Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Unknown | Posted on 2:17 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Gambar hina raja Melayu rupanya diedit oleh orang Myanmar

Posted: 05 Dec 2016 09:57 PM PST

SEMALAM (5 Dec 2016) tersebar sekeping gambar biadap memperlihatkan raja-raja Melayu digantungkan bersama selipar dan seluar dalam. Tindakan itu menimbulkan kemarahan di media sosial apabila ketua-ketua agama Islam dihina dengan begitu biadap sekali.


Hasil tinjauan mendapati gambar tersebut telah diedit daripada gambar asal pemimpin Myanmar Aung San Syu Ki, yang diletakkan selipar pada gambarnya sebelum ini.

Ini gambar asal sebelum diubahsuai.


Selepas aku buat tinjauan, aku dapati orang yang mula-mula menyebarkan gambar tersebut adalah seorang lelaki berbangsa Myanmar (berdasarkan tulisan Myanmar yang ditulis dalam status di facebook). 

Kiriman gambar menghina Ketua Agama Islam, iaitu Raja-raja Melayu yang diletakkan selipar dan seluar dalam di akaun facebook milik Zaw Min Htun telah dikirimkan sejak 3 Disember 2016 (Dia yang mula-mula kirim gambar itu sebelum isu ini menjadi kecoh sejak semalam).


Selain itu terdapat watermark dalam tulisan Myanmar/Burmese yang sama dengan gambar yang menjadi viral, selain watermark itu juga dilihat serupa dalam banyak kiriman-kiriman lelaki Myanmar itu sebelum ini. Ini menguatkan lagi bukti bahawa dia inilah yang mengubahsuai dan mula-mula menyebarkan gambar tersebut.

Lelaki Myanmar ini nampaknya boleh berbahasa Melayu, malah mengaku kononnya dia berada di Malaysia.

Raja-raja Melayu dihina depan Kedutaan Malaysia di Myanmar

Posted: 05 Dec 2016 04:29 AM PST

TERSEBAR di media sosial gambar raja-raja Melayu dihina dengan biadap sekali, kejadian itu dikatakan berlaku depan Kedutaan Malaysia di Myanmar.

Gambar Raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam bagi negeri-negeri di Malaysia itu digantung dengan selipar dan seluar dalam. Perbuatan biadap itu mencetuskan kemarahan warga media sosial.


Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Malaysia yang mulai lantang mengkritik serta menunjukkan solidariti  terhadap penduduk Islam Rohingya yang dibunuh beramai-ramai oleh Kerajaan Myanmar.

Berang dengan perbuatan yang melampau biadap itu, orang ramai bukan sahaja mendesak kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik Melaysia dengan Myanmar malah menuntut kerajaan menghalau semua pekerja Myanmar yang tinggal di negara ini.

Sebelum ini puluhan Sami Buddha dilaporkan berhimpun depan Bangunan Besar Kedutaan Malaysia di Yangon Myanmar membantah sokongan Kerajaan Malaysia terhadap Etnik Rohingya yang dibunuh kejam oleh kerajaan Myanmar.

Kumpulan Sami Buddha itu berhimpun sambil mengutuk Malaysia yang disifatkan cuba campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara Myanmar.

Update:

Hasil tinjauan mendapati gambar ini sebenarnya telah diedit (ubahsuai) oleh individu tidak bertanggung jawab dan biadap. Ini dia orang yang mengubahsuai gambar tersebut:

KLIK — Ini orang yang ubahsuai gambar menghina raja Melayu

Comments (0)