Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Unknown | Posted on 1:56 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Hadi Kata Al-Qaradhawi Uzur, Mata Tak Nampak, Telinga Tak Berapa Dengar...

Posted: 24 Dec 2016 01:00 AM PST

Hadi belum yakin teguran Qaradawi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan beliau belum memastikan sama ada teguran Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) terhadapnya benar-benar dibuat Dr Yusuf al-Qaradawi.

Kata Abdul Hadi, ulama dihormati ramai itu kini dalam keadaan uzur dengan telinga kurang mendengar dan mata pula "tak berapa nampak".

Justeru beliau membayangkan kemungkinan kenyataan teguran keras itu dibuat oleh orang lain.

"Beliau (Qaradawi) uzur jadi saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau itu benar atau tidak. Atau mungkin daripada orang lain," jelasnya.


Bagaimanapun pada masa sama Abdul Hadi menjelaskan beliau sudah menulis surat kepada kesatuan berkenaan bagi menjelaskan isu kunjungannya ke Tehran, Iran baru-baru ini.

Menurut laporan disiar Utusan Online, Abdul Hadi yang juga naib ketua KUIS menyatakan kesediaannya meletak jawatan.

Tambahan pula, katanya, beliau bukan meminta jawatan berkenaan sebaliknya dilantik.

Abdul Hadi bercakap kepada media di kediamannya di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.

Kata Abdul Hadi surat berkenaan dihantarnya kepada KUIS empat hari lalu.

Ditanya bila kali terakhir bertemu al-Qradawi, Abdul Hadi menjelaskan beliau berjumpa dengan ulama berpangkalan di Qatar itu "dua tiga bulan" lalu, dipercayai sempena pertemuan pemimpin KUIS.

Kata Abdul Hadi, beliau "terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat "kerana pimpinan lain" pun uzur dan tua-tua semuanya".

Mesti ada pendirian sendiri

Abdul Hadi sebelum ini menjadi sasaran kecaman beberapa pihak yang tidak senang dengan kunjungan beliau ke Tehran ketika konflik di Syria masih berpanjangan. Iran dianggap satu daripada negara asing yang membantu Presiden Bashar al-Assad menundukkan pemberontak terutama di Aleppo.

Perang di Syria juga ditafsir kebanyakan pihak sebagai pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni.

Walaupun ada beberapa pimpinan PAS pada awalnya menegaskan Abdul Hadi ke Tehran mewakili KUIS, ketua penerangan dewan ulama parti berkenaan, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali kemudian mengesahkan ia adalah mewakili PAS.

Katanya PAS mempunyai pendirian politik tersendiri bagi sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Iraq dan Palestin.

"Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan, malah PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas," katanya.

Menurut anggota parlimen Marang itu beliau menulis surat kepada Setiausaha Agung KUIS, Prof Dr Ali Qaradaghi, meminta supaya pertubuhan itu memberikan pandangan tanpa pengaruh pihak lain.

"Saya mahu KUIS ada pendirian sendiri, tidak dipengaruhi oleh Qatar atau mana-mana negara," katanya.

Pada masa sama, Abdul Hadi menegaskan bukan semua rakyat Iran berfahaman Syiah, malah "30 peratus daripada mereka" adalah penganut Sunni. -mk



ULASAN GB

Sampai macam tu sekali Hj.Hadi kata Al-Qardhawi hanya kerana meragui kenyataan KUIS baru-baru ini yang mengecam beliau menghadiri Tqarib di Teheran.

Sedangkan sudah jelas Al-Qaradhawi sememangnya TIDAK BERSETUJU malah mengisytiharkan "tiada taqrib Sunnai-Syiah".


Nak ragu apa lagi?

Gb terbaca satu status seorang rakan:



Dan ini pula dari seorang rakan yang lain


HADI TAK LAYAK JADI SAKSI YG ADIL KERANA BERCAKAP BOHONG

Pembohongan terbaru kononnya dia adalah mewakili kesatuan ulama sedunia ke Tehran. Kemudian dinafikan KUIS secara rasmi.

Takdirnya Hj Hadi terlibat dan diperlukan sebagai saksi dalam apa-apa perundangan islam......Dia tidak layak kerana dia pembohong dan tidak adil

Justifikasi aku yg lain:

Siri Pembohongan Hadi

1) Hj Hadi memfitnah gunapakai nama al-Qaradhawi kononnya telah berkata, tubuh parti Islam ke-2 adalah haram. Sampai sekarang dia tidak mampu tunjuk bukti mengenai dakwaannya tersebut apabila dicabar. Waima, kenyataan al-Qaradhawi adalah sebaliknya.

Menurut Ust Ghani Shamsudin, dalam pertemuannya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin Di KL Awal bulan 11/2015 yg lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa:

Tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh orang orang tertentu.

2) Hj Hadi pernah akui sewaktu mesyuarat JKPP nak curi adun PKR untuk bentuk kerajaan Pas-Umno di bawah Khalid Ibrahim; Hj Hadi menawarkan jawaan MB Selangor kepada Azmin. Cerita ini telah dilaporkan oleh Malaysian Insider.

Siapa bohong? Hj Hadi atau Malaysian Insider. Kalau Malaysian Insider berbohong, kenapa Setiausaha Politiknya sekadar buat kenyataan penafian tetapi tidak berani ambil tindakan mahkamah ketika itu?

3) Dato Husam juga turut mencabar Hj Hadi mengenai isu ini tapi Hj Hadi tidak berani untuk menafikannya kerana Husam ada ramai saksi kerana kejadian itu berlaku sewaktu dalam mesyuarat JKPP.

4) Hj Hadi berbohong bila berkata, PAS tidak pelahap nak jadi MB Selangor, bilamana dia sendiri telah menghantar tiga nama ahli PAS ke Istana sebagai calon MB Selangor.

5) Hj Hadi mengatakan bahawa Unity Government (UG) lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam dialog dikalangan kepimpinan Pas Pusat. Tapi Almarhum TGNA telah menafikannya seraya berkata "Ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan dari Pas." Terbukti, Hj Hadi berbohong.

6) Hj Hadi mendakwa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh PKR dan DAP. Tetapi Anwar dan LKS telah menafikannya.

7) Pada 28 Jan 2012 lalu, dia tawarkan diri untuk berundur, tapi tetap juga bertanding pada PRU13 dan kekal sampai sekarang sebagai ahli parlimen.

8) Dalam amanatnya, dia berkata, "Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang BN, bukan kerana BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh sebab itu kita menentang mereka …."

Tetapi kini dia mempertahankan perlembagaan tersebut kerana setiap Ahli Parlimen kena mengangkat dan menandatangani sumpah bahawa akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Apa hukumnya Hj Hadi menyokong untuk mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah?

9) Hj Hadi pernah berkata, "DAP Berhak Tolak Hudud". Dia adalah berbohong kerana apabila DAP menolak hudud ditempelaknya tuduh DAP memusuhi Islam. Malah mereka dituduh sebagai anjing dan serigala yang menyalak.

10) Dia suruh golongan profesional yang tidak sehaluan dengannya supaya keluar parti dan tubuh parti sendiri. Tetapi bila mereka keluar dan tubuh parti baru Amanah, Hj Hadi jadi menggelabah lalu menuduh mereka sebagai pengkhianat yang perlu bertaubat atau dihapuskan. Adakah bila seseorang itu masuk Pas, maka dia tidak boleh lagi keluar dari parti tersebut? Kalau keluar Pas, maka orang itu jadi penghkianat!

Ternyata Hj Hadi telah berbohong kerana dalam perlembagaan Pas Fasal 15 jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.

11) Hj Hadi fitnah calon PKR sebagai penjual pil kuda , komunis bagai. Tetapi Hj Hadi terlepas dari dakwaan mahkamah kerana tidak menyebut sebarang nama, namun mahkamah mendapati kata-kata yang disebutnya dalam ucapannya pada ma'lam berkenaan adalah berunsur fitnah. Dengar sendiri ucapannya di sini

12) Hj Hadi menuduh Saari Sungib dan Hasnul Baharudin sebagai pengkhianat walhal yang sebenarnya Hj Hadi sendiri yang berkhianat untuk meng UG kan Selangor dalam kemelut MB Selangor dulu !

Selangor hampir 'kembali' semula kepangkuan Umno jika tidak kerana Saari Sungib dan Hasnul menyokong Dr Wan Azizah. Mereka berdua adalah penyelamat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hj Hadi adalah pengkhianat yang sebenarnya.

13) Hj Hadi kata mahu membela rakyat tetapi ternyata dia berbohong kerana sering ponteng persidangan Dewan Rakyat. Dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di parlimen.

14) Dia pernah berkata, bekerjasama dengan Umno umpama memikul biawak hidup!

"Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita …lebih baik kita bersendirian ...." kat Hj Hadi.

Tapi dia kini semakin tergila-gila nak pikul biawak hidup merangkap mahu menjadi penasihat pula! Hj Hadi pelawak besar! Baca di sini

15) Dia berbohong dengan tidak mengaku telah berjumpa dan berbincang dengan Umno secara gelap. Tapi tembelangnya pecah kerana Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengaku telah menemuinya sebanyak tiga kali untuk bincang pasal UG.

16) Ketika kunjungan Pemuda PR pada 12 Sept. 2014, Hj Hadi membuat pengakuan "Pas kekal bersama PR, tiada kerjasama dengan Umno."

Ternyata kata-katanya itu adalah bohong semata!

Hj Hadi yang arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar untuk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dgn DAP."

17) Hj Hadi kata, "Berlaku pertindihan calon PAS dengan PKR pada PRU13 ini adalah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat." Hj Hadi berbohong bila mana keputusan adalah sebaliknya. Tindakan Hj Hadi itu telah memberikan kemenangan kepada Umno akibah perpecahan undi dalam pertandingan tiga penjuru tersebut.

18) TPPA dimulakan oleh Umno dan bukan DAP tetapi Hj Hadi berbohong dengan menuduh bahawa DAP sokong TPPA kerana orang Cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini. Kenapa Hj Hadi tidak mengecam Umno tetapi sebaliknya mengecam DAP?

19) Ketika kempen pemilihan, Ust Ahmad Awang mencabar Hj Hadi sebagai presiden parti. Hj Hadi telah memfitnah Ust Ahmad Awang sebagai pemimpin pilihan DAP. Antara kata-kata fitnah Hj Hadi :

"Dua-dua ada ulama'; cuma hok satunya DAP nok. Hok dua sajer. Satunya DAP tak nok. Saya nak beri peluang kepada Pilih samaada yang hok DAP nak ker, hok kita sendiri kita nok. Saya beri bebas kepada orang Pas samada pilih pemimpin yang DAP nok cara dia ataupun kita sendiri. Vdionya ada di sini

20) Hj Hadi telah mengelirukan rakyat dengan RUU yang mahu dibentangkan di parlimen itu adalah hudud. Hj Hadi dengan bertegas mahu melaksanakan hudud di Malaysia hingga menyebabkan Pakatan Rakyat berbalah sesama sendiri dan akhirnya berpecah.

Malah Pas sendiri berpecah dan ramai ahlinya yang keluar parti kerana mahu isu hudud ditangguhkan dahulu dan menumpukan soal-soal keadilan sosial dan kebajikan rakyat terlebih dahulu. Ternyata Hj Hadi berbohong ketika dia berkata "Akan bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di parlimen sebelum 9 April 2015!"

Setelah berbohong RUU yang mahu beliau dibentangkan itu hudud, kini berhempas pulas menjelaskan RUU itu bukan hudud tetapi hanyalah untuk meminda hukuman dera dan denda akta 355.

21) Tetapi ketika mengumumkan mahu berkawan dengan parti 'Ikatan', Hj Hadi mengakui mahu menangguhkan hudud dengan berkata, "Hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di parlimen bukan untuk melaksanakan Hudud....

22) Pada majlis pelancaran manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru lalu, Hj Hadi berkata, walaupun bertanding pada PRN kali ini, parti itu tidak berminat merampas kuasa, sebaliknya mahu memperkukuhkan 'sistem semak dan imbang' dalam urus tadbir kerajaan negeri.

Bagaimana mahu memperkukuhkan 'sistem semak dan imbang' urus tadbir di Sarawak sedangkan Pas hanya yakin akan menang satu kerusi sahaja?.

Hj Hadi berbohong ! Dia sebenarnya hanya mahu mengacau daun sebab Amanah bertanding sama.

23) "PAS bukan parti pengampu," parti itu akan menentang habis-habisan jika dasar yang mahu dilaksanakan menekan rakyat.Kata-kata Hj Hadi itu adalah bohong! Di Terengganu Hj Hadi dan PAS gagal melaksanakan 'sistem semak dan imbang' walaupun PAS mempunyai 14 kerusi berbanding Umno/BN yang mempunyai 17 kerusi.

24) Hj Hadi berbohong dengan tujuan mahu menakut-nakutkan ahli partinya supaya terus taat kepadanya. Dia kata, "Tidak taat pada Pas, (baca tidak taat kepada Hj Hadi), seperti hilang akidah!" Hj Hadi jadi menggelabah kerana ramai ahli Pas keluar parti untuk menyertai Amanah, yang sebelum ini dianggapnya sebagai parti nyamuk.. ..

25) Hj Hadi mendakwa bahawa partinya akan menyokong perkara yang benar dan menyanggah apa yang salah. Ternyata Hj Hadi berbohong apabila sanggup menyokong Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam skandal RM2.6 bilion. Dia kata tidak bukti!

26) Hj Hadi kata dia mahukan Umno dan Barisan Nasional tumbang. Tetapi dia siang malam menyerang Amanah dan DAP dengan menuduh mereka anti Islam, anti hudud. Adakah Umno akan tumbang dengan serangan Hj Hadi terhadap Amanah dan DAP? Ternyata Hj Hadi hanya berbohong nak tumbangkan Umno/BN kerana dia tetap mempertahan Najib dan tidak menyerang Umno sebagaimana dia lakukan keatas Amanah dan DAP.

27) Hj Hadi menuduh Amanah sebagai mengikut telunjuk DAP tanpa menunjukan sebarang bukti mengenainya. Hj Hadi adalah berbohong kerana dia sebenarnya yang menjadi boneka dan khadam Umno kerana mengambil aleh kerja-kerja Umno menyerang Amanah dan DAP.

28) Hj Hadi berbohong dan memperbodohkan orang kampung dengan menuduh Amanah bersekongkol dengan DAP membantah pembentangan usul RUU355 di parlimen. Hj Hadi tuduh Amanah dan DAP mahu menghalang perlaksanaan syariat Islam. Walhal yang sebenarnya DAP dan Amanah cuma tanya speaker kenapa usul itu didahulukan, bukannya menghalang perlaksanaannya.

Usul itu pula bukan dibentang untuk dibahaskan.Hj Hadi sendiri yang minta supaya pembentangannya ditangguhkan ke lain masa

Sebagai penutup, ingin saya panjangkan pertanyaan dari seorang facebooker yang bertanyakan seperti berikut :

Betul ke, aku dengar cerita, Hadi Awang baru terima hadiah peribadi berupa dua buah kenderaan mewah, iaitu pacuan empat roda (4X4) Land Cruiser dan sebuah MPV Toyota Fortuner....

Anggaran nilainya lebih kurang RM700,000 sahaja.... Dia juga dikatakan menerima hadiah berupa sebuah rumah baru khusus untuk isteri keduanya. Betul ke...?

Apabila ditanya, Hadi Awang kata, 2 buah kenderaan mewah dan rumah baru itu adalah hadiah dari anak muridnya.

Macam bohong je...!!!

Dengar cerita lagi, setelah diselidiki, rupa-rupanya dua buah kenderaan baru itu adalah pemberian seorang kontraktor yang telah berjaya mendapat projek dari Putrajaya bernilai RM684 juta, hasil pertolongan Hadi Awang yang melobi Najib melalui panggilan telefon.... Kerana itu, dia memberikan hadiah itu kepada Hadi Awang sebagai tanda ucapan terimakasih dan mahu membalas budi dan jasa Hadi Awang hingga dia berjaya dapat projek.... Betul ke...?

Saya tanya je.... takkan tanya pun sampai kena taubat nasuha?

Setelah kalian melihat siri pembohongan Hj Hadi di atas itu, apakah layak dia dianggap sebagai seorang ulama?

Layakkah Hj Hadi terus memimpin sebuah gerakan harakah Islamiyah ?

Jawapan itu hanya ada pada diri kalian.Buktikan apa yang saya dedahkan di atas adalah fitnah. Jangan jadikan diri kalian terus diselubungi oleh penipuan daripada melihat kebenaran yang nyata di depan mata.

Jangan taksub membabi buta....

Fikir-fikirlah bersama...
-WA






FEATURED ADS



Comments (0)