Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Unknown | Posted on 4:19 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Media arMedia arus perdana semakin terdesakus perdana semakin terdesak

Posted: 07 Dec 2016 06:29 AM PST


Tiga faktor utama yang menjejas saiz audiens MAP adalah laporan berat sebelah dan pemutaran fakta, penghijrahan ke media atas talian dan kuasa membeli yang semakin menguncup akibat kelembapan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup

A Kadir Jasin


REAKSI media arus perdana (MAP) terhadap tunjuk perasaan aman Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) siri kelima Ahad lalu tidak memeranjatkan.

Mereka sangat terdesak untuk menggambarkan gerakan rakyat itu sebagai ganas, perkauman dan gagal. Yang paling menekan peneraju dan tukang karut MAP adalah penyertaan ramai orang Melayu dalam Bersih 5.

Hakikat itu mematikan hujah kegemaran MAP selama ini, iaitu Bersih adalah gerakan perkauman yang didukung oleh orang Cina, ditaja oleh pembangkang dan diarah oleh DAP.

Orang luar mungkin tidak berapa faham mengenai keterdesakan (desperation) MAP, khususnya selepas Bersih 5 apabila bilangan peserta Melayu boleh dikatakan sama atau lebih daripada bukan Melayu.

Tetapi, bekas pengarang dan wartawan MAP seperti Mustapha Kamil (New Straits Times), Ku Seman Ku Hussain (Utusan Malaysia), Imlan Abadi (Berita Harian) dan ramai lagi faham.

Mustapha dalam entri Facebooknya, antara lain menulis: "The NST can call the rally whatever it wishes. The society have already written off the 171-year old newspaper, largely on account that over the decades, its inability to tell the truth has declined exponentially."

(NST boleh menggelar perhimpunan itu apa saja yang disukainya. Masyarakat telah menyisihkan akhbar berusia 171 tahun itu kerana kemampuannya untuk menyatakan kebenaran telah jatuh merudum sejak beberapa dekad kebelakangan ini.)

Penghakiman Mustapha sukar dipertikaikan kerana beliau baru sahaja berhenti daripada menjadi pengarang akhbar itu. Kini, Facebook beliau yang kritikal terhadap Barisan Nasional, Umno dan pemerintahan Perdana Menteri, Najib Razak adalah antara yang paling ramai pengikut.

Saya cukup faham kerana saya sendiri mengambil keputusan sukar untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) pada tahun 2000 kerana tidak berdaya lagi melayan kerenah sesetengah ahli majlis tertinggi Umno.

Selama saya mengenali Mustapha, bahasa pengantar beliau adalah Inggeris. Jadi saya agak terperanjat membaca nukilan beliau dalam bahasa Melayu yang mengagumkan, mudah dan fokus.

Seorang lagi wartawan MAP yang mengambil langkah membebaskan diri daripada putar belit ialah Ku Seman yang baru-baru ini meninggalkan Utusan Malaysia.

Dalam ulasannya kepada komen Mustapha, beliau berkata: "Mus, pukul 11 pagi semalam saya dah tahu tajuk akhbar-akhbar kita. Syukur saya dah lama tak baca. Baca Astro Awani online saja."

MAP semakin tidak berkesan sebagai ejen propaganda

Imlan Abadi, bekas wartawan kanan Berita Harian dalam posting Facebooknya pula antara lain, berkata: "Hari ini akhbar online jadi tumpuan saya dan warga dunia. Ia paling murah dan mudah dicapai.

Wibawa media juga boleh dinikmati melalui tulisan yang juga berwibawa. Akhbar yang kurang wibawa tentunya bukan aset untuk minda. Selamat membaca. Bacalah akhbar berwibawa seperti juga baca kehidupan yang lebih fokus."

MAP sukar melakukan perubahan agar senada dengan perubahan ekonomi, selera audiens dan teknologi kerana mereka dikongkong oleh pemilik dan pemerintah.

Akibatnya, pengedaran akhbar dan penontonan televisyen, kecuali segmen hiburan, sukan dan agama, telah jatuh merudum. Pengedaran akhbar yang memuncak pada tahun 1990-an mula mendatar pada awal tahun 2000.

Terdapat kaitan yang rapat di antara pengedaran akhbar dengan sentimen politik prokerajaan dan anti-kerajaan. Contohnya, populariti MAP pada tahun 1990-an sampai awal 2000 disertai oleh kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 1995, 1999 dan paling gemilang 2004.

Tetapi Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan populariti PRU 2004 apabila beliau memperkenalkan dasar yang tidak popular seperti mengurangkan subsidi petroleum dan membiarkan budak-budak Tingkat 4 "merampas" kuasa.

Peristiwa ini diekori serta-merta oleh kejatuhan audiens MAP, khususnya yang dimiliki oleh kerajaan dan parti-parti BN.

Pada pilihan raya 2008, BN yang dipimpin oleh Abdullah, kehilangan suara dua pertiga dan dengannya nasib MAP milik Umno/BN menjadi semakin malang. Keadaan mereka terus meruncing walaupun Abdullah berundur dan diganti oleh Najib pada tahun 2009.

Pada PRU 2013 pencapaian BN di bawah Najib lebih hambar daripada PRU 2008.

Kemerosotan ekonomi yang berlaku selepas itu berserta dengan ledakan teknologi komunikasi menyebabkan audiens dan pasaran MAP jatuh merudum. Kecuali Sinar Harian, tren penjualan semua akhbar adalah menurun.

Akhbar bebas terus relevan dan berdaya maju

Ambil contoh Utusan Malaysia yang merupakan lidah rasmi dan pengarak panji-panji Umno. Pengedarannya mencapai kemuncak pada tahun 1990-an di sekitar 350,000 naskhah sehari.

Tetapi pada 31 Disember tahun lalu, perangkaan Biro Audit Pengedaran (ABC) menunjukkan jualan hariannya jatuh kepada 154,776 naskhah sahaja manakala edisi Ahad yang pernah melepasi setengah juta naskhah turun kepada 336,233.

Berita Harian merosot kepada 106,754 naskhah, Berita Harian Ahad (109,811), Kosmo (187,967), Kosmo Ahad (205,520), Metro (179,231), Metro Ahad (207,119).

The Star merosot kepada 248,413 dan The Sunday Star (246,652) manakala New Straits Times yang bertindak sebagai lidah rasmi kerajaan dan Umno dalam bahasa Inggeris tinggal 62,113 naskhah sahaja dan New Sunday Times (64,850).

Begitu juga dengan stesen televisyen kawalan kerajaan dan milik Umno. Majoriti penonton mereka yang masih tinggal ialah golongan otai yang menonton segmen agama dan hiburan tempatan manakala golongan muda menonton sukan.

Tiga faktor utama yang menjejas saiz audiens MAP adalah laporan berat sebelah dan pemutaran fakta, penghijrahan ke media atas talian dan kuasa membeli yang semakin menguncup akibat kelembapan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.

Keterdesakan MAP perdana menjadi lebih ketara apabila kejatuhan pengedaran dan audiens disusuli oleh kejatuhan pendapatan iklan. Kejatuhan pendapatan iklan memberi kesan negatif kepada keuntungan mereka.

Utusan Melayu Berhad, penerbit Utusan Malaysia, misalnya mengalami kerugian sejak tahun 2012 walaupun telah mengurangkan kakitangan, melakukan penjimatan dan mendapat "subsidi" daripada Umno. Pembayaran gaji kakitangan pun ada kalanya tertangguh.

Kemerosotan audiens menjadikan MAP semakin tidak relevan sebagai ejen propaganda Umno, BN dan kerajaan. Di pihak lain pula, percubaan Umno, BN dan kerajaan berhijrah ke media atas talian dan sosial nampaknya lebih membawa mudarat daripada kebaikan. Reaksi audiens terhadap mesej Umno, BN dan kerajaan amat negatif.

-Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Berita Daily

PRU14 dijangka selepas sambutan Hari Kebangsaan ke-60

Posted: 07 Dec 2016 06:13 AM PST

lim kit siang

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Pilihanraya Umum ke-14 dijangka berlangsung pada bulan September tahun hadapan, selepas perayaan Hari Kebangsaan ke-60.

Meramalkan perkara tersebut, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga harus terlebih dahulu membatalkan kelayakan bertanding Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan memenjarakannya.

"Tarikh yang ditetapkan untuk membicarakan kes Guan Eng adalah petunjuk utama PRU ke-14.

"Ini kerana Najib akan mahu mendapatkan hukuman salah terlebih dahulu agar dapat membatalakan kelayakan Guan Eng bertanding dalam PRU14 bagi menghalang beliau daripada terus menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Semalam, Hakim Datuk Hadariah Syed Ismail menetapkan tarikh perbicaraan kes tersebut adalah 27 hingga 31 Mac, 10 hingga 14 April, 24 hingga 28 April, 15 hingga 19 Mei, 29 Mei hingga 2 Jun, 13 hingga 16 Jun, dan 17 hingga 21 Julai.

Pihak pendakwa dilaporkan mempunyai senarai 60 orang saksi selain dokumen setebal 13 ribu muka surat.

"Dengan tempoh 34 hari untuk perbicaraan Guan Eng sehingga hujung Julai, ini merupakan petanda bahawa PRU ke-14 akan mungkin berlangsung selepas perayaan Hari Kebangsaan ke-60," ujar Kit Siang. – Roketkini.com


Superman’ DAP Masih Ditugaskan Beri Ceramah

Posted: 07 Dec 2016 04:37 AM PST




supermandap


KUALA LUMPUR – Rakyat tidak boleh diperbodohkan oleh DAP kononnya parti itu tidak bersikap perkauman hanya kerana seorang pemimpin kanannya, Hew Kuan Yau yang juga digelar sebagai 'Superman' DAP telah meletakkan jawatan pada Julai lalu.


Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng berkata, DAP sebaliknya sewaktu mula-mula video ceramah Kuan Yau bertajuk 'Let Malays screw the Malays' tersebar di media sosial seolah-olah cuba mempertahankan pemimpinnya itu.

Kata beliau, DAP pada waktu itu mendakwa kononnya ceramah oleh Kuan Yau cuma satu ceramah yang kasar sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak dan bukannya ceramah yang berunsur perkauman.

"Lagipun Kuan Yau sendiri mendakwa dia telah memberi lebih 500 ceramah di pelbagai majlis DAP yang kebanyakannya kasar dan berkemungkinan berunsur perkauman seperti dalam video tersebut sepanjang tahun ini.

"Sekarang DAP cuba mengalihkan semua tanggungjawab itu kepada kepada Kuan Yau seorang dengan mendakwa beliau bukan lagi ahli DAP dan satu sejarah. Bagaimanapun tiada seorang pun akan tertipu," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Teck Meng turut mendedahkan Kuan Yau sebenarnya masih terus memberikan ceramah di majlis berkait DAP antaranya di Sandakan, di Raub untuk kempen Selamatkan Guan Eng, di Sungai Long dan banyak lagi.

Malah, kata beliau, Kuan Yau yang bukan berasal dari Pulau Pinang masih memegang jawatan sebagai kurator Komik Asia Muzium Kebudayaan Pulau Pinang yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kata beliau, hal tersebut jelas menunjukkan peletakan jawatan Kuan Yau cuma satu wayang kerana beliau masih melakukan tugas yang sama seperti diamanahkan DAP kepadanya sebelum ini.

Tegas beliau, Kuan Yau sepatutnya dihalang terus daripada memberi sebarang ceramah di majlis DAP atau Pakatan Harapan atau apa-apa majlis dihadiri pemimpin DAP sekiranya parti itu benar-benar tidak berunsur perkauman.

"DAP juga sepatutnya memecat Kuan Yau daripada jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang. Sudah tiba masanya untuk DAP bertanggungjawab terhadap kebencian dan unsur perkauman yang disebarkan oleh `ketua ceramah' parti itu selama ini," katanya. MYNEWSHUB.CC

Nyawa Umno dalam tangan PAS

Posted: 07 Dec 2016 04:27 AM PST

 

PILIHAN RAYA UMUM Ke-14 (PRU-14) mula menjadi perbualan hangat selepas Perdana Menteri, Najib Razak menyebut mengenainya dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 minggu lalu.

Tidak cukup dengan itu, segala wacana bertulis yang senada dengan PRU-14 dilancarkan oleh pimpinan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Penulis mengikuti rapat PAU kali ini yang dirasakan istimewa dan sedikit kelakar berbanding PAU terdahulu kerana terlalu jelas pimpinan Umno sedang 'mengurat' PAS demi mengekalkan kuasa.

Dengar dan lihat sahaja kebanyakan ucapan dan kenyataan media yang diungkapkan bermula daripada perwakilan Umno negeri sehinggalah Presiden Najib Razak.

Semuanya menyuarakan kesediaan bersama dengan PAS atas nama Islam, jihad, ummah dan segala kata berbunyi Arab dan seruan kebersamaan itu sama ada ikhlas atau tidak, terus menjadi persoalan.

Yang penulis nampak, tujuan mahu bersama dengan PAS itu hanyalah bertujuan mahu memecahkan perpaduan dalam kalangan parti lawan kepada Umno dan Barisan Nasional.

Gula-gula untuk mengurat PAS ialah kesudian menyokong rang undang-undang untuk memperkasa mahkamah syariah, sedia bersama menyokong pelaksanaan enakmen jenayah syariah yang lebih ketat di peringkat negeri dan mungkin juga menambah peruntukan Kerajaan Persekutuan terhadap institusi agama Islam di negeri yang ahli dan penyokong PAS ramai.

Setakat ini, usaha Umno memang berjaya dan sudah pun membelah perpaduan antara PAS, DAP dan PKR lalu melahirkan Parti Amanah Negara atau Amanah.

PKR bakal rugi banyak kerana sebilangan undi PKR hakikatnya datangnya daripada ahli dan penyokong PAS di seluruh negara.

Pada pendapat penulis, DAP sudah tersilap percaturan apabila bersikap terlau keras dengan PAS. PAS sudah tentu bertindak balas dengan bekerjasama dengan Umno yang merugikan PKR.

PKR tersepit dengan pertelagahan dua parti itu dan cuba bertindak sebagai pendamai demi memastikan kelangsungan kekuatan politik.

Umno pula sudah tidak peduli dengan pendirian parti komponen yang tidak setuju bekerjasama dengan PAS kerana yang penting ialah mengekalkan undi parti itu dalam kalangan orang Melayu.

Pendek kata, nyawa Umno dan PKR memang bergantung kepada PAS dan parti Islam terbesar negara itu yang sebenarnya menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan pada PRU-14.

Pada hemat penulis, DAP seolah-olah tidak peduli nasib rakan mereka iaitu PKR dan terus membiarkan PKR terkapai-kapai merayu sokongan PAS.

DAP sangat selesa dengan sokongan kaum Tionghua di Malaysia dan tidak salah kalau penulis katakan, DAP mahu kekal sebagai blok pembangkang terbesar selain terus menguasai Pulau Pinang. Tiada sekelumit pun keinginan mereka menuju ke Putrajaya.

Berdasarkan situasi semasa, ramalan penulis mengenai PRU-14 ialah Umno dan Barisan Nasional akan menambah kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

PKR dan Amanah akan kehilangan beberapa kerusi dan PAS pula berkemungkinan besar mengekalkan jumlah kerusi sedia ada di peringkat Parlimen dan DUN.

Melainkan PAS sedia bekerjasama dengan PKR, DAP, Amanah atas formula satu lawan satu, penulis sangat pasti dan teramatlah yakin Umno dan Barisan Nasional akan semakin kurang jumlah kerusinya sama ada di Parlimen atau DUN.

Bagaimana pula dengan Parti Pribumi

6 Senator Dewan Negara baharu angkat sumpah

Posted: 07 Dec 2016 04:23 AM PST

BNBBC, 
 


Enam Senator mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di Dewan Negara pada Rabu, ia terrmasuk Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang turut dilantik pada sesi kali ini.

Upacara dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S A Vigneswaran.

Turut mengangkat sumpah ialah Ketua Wanita UMNO Perhubungan Negeri Melaka, Datuk Rabiyah Ali, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Seputeh,
Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Fahariyah Md Nordin dan Pengerusi Kluster Pendidikan Badan Perhubungan UMNO Johor, Rahemah Idris.
Pelantikan mereka bagi tempoh tiga tahun.

Dalam ucapan aluannya, Vigneswaran berharap mereka yang dilantik dapat menunjukkan perangai, perwatakan, keperibadian tinggi dan bersopan-santun semasa menyertai sesi persidangan Dewan Negara.

"Sekarang ini saya risau kerana terdapat segelintir Yang Berhormat yang tidak menghormati kemuliaan Parlimen dan melanggar peraturan mesyuarat serta perlembagaan negara.

"Saya memperingati diri saya dan menarik perhatian semua Yang Berhormat supaya memahami segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan negara dan peraturan-peraturan mesyuarat (Dewan Negara)," katanya.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu beri hak Orang Asli buat tuntutan tanah adat

Posted: 07 Dec 2016 04:18 AM PST

 ZIKRI ABDULLAH
 
 
Sekumpulan Orang Asli berkumpul di hadapan bangunan Mahkamah Kota Bharu untuk pendengaran kes hari ini.Sekumpulan Orang Asli berkumpul di hadapan bangunan Mahkamah Kota Bharu untuk pendengaran kes hari ini.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membenarkan tuntutan yang dibuat oleh sekumpulan Orang Asli bagi membolehkan mereka menuntut hak ke atas kawasan kediaman dan kawasan rayau (tanah adat).

Hakim Datuk Ahmad bin Bache membuat keputusan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang bersidang pagi tadi.

Empat plaintif Orang Asli terdiri dari Kamal a/l Alek, Mazlan bin Alwi, Zamri a/l Talib dan Aja bin Along dari Pos Dakoh atau Pos Balar mendapat kebenaran itu di perbicaraan dalam kamar pada jam 11 pagi tadi.

Zamri TalibZamri TalibZamri yang ditemui selepas perbicaraan itu berkata beliau bersyukur kerana setelah begitu lama berjuang bagi mendapat hak untuk Orang Asli, hari ini satu keputusan yang ditunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan.

"Selama ini Orang Asli seolah-olah tidak ada sebarang hak ke atas tempat kami tinggal dan kawasan kami mencari rezeki.

"Sesiapapun yang masuk ke hutan atau membuat sebarang aktiviti di sekitar kami tidak langsung menghiraukan kehidupan kami," katanya.

Sama ada pihak kerajaan atau bukan kerajaan katanya langsung tidak bertanya khabar apa lagi berunding dengan penduduk Orang Asli apabila mereka membuat aktiviti di hutan.

"Apa yang amat perit kepada kami Orang Asli apabila hutan berhampiran kami tinggal dijalankan aktiviti pembalakan dan pertanian secara besar-besaran.

"Sehingga ada berlaku tempat kubur datuk nenek kami turut diceroboh dan tempat kami bercucuk tanam turut digondol," katanya.

Menurutnya penerokaan hutan lebih teruk apabila mengganggu alam sekitar.

"Sungai sekarang tidak lagi bersih seperti dulu.

"Bila hujan lebat air bertukar menjadi keruh dan kami menghadapi masalah untuk mendapat sumber air bersih," katanya.

Paling perit katanya, apabila berlaku banjir besar tahun 2014 di mana kampung-kampung orang asli turut dinaiki air.

"Sisa-sisa kayu balak merempuh rumah kami dan ranting-ranting kayu merosakkan peralatan-peralatan kami," katanya.

Laporan: China 'selamatkan' 1MDB dalam pertikaian IPIC

Posted: 07 Dec 2016 01:35 AM PST

MALAYSIAKINI



China dilaporkan akan membantu 1MDB dalam membuat bayaran balik kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dalam pertikaian antara keduanya yang bernilai AS$6.5 bilion.

Menurut Financial Times, tiga individu yang rapat dengan hal tersebut berkata, China telah dilamar untuk menjadi sumber dana 1MDB.

Ia menambah, sumber berkata, Malaysia akan menukar aset untuk pembiayaan.

Dakwaan berkenaan, bagaimanapun, tidak dapat disahkan secara bebas oleh Malaysiakini.

Menurut laporan tersebut, Presiden 1MDB Arul Kanda dalam maklum balas kepada dakwaan itu berkata, pihaknya 'tidak mempunyai sebarangan kenyataan susulan mengenai pertikaian dengan IPIC".

Pada bulan Mei tahun lepas, IPIC berada pada kedudukan yang sama seperti China setelah muncul sebagai 'penyelamat' kepada 1MDB yang bergelut untuk membayar balik pinjaman berjumlah AS$975 juta.

Ia berlaku selepas sebuah konsortium bank yang diketuai oleh Deutsche Bank menuntut pembayaran balik awal dari 1MDB kerana "dokumen sekuriti yang tidak lengkap".

Sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelamat, IPIC pada Jun tahun lepas melanjutkan pinjaman AS$1 bilion kepada 1MDB bagi menyelesaikan pinjaman tertunggak kepada Deutsche Bank dan rakan kongsi konsortium.

Perjanjian tersebut adalah bertujuan memuktamadkan pertukaran berikutnya hutang-bagi-aset bagi menyelesaikan hutang 1MDB sekitar AS$3.5 bilion.

Rizab a'bangsa Bank Negara menyusut kepada RM399.6b

Posted: 07 Dec 2016 01:32 AM PST

MALAYSIAKINI




Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM399.643 bilion (bersamaan US$96.4 bilion) pada 30 Nov, 2016 berbanding RM407.839 bilion (bersamaan US$98.3 bilion) setakat 15 Nov, 2016.

Penurunan paras rizab antarabangsa itu mencerminkan penyaluran mudah tunai sokongan ke dalam pasaran pertukaran asing, menurut BNM dalam kenyataan hari ini.

Menurut BNM, paras rizab pada 30 Nov, 2016 itu adalah memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$89.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan aset rizab lain (US$3.8 bilion).

Aset bank pusat termasuk emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk (SDR) berjumlah RM399.6 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.576 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.579 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.719 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM8.253 bilion).

Modal dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM123.832 bilion), mata wang dalam edaran (RM92.683 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM175.717 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM4.242 bilion), deposit lain (RM395.807 juta), kertas Bank Negara (RM6.638 bilion), peruntukan SDR (RM7.759 bilion) dan liabiliti lain (RM11.517 bilion).
- Bernama


Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup untuk ujian balistik siasat kes tembak

Posted: 07 Dec 2016 01:14 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Susulan kes tembakan minggu lalu, polis hari ini menutup sebahagian laluan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menuju ke Jambatan Pulau Pinang sejak pukul 10.50 pagi ini untuk menjalankan siasatan terperinci. 
 
Laluan yang ditutup bermula di persimpangan Jalan Ahmad Nor ke susur masuk Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan ujian balistik untuk siasatan kes tembak yang mengorbankan tiga individu itu.
 
Penutupan jalan itu bermula pukul 10.30 pagi tadi dan dijangka dibuka semula kepada orang awam pukul 5 petang ini.
 
Laporan Utusan Malaysia menyebut, ujian berkenaan melibatkan kira-kira 30 pegawai dan anggota forensik dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri yang bermula di lokasi pertama membabitkan kematian seorang penunggang motosikal.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam Khamis lalu, seorang pengawal peribadi berusia 35 tahun menembak mati tiga individu termasuk majikannya, Datuk Ong Teik Kwang.
 
Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara Datuk terbabit bersama beberapa individu lain termasuk pengawal peribadinya ketika kesemua mereka berada di dalam sebuah kenderaan yang datang dari arah Georgetown. 
 
Insiden tembakan rambang tersebut turut mencederakan lima yang lain, termasuk jurukamera RTM Pulau Pinang, Mohamad Amirul Amin Amir yang memberhentikan motosikalnya kerana menyangka berlaku kemalangan di lokasi itu. 


[TERKINI] Angka korban gempa bumi Aceh meningkat 54 [TONTON VIDEO]

Posted: 07 Dec 2016 01:03 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BANDA ACEH: Seramai 54 orang terbunuh manakala ratusan lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan selepas gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh di Sumatera, Indonesia hari ini, kata pihak berkuasa. 
 
Gegaran pada kedalaman cetek dengan catatan rekod terkini 6.5 magnitud itu menggegarkan utara bandar kecil Reuleuet, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
 
Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan.
 
Menurut pegawai tempatan gegaran berlaku sekitar awal pagi, ketika majoriti penduduk wilayah Islam itu sedang bersedia untuk solat subuh.
 
"Beberapa rumah kedai dan kediaman runtuh di daerah Pidie Jaya dan pemiliknya dipercayai masih terperangkap," kata Pegawai Daerah, Apriadi Achmad yang juga ketua pejabat pengurusan bencana tempatan, kepada AFP.
 
"Kami kini menggerakkan jentera berat untuk membantu, dan berharap dapat menyelamatkan mangsa yang terperangkap," katanya.
 
Ahli seismologi berkata, gempa bumi itu dirasai di kebanyakan wilayah Acheh, yang pernah hancur di badai tsunami Lautan Hindi pada 2004.
 
Ketua Meteorologi, Klimatologi dan Agensi Geifizik tempatan, Eridawati berkata sekurang-kurangnya lima gegaran susulan direkodkan setakat ini. 



428 pelajar Malaysia di Aceh selamat

Posted: 07 Dec 2016 01:01 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kira-kira 428 pelajar Malaysia di Aceh dilaporkan selamat susulan gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia yang berlaku awal pagi tadi.
 
Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Datuk Amizal Fadzli Rajali, berkata kebanyakan daripada mereka adalah pelajar di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, yang terletak kira-kira 170 kilometer (km) dari lokasi kejadian gempa bumi, Pidie Jaya, Aceh.
 
Katanya, tiga pelajar yang berada di kawasan kejadian juga dilaporkan selamat.
 
"Pada masa ini, kita sedang menyelaras dan membantu Malaysian Medical Relief Society (Mercy Malaysia) untuk melaksanakan usaha mencari dan menyelamat (SAR) di Pidie Jaya.
 
"MERCY MALAYSIA akan bergerak dari Medan, 470 kilometer dari tempat kejadian dan dijangka tiba lewat petang ini.
 
"Rakyat Malaysia yang berada di sini (Aceh) dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan terjejas kerana dikhuatiri akan berlaku gegaran susulan," katanya dipetik BH.
 
 

Mahkamah Persekutuan tetapkan 14 Disember keputusan semakan kes liwat Anwar

Posted: 07 Dec 2016 12:58 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan menetapkan 14 Disember ini bagi keputusan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan sabitan dan hukuman kes liwat dihadapinya. 
 
Perkara itu dimaklumkan peguam Latheefa Koya kepada pemberita sebentar tadi.
 
Ujarnya, Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan memaklumkan tarikh itu melalui surat kepada Jabatan Peguam Negara dan firma guaman mewakili Anwar, Tetuan Daim & Gamany bertarikh 5 Disember lalu.
 
Anwar memohon semakan untuk mengenepikan sabitan dan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengikut aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. 
 
Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar meliwat Mohd Saiful Bukhari dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
 
 

Kelantan isytihar cuti peristiwa 13 Disember

Posted: 07 Dec 2016 12:55 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Kerajaan negeri hari ini mengumumkan 13 Disember sebagai cuti peristiwa sempena pemasyhuran Sultan Muhammad ke-V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. 
 
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob, berkata pada Selasa ini, Sultan Muhammad akan hadir di Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, di Istana Negara, Kuala Lumpur. 
 
Sehubungan itu, katanya, semua kakitangan kerajaan negeri dan rakyat akan berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, pada jam 7 pagi pada hari berkenaan bagi meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara. 
 
"Sebagai meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara, kami jangkakan kira-kira 10,000 rakyat akan berkumpul di LTSIP untuk meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara. 
 
"Kami (kerajaan negeri) sudah buat persiapan (untuk majlis keberangkatan baginda ke Istana Negara) mengikut atur cara yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim, di sini, hari ini. 
 
Ditanya pelantikan Pemangku Sultan Kelantan, Ahmad berkata kerajaan negeri sudah menetapkan esok bagi upacara itu. 
 
"Semua sudah siap diatur bagi majlis pelantikan Pemangku Sultan Kelantan esok berikutan Sultan Muhammad ke V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong," katanya.
 
 

Comments (0)