Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 10:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Amanah ganti PAS, bagaimana?

Posted: 11 Dec 2016 09:27 PM PST

Amanah lebih berpeluang menggantikan peranan PAS bukan dengan membekalkan undi Melayu-Islam, tetapi menjadi 'dimensi Islami' dalam Pakatan Harapan melalui idea dan dasar mereka.

amanah_pas_600
Konvensyen Amanah semalam menyerlahkan 2 perkara yang wajar diberi perhatian – kritikan yang dihamburkan kepada PAS dan potensi parti berusia lebih setahun itu menggantikan PAS.
Demi manfaat jangka pendek dan panjang mereka, Amanah perlu meninggalkan yang pertama, menyerang PAS, dan menumpukan kepada yang kedua, iaitu menggantikan PAS.
Mengambil peranan PAS yang dimaksudkan bukanlah dengan menjadi pesaing utama Umno. Yang itu, PPBM sudah wujud, dan pada tahap tertentu, PKR.
Bukan juga sebagai pembekal undi Melayu di luar bandar (walaupun mereka boleh mencubanya) pada pilihan raya akan datang. Proses mengakar umbi bukanlah senang. PAS mengambil masa berpuluh tahun untuk bertapak kukuh di sana.
Tetapi mengambil peranan PAS dalam konteks memberikan kritikan dan dasar melalui sudut pandang Islami, sepertimana PAS menjadi "wajah Islam" kepada Pakatan Rakyat dengan jayanya dulu.
Ini bukan bermaksud Amanah tidak memainkan peranan sebagai "wajah Islam" sebelum ini, tetapi seringkali mereka mudah terleka dalam serangannya dan terheret dalam perang mulut dengan PAS.
Setiap kenyataan PAS tidak perlu dijawab, terutama yang tidak bersangkut-paut dengan Amanah.
Misalnya hubungan baik PAS dengan Umno, tanpa serangan Amanah pun orang ramai dapat melihatnya.
Dalam konvensyen yang berakhir semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata ia mampu menang di Kelantan dan Terengganu, 2 negeri yang sekian lama menjadi kubu PAS.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad pula ketika menegur perwakilan yang menyifatkan pemimpin parti dalam Pakatan Harapan sebagai "duri dalam daging", menganggap perlakuan itu sebagai "DNA parti lama".
Tanpa mengambil kira keyakinan Mat Sabu dan teguran Khalid, rujukan terhadap PAS semacam satu obsesi, mengingatkan kita kembali asal penubuhan Amanah selepas kekalahan barisan pemimpin mereka pada Muktamar PAS tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

April, September bulan panas PRU14

Posted: 11 Dec 2016 08:58 PM PST

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menghantar surat kepada pihak berkuasa tempatan dan sekolah untuk menggunakan kemudahan mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Tindakan SPR itu ditafsirkan sebagai petanda bahawa pilihan raya umum semakin hampir.
Sumber memberitahu Sinchew Daily, pilihan raya mungkin diadakan seawal April atau selewat September pada tahun depan.
'Pengawalan' PRU-14 diperkukuhkan lagi dengan bayangan-bayangan yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO.
"Tahun Baru Cina 2017 jatuh pada 28 Januari manakala bulan puasa pada akhir Mei diikuti hari raya pada bulan berikutnya.
"Perdana Menteri mungkin mengumumkan pembubaran Parlimen antara Mac hingga April semasa Parlimen tidak bersidang," katanya kepada Sinchew Daily.
Menurut sumber, jika April tidak menjadi pilihan Perdana Menteri, maka alternatifnya ialah September.
"Malaysia akan menganjurkan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) pada 19 hingga 31 Ogos dan tahun depan merupakan ulang tahun kemerdekaan ke-60.
"Perdana Menteri boleh jadi mempertimbangkan pilihan raya pada September dengan mengambil kira prestasi cemerlang atlet Sukan SEA dan suasana suka cita Hari Kemerdekaan," katanya.

Pakatan Harapan tidak perlu lagi bercakap fasal Pas

Posted: 11 Dec 2016 08:52 PM PST

MSO

Tanggal 13 Disember, esok memuktamadkan persefahaman antara parti-parti dalam Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Pada tarikh itu majlis presiden parti gabungan Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah akan bermesyuarat. Ia dijangka akan mengumumkan penyertaan secara rasmi PPBM bersama Pakatan Harapan.

Dengan penyertaan PPBM itu maka absahkan komponen menggantikan Pakatan Rakyat itu menjadi saingan utama BN dam piraum akan datang. PH akan bermaufakat sesamanya memastikan akan berlaku satu lawan satu antara PH dengan BN.

Sebelum ini PPBM khasnya Muhyiddin Yassin berusaha untuk membawa sama Pas ke dalam gabungan itu, tetapi nampaknya gagal. Semasa berucap merasmikan ibu pejabat PPBM Kedah dua malam lalu, bekas TPM itu membayangkan akan rasa kecewanya dengan Pas. Muhyiddin tidak mendedahkan kesulitaan itu tetapi nadanya menjelaskan rasa kecewa.

Katanya Pas memberi berbagai-bagai alasan untuk bersama dan ia menunjukkan alasan itu sebagai keengganan Pas bersama pakatan itu. Pas memberi syarat kalau mahu bersamanya PPBM perlu melupai DAP dan Amanah. Syarat itu terlalu berat bagi PPBM ia ia seakan sengaja dilakukan untuk tidak bersama PPBM. Syarat itu samalah dengan apa diberikan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Ahmad.

Syarat itu besar untuk dipatuhi PPBM. Dan dalam congakan PPBM daripada bersama sebuah parti elok kalau mereka bersama tiga buah parti. Dengan berlangsung majlis presiden PH esok itu, ia juga diharap akan menyelesaikan sama masalah PKR khasnya di Selangor yang kelihatan masih belum solid untuk bersama PH sebalik masih merindui Pas.

MB Selangor Azmin Ali dilihat sukar untuk membuat keputusan dan seperti sudah berbelit dengan politik cara Pas. Gara-gara sikap Azmin yang seolah-olah telan mati emak dan luah mata bapak dengan Pas itu menyebabkan beliau dikritik oleh kalangan PKR sendiri. Orang melihat Azmin menggoreng berangan di Selangor kulit tidak hagus tetapi isu masak.

Amanah juga tidak senang dengan cara politik Azmin yang dilihat lebih menjaga keutuhan kerajaanya daripada memadukan ikatan pembangkang. Azmin lebih mementingkan diri daripada kepentingan bersama. Tarikh 13 Disember, hari pemuktamadan atau deadline diberikan kepada Pas itu juga dilihat sebagai tarikh dan masa terakhir juga untuk Azmin.
Read More / Baca Lagi >>

Shamsul Azhar letak jawatan Petronas Gas pada 1 Januari 2017

Posted: 11 Dec 2016 08:45 PM PST


Shamsul Azhar letak jawatan Petronas Gas pada 1 Januari 2017
KUALA LUMPUR: Pengerusi Petronas Gas Bhd Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, 64, akan meletak jawatan daripada syarikat itu pada 1 Jan, 2017, selepas menerajui syarikat tersebut selama setahun, demikian pengumuman syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Huluan) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Datuk Anuar Taib, 48, akan menggantikan Shamsul yang telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan disebabkan kekangan masa berikutan beliau pada masa ini menduduki lembaga pengarah beberapa syarikat Malaysia dan luar negara.

Anuar, menyertai Petronas pada 2012 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan dan Pengeluaran Petronas sebelum kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Huluan (Malaysia) Petronas.

Petronas Gas turut mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Datuk N. Sadasivan Pillay, 75, berkuat kuasa 1 Jan, 2017.

Bekas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (1984-1995) telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan selepas menjadi pengarah syarikat selama lebih 20 tahun.

Apa UMNO buat kepada Orang Asli setelah 60 tahun merdeka?

Posted: 11 Dec 2016 08:40 PM PST

orang asli
kit siang orang asliGUA MUSANG, 12 DIS:  Komuniti peribumi negara ini berhadapan dengan dilema yang melibatkan pemusnahan hutan akibat pembalakan berleluasa oleh pihak-pihak tertentu, malah keadaannya semakin buruk.

Pemusnahan hutan itu secara langsung menyebabkan kehidupan dan sumber utama bagi komuniti Orang Asli terjejas.

Persoalannya, apakah yang telah dilakukan kerajaan UMNO dalam membela masyarakat dan keberlangsungan kehidupan sekitar hampir 200,000 Orang Asli negara ini?

"Sudah hampir 60 tahun negara ini merdeka. Apa yang Orang Asli dapat di negara kita?

"Adakah kedudukan dan hak Orang Asli dipertahan oleh kerajaan? Ini yang kita suarakan. Ini yang kita lawan. Kita lawan apa yang buruk dan yang jahat. Ini bukan melawan tanah air," kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Beliau berucap di hadapan sekitar 100 Orang Asli dan aktivis di Pos Bihai semalam dalam program solidariti anjuran NGO Himpunan Hijau.

Penindasan dan pengabaian terhadap kemelut yang melanda komuniti Orang Asli saat ini, katanya, seolah-olah telah meminggirkan jasa bakti mereka yang berkorban demi negara dalam pasukan Senoi Perak suatu masa dahulu melawan anasir komunis.
Lebih menyedihkan apabila kakitangan jabatan yang menguruskan hal ehwal Orang Asli iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) hanya diisi sebilangan kecil komuniti itu.
Ia sekaligus membuktikan kerajaan gagal memahami dan memajukan komuniti itu secara serius.

"Kerajaan tubuhkan JAKOA. Adakah ia benar-benar berfungsi dan selesai masalah Orang Asli?

"Setelah 60 tahun, adakah Ketua Pengarah adakah Orang Asli? Berapa ramaikah kakitangan JAKOA terdiri dari kalangan Orang Asli?
"Saya harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib ambil perhatian. Jika beliau serius, 50 peratus kakitangan JAKOA sewajarnya diisi oleh Orang Asli," katanya.
Angkat martabat dan hak istimewa Orang Asli dalam Perlembagaan Persekutuan
kit siang orang asli
Dalam satu kenyataan berbeza, Kit Siang mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya kedudukan Orang Asli yang merupakan pribumi terawal negara ini diangkat supaya dapat menikmati hak keistimewaan setaraf Bumiputera dan kaum Melayu.

"Supaya mereka juga akhirnya dapat menikmati hak istimewa dalam pendidikan, perkhidmatan awam, perniagaan, biasiswa dan hak tanah yang dilindungi," kata beliau.
Beliau menegaskan, DAP akan terus memberi komitmen dan menyokong kedudukan kaum Melayu
dan Bumiputera di samping melindungi hak kumpulan etnik lain seperti terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz dakwa ringgit sakit tenat, Bank Negara hanya beri ‘Penadol’

Posted: 11 Dec 2016 08:36 PM PST


6089cd4f-e85c-4fa6-a8bd-212b427fe33f

Penyakit kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sudah berlarutan sekian lama sejak PM Najib mengambil alih jawatan PM.Sewaktu Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Pak Lah pada tahun 2009, tukaran ringgit ialah RM3.50 bersamaan USD1.
Tetapi kini tahun 2016 selepas 7 tahun Najib (MO1) menjadi PM nilai Ringgit menyusut pada kedudukan RM 4.44 bersamaan USD1. Malah pada satu ketika seminggu yang lalu RM4.55 bersamaan USD1.Ini bermakna selepas 7 tahun Najib (MO1) menjadi PM ringgit menyusut sebanyak RM1.
"Hari ini rakyat ditambah dengan satu lagi krisis dimana Malaysia sedang berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan PM Najib (MO1).
"Krisis keyakinan terhadap kerajaan hari ini berpunca dari Najib dan kuncu-kuncu kleptokrat yang dilihat dan dibaca sedang dan telah memporak perandakan ekonomi negara,maka inilah persepsi orang ramai pada ketika ini".
Ringgit terus sakit walaupun Najib melawat negara China dan bawa pulang pelaburan dari negara China ke Malaysia sebanyak RM144 bilion. Najib dan Menteri-menteri UmnoBn yang 'cerdik pandai' sering mendakwa serta mendabik dada mengatakan lawatan ke China adalah lawatan paling berjaya.
"Tapi yang menghairankan Ringgit terus jatuh menjunam selepas mereka pulang dari lawatan ke China. Ibarat balik dari China ,1Malaysia telah 'terlondeh seluar' bukan hanya setakat Najib seorang".
Pengumuman Najib (MO1) mengenai pelaburan Iskandar Malaysia berjumlah RN221 bilion serta angka nilai ekonomi Malaysia berada pada nilai RM1.3 trilion tidak sedikit pun membantu untuk pengukuhan nilai Ringgit. Malah Ringgit tidak diterima sebagai tukaran dikebanyakan negara.
"Persoalannya, apakah 'penyakit' ringgit yang menyebabkan ringgit begitu tenat? Apakah ringgit kekurangan 'zat'?".
Kes 1MDB yang melibatkan Najib menjadi contoh teladan..'VAKSIN' TERBAIK UNTUK RINGGIT IALAH DAKWA NAJIB DAN 1MDB!
Bank Negara sepatutnya faham apa penyakit sebenar yang dihadapi oleh Ringgit.Langkah yang diumumkan oleh Bank Negara sebelum ini tidak menjamin pengukuhan Ringgit dalam jangka panjang. Ibarat orang yang sakit kepala yang kritikal hanya diberi panadol untuk menghilangkan sakit kepala untuk tempoh sementara.Selepas itu kepala kembali sakit.
Read More / Baca Lagi >>

Kita bersama ke Putrajaya, kata Anina

Posted: 11 Dec 2016 08:29 PM PST

Anina SaadudinAnina Saadudin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyambut baik usaha Amanah dalam barisan parti gabungan pakatan pembangkang untuk bersama parti itu membantu menumbangkan Umno-BN.
Ketua Srikandinya, Anina Saadudin berkata,PPBM sejak awal penubuhannya telah menyatakan dengan jelas akan menempuhi Pilihan Raya Umum ke-14 bersama Pakatan Harapan.
"Objektif kami jelas mahu memastikan Najib turun sebagai perdana menteri sekaligus menumbangkaan BN dan kita bersama ke Putrajaya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau semalam hadir sebagai pemerhati dalam Konvensyen Amanah Nasional di SACC Shah Alam pada hari kedua konvensyen itu berlangsung.
Anina melihat kemunculan Amanah sejak setahun lalu adalah selari dengan matlamat dan hasrat parti itu ketika mula ditubuhkan.
Beliau berharap urusan perundingan PPBM untuk bersama dalam barisan Pakatan Harapan akan berjalan lancar.
"Saya percaya hasrat itu masih lagi dipegang pemimpin PPBM dan inilah yang kita capai bersama hari ini dalam menghadapi PRU14 nanti.
"Saya doakan semoga urusan rundingan perbincangan dengan pucuk pimpinan parti kami bersama Pakatan Harapan berjalan lancar," ujarnya.
Mengulas mengenai keengganan dan syarat yang diberikan Pas kepada PPBM sekiranya parti itu mahu jalinkan kerjasama politiknya.
"Secara peribadi kita kena 'move on'. Jika Pas nak sertai Pakatan Harapan... alhamdulillah.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Perak bimbang rasuah semakin berleluasa

Posted: 11 Dec 2016 08:28 PM PST

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini melahirkan kebimbangan dengan gejala rasuah dan pecah amanah yang dilakukan secara terbuka oleh golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi.
Baginda bertitah berdasarkan laporan media, perlakuan rasuah dan pecah amanah kini bukan sahaja berlaku secara berleluasa, malah pada skala yang sangat besar.
Titah Sultan Nazrin sejarah menunjukkan perbuatan pecah amanah dan rasuah, penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.
"Dalam sejarah kerajaan Islam, ramai kalangan pemimpin Bani Umaiyah dan Bani Abas lupa kepada amanah Ilahi kerana terlalu asyik menikmati kemewahan dunia, lalu sanggup menggunakan kekayaan untuk mengekalkan kuasa.
"Apabila kuasa dianggap satu peluang memenuhi kepentingan diri dan bukan satu amanah, maka rosaklah tataurusan pemerintahan yang akhirnya berkesudahan dengan kejatuhan sesebuah kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1438H peringkat negeri yang disertai kira-kira 2,000 orang.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Baginda bertitah harta yang diperoleh dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak merupakan satu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap orang yang berhak.
"Begitu juga apabila seseorang menguasai harta orang lain dengan cara mengupah saksi-saksi palsu atau memberi suapan kepada hakim dengan tujuan keputusan memihak kepadanya dan harta-harta itu jatuh ke tangannya," titah baginda.
Read More / Baca Lagi >>

Shafie yakin 4 negeri akan ditawan pembangkang pada PRU14

Posted: 11 Dec 2016 08:23 PM PST

Shafie turut mendakwa Sabah jauh lebih ketinggalan daripada negeri lain disebabkan 95% hasilnya diagihkan kepada 13 negeri lain.
shafie-apdal_pakatan_6002
PETALING JAYA: Datuk Seri Shafie Apdal yakin Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Barisan Nasional (BN) dilihat berdepan masalah selepas kehilangan beberapa pemimpin berpengaruh.
"BN akan berdepan masalah dalam pilihan raya umum akan datang. Ini juga dilihat berdasarkan sokongan orang ramai pada pilihan raya lalu yang menunjukkan 52% mengundi pembangkang.
"Dalam jangkaan saya Kedah, Terengganu akan hilang kepada pembangkang. Johor juga akan hilang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang, manakala Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor akan kekal.
"Sabah pula kita akan rampas. Ini kerana yang menentukan kerajaan di Sabah bukan Najib, tetapi rakyat di Sabah," kata presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dalam sebuah program di Kampung Kukut, Beaufort, Sabtu lalu.
Shafie menubuhkan Warisan pada 17 Oktober lalu untuk menyatupadukan semua kaum di Sabah dan berjanji akan melakukan perubahan besar di negeri itu jika Warisan dipilih rakyat Sabah pada PRU14.
Ahli Parlimen Semporna itu turut mendakwa Sabah jauh lebih ketinggalan daripada negeri lain disebabkan hasilnya diagihkan kepada negeri lain.
"Melaka dilihat jauh lebih membangun daripada Sabah. 95% kekayaan di Sabah diagihkan kepada 13 negeri lain.
"Jadi, kita tuntut hasil di Sabah diberikan kepada negeri kita seperti mengikut perjanjian di Malaysia."
Sementara itu, Shafie menafikan beliau menjalin kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya hubungan baik mereka sekadar tanda hormat kepada bekas perdana menteri itu.
"Ada orang tuduh saya bersekongkol dengan Dr Mahathir. Jual gambar saya cium tangan Dr Mahathir. Cium tangan saya hormat dengan semua orang tua. Ini adat saya.
Read More / Baca Lagi >>

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1438H

Posted: 11 Dec 2016 07:35 PM PST

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabat dan tabiin yang bertaqwa.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun 1438H ini, saya bagi pihak keluarga besar KEADILAN ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada hari ini, 1438 tahun yang lalu lahirlah seorang insan yang bernama Muhammad ke muka bumi ini. Muhammad yang bermaksud 'yang terpuji' hadir di muka bumi ini membawa rahmat ke seluruh alam.

Seperti yang kita sedia maklum, risalah yang dibawa Muhammad s.a.w bukan sahaja bersifat kerohanian tetapi juga mencakupi segala aspek kehidupan. Baginda berjuang menentang penindasan dan kezaliman serta membela golongan mustadhafin (golongan yang lemah). Baginda juga merupakan seorang pemimpin negara yang senantiasa menegakkan keadilan serta memastikan kesejahteraan buat setiap warga.

Perjuangan panjang Muhammad s.a.w dipenuhi pelbagai cabaran yang menuntut pelbagai pengorbanan. Namun begitu, baginda menghadapi semua itu dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.

Sesungguhnya umat Islam masakini berdepan dengan cabaran yang makin getir. Di Malaysia, akibat rasuah dan penyelewengan pemerintah, rakyat tertindas dan dizalimi.

Oleh itu, sebagai umat Muhammad menjadi tanggungjawab kita menegakkan keadilan serta menentang kezaliman sepertimana risalah yang dibawa oleh junjungan besar kita Muhammad s.a.w

Risalah yang menjanjikan rahmat dan kesejahteraan buat seluruh alam.

Salam Maulidur Rasul.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

Obsesi ganti PAS boleh jadi punca kejatuhan AMANAH

Posted: 11 Dec 2016 07:02 PM PST

Konvensyen Kebangsaan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang julung kali diadakan telah berakhir semalam dengan cabaran yang boleh memakan diri pembangkang dan meletakkan parti serpihan PAS itu dalam kedudukan yang sukar.
AMANAH yang baru setahun jagung itu menyatakan bahawa telah bersedia untuk menewaskan PAS pada pilihan raya umum akan datang - satu tindakan yang mungkin boleh menjejaskan prestasi pembangkang untuk memenangi pilihan raya melalui pertandingan satu lawan satu dengan BN.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pada mulanya memberi gambaran bahawa musuh parti itu adalah BN, bukan PAS semasa berucap merasmikan konvensyen tersebut pada hari Sabtu yang lalu.
Bagaimanapun, lain pula yang berlaku menjelang pengakhiran ucapan penutup beliau dengan mengisytiharkan AMANAH mempunyai peluang yang cerah untuk menawan Kelantan dan Terengganu.
Ia adalah cabaran langsung kepada PAS yang telah menguasai Kelantan sejak 1990 manakala presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula membuat gerak kerja dari Terengganu.
"Nyah kamu!" laung Sabu ketika berucap mengenai usaha menawan Kelantan daripada PAS.
Terdahulu, Ketua Pemuda AMANAH Sany Hamzan turut mengeluarkan kenyataan sama dengan berkata parti itu akan meletakkan calon di mana sahaja PAS bertanding.
"Dua penjuru, tiga penjuru, empat penjuru, kita akan berjuang!" teriak Sany.
Pengajaran tidak dipelajari
Cabaran sedemikian telah diutarakan oleh para penganalisis politik termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pertembungan pelbagai penjuru yang berkemungkinan besar dalam memihak kepada BN.
Ia juga mengabaikan keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan Jun yang lalu dengan PAS terus bertelagah dengan AMANAH menyebabkan BN menang mudah.

LASKAR SIBER NAJIB PUNCA KESIPUAN

Posted: 11 Dec 2016 06:37 PM PST


BERBANDING saya, (Tan Sri) Zainuddin Maidin (Zam) lebih rapat dengan Pegawai Nombor Satu Malaysia (MO1), (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Saya mula mengenali Najib secara peribadi pada tahun 1977 tetapi Zam mengenali beliau sejak zaman bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, kalau pun tidak secara langsung setidak-tidaknya secara retrospektif.
Pada zaman Abdul Razak, Zam sudah pun seorang pengarang dan banyak membuat liputan kegiatan Perdana Menteri kedua itu di dalam dan luar negara. Beliau seterusnya menulis sebuah buku mengenai Abdul Razak bertajuk "Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot" (Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak ; Utusan, 1997).
Dengan Najib pula, Zam bukan sekadar mengenalinya sebagai bahan berita malah juga sebagai rakan politik dan anggota kabinet.
Jadi apabila beliau menulis atau berkata sesuatu mengenai Najib, apatah lagi mengkritiknya, Zam menulis dengan autoriti berlatarbelakangkan perbandingan di antara anak (Najib) dengan bapa (Abdul Razak).
Tetapi tentu ada pembaca yang pantas dan spontan menolak perbandingan seumpama itu kerana pada pandangan mereka Najib terlalu rendah martabatnya untuk dibandingkan dengan gergasi seperti Abdul Razak atau mana-mana Perdana Menteri Malaysia, hatta (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.
 Zam, Muhyiddin Yassin dan Najib pada zaman bahagia
Antara lain Zam menulis dalam blognya: "Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya Tun hadir di upacara itu iaitu pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan menumpu kepada Tun untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau selepas upacara.Jadi apabila baru-baru ini Zam menulis mengenai soal siapa yang akan "kesipuan" (embarass) kalau Dr Mahathir dibenarkan menghadiri istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru dan timbalan baginda di Istana Negara pada 13 Disember ini, pengertiannya amat dalam.
"Ini akan meletakkan pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dan Menteri-Menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan."
Saya pun berperasaan serupa. Najib bukan sahaja takut berbahas dengan Dr Mahathir seperti dibuktikan oleh pembatalan kehadirannya di forum "Nothing2Hide" 4 Jun tahun lalu, malah bersemuka atau berada dalam majlis yang sama pun dia tidak berani lagi.
Jadi, bagi saya, kalau Zam membelasah Najib ia adalah perkara biasa. Tetapi apabila Zam memilih untuk belasah laskar siber (cybertroopers) Najib, ia berupa dimensi lain yang meletakkan Najib di tahap lebih rendah.
Dalam catatan 9 Disember Zam memilih untuk memukul laskar siber Najib bagi menyindir beliau.
Zam menulis: "Saya meminta kerjasama media troopers Datuk Seri Najib atau UMNO supaya memileh orang yang dapat menggunakan bahasa yang sempurna dan tata bahasa yang baik untuk menulis komen di blog ini (zamkata.blogspot.my) kerana bahasa adalah menggambarkan jalan pemikiran.
"Saya beri contoh bahasa yang buruk tanpa punctuation yang betul dengan menyiarkan tulisan pemakan dedak seperti diatas yang tentunya tidak meyakinkan pembaca malah menyebabkan orang memandang rendah pada penyokong Najib.
"Saya tidak hanya menyiarkan tulisan pro Mahathir tetapi juga yang anti Mahathir tetapi tulislah dengan sempurna jika tujuan untuk membuka fikiran ramai bagi membantu Najib."
Setuju Dengan Zam
Maaf cakaplah kalau saya kata, dalam blog kita ini pun hal yang sama berlaku. Ada yang hujah mereka amat sukar difahami atau tidak dapat difahami langsung.
Saya sendiri berperasaan bahawa Najib dan para penasihat media beliau sedar akan betapa daif dan hambarnya laskar siber beliau, sama ada yang diberi dedak atau menyokong secara sukarela.
Kalau kita masih ingat, dalam Perhimpunan Agung Umno 2014, Najib sendiri menuduh laskar siber Umno "bangang" kerana berkelahi sesama sendiri dan menyerang bos-bos Umno.
Rasanya keadaan tidak bertambah baik bagi Najib dan Umno malah mungkin semakin buruk. Laskar siber mereka terus bercakaran dan, dalam beberapa kejadian, menyerang para pembesar Umno, termasuk Najib sendiri umpama burung tiung yang menggigit tangan yang menyuapkannya pisang.
Hatta laskar siber yang berkedudukan tinggi dalam media massa dan pernah dihormati pun tidak lagi cergas dan lantang mempertahankan Najib. Hanya sekali-sekala mereka membuat tampalan (posting) itu pun mengenai hal-hal peribadi seperti pemandangan, sajian makanan, hobi dan bersosial sesama sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang lupakanlah Pas, teruskan perjuangan - Mahfuz Omar

Posted: 11 Dec 2016 06:36 PM PST


Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarPas tidak keliru sebagaimana yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi yang keliru adalah parti-parti pembangkang khasnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, PKR dan Amanah juga terus keliru apabila mengharapkan Pas menyertai mereka.
"Parti-parti pembangkang ini yang terus keliru dengan apa yang dikehendaki oleh Pas.
"Mereka tak faham-faham apa yang Pas nak, bukan Pas yang keliru," kata ahli Parlimen Pas itu.
Bekas Ketua Penerangan Pas itu memberikan perumpamaan orang datang meminang seorang anak gadis.
"Macam orang datang meminang anak saya, saya tak setuju. Saya nak tolak begitu saja nampak kasar. Lalu saya bagi macam-macam syaratlah," kata Mahfuz.
Mahfuz merujuk pelbagai syarat yang diberikan oleh pimpinan Pas jika mahu bekerjasama dengan mereka.
Antaranya PPBM mesti memutuskan kerjasama dengan Amanah dan DAP jika mahu bekerjasama dengan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Pertemuan dengan Muhyiddin bukan agenda politik, kata Pejabat Raja Perlis

Posted: 11 Dec 2016 06:32 PM PST


Tan Sri Muhyiddin YassinTan Sri Muhyiddin YassinRaja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menerima mengadap bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Arau pada Jumaat lepas atas dasar kenalan lama.

Pertemuan itu tiada hubungkait dengan sebarang urusan parti politik negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Sulit Kanan baginda semalam.

"Sebagai pemerintah negeri Perlis, baginda tidak mencampuri urusan tentang sebarang fahaman politik.

"Pada pertemuan itu baginda turut berkenan menunaikan hasrat rombongan beliau (Muhyiddin) untuk bergambar di luar bilik mengadap sebelum mereka meninggalkan majlis," kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dibuat ekoran gambar berkenaan telah dimuat naik di laman sosial facebook sebuah parti politik dengan kapsyen "Antara Raja yang mendokong perjuangan kita".

Bagaimanapun, gambar tersebut kemudiannya dipadam dari laman facebook itu.

Terdahulu, pada Jumaat itu, Muhyiddin bersama rombongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan lawatan dan ceramah kepimpinan di Perlis.

Pada Yang Muda Kusematkan Harap

Posted: 11 Dec 2016 06:30 PM PST

Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia
 
Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan
oleh pemimpin di puncak kuasa
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang
 
Pada mata tuaku 
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok
 
Semuanya  
untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa 
 
Pada senja hayatku 
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama
Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya
 
Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya 
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua
tanpa mengira harga yang perlu dibayar
oleh cucu cicit kita
setelah dia tiada lagi bernafas
 
Read More / Baca Lagi >>

Amanah: Di mana dasar perjuangan Islam Pas?

Posted: 11 Dec 2016 06:27 PM PST

SHAH ALAM - Perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) menempelak kerajaan Pas Kelantan yang terlalu lantang memperjuangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355), namun mengabaikan hak tanah adat Orang Asli di Gua Musang.
Perwakilan Kelantan, Che Ibrahim Muhammad berkata, Orang Asli, seperti kaum lain, juga mempunyai hak untuk memiliki tanah di negara ini.
Perwakilan Kelantan, Che Ibrahim Muhammad "Bila kita bercakap soal peraturan, sibuk dihebohkan dengan RUU355, kita desak kerajaan menerima pakai undang-undang syariah atau undang-undang jenayah Islam sebagi undang-undang jenayah negara.
"Tetapi mengapa bila berbicara soal hak memiliki tanah Orang Asli, kita hanya rujuk Enakmen Rizab Melayu," katanya ketika membahaskan usul membela hak orang Asli dan alam sekitar Kelantan yang dibawa perwakilan Wanita Amanah di pada Konvensyen Amanah di sini, semalam.
Menurutnya lagi, Pas sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam tidak sepatutnya menafikan hak peribumi Orang Asli untuk mendapat tanah adat.
"Di mana Islam yang kita katakan dasar perjuangan kita? Ketika mendesak masyarakat terima RUU355 semata-mata untuk hukum kesalahan zina dan minum arak, ikut Islam.
"Tapi pada masa yang sama kita nafikan hak peribumi untuk memiliki dan menduduki tanah. Saya harapkan Amanah boleh ambil kira pandangan ini sebagai penyelesaian kepada masyarakat Orang Asli," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah akan tanding semua kerusi Pas pada PRU14, kata Dr Hatta

Posted: 11 Dec 2016 06:25 PM PST


Dr Hatta RamliDr Hatta RamliParti Amanah Negara (Amanah) akan meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli.
Beliau berkata, Amanah tidak mahu menyentuh mana-mana kerusi PKR atau DAP kerana kedua-duanya merupakan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.
"Kita perlu menghormati teman-teman kerana mereka mempunyai rancangan mereka," katanya ketika meyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional semalam
Dalam ucapannya Dr Hatta yang juga Pengarah Strategi Pilihanraya  turut mempersoalkan di mana pula kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Amanah meletakkan calonna  pada kerusi yang dipertandingkan Pas.
"Jika DAP tidak berikan sebarang kerusi, di mana mereka akan bertanding? Kita sentiasa sesuaikan dan berikan kerusi, maka PKR dan DAP juga boleh," katanya.
Dr Hatta berkata, mereka boleh berkongsi kerusi.
"Ada 222 kerusi," katanya.

Amanah akui cabaran sukar untuk terus bertahan

Posted: 11 Dec 2016 06:22 PM PST

Tidak seperti Semangat 46 dan parti Melayu lain, Khalid Samad berkata Amanah menerima tentangan daripada PAS dan Umno.
khalid-samad_amanah_party_6002
SHAH ALAM: Amanah hari ini mengakui parti itu berhadapan kesukaran mengukuhkan kewujudannya dalam menghadapi tentangan daripada PAS dan Umno yang dianggap parti utama mewakili orang Melayu, kata Pengarah Komunikasi Khalid Samad.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata Amanah terbentuk berbulan lamanya selepas pembersihan puak "progresif" di Muktamar PAS tahun lepas, tidak seperti parti Melayu lain yang ditubuhkan untuk mencabar Umno.
Beliau berkata, Semangat 46 yang ditubuhkan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah didekati PAS, dan sama seperti PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Di Amanah, kita diserang Umno dan PAS. Kami akan mempunyai masa yang sukar untuk bertapak di negara ini," kata Khalid kepada perwakilan pada Konvensyen Kebangsaan Amanah yang berakhir hari ini.
"Jika kita mahu diterima rakyat, kita mesti mempunyai identiti. Identiti itu perlu mengenai kepercayaan dan kita perlu yakin dengan diri kita sendiri dan parti."
Khalid berkata 6 ahli Parlimen ganjil di Dewan Rakyat berjaya memperjuangkan isu-isu kebimbangan awam.
Read More / Baca Lagi >>

Najib kini tak berani bersemuka Dr M, dakwa Kadir Jasin

Posted: 11 Dec 2016 06:19 PM PST

Bekas ketua pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin yang baru-baru ini dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini sekali lagi menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kali ini, dengan memetik tulisan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan panggilan Zam, Kadir berkata, Najib kini tidak lagi berani untuk bersemuka dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
"Najib bukan sahaja takut berbahas dengan Dr Mahathir seperti dibuktikan oleh pembatalan kehadirannya di forum "Nothing2Hide" 4 Jun tahun lalu, malah bersemuka atau berada dalam majlis yang sama pun dia tidak berani lagi.
"Jadi apabila baru-baru ini Zam menulis mengenai soal siapa yang akan "kesipuan" (embarass) kalau Dr Mahathir dibenarkan menghadiri istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru dan timbalan baginda di Istana Negara pada 13 Disember ini, pengertiannya amat dalam.
"Antara lain Zam menulis dalam blognya: "Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya Tun hadir di upacara itu iaitu pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan menumpu kepada Tun untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau selepas upacara.
"Ini akan meletakkan pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dan Menteri-Menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan," kata Kadir dalam catatan terbaru dalam blognya.
Kadir berkata demikian sebagai merujuk kepada surat pembatalan undangan ke atas Mahathir dan isteri ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada esok hari.
Read More / Baca Lagi >>

PAS akui cuba tubuh blok lain di Selangor tanpa Amanah, DAP

Posted: 11 Dec 2016 06:15 PM PST

PAS Selangor berkata pihaknya tidak menjemput Amanah dan DAP kerana tidak ada hubungan dengan parti itu.
Khairuddin-Othman_pakatan_selangor_6056
PETALING JAYA: PAS berkata usahanya mendampingi PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam sebuah ceramah "mega" di Paya Jaras, Selangor malam ini merupakan antara langkah mewujudkan blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya Amanah dan DAP.
"Ya, sekurang-kurangnya di Selangor," kata Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika ditanya sama ada ia usaha mewujudkan blok berasingan tanpa penyertaan kedua-dua parti itu.
Dinamakan "Ceramah Mega Rakyat", program anjuran PAS Selangor itu turut menampilkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi pentas dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras, berkata pihaknya sengaja tidak menjemput Amanah dan DAP walaupun kedua-duanya dianggap sekutu PKR dan PPBM.
"Kami tidak menjemput DAP atau Amanah kerana jawatankuasa pusat sudah menyatakan tidak ada hubungan dengan mereka.
"Lagipun, parti yang hadir (ke ceramah) adalah yang menumpukan kerusi majoriti Melayu," kata Khairuddin kepada FMT.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah tak kisah diketepikan PAS

Posted: 11 Dec 2016 07:05 AM PST

Presiden Amanah Mat Sabu yakin beliau dan DAP akan mengetahui kandungan mesyuarat yang dirancang.
mat-sabu_amanah_pas_600
SHAH ALAM: Amanah berkata ia tidak bimbang diketepikan berikutan rancangan PAS untuk mengadakan acara ceramah bersama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) esok.
"Apa sahaja yang berlaku malam esok, kami akan dimaklumkan," kata Presiden Amanah Mohamad Sabu pada hari terakhir konvensyen parti itu, hari ini.
Walaupun PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, tetapi ia masih mengekalkan hubungan dengan PKR.
Parti itu juga belum menyatakan sama ada ia akan bekerjasama dengan PPBM, walaupun menerima sindiran daripada pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata pemimpin PAS berada dalam keadaan keliru kerana masih teragak-agak untuk menyertai pakatan pembangkang bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
PAS Selangor dikatakan menjemput presiden PKR dan PPBM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk berucap di majlis ceramahnya di Paya Jaras.
Langkah itu dilihat oleh pemerhati sebagai satu usaha oleh PAS untuk membentuk blok ke-3 di negeri ini bagi memastikan ia masih boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor sekiranya Pakatan kembali berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.

SURAT TERBANG YANG SENGAJA DIADA-ADAKAN - ZAM

Posted: 11 Dec 2016 06:13 AM PST


Bila membaca sahaja surat terbang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib berlogo kerajaan yang disebarkan menerusi internet,saya terus tidak percaya kerana kandungannya amat cetek,tidak munasabah dan tidak  serius untuk betul-betul meyakinkan orang ramai apatahlagi orang yang berakal.
Surat ini menampakkan  Zahid  membuat pemilihan kabinetnya menggantikan kabinet Najib secara rambang sahaja untuk sebaran dengan pantas.
Bagaimanapun tidaklah dapat dinafikan ramai juga orang yangsimple minded akan terus mempercayainya terutama di kampung-kampung.
Selepas  sahaja membaca surat terbang  itu yang  ditunjukkan kepada saya oleh seorang kawan di phonenya saya segera mempunyai prasangka bahawa surat itu diada-adakan oleh pihak jabatan perang saraf UMNO atau BN sendiri   untuk membolehkan tuduhan dilemparkan kepada pihak pembangkang dalam keadaan momentum pemulihan Imej Najib dirasakan tinggi  setelah Persidangan Agung UMNO baru-baru ini.
Pembangkang tidak mungkin  membuat surat terbang yang sebodoh dan semudah  ini untuk melagakan Najib dan Zahid..
Memang benar anggapan saya, belum pun surat layang itu tersebar dengan luas Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah membuat penafian dan menuduh pembangkang yang menyebarkan kabar angin itu untuk melagakannya dengan Timbalannya Zahid Hamidi kerana cemburu dengan solidariti UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO(Ia menjadi berita utama muka satu Mingguan Malaysia hari ini).
Ini merendahkan kemampuan berfikir rakyat.
Dan ini adalah satu lagi backfire kepada UMNO dan kerajaan selepas penarikan balik undangan kepada Tun Mahathir ke upacara pengangkatan sumpah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Semua ini adalah kerja Allah.

Amanah jangan hanya menangis di tepian sudut - Salahuddin

Posted: 11 Dec 2016 06:01 AM PST

Amanah jangan hanya menangis di tepian sudut SHAH ALAM - "Amanah mesti pandai dan bijak memposisikan diri," kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub.
Menurutnya, seluruh kepimpinan parti perlu menampilkan kebijaksanaan bagi menggerakkan parti itu ke hadapan.
"Kalau kita mahu posisikan diri kita, kita perlu tampil dengan kebijaksanaan, bukan hanya menangis di tepian sudut.
"Kita mesti sama-sama menunjukkan wajah kepimpinan kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Amanah di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, Amanah perlu sama-sama tampil membantu rakan Pakatan Harapan yang lain untuk menumbangkan BN pada PRU akan datang.
"Kita tahu kematangan kita ada di sini. InsyaALLAH kita tahu siapa musuh dan siapa kawan kita akhirnya
"Jangan keliru kalau tiba-tiba lawan jadi kawan, kalau lawan jadi kawan," katanya lagi.

"Tun Mahathir Menangis Bila Deklamasikan sajak Kezaliman Najib"

Posted: 11 Dec 2016 05:20 AM PST

Konvensyen Amanah: Amanah sedia tawan Kelantan, Terengganu PRU14

Posted: 11 Dec 2016 05:15 AM PST

Comments (0)