Followers

Nuffnang

Komentar Kini

Posted by Unknown | Posted on 8:17 PTG | Posted in

sumber :-

Komentar Kini


Pelikkah

Posted: 24 Dec 2016 01:44 AM PST


Sesetengah merasa pelik dengan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang kerana menghadiri satu persidangan di Iran baru baru ini.

Lebih lebih lagi beliau adalah timbalan presiden kesatuan ulama islam sedunia yang pendirian bahawa syiah itu musuh Islam.

Perkara ini telah ditegaskan oleh presidennya sendiri Prof  Dr. Yusof Qaradhawi  dalam kenyataan media tidak lama dahulu.

Penulis tidak rasa pelik pun, kerana Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah bersetuju bekerjasama dengan DAP untuk tumbangkan kerajaan umno/BN.

Jadi kehadiran beliau dalam persidangan di Iran yang pernah beliau hadir setiap tahun itu bukan perkara pelik tetapi ia adalah suatu yang lazim.

Lebih lebih lagi beliau terpesona dan terpengaruh dengan revolusi Iran menjatuhkan Shah Pahlavi Iran yang kejam dan zalim itu.

Lihat pendiriannya

Beliau pergi ke persidangan di Iran pada minggu lalu kerana beliau adalah ahli kepada 'Majma' Taqrib' yang ditubuhkan dalam tahun 1980.

"saya hadir ke program tahunan (setiap tahun) di situ, kecuali saya uzur……dan saya hadir, dan bukan (baru) kali pertama saya hadir,

"dan saya hadir dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama…….tanpa mengira Sunni dan Syiah mereka perlu bersatu dan saya kritik Iran (dalam ucapan saya),"jelasnya.

Tegasnya, beliau tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan terpengaruh kepada Barat atau Timur serta bercakap atas kepentingan Islam semata-mata.

Beliau berkata demikian kepada pihak media apabila ditanya tentang kedudukan beliau dalam KUIS dan pemergian beliau ke negara Iran, hari ini Jumaat 23 Disember, selepas kuliah mingguannya di masjid Rusila.

Sehubungan itu, beliau telah menghantar surat penjelasan kepada KUIS dan bersedia meletakkan jawatan sekiranya ia tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.

"dan bila ada desakan ini…….saya dah tulis surat kepada KUIS (dan menyatakan) bahawa itu pendirian saya…….(dan) saya tidak terpengaruh dengan dasar Qatar, dasar (Arab) Saudi (atau) dasar Emirate (Arab Bersatu),

"apa lagi saya terkilan dengan (sidang) Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dua minggu yang lalu yang turut disertai oleh Perdana Menteri British,"tegasnya.

Beliau mempersoalkan kehadiran British dalam sidang tersebut yang bukan terdiri daripada negara Teluk Parsi dan telah membuat resolusi untuk bersama menentang Iran.

"bukan untuk menentang Israel! (mahu) menentang Iran…..ini apa makna? Ini satu benda (perkara) yang sangat kacau di Asia Barat!,"tambahnya.

Beliau menjelaskan, PAS ada pendirian sendiri dalam menghadapi kemelut Timur Tegah sejak dari Perang Teluk yang pertama dahulu, yang mungkin berbeza pada pandangan pihak lain.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi juga menegaskan PAS adalah Sunni dan bukannya pengikut Syiah serta membaca politik antarabangsa, bukan hanya dengan pandangan lahir yang sempit.

Justeru itu, bukan suatu yang pelik. Yang pelik enggan bekerjasama dengan umno/BN untuk memerintah Negara satu Malaysia.

Teramat pelik lagi beliau suatu ketika dahulu pernah mengatakan di Iran ada syiah Imamiah yang tidak becanggah dengan Islam, tapi hari ini beliau buat kenyataan ada 30 peratus sunni di Iran.

Yang mana satu sunni dan yang satu pula syiah imamiah? 


Comments (0)