Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:56 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Amanah tak gila jawatan, kata perwakilan pada Azmin

Posted: 10 Dec 2016 09:35 PM PST

Katanya, meskipun wakil rakyat Amanah tidak dilantik jadi exco, MB perlu meraikan kedudukan mereka sebagai salah satu komponen dalam kerajaan negeri tanpa karenah birokrasi yang menekan.
Jamzuri-Ardani-2
SHAH ALAM: Perwakilan Amanah Selangor hari ini menyindir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang parti itu "tidak lapar" jawatan dalam kerajaan negeri.
Jamzuri Ardani berkata walaupun wakil rakyat Amanah tidak dilantik sebagai exco, namun Azmin perlu meraikan kedudukan mereka sebagai salah satu komponen dalam kerajaan negeri tanpa karenah birokrasi yang menekan.
"Kami hendak beritahu kepada MB bahawa Amanah tidak lapar dengan jawatan. Kami tidak lapar dengan kedudukan dalam kerajaan negeri.
"Apa yang kami mahu ialah diraikan sebagai ahli komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi," katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Konvensyen Nasional Amanah hari ini.
Beliau berkata tekanan dan birokrasi kerajaan negeri itu menghalang Amanah untuk mengadakan pelbagai program, termasuk kuliah agama.
Katanya, halangan itu datangnya daripada PAS yang tidak senang dengan tindakan mereka.
"Ketua kampung PAS, Adun PAS, ahli Majlis PAS, exco PAS itulah yang membantah dan menghalang kita mengadakan kuliah di masjid. Ada juga ahli majlis menghalang PAS menggunakan dewan di bawah PBT.
"Jika Amanah tidak menang banyak kerusi kita bimbang menteri besar selepas pilihan raya akan datang akan duduk di blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri kena dibuang segera," katanya.

Perwakilan Selangor senarai kegagalan Amanah pada pilihanraya lepas

Posted: 10 Dec 2016 09:30 PM PST

SHAH ALAM - Perwakilan Selangor menyenarai penuh kegagalan Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya lepas.
Perwakilan Selangor, Jamzuri Ardani ketika berucap dalam Konvensyen Amanah hari ini berkata, persembahan Amanah secara keseluruhannya masih hambar.
Menurutnya, meskipun semakin menghampiri PRU akan datang, Amanah dilihat masih tercari-cari momentum untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat.
Jamzuri Ardani "Sebelum ini kita sudah menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Pencapaian kita hambar. BN menang besar di Sarawak dan negeri itu juga, kita hilang banyak deposit.
"Kepimpinan Amanah masih teraba-raba dalan mencari sentuhan ketika menghadapi pilihan raya," katanya ketika membahas usul mendepani PRU14 di Konvensyen Amanah di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Jamzuri turut 'menegur,' gerak kerja Amanah semasa berlangsungnya PRN Sarawak, baru-baru ini.
"Biro pilihan raya parti di peringkat nasional seperti tak berfungsi.
"Contoh, pada PRN Sarawak, kita tidak ada bilik gerakan induk untuk pantau kerja-kerja pilihan raya sedang berpusat di semua kerusi yang dipertandingkan," katanya lagi.
Jamzuri juga turut menyatakan mesej pilihan raya yang dibawa parti tidak cukup kuat atau mudah difahami untuk meraih undi rakyat.
"Ini adalah konvensyen pertama dan mungkin yang terakhir, sebelum PRU14 menjelang.
"Pada konvensyen inilah kita perlu gunakan untuk melangkau keputusan penting sebelum PRU menjelma," tegasnya.

Amanah sedia pertahan DAP daripada tohmahan Umno

Posted: 10 Dec 2016 09:29 PM PST

Jamzuri Ardani mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan modal politik yang sama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.
Jamzuri-Ardani
SHAH ALAM: Amanah bersedia menjadi benteng mempertahankan DAP yang sering ditohmah dan difitnah mengamalkan ekstremis perkauman, kata perwakilan Amanah Selangor.
Berucap di Konvensyen Amanah, Jamzuri Ardani mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan modal politik yang sama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.
Katanya, bukan saja Umno menyerang DAP sebaliknya PAS turut melakukan perkara sama sebaik saja tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.
"Isu ini digunakan Umno untuk membunuh pakatan dan Amanah perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan mereka DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.
"Kita kena berhujah atas fakta dan kebenaran untuk menangkis sentimen kebencian dan prasangka baru yang disebarkan Umno dan sekutu baharu mereka.
"Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini 'core business' politik Amanah," katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Konvensyen Nasional Amanah hari ini.
Jamsuri berkata demikian sebagai respons kepada ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung Umno 2016 (PAU2016) yang mengingatkan kaum Melayu dan Islam menolak politik DAP yang disifatkan sebagai bahaya dan bakal menghakis keistimewaan serta hak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah jamin bebaskan Mazlan dari bankrap

Posted: 10 Dec 2016 09:25 PM PST


Presiden Amanah Mohamad Sabu melancarkan Solidariti untuk Mazlan di Konvensyen Amanah Nasional hari iniPresiden Amanah Mohamad Sabu melancarkan Solidariti untuk Mazlan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini
Konvensyen Amanah Nasional hari ini melancarkan Solidariti Untuk Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang diarah membayar saman sejumlah RM500,000 kepada Felda.
Saman tersebut ekoran tulisan Mazlan dalam bukunya bertajuk "Felda...Dulu Tolong Sekarang Along!" yang dicetak oleh syarikat Angkatan Edaran.
Sekiranya Mazlan tidak dapat membayar wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan dan tidak lagi boleh memimpin mana-mana organisasi untuk memperjuangkan rakyat dan membebaskan golongan Felda.
Pelancaran itu dibuat sejurus usul berkaitan Solidariti Mazlan Aliman yang dikemukakan perwakilan Negeri Sembilan diluluskan dengan sebulat suara.
Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika membahaskan usul tersebut menyatakan komitmen untuk membebaskan Mazlan daripada bankrap sambil mendakwa tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas Mazlan ini adalah usaha kerajaan untuk melemahkan semangat ahli dan penyokong Pakatan Harapan.
"Rentetan peristiwa Mazlan Aliman dibankrapkan, ini adalah ciri yang dibuat oleh Najib untuk melemahkan Pakatan Harapan dan sekutu Pakatan Harapan supaya petugas sama ada hilang semangat atau patah di tangah jalan.
"Mazlan jiwa dan perjuangannya bersama Felda dan peneroka generasi awal kedua dan seterusnya. Mazlan adalah pejuang. Oleh itu kita mesti bebaskan Mazlan Aliman daripada bankrap," katanya ketika menyokong usul Solidariti Mazlan Aliman yang dikemukakan perwakilan Negeri Sembilan.
Read More / Baca Lagi >>

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kepincangan 1MDB

Posted: 10 Dec 2016 09:23 PM PST


  Faiz Fadzil Faiz FadzilKonvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini meluluskan usul menyiasat kepincangan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibawa perwakilan Pemuda Nasional. 
 
Usul yang dibacakan Timbalan Ketua Pemuda, Faiz Fadzil itu mendapat sokongan penuh 1,204 perwakilan yang memenuhi dewan Shah Alam Convention Centre (SACC). 
 
Menurutnya, isu 1MDB melibatkan kepincangan kepimpinan negara apabila Perdana Menteri menukar Gabenor Bank Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara.  
 
"1MDB ini menyebabkan sistem demokrasi di negara ini semakin terhakis. Parlimen yang sepatutnya menjadi institusi wakil rakyat mengutarakan isu-isu kepentingan negara tetapi ahli parlimen kritik dikenakan tindakan. 
 
"Mereka dipanggil dan disiasat di bawah Akta Hasutan. Kalau di Parlimen pun tidak boleh bicara isu rakyat, di mana lagi? Di jalan raya (bersuara) kena tangkap," ujarnya. 
 
Sehubungan itu, Faiz mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat secara menyeluruh isu kepincangan 1MDB. 
 
"Pemuda Amanah tidak mahu negara diperintah secara kleptokrasi dan kuku besi. Kita mahu negara diperintah secara demokrasi. 
 
"Oleh sebab itu, Suruhanjaya Siasatan Diraja mesti ditubuhkan segera untuk menyiasat skandal terbesar di dunia ini," tegasnya. 
 
Usul beliau kemudiannya disokong perwakilan Rantau Panjang, Rushdan Mustafa.

Beri hak Orang Asli tuntutan Islam, bukan hanya RUU 355, kata wakil Kelantan

Posted: 10 Dec 2016 09:21 PM PST


Anfal SaariAnfal Saari
Mengajak rakyat menyokong pindaan akta 355 diwar-warkan sebagai tuntutan Islam dan perintah Allah, malangnya bila berhadapan isu tuntutan mesyarakat Orang Islam, kehendak Islam diketepikan.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamad yang mengemukakan pandangan itu menganggap layanan buruk terhadap komuniti ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
"Mereka hanya meminta pihak kerajaan tidak membenarkan pembalakan dan pembukaan ladang komersil di sekitar kawasan mereka duduki.
"Bukan di semua tempat di Kelantan," katanya ketika membahaskan usul membela hak Orang Asli dan Alam sekitar yang dibawa oleh Angkatan Wanita (Awan) di Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam pagi ini.
Menurutnya apa yang sedang terjadi sekarang di Kelantan hampir semua kampung-kampung Orang Asli kini dihimpit oleh kegiatan membalak dan pembukaan ladang komersil.
"Ini menyebabkan kesusahan benar-benar menjadi kenyataan kepada masyarakat itu malah paling kritikal apabila sumber keperluan asas termasuk air bersih semakin berkuarangan.
"Inilah sebab sebenar mereka semakin berani membuat tuntutan termasuk mendirikan sekatan (blokade) bagi menentukan survival masa depan mereka," katanya.
Dalam keadaan seperti ini katanya, mengapa kita lupakan tuntutan Islam untuk membela golongan tertindas.
"Mereka juga manusia yang berhak seperti warganegara lain, Islam menyuruh kita melayan mereka sama dan bukannya memejamkan mata terhadap kezaliman," katanya.
Manakala AJK Wanita Nasional Anfal Saari pula mengatakan usul yang dikemukakan Awan itu mengimbau penahanan 54 Orang Asli 30 November lalu di Gua Musang semata-mata mempertahankan tanah tempat tinggal mereka dari dimasuki pembalak-pembalak yang mendatangkan masalah pencemaran alam dan kerosakan tempat mereka mencari rezeki.
"Menyedari bahawa Orang Asli berhak untuk menuntut hak mereka ke atas tanah adat dan alam sekitar terutama sungai yang merupakan elemen terpenting dalam kehidupan mereka sebagai sumber bekalan air, makanan dan tempat tinggal, Awan mengusulkan lima desakan," katanya yang mengemukakan usul berkenaan bagi pihak Awan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS sibuk perjuangkan RUU355, hak Orang Asli terabai, kata Amanah

Posted: 10 Dec 2016 08:43 PM PST

Perwakilan Amanah berkata PAS perlu sedar Orang Asli juga ada hak memiliki tanah, sebagaimana bangsa lain walaupun ada kekangan dan halangan dalam Enakmen Rizab Melayu.
Che-Ibrahim-Muhammad
SHAH ALAM: Perwakilan Amanah hari ini membidas tindakan kerajaan PAS Kelantan yang terlalu lantang memperjuangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355), tetapi mengabaikan hak tanah adat Orang Asli di Gua Musang.
Perwakilan Kelantan, Che Ibrahim Muhammad ketika berucap pada Konvensyen Amanah hari ini berkata Orang Asli mempunyai hak untuk memiliki tanah seperti kaum lain.
"Orang Asli ada hak untuk memiliki tanah, sebagaimana hak bangsa lain walaupun ada kekangan dan halangan dalam Enakmen Rizab Melayu atau Kanun Tanah Negara.
"Bila kita bercakap soal peraturan, hari ini sibuk dihebohkan dengan RUU355, kita desak kerajaan menerima pakai undang-undang syariah atau undang-undang jenayah Islam sebagi undang-undang jenayah negara.
"Tetapi mengapa bila berbicara soal hak memiliki tanah Orang Asli, kita hanya rujuk Enakmen Rizab Melayu," katanya ketika membahaskan usul membela hak orang Asli dan alam sekitar Kelantan yang dibawa perwakilan Wanita Amanah.
Ibrahim berkata sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam tidak sepatutnya hak peribumi Orang Asli untuk mendapat tanah adat dinafikan.
"Di mana Islam yang kita katakan dasar perjuangan kita. Ketika mendesak masyarakat terima RUU355 semata-mata untuk hukum kesalahan zina dan minum arak, ikut Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang tak buat 'surat terbang' sebodoh ini, kata Zam

Posted: 10 Dec 2016 08:42 PM PST

Bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa, beliau mempunyai prasangka surat yang kononnya dikeluarkan oleh pejabat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diada-adakan oleh pihak jabatan perang sarap Umno atau BN sendiri.
Semenjak semalam, surat yang kononnya ditanda tangani oleh Ahmad Zahid menjadi viral di media sosial dengan kandungannya yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera berundur daripada kerajaan serta melepaskan jawatan.
"Pembangkang tidak mungkin membuat surat terbang yang sebodoh dan semudah ini untuk melagakan Najib dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi).
"Bila membaca sahaja surat terbang (Ahmad) Zahid kepada Najib yang berlogo kerajaan yang disebarkan menerusi internet,saya terus tidak percaya kerana kandungannya amat cetek, tidak munasabah dan tidak serius untuk betul-betul meyakinkan orang ramai apatah lagi orang yang berakal.
"Surat itu menampakkan Zahid membuat pemilihan kabinetnya menggantikan kabinet Najib secara rambang sahaja untuk sebaran dengan pantas, bagaimanapun, tidaklah dapat dinafikan ramai juga yang orang simple minded akan terus percayainya terutama di kampung-kampung," ujar beliau dalam blognya, hari ini.
Semalam, Najib ketika mengulas surat yang sama berkata, helah kotor pembangkang yang cuba melagakan beliau dengan Ahmad Zahid menerusi penyebaran surat palsu bukan sahaja gagal, malah tidak akan sesekali berjaya menggugat perpaduan dalam Umno.
Read More / Baca Lagi >>

PAS TIDAK KELIRU, JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI SEDANG MENUNGGU...

Posted: 10 Dec 2016 08:39 PM PST

Walaupun dikecam oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai parti yang keliru, Pas tidak mustahil akan memilih untuk terus menjadi parti yang keliru dan mengelirukan sehingga pilihanraya umum akan datang.

Dengan menjadi parti yang keliru, Pas bukan saja dapat mengelirukan rakyat, bahkan penyokongnya sendiri akan turut dikelirukan.

Mengelirukan rakyat, terutama penyokong Pas di kampung-kampung adalah perkara yang paling diharapkan oleh Najib Razak kerana dengan kekeliruan itulah yang akan menyebabkan UMNO dan BN mampu menang pilihanraya dan dapat terus berkuasa.

Tetapi, adakah Hadi Awang keliru dengan pendiriannya itu?

Jawabnya, tentu saja tidak.

Pas adalah parti politik dan Hadi adalah pemimpin politik. Pas dan Hadi tidak berbeza dengan parti politik atau pemimpin politik yang lain yang ada di dunia moden ini. Semua mereka adalah sama.

Parti politik dan orang politik sentiasa kemaruk kuasa. Cuma kadang-kadang mereka pandai mengelirukan rakyat di sebalik keinginan terhadap kuasa itu.

Apabila Pas kekal menjadi parti yang keliru dan pertandingan menjadi tiga penjuru, kebarangkalian untuk UMNO dan BN menang lebih kerusi dalam PRU 14 nanti adalah tinggi kerana kejayaannya mengelirukan pengundi.

Dengan pengundi keliru kerana sesama pembangkang berlawan tiga penjuru, UMNO dan BN sebagai kerajaan sedia ada lebih mudah lagi menjalankan kerja-kerja pengeliruan mereka bagi tujuan mengekalkan kuasa.

Tetapi, disebabkan parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan "sudah mati"  serta kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka turut mengalami perubahan, Najib mungkin tidak mampu menubuhkan kerajaan secara sendirian dalam konteks BN.

Dengan kedudukan pengundi keliru, terkeliru atau sengaja dikelirukan, Pas hanya mampu menang di kawasan-kawasan di mana ia sedia kuat selama ini.
Read More / Baca Lagi >>

AMANAH Johor setuju Muhyiddin jadi PM sementara, guna satu logo

Posted: 10 Dec 2016 08:37 PM PST

Perwakilan Amanah Negeri Johor, Ungku Mohd Nor Mahmood menegaskan pentingnya penggunaan satu logo pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Beliau berkata, pemakaian pelbagai logo dalam pilihan raya yang dijangka berlangsung awal tahun depan itu dibimbangi akan mengelirukan rakyat untuk membuat pilihan terbaik.
ungku_mohd_nor_mahmood"Mega pembangkang yang mengandungi jumlah parti komponen lebih kecil daripada BN tidak akan mampu meyakinkan rakyat sebagai gabungan alternatif jika turun ke gelanggang dengan variasi lambang yang mengelirukan pengundi.
"Demi mencapai maksud perpaduan ini, Parti Amanah Negara bersedia untuk turun ke gelanggang pilihan raya menggunakan lambang mana-mana parti komponen gabungan yang dipersetujui bersama atau lambang baru gabungan yang dibenarkan," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah yang dihadiri 1,204 perwakilan dan 2,000 pemerhati di Shah Alam, 10 Disember.
Tuntutan kepada satu logo bagi blok pembangkang pada PRU14 turut dibangkitkan sebelum ini dalam Konvensyen Pakatan Harapan, 12 November lalu.
Pada masa sama, Ungku Mohd Nor juga menyatakan pendirian Amanah berkenaan jawatan Perdana Menteri jika rakyat memberi kuasa kepada Pakatan Harapan untuk memerintah.
"Amanah telah memutuskan bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri bagi rakyat Malaysia tetapi oleh sebab beliau masih di penjara, Amanah setuju Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Doktrin ektrimisme senjata lemahkan parti lawan

Posted: 10 Dec 2016 08:14 PM PST

 Dr Jamaluddin Abdul Rahim Dr Jamaluddin Abdul Rahim
Terdapat pihak tertentu menyuburkan doktrin ekstremis sebagai 'senjata' untuk menyerang dan melemahkan parti lawannya, kata Perwakilan Negeri Pahang Dr Jamaluddin Abdul Rahim.
Beliau berkata, doktrin yang digunakan pihak berautoriti menyebabkan parti Amanah terpinggir dengan mehnah yang dilemparkan parti saingannya.
"Nak bincangkan pada hari ini, bahawa pelbagai ekstrimis dalam parti menyebabkan kita terpinggir itu suatu mehnah.
"Untuk kuatkan perjuangan kita untuk tunjuk pada masyarakat parti Amanah tidak layan perkara seumpama itu.
"Kenapa perkara seumpana itu berlaku kerana ada orang yang berautoriti, pernah menyebut mengkafir harbikan orang bukan Islam yang dilihat duduk bersama sokong DAP.
"Bagi saya orang macam ini mereka boleh bercakap dan orang ramai percaya.
"Kalau di Pahang ada timbalan presiden parti lama itu yang sejak akhir ini keras tidak mau berkongsi kerusi dengan sesiapa...itukah extremis?," ujarnya yang berpandangan jika dibiarkan akan menyebarluaskan lagi label ekstrimis terhadap sesuatu parti yang tidak sehaluan dengan parti lawan mereka sepatutnya tidak berlaku.
Beliau berbahas isu teroris dan terorisme daripada ucapan Presiden semalam.
Dr Jamaluddin turut menyebut rakyat tidak seharusnya menyokong doktrin ekstrimis dan terroris tanpa memahami maksud sebenar istilah tersebut dengan mengambil takrifan dari tokoh Islam seperti Ibnu Hajar dan Ibnu Taymiyah.
Apa yang dimaksudkan dengan keganasan penggunaan cara paksaan mencederakan mendera orang lain bermaksud pembinasaan sesuatu orang atau kelompok.
Makna ekstimis dan terroris adalah gejala yang merosakkan masyarakat.
Justeru soalnya apakah sebab dan gejala berlaku sedemikian dan beliau turut memberikan jawabapannya.
Read More / Baca Lagi >>

Saya mahu satukan dunia guna humor gaya Malaysia, kata Harith Iskander

Posted: 10 Dec 2016 07:44 PM PST

Raja komedi itu berkata beliau gembira dapat mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa, dan kini tiba masanya untuk meletakkan komedi Malaysia di peta dunia.
Harith-Iskander
KUALA LUMPUR: "Bila saya memulakan kerjaya 26 tahun lalu, matlamat saya untuk menyatukan rakyat Malaysia menerusi komedi dan hari ini, saya dapat menyatukan dunia dengan humor gaya Malaysia," kata Harith Iskander, yang baru saja terpilih sebagai orang paling lucu di dunia.
Harith, 50, yang muncul sebagai juara pertandingan "Laugh Factory's Funniest Person in the World" (LFFPITW) di Helsinki, Finland, semalam berkata beliau cukup teruja dan seronok meraih kejuaraan itu.
Raja komedi itu berkata beliau gembira dapat mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa, dan menambah, kini tiba masanya untuk beliau meletakkan komedi Malaysia di peta dunia.
"Saya amat bersyukur mempunyai peminat di serata Malaysia dan Asia Tenggara dan juga tempat lain seperti United Kingdom, Denmark dan Australia yang menyokong saya. Segalanya tidak mungkin tanpa peminat saya.
"Akhbar juga memberikan saya sokongan penuh, jadi ini amat bernilai. Telefon bimbit saya tidak berhenti berdering menerima ucapan tahniah," katanya.
Dengan gelak ketawa, Harith mengatasi 4 pesaing lain – Alex Calleja (Filipina) naib-johan, diikuti Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).
Harith membawa pulang AS$100,000 (lebih RM400,000) dan lawatan dengan berkomedi di Amerika Syarikat, sementara Calleja meraih AS$10,000 dan Vrana US$5,000.
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz dah 'gila talak', kata Pemuda Umno Kedah

Posted: 10 Dec 2016 07:43 PM PST

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini menjawat kerusi timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilanda sindrom gila talak apabila berterusan mengambil peduli isu dalaman parti Melayu itu.
Ujar Shaiful Hazizy, Mukhriz juga bermain sentimen dan cuba mewujudkan kekeliruan persepsi dengan dakwaan isu Khairy Jamaluddin pernah menghantar surat perletakan jawatan dan dipujuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Jika pun benar ada asas penyerahan surat letak jawatan oleh ketua pemuda Umno itu, ia terpulang kepada hak pereogatif Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerima ataupun menolak perletakan jawatan itu.
"Ia cubaan terbaharu Mukhriz menghuru-harakan parti selepas pelbagai kaedah yang digunakan sebelum ini menemui kegagalan.
"Mukhriz bukanlah seorang yang berani dan berprinsip kerana menyatakan perkara itu di luar konteks masa dan tempat yang sepatutnya," kata beliau, memetik laporan Astro Awani.
Terdahulu, Mukhriz mendakwa Khairy pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Perdana Menteri, Najib.
Sebelum itu, Khairy mendakwa dirinya tidak pernah meminta apa-apa untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah menjadi pemakan dedak.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah perlu hentikan 'mindset' pembangkang

Posted: 10 Dec 2016 07:10 PM PST


SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) harus berhenti berfikir sebagai pembangkang, sebaliknya perlu menggerakkan kerangka pemikiran sebagai kerajaan seterusnya.
Perwakilan Perak, Dr Fakhruldin Mohd Hashim berkata, seluruh parti perlu mengubah kerangka minda dalam meneruskan survival parti.
Menurutnya lagi, parti tidak lagi berfungsi hanya dengan mencari masalah, sebaliknya perlu berperanan sebagai penyelesai masalah yang ada dalam negara pada hari ini.
"Langkah awal bermula dengan mindset (kerangka minda). Harus jadikan kerangka minda berfikir bukan lagi sebagai pembangkang.
"Rancangan kerja parti perlu disusun secara logistik. Itu boleh mencernakan beberapa implikasi yang cukup baik bagi kita," katanya menerusi Konvensyen Amanah di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, jika ia boleh dilaksanakan, maka Amanah tidak akan menghadapi kesulitan untuk berdepan dengan PRU akan datang.
"Kalau Amanah mempunyai kerangka minda sedemikian, maka kita tak ada masalah untuk tawan masa depan negara.
"Dan ia perlu diterjemahkan menerusi gerak kerja yang kita sama-sama rangka dan rancang," ujarnya lagi.

Amanah Tangkis Kebencian Orang Melayu Terhadap DAP

Posted: 10 Dec 2016 07:09 PM PST

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) akan terus memikul tugas dan tanggungjawab untuk menangkis persepsi buruk dan kebencian pengundi Melayu terhadap DAP.
Wakil dari Selangor Jamzuri Ardani berkata isu perkauman akan terus dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dengan DAP menjadi sasaran utama.
"Sasaran utama mereka tentulah DAP, mereka sedar bahawa isu ini adalah 'soft spot' dalam Pakatan Harapan dan isu inilah yang digunakan secara maksima dalam PRU-13 dan digunakan oleh Umno untuk membunuh Pakatan Rakyat.
"Saya fikir Amanah perlu berupaya berhadapan dengan pengundi-pengundi Melayu khususnya untuk meyakinkan mereka bahawa DAP ini bukan ancaman kepada negara, bangsa Melayu dan bukan ancaman kepada Islam di negara kita," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari kedua Konvensyen Amanah di sini, Ahad.
Jamzuri berkata, Umno kini mempunyai 'sekutu baharu mereka' untuk terus memainkan isu perkauman dan politik kebencian terhadap DAP.
Justeru beliau menggesa seluruh kepimpinan dan perwakilan berhujah berdasarkan fakta bagi memberi penjelasan kepada pengundi bagi membetulkan persepsi mereka terhadap DAP.
"Kita perlu yakin, kita tak perlu bersikap apologetik dalam menangani isu ini, kita mesti berhujah di atas fakta dan kebenaran bagi menangkis sebarang sentimen kebencian, prejudis dan prasangka buruk yang disebarkan oleh Umno dan sekutu baharu mereka.
"Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini adalah teras utama politik Amanah, yang ini kita kena faham," katanya.

Tangkap MOI: Wanita Amanah puji semangat mahasiswa

Posted: 10 Dec 2016 07:06 PM PST


Perwakilan AWAN Nasional Nur Hidayah RamliPerwakilan AWAN Nasional Nur Hidayah Ramli
Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) menyatakan sokongan padu kepada Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (Kesatuan), Anis Syafiqah Md Yusof yang dijatuhi hukuman bersalah oleh pihak berkuasa tatatertib pelajar Universiti Malaya (UM) kerana menyertai himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (MO1).
"Saya melahirkan sokongan yang padu sebagai wakil Awan kepada anak-anak dan adik-adik kita Anis Shafiqah bersama 3 lagi aktivitis mahasiswa yang lain yang telah didapati bersalah oleh lembaga disiplin UM susulan penglibatan mereka dalam himpunan "Tangkap MO1".
"Semoga mereka diberikan kekuatan dan jalan keluar dari kemelut ini," kata perwakilan Awan Nasional Nurhidayah Ali sewaktu membahaskan pidato presiden di Konvensyen Amanah Nasional kali pertama di Shah Alam.
Selain Anis, tiga lagi yang dijatuhi hukuman sama ialah mahasiswa Akademi Pengajian Islam iaitu Suhail Wan Azahar, Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Fazli.
Keempat-empat aktivis kampus berkenaan yang juga dikenali sebagai kumpulan #Malaya4 dikenakan tindakan mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
Mereka antara lain dituduh merosakkan nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam kerana menyertai demonstrasi berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu di ibu negara, 27 Ogos lalu.
Selain itu, Nurhidayah juga menyeru semua perwakilan dan pemerhati khasnya dari Awan agar mengambil contoh semangat waja dan jitu Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bulan lalu.
Beliau berkata Awan mest bersedia menggalas tanggungjawab dalam sebarang usaha menyelamatkan Malaysia.
"Kita harus bekerja-keras dan perlu membuktikan bahawa kita amat serius dalam menggalas tugas yang diberikan. Awan mesti berupaya untuk memberikan yang terbaik.
"Saya yakin jika Awan memberikan komitmen yang tinggi dalam gerak-kerja parti dan pilihan raya, maka saya amat yakin bahawa lebih ramai Awan yang akan menang dalam PRU14 ini dan seterusnya membawa lebih ramai suara wanita di Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri terutamanya dalam memperjuangkan hak-hak wanita dengan lebih efektif dan adil," tegasnya.
Sementara itu, beliau menggesa Amanah mengenal pasti calon-calon Awan untuk PRU14 bagi memenuhi kuota 30% Awan sebagai pembuat keputusan.
Read More / Baca Lagi >>

Hadapi akibat main politik, kata Nur Jazlan pada Bersih

Posted: 10 Dec 2016 07:01 PM PST

Beliau sekali lagi menafikan Maria Chin Abdullah menerima layanan teruk ketika ditahan pada malam menjelang himpunan Bersih 5 pada 19 November.
jazlan-maria-jail-1
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mengkritik NGO yang tidak sanggup berdepan akibat pembabitan mereka dalam politik.
Menolak tuduhan yang Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menerima layanan buruk ketika ditahan baru-baru ini, Jazlan berkata kumpulan itu mengharapkan layanan istimewa.
"Mereka ini mahu main politik dan terbabit dalam demonstrasi, tetapi bila mereka disiasat mereka kata kena ganggu.
"Jika nak terbabit dengan politik, kenapa pula minta layanan istimewa?
"Adakah Maria cedera dalam penjara?
"Tidak ada gangguan. Dia tidak menerima layanan berbeza.
"Mereka disiasat kerana dakwaan menerima dana asing dan tidak ada gangguan terhadap mereka," katanya kepada FMT.
Polis menyiasat Bersih kerana pembabitannya dalam "aktiviti yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen", satu kesalahan di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan.
Nur Jazlan berkata siasatan itu mungkin tidak diteruskan hingga ke pendakwaan.
"Jika polis syak ada kes, mereka akan rujuk bukti kepada Pejabat Peguam Negara. Peguam negara yang akan putuskan sama ada cukup atau tidak bukti untuk mendakwa," katanya.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, Bersih berkata penahanan Maria selama 11 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 ialah satu bentuk seksaan.
Ia juga meminta kerajaan berhenti menyalahgunakan undang-undang anti keganasan.

Bersatu yang keliru ??

Posted: 10 Dec 2016 06:55 PM PST

Jika Bersatu sebagai parti serpihan Umno, inginkan pertandingan satu lawan satu dengan Umno, mereka perlu berunding dengan PAS dan bukannya DAP mahupun PKR.


Sebenarnya apa yang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahukan?
Jikalau difikirkan dari sudut kerusi, majoriti kerusi yang bakal ditandingi Bersatu adalah kawasan majoriti Melayu, yang lazimnya ditandingi PAS bertembung dengan Umno.
Semua kerusi majoriti Cina dan campuran sudah pastinya dibolot DAP dan PKR. Kedua-dua parti ini sudah pasti akan menggenggam kerusinya secara kuku besi kerana impian ke Putrajaya sudah malap.
Oleh itu, jika Bersatu sebagai parti serpihan Umno, inginkan pertandingan satu lawan satu dengan Umno, mereka perlu berunding dengan PAS dan bukannya DAP mahupun PKR.
Jika hasrat utama Bersatu ialah untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno, maka BN perlu ditumbangkan di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi Umno dan bukannya kawasan kerusi campuran yang ditandingi MCA, MIC mahupun Gerakan.
Musuh tradisi Umno di kerusi Melayu ini untuk berdekad lamanya ialah PAS. Malah, kegagalan Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya disebabkan kekalahan di kerusi Melayu ini yang majoritinya ditandingi PAS.
Jika Bersatu ingin menumbangkan Umno, maka secara logiknya mereka lebih memerlukan PAS berbanding DAP.
Jadi apakah tujuannya Bersatu melebih-lebihkan kerjasama dengan Pakatan Harapan berbanding PAS?
Keputusan pertandingan 3 penjuru antara PAS, BN dan Pakatan Harapan yang disertai Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewakili Bersatu sebelum kelahirannya di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah membuktikan Pakatan Harapan tidak akan membawa nilai tambah kepada Bersatu jika berlawan dengan Umno sambil bermusuh dengan PAS.
Yang akan membawa nilai tambah pada Bersatu hanyalah dengan bekerjasama dengan PAS sambil memastikan DAP dan PKR memberikan kerusi mereka kepada Amanah tanpa sebarang gangguan pada kerusi PAS.
Sebenarnya itulah tugas Bersatu sekiranya ia ingin menjadi penyatu kepada parti pembangkang.
Jika tujuan Bersatu mendampingi Pakatan Harapan adalah untuk membolehkan partinya mendapat beberapa kerusi selamat pembangkang daripada tangan DAP dan PKR supaya Bersatu boleh terus hidup di bawah Datuk Seri Mukhriz Mahathir sehingga PRU15, maka apa yang dilakukan Dr Mahathir boleh difahami.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Asli perlu setaraf Melayu, Bumiputera

Posted: 10 Dec 2016 06:46 PM PST

Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mahu Perlembagaan Malaysia dipinda bagi membolehkan Orang Asli (OA) setaraf dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera dari segi keistimewaannya.
Antara keistimewaan tersebut termasuk pendidikan, perkhidmatan awam, biasiswa, perniagaan dan perlindungan dalam soal tanah rizab, ujar beliau.
"DAP akan terus menyokong kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di samping melindungi hak kumpulan etnik yang lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Ini bermakna kita juga mahu membantu untuk ianya dinikmati oleh semua masyarakat yang memerlukan," ujar beliau yang juga ketua anggota parlimen DAP dalam kenyataan.
Tambah beliau, kedudukan istimewa adalah untuk Bumiputera yang memerlukan dan bukan sekadar untuk Umnoputra yang kaya-raya.
Ia juga untuk orang bukan Melayu yang mundur dalam memerlukan bantuan dalam keperluan untuk mempunyai akses kepada program-program tindakan afirmatif, katanya lagi.
"Dalam hal ini, saya ingin menegaskan bahawa Bumiputera yang pertama dan asal di Malaysia iaitu OA telah lama diabaikan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, hampir 60 tahun yang lalu," ujar beliau lagi.
Katanya, OA berada di negara ini selama ribuan tahun, namun, masih dilayan secara tidak adil oleh pihak berkuasa.
Dari segi keistimewaan, tiada sesiapa yang lebih berhak untuk mendapatkannya daripada masyarakat OA yang layak untuk diberikan kedudukan berkenaan, jelasnya.
Pada tahun 2010, terdapat 178,197 masyarakat OA di Malaysia dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) diberikan tanggungjawab untuk menyelia mereka.
"Sebagai permulaan, kita perlu aturkan OA untuk menerajui JAKOA tanpa mengira kepercayaan agama atau fahaman politik.
Read More / Baca Lagi >>

Selagi adanya Najib dan Zahid, saya kekal - KP Imigresen

Posted: 10 Dec 2016 06:38 PM PST

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yakin akan terus mengekalkan jawatannya itu selagi Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang kedudukan nombor satu dan dua negara.
Sambil mengakui wujudnya tekanan politik, Mustafar berkata, Ahmad Zahid pernah mengeluarkan kenyataan menangkis khabar angin beliau akan ditukar, memetik laporan Sinar Harian Online.
"Kalau kita rujuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid, beliau memberikan panduan dan peluang kepada pihak Imigresen untuk melakukan sesuatu.
"Dahulu pernah ada desas desus yang saya akan ditukarkan. Bagaimanapun beliau (Ahmad Zahid) segera menangkis khabar angin itu dengan menyatakan selagi beliau masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan selagi Najib masih memegang jawatan Perdana Menteri, saya tidak akan ke mana-mana.
"Kenyataan itu dibuat untuk menghilangkan tekanan politik yang kononnya akan menyebabkan saya ditukar.
"Tekanan politik itu memang ada. Bagaimanapun saya dipandu kepimpinan beliau (Ahmad Zahid). Undang-undang tetap tidak boleh dilanggar dan peraturan-peraturan mesti dipatuhi," ujar Mustafar lagi.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab tekanan politik yang diterima beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai ketua pengarah jabatan yang sering terpaling dengan pelbagai kontroversi antaranya menerima suapan dan sebagainya.
Pada masa yang sama, Mustafar berkata, beliau tidak akan berjumpa dengan ejen dan melayan kehendak golongan tersebut sehingga mereka menjadi marah.
"Merekalah yang mulakan khabar angin yang menyatakan saya akan ditukarkan," tambah beliau.
Mengenai ejen yang menggunakan nama pemimpin politik untuk berurusan, ini jawapan Mustafar: "Ya, memang ada yang gunakan nama pemimpin politik. Mereka kata mereka dari syarikat itu dan ini dan cuba menggunakan nama menteri untuk memudahkan urusan."
Jika tiada kuasa undang-undang selakipun, jelas beliau, semua pihak perlu patuh juga kerana sebagai manusia, semua orang dipandu oleh agama.
"Mungkin kerana saya ini kuat menguasakan undang-undang dan siapa yang suka dengan undang-undang? Sebab itulah timbulnya persepsi dan bermacam tekanan.
"Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai dulu memang ramai ejen berkeliaran dan sebagainya. Sekarang kita tengok sudah tidak ramai ejen yang ada," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah: Perlu contohi kepimpinan Khalifah Umar

Posted: 10 Dec 2016 05:04 PM PST


SHAH ALAM - Contohilah kepimpinan Khalifah Umar al- Khattab. Demikian kata pembahas dari Sabah, Mohd Khairuddin Daud yang melibat sistem tadbir urus di Eropah lebih baik berbanding negara-negara Islam yang ada kini.
Menurutnya, sebagai muhasabah dan cabaran Islam, kita seharusnya malu kerana polisi amalan negara Islam tak sebaik negara Eropah.
"Amanah Sabah mengajak semua supaya kita renung kembali zaman Khalifah Umar al- Khattab. Ini adalah contoh agung dari seorang khalifah yang masyhur dan digeruni.
"Dalam pimpinannya, dia (Khalifah Umar) sentiasa terbuka untuk rakyatnya mempersoalkan ketelusan. inilah contoh yang kita namakan amalan semak dan imbang," katanya ketika membahaskan pidato presiden bertajuk 'tadbir urus yang baik', di Konvensyen Nasional Amanah 2016, di SACC, hari ni.
Beliau yang juga merupakan ketua pemuda Amanah Sabah menempelak sistem kerajaan yang dilihat gagal mencontohi perkara tersebut.
Katanya, di sini rakyat tidak boleh persoalkan mana wang mereka pergi.
"Ini adalah realitinya..dan ia tak dapat di selindung lagi oleh kerajaan. Selain isu 1MDB, skandal rasuah di Sabah membabitkan pegawai Jabatan Air Sabah memang menjahanamkan dan memalukan.
"Itu adalah amalan rasuah dan tadbir urus yang tidak baik kerana negara dilanda korupsi yang parah, apatah lagi laporan audit membuktikan ketirisan yang berlaku," katanya.

'Usah tolak tindakan rasional, progresif' - Amanah

Posted: 10 Dec 2016 05:01 PM PST

SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menegaskan keperluan untuk bertindak secara sederhana, rasional dan progresif dalam semua perkara adalah tidak boleh ditolak.

Menurutnya, ini bagi membentuk negara dan masyarakat yang maju dan sejahtera.

"Tapi, malangnya usaha ke arah itu agak terbantut apabila kita perhatikan di negara kita sendiri dan peringkat global bagaimana fahaman ekstrem muncul.

"Tindakan ekstremis semakin meluas dan membawa masalah baru kepada keharmonian antara umat manusia pelbagai ras, etnik dan agama di mana sahaja," katanya di Konvensyen Nasional Amanah 2016 di SACC, Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, golongan ekstremis dilihat cuba memberi tafsiran kepada sesuatu persoalan hanya dari sudut pandangan mereka sehingga beranggapan hanya pendapat, pandangan dan pendirian mereka adalah sah.

Katanya, golongan ekstremis ini mempunyai matlamat politik sempit dan tidak peduli terhadap kesan yang bakal terjadi.

"Ini ditambah dengan sikap mereka melabelkan orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai penyeleweng, pengkhianat, kafir, munafik dan pelbagai lagi.

Read More / Baca Lagi >>

Banteras rasuah, hiduplah dengan bermaruah - Amanah

Posted: 10 Dec 2016 04:59 PM PST


SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) komited memastikan pengagihan kekayaan serta peluang memajukan diri secara adil kepada seluruh masyarakat di negara ini.
Namun kata presidennya, Mohamad Sabu, barah rasuah akibat ketamakan dan kecurangan mestilah ditangani terlebih dahulu di negara.
"Kita perlu ada sikap yang beramanah dan bertanggungjawab.
"Dengan menekankan kebertanggungjawaban, ketelusan, kompetensi serta pengukuhan kembali institusi-institusi barulah penguasa politik dapat dipertanggungjawabkan secara telus adil dan berkesan," katanya dalam di Konvensyen Nasional Amanah 2016 di SACC, Shah Alam, hari ini.
Ujarnya, Amanah bersama Pakatan Harapan serta Bersatu akan menubuhkan satu suruhanjaya bebas ke atas 1MDB bagi mengambil segala tindakan yang diperlukan berdasarkan kajian dan siasatan yang dilakukan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC).
"Pertama, tarik balik status laporan itu sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA). Keduanya, mengambil segala tindakan undang-undang terhadap mereka yang bersekongkol dengan perompak dalam satu konspirasi antarabangsa.
"Kami mahukan aset-aset yang berada di luar negara dikembalikan kepada 1MDB dan rakyat, pemilik sebenarnya.
"Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan semua negara yang sedang menyiasat jenayah penggubahan dan pengsolapan wang haram yang memangsakan dana 1MDB," katanya.

Perpaduan amat berharga, tak boleh dijual beli - Agong

Posted: 10 Dec 2016 04:56 PM PST

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah bahawa perpaduan adalah satu perkara yang amat berharga kepada negara dan tidak boleh dijual beli.
Dalam hal ini, baginda berharap dan berdoa agar semua pihak sedar akan kepentingan untuk memelihara kesatuan dan perpaduan sesama kita.
"Jika yang retak menjadi belah dan genting menjadi putus, segalanya yang terbina selama 60 tahun ini, akan hancur binasa dan tidak ada ertinya lagi," titah Tuanku Abdul Halim pada majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahannya di Istana Negara malam tadi.
Dalam titahnya, Tuanku Abdul Halim turut berkongsi pengalamannya berada di dua era pemerintahan iaitu ketika Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan sekarang anaknya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tuanku Abdul Halim berkata dalam pengamatan baginda, terdapat beberapa kesamaan yang jelas antara kedua-dua mereka.
"Antaranya, Allahyarham Tun Razak adalah seorang yang lemah lembut, bersopan santun, berdisiplin, tidak banyak bicara, namun sangat gigih bekerja untuk membangunkan negara yang ketika itu masih bertatih dan menapak untuk menuju kemajuan.
"Apatah lagi pada masa itu, untung nasib orang-orang Melayu dan bumiputera masih berada dalam keadaan tidak teratur dan terumbang-ambing. Justeru menuntut kepada kepimpinan Allahyarham Tun Razak yang cekap dan berwibawa," titah baginda.
Seri Paduka bertitah berkat ikhtiar dan perencanaan yang begitu bersifat jangka panjang oleh Tun Razak, maka tertubuhlah pelbagai agensi serta institusi bumiputera seperti Mara, Felcra, UDA, RISDA, Pernas dan Bank Bumiputera serta yang paling berjaya hingga dikagumi oleh dunia luar adalah Felda.
"Alhamdulillah, tampaknya penerajuan Felda kekal diteruskan oleh anakandanya, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib," titah baginda.
Tuanku Abdul Halim turut berkongsi mengenai krisis antara kaum di zaman Tun Razak yang dinyalakan apinya oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, sehingga membawa kepada kemuncaknya Tragedi Hitam 13 Mei 1969.
Namun, titah baginda, krisis itu telah berjaya ditangani dengan baik dan lancar sehinggalah negara keseluruhannya kembali berada dalam keadaan selamat dan aman.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Peguam nafi mahu gulingkan kerajaan seperti dakwaan TPM

Posted: 10 Dec 2016 04:54 PM PST

Ia menolak tuduhan terhadap Majlis Peguam dan menegaskan sentiasa bekerjasama dengan pegawai kerajaan untuk mencapai objektifnya.
steven-thiru-zahid
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang menuduh ia sebahagian daripada pergerakan dibiayai dana asing untuk menjatuhkan kerajaan.
"Majlis Peguam Malaysia secara mutlak menyangkal dakwaan tidak munasabah itu – menggulingkan kerajaan' – terhadap Majlis Peguam," kata Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dalam satu kenyataan.
"Ia sepenuhnya tidak berasas, dan memfitnah Majlis Peguam."
Bercakap pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno pada 3 Disember, Zahid memetik laporan perisikan yang menamakan Majlis Peguam antara beberapa organisasi lain yang katanya dipengaruhi "revolusi warna", yang merujuk kepada pergerakan aman bagi menggerakkan orang ramai menjatuhkan kerajaan.
Thiru bagaimanapun menolak dakwaan dan menganggapnya sebagai satu percubaan oleh Zahid "untuk memburuk-burukkan dan mencerca Majlis Peguam" dan bagi mengalihkan perhatian daripada masalah lain yang dihadapi kerajaan.
Tambahnya, Majlis Peguam sentiasa melibatkan pemimpin kerajaan agar mencapai matlamat menegakkan kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)