Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Unknown | Posted on 1:51 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


FAHAMI ERTI, HARGA SEBUAH PERJUANGAN...

Posted: 14 Dec 2016 06:30 PM PST


Ketika menulis entry ini, aku masih di pejabat. Jam menunjukkan hampir jam 2 pagi, namun aku masih di sini. Sendirian. Rakan-rakan staf rasanya sudah lama lena diulit mimpi, tapi itulah aku yang mencari sesuap nasi dari sumber yang halal, tugas perlu aku siapkan...

Sudah agak lama aku tidak menulis di sini. Ya, aku hadir di perhimpunan tahunan kita baru-baru ini di ibu negara, tapi aku tidak menulis tentangnya. Ya, pastinya aku gembira bertemu sahabat-sahabat seperjuangan di sana, namun senyum dan tawaku tersembunyi sesuatu yang sukar dimengertikan.

Sejarah mulanya dulu aku menulis di blog ini merupakan titipan hati dan wadah sebuah perjuangan. Alhamdulillah, aku masih kekal begitu hingga kini. Biar sering disalah erti dan dituduh tulisan blog ini "dibayar", namun aku dan beberapa rakan saja yang tahu tentang "harga sebenar perjuangan" yang tidak mampu dibeli dengan wang...

Perit atau tidak, kami telan. Pernah kami dipanggil, diminta tolong ketika diperlukan. Setelah segalanya selesai, kami mengundur diri perlahan-lahan seolah tiada siapa yang tahu tentang kehadiran kami. 

Tidak kurang juga ada di kalangan pemimpin UMNO yang pernah dan hingga kini masih memandang serong pada blogger seperti kami, namun tidak dinafikan makin ramai yang kian mesra. Biasalah, kadangkala kami terpaksa juga "cuit sedikit" bila ada yang tersasar jauh. Mungkin kerana itu ada yang menyebar cerita kurang tepat tentang kami dulu. Namun alhamdulillah, kekeruhan itu kian pulih jernih kini... 

Selalu juga "poket rabak", kelengkapan peribadi rosak berderai, disulami pula dengan maki hamun pembangkang yang tidak mampu mematahkan hujah kami, kami tetap istiqamah berjuang demi parti. Belum lagi disebut tentang berjauhan dengan anak isteri dan keluarga, namun kami faham, itulah asam garam sebuah perjuangan...

Hampir seminggu saya di temasya agung UMNO di PWTC. Walau dikatakan hambar, namun siapa yang hadir pastinya akui tentang kemeriahan dan semangat juang yang meluap-luap. Bagai singa terluka, bagai hulubalang terguris bisa keris, pencaknya kian membara memasak langkah..!


Siapa kata diam saya menandakan saya "malap"? Resminya, ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. Kesibukan kerjaya saya membataskan pergerakan, namun jangan sangka saya "tidur" tidak tahu apa-apa. Ada beza di antara "tidak tahu apa-apa", "tidak tahu, tapi pura-pura tahu" dan "pura-pura tidak tahu apa-apa, tapi segala tersimpan kemas di dalamnya".

Ada yang mendakwa UMNO dan BN di Kedah akan tewas sekali lagi pada PRU ke-14 nanti? Siapa mereka? Adakah mereka itu Tuhan? Tuhan agama mana? Setahu saya, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui tentang masa depan, bukan makhluk...

Jika dakwaan itu dibuat dari pemerhatian sendiri, adakah analisis mereka tepat bersandarkan bukti benar? Asas fakta apakah yang digunakan? Data dari mana yang dikumpul? Sumber sahih mana yang diperoleh? Kutipan kukuh mana yang dipetik? Sumber "like" di Facebook?

Saya tidak pernah mengatakan UMNO dan BN akan berjaya mempertahankan kemenangan di Kedah pada PRU ke-14 nanti. Cuma, apa yang saya tahu, UMNO dan BN Kedah sedang menggunakan segala pendekatan dan usaha menuju ke arah itu.

Tujuannya bukan sekadar mempertahankan kuasa semata-mata. Bukan kerusi empuk atau jawatan besar yang dikejar, namun matlamatnya adalah lebih jauh dari jangkauan. Tidak perlulah saya jelaskan di sini, kerana hanya pejuang sebenar saja yang mengerti tentang "itu"...

Saya telah menegaskan pendirian saya sebelum ini. Seorang "makmum", perlu patuh pada segala arahan dan matlamat "imam" yang dipilih secara demokrasi oleh "makmum lain". Saya juga perlu taat pada perjuangan jemaah dan jauhi unsur khianat pada jemaah saya.

Meskipun begitu, ada kalanya saya tetap memberi teguran secara membina tentang apa yang saya lihat tidak wajar pada pandangan saya, Ada kala ia diterima dan adakalanya tidak, Yang penting, saya menegur mengikut saluran dan lunaslah tanggungjawab saya untuk menegur. Yang lainya, saya serahkan pada Allah SWT...

Tidak semestinya setiap teguran saya itu benar. Kadangkala, memang kelihatan benar, namun kurang sesuai untuk dilakukan dan perlukan kaedah serta pendekatan lain yang kita tidak sedari. Tapi apa yang penting, matlamatnya tercapai tanpa menyalahi hukum syarak dan perundangan negara.

Sebenarnya, pada pandangan saya, UMNO dan BN tidak sukar untuk mengekalkan kuasa di Kedah mahupun di peringkat Persekutuan. Jika dilihat pada fakta sebenar, itulah dapatannya. Namun itu tidak menjamin kemenangan UMNO dan BN pada PRU ke-14 kerana saya amat yakin pada firman Allah "kun fa yakun".


Allah Yang Maha Menentukan, bukan? Biar selengkap mana, biar sesahih mana, biar sekukuh mana, namun jika Allah tidak izinkan, jangan haraplah keinginan kita akan dipenuhi. Prinsip yang amat mudah untuk difahami, bukan? 

Sebagai contoh, biarpun PAS tidak lekang dari menyebut Allahu Akbar, namun jika Allah tidak izin mereka menang, maka mereka akan tewas. Namun jika Allah redha, maka lihatlah berapa penggal Allah berikan kuasa pada PAS di Kelantan dan berapa lama UMNO BN diberi kuasa di peringkat Persekutuan...

Yang saya hairankan ialah nafsu politik kita yang kian menyimpang. Kerana mengejar kuasa, ada yang sanggup mencipta dan menyebar fitnah. Tidak cukup di Facebook, disebar pula di Whatsapp. Apakah kita berpuas hati jika berjuang dalam lautan dosa?

Saya bukan ustaz, saya juga tidaklah alim warak. Hanya sekadar memiliki sedikit asas agama sahaja. Namun itulah yang saya kira harus dipegang oleh setiap umat Islam di Malaysia tidak mengira parti sama ada UMNO, PAS, PKR, PAN, PPBM mahupun di dalam DAP.

Saya hanya sekadar meluahkan pandangan di blog. Sejak dari dulu, blog inilah tempat saya mengutarakan suara dan fikrah saya. Sekadar sumbangan yang tidak seberapa, entah diterima Allah, entah tidak. Saya berserah padaNya.. hingga kita bertemu di nukilan akan datang.. wallahu'alam...

Comments (0)