Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Unknown | Posted on 2:31 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Tun Mahathir Akui Silap Nilai Mat Sabu Sebelum Ini

Posted: 13 Dec 2016 12:42 AM PST

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir mengakui kesilapannya menilai Mat Sabu sebelum ini.

Di dalam satu wawancara yang diadakan oleh Media Oren Nasional, sebuah organ media milik parti Amanah Negara di pejabatnya, Tun Mahathir berkata kini beliau melihat partinya (Amanah) adalah rasional dan akui ada "understanding" diantaranya dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Pada awalnya Tun Mahathir menyatakan beliau tidak begitu faham apa yang berlaku kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan percaya PAS merupakan parti yang solid kerana ahli-ahlinya setia kepada parti.


Tetapi kemudian katanya, beliau mendapat tahu ada ahli-ahli PAS yang keluar parti dan menubuhkan sebuah parti baharu.

"Sekarang ini saya berpeluang berjumpa dengan Mohamad Sabu dan saya dapati dia tidak seperti yang saya tahu/dengar dulu. Partinya rasional dan selama yang saya berjumpa dengan dia, saya dapati kita boleh ada understanding antara saya dengan dia," ujar Tun.

Tun juga berpendapat bahawa perjuangan PAS tidak akan memberi kemenangan kepada PAS ataupun kepada orang Melayu atau (membantu) menyelesaikan banyak masalah negara," tambahnya lagi.

Sementara itu, Mohamad di dalam ucapan perasmiannya di Konvensyen Parti Amanah Negara kali Pertama di SACC Shah Alam Sabtu lalu dimana Tun turut hadir, sempat secara berseloroh menyatakan (di bawah pemerintahan Mahathir) ISA sepatutnya digunakan untuk menangkap komunis, tetapi (telah) digunakan untuk menangkapnya.

Namun beliau menggangap kisah lalu sebagai hiasan sejarah dan kini beliau berkata kita bersama untuk menghadapi masa depan disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan dan pemerhati konvensyen.

Mohamad berkata penangkapanya di bawah ISA oleh Tun Mahathir merupakan sejarah lalu dan menyatakan di dalam politik ini tidak ada rakan atau musuh yang kekal.

"Mana nak sangka kita boleh bersama dengan Tun Mahathir dan rakan-rakannya hari ini, mana pula nak sangka orang yang kita sanjung pulak belah sana," merujuk kepada PAS yang kini sudah bersama-sama dengan UMNO BN.

Untuk rekod, Mohamad telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu pada 1984 sehingga 1986 dan penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989 bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang.

Mohamad kini menjadi Presiden Parti Amanah Negara setelah kumpulan progresif di dalam PAS disingkirkan melalui grand design geng ulama di dalam parti itu di Muktamar PAS yang ke 61 yang diadakan di Kuala Selangor. Ramai pemerhati politik berpendapat pemilihan pemimpin di dalam muktamar berkenaan sebagai yang paling buruk dalam sejarah PAS.


Manakala Tun Mahathir pula menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia setelah beberapa pemimpin tertinggi UMNO meninggalkan parti itu untuk menubuhkan parti baharu termasuklah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Mohd Yassin, Dato Mukhriz Mahathir dan beberapa invidu dan pemimpin NGO lain sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak

PPBM dijangka akan menganggotai Pakatan Harapan secara rasmi pada 13 Disember ini. Ia sekaligus menjadikan gabungan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu mampu muncul sebagai pencabar utama kepada BN dalam pilihanraya akan datang ini. -Greenboc



VIDEO BERKAITAN









FEATURED ADS



Comments (0)