Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Unknown | Posted on 2:10 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Skandal seks Ketua Srikandi PPBM pula disebar cybertrooper Umno

Posted: 14 Dec 2016 04:57 AM PST

MENJELANG Pilihanraya Umum ke 14, isu seks semakin galak disebarkan cybertrooper Umno, kali ini giliran Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM Anina Saadudin dituduh terlibat dengan skandal seks.


Seorang Cybertrooper Umno, yang menggunakan nama Udeen Awang, mendakwa kononnya karier politik Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin akan terkubur berikutan penyebaran isu seks tersebut yang menurutnya sukar ditangkis dan sungguh memalukan.

Difahamkan, cybertrooper Umno sedang ghairah menyebarkan transkrip perbualan WhatsApp lucah kononnya melibatkan Anina bersama dengan seorang lelaki yang telah melakukan hubungan seks dengan beliau.


Setakat ini aku tak nampak lagi sejauh mana kebenaran sebaran cybertrooper Umno ni, setakat buat dialog dan sebar kemudian tuduh perbualan itu adalah milik seseorang, tidak cukup membuktikan ia sebagai skandal seks.

Perbualan itu boleh jadi direka-reka atau ia boleh saja merupakan perbualan siapa sahaja. Apa pun ini mungkin sekadar mukadimah sebelum pendedahan lebih panas akan didedahkan. 

Pejuang cyber Umno dan Barisan Nasional memang tidak dapat dipisahkan dengan isu seks, untuk meraih sokongan rakyat. Nampaknya kempen PRU14 akan dipenuhi dengan lebih banyak isu-isu seks berbanding PRU13.

Sebelum ini dokumen skandal seks bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan berlaku lebih 20 tahun lalu turut disebarkan oleh pejuang-pejuang cyber Umno.


Kali ini kononnya skandal seks melibatkan Ketua Srikandi PPBM pula disebarkan. Aku nampak ini adalah strategi mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar. Ketika rakyat sibuk mengambil tahu isu-isu seks, lebih mudah pemimpin kleptokrat merompak lebih banyak duit rakyat.

Comments (0)