Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Unknown | Posted on 1:50 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Tak Maksum Pulak Dah Lepas Tuduh & Kutuk Orang Macam-macam

Posted: 16 Dec 2016 12:53 AM PST

TAK MAKSUM PULAK!!

Dalam nada yang lebih lunak dan berhemah, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengakui parti itu dan ahlinya tidak maksum dan tetap boleh dikritik sekiranya mereka melakukan sebarang kesilapan.

Beliau juga bersikap terbuka jika ada mana-mana pihak yang membenci parti berkenaan.

Bagaimanapun Idris mengingatkan, ia bukan bermakna parti serta anggotanya boleh difitnah dengan maklumat yang salah.

Ohhhh....sedar pulak tidak maksum!


Tetapi, kenapa meletakkan syarat kepada pihak mesti menjauhi DAP dan Amanah sebelum pun perundingan ke arah kerjasama diadakan?

Tidakkah ia seolah-olah Pas dan pemimpinya maksum sehingga hanya mereka syarat mereka yang mesti dipatuhi?

Kenapa juga meletakkan syarat wajib "jangan kacau 70 kerusi kami" kepada parti-parti lain yang mahu bekerjasama?

Apakah Pas begitu maksum sehingga 70 kerusi yang ditandinginya pada 2013 lalu tidak boleh diusik sama-sekali, walaupun hakikatnya hanya menang 21 saja daripadanya?


Apakah kenyataan pemimpin-pemimpin Pas agar menjauhi DAP dan Amanah serta mahu 70 kerusi yang didakwa miliknya tidak diganggu, merupakan fitnah dan berupa maklumat yang salah?

Kata tak maksum, tapi kenapa lagak dan gaya selama ini seolah-olah sangat maksum dan semua orang lain tidak maksum? -shahbudindotcom

ULASAN GB

Macam-macam.

Dahulu Presiden PAS sendiri yang sebut kononnya, tak taat kepada PAS seperti hilang akidah.


Saya saya ingin memetik ulasan sahabat saya, Sdra Ahmad Jamali Shafie dari Amanah Serdang.

Ucapan penggulungan Presiden Pas, Hj Abdul Hadi Awang, pada hari ini telah menjadikan parti politik Pas seperti telah mencapai tahap sebuah agama. Persepsi dan pemahaman sedemikian adalah berdasarkan ucapan dan penegasan beliau bahawa semua ahli mesti menumpahkan ketaatan kepada parti itu kerana ia seumpama akidah.

"Kita perlu ada jati diri. Untuk berada dalam parti Islam Se-Malaysia kena ada akidah perjuangan. Jikalau kita tidak taat, hilang akidah kita," katanya dalam ucapan penggulungan muktamar ke-62 di sini pagi ini.

Ucapan ini juga dikaitkan dengan tersingkir dan keluarnya sebahagian dari kepimpinan dan ahli-ahli Pas dari parti politik Pas dan membentuk sebuah parti politik baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah). Secara berterusan, ahli-ahli Amanah ini dilabelkan sebagai pengkhianat walhal perbezaan pandangan politik yang mencetuskan penubuhan parti politik adalah satu perkara biasa dalam pentas politik negara demokrasi.

Bagi Presiden Pas dan pengikut-pengikut beliau, ahli-ahli Amanah adalah pengkhianat. Begitu juga ahli-ahli yang tidak taat dan keluar parti, pemahaman mudahnya mereka telah hilang aqidahnya.

Sebelum itu, seorang penulis Pas, Alang Ibn Shukrimun, telah menulis mengenai penyampaian Kuliah Jumaat Presiden Pas (digelar juga Ayah Chik), bertarikh 13 Mei 2016, yang bertajuk 'Pengkhianat hukumnya dibunuh'..

Rumusan dari penulisan beliau, dalam peristiwa peperangan Ahzab, kaum Yahudi Bani Quraizhah yang memiliki persefahaman dengan Islam telah melakukan pengkhianatan. Mereka belot dengan menolong musuh-musuh menyerang umat Islam. Kaum Bani Quraizhah akhirnya dihukum bunuh.

Berlapik dan berselindungkan dengan hujah-hujah sebeginilah, pimpinan Pas kini akan terus menerus melabelkan mereka yang meninggalkan Pas dan menyertai Amanah, sebagai pengkhianat, dan begitu mudah memutarbelitkan sirah Rasulullah SAW untuk 'justify' halalkan darah dan bunuh kepada "pengkhianat" ini.

Saya merasakan perlu saya menulis dan menyerlahkan penulisan dan pandangan dari pemimpin dan ahli-ahli Pas ini yang bagi saya akan menimbulkan ketidak ketenteraman di kalangan rakyat yang mahu memilih pandangan dan organisasi politik yang berbeza atas dasar melaksanakan hak dan demokrasi rakyat merdeka.

Saya bimbang, pandangan-pandangan sebeginilah, yang sesetengah ahli-ahli mereka yang taksub, akan memegangnya seperti sebuah fatwa, dan mengambil tindakan-tindakan yang melampau.

Jika pandangan sebegini mengenai sesebuah keluarga dan adik-beradik besar, ia juga boleh menjurus kepada perpecahan keluarga dan terurainya silaturrahim dan kasih sayang apabila ahli keluarga yang berpegang kepada pandangan dan arahan pemimpin mereka, mereka akan terpengaruh untuk melabelkan ahli keluarga yang tidak bersama Pas sebagai pengkhianat.

Ulama muktabar dunia Islam, Yusof Al Qaradhawi ada menyebut dalam kitab beliau yang bertajuk 'ikhtilaf yg diharuskan syarak'. Beliau telah menegur bahayanya pandangan melampau dan ekstrim ini 20 tahun yang lalu.

Salah satu punca utama berlaku takfiri (mengkafirkan seseorg muslim lain) adalah apabila seseorang menganggap keluar dari sesebuah jamaah, maka sama seperti keluar dari islam dan jatuh aqidah.

Yusof Al Qaradhawi telah menyebut dan menegur tentang perkara ini pada tahun 1996 lagi. Berdasar fenomena di negara-negara Arab dan Indonesia. Lihatlah apa yang berlaku di negara-negara umat Islam sendiri apabila umat Islam yang ekstrim dan melampau sanggup saling berbunuh-bunuhan hanya kerana khilaf politik yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan aqidah sama sekali.

Begitu mudah "memaksumkan" diri kononnya jika keluar PAS maka hilang akidah. Dilabelkan orang lain dengan pelbagai label seperti pengkhianat, tolol, barua dan seumpamanya.

Demikianlah kisah PAS dan para pemimpinnya.

VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS



Comments (0)