Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Unknown | Posted on 1:53 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Sajak Tun Mahathir ditujukan khas buat anak muda

Posted: 10 Dec 2016 11:25 PM PST

SAJAK ini dibaca oleh Tun Mahathir di Program Bicara Rakyat pada 10 Disember 2016 di Sg Lalang, Sg Petani Kedah. Malangnya sajak ini tidak dapat dihabiskan kerana berlaku gangguan pada alat pembesar suara.



Pada Yang Muda Kusematkan Harap

Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
Menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia

Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan
oleh pemimpin di puncak kuasa
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang

Pada mata tuaku
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok

Semuanya 
untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa

Pada senja hayatku
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama
Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya

Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua
tanpa mengira harga yang perlu dibayar
oleh cucu cicit kita
setelah dia tiada lagi bernafas

Segala wang haram
Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus
Untuk dibayar oleh rakyat

Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka
yang tiada lagi nilai dan hormat diri

Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama

Aku tidak dapat melakukan semua
Namun pada yang muda kusematkan harap
Untuk membetulkan Malaysia
Dengan bersama, BERSATU, berganding
Supaya ia tidak tenggelam
Dengan tangan kotor
dan harganya dibayar
oleh cucu dan cicit kita

Tun Dr. Mahathir Mohamad
10 Disember 2016

Peserta akhir Lawak Solo sindir pemimpin Sabah yang kaya raya

Posted: 10 Dec 2016 02:20 AM PST

MAD Sabah, salah seorang peserta Lawak Solo dari Sabah yang aku cukup minat, dia punya lawak dari awal sampai akhir penuh dengan mesej sindiran yang bersahaja, malah dia berani mengkritik isu-isu semasa dan politik negara di dalam persembahannya sejak dari minggu pertama.

Aku dapat rasakan, Mad Sabah bukan setakat datang berlawak sebaliknya jauh di sudut hatinya mahu memperjuangkan isu-isu kemiskinan dan rasuah yang melanda rakyat negerinya.

Jika sebelum ini dia sekadar mencuit sedikit di sana sini tentang isu-isu Sabah, namun kali ini dalam saingan Lawak Solo Peringkat Akhir (Final) semalam, Mad Sabah nampaknya 'all out' dengan bersahaja memerli isu kemiskinan di Sabah dan mengutuk pemimpin negeri itu yang diketahui umum sedang mengaut kekayaan sedangkan rakyat bergelumang hidup dalam kemiskinan.


"Saya orang pedalaman Sabah, kampung saya kaya dengan flora dan fauna, kaya dengan keindahan pulau dan pantai, kaya dengan orang-orang miskin," kata Mad Sabah dalam persembahannya yang menerima gelak ketawa para penonton.

"Kampung saya tujuh puluh peratus penduduknya miskin, tiga puluh peratus pura-pura kaya,"

"Tapi saya hairan, penduduk kampung saya tujuh puluh peratus miskin, tapi seratus-peratus pemimpinnya kaya," tambahnya lagi, membuatkan penonton tergamam seketika sebelum kembali bergelak ketawa menyedari kebenaran dalam lawak tersebut.

"Dan setiap tahun pemimpinnya, dia akan cakap ramai orang yang keluar dari kemiskinan, tapi dia tak pernah kira berapa ramai yang masuk," katanya lagi meneruskan punchline yang turut menerima gelak ketawa penonton.

"Dan saya tak faham, pemimpin ni dibagi rumah, dibagi kereta, dibagi driver, tapi orang miskin macam saya dibagi apa? Dibagi tahu yang pemimpin dapat semua," tambahnya lagi.

Mad Sabah, berjaya melayakkan diri ke saingan akhir Lawak Solo yang berakhir semalam, walaupun hanya berjaya mendapat naib juara bagi aku dia adalah seorang pelawak tulen yang berlawak bukan sekadar untuk buat orang gelak, tapi juga menyedarkan rakyat tentang isu semasa.

Inilah jenis pelawak yang kita cari, bukan sekadar menghiburkan orang ramai, malah berjuang untuk rakyat dalam bidang yang diceburi. Kalau di luar negara sudah ramai pelawak seperti ini, semoga lebih ramai pelawak seperti Mad Sabah akan muncul di negara ini.

Kepada Mad Sabah, salam hormat dari aku, semoga kau berjaya dalam bidang yang diceburi. Kami akan terus menyokong kau.

Di bawah ini rakaman persembahan tersebut, sila klik link untuk menonton. — YouTube

Comments (0)