Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Unknown | Posted on 2:34 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Najib kena maki tak tepati janji manifesto PRU13 turunkan harga kereta

Posted: 11 Dec 2016 11:26 PM PST

KIRIMAN di facebook Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak yang disiar semasa kempen Pilihanraya Umum ke 13 lalu yang berjanji untuk turunkan harga kereta tiba-tiba muncul kembali hari ini malah menerima berbakul-bakul maki hamun pengikutnya di facebook.

Newsfeed aku pun berulang kali nampak kawan-kawan facebook 'share' dan maki kiriman tersebut. Malah rakan-rakan yang sebelum ini nampak tak pernah ulas pasal politik pun tumpang sekaki maki hamun Najib.

Semasa berkempen dalam PRU13, Najib berjanji dalam Manifesto Barisan Nasional, BN untuk menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus jika BN menang. Namun sampai hari ini malah sudah hampir menjelang PRU14 pun janji hanya tinggal janji tidak juga ditunaikan.


Janji palsu yang disiarkan di laman facebook Najib pada 6 April 2013 itu dilihat hanya sebagai umpan untuk menarik sokongan dan menipu rakyat supaya menyokong Barisan Nasional, namun bila sudah menang habuk pun tak ada.

Inilah punca orang ramai memaki hamun Najib secara beramai ramai kerana berbohong secara terang-terangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Banyak lagi janji Najib dalam manifesto PRU13 lalu, yang tidak ditunaikan dijangka akan berdepan maki hamun rakyat.

Apa boleh buat, inilah akibatnya bila percaya dengan janji pemimpin perompak (Kleptokrat). Sudahlah merompak, menipu lagi, walau dimaki hamun dia buat-buat pekak tak tahu malu.

Jika anda mahu ditipu lebih banyak oleh Najib, jangan lupa undi lagi Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 14 l, PRU14 yang akan datang tidak berapa lama lagi.

Kalau anda pun minat nak tumpang maki, sila klik link berikut.

Sumber — Najib Razak

Rakaman CCTV wanita lempang 'makcik cleaner' di RNR Pagoh

Posted: 11 Dec 2016 06:23 AM PST

SEBUAH video cctv menjadi viral di facebook merakamkan kejadian seorang wanita melempang seorang makcik tukang cuci tandas (makcik cleaner). Kejadian dikatakan berlaku pagi tadi, di Stesen Minyak BHP Hentian Rawat dan Rehat, RNR Lebuhraya Utara Selatan Pagoh, menghala ke arah selatan.

Menurut pengirim video rakaman itu, ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci tandas ditampar sekuat hati oleh seorang wanita. 


Pengirim mendakwa pada awalnya, ibunya melakukan kerja rutin ketika mencuci tandas dengan meletakkan papan tanda berwarna kuning sebagai tanda amaran bahawa tandas sedang dicuci.

Seorang wanita tetap berdegil untuk masuk walaupun ibunya sudah memberitahu bahawa tandas sedang dicuci. Wanita itu terus menggunakan tandas Orang Kelainan Upaya, OKU.

Semasa keluar dari tandas tersebut, wanita itu telah bertindak menendang papan tanda berwarna kuning yang diletakkan sebelum menampar muka ibunya (makcik cleaner) sekuat hati sambil menuduh ibunya telah menyimbah wanita itu.

Di bawah ini video rakaman kejadian tersebut. Sila klik untuk menonton.



Suami takut masuk neraka jika tak berjuang dan berkorban untuk PAS

Posted: 11 Dec 2016 02:48 AM PST

PUAN Asiah Abd Jalil menulis di laman facebook mendakwa dia dan suami mungkin terpaksa memilih talaq (bercerai) sebagai jalan keluar kepada kemelut yang melanda rumahtangganya.

Ini gara-gara suaminya yang didakwa takut masuk neraka kalau tidak berjuang dan berkorban untuk PAS, sedangkan dirinya pula bimbang masuk neraka kerana tak mampu untuk taat kepada suaminya yang digelar sebagai walaun parti syurga.

Status ini menjadi viral di laman sosial mengundang pelbagai ulasan dan pendapat orang ramai.


"Encik suami takut masuk neraka kalau dia tak berjuang dan berkorban untuk PAS.

Saya takut masuk neraka sebab tak mampu nak taat pada seorang suami walaun parti syurga.

Ada sesiapa boleh recommend kaunselor rumah tangga untuk kami? Sebelum kami memilih talaq sebagai jalan keluar.

Mohd Hatta Bin Saadon," tulis Asiah yang turut menyertakan (tag) nama suaminya dalam kiriman itu.

Dari tulisan ini dapat aku simpulkan bahawa suami Puan Asiah adalah penyokong tegar PAS, sampaikan dia percaya bahawa jika tidak berjuang dan berkorban untuk PAS boleh menyebabkan dia masuk neraka.

Manakala Puan Asiah pada aku adalah seorang isteri yang baik yang faham tentang Islam, namun bukan seorang pentaksub politik kepartian atau mudahnya bukan seorang penyokong tegar PAS.

PAS itu adalah parti politik, yang ditadbir oleh pemimpin politik (juga ada yang digelar ulama) yang sentiasa melakukan dosa dan kesilapan kerana mereka adalah manusia biasa, bukan nabi ataupun malaikat. Maka pemimpin ini jauh dari sifat maksum (tidak melakukan dosa).

Kamu nak sokong PAS sokonglah, nak sokong Amanah pun sokonglah atau kau nak sokong parti apa sekalipun, niat, perbuatan dan amalan kau itu yang akan dihisab di hari akhirat, bukannya nama parti yang kau sokong.

Tapi kalau parti yang kau sokong hari ini mengajar kau jika tak sokong parti nescaya kau akan masuk neraka, dan kau pun percaya, maknanya kau bodoh.

Takut masuk neraka, ikut panduan Al-Quran dan Hadis bukan ikut parti politik.

Comments (0)