Pada Selasa, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi Pas masa sehingga tahun depan untuk putuskan sama ada ia akan bekerjasama dengan pakatan pada pilihan raya akan datang.
Anuar berkata, partinya menghormati rundingan dilakukan PPBM dengan Pas, tanpa menyimpan rasa marah atau dendam. Walau bagaimanapun  ujarnya lagi, Pas perlu manfaatkan masa diberi sebelum memutuskan untuk bersama atau tidak dengan PPBM dan Pakatan Harapan dalam mewujudkan pembangkang yang lebih besar.
"Kami dalam Amanah, tidak marah atau berdendam dengan sesiapa. Kita dalam Pakatan Harapan juga tidak membantah, kami beri ruang untuk PPBM berunding dengan Pas.
"Terpulang kepada Pas, bukan kami tidak beri ruang. Tetapi kami sekarang dah berada di landasan, 'bersedia untuk berlepas'. Enjin dah panas, jadi tidak boleh tunggu lama-lama," katanya.

PH perlu realistik, kembali fokus isu rakyat - Prof Dr Nik Ahmad Kamal

Posted: 14 Dec 2016 09:11 PM PST

 Amanah, DAP, PKR, Bersatu
Pakatan Harapan perlu realistik dan tidak hanya bersandarkan kekuatan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapat sokongan rakyat pada PRU14 akan datang.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, meskipun Anwar dilihat penting untuk Pakatan Harapan mendapat sokongan dan undi, tetapi faktor itu sahaja tidak menjamin kemenangan pembangkang.
"Tidak dinafikan faktor Anwar itu penting kepada Pakatan Harapan. Ia boleh menjadi satu kelemahan dan juga kelebihan kerana isu ini boleh jadi modal untuk PRU14.
"Isu Anwar mungkin relevan pada PRU11, 12 dan 13 tetapi ia semakin dilupakan. Pakatan Harapan tidak perlu lagi menekankan isu Anwar walaupun penting kerana semakin kurang didengari oleh pengundi.
"Banyak isu lain yang perlu dijaja dan diatasi oleh Pakatan Harapan. Itu semua faktor utama untuk menyedarkan rakyat supaya menyokong mereka," katanya kepada Sinar Harian,  semalam.
Bagaimanapun Nik Ahmad Kamal tidak menolak, isu ketidakadilan yang diutarakan PKR terhadap Anwar boleh dijadikan isu pada kempen PRU kelak, namun tidak boleh bergantung kepada faktor itu sahaja.
Beliau berkata, apa yang penting dilakukan Pakatan Harapan adalah fokus kepada isu permasalahan rakyat dan tidak meletakkan perjuangan membebaskan Anwar sebagai keutamaan.
"Tidak perlu tunggu PRU kalau jadi kerajaan, apa yang perlu dilakukan adalah meyakinkan pengundi dari sekarang," katanya.
Katanya, Pakatan Harapan tidak akan berdepan dengan soal kepimpinan, jika soal itu yang menjadi kebimbangan utama kepada mereka.
"Dari segi kepimpinan, saya rasa itu tidak menjadi masalah kerana mereka masih boleh berhubung dengan Anwar di penjara dan kepimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berjalan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

RAKAMAN PENUH KONVENSYEN NASIONAL KALI PERTAMA PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH)

Posted: 14 Dec 2016 08:52 PM PST

KONVENSYEN NASIONAL PARTI AMANAH NEGARA 10/12/2016 (SESI PAGI PERASMIAN)
KONVENSYEN NASIONAL PARTI AMANAH NEGARA 10/12/2016 ( SESI PETANG PERBAHASAN)
FORUM SANTAI KONVENSYEN 10/12/2016
KONVENSYEN NASIONAL PARTI AMANAH NEGARA 11/12/2016 ( SESI PAGI PERBAHASAN)
KONVENSYEN NASIONAL PARTI AMANAH NEGARA 11/12/2016 ( SESI PETANG PENGULUNGAN)

Mesej jelas Pas kepada Pakatan Harapan

Posted: 14 Dec 2016 07:35 PM PST


Oleh MUAMMAR QADDAFI
Sejak Pakatan Harapan ditubuhkan pada september 2015, tanda tanya mengenai kedudukan Pas dalam gabungan ini sentiasa menjadi persoalan, Pas dari awal sememangnya sudah menolak sebarang kerjasama politik dengan AMANAH dan DAP namun masih mengekalkan kerjasama mereka dengan PKR.

Seruan dan ajakan dari parti kompenan Pakatan Harapan kepada Pas untuk menjalin kerjasama politik sentiasa berterusan, walaupun banyak perkara yang tidak mampu dipersetujui secara bersama namun kesediaan parti parti dalam Pakatan Harapan untuk menerima Pas itu ada. Mereka percaya bahawa kerjasama politik semua parti pembangkang diperlukan untuk menewaskan Umno Bn pada pru 14 akan datang.
Namun pada masa yang sama, Pas mengulangi ketegasannya untuk tidak menerima AMANAH dan DAP sebagai sekutu politik, Pas mendakwa DAP adalah parti yang menentang perjuangan islam yang kononnya dibawa oleh Pas manakala AMANAH pula sehingga sekarang dianggap sebagai pengkhianat Pas.
Satu satunya yang menjadi orang tengah diantara parti pembangkang lain dengan Pas adalah PKR yang walaupun secara tidak rasminya Pakatan Rakyat sudah terkubur, namun kerjasama lama antara Pas dan PKR masih lagi dikekalkan, kerajaan negeri Selangor masih tidak secara rasmi mengumumkan mereka adalah kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya disebut hanya sebagai "Kerajaan Pakatan".
Namun, apabila Pas baru baru ini mengumumkan akan bertanding di kerusi Permatang Pauh, kerusi tradisi Anwar Ibrahim yang dimenanginya sejak kali pertama menyertai pilihan raya, dan menjadi simbol kegagahan dan keutuhan PKR, secara tidak langsung ia merupakan satu isyarat, atau mesej yang jelas kepada PKR dan Pakatan Harapan umumnya, bahawa Pas tidak lagi akan mempunyai sebarang kerjasama politik dengan PKR pada pilihan raya yang akan datang.
Tidak lama selepas pengistiharan ini, Pas Kuantan juga telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PKR Kuantan dalam pilihan raya yang akan datang kerana mendakwa komen komen di media Facebook wakil rakyat parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang dakwa mereka telah mengkritik pemimpin mereka. Disemak kembali sememangnya jelas bahawa Fuziah terlalu kerap mengkritik Presiden UMNO, Dato Seri Najib Razak terutamanya selepas perhimpunan solidiriti Rohingya baru baru ini yang dikatakan tidak kena pada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan untuk bertanding di Permatang Pauh adalah kemuncak mesej Pas bahawa mereka tidak lagi akan bekerjasama dengan PKR
Read More / Baca Lagi >>

Dr Dzulkefly saran MB Selangor bertindak tegas atasi birokrasi terhadap AMANAH

Posted: 14 Dec 2016 07:27 PM PST

Isu birokrasi yang dibangkitkan  pimpinan Amanah yang mendakwa berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor seharusnya dilihat dalam dua sudut berbeza dan diambil tindakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohd Azmin Ali.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia bukan sahaja membabitkan teguran seorang perwakilan negeri dalam Konvensyen Amanah Nasional yang diadakan Sabtu lalu semata-mata.
fb_img_1481568633739Bahkan isu yang dibahaskan oleh Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani itu ditujukan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Azmin Ali untuk diambil tindakan lanjutan.
"Konvensyen Amanah adalah forum terbaik bagi pemimpin akar umbi untuk menyampaikan pandangan dan kritikan pemimpin utama partinya. Mereka perlu diberikan semua saluran untuk menyatakan perbezaan pendapat.
"Kebimbangan utama mereka adalah bagaimana parti yang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan itu dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
"Sewajarnya kita (Pakatan Harapan) perlu membuat pertimbangan dan memberikan respon yang sesuai atau dengan bijaksana walaupun pandangan itu sangat kritis dan dihujah dengan cara yang keras," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan, mendengar perbahasan Jamzuri dan kenyataan balas yang dibuat oleh Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Syah Syed Osman pada Isnin lalu, ujarnya, beliau mula memahami punca berbezaan pandangan pemimpin pemuda dua parti  itu berlaku.
"Bagi Jamzuri dia membuat  dakwaan yang khusus ditujukan kepada Menteri Besar untuk mengeluarkan mana-mana ahli Pas yang menjadi punca berlakunya birokrasi dalam kerajaan negeri terhadap ahli akar umbi Amanah.
"Sebaliknya kenyataan itu dianggap tidak berasas dan memberi amaran kepada Amanah supaya tidak mengheret kerajaan negeri ke dalam 'persengketaan' Amanah dan Pas atau 'mahu meretakkan hubungan baik Pakatan Harapan'.
"Saya amat berharap jurucakap Pemuda PKR Selangor itu benar-benar memahami antara isu dan aduan," ujarnya.
Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Syah Syed Osman dipetik berkata, Jamzuri seolah-olah mendakwa kerajaan Selangor gagal meraikan Amanah sebagai parti komponen di negeri itu, tidak berasas, lapor Malaysia Dateline.
Dr Dzulkefly memberikan contoh kewajaran sekiranya ingin  'mengharamkan' dan 'menamatkan'  khidmat seorang guru agama yang telah mengajar beberapa dekad dan disukai oleh qariah sekitar masjid atau surau, hanya kerana mereka ahli Amanah adalah amat tidak adil dan dikesali.
Ujarnya lagi, amalan sebegitu hanya dilakukan ketika era pentadbiran Umno.
"Ia dilihat keji. Mereka mengajar ajaran Islam atau fiqh atau hukum dalam hal-hal ritual dan kepercayaan.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar terus relevan, iltizam bawa perubahan

Posted: 14 Dec 2016 07:21 PM PST

Penolakan semakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi penghalang untuk mengukuhkan semangat iltizam membawa perubahan di negara ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perjuangan membebaskan Ketua Umum KEADILAN itu akan terus dituntut kerana beliau difitnah dan dizalimi.

"Kita berjuang bukan untuk seseorang tetapi berjuang untuk seorang yang dizalimi dan perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia.
"Keputusan itu akan meningkatkan lagi semangat dan ini satu usaha untuk mengajak rakyat melakukan perubahan," katanya.
Mohamed Azmin turut mengajak semua pihak bekerjasama melakukan perubahan supaya kezaliman yang dilakukan kepada Anwar itu tidak berlaku kepada individu lain.
"Jika perkara ini boleh berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, bagaimana dengan rakyat biasa?
"Justeru, kita semua perlu bersatu membawa perubahan dan saya kira mesej itu penting untuk disampaikan kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)," katanya.
Pada masa sama, beliau turut menolak pandangan penganalisis yang mendakwa isu Anwar tidak lagi relevan dalam menghadapi pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama PAKATAN-BERSATU permulaan baik

Posted: 14 Dec 2016 07:18 PM PST

Perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan (PAKATAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) disifatkan permulaan baik bagi mewujudkan persefahaman antara parti pembangkang.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau optimis kerjasama itu akan berterusan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Bagi parti pembangkang, ini adalah satu permulaan baik untuk mewujudkan kerjasama dan tidak dilihat sebagai dua blok berbeza.
"Saya optimis terhadap perjanjian kerjasama itu," katanya mengulas perkara itu.
Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, kerjasama itu bukan perkara asing bagi negara maju yang dilaksanakan untuk membetulkan ketirisan dalam pentadbiran kerajaan.
"Kita sudah nyatakan dari awal mana-mana parti yang bersedia menerima agenda reformasi, kita raikan mereka," katanya.
Pada 13 Disember lalu, perjanjian bersama PAKATAN dan BERSATU ditandatangani bagi membentuk kerjasama politik dalam menghadapi Barisan Nasional (BN), pada PRU-14.

Kawan makan kawan: Ketua Pemuda DPPK seakan sindir Presiden Pas

Posted: 14 Dec 2016 07:13 PM PST



Mohamed Hanipah Maidin
Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu (DPPK), Nurul Islam Mohamed Yusoff yang mengatakan Amanah ibarat "kawan makan kawan"  sekiranya parti itu berhasrat meletakkan calonnya di kerusi tradisi PKR, seakan menyindir Pas dan Presiden Pas.
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipah Maidin berkata walaupun secara peribadi beliau tidak mengenali Nurul Islam, tetapi apabila beliau membaca kenyataannya itu,  beliau hanya mampu tersenyum dan ketawa sahaja.
" Macam mana saya tidak senyum dan ketawa kerana kenyataannya itu semacam menyindir Pas dan Presiden Pas.
"Bila cakap soal 'kawan makan kawan' mungkin Ketua Pemuda Pas Batu kena tanya Presiden dia sendiri soalan soalan berikut:-
" Bila Presiden Pas sendiri keluarkan watikah dan benarkan calon Pas bertanding di Dun Kota Damansara- kerusi PKR dan pernah dimenangi oleh PKR yang menyebabkan pertandingan 3 penjuru di Dun itu dan akhirnya memenangkan calon BN, itu bukan  'kawan makan kawan' ke saudara?
"Pas tak dikira 'kawan makan kawan' ke di Dun Sungai Aceh di Pulau Pinang saudara?
"Bila Presiden Pas tak mahu sokong dan berkempen untuk Dr Wan Azizah, calon PKR dalam pilihan raya kecil di Parlimen Permatamg Pauh, adakah itu tidak dinamakan "kawan makan kawan" ke saudara?
"Tahukah Ketua Pemuda Pas Batu bahawa para pemimpin Pas yang turun bantu Dr Wan Azizah pada masa itu majoritinya sekarang dalam kepimpinan utama Amanah?
"Bila Presiden Pas tak setuju Dr Wan Azizah jadi ketua pembangkang dan kritik pula kononnya Dr Wan Azizah tidak layak, adakah itu bukan 'kawan makan kawan' ke saudara?
"Bila Pas sanggup hantar hanya nama calon daripada Pas sahaja kepada Y.M Sultan untuk ditabal jadi MB Selangor dalam krisis MB Selangor, tidakkah itu ''uga tergolong dalam 'kawan makan kawan"? soal Hanipah dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar masih ada dua pilihan

Posted: 14 Dec 2016 06:21 PM PST

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai dua pilihan  lain berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak semakan berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Satu, mengemukakan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V atau kedua, permohonan untuk membatalkan kehilangan kelayakan berdasarkan Perkara 48 (3) Perlembagaan Persekutuan sekiranya permohonan pengampunan itu ditolak.
Pengamal undang-undang, Syahredzan Johan berkata, walaupun sebelum ini keluarga Anwar memfailkan permohonan itu dan ia ditolak oleh Lembaga Pengampunan Diraja, tiada mana-mana peruntukan undang-undang mengatakan permohonan itu tidak boleh dibuat berulang kali.
Anwar Ibrahim  "Anwar boleh mencubanya di hadapan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, dengan memfailkan permohonan itu sendiri," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, apabila permohonan itu dikemukakan, ia tidak bermaksud keputusan dan sabitan yang dibuat oleh mahkamah sebelum ini diketepikan.
"Dengan permohonan ini, sabitan terhadapnya masih ada cuma tidak perlu menjalani hukuman penjara lima tahun sebagaimana diputuskan oleh mahkamah," katanya.
Syahredzan berkata, opsyen kedua juga boleh digunakan bagi membolehkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding pada PRU14.
 "Apa yang boleh dilakukan, selesai menjalani hukuman penjara, beliau boleh mengemukakan permohonan membatalkan kelayakan kerana individu yang disabitkan kesalahan akan hilang kelayakan bertanding selama tempoh lima tahun.
"Sekiranya gagal, beliau perlu menunggu PRU 15 untuk bertanding," katanya.
Pada 16 Mac tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pada mesyuarat Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen pengampunan diraja yang difailkan oleh keluarga Anwar.
Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai ahli parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Pengorbanan besar Pas-Umno demi presiden parti

Posted: 14 Dec 2016 06:16 PM PST


Pilihan raya umum ke-14 bakal berlangsung selewatnya pada tahun 2018.
Namun ramai meramalkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak akan percepatkan tarikh pilihan raya sebagai jalan untuk mengelakkan Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya kali ini.
Sepanjang tempoh 3 tahun setelah BN berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya pada PRU13 yang lalu, tidak sedikit peristiwa besar yang berlaku, menimpa setiap parti dalam negara.
Daripada kematian tokoh tokoh utama parti seperti Karpal Singh, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim , serta perpecahan dalaman parti, tentunya sedikit sebanyak memberi impak kepada perjalanan parti bagi menempuh pilihan raya yang akan datang.
Mengulas soal perpecahan dalaman parti, perkara seumpama ini tidaklah hanya menimpa parti Pas, sebaliknya turut berlaku dalam parti parti besar yang lain, DAP umpamanya berlaku sedikit perselisihan apabila ada pimpinan yang tidak bersetuju Tun Mahathir dijulang oleh partinya, begitu juga PKR turut mengalami sedikit krisis dalaman pra Langkah Kajang.
Namun yang cukup besar perselisihannya sehingga kesannya mampu dilihat dengan jelas adalah perpecahan dalaman parti Pas dan Umno yang keduanya melahirkan dua parti baru dalam arena politik negara iaitu perpecahan dalaman Pas yang melahirkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Umno yang melahirnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pas,Umno berpecah kerana presiden masing masing?
Apa yang menarik tentang kedua perpecahan dalaman dan penubuhan parti baharu ini adalah dilihat pada punca umum keduanya, iaitu keduanya berpunca dari presiden parti masing masing.
Umno berpecah kerana mahu menyelamatkan Najib manakala Pas berpecah kerana hendak menyelamatkan Hadi Awang.
Kelompok kelompok dalam Umno enggan menurunkan Najib walaupun beliau sendiri merupakan liabiliti besar kepada Umno bermula dari dalam rumahnya,sehinggalah skandal skandal besar yang melibatkan Najib, 1MDB misalnya, isu ini mendorong tokoh-tokoh yang merasakan ia adalah perkara yang salah, bahkan berbahaya kepada kestabilan negara, lalu bertindak mengkritik dan mengesa Najib untuk berundur maka wujudlah dua kumpulan di dalam Umno, iaitu satu kumpulan diketuai oleh Najib selaku presiden Umno, dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Muhyidin Yasin namun didorong dan disokong kuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad , Tan Sri Muhyidin kemudiannya dipecat dari parti, dan beliau kemudiannya menubuhkan PPBM dan melalui pengaruh besar Tun Mahathir, ramai ahli ahli UmnO menyeberang dari parti lama mereka kepada serpihan baru Umno, PPBM.
Manakala di dalam Pas, demi mengekalkan kepimpinan dan kekuasaan Datuk Seri Abdul Hadi, perbagai kaedah dan cara jahat digunakan kelompok penyokong presiden dan seolah direstui tindakannya oleh pimpinan apabila tidak ada teguran keras terhadap usaha usaha tersebut demi menyingkirkan setiap yang tidak sealiran dengan pemikiran presiden, pimpinan pimpinan profesional difitnah dan dihina dengan segala macam penghinaan sehinggalah menyebabkan mereka tersingkir secara total dalam pemilihan parti tahun 2015 dan akhirnya mendorong mereka untuk menubuhkan sebuah parti baru yang membawa aspirasi dan cita cita rakyat, Amanah.
Kelahiran Amanah sekaligus bermakna Pas sekali lagi berpecah dengan sebahagian ahlinya keluar parti dan menyertai Amanah yang dilihat mempunyai wawasan dan visi yang lebih jelas untuk kembali menyelamatkan negara dari pemimpin dan pentadbiran yang korup dan bermasalah.
Kerjasama Pas-Umno demi kelangsungan politik Hadi dan Najib?
Perubahan besar politik Malaysia pasca PRU13 adalah kerana dua sosok ini, Umno pecah kerana Najib dan Pas pecah kerana Abdul Hadi. Apa yang terang, tiada perpecahan akan menguatkan parti, kewujudan dua serpihan baru sememangnya telah melemahkan kedua Pas dan Umno .
Dari sinilah timbul hubungan "samar samar" Pas dan Umno yang dakwa mereka demi Melayu dan Islam.
Namun kenyataannya, kebersamaan kedua pemimpin besar kedua pemimpin besar Pas dan Umno itu bukanlah demi Melayu dan Islam, kerana jika benar itu sebabnya, sejak PRU tahun 2004 lagi mereka bersama, hakikatnya kebersamaan mereka adalah demi menyelamatkan kedudukan masing masing dalam arena politik negara, mereka mungkin terselamat dan masih dilihat gah di takhta parti masing masing namun perpecahan yang berlaku telah menyebabkan kuasa bersaing mereka dengan parti parti besar lain telah menjunam jatuh.
Satu satunya kaedah untuk kembali menguatkan kedudukan parti masing masing adalah dengan kerjasama politik Pas dan Umno ataupun sekurangnya mereka dilihat bersatu dalam menentang musuh yang sama agar mereka mampu melemahkan musuh sebelum berdepan pilihan raya yang seterusnya, dan itulah yang mereka lakukan.
Read More / Baca Lagi >>

Konvensyen bersejarah pertegas landasan Amanah, Islam yang serasi dalam kepelbagaian

Posted: 14 Dec 2016 06:13 PM PST


Konvensyen Amanah Nasional kali pertama
Konvensyen bersejarah Parti Amanah Negara (Amanah) kali pertama di Pusat Kovensyen Shah Alam melabuhkan tirainya jam 6.15 petang Ahad, 11 Disember.
Sebaik doa penutup oleh Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin selesai, Speaker, Onn Ismail mengumumkan konvensyen berakhir dan lagu rasmi Amanah dimainkan.
Semua yang memenuhi dewan bangun.
Bersalaman, berpelukan dan ada yang kelihatan menitiskan air mata.
Konvensyen yang bermula dengan pidato presiden yang disampaikan oleh Mohamad Sabu, ternyata menarik minat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ucapan yang berani," komen Tun Mahathir sebaik ucapan selesai.
Beliau merujuk ulasan Mohamad terhadap amalan-amalan buruk yang wujud dalam masyarakat Islam.
Islam sebuah agama yang cukup garang terhadap rasuah, malangnya dalam negara yang ditadbir orang Islam rasuah berlaku hampir segenap peringkat.
Lebih memalukan diperlihatakan secara terbuka, malah ada yang dikatakan rasmi.
Lebih dahsyat golongan yang bergelar agamawan dan ulama hanya berdiam diri seperti redha gelaja ini berleluasa.
Bertolak dari situasi seperti inilah Amanah, kata Mohamad muncul di persada politik negara menyahut seruan "fastabiqul khairat" (berlumba-lumba membuat kebaikan) dengan mengurus kemajmukan rakyat negara ini.
Islam yang dibawa Amanah akan mencapai hasrat sebagai rahmat untuk semua.
Islam yang mengiktiraf kejadian manusia dijadikan dengan sifat kepelbagaian kaum, bangsa, budaya dan anutan agama.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut mengulas pidato presiden memberi keyakinan penuh bahawa parti Islam baru ini mampu bergerak jauh dengan landasan yang dipakainya.
"Ketika Umno dan sekutunya menggunakan taktik kebencian berasaskan perkauman dan menggunakan proganda fitnah ala Nazi, Amanah dengan berani menunjukkan sikap toleran dan matang dalam berpolitik," kata Lim sambil menunjukkan lukisan kartun yang menggambarkan beliau begitu berkuasa dalam kalangan parti-parti pembangkang.
Pada sesi perbahasan pidato presiden, ucapan yang disampaikan para perwakilan dari negeri-negeri dan sayap-sayap parti begitu memukau khalayak.
Wakil dari Kedah, Aris Awang memberi amaran keras kepada pemimpin-pemimpin Amanah supaya tidak mengulangi apa yang telah terjadi semasa parti lama dulu diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah.
"Amanah mesti ada mekanisma yang jelas supaya para pemimpin tidak bertukar menjadi diktator, menjadi musuh rakyat dan gilakan harta benda apabila berada di puncak kuasa," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Lalu Mahathir pun bersajak untuk orang muda

Posted: 14 Dec 2016 06:09 PM PST

Puisi atau sajak kebiasaannya ditulis untuk menyampaikan sesuatu maksud secara tersirat atau meluahkan perasaan terpendam.
Begitu juga bagi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau memilih untuk menulis sajak sebagai satu cara bagi meluahkan perasaannya baru-baru ini.
Sajak yang dihasilkan sendiri oleh penasihat kepada Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu bertajuk 'Pada Yang Muda Kusematkan Harap'.
Ia dikatakan dibaca pertama kali oleh Mahathir semasa satu program yang diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 10 Disember lalu.
Antara lain sajak itu merupakan pesanan Mahathir kepada golongan muda mengenai kebimbangannya terhadap masa depan negara, gejala rasuah seperti didakwanya sejak beberapa tahun lalu dan hutang berbilion ringgit yang ditanggung rakyat.
Dalam sajaknya kali ini, Mahathir sekali lagi meluahkan perasaan dengan mengatakan umurnya sudah semakin tua dan beliau tidak memerlukan sebarang kekayaan ketika sedang 'menunggu masa untuk bertemu Illahi'.
Berikut adalah sajak terbaru Mahathir:
Pada Yang Muda Kusematkan Harap
Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia
Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan
oleh pemimpin di puncak kuasa
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang
Pada mata tuaku
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok
Semuanya
untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa
Pada senja hayatku
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama
Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya
Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua tanpa mengira harga yang perlu dibayar
oleh cucu cicit kita setelah dia tiada lagi bernafas
Segala wang haram
Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus
Untuk dibayar oleh rakyat
Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka yang tiada lagi nilai dan hormat diri
Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama
Aku tidak dapat melakukan semua
Namun pada yang muda kusematkan harap
Untuk membetulkan Malaysia
Dengan bersama, BERSATU, berganding
Supaya ia tidak tenggelam
Dengan tangan kotor
Dan harganya dibayar
Oleh cucu dan cicit kita
Tun Dr. Mahathir Mohamad
10 Disember 2016
Ini bukan kali pertama Mahathir menulis sajak. Antara sajak popular beliau bertajuk 'Perjuangan Yang Belum Selesai' yang ditulis ketika masih menjawat jawatan perdana menteri dan presiden Umno.
Sajak itu juga pernah berkumandang ketika perhimpunan agung parti Melayu itu dan kerap disiarkan di kaca televisyen satu ketika dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

‘Jangan pujuk, Pas tak keliru’

Posted: 14 Dec 2016 06:04 PM PST


ALOR SETAR - Bukan Pas yang keliru, sebaliknya parti pembangkang yang masih keliru dengan pendirian yang dinyatakan Pas sebelum ini.
Demikian tegas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung pendirian Pas yang masih lagi belum memutuskan sama ada akan bersama Pakatan Harapan atau bekerjasama dengan BN.
"Parti pembangkang masih harap Pas bersama mereka, sebenarnya Pakatan Harapan dan Bersatu keliru. Pas tidak keliru, kenyataan Pas amat jelas ketika menyatakan syarat dan pendirian parti itu," katanya.
Menurutnya, jika pendirian Pas itu difahami secara tersurat, amat jelas Pas tidak bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak.
"Pemikiran pimpinan parti jelas belum bersedia bersama rakan-rakan dalam parti pembangkang, tidak perlulah membuang masa meminang atau memujuk Pas.Apabila Pas letak syarat sebegitu, bermakna mereka menolak secara baik," katanya.
Mahfuz berkata, jika Pas berminat sudah pasti diadakan rundingan terlebih dahulu sebelum letak syarat sebagai panduan.
Menurutnya, Pas hanya mempunyai dua pilihan sama ada kembali kepada gabungan pembangkang atau mewujudkan kerjasama politik dengan BN untuk menghadapi PRU14.
"Tidak semestinya Pas sertai BN, cuma perlu ada kerjasama elak pertembungan antara Pas dan BN. Jika berlaku pertembungan tiga penjuru, Umno akan merebut undi Pas, dan Pas juga akan rebut undi Umno, ia tidak beri keuntungan kepada kedua-dua parti," katanya.
Sebaliknya, katanya, sekiranya Pas-Umno seiring, mereka akan dapat gabungkan kekuatan undi itu.
"Itu antara yang perlu difikirkan oleh Pas. Ini kerana mereka yang lari dari Umno sokong Bersatu, yang lari dari Pas pula sokong Amanah, di mana mereka akan menyokong gabungan pembangkang," katanya.
Mengulas sama ada Pas sengaja guna taktik membuat keputusan di saat akhir, katanya, tidak mustahil Pas masih bergelut untuk meneutralkan ahli parti itu yang agak tegar menolak Umno.
"Mungkin sekarang dalam proses ubah minda ahli yang sebelum ini terikat pada amanat Presiden, Datuk Seri Abd Hadi Awang, supaya dapat menerima Umno untuk elak masalah menjelang PRU14," katanya.
Bagaimana pun, katanya, sekiranya masalah dalaman itu masih tidak dapat diselesaikan, PRU14 akan menyaksikan pertembungan antara Pas-gabungan pembangkang-BN.
"Gabungan pembangkang tanpa Pas dilihat lebih kuat untuk menang jika berlakunya pertembungan tiga penjuru," katanya.

Amanah nasihat Pas jangan tunggu lama

Posted: 14 Dec 2016 05:57 PM PST

Pas perlu manfaatkan masa  diberi sebelum memutuskan untuk bersama atau tidak dengan Bersatu dan Pakatan Harapan dalam mewujudkan pembangkang lebih besar.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, parti itu menghormati rundingan dilakukan Bersatu dengan Pas, tanpa menyimpan rasa marah atau  dendam.
"Kami dalam Amanah, tidak marah atau berdendam dengan sesiapa. Kita dalam Pakatan Harapan juga tidak membantah, kami beri ruang untuk Bersatu berunding dengan Pas.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir "Terpulang kepada Pas, bukan kami tidak beri ruang. Tetapi kami sekarang dah berada di landasan, 'bersedia untuk berlepas'. Enjin dah panas, jadi tidak boleh tunggu lama-lama," katanya.
Kelmarin, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi Pas masa sehingga tahun depan untuk putuskan sama ada ia akan bekerjasama dengan pakatan pada pilihan raya akan datang.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, syarat ditetapkan Pas akan bersama Bersatu sekiranya tanpa Amanah dan DAP perlu di fikirkan semula, demi kepentingan rakyat.
"Kalau mereka  fikir begitu memang susahlah. Kita tidak fikir Pas, walaupun apa jua yang telah mereka lakukan. Kami dalam Amanah tidak fikir perkara itu, kami fikirkan kepentingan rakyat.
"Menyelamatkan rakyat lebih besar daripada kepentingan peribadi. Ego harus letak tepi. Bagi Amanah, kita mahu pakatan lebih besar. Tapi, kalau orang tidak mahu, kita tidak boleh paksa," katanya.

BUKAN SAJA UMNO, MCA/MIC/GERAKAN PUN MAHU DIBANTU PAS JUGA

Posted: 14 Dec 2016 05:54 PM PST

Setelah bertegas agar 70 kerusi miliknya tidak diganggu oleh parti-parti lain yang ingin bekerjasama dengannya, Pas kini mengorak selangkah lagi dengan hasrat ingin bertanding di kerusi-kerusi DAP pula.

Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, oleh kerana antara Pas dan DAP tiada lagi persefahaman dan kerjasama, maka tidak menjadi kesalahan bagi parti itu untuk bertanding di kerusi-kerusi yang tradisinya ditandingi oleh DAP.
Bagi tujuan tersebut, tambahnya, Jabatan Pilihanraya Pas kini sedang menjalankan kajian mengenai perkara itu kerana berpandangan pihaknya berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.

Jika sebelum ini Pas berkeras memberi kata dua agar parti lain menjauhi DAP dan Amanah jika ingin bekerjasama dengannya dan kemudian meletakkan syarat agar 70 kerusi miliknya tidak diganggu, keinginan untuk turut bertanding di kerusi tradisi DAP jelas memperlihatkan nawaitu sebenar parti itu.

Pas ternyata bukan sangat ingin menang dan membentuk kerajaan, tetapi menyertai pilihanraya dengan lebih tujuannya untuk membantu dan memberi keselesaan kepada UMNO dan BN mengekalkan kuasanya.

Pas nampaknya sengaja meletakkan syarat-syarat sukar yang akhirnya menggagalkan rundingan dengan parti-parti lain dan seterusnya menghalalkan tindakan mereka untuk bersaing secara tiga penjuru.

Hakikatnya, memang itulah tujuan Pas sekarang ini.

Kalau bertanding di 70 kerusi dan persaingan tiga penjuru itu bakal memberi kelebihan kepada UMNO dan BN, hasrat bertanding di kerusi-kerusi DAP pula jelas merupakan bantuan secara langsung Pas kepada MCA, MIC dan Gerakan dengan cara yang sama iaitu memecahkan undi.

Secara umumnya, 51 kerusi yang ditandingi oleh DAP dalam piliharaya umum lalu ialah di kawasan bandar dan separa bandar di mana lawan mereka sejak dulu ialah sama ada MCA, MIC atau Gerakan.
Bermakna, dalam PRU 14 akan datang, tidak cukup dengan keinginan memberi kelebihan kepada UMNO untuk lebih selesa memenangi banyak kerusi, Pas juga melebarkan sayap bantuannya kepada parti-parti komponen BN juga dengan memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Ia dengan sendirinya menunjukkan Pas sudah melupakan atau tidak berdendam sama-sekali dengan MCA, MIC dan Gerakan meskipun parti-parti itu lebih terang dan terbuka menentang Akta 355 yang dibawa oleh Hadi Awang untuk memperkasa dan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.

Ini merupakan satu lagi bukti hebatnya Pas di bawah pimpinan Hadi Awang.

Selepas seminggu, apa tindakan terhadap Myanmar, tanya Amanah

Posted: 14 Dec 2016 05:49 PM PST

Selepas seminggu Hadi dan Najib di perhimpunan Rohingya, apa yang Nik Abduh telah buat, soal pemuda Amanah.Selepas seminggu Hadi dan Najib di perhimpunan Rohingya, apa yang Nik Abduh telah buat, soal pemuda Amanah.

Selepas seminggu perhimpunan Solidariti untuk Rohingya yang menggabungkan parti pemerintah Umno dengan Pas, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani konflik Rohingya.
"Himpunan tersebut kononnya bagi menunjukan keprihatinan Malaysia kepada warga Rohingya hanya retorik dan politik sentimen sahaja," kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil.
Bagi beliau, ia hanya dimainkan oleh pihak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana walaupun pihak kerajaan turun dalam demontrasi tersebut, tetapi tiada tindakan diambil oleh kerajaan samaada menegur secara rasmi pentadbiran Aung San Suu Kyi atau mendesak OIC, Asean atau PBB menghantar negara pengaman ke Myanmar.
Lebih malang lagi, katanya, apabila Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Mat yang turut hadir dan berucap di dalam himpunan tersebut juga hingga kini diam seribu bahasa walaupun tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak kerajaan.
"Sebagai 'penasihat', apakah langkah yang telah diambil bagi menyelesaikan konflik kemanusiaan ini?" soal beliau.
Bagi anak bekas presiden Pas itu, Datuk Fadzil Noor itu, pendirian Nik Abduh yang mesra Najib Razak dengan hadir dalam himpunan tersebut tetapi takut untuk menegur Najib Razak dalam skandal 1MDB menimbulkan persoalan tentang pendirian politik beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Ambil kira dua perkara penting sebelum perjanjian kerjasama dapat direalisasikan - Prof Dr Azmi Hassan

Posted: 14 Dec 2016 05:48 PM PST


Prof Dr Azmi HassanProf Dr Azmi HassanPenggunaan hanya satu logo, manifesto dan calon  akan dicapai sekiranya, Pakatan Harapan, PPBM dan Pas mengambil kira dua perkara penting terlebih dahulu untuk merealisasikannya kata, Penganalisis Geostrategi Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan.
"Pertama Pas bekerjasama dengan PPBM dan kedua isu pembahagian kerusi mestilah dapat diselesaikan.
"Tetapi mustahil akan berlaku satu lawan satu menentang BN.
"Ini kerana kehadiran  Amanah dan  PPBM dianggap parti junior yang belum terbukti agak sukar mendapat jumlah kerusi yang diharapkan oleh PKR, DAP dan Pas.
"Berdasarkan dua masalah ini yang sukar diselesai maka penggunaan satu logo, satu calon, satu manifesto Pakatan Harapan sukar jadi realiti," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas antara isi kandungan mengenai muafakat kerjasama itu antara Pakatan Harapan dengan PPBM yang dimeterai pada Selasa antaranya adalah hasrat penggunaan satu logo, calon dan manifesto bersama.
Beliau berkata pemeteraian perjanjian kerjasama itu hanya berasaskan kerjasama politik semata-mata.
"Kerjasama itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang diikat dengan perjanjian rasmi.
"Jika PPBM sertai dalam gabungan parti Pakatan Harapan maka tertutup terus pintu kerjasama dengan Pas," ujarnya.
Dalam sidang media diadakan juga Pengerusi PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan pengharapan dengan termeterainya kerjasama itu, persoalan pembahagian kerusi kepada parti itu akan dapat dipertimbangkan PKR, DAP dan Pas.
Ditanya bagaimana Pas mahu menyelesaikan isu perebutan kerusi tradisinya antara Amanah dan PPBM?
Read More / Baca Lagi >>

Pengampunan penuh atau Anwar perlu tunggu hingga usia 78

Posted: 14 Dec 2016 05:46 PM PST

Peguam berkata pengampunan penuh akan memadamkan hukuman penjara ke atas Anwar disamping menamatkan larangan 5 tahun berpolitik setelah dibebaskan pada 2020.
Anwar
PETALING JAYA: Peguam yang biasa menguruskan permohonan pengampunan berkata satu-satunya cara Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat kembali aktif dalam politik ialah menerusi pengampunan sepenuhnya oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ini kerana, pengampunan penuh bukan sahaja membebaskan Anwar daripada penjara, tetapi menamatkan larangan ke atasnya kembali aktif berpolitik disebabkan hukuman penjara 5 tahun yang sedang dijalaninya.
Peguam Jagjit Singh juga berkata permohonan itu perlu dibuat secara peribadi oleh bekas ketua pembangkang itu, dan bukan menerusi peguam atau ahli keluarga.
"Ia perlu ditandatangani oleh orang yang terkesan daripada keputusan mahkamah," Jagjit memberitahu FMT.
Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar supaya dibenarkan menyemak semula sabitan salah terhadap tuduhan liwat pada Februari tahun lalu.
Anwar, 69, sudah menjalani hukuman penjara selama 22 bulan di Penjara Sungai Buloh. Beliau didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada Jun 2008.
Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan tahun lalu, Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Jagjit yang pernah menguruskan permohonan pengampunan bekas menteri Datuk Mokhtar Hashim, yang didapati bersalah dalam pembunuhan Adun Gemencheh Datuk Mohamad Taha Talib pada 1982, berkata dalam semua kes, anak guamnya secara peribadi menandatangani permohonan pengampunan diraja.
Sebelum ini, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membayangkan akan sekali lagi memohon pengampunan diraja daripada Agong baharu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Tahun lalu, ahli keluarga Anwar membuat permohonan pengampunan bagi pihaknya tetapi ditolak Lembaga Pengampunan.
Seorang lagi peguam, S N Nair bersetuju hanya pengampunan penuh dapat memadamkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar.
Menurutnya, Anwar dilarang bertanding pilihan raya selama 5 tahun lagi selepas dibebaskan pada 2020 nanti.
"Beliau akan berusia 78 tahun ketika itu," kata Nair.
Peguam Kitson Foong berkata Anwar perlu menunjukkan penyesalannya dalam membuat permohonan pengampunan, tetapi keputusan terakhir bergantung kepada Agong.
Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong turut dianggotai peguam negara dan menteri wilayah persekutuan.

Politik pembangkang pasca Anwar

Posted: 14 Dec 2016 05:05 AM PST

Malaysia mahu 'kongsi' pengalaman laksana GST dengan India

Posted: 14 Dec 2016 05:03 AM PST

PAS tidak akan sertai Pakatan Harapan - Mohd Amar

Posted: 14 Dec 2016 05:02 AM PST

Walau dipenjara, Anwar masih kuasa besar dalam arena politik negara

Posted: 14 Dec 2016 04:55 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Biarpun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau akan terus menjadi kuasa yang berpengaruh dan disegani dalam politik negara.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, ia berikutan hampir semua pihak menganggap sabitan liwat ke atas Anwar tersebut sengaja direka bagi menamatkan kerjaya politik beliau.
"Pemenjaraan beliau mungkin akan terus memberi jalan kepada orang lain untuk mengekalkan kuasa.
"Tetapi untuk kita yang di luar (rakyat), Anwar tetap seorang pemimpin dengan hati nurani. Malah, beliau kekal sebagai individu yang disegani walaupun tidak dibebaskan hari ini," ujarnya dalam satu kenyataan.
ANWAR IBRAHIMMenurutnya, keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan dakwaan tersebut memang dijangka kerana ia memberi kelebihan besar buat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan UMNO Barisan Nasional.
"Dengan Anwar hilang peluang terakhir untuk membuat rayuan, Najib berjaya mengenepikan 'musuh' politik terbesarnya dalam pilihan raya akan datang.
"Saya akan kekal menyokong Anwar dan keluarganya pada masa mencabar seperti sekarang," kata Charles.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Anwar untuk menyemak semula keputusan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya bagi kesalahan meliwat.
Dengan keputusan tersebut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkemungkinan akan terus dipenjara sehingga pertengahan tahun 2018.

Rahman Dahlan: Obsesi pembangkang jadikan Anwar PM membimbangkan

Posted: 14 Dec 2016 03:58 AM PST

Rahman menyifatkan rancangan Rafizi untuk membolehkan Anwar dipilih selepas PRU14 'salah dari segi moral' dan mencerminkan pembangkang seolah-olah tiada pemimpin lain yang berkebolehan.
rahman-dahlan-anwar
PETALING JAYA: Obsesi pembangkang dalam menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri "membimbangkan", kata pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional.
Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula berhubung sabitan liwat Anwar perlu dihormati semua pihak.
"Mahkamah adalah sebuah institusi bebas. Saya pasti hakim mempertimbangkan semua fakta dikemukakan dalam kes itu.
"Sesiapa yang sedang dibicarakan di mahkamah perlu mempunyai keyakinan penuh dalam hal ini," katanya kepada FMT hari ini sambil menambah pembangkang juga perlu mencari seorang lagi calon perdana menteri jika mereka mendapat kuasa.
Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan satu rancangan menyerupai "Langkah Kajang" dengan harapan dapat menjadikan Anwar perdana menteri, sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Salah seorang wakil rakyat PKR yang baharu menang boleh kosongkan kerusinya dan seawal 2 minggu selepas hari mengundi PRU14, Anwar boleh memenangi sebuah kerusi Parlimen dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri," kata Rafizi dalam satu kenyataan pada Selasa.
Rahman bagaimanapun berkata, pelan menyerupai "Langkah Kajang" itu salah dari segi politik dan moral.
"Ia seolah-olah pembangkang tidak ada orang lain yang mampu menjadi pemimpin. Itu sebabnya mereka berusaha keras untuk memastikan Anwar menjadi perdana menteri.
"Namun, ia membimbangkan untuk melihat bagaimana sebuah parti politik menyasarkan menjadi sebuah kerajaan hanya mempunyai 1 pilihan bagi jawatan itu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadikannya realiti.
"Dan bagaimana dengan (Timbalan Presiden PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali? Atau (Presiden PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail), (Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan (timbalannya) Datuk Seri Mukhriz Mahathir?
"Adakah mereka tidak mampu memimpin negara untuk pembangkang?"
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)