Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Unknown | Posted on 2:14 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Selepas bencana kebakaran, Israel kini dilanda banjir pula

Posted: 03 Dec 2016 01:16 AM PST

MINGGU lalu Israel dilanda kebakaran besar-besaran sampaikan mereka terpaksa meminta bantuan negara luar bagi memadamkan kebakaran yang teruk merebak.

Malah Palestin turut membantu negara Zionist itu untuk memadamkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.

BACA — Bomba Palestin bantu padam kebakaran besar di Israel

Namun dengan kuasa Allah, hanya selang sehari mereka meratapi kesedihan menghadapi bencana kebakaran, tiba-tiba mereka terpaksa melalui bencana banjir pula.


Banyak kawasan di Israel ditenggelami air berikutan hujan lebat yang turun mencurah-curah. Hujan yang diharapkan memberi rahmat memadamkan api kebakaran, rupa-rupanya membawa satu lagi bencana iaitu banjir.

Banyak kawasan terjejas, banyak harta benda yang musnah, kenderaan dihanyutkan air malah tak kurang berlakunya kejadian tanah runtuh akibat aliran air yang deras menghakis struktur tanah mengakibatkan sistem jalan perhubungan terputus menyukarkan kerja-kerja menyelamat.

Tinjauan aku di media sosial, ramai warga Israel memperolok dan menganggap kejadian ini berlaku kerana mereka terlalu banyak berdoa, maka tuhan telah menurunkan hujan lebih dari apa yang mereka perlu untuk padamkan kebakaran.

Malah ada yang menasihatkan orang ramai warga Israel supaya lain kali jangan berdoa terlalu banyak.





Bagi aku, ini adalah kuasa Allah, yang mahu memberi pengajaran kepada bangsa Israel.

Sebelum ini mereka dilanda bencana kebakaran selepas mencadangkan undang-undang mengharamkan laungan azan, dan mereka menuduh orang Palestin membakar negara mereka, menyaksikan ramai rakyat Palestin ditangkap sebagai suspek.

Kali ini Allah turunkan banjir pula, jadi siapakah yang boleh mereka tuduh sebagai penyebab banjir? Siapa pula yang mereka nak tangkap sebagai suspek? 

Melayu jadi minoriti jika DAP tadbir negara kata pemimpin Umno

Posted: 02 Dec 2016 11:47 PM PST

SALAH seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Umno, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, Melayu jadi minoriti jika DAP tadbir Malaysia.

Keratan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan kenyataan tersebut tersebar di media sosial.


Sejak Najib mula tiupkan semboyan perkauman dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, pemimpin Umno jadi terdesak nak takutkan Melayu dengan DAP sampai terlepas kenyataan-kenyataan merapu.

Aku jadi hairan di manakah rasionalnya bangsa Melayu yang merupakan penduduk majoriti negara boleh tiba-tiba jadi minoriti jika DAP tadbir negara? 

Adakah DAP akan halau semua orang Melayu yang menjadi penduduk majoriti Malaysia? Atau orang Melayu tiba-tiba lenyap ditiup angin?

Datuk ni faham ke tidak apa maksud majoriti dan minoriti?

Lagipun, bagaimana DAP nak tadbir negara sedangkan parti itu hanya bertanding paling banyak 50 kerusi parlimen berbanding 222 kerusi parlimen yang ada. Itupun belum tentu DAP menang kesemua kerusi tersebut.

Adakah pemimpin Umno terlalu bebal nak faham bahawa menang 50 daripada 222 kerusi parlimen tidak mungkin DAP boleh mentadbir negara?

Kalau pemimpin tertinggi Umno pun boleh keluarkan kenyataan merapu tahap bebal begini, cuba bayangkan bagaimana pula otak para pengampu mereka berfungsi?

Peniaga kena kecam jual coklat gambar Tun Mahathir di PAU2016

Posted: 02 Dec 2016 09:49 PM PST

SEORANG peniaga mendakwa terima kecaman kerana menjual coklat yang ditampal gambar Tun Mahathir di Perhimpunan Agung Umno 2016. Siapa lagi yang kecam kalau bukan para pengampu Najib.

Bagaimana pun, menurut peniaga, Shuhaida Saadon, beliau sebenarnya mahu memperingati sejarah perdana menteri sebelum ini, dan tidak bermaksud untuk berpolitik.

"Memang kita dapat kecamanlah, kenapa jual (coklat) Dr Mahathir, tapi bagi kami kita sebenarnya memperingati sejarah, di mana kita ada enam perdana menteri dari dulu dan kini, tak ada maksud berpolitik pun," katanya.

Lagipun, bukan coklat gambar Tun Mahathir sahaja yang dijual, coklat gambar Najib pun ada. Malah coklat gambar Tun Abdullah, Tun Razak, Tun Hussin Onn dan Tengku Abdul Rahman pun ada dijual.


Tindakan pengampu Najib memang boleh difahami, mana tidaknya Presiden Umno Dato Seri Najib Nazak punyalah berapi kutuk Tun Mahathir sebagai pengkhianat Umno, tiba-tiba peniaga boleh jual coklat gambar Tun Mahathir dalam bangunan tempat mereka berhimpun.

Tentulah mengaruk semua para pengampu Najib. Kalau boleh mereka nak padam nama Tun Mahathir dari catatan sejarah sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia paling lama berkuasa.

Lucu aku lihat gelagat para pengampu Najib ni, dengan coklat pun mereka rasa takut dan sanggup nak kecam orang. Kecamlah macam mana pun, sejarah telah berlaku tak boleh dipadam.

Tun Mahathir adalah bekas perdana menteri Malaysia, manakala Najib adalah perdana menteri yang telah memalukan Malaysia ke seluruh dunia dengan pemerintahan 'kleptokrasi' (pemerintahan perompak).

Terpaksa minum air kotor punca Orang Asli bangkit melawan

Posted: 02 Dec 2016 04:45 AM PST

TERPAKSA minum air kotor menjadi salah satu punca utama Orang Asli Gua Musang, Kelantan bangkit menentang dan melawan tauke balak daripada meneruskan aktiviti pembalakan di penempatan kediaman mereka.

Aktiviti pembalakan sebelum ini didakwa telah mencemarkan sungai yang menjadi punca bekalan air digunakan oleh orang asli untuk mandi, membasuh malah untuk memasak dan minum.

Aktiviti pembalakan yang tidak mengambil kira pencemaran alam membuatkan berlakunya hakisan tanah yang teruk, tanah-tanah yang terhakis itu pula masuk ke sungai-sungai dibawa oleh runtuhan tanah dan aliran air hujan menyebabkan sumber air menjadi sangat kotor.


Salah seorang aktivis yang masuk ke penempatan orang asli itu telah mendedahkan rakaman video bagaimana orang asli terpaksa minum air kotor untuk meneruskan hidup akibat aktiviti pembalakan telah mencemarkan punca air mereka.


Air yang diminum oleh mereka, anak-anak mereka termasuk bayi yang baru dilahirkan begitu kotor saling tak tumpah seperti air lecak yang dikutip dari lopak-lopak air selepas hujan.

Jika sudah sampai tahap anak dan isteri terpaksa minum air kotor untuk teruskan hidup, jangan kata orang asli, aku sendiri sanggup berputih tulang lawan tauke balak dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan mereka.

Di bawah ini video rakaman yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.

Comments (0)