Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Unknown | Posted on 2:14 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Halatuju PAS Semakin Jelas, Cenderung Kepada BN Selepas PRU...

Posted: 23 Dec 2016 01:26 AM PST

Ulama PAS tidak tolak bentuk kerajaan campuran dengan BN

Dewan Ulama PAS tidak menolak kemungkinan akan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional, asalkan parti Islam itu dihormati.

"Sekarang ini PAS bersendirian dan PAS hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan PAS, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain," kata ketua sayap tersebut, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, kepada FMT.

PAS kini mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, di bawah apa yang dikenali Gagasan Sejahtera.


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki baru-baru ini berkata parti itu bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana pakatan politik selepas pilihan raya umum akan datang untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Katanya, PAS yakin memainkan peranan itu memandangkan negara sedang menuju ke arah sistem kerajaan campuran (multi-party system), di mana tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan kukuh secara bersendirian.

Mahfodz bagaimanapun mengulangi pendirian pemimpin PAS untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, yang kini mempunyai kerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

"Kita tetap dengan pendirian sebelum ini gabungan dengan parti dalam Pakatan Harapan kita sudah tolak awal-awal DAP dan Amanah, tetapi dengan parti-parti lain yang menghormati PAS, kita masih sedia," katanya.

Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menegaskan parti itu masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran selepas PRU14.

"Saya menolak dakwaan mengenai kerjasama tersebut, memandangkan PAS kini komited bersama Gagasan Sejahtera untuk menumbangkan Umno dan BN pada PRU14," katanya. -FMT



ULASAN GB

Ada dua perkara yang GB nak ulas.

Pertama, sudah jelas kini, bahawa PAS tidak akan bersama PH tetapi akan bersama BN, samada sebelum atau selepas pilihanraya yang akan datang ini.

Mereka masuk gelanggang pilihanraya untuk menarik penyokong-penyokong pembangkang, tetapi selepas mereka menang berkemungkinan besar mereka akan menyertai BN.

Mereka sudah pun menolak awal-awal dengan perkataan "MUKTAMAD" bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan komponen Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH.


Justeru kini PKR dan PPBM perlu buka mata seluas-luasnya sikap PAS berkenaan. Masih mahu mempercayai dan mengharapkan PAS lagi?

Kedua ialah isu pertentangan pendirian Idris Ahmad dengan pimpinan PAS.


Idris, selaku Naib Presiden PAS menyatakan "PAS Tak Rancang Untuk Adakan Kerajaan Campuran" sedangkan kenyataan berbeza dikeluarkan oleh AJK Pas Pusat, Zuhdi marzuki dan Ketua Dewan Ulama PAS, Mahfodz Mohamad.

Nampaknya Idris dah ketingggalan bas di dalam partinya sendiri.

Hari tu komain lancang dan lancang mulut Idris bertanya "dari mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak sertai BN?".

Hah sekarang kita katakan itu kenyataan Ketua Ulama PAS sendiri Hj Mahfoodz Mohamad dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Zuhdi Marzuki!

Takkan laporan kedua-dua pemimpin PAS itu tak betul? Jika tak betul sudah pasti sudah ada kenyataan dari Lajnah Penafian PAS Pusat.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!

VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS



Comments (0)