Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Unknown | Posted on 2:22 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Nampaknya Universiti Di Malaysia Perlu Dijenamakan Semula Kepada Universiti UMNO

Posted: 09 Dec 2016 06:27 PM PST

Aktivis siswa didapati bersalah anjur #TangkapMO1

Aktivis siswa Anis Syafiqah Mohd Yusof hari ini didapati bersalah atas 3 pertuduhan berkenaan menunjuk perasaan oleh Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM).

Beliau didapati bersalah: mengadakan, menganjurkan dan memanggil suatu perhimpunan Tangkap Malaysian Official 1; merosakkan dan memudaratkan kepentingan, kesejahteraan serta nama baik UM kerana menyertai himpunan haram; dan merosakkan dan memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam, moral, kesopanan serta tatatertib kerana menyertai himpunan tersebut.


"Setelah selesai sambungan prosiding selama 2 jam, pihak Panel Tatatertib UM telah memutuskan bahawa saya bersalah atas kesemua pertuduhan."

"Hukuman tatatertib akan dimaklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari dari sekarang," kata Anis dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook.

Beliau berdepan hukuman denda RM200, penggantungan, pemecatan atau amaran.

Pada September, pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia bersama 3 siswa lain diberi surat tunjuk sebab oleh pentadbiran Universiti Malaya susulan pembabitan mereka dalam tunjuk perasaan #TangkapMO1.

#TangkapMO1 bertujuan mendesak polis menyiasat dan menangkap individu misteri yang disebutkan sebagai Malaysian Official 1 dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Saman itu mendakwa berbilion dolar digelapkan daripada 1Malaysia Development Berhad, kes yang DoJ angkat sebagai peristiwa kleptokrasi terbesar dalam sejarah negara itu.

Tiga siswa UM lain yang berdepan tindakan tatatertib ialah Mohamad Luqman Nul Haqim, Muhammad Luqman Hakim Fazli dan Suhail Wan Azahar.

Pada November, siswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Asheeq Ali digantung 1 semester dan didenda RM200 juga kerana terbabit dalam #TangkapMO1.

"Saya sudah menjangka Anis akan didakwa dan didapati bersalah kerana saya tahu ia akan menjadi trend yang dimulakan UKM sebagai duluan untuk universiti lain," kata Asheeq kepada FMT.

"Saya percaya panel teragak-agak dalam menjatuhkan hukuman pada masa itu juga kerana mereka tidak bebas sepenuhnya. Ada tekanan ke atas panel oleh pihak berkuasa atasan yang mengawal mereka."

Asheeq juga didakwa memalukan nama baik universiti dan melakukan kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman (2012) kerana menyertai perhimpunan haram. -FMT



VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Nampaknya universiti-universiti di negara ini telah bertukar menjadi "universiti umno".

Kita merasa sedih kerana universiti yang dulunya menjadi 'markas' kepada aktivisme dan idealisme pelajar kini telah bertukar kepada tempat menjadikan pelajar hanya sebagai "robot-robot" untuk sebelah pihak sahaja dan matapelajaran "Critical Thinking" yang diajar di universiti hanya terkepung di bilik kuliah dan tidak boleh diterjemahkan di luar bilik kuliah.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Sungguh aneh dan menhairankan dengan alasan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof yang mendakwa keterlibatan Anis Syafiqah dalam perhimpunan Tangkap MO1 "merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti".

Sedangkan hak Anis Syafiqah atau mana-mana pelajar dijamin Perlembagaan

Ketara tindakan UM itu seperti menerima tekanan politik pihak tertentu, atau sememangnya ada kakitangan UM sudah menjadi kuda tunggangan politik untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Tindakan Anis Syafiqah disanjung tinggi oleh rakyat yang mahu integriti negara terjaga dan terbela. Nama UM melambung tinggi kerana tindakan Anis Syafiqah tersebut. Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif.

Tetapi tindakan UM menghantar surat cinta kepada Anis Syafiqah itulah yang sebenarnya yang telah "merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti".

Sepatutnya UM menumpukan perhatian untuk meningkatkan prestasi akademik universiti yang umum telah tahu bahawa prestasi UM telah merudum sehinggalah terkeluar daripada senarai Times Higher Education (THE) Top 400 University Rankings sejak tahun 2010.

Jika UM terus memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi, hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan di mana UM akan terus dipandang hina oleh rakyat dan dunia.




FEATURED ADS



Comments (0)