Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Unknown | Posted on 2:19 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


IMBAS PENGALAMAN KE RAKHINE BERTEMU ROHINGYA - PART III

Posted: 27 Dec 2016 06:30 PM PST


Lepas dah masuk ke kuil Buddha tempat masyarakat Myanmar berlindung.. lepas dah masuk kem perlindungan sementara masyarakat Islam etnik Rohingya, barulah aku dapat gambaran yang lebih jelas tentang realiti sebenar yang berlaku di sana...

Hari seterusnya, kami beraksi lagi... kami dibawa direct ke perkampungan etnik Rohingya.. kali ni real kampung... bukan kem perlindungan sementara... 

First time jejak kaki di kampung tu, kita boleh bezakan antara perkampungan Islam dan bukan Islam.. di perkampungan etnik Rohingya, kita boleh lihat ada ciri-ciri binaan Islamik sikit.. contohnya lorekan di pintu gerbang.. ada surau dan sebagainya... 

Ni pintu gerbang ke surau asal kampung tu.. tapi ntah kenapa, depa dah tak gunakan surau tu... mungkin ada sesuatu yang pernah berlaku di surau tu? Wallahu'alam...
Alamakkk.. ni yang lemah ni.. adehhh... 
Anak-anak Rohingya.. bandingkan keadaan mereka dengan anak-anak kita di Malaysia.. nikmat Allah yang bagaimana lagi hendak kita nafikan?
Dulu kampung ni kawasan nelayan.. dekat je dengan laut.. tapi sungai kecik tu dah jadi cetek.. ada pihak yang sekat laluan air menyebabkan sungai tu jadi lagu tu.. maka beginilah jadinya... fahami yang "tersirat"?
Tapi dhaifnya, Allah saja yang tahu.. rasanya kalau bawa anak-anak zaman sekarang dari negara kita duduk di kampung depa, mungkin boleh bertahan setengah hari saja.. paling lama mungkin sehari.. lepas tu saya yakin depa cabut balik Malaysia... heh!

Sekali lagi kami disambut dengan tangisan.. Depa berbaris sambut kami dari mula jalan masuk kampung tu sampai ke kampung depa.. yang buat aku terharu sangat tu, depa berbaris macam kita sambut PM... nasib baik takdak bendera.. kalau ada bendera, sebijik macam sambutan perarakan merdeka... 

Lebih kurang macam perkampungan orang asli kat tempat kita, kan?
Kebebasan yang sangat terhad.. dikawal dengan senapang.. aku tak sanggup..
Tapi boleh ke tahan kalau yang kiri kanan sambut kita tu menangis? Real bro.. tak tahu la menangis derita atau gembira dengan kedatangan kami.. tapi air mata tu meleleh di pipi.. maka sekali lagi, ada di kalangan kami yang cukup murah dengan airmata... adehhh...

Cuba fikirkan apa dalam fikiran depa masa berdoa..
Terkenangkan keluarga sahabat handai yang dibunuh kejam?
Meratapi ujian Allah yang terlalu berat untuk ditanggung?
Terlalu sayu mengingatkan masa depan generasi Rohingya akan datang?
Hanya mereka saja yang memahami erti derita yang ditanggung.. berat kita memandang, berat lagi yang dirasai oleh saudara seagama kita di sana...
Setibanya dalam kawasan kampung depa, maka kami layan kejap sedu sedan depa... lepas tu bermulalah gerak kerja kami... Doktor-doktor yang Tok Azeez bawak semuanya buka beg masing-masing.. buka klinik kat surau kampung tu...

Ramai yang beratur menunggu giliran.. yang tak mampu bangun, depa dokong sampai depan doktor.. Haaaa.. kat situlah aku tewas buat kali kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut...

Aku takleh tahan tengok seorang ibu yang menunggu lama sambil memangku anaknya yang sakit.. mungkin demam dah berhari-hari... masa menunggu tu anaknya menangis meraung.. kesian sangat aku tengok ibunya memujuk-mujuk.. hanya Allah saja yang tahu perasaan saya time tu.. dah cuba tahan.. tapi airmata tu tetap gugur tanpa aku sedari... 

Aku dah mula sebak...
Jiwa terlalu meronta ketika merakam gambar ni.. airmata mengalir di pipi pun dah tak sedar.. 
Aku salute semua team doktor yang Tok Azeez bawak tu.. semuanya bertugas dengan sangat baik, sabar dan cukup membantu terutama pada warga emas dan kanak-kanak.. walaupun supply ubat-ubatan yang dibawa agak terhad, tapi depa berikan yang terbaik.. rasa nak peluk doktor-doktor tu mengenangkan jasa dan pahala depa...Thumbs up doktor Alwi and team!

Ni la Dr Alwi yang aku kata tu.. terbaiklah Doc!
Berkumpul santai sebentar berbual dengan orang kampung di surau.. tile sampai dinding tauuu.. 
Lebih kurang macam di kampung kita, kan?

Berkaki ayam, tidak berbaju... 
Seterusnya, aku keluar merayau dalam kampung.. tapi tak boleh la merayau jauh sangat.. kampung tu memang dikawal ketat oleh tentera Myanmar.. lebih kurang macam darurat la.. kawal pakai senapang.. penduduk kampung tu sendiri pun tak bebas bergerak sebenarnya.. 

Tengah asyik dok giling rempah, aku mai ambush amik gambaq.. kesipuan sekejap adik kita ni.. heh!
Dhaif atau tidak, mereka tetap hambaNya yang bersyukur...
Rupanya kat kampung tu ada orang dari kampung lain yang datang cari pelindungan.. kampung depa dah kena serang dan ada yang rumahnya kena bakar.. kalau rumah tak kena bakar pun, depa tak berani balik sebab takut kena bunuh.. jadi depa menumpang kat kampung tu...

Betoi.. Tok Azeez hulurkan bantuan.. dia beri masa kat surau kampung tu.. Ada la "special" sikit bantuan yang diberi kat kampung tu.. Tapi Tok Azeez memang cool.. dia jelajah habih kampung tu.. personal touch dia terserlah time tu.. sampai boleh berpimpin tangan bergambar macam mak dengan anak.. sporting abis.. patut la orang tak kekok dengan dia..

Hah! Amacam? Hero Malaya jumpa mak angkat Rohingya... Heh! Memang selamba Tok Azeez...
Lama kami kat kampung etnik Rohingya tu.. hampir setengah hari rasanya.. ada yang dua kali menangis pun ada.. tapi jiwa tetap kental laaa.. rupanya inilah cara hidup di wilayah bergolak di sekitar Rakhine ni... makan apa yang ada, pakai apa yang ada.. perit itu biasa...

Paling seronok dengan kedatangan kami dah tentu la kanak-kanak Rohingya.. dapat gula-gula lollipop tu satu hal.. tapi yang pentingnya dapat hilangkan sebentar derita hidup depa selama bertahun-tahun di bumi kelahiran sendiri.. kami puas buat anak-anak itu ketawa walau sebentar cuma...

1Malaysia..! 1Rohingya..! Heh!
Depa takdak kitchen cabinet, depa takdak blender, depa takdak electric rice cooker, elektrik pun pakai generator.. tu pun kena catu ikut time tutup... sumber air bersih tak bersih.. sanggup?
Akak kita ni dah jatuh sayang kat adik ni.. hmmm.. seronok dia dapat lollipop... 
Cuba teka adik ni pakai topi sapa... heh! Ngada-ngada pulak aku.. hahahahaa... 
Lepas bersalam-salam dengan semua penduduk kampung, kami bergerak ke coaster.. sekali lagi depa berbaris.. tapi kali ni bukan kat tepi jalan saja.. depa siap line up tepi sawah semata-mata untuk lambai kami.. airmata tu tak payah ceritalah.. sebak dada menahan...

Nampak?
Nak bagi fair and square, kami ke perkampungan masyarakat Myanmar bukan Islam pulak.. yang aku tak boleh lupa bila kami "disembah"..! Aku ingatkan depa sembah kami.. rupanya depa sembah sami-sami Buddha yang Tok Azeez bawa special dari Malaysia.. heh! Merah sekejap muka saya time tu.. terkejut bro! Lepas tu tersengih-sengih ke tepi.... 

Ye laaa.. sampai-sampai je kat situ depa dah standby kat depan jalan nak masuk kampung... duduk kat situ ramai-ramai lepas tu sembah.. lupa pulak yang kat sebelah aku tu sami-sami Buddha dari Malaysia.. hadehhhh... silap parking la.. menyebok betoi aku..

Hormat betoi depa kat sami-sami, kan? Mungkin tu nilai budaya dalam agama depa di sana... kat tempat kita ada sampai sembah-sembah lagu ni ka? Aku kurang pasti...
Terus aku ke tepi.. kesipuan sebentar.. heheheee...heh!
Ni kanak-kanak di perkampungan Buddha tu.. masih kategori dhaif.. tapi tak sedhaif kanak-kanak Rohingya...
Kalau hangpa nak tau, penganut Buddha kat Myanmar memang teguh berpegang dengan ajaran agama depa.. Tapi biasalah.. ada jugak tok sami depa yang tiup sentimen negatif.. tu yang berlaku konflik tu.. lebih kurang macam zaman crusade dulu la.. ingat nama Reynold de Chatilion? 

Kami bertemu dengan penduduk kat situ dalam sebuah sekolah.. rupa binaan sekolah depa tu macam sekolah kat negara kita di pedalaman Sabah dan Sarawak zaman 80'an.. dhaif tu memang dhaif la.. Biasalah..Myanmar kan? Bukan Australia.. 

Haaa.. tu gian nak serkap ikan la tu..? Tokkk.. makcik tu dia tangkap ketam batu la Tokkk. rasanya kita takleh makan... heh!
Hangpa boleh buat lagu ni?
Perghhh..! Steady ja dia jalan... kalau aku kompom masuk parit dah.. dengan aku sekali masuk parit.. heh!
Tapi at least kehidupan depa baik sikit dari etnik Rohingya... Depa masih bebas bergerak ke sana sini.. boleh ke pekan kecil.. boleh ke kedai.. walau ada tentera berkawal, tapi tidak seketat di perkampungan Rohingya.. 

Lepas hulur bantuan dan berbasa-basi di situ, kami bergerak ke hsopital Rakhine...Tok Azeez sempurnakan penyerahan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan yang dibawa dari Malaysia kat hospital tu.. banyak jugak la yang diberi.. standard la..nama pun Humanitarian Mission, kan?

Haaaa... ni kami ada bawak sikit ubat dari Malaysia.. takpa... amik-amik... jangan malu-malu...hangpa jangan buat tak ketahuan kat etnik Rohingya sudahhhh....
Hospital depa tidaklah selengkap macam hospital di negara kita.. standard macam Klinik Kesihatan Daerah ja.. Sedangkan pesakit memang ramai.. ubat-ubatan dan peralatan pun agak terhad... Atas dasar kemanusiaan dan semangat ASEAN, maka tak salah jika kita hulur sedikit bantuan...

Lepas hospital, kami terus ke pelabuhan.. Tok Azeez kata dia dah dapat jaminan dari kerajaan dan Duta Besar Malaysia ke Myanmar untuk kelola semua baki barang bantuan.. Actually yang kami dok agih ke kampung-kampung tu kecil saja jumlahnnya berbanding jumlah keseluruhan...

Kalau nak tunggu kami agihkan dengan cara kami dok buat tu, rasanya kena duduk sebulan la kat Rakhine tu.. atas faktor masa, kemudahan yang terlalu terhad dan paling utama KESELAMATAN, maka eloklah diserahkan amanah itu kepada pihak berkuasa dengan pemantauan dari Duta Besar Malaysia sendiri.. 

"Kalau hang kecoh kaluuu.., siap hang... aku ligan keliling kapai.. " lagu la kot dialog Tok Azeez pesan kat wakil kerajaan Myanmar ni.. 
Aku tak ingat berapa kali Tok Azeez ingatkan wakil kerajaan Rakhine tu supaya agihkan barang bantuan secara adil seperti yang dia rancangkan.. tapi aku confident, Duta Besar Malaysia akan pantau ketat agihan tu.. kalau depa ngelat, dah tentu Kedutaan Myanmar kat Malaysia kena enquiry... heh!

Hangpa tengok tu.. Tok Azeez kalau bab kerja, dia memang serius tak main-main.. sampai berpeluh-peluh tengok tu.. ni aku tak tau kali ke berapa dia pesan kat mamat Myanmar ni.. heheheeee.. heh!
Seterusnya, kami balik ke lokasi penginapan... letih tu memang letih bro.. tapi puas! Puas dapat saksikan sendiri tentang apa yang berlaku di sana.. Walau pun bertugas dalam keadaan yang tidak sempurna, tapi terima kasih aku ucapkan pada KP1M sebab jaga kami dengan baik di sana...

Esoknya, kami packing barang dan kembali ke Yangon... 

Aku akan buat wrap up tentang entry-entry imbasan pengalaman menyertai misi bantuan kemanusian ke Rakhine ni.. jika sebelum ni aku kongsikan pengalaman-pengalaman kami di wilayah bergolak tu, lepas ni aku akan utarakan pandangan tentang keseluruhan konflik dan pergolakan di sana...

InsyaAllah, doakan aku diberi kelapangan dan kesihatan yang baik.. aku akan menulis seadil-adilnya dari sudut pandang aku secara peribadi...

Comments (0)